Anda di halaman 1dari 16

Pendahuluan

Setiap individu akan mula membentuk personalitinya yang tersediri dengan cara mempelajari

serta menerima nilai, sikap serta kemahiran yang membolehkannya menjadi ahli masyarakat

di mana tempat mereka membesar. Proses ini dinamakan sebagai proses sosialisasi. Kegagalan

seseorang individu menjalani proses sosialisasi akan menyebabkannya tidak dapat berinteraksi,

bekerja sebagai satu kumpulan mahupun melakukan kawalan diri. Selain daripada untuk

belajar memenuhi peranan-peranan sosial, peranan utama proses sosialisasi adalah untuk

mengajar asas-asas kehidupan bermasyarakat, menanamkan aspirasi masyarakat serta

menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat.

Proses ini bermula sejak awal dari zaman kanak-kanak lagi. kemudian, kanak-akan

akan melalui sistem persekolahan sebagai proses pendidikan bermula dari zaman kanak-kanak

hingga dewasa. Menyedari kepentingan sistem persekolahan, banyak negara yang mewajibkan

persekolahan khususnya pendidikan awal kepada rakyatnya. Walaupun kanak-kanak dididik

secara langsung mengenai cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik di

rumah dan di sekolah, mereka secara tidak langsung akan mempelajari tingkah laku, sikap dan

nilai kumpulan dalam masyarakat yang lain berdasarkan tingkah laku-tingkah laku atau

perbuatan-perbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya. Dengan ini, dapat dilihat bahawa

proses sosialisasi akan berjalan lancar apabila input yang mereka peroleh daripada agen-agen

sosial itu tidak bertentangan atau saling menyokong satu sama lain.

Justeru, selain sistem persekolahan, terdapat beberapa agen sosial lain yang membentuk

serta mempengaruhi sosialisasi seseorang pelajar itu. Antara agen sosial yang memainkan

peranan penting serta berkaitan dengan pendidikan adalah keluarga, kelompok bermain, media

1
massa, lembaga pendidikan formal, institusi agama serta pertubuhan bukan kerajaan. Interaksi

pelajar dengan agen sosial menyumbang kepada pembentukan tingkah laku serta kemampuan

sosial setiap pelajar di sekolah. Setiap interaksi yang sihat akan membawa kesan yang positif

kepada pengembangan diri serta pembentukan jati diri seseorang pelajar. Manakala, jika pelajar

terdedah dengan interaksi yang tidak sihat mereka akan mudah mengalami konflik serta

dipengaruhi dengan unsur-unsur negatif.

Terdapat dua bentuk sosialisasi yang akan dilalui oleh seorang pelajar sejak awal iaitu

sosialisasi primer dan sosialisasi sekunder. Pada peringkat awal, kanak-kanak akan

mempelajari konsep diri, psikomotor, penaakulan serta kemahiran bahasa daripada keluarga

dalam proses sosialisasi primer. Seterusnya dalam sistem pendidikan, mereka akan melalui

proses sosialisasi sekunder sehingga meningkat remaja dengan menerima konsep baru,

mengembangkan diri serta penyesuaian diri akibat daripada proses sosialisasi sekunder

bersama rakan sebaya, media sosial, institusi agama serta agensi-agensi lain.

Keluarga sebagai Agen Sosial

Dalam agama Islam, pendidikan keluarga menjadi titik tolak dan titik pangkal yang

mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan anak didik dalam pembentukan sikap dan

keperibadiannya dengan mengambil nilai-nilai Islami yang terkandung dalam al-Qur’an dan

Hadis. (Hasan Baharun, 2016). Keluarga memainkan peranan yang signifikan dalam memberi

didikan agama, melatih sifat saling menghormati dalam kalangan keluarga dan terhadap

masyarakat serta memberi pendidikan mengenai isu sosial semasa.

2
Justeru, keluarga khususnya ibu bapa merupakan antara pengaruh utama dalam

kehidupan seseorang pelajar dalam proses pendidikanya. Pembentukan personaliti serta

penanaman nilai sejak awal bermula dalam sistem kekeluargaan itu sendiri. Sejak kecil, ibu

bapa akan mendidik anak-anak mengikut acuan masing-masing. Ikatan dan kawalan

keibubapaan juga dapat membentuk personaliti yang positif dalam kalangan anak-anak serta

konsep kendiri yang jitu.

