Anda di halaman 1dari 31

Bil Tajuk M/S

1 Tajuk kajian
2 Senarai Kandungan
3 Penghargaan
4 Objektif kajian
5 Kaedah kajian
6 Hasil kajian
7 Rumusan

8 Lampiran

9 Rujukan

Bersyukur terhadap Illahi kerana dengan izinnya dapat saya


menyiapkan tugasan yang diberikan. Disini saya ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada guru
bimbingan kami iaitu Puan Hamidah bt Setapar selaku guru mata pelajaran
sejarah saya yang telah banyak membantu dan membimbing saya dalam
memahami dengan lebih mendalam tentang kerja kursus yang diberikan ini
Penerangan yang diberikan kepada saya banyak membantu dan memberi
idea dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang
banyak memberi sokongan terutama daripada segi sokongan dan kewangan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada semua
rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi idea serta inspirasi dalam
mengumpulkan maklumat.

Akhir sekali ucapan terima kasih saya kepada pihak-pihak luar yang telah
memberikan kerjasama yang baik untuk memberikan maklumat yang tepat
kepada saya. Tanpa kerjasama daripada semua pihak mungkin tugasan ini
tidak dapat disiapkan oleh saya.

Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut iaitu :


1. Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-
sumber sejarah yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat
satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat.

2. Kajian ini juga dapat menyedarkan masyarakat tempatan di Malaysia


betapa pentingnya permainan tradisional di kalangan masyarakat di
negara kita kerana ia melambangkan setiap kaum dan adat tradisinya
yang tersendiri.

3. Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukutan pelajaran


Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR).

4. Kajian ini juga dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan


tradisional di kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.Selain
itu,saya juga dapat memahami dan mendalami asal-usul dan cara-cara
bermain permainan tradisional ini.

1) Penyelidikan perpustakaan
Selain itu, saya turut mendapatkan maklumat tentang permainan gasing ini melalui buku-
buku ilmiah yang terdapat perpustakaan di sekolah saya dan majalah – majalah serta
menonton rancangan televisyen yang berkaitan dengan permainan tradisional ini.

2) Penyelidikan dari internet

Saya juga telah melayari internet di ‘Cyber Café’ yang terletak berhampiran dengan
rumah saya bagi memperoleh lebih banyak maklumat tentang tajuk kajian saya iaitu
Permainan Tradisional Gasing.

3) Menganalisis Dokumen.

Saya telah mengumpul maklumat tentang permainan gasing berdasarkan 4 jenis sumber
rujukan iaitu buku ilmiah, internet, surat khabar dan ensikplodia. Selepas mengumpul dan
menyusun maklumat tersebut saya menganalisis semua dokumen tentang permainan
gasing mengikut sub-tajuk yang ditanya dalam soalan.

Negara kita iaitu Malaysia, mempunyai pelbagai permainan


tradisional. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu tahu permainan-permainan
tradisional di negara yang kita cintai ini. Selain kita tahu sesuatu permainan
itu, kita perlu tahu menguasai cara bermainya. Disini, yang saya boleh
memberi sedikit contoh permainan tradisional yang terdapat di Malaysia
adalah permainan ‘Gasing’.
Nama permainan :

Daripada cerita yang diperoleh oleh peminat-peminat gasing tanah air, ada cerita yang
mengatakan bahawa gasing dinamakan sebagai Turbo dan dinamakan sebagai tops di
England.

Latar belakang :

 Asal usul :

Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan
tidak mungkin kedua-duanya dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat.
Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan
aktiviti kehidupan sara diri, mereka telah mengisi masa lapang dengan berbagai-bagai
kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan adalah bermain
gasing.
Permainan gasing diterima dan diubahsuai dari semasa ke semasa dan kekal
sehingga hari ini. Gasing sesuai dimainkan oleh kaum lelaki. Bukan sahaja menjadi
permainan orang dewasa, malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak.
Gasing memangkah dikenali oleh segenap lapisan masyarakat Melayu diseluruh negara.
Hanya asal-usul permainan ini belum dapat dikenal pasti sehingga ke hari ini. Terdapat
berbagai-bagai cerita yang berbeza tentang asal usul permainan ni mengikut daerah dan
kampung. Ini menjadikan faktor mengapa permainan gasing antara negeri berbeza antara
satu dengan yang lain.

