Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN


Definisi Rangkaian
• Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang
dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak
dan pemacu CD), pertukaran fail, dan membenarkan
komunikasi secara elektronik.
• Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui
kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth
dan cahaya inframerah.
Kegunaan Rangkaian ?
Berkongsi fail - rangkaian membolehkan pengguna berkongsi data dan
menyimpan salinan data (backup) kepada komputer yang berbeza, contoh
berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.

Berkongsi peranti - perkongisan peranti adalah seperti pencetak mesin faks,


modem, pengimbas dan pemacu CD-ROM oleh ramai pengguna.

Berkongsi akses internet- rangkaian komputer membenarkan pengguna


mengakses internet secara serentak tanpa perlu membayar ISP untuk beberapa
akaun.

Pengurusan perisian berpusat - Salah satu manfaat yang besar bagi memasang
rangkaian adalah semua perisian boleh dimuatkan di dalam komputer (server).

Mel Elektronik (E-Mel) - Di syarikat yang besar, emel atau alat mesej segera
(instant messaging tools) digunakan untuk berkomunikasi dengan cepat dan untuk
menyimpan mesej untuk rujukan masa depan. Contoh, mel elektronik di rangkaian
kawasan setempat membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan
sebaya di dalam rangkaian sekolah mereka sendiri (intranet seperti VLE FROG).
Jenis-jenis Rangkaian
Rangkaian Kawasan Setempat (local area
network - LAN)

• Rangkaian kawasan setempat adalah sekumpulan


komputer dan peranti yang disambung bersama-sama
biasanya di bangunan yang sama seperti di kawasan
fizikal yang kecil, seperti rumah, pejabat, atau
sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau
lapangan terbang.
• Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah
komputer berhubung menerusi wayar atau tanpa wayar.
Local Area Network
Rangkaian Kawasan Metropolitan
(Metropolitan Area Network – MAN)

• MAN lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang agak


luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN.
Ia beroperasi di bandar–bandar, gabungan beberapa
buah sekolah ataupun di sesebuah daerah.
• Antara ciri–ciri MAN ialah sambungan rangkaian melebihi
100 buah komputer. MAN menggunakan media
penghantaran berprestasi tinggi (gentian optik) dan
menjangkau seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan
Bandar bestari yang menyediakan rangkaian khas untuk
sesuatu bandar misalnya Putrajaya dan Cyberjaya.
Rangkaian Kawasan
Metropolitan
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network -
WAN)
•WAN merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan
biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang
berada pada lokasi yang berbeza seperti negeri, negara dan
benua.

•WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit.

•WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet.


Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area
Network – PAN)

• PAN merupakan rangkaian komputer yang digunakan


oleh orang perseorangan untuk komunikasi antara peranti
komputer.
• Ia juga rangkaian yang meliputi kawasan beberapa meter
yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer
peribadi, komputer riba, pencetak PDA, telefon selular,
dan lain-lain.
• PAN boleh dibuat melalui port USB, Port FireWire,
infrared dan bluetooth.
Personal Area Network
(PAN)
Rangkaian Network Maya / Virtual Private
Network (VPN)

• VPN ialah rangkaian yang menggunakan infrastruktur


awam dan internet untuk capaian dan akses yang lebih
selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya
yang lain.

• Rangkaian ini menggunakan terowong untuk


mengekalkan data terjamin.

• Ia selalu digunakan oleh bank dan syarikat berskala


besar.
VIRTUAL PRIVATE
NETWORK
Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar /
Wireless LAN (WLAN)

WLAN adalah jenis LAN yang menggunakan gelombang radio


yang tinggi untuk berkomunikasi di antara nod. Liputan bagi
WLAN hanya 100 meter tanpa halangan dan ia
menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of
Electrical and Electronics Engineers, IEEE .
Wireless LAN
(WLAN)
WORLDWIDE INTEROPERABILITY
FOR MICROWAVE ACCESS (WIMAX)

• WiMAX adalah merupakan satu teknologi baru yang


menyerupai WiFi. Rangkaian ini dikenali dengan wireless
MAN (Metropolitan Area Network).
• Jarak WiMAX ialah 50 kilometer.

WiMAX mempunyai 2 Bahagian iaitu;


1.Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan konsep
menara telefon bimbit
2.Penerima WiMAX yang dipasang dirumah.
Rangkaian
WiMax

Anda mungkin juga menyukai