Ibu bapa yang bersikap laissez-faire atau terlalu berlembut mudah menjerumuskan

anak-anak menjadi seorang yang kurang bertanggungjawab, kurang hormat terhadap orang

sekeliling serta kurang berdikari. Bagi anak-anak yang dibesarkan secara autoktratik oleh ibu

bapa pula, mereka berpotensi menjadi individu yang patuh, pasif serta kurang keyakinan diri.

Manakala, dalam keluarga yang bersikap demokratik, banyak rasionalisasi serta perbincangan

yang berlaku dalam keluarga. Dengan ini, anak-anak akan membesar menjadi seorang yang

lebih berkeyakinan diri, lebih berani dan juga mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik.

Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan menjejaskan masa depan mereka

yang boleh menyebabkan mereka terlibat dengan gejala-gejala sosial dan tidak mampu untuk

membentuk diri mereka menjadi orang yang berguna dan berwawasan (Rohayati, 2004). Kajian

Noor Adiah (1998) Norhayati (1994) juga mendapati masalah sosial ada kaitan dengan

pendapatan keluarga. Di negara barat, Mannes, et al. (2005) melaporkan bahawa remaja yang

berasal daripada keluarga berpendapatan rendah adalah dua kali ganda lebih cenderung untuk

bertingkah laku negatif berbanding remaja lain.

3
Dari sudut pendidikan pula, keluarga khususnya ibu bapa bertanggungjawab memberi

perhatian kepada perkembangan akademik anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga perlu

memastikan keterlibatan dalam aktiviti sekolah serta perbincangan dengan pendidik di sekolah.

Teman Sebaya sebagai Agen Sosial

Lingkungan interaksi anak-anak akan bertambah luas setelah mereka keluar daripada rumah.

Di kawasan kejiranan mahupun di sekolah, anak-anak secara langsung akan berinteraksi

dengan masyarakat, khususnya rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok masyarakat

yang pertama yang ditemui oleh anak-anak setelah keluar daripada rumah. Dengan rakan

sebaya, anak-anak akan mula belajar bersosial.

Interaksi sosial dengan rakan sebaya berbeza dengan keluarga kerana hubungan

kekeluargaan tidak setaraf disebabkan oleh perbezaan usia, pengalaman dan peranan dalam

keluarga itu sendiri. Dengan keluarga, anak-anak lebih cenderung menjadi pengikut serta

mematuhi ahli keluarga yang lain. Namun, dalam lingkungan teman sebaya atau kelompok

bermain, seseorang belajar berinteraksi dengan hubungan yang setaraf karena faktor umur yang

tidak jauh beza atau sebaya. Pada tahap inilah seorang anak memasuki game stage, mempelajari

aturan yang mengatur peranan orang yang kedudukannya sederajat. (M. Fadhli, 2016). Ketika

bersama rakan sebaya atau dalam kelompok bermain, anak-anak boleh memainkan peranan sebagai

ketua, bebas menyatakan pendapat serta bersaing sesama sendiri.

Sebagai seorang yang sedang meningkat dewasa, pengaruh rakan sebaya merupakan

pengaruh yang sangat kuat. (Abu & Leong, 2014) Dalam tempoh ini,vmereka memiliki masa

4
yang sangat kuat akan rasa ingin tahu yang tinggi serta semangat untuk mencuba. Justeru,

pemilihan teman dalam pergaulan sangat signifikan dalam tempoh ini kerana makin menginjak

dewasa, makin banyak masa yang dihabiskan bersama rakan sebaya berbanding keluarga.

Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi sosialisasi pelajar iaitu faktor imitasi, faktor

cadangan, serta faktor simpati. (Fitri Noviani, 2014)

Faktor imitasi merupakan dorongan kepada pelajar untuk meniru orang lain. Di sekolah

misalnya, pelajar akan mudah tertarik untuk meniru trend-ternd terkini ataupun rakan yanng

menjadi idola mereka kerana takut dianggap ketinggalan zaman. Pengaruh psikologi, baik yang

datang dari dirinya sendiri maupun dari orang lain dan dapat di terima tanpa adanya kritik orang

lain disebut sebagai faktor sugesti. Pelajar akan lebih mudah untuk menerima nasihat-nasihat,

saranan atau kritikan yang dilontarkan oleh rakan sebaya tanpa sebarang keraguan. Tingkah

laku mereka akan dipengaruhi oleh rakan sebaya. Misalnya, sekiranya pelajar sering dimotivasi

oleh rakan untuk sentiasa berjaya, mereka akan menunjukkan minat serta prestasi yang

memberangsangkan ketika belajar. Begitulah juga sebaliknya. Manakala, faktor simpati

merupakan satu perasaan tertari kepada orang lain. Misalnya, sekiranya seorang pelajar itu

tertarik dengan gaya serta ketokohan terkini yang dibawa oleh teman dan akhirnya membawa

kepada faktor imitasi di mana mereka akan cuba meniru gaya tersebut.

Berdasarkan ketiga-tiga faktor ini, terdapat enam peranan rakan sebaya sebagai agen

sosial dalam sistem persekolahan iaitu sikap, pemikiran, minat, penampilan, perilaku serta

pencapaian akademik. Sikap pelajar serta keperibadiannya akan mula terbentuk hasil daripada

peranan teman sebaya. Pemikiran pelajar juga dapat dibentuk apabila pelajar saling bertukar

pendapat bersama rakan sebaya. (M. Fadhli, 2016). Setiap pelajar juga akan cenderung memilih

rakan yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama, sama ada dalam bentuk aktiviti

5
dalaman, hiburan, aktiviti luar mahupun sukan atau permainan tertentu. Persamaan daripada

segi minat dan kecenderungan akan memudahkan mereka untuk berkongsi pengalaman dan

idea. (Abu & Leong, 2014) Sekiranya pelajar itu minat dalam eksplorasi sains, dia akan lebih

senang bergaul dalam kelompok yang meminati aktiviti ini serta menjadikannya aktiviti

bersama. Manakala, jika minat pelajar itu lebih cenderung ke arah permainan video atas talian,

mereka akan banyak meluangkan masa bersama untuk menikmati kepuasan bermain

permainan video.

Selain itu, penampilan serta perilaku pelajar khususnya yang sedang menginjak ke alam

remaja juga turut dipengaruhi oleh rakan sebaya. Remaja yang disenangi oleh rakan-rakannya

boleh mengembangkan sikap kecerdasan sosialnya dan berperilaku empati. Sementara remaja

yang dipinggirkan oleh rakan sebaya, dia akan menunjukkan perilaku agresif dan impulsif. Di

sekolah juga, Pengaruh rakan sebaya telah didapati mempunyai kesan yang lebih besar

terhadap prestasi akademik baik secara positif dan negatif bergantung kepada ahli kumpulan.

(Abderrahim Ezzarouki, 2016) Sekiranya mereka tidak dibimbing memilih rakan sebaya yang

sesuai kesannya adalah kepada pencapaian mereka dalam pelajaran.(Abu & Leong, 2014)

Pelajar akan lebih minat dan bersemangat untuk memajukan diri melalui pelajaran sekiranya

mereka turut diberi suntkan semangat dengan rakan yang berkongsi aspirasi yang sama.

Justeru, rakan boleh berperanan sebagai pembimbing, pemberi motivasi, bahkan juga pencetus

kepada semangat belajar. Dalam sesebuah kumpulan, jika pengaruh negatif lebih kuat

memainkan peranan, maka pencapaian atau objektif pembelajaran bagi ahli yang lain juga

susah untuk dicapai.

Menyedari kepentingan ini, dalam kerangka membangunkan negara melalui Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia sejak tahun 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia mula

6
menitikberatkan penerapan proses pembelajaran abad ke-21. Dalam proses ini pelajar akan

dapat pengalaman pembelajaran yang berpusatkan pelajar berteraskan elemen komunikasi,

kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.