Gasing berasal dari Mekah yang dimainkan sejak tahun 450 masihi. Permainan ini
dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab.. permainan gasing telah pun
bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Dari Melaka, gasing diperkenalkan ke
negeri-negeri Melayu dan menjadi permainan popular. Kini gasing kekal sebagai warisan
budaya Masyarakat Melayu. ‘Gasing’ mendapat nama daripada singkatan perkataan
“kayu” iaitu ‘ka’ dan sing daripada perkataan ‘pusing’. Peredaran masa telah
menyebabkan perkataan ‘kasing’ membentuk perkataan ‘gasing’.

Terdapat cerita mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang.
Buah berembang yang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, licin dan agak
leper. Ia pula mudah dipusingkan dengan tangan.Buah yang ligat dan lama pusingannya
di kira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan untuk menguatkan tangan ialah
memusingkan buah berembang. Lama kelamaan, timbul ilham meniru bentuk buah ini
dan diperbuat daripada kayu.. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan
seligat yang mungkin. Ketika ligat berpusing, ia disebut ‘gah’ yang bermakna tegak dan
kuat. Daripada istilah ini lah dikatakan bermulanya permainan gasing. Menurut seorang
tua dari Kulim, Kedah, permaianan gasing berasal daripada permainan

‘laga telur’ yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya lagi, kanak-kanak begitu
asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuk
telur dan dipasangkan paksi. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya.

Seorang pemain gasing veteran yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang
berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang
yang berbentuk bulat dan leper. Apabila dilemparkan alat ini, ia akan berpusing ligat dan
melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk
mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai
satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai
sasaran. Permainan itu akhirnya diminati oleh masyarakat. Alat tersebut kemudian telah
direka bentuk sedemikian rupa sehinggalah seperti bentuk gasing yang terdapat pada hari
ini.

Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah dimainkan


sejak sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali pencinta seni warisan yang
berusaha memperkenalkannya dalam kalangan masyarakat.
Pada dasarnya, pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati diseluruh Malaysia.
Kalau dahulu, gasing hanya dimainkan dipertunjukan kebudayaan peringkat antarabangsa
dan di sekolah-sekolah melalui program pengenalan. Permainan gasing di Malaysia pada
dasarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan.
Permainan gasing tradisional terdapat berbagai-bagai jenis dan bentuk serta hanya
peraturan dan cara mengendalikan juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketua
dalam setiap permainan.

Berdasarkan perbezaan ini, usaha menyeluruh dan serius telah dilakukan untuk
menyatukan permainan ini. Daripada persamaan permainan seperti memusing,
memangkah, dan membela uri, peraturan yang hampir memenuhi keperluan permainan
gasing telah dibuat. Kini, permainan gasing telah memasuki era baru iaitu berbentuk
sukan dan kesenian . kesenian mengekalkan ciri-ciri permainan tradisional dan sukan
sebagai pilihan kepada peminat sukan.

Kaedah permainan gasing adalah sama iaitu memusing,memangkah dan membela


uri. Hanya yang membezakannya ialah kaedah membela uri, melilit tali, peralatan
tambahan dan bilangan pemain yang bermain. Daripada perbezaan ini, muncul pula
bentuk permainan yang berlainan dan dimainkan pula dengan cara yang berbeza sedikit.

