Anda di halaman 1dari 2

BIOGRAFI : IBNU SINA

Nama penuh beliau ialah Abu Ali Husain bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina. Beliau dikenali dengan
gelaran 'Asy- Syaikhur Ra lis (ketua para syeikh) Beliau lahir pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan
980 Masihi di sebuah perkampungan kecil bernama Afsanah yang terletak tidak jauh dari kota Bukhara
dan berada di dalam wilayah republik Uzbekistan. Bapa beliau merupakan seorang gobenor di daerah
Samarkand. Beliau dibesarkan di Bukhara dengan didikan yang baik dan

KEPERIBADIAN

Beliau seorang tokoh yang mempelajari ilmu:

Beliau pernah mengkaji dan memahami sebuah buku dari seorang Falsafah yang ternama iaitu Aristotle:

Buku karangan Aristotle Metafizik pernah dibaca oleh Ibnu Sina sebanyak empat puluh kali, sehingga dia
mampu untuk menghafalnya walaupun dia belum benar-benar memahami buku itu. Hal ini berterusan
sehinggalah dengan kebetulan ia telah membeli buku karya Abu Nashr Al-Farabi . Dimana didalam buku
itu menjelaskan banyak mengenai Aristotle secara terperinci. Disini beliau boleh memahami isi
kandungan buku Aristotle dengan lebih baik dan tepat. Beliau menguasai banyak ilmu pengetahuan ini
semenjak beliau berusia tujuh belas tahun.

Beliau seorang yang pintar:

Beliau ialah seorang pintar kerana telah menguasai belbagai ilmu:

Ketika di usia yang sangat muda iaitu lapan belas tahun, beliau telah mempelajari banyak ilmu
pengetahuan (Ilmu agama) dan telah menguasai banyak ilmu pengetahuan seperti falsafah, Saster, fisik,
Science, Geomatric, matematik,…………..

Beliau seorang yang berinovatif


Dalam kehidupan beliau, beliau sering mengunakan masanya dengan perkara bermanfaat seperti
membuat penyelidikan, karya-karya dan penulisan bahagian ilmu perubatan yang dia pelajari. Contoh
sahaja ketika beliau di penjara atau pun sakit beliau menggunakan masa beliau untuk membuat
sebahagian karya-karya yang terkenal sehingga masa kini.

Seorang yang taat beragama

Beliau sering berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan dalam menghadapi
masalah. Beliau sering pergi ke masjid untuk meminta dan memohon petunjuk kepada Allah SWT

PENDIDIKAN IBNUT SINA.

Ibnu sina mempelajari ilmu Al-Quran dan sastera semenjak berumur lima tahun. Manakala, beliau
menghafaz Al-Quran itu semasa berumur sepuluh tahun Beliau mula mempelajari ilmu fikah dan
tasawuf daripada Ismail Al-Zahid, ilmu hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Al-
Masaah, ilmu falsafah dari Abu Abdillah Al-natili, serta ilmu sains dan ilmu astronomi dari Al -Biruni.
Sedangkan ketika beliau berusia enam belas tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan kerana
beliau seorang yang tidak kenal akan kata putus asa.Beliau membuat banyak karya-karya serta
penyelidikan mengenai ilmu perubatan setelah apa yang beliau pelajari selama pendidikan dari guru-
guru beliau. Pada hari ini beliau seorang yang terkenal sebagai seorang pakar perubatanyang
terkemuka.

KETOKOHAN TBNU SINA DAIAMI BTDANG PERURATAN

Kesarjanaan lbnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pemikirafan dunia. Beliau telah diberi
kepercayaan untuk menjaga penguasa Bukhara Nuh bin Mansur, pengusaha Jurjan Al-Amir Syams Ma'ali
Oabus bin wasyamkir, pengusaha Asfahan Al-Ami Ala Al daulah. Ibnu Sina menghasil banyak karya
terutama dalam bidang perubatan. Contohnya Al-Qanum Flt Tlb, Al-Adawlah Al-Qalbiah, dan Al-Alfiah
Al-Tibbiah. Karya-karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa latin,
bahasa Ibrani dan Inggeris. Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan.

Anda mungkin juga menyukai