Media Massa sebagai Agen Sosial

Media dicatatkan sebagai alat atau pengantara dalam komunikasi ataupun perhubungan dam

kamus Dewan Bahasa Edisi keempat manakala sosial pula didefiniskan sebagai segala hal yang

berkaitan dengan kemasyarakatan. Dalam konteks media sosial pula, frasa ini bermaksud

kelompok aplikasi berasaskan internet yang membangun di atas dasar ideologi dan teknologi

Web 2.0 dan yang memungkinkan penciptaan dan pertukaran kandungan yang dijana

pengguna. Jejaring sosial adalah kaedah yang sering digunakan oleh masyarakat di dunia.

Contoh media sosial yang tidak asing lagi bagi masyarakat seantero dunia ialah ‘Facebook’,

‘Twitter’, ‘WeChat’, ‘Instagram’, dan sebagainya.

Sebelum tularnya penggunaan media sosial, masyarakat menggunakan media biasa

seperti surat khabar, telegram atau televisyen untuk sebagai alat untuk komunikasi serta

memperoleh maklumat semasa. Namun, media ini memberi limitasi kepada para pengguna

kerana para pengguna sukar untuk memberi pendapat atau pandangan bebas terhadap sesuatu

perkara yang disiarkan. Dengan adanya media sosial, para pengguna dengan mudah dapat

melemparkan pendapat masing-masing dan dapat berkomunikasi ke seluruh dunia tanpa

halangan.

7
Selaras dengan Pendidikan Abad ke-21, media massa menjadi antara alat bantu yang

sangat signifikan dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Pelajar boleh mengambil

teladan dan pengajaran melalui siaran artikel serta mengetahui baik buruk sesuatu maklumat

yang dipaparkan di laman sesawang atau menerusi rancangan berunsurkan pendidikan ataupun

keagamaan.

Dewasa ini, pelbagai animasi atau rancangan pendidikan dipaparkan di kaca televisyen

mahupun secara atas talian untuk menarik minat pelajar dalam pelajaran. Kanak-kanak sekolah

rendah atau pra-sekolah seharusnya tidak asing lagi dengan rancangan ‘Omar dan Hana’ di

mana mereka boleh mempelajari akhlak mulia, doa-doa serta nilai murni dengan menonton

rancangan ini. Guru juga boleh mengambil peluang daripada capaian media massa yang meluas

dengan menerapkan kaedah e-pembelajaran kepada pelajar. Melalui kaedah ini, pelajar dapat

berkomunikasi serta bersosial dengan lebih meluas tanpa batasan sempadan.

Dalam membangunkan pendidikan secara maya bagi pelajar-pelajar sekolah rendah

hingga ke sekolah menengah, Astro TutorTV diperkenalkan supaya murid dapat melalui

pengalaman pembelajaran menerusi media massat erutamanya pelajar yang bakal menghadapi

peperiksaan awam negara. Terdapat juga sistem pembelajaran yang lebih interaktif

dibangunkan supaya pelajar dapat belajar serta berkomunikasi secara atas talian dengan lebih

interaktif. Syarikat penerbitan Sasbadi Sdn. Bhd contohnya telah membangunkan aplikasi

pembelajaran yang interaktif serta selaras dengan kurikulum terkini yang diberi nama ‘iLearn

Ace’. Menerusi aplikasi ini, murid dapat mendengar penerangan, membuat latih tubi serta

menyemak jawapan yang benar berdasarkan jawapan yang diberi. Lebih menarik lagi, aplikasi

ini juga dapat diakses oleh ibu bapa untuk mengawasi perkembangan prestasi akademik pelajar

8
dan pelajar boleh berkomunikasi serta bersaing secara positif dengan rakan yang turut

mendaftar secara tidak langsung.

Dengan penggunaan jaringan internet, pelajar juga dapat mencari sebarang maklumat

yang diinginkan tanpa sebarang batasan. Selain daripada sosialisasi secara langsung dan

bersemuka, pelajar juga akan mengalami proses sosialisasi secara maya dengan adanya

perbincangan atas talian, sekaligus meningkatkan jiwa sosial pelajar itu sendiri.