Di nusantara sendiri, gasing bolehlah dikaitkan dengan pengaruh penghijrahan,


peperangan, dan perdagangan terbuka sejarah lampau. Andaian ini berdasarkan bentuk-
bentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajah oleh kerajaan lain.
Gasing timah dan gasing leper kelantan tidak terdapat di negeri lain selain negeri
Kelantan. Kesan pengaruh kerajaan ini masih terdapat dalam cara hidup rakyat negeri
tersebut. Terdapat beberapa persamaan yang jelas diperlihatkan dalam permainan gasing
terutamanya dari segi reka bentuk, saiz dan cara bermain.
Pengaruh ini jelas menunjukkan bahawa ada pertalian yang penting antara aliran
pengaruh dan gaya permainan masyarakat tempatan dengan tempat lain.
Persamaan khusus ini menjadi faktor yang membezakan bentuk dan gaya
permainan antara negeri-negeri di Malaysia. Selain Malaysia, permainan gasing ini turut
terdapat di negara- negara lain di Asia seperti di Jepun, Taiwan, China, dan Vietnam.
Benua-benua di Afrika dan Eropah juga tidak ketinggalan untuk menyertai permainan
tradisional ini.

Di negara-negara seperti Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali dan Belgium juga


permainan yang menyerupai permainan gasing. Hanya yang membezakannya ialah
permainan ini dimainkan di pesta-pesta tertentu dan oleh pemain yang tertentu sahaja.
Tidak seperti di negara kita, ia terbuka kepada semua peminat untuk bermain gasing.
Permainan gasing juga wujud di negara-negara lain juga masih belum membangunkan
permainan ini secara menyeluruh.

Tentang bagaimana gasing boleh berkembang sehingga ke merata dunia agak


sukar untuk diterangkan kerana belum ada lagi kajian yang khusus dilakukan tentang
perkembangan permainan ini. Berdasarkan beberapa persamaan dan ciri-ciri yang nyata,
dipercayai bahawa permainan gasing ini adalah sejenis permainan tua yang dimiliki oleh
hampir semua tamadun. Di Malaysia, gasing dimainkan dengan meluas dan banyak
pertandingan diadakan diperingkat kampung, mukim, daerah, dan negeri. Cara
permainannya berlainan antara daerah,mukim, dan negeri.

Pada masa itu, gasing hanya dimainkan halaman rumah dan digelanggang sendiri.
Gelanggang yang mereka gunakan tidam mempunyai ukuran yang seragam. Para pemain
pula menyediakan peralatan sendiri seperti mencari kulit terap sebagai tali, memintal dan
mencari kayu di sekeliling kampung. Pemain menggunakan kayu jenis yang terbaik untuk
membuat gasing. Bukan sekadar kayu serpih atau tunggul balak sahaja.

Bentuk permainan gasing ketika itu banyak dinamakan dan dipengaruhi oleh
ketua kampung di sesebuah kampung. Para pemain akan mengikut bentuk dan peraturan
yang akan ditetapkan oleh ketua-ketua mereka. Jadi apabila menghadapi sesuatu
pertandingan yang besar atau agak rasmi, banyaklah gasing yang diperlukan dan terpaksa
diubahsuai untuk memenuhi kehendak pertandingan.

 Negeri yang mempopularkan permainan ini :

Negeri yang paling popular dengan permainan gasing ini adalah negeri Kelantan.
Terdapat Gelanggang Seni di Kota Baharu, Kelantan. Di situ terdapat pertunjukan wau,
gasing dan lain-lain lagi. Pertunjukan tersebut diadakan secara percuma kepada para
pengunjung dan hanya di buka pada hari isnin, rabu dan sabtu. Gelanggang Seni ini telah
menjadi pusat perkembangan Negeri Kelantan. Ia juga telah ditubuhkan sejak tahun
1978. Gasing timah dan gasing leper kelantan hanya terdapat di negeri Kelantan sahaja.

Terdapat pelbagai jenis gasing di setiap negeri. Antaranya ialah gasing talar, gasing
piring dan gasing berembang popular di negeri Johor. Manakala gasing bakal, gasing lang
laut, gasing penyek dan gasing tempayam terdapat di negeri Selangor. Di Kedah pula,
permainan gasing amat popular dalam kalangan masyarakat. Bagi negeri Sabah dan
Sarawak, terdapat bentuk-bentuk yang berbezadan dinamakan dengan gasing lundu,
gasing pontianak, gasing borneo, gasing kundasan, gasing limbang kadazan, gasing bajau
dan gasing Brunei. Gasing begelan berbentuk agak leper dan diperbuat daripada kayu
jenis ringan. Ia popular dimainkan di Sabah, Johor dan Brunei. Gasing toyol pula
dimainkan di Melaka, Selangor, dan negeri Sembilan.

