Anda di halaman 1dari 5

Petang tadi, posmen telah menghantar surat ke rumah Aaron.

Ibu Aaron membuka sampul


dan membaca surat itu. Rupa-rupanya, surat itu memberitahu bahawa Aaron diterima masuk ke
sekolah berasrama penuh. Aaron berasa gembira dengan berita baik tersebut. Namun begitu, dia
berasa berat hati untuk meninggalkan ibu, ayah serta adik-adiknya di rumah. Hubungan mereka
sekeluarga sangat rapat.

Ibu dan ayah Aaron menyediakan segala kelengkapan untuk Aaron di sekolah berasrama
penuh nanti. Mereka mahu Aaron berasa selesa sepanjang berada di sana. Aaron terharu
pengorbanan ibu dan ayahnya. Dia berazam untuk mencapai kejayaan bagi membalas jasa ibu
bapanya.

Selamat pagi diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru penolong kanan,
guru-guru dan rakan-rakan. Pada hari ini, saya ingin mengupas tajuk ‘Kebaikan Minum Air Masak’
kepada siding penonton. Manfaat minum air masak antaranya dapat menguruskan badan,
melancarkan system pencernaan, memberi rawatan kecantikan serta menjadikan tubuh lebih
segar dan sihat. Air masak juga dapat menyihatkan jantung. Kita digalakkan minum lebih kurang
lapan gelas air masak sehari. Air masak yang diserap masuk ke dalam tubuh akan menyingkirkan
toksin. Kesimpulannya, minum air masak dapat menyihatkan tubuh kita. Sekian, terima kasih.

SJK (C) Min Ho mengadakan Aktiviti Sukaneka Kebersihan untuk murid tahap satu. Murid-
murid perlu melepasi beberapa peringkat sebelum dinobatkan sebagai pemenang. Peringkat
pertama, murid perlu membersihkan kotoran dan membuang objek-objek kecil pada rambut
patung. Peringkat kedua, murid perlu membersihkan telinga dan mata patung yang dipenuhi lumpur.
Peringkat ketiga, murid perlu membersihkan hidung patung daripada kotoran hitam. Peringkat
keempat, murid mesti menggosok gigi patung yang diwarnakan dengan warna kuning. Peringkat
kelima, murid perlu mencuci kotoran pada baju dan kasut patung. Akhir sekali, murid perlu
mempersiapkan patung dengan kemas.

Encik Yudis seorang ahli bomba yang berani. Beliau telah menerima anugerah Ahli Bomba
Terbaik pada tahun ini. Sebagai seorang ahli bomba, Encik Yudis menjalankan tugasnya dengan
penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

Encik Yudis sangat menghargai nyawa manusia. Setiap kali menjalankan tugas, beliau pasti
akan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mangsa kebakaran. Beliau pernah mengalami
kecederaan ketika menjalankan tugas. Namun, beliau menganggapnya sebagai satu cabaran.

Sikap bertanggungjawab Encik Yudis amat dihargai oleh mangsa-mangsa kebakaran.


Mereka tidak lupa mengucapkan terima kasih secara terus kepada Encik Yudis ataupun melalui
kad ucapan. Encik Yudis berpuas hati dengan tugasnya sebagai seorang ahli bomba kerana beliau
dapat berkhidmat kepada masyarakat.
Malik, Siva dan Lai Ming berkawan baik. Mereka tidak pernah bertengkar. Jika mereka
berselisih faham, mereka akan segera bermaaf-maafan. Pada suatu hari, keluarga Malik telah
menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos pembedahan ibunya. Siva dan Lai Ming telah
bersetuju untuk mengutip derma di sekolah dan juga taman perumahan yang berdekatan.

Akhirnya, mereka dapat mengumpulkan dana yang diperlukan. Mereka menyerahkan semua
duit kutipan kepada bapa Malik. Bapa Malik berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada
mereka.

Setelah ibu Malik sihat, dia menjemput kedua-dua orang rakan anaknya ke rumah mereka.
Semenjak itu, hubungan Malik dengan kawan-kawannya semakin rapat. Dia berasa gembira
mempunyai sahabat sejati seperti Siva dan Lai Ming.

Encik Basri sekeluarga tinggal di Taman Sri Kuching. Penduduk Taman Sri Kuching hidup
berjiran dan saling membantu.

Pada suatu hari, keluarga Encik Basri telah balik ke kampung di Kuala Kangsar untuk
menghadiri majlis perkahwinan. Sebelum pergi, Encik Basri telah berpesan kepada jiran di
sebelah rumahnya, Encik Lee supaya menjagakan rumahnya.

Malang tidak berbau. Rumah Encik Basri dijilat api pada malam tersebut. Encik Basri
sekeluarga mengejar pulang ke rumah apabila mendapat panggilan telefon daripada jirannya.
Encik Basri sekeluarga berasa amat sedih atas kejadian malang itu. Jiran-jiran menenteramkan
perasaan Encik Basri dan keluarganya. Jiran-jirannya berjanji akan membantu Encik Basri. Encik
Lee menjemput Encik Basri sekeluarga menumpang di rumahnya sementara rumahnya dibina
semula. Jiran-jiran yang lain pula mendermakan pakaian dan barangan keperluan harian kepada
mereka sekeluarga.