Lembaga Pendidikan Formal

Di sekolah pula, interaksinya dengan masyarakat menjadi bertambah luas. pelajar bukan sahaja

sekadar biasa dengan peraturan-peraturan dan amalan-amalan keluarganya, malah mereka akan

berhadapan dengan alam persekolahan yang mempunyai peraturan- peraturan tertentu yang

memerlukannya berkelakuan baik. Di sekolah, pelajar bukan sahaja belajar sosialisasi secara

formal yang ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum tersembunyi

dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah seperti beratur mengikut giliran,

mengikut peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing dalam aktiviti-aktiviti

sekolah. Selain itu terdapat juga kurikulum tersembunyi

Guru-guru dan rakan sebaya menjadi orang-orang yang penting kepada seseorang

pelajar. Guru-guru memainkan peranan yang signifikan selepas ibu bapa dalam pembinaan diri

pelajar. Cara pentadbiran sekolah, persekitaran sekolah. personaliti dan pergaulan antara guru

termasuk kaki tangan sekolah juga mempunyai pengaruh terhadap perkembangan moral kanak-

kanak di sekolah.

9
Selain sekolah sebagai tempat pelajar menerima pendidikan formal, terdapat juga

lemabaga pendidikan formal yang lain yang memainkan peranan dalam sosialisasi seorang

pelajar. Program Kerjasama Awan-Swasta (PPP) diperkenalkan di bawah Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 yang dibantu oleh Unit Pelaksanaan dan Prestasi

Pendidikan (PADU). Program ini melibatkan kerjasama sektor pendidikan awam iaitu sekolah

dengan pihak swasta yang terdiri daripada syarikat swasta, government-linked companies

(GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan alumni yang berdaftar dengan Pendaftar

Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan.

Kerjasama ini bertujuan untuk memanfaatkan kelebihan dan kepakaran pelbagai pihak

dalam memastikan penyampaian manfaat yang lebih berkesan dengan murid. Selain itu,

kerjasama ini juga dapat memastikan semua warga sekolah mendapat pendedahan dan

pengalaman baharu yang berbeza daripada persekitaran sedia di samping menjana satu

ekosistem yang dinamik serta kondusif bagi merangsang pendidikan ke arah kecemerlangan.

Dengan ini, murid secara langsung berpeluang untuk berinteraksi dan bersosial dengan anggota

masyarakat serta golongan profesional di luar lingkungan keluarga, guru serta rakan sebaya.

Contoh program berlandaskan PPP adalah menerusi kerjasama sekolah vokasional dengan

sektor-sektor industri yang berkaitan bagi memenuhi keperluan guna tenaga dan keboleh

pasaran guna tenaga yang ada.

Selain itu, antara program PPP yang telah diusahakan ialah program bantuan atau

sumbangan secara one-off kepada sekolah oleh mana-mana syarikat atau organisasi, program

Sekolah Amanah yang dijalankan oleh Yayasan AMIR yang ditubuhkan oleh Khazanah

Nasional Berhad (KNB) serta program Sekolah Angkat yang dilaksanakan oleh Yayasan

10
PINTAR, Yayasan SP Setia, Yayasan Sime Darby, Khazanah Nasional Berhad, Petroliam

Nasional Berhad (PETRONAS), Lembaga Tabung Haji, dan syarikat-syarikat swasta lain.

Program-program sebegini jelas terbukti dapat memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk

bantuan material, bukan material mahupun infrastruktur serta menyumbang kepakaran serta

menyediakan fasiliti kepada sekolah di samping mentransformasikan warga sekolah ke arah

kecemerlangan dalam bidang akademik dan pembangunan sahsiah diri pelajar secara

menyeluruh.