Gasing pangkah pula merupakan permainan rakyat yang telah dimainkan sejak di
Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Gasing pangkah mempunyai kesenian tersendiri
di mana menggandingkan kepakaran pembuat dan pemain.

Permainan gasing pangkah telah bertapak di negeri Melaka sejak abad ke-15 lagi.
Sememangnya ia mempunyai ciri-ciri keistimewaan di mana kepakaran pembuat gasing
menjadi tunjang kepada penghasilan sesebuah gasing itu. Pelbagai jenis gasing pangkah
yang terdapat di negeri Melaka antaranya ‘gasing bulat’ atau ‘gasing tunjang’, ‘gasing
botol’ atau ‘gasing jantung’ manakala ‘gasing leper’ pula dikenali sebagai ‘gasing pereng’
atau ‘gasing merempang’.

Kelantan, salah satu negeri yang mempopularkan permainan gasing.

 Kaum / etnik yang terlibat :

Permainan gasing ialah permainan rakyat yang popular dalam kalangan orang
Melayu. Permainan gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut
dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Orang dewasa telah memajukan seni
permainan ini. Bagi kanak-kanak, mereka lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina
kerana saiznya yang kecil dan mudah dipermainkan.

Permainan tradisional seperti gasing kurang mendapat sambutan dalam kalangan


generasi muda disebabkan pengaruh arus pembanggunan yang menghasilkan lebih
banyak permainan yang baru. Bagaimanapun, perubahan masa turut mempengaruhi
permainan gasing pangkah yang mana beberapa peraturan telah diperkenalkan bagi
menarik minat golongan muda untuk menyertainya di samping menjadikan permainan itu
lebih mencabar.
Selain Malaysia, permainan gasing ini turut terdapat di negara-negara lain di asia
seperti di Jepun, Taiwan, China dan Vietnam. Benua-benua di afrika dan eropah juga
tidak ketinggalan. Di negara-negara seperti Perancis, Sepanyol, Itali dan Belgium juga
terdapat permainan yang menyerupai permainan gasing.

Jenis – jenis Gasing :

Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring
atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu,
gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.

Jenis-jenis gasing :

 Gasing toyol
 Gasing bergelen
 Gasing berembang
 Gasing buku benang
 Gasing jantung
 Gasing kelamar
 Gasing kepala duri
 Gasing kuno
 Gasing lang laut
 Gasing leper
 Gasing leper Kelantan
 Gasing pacitan
 Gasing pangkah
 Gasing piring
 Gasing pinang
 Gasing tanjung
 Gasing tanjung
 Gasing telor
 Gasing Cina
 Gasing Melayu
 Gasing uri

Tujuan dimainkan

Permainan Tradisonal Gasing di kalangan masyarakat lama bertindak sebagai


memenuhi masa lapang dan memenuhi keperluan riadah.Permainan gasing boleh
dimainkan daripada pelbagai peringkat umur.Kebiasaannya orang dewasa yang bermain
gasing akan memajukan seni permainan ini.

Permainan Tradisional Gasing juga merupakan medium terbaik untuk


memperluaskan kenalan dan rakan taulan.Permainan gasing juga dapat menarik perhatian
perhatian orang ramai untuk menonton serta melihat sendiri cara bermain permainan
tradisional ini.Permainan ini terus mendapat sambutan daripada semua lapisan
masyarakat serta pelancong yang datang ke Malaysia..Permainan ini dapat membantu
masyarakat mengenali antara satu sama lain serta mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan semasa permainan berlansung.

Permainan Tradisional Gasing juga dapat memupuk semangat kerjasama antara


rakan-rakan dengan diri sendiri.Selain itu, permainan ini juga dapat melatih diri supaya
mematuhi disiplin serta bertindak melakukan sesuatu dengan bijaksana dan betul.