Encik Basri sekeluarga terharu atas perbuatan baik jiran-jirannya lalu mengucapkan
terima kasih kepada mereka. Encik Basri berjanji akan membalas jasa baik jiran-jirannya pada
suatu hari nanti.

Aku sebagai sebuah pili bomba. Aku diletakkan di sebuah kawasan perumahan. Aku telah
dipasang sempena Majlis Pelancaran Bomba Komuniti Taman Jaya, 10 tahun lalu. Dahulu, tubuhku
berwarna kuning. Namun, kini aku diwarnakan merah kerana mengikut ketetapan antarabangsa.
Beberapa orang Teman Pili Bomba telah dilantik untuk menjagaku.

Namun begitu, aku tidak gembira tinggal di situ. Aku sering dicederakan oleh sekumpulan
remaja nakal. Mereka memukul-mukul badanku. Badanku menjadi calar-balar dan tidak dapat
berfungsi. Oleh sebab itu, aku perlu dibaiki. Selepas dibaiki, aku dijaga dengan lebih teliti.

Pada suatu hari, kebakaran telah berlaku di sebuah rumah di kawasan itu. Penduduk
bergegas menghubungi pihak bomba untuk memadamkan kebakaran. Tidak lama kemudian, pihak
bomba pun sampai. Namun, terdapat sebuah kereta diletakkan berhampiran denganku. Maka,
anggota bomba terpaksa menghubungi pemilik kereta berkenaan untuk mengalihkan keretanya.
Kejadian itu telah melambatkan proses memadamkan kebakaran. Akibatnya, bahagian dapur
rumah itu terbakar teruk.
Ibu bapa merupakan insan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Mereka membesarkan
kita dengan penuh kasih sayang. Sebagai anak, kita mestilah membalas jasa ibu bapa kita.

Kita mestilah patuh dan taat pada kata-kata ibu bapa kita. Kita haruslah mendengar segala
nasihat yang diberikan oleh mereka. Hal ini demikian kerana segala nasihat mereka dapat
menjadikan kita insan yang lebih baik.

Selain itu, kita mestilah belajar dengan sungguh-sungguh. Sekiranya kita belajar dengan
sungguh-sungguh, sudah pasti kita mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Oleh
itu, ibu bapa kita pasti berasa sangat gembira.

Seterusnya, kita haruslah selalu membantu ibu bapa kita melakukan kerja-kerja rumah.
Antaranya termasuk mengemas rumah, menyapu lantai, mencuci pinggan dan mencuci pakaian. Kita
dapat meringankan beban ibu bapa kita. Mereka akan berasa bangga akan sikap kita yang ringan
tulang itu.

Kesimpulannya, kita mestilah sentiasa menghormati ibu bapa kita. Kita perlulah menghargai
segala pengorbanan mereka dalam mendidik dan menjaga kita.

Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria sangat penting kerana dapat menimbulkan
minat murid untuk belajar. Antara cara yang mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan
ceria termasuklah menyediakan tong sampah yang mencukupi. Oleh itu, murid-murid dapat
membuang sampah di tempat yang betul. Selain itu, pihak sekolah wajar mengadakan program
gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah. Pihak sekolah perlu menganjurkan Program
Sekolah dalam Taman dengan menanam pelbagai jenis pokok juga. Aktiviti ini bukan sahaja dapat
mengindahkan kawasan sekolah malah turut membekalkan udara yang segar.

Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan yang penting untuk memastikan


persekitaran sekolah sentiasa bersih dan ceria.

Amalan gaya hidup sihat bermaksud melakukan sesuatu untuk memastikan badan kita
sentiasa sihat dan segar. Amalan gaya hidup sihat membolehkan kita hidup sihat sepanjang hayat.

Untuk memastikan badan kita sihat, kita mestilah mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Makanan seimbang ialah makanan yang dapat membekalkan zat makanan untuk badan seperti
karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan garam mineral.

Selain itu, kita memerlukan rehat dan tidur yang mencukupi. Rehat dan tidur yang
mencukupi menjadikan badan kita lebih cergas. Minda kita lebih cerdas juga. Di samping itu,
system peredaan darah dalam badan kita akan berjalan dengan lancarnya.

Seterusnya, kita disarankan untuk bersenam juga. Kita perlu bersenam sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu. Dengan bersenam, toksin dalam badan kita akan keluar melalui peluh.
Oleh itu, badan kita akan sentiasa cergas.

Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat dapat mengelakkan diri kita daripada mendapat
penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis. Badan kita juga tidak cepat
letih dan lesu. Kita dapat menjalani kehidupan dengan cerianya.
Namaku jantung. Aku merupakan organ yang paling penting dalam badan tuanku. Aku
berfungsi untuk mengepam darah ke paru-paru tuanku. Aku juga mengepam darah yang
mengandungi oksigen ke seluruh tubuhnya.