Peranan Institusi Agama

Agama dapat membantu untuk membentuk jiwa, moral dan akhlak kerana agama menerapkan

nilai-nilai murni dalam membentuk umat yang taat kepada Tuhan. Pegangan agama yang kuat

dapat membantu seseorang untuk mendepani cabaran dan dugaan dalam kehidupan dengan

bermoral. Justeru, peranan agama adalah penting dalam memberi kesedaran kepada pelajar dari

melakukan perkara yang tidak bermoral. Adalah didapati bahawa kanak-kanak yang

menghadiri kelas-kelas agama lebih jujur daripada kanak-kanak yang tidak menghadiri kelas

agama. Ramai berpendapat kanak-kanak menggunakan ajaran agama sebagai petunjuk dalam

proses perkembangan moral mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di mana terdapat individu yang percayakan

agama namun tidak menggunakan prinsip-prinsip moral yang tinggi dalam perlakuan mereka

seharian. Hal ini disebabkan oleh kerapuhan iman dalam diri mereka. Sekiranya kanak-kanak

ini diberi didikan agama yang kuat dan berpegang kepada keimanan nescaya mereka tidak

melakukan sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia malahan agama itulah yang akan

membentuk jiwa, moral dan akhlaknya kerana di dalam agama itu ada cara dan kaedah untuk

11
membentuk akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada tuhan seperti yang terkandung

di dalam agama Islam.

Dalam sistem persekolahan pula, aktiviti-aktivit keagamaan wajar diadakan bagi

menyuburkan rasa dan keimanan dalam diri pelajar, bergantung kepada polisi dan juga dasar

pelaksanaan sekolah itu sendiri. Antara program keagamaan yang boleh diadakan adalah

penyampaian khutbah agama oleh ulama’, pendeta ataupun sami mengikut pegangan majoriti

di sekolah itu. Selain itu, sambutan perayaan keagamaan juga turut diadakan di sekolah-sekolah

bagi meraikannya bersama-sama dalam suasana yang harmoni dan penuh kesatuan. Aktiviti-

aktiviti kerohanian lain juga wajar dilaksanakan secara berterusan di sekolah-sekolah dalam

membentuk jiwa, moral dan akhlak pelajar.

Agensi Lain yang Berkaitan dengan Sistem Persekolahan- Pertubuhan Bukan Kerajaan

Selain daripada agen-agen sosial yang berkaitan secara langsung dengan sistem persekolahan,

terdapat juga agensi lain yang turut menyumbang atau menyuarakan secara langsung mengenai

pembentukan diri pelajar.

Antaranya ialah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang teguh dengan

prinsipnya iaitu etiap murid mempunyai hak kepada pendidikan yang berkualiti. SUHAKAM

juga menyatakan bahawa dengan meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk menkmati hak

asasi manusia sepenuhnya di samping menggalakkan budaya yang menerapkan nilai-nilai hak

asasi manusia. Antara hak pelajar yang diperjuangkan oleh SUHAKAM adalah hak memberi

pendapat dan bersuara semasa proses pembelajaran, hak mendapatkan kemudahan asas mesra

12
orang kurang upaya (OKU) di institusi pendidikan, hak untuk mengamalkan kebudayaan

sendiri serta akses kepada pendidikan bagi semua.

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(UNESCO) juga ditubuhkan bagi menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dengan

mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.

UNESCO telah menggariskan empat tunggak yang berkaitan dengan sistem persekolahan

yang dapat menyumbang kepada proses sosialisasi pelajar bersama agen-agen yang lain.

Empat tunggak tersebut adalah pelajar di institusi pendidikan perlu belajar untuk menguasai

ilmu, belajar untuk menguasai kemahiran, belajar untuk menjadi insan berguna, serta belajar

untuk menghormati dan bekerjasama dengan anggota masyarakat.

Kesimpulan

Pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk membentuk warganegara yang berilmu,

berketerampilan, bertanggungjawab, berakhlak mulia serta mampu mencapai kesejahteraan

diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian keluarga, masyarakat dan negara.

Bagi mencapai hasrat ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menitikberatkan elemen

pengembangan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari sudut emosi serta rohani di samping keseimbangan intelek dan jasmani.