Alat – alat yang digunakan

Pembuat gasing Melayu tradisional telah mengalami dan menjalankan berbagai-


bagai cubaan ketika membuat gasing sehinggalah terciptanya berbagai-bagai peralatan
yang membantu kerja ini. Pada mulanya tukang gasing membuat gasing hanya dengan
menggunakan kayu bulat sahaja. Mereka menarah kayu itu sehingga terbentuk gasing.
Gasing yang dibuat begini tidak tahan lama kerana mudah pecah dan sukar dibaik pulih.
Mereka mencuba pula bongkah kayu yang lebih besar, tua, keras dan liat. Kayu ini pula
memerlukan kerja-kerja penyediaan dengan membentuknya terlebih dahulu menjadi
bongkah kubus sebelum dilakukan kerja membentuk gasing. Bongkah kubus ini akan
dibentuk menjadi bulat dan leper serta meruncing di bahagian atasnya dan bawahnya
tetapi bentuk dua kun ditemukan tapaknya. Kaedah inilah dinamakan membakal.
Didapati kaedah ini dapat menghasilkan gasing yang lebih tahan,kuat dan ligat.

Tukang gasing Melayu tradisional tidak menggunakan alat tang terlalu rencam,
mahal atau besar tetapi peralatan biasa yang mudah ditemui di kebanyakan kedai dan di
miliki oleh tukang kayu lain. Peralatan ini seperti pembaris, kertas kaca, sesiku,
penggarit, tolok luar, jangka lukis, ragum, kikir, berus kikir, gandin, kakak tua, apit,
pemutar skru, tukulk, gerudi, playar, gunting, pahat, andas, kapak, mesin pelarik, acuan,
gergaji dan lain-lian. Semua alat ini adalah penting bagi menyediakan gasing daripada
perinkat awal hinggalah kepada mengimbang gasing.

Pembuatan gasing dari awal hingga akhir sentiasa menekankan keseimbangan dan
keseragaman. Untuk menghasilkan ciri-ciri penting ini, mesin pelari Melayu tradisional
yang telah direka bagi memudahkan kerja melarik, daripada yang paling ringkas
hinggalah kepada yang dikendalikan oleh elektrik atau disel.

Cara dimainkan

Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya.


Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara
satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing
membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza.

Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran


memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam
permainan gasing langkah - langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk bermain
gasing ialah:-

1. Melilit Tali

2. Melilit Gasing

3. Memusing Gasing

4. Memangkah Gasing

5. Mengangkat Gasing

1) Melilit Tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di


lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua - dua kaedah ini penting
sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak
terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara
yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke
dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat
membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan
pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali
pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada
tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada
pemain untuk memastikan pemain selesa dengan llilitan tali tersebut.
Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing
uri Kelantan mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh
orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya.

1. Rajah menunjukkan cara memasukkan cecincin

pangkal tali gasing ke jari kelingking

2. Rajah menunjukkan cara tali dililit pada pangkal

tali gasing di pergelangan tangan

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking
pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain.
Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain
seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan
oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang
dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan
pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan
meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan,
kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada
lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengankat atau
menegak uri.
2) Melilit Gasing

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada
lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain adalah seperti
yang diamalkan oleh pemain gasing tradidional iaitu melilit gasing dengan mengikat
pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang
lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya
supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah
dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi
menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji
dibahagian bahu gasing.
Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan
pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher
gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah
ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti
lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing
untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang
tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan
membahayakan semua orang.

3) Memusing Gasing

Terdapat berbagai - bagai gaya dalam memusing gasing, memusing mengikut cara
yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap.Untuk
menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang
betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua
jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.
Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan
dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di
hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa
menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di
hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah
rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan
tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45
darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat Gambarajah di bawah ditunjukkan cara
melakukan teknik pusingan sorong tarik.

Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat
dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing
menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras
lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah
tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan
dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan
pusingan akan menjadi kurang ligat.

4) Memangkah Gasing

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing.


Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan
menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa
digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah
hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.
(a) Pangkah Tolok

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan


badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu
pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing.
Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang.
Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai.
Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

(b) Pangkah hentak

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan


pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing
dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri
atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika
tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing
lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis
gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan
gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.
Kaedah melakukan pangkah hentak. Kedudukan gasing yang tinggi memberikan
kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan.

(c)Pangkah Layang

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di


atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah
sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan
pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran
pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

(d) Pangkah Tebang

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia
juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat,
kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing
lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai
untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana
sifatnya yang berat dan pepat.
5) Mengangkat Gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri
yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing
memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.

Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah
pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau
kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah
yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah
pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan
menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan
berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan
tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali
yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak
akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan
gasing.

Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang
warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam yang
terdapat di negara yang tercinta ini. Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali
dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional.
Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya lebih
menghormati dan menghayati permainan tradisional. Saya akan cuba untuk mengamalkan
tradisi permainan dan budaya bangsa yang menyeronokkan dan unik.
Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami permainan sesuatu
kaum dengan mendalam, maka akan timbul semangat bersefahaman dan hormat-
menghormati antara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat
mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah
dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat masyarakat antara kaum.

Semangat muhibah yang wujud ini mungkin membolehkan perpaduan


rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia yang
bersatu-padu ini juga dapat berganding bahu dalam semua aspek untuk
membangunkan negara yang tercinta sehinggakan semua rakyat berbangga
sebagai rakyat Malaysia.
Peta negeri kelantan yang mempopularkan permainan gasing

Gasing Leper Kelantan

Ciri-ciri :

Bentuk : Rendah dan juga

Leper
Berat : 8 kg

Lilitan : 48 cm

Tinggi : 6 cm

Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir

pemain tradisional. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing

ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini.

Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi

harganya terlalu mahal.

Gasing Uri

Ciri-ciri :

Bentuk : Rendah dan agak

leper
Berat : 6 kg

Lilitan : 60 cm

Tinggi : 8 cm

Gasing ini amat terkenal di negeri Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja

dililiti dengan simpai. Gasing ini disimpai dengan menggunakan timah, besi

atau plumbum. Jika simpai ini diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk

memusing dan jika simpainya besi ia digunakan untuk memangkah. Gasing

ini kecil tetap

Gasing Kuno

Ciri-ciri :

Bentuk : Sederhana dan

berembang
Berat : 0.6 kg

Lilitan : 30 cm

Tinggi : 8 cm

Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terenggganu, Pahang, Kedah,

Selangor dan Johor. Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki

daripada bentuk berembang. Biasanya ia hanya digunakan untuk memangkah

dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan keranji.

Gasing Baba

Ciri-ciri :

Bentuk : Tinggi dan seperti

telur
Berat : 0.6 kg

Lilitan : 38 cm

Tinggi : 20 cm

Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga merupakan gasing yang

biasa digunakan oleh pemain Baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan,

Pahang, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asasnya gasing

ini berbentuk telur

Gasing Jantung

Ciri-ciri :

Bentuk : Jantung

Berat : 0.25 kg
Lilitan : 20 cm

Tinggi : 12 cm

Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang,

Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang menamakannya

sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini

yang akan membezakan negeri asal gasing ini. Umpamanya, di Kelantan

gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala pemain negeri lain

menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan sepetir

Gasing Tanjung

Ciri-ciri :

Bentuk : Tinggi dan

berembang
Berat : 0.6 kg

Lilitan : 30 cm

Tinggi : 10 cm

Gasing Tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini

dimainkan oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia fungsinya sebagai gasing

pengacau dan untuk memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan

gasing labu lemak. Gasing ini diperbuat daripada kayu keranji, kempas,

cengal dan merbau.


PETA INI MENUNJUKKAN PETA NEGERI KELANTAN