Namun, tuan aku tidak menjaga aku dengan baiknya. Dia sering mengambil makanan yang
berlemak. Dia malas bersenam juga. Oleh itu, aku terpaksa bekerja keras pada setiap hari untuk
mengepam darah dengan lebih banyak.

Semakin hari aku semakin lemah. Aku tidak mampu untuk menjalankan tugasku dengan
baiknya lagi. Pada suatu hari, tuanku berasa sesak nafas. Dadanya sangat sakit. Dia pengsan.

Tuan aku dibawa ke hospital. Doktor memberitahu bahawa tuanku menghidap penyakit
lemah jantung. Sejak itu, tuanku mengamalkan gaya hidup sihat. Aku sangat gembira akan
perubahan sikap tuanku itu.

Amalan keselamatan di rumah merupakan perkara yang amat penting. Setiap ibu bapa perlu
memastikan rumah mereka selamat untuk didiami oleh anak-anak mereka.

Ibu bapa perlu memastikan objek-objek kecil disimpan di tempat yang sukar dicapai oleh
anak-anak mereka. Elakkan membeli permainan yang kecil. Sekiranya anak mereka memasukkan
permainan tersebut ke dalam mulut, anak mereka boleh tercekik.

Seterusnya, ubat-ubatan, racun serangga dan bahan mudah terbakar perlulah disimpan di
tempat khas. Barang-barang tersebut haruslah diletakkan di tempat yang tinggi dan tersorok
agar tidak dapat dilihat dan dimain oleh kanak-kanak.

Selain itu, peralatan yang tajam seperti pisau, parang dan gunting perlu disimpan di dalam
laci. Hal ini demikian kerana peralatan yang tajam tersebut boleh menyebabkan kecederaan
kepada kanak-kanak.

Kesimpulannya, setiap ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan diri


anak-anak mereka. Kehidupan yang sejahtera dapat dicapai jika keselamatan anak-anak terjamin.

Selamat pagi saya ucapkan kepada Cikgu Hasmah selaku guru kelas kita dan rakan-rakan
sekalian. Terima kasih kerana memberikan peluang untuk saya berucap dalam majlis ini. Pada hari
ini, kita akan meraikan kejayaan rakan sekelas kita, iaitu Ariana Zainudin.

Ariana telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Syarahan Peringkat
Daerah Jerantut. Ariana telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu. Sebagai rakan
sekelas, kami berasa bangga akan kejayaannya itu. Ariana telah mengharumkan nama sekolah
dalam kegiatan kokurikulum.

Kita seharusnya mencontohi Ariana. Ariana seorang yang berbakat dan gigih berusaha. Dia
juga tidak pernah mengenal erti putus asa dalam melakukan sesuatu perkara. Kejayaan ini adalah
hasil usahanya yang bersungguh-sungguh.

Saya bagi pihak rakan-rakan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah
kepada Ariana. Kami berharap agar Ariana akan terus berjaya.

Sekian, terima kasih.


Badminton merupakan sejenis permainan yang menggunakan raket dan bulu tangkis.
Badminton boleh dimainkan secara perseorangan atau dua orang pemain dan berpasangan atau
empat orang pemain. Sukan ini boleh dimainkan untuk mengisi masa lapang atau untuk menyertai
pertandingan.

Sukan ini mempunyai peraturan dan undang-undang yang tersendiri. Antaranya


termasuklah peraturan sebelum memulakan permainan. Undian akan dibuat dengan menggunakan
bulu tangkis atau wang syiling. Undian ini bertujuan untuk memilih pemenang bagi memulakan
servis, menerima servis atau memilih petak gelanggang.

Seterusnya, sistem pengiraan mata dalam permainan biasa adalah sebanyak 21 mata.
Perbezaan dua mata diperlukan untuk menang dalam suatu pertandingan. Rehat selama 60 saat
akan diberikan setelah mana-mana pemain mendapat 11 mata. Rehat dua minit pula akan diberikan
apabila suatu permainan tamat.

Pada minggu lepas, jiran Encik Kim Lee, iaitu Encik Zamri telah mengadakan majlis
perkahwinan anak perempuan sulungnya. Suasana di majlis itu amat meriah kerana banyak tetamu
hadir.

Sebelum majlis berlangsung, Encik Zamri menghadapi masalah kekurangan tempat untuk
mendirikan khemah. Ruang di halaman rumahnya hanya boleh memuatkan dua buah khemah.
Mujurlah Encik Kim Lee membenarkan Encik Zamri mendirikan khemah di halaman rumahnya.

Sebelum majlis berlangsung, banyak jiran Encik Zamri datang untuk membantunya. Mereka
membantu Encik Zamri mendirikan dan menghias khemah. Encik Zamri berasa sangat gembira
kerana mempunyai jiran-jiran yang baik hati dan ringan tulang.

Anda mungkin juga menyukai