Sosialisasi merupakan agen yang membentuk tingkah laku yang boleh diterima oleh

masyarakat. Proses ini juga akan mempengaruhi pengembangan individu dari sudut emosi serta

kerohanian. Invidu tidak dapat menjalankan fungsi sosialnya seperti berinteraksi, bekerja

dalam kumpulan serta berkomunikasi dengan efektif sekiranya gagal atau terjebak ke dalam

13
proses sosialisasi yang negatif. Kegagalan ini juga menyebabkan mereka tidak dapat mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian keluarga, masyarakat

dan negara seperti yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu,

keseimbangan dari sudut emosi dan rohani juga tidak dapat dilaksanakan sekali gus membawa

kepada kepincangan dalam sistem pendidikan individu tersebut. Justeru, dapat dilihat betapa

signifikannya proses sosialisasi dalam diri seseorang pelajar.

Selain itu, proses sosialisasi yang mampan juga sangat penting dalam menghadapi

cabaran pendidikan masa kini. Keperluan pembelajaran, persekitaran dan suasana membesar

pelajar masa kini jauh berbeza dengan pelajar dahulu. Kini, pelajar lebih bertanggungjawab

terhadap proses pembelajaran mereka manakala guru memainkan peranan penting sebagai

pemudahcara dalam proses pembelajaran. Proses pembelajaran pula boleh berlaku di mana-

mana sahaja, tidak terhad di dalam bilik darjah. Oleh itu, institusi keluarga, rakan sebaya,

institusi agama, media massa serta agen-agen lain yang berkaitan sangat memainkan peranan

yang penting sebagai agen sosialisasi dalam pembentukan pendidikan yang lebih

komprehensif. Kegagalan fungsi salah satu daripada agen sosial berpotensi memberi pengaruh

negatif dalam proses sosialisasi pelajar itu sendiri.

14
Rujukan

Abderrahim Ezzarrouki. (2016). Peer Influence on Academic Performance in a Collectivistic Culture.

Ibn Zohr University. Tesis Sarjana

Fitri Novianny. Yohannes Bahari. Fatmawati. (2004). Fungsi Imitasi, Sugesti dan Simpati dalam

Meningkatkan Motivasi Belajar pada Siswa SMA Bawari Puntianak. Indonesia. Program

Studi Pendidikan Sosiologi Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Tanjungpura

Hasan Baharun, Nurul Jadid Karanganyar. (2016). Pendidikan Anak dalam Keluarga; Telaah

Epistemologi. Indonesia: Pedagogik; Jurnal Pendidikan

M.Fadli. (2016). Peran Agen Sosialisasi dalam Pembentukan Perilaku Remaja di Desa Putik

Kecamatan Palmatak Kabupaten Anambas. Indonesia. Tesis Sarjana.

Mannes, M., Roehlkepartain, E. C. and Benson, P. L. (2005). Unleashing The Power of Community

To Strengthen The Well-Being of Children, Youth and Families: An Asset-Building Approach.

Child Welfare League of America. 84 (2). 33-250.

Noor Adiah Mohamad Nor. (1998). Satu Kajian Kes Tentang Masalah Remaja Sekolah dan

Kaitannya Dengan Pencapaian Akademik. Universiti Putra Malaysia. Tidak diterbitkan.

Noor Erma Abu, Leong Kwan Eu. (2014). Hubungan antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru dan

Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Tambahan Tingkatan 4. Kuala

Lumpur. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik

Norhayati Suaidi. (1994). Persekitaran Fizikal, Penglibatan Ibubapa Dan Pencapaian Akademik

Kanak-Kanak di Rumah Pangsa. Universiti Putra Malaysia. Tidak diterbitkan.

Rohayati Derani. (2004). Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja

Islam Masa Kini: Satu Tinjauan Di Taman Aman Anak Bukit, Alor Setar Kedah. Universiti

Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

15
Laman Sesawang

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/341972/nstp-terima-penghargaan-

kementerian-pendidikan

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/pembelajaran-abad-ke-21-harapan-realiti-dan-

cabaran-1.590819

https://www.suhakam.org.my/areas-of-work/pendidikan/

http://suganthimunsami.blogspot.com/p/tonggak-pendidikan-unesco.html

Dokumen

Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2018 :

Panduan Penyaluran dan Penerimaan Sumbangan daripada Sektor Swasta dan Bukan Swasta

kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia

16

Anda mungkin juga menyukai