Anda di halaman 1dari 1

Masih Relevankah Ketuanan Melayu?

Ahad 14 Oktober 2012


Hotel Northam, Penang

Ketuanan Melayu merupakan ideologi yang pada dasarnya telah mengabsahkan dakwaan
yang tidak benar bahawa masyarakat Melayu itu lemah dan perlu berterusan berada
dibawah perlindungan kerajaan. Namun sebenarnya, apa yang berlaku sejak bertahun-
tahun dahulu, ideologi ini telah menjadi penyebab dan alasan pencabulan hak kebebasan
sivil: media disekat kononnya atas dasar masyarakat Melayu mudah terkeliru. Institusi
akademik dikenakan pemantauan dan kawalan ketat untuk memastikan masyarakat Melayu
tidak mempersoalkan pihak berkuasa atau mampu berfikir untuk diri sendiri. Pemerintahan
autokratik disokong berbanding demokrasi atas sebab Melayu dikatakan perlu seorang
pemimpin yang berkuasa untuk melindungi mereka daripada ancaman kaum-kaum lain.
Namun masa berubah, dan generasi kini mula mempersoalkan sikap masyarakat terdahulu.
Hari ini, generasi muda Melayu di era glabalisasi lebih terkesan dengan perkembangan
demokrasi di negara-negara lain, dimana mereka dapat melihat kepentingan kebebasan dan
keadilan dalam mencapai kemajuan masyarakat. Perbincangan terbuka yang
dimudahcarakan dengan berkembangnya media baru mula membuktikan bahawa
sebenarnya pemimpin yang sepatutnya berasa takut kepada rakyat dan bukan sebaliknya.
Hakikat semasa masyarakat Melayu kini sudah meliputi sebahagian daripada ruang
komersil, profesional dan kelas menengah menjadi petanda sokongan mereka terhadap
rejim tidak semudahnya diperniagakan.

Oleh itu, persoalan ini perlu dikeutarakan. Sejauhmana Ketuanan Melayu masih mampu
berkekalan? Adakah ideologi ini memberi faedah kepada rakyat Malaysia biasa? Atau hanya
merupakan dalih bagi pemerintah untuk terus memperkayakan pihak rejim pada masa yang
sama mengukuhkan cengkaman dan pengaruh ke atas masyarakat Melayu massa? Adakah
orang Melayu masih mampu untuk terus hidup dalam pengawasan rejim pemerintah,
dengan menggadaikan demokrasi dan hak asasi manusia? Atau mungkinkah kita mampu
membayangkan tahap evolusi budaya Melayu, yang tidak defensif atau berasaskan rasa
terancam dan kebencian terhadap pihak lain?

Ini antara isu-isu yang akan forum Masih Relevankah Ketuanan Melayu perbincangkan.
Dianjurkan bersama oleh Projek Dialog dan Islamic Renaissance Front dengan kerjasama
Liberty Center, forum ini akan menampilkan Dr. Fadlullah Jamil daripada Universiti Sains
Malaysia, Dr. Abdul Rasyid Idris daripada Institut al-Qayyim dan Dr. Mujahid Rawa, Ahli
Parlimen Parit Buntar. Rizqi Mukhriz, setiausaha Islamic Renaissance Front akan menjadi
moderator.
Forum ini akan berlangsung pada 14 Oktober 2012 bertempat di Hotel Northam,
Georgetown, Pulau Pinang dari jam 2.00 hingga 5.00 petang.

Anda mungkin juga menyukai