Anda di halaman 1dari 2

E-mel adalah alat untuk komunikasi rasmi jabatan dan semua pengguna mempunyai tanggungjawab

untuk menggunakan sumber ini dengan betul, cekap, berkesan, beretika dan berbudi bahasa pada
sepanjang masa dan keadaan. Bahasa yang digunakan dalam penggunaan e-mel juga haruslah standard
dan bukan bahasa rojak. Selain itu, jika alamat e-mel yang digunakan ialah e-mel yang ditentukan oleh
organisasi, maka e-mel itu sahaja yang boleh diguna pakai ketika dalam organisasi atau berkaitan
dengan tugas-tugas organisasi. Pihak organisasi berhak untuk memantau bahan e-mel yang dihantar dan
diterima oleh anggota organisasi sekiranya e-mel tersebut mencurigakan. Emel juga tidak boleh
digunakan untuk memperoleh dan menyebabkan bahan yang berunsur fitnah, seks dan perkauman yang
menyalahi undang-undang.

Jika meninjau dari sudut yang lain pula, internet merupakan media yang menjadi alat penting
untuk mendapatkan pelbagai informasi. Situasi ini menyebakan ramai dalam kalangan ahli masyarakat
tidak kira masyarakat tidak kira kanak-kanak, remaja dan orang dewasa sentiasa penggunakan internet
untuk mendapatkan maklumat. Maklumat yang didapati melalui Internet ini mudah diperoleh, murah
dan tidak memerlukan seseorang itu pergi ke perpustakaan untuk mendapatkan buku-buku. Oleh itu,
kepercayaan orang ramai terhadap bahan yang disiarkan di internet menyebabkan ada pihak-pihak
tertentu yang mengaut keuntungan dengan menyediakan laman web bagi ramai orang memuat naik
bahan penulisan mereka tanpa dipantau oleh mana-mana badan tertentu.

Selain itu, orang ramai juga gemar member maklumat di internet kerana dapat dibaca oleh
khalayak yang lebih ramai. Namun demikian, maklumat yang diletakkan di internet tidak semestinya
benar dan sahih. Terdapat banyak kes yang berlaku menunjukkan ada pihak yang memuat naik artikel
yang tiak beretika di internet seperti artikel yang bertujuan menjatuhkan maruah, membuat fitnah dan
sebagainya. Selain tiu, terdapat juga pihak yang meniru artikel atau bahan orang lain tanpa menyatakan
sumber dan hal ini dikenal sebagai plagiat.

Tambahan pula, penulisan adalah suatu bidang yang memerlukan seseorang berfikir secara
mendalam berkaitan sesuatu perkara dan menterjemahkannya kepada khalayak pembaca dengan
caranya yang tersendiri melalui bahasa. Oleh yang demikian, bahan penulisan seperti buku dan artikel
yang dihasilkan oleh ramai penulis adalah haknya sendiri. Namun demikain, apa yang berlaku sekarang
adalah terdapat banyak isu yang berkaitan penulisan.

Antara isu utama berkaitan penulisan ialah plagiat dan tidak dinafikan banyak berlaku unsure
plagiat dalam penulisan pada masa kini. Secara mudahnya, penulis yang ingin cepat melaksanakan
penulisannya jika tanpa etika yang dipegang, dengan mudah menggunakan bahan penulisan orang lain
tanpa membuat rujukan kepada penulis asal. Masalah ini akan mengakiibatkan banyak isu timbul sperti
penulisannya akan ditarik balik, mendapat nama buruk dalam kalangan penulis dan masyarakat,
mencemarkan bidang keilmuan, menggalakkan penipuan, dan sebagainya.

Sehubungan itu, isu penulisan ditarik balik bermaksud bahan oenulisan seseorang penulis
dianggao tidak sah dan tidak dibenarkan untuk diterbitkan atau ditarik balik penerbitannya. Terdapat
ramai penulis sama ada professional atau separa professional yang tekah terperangkap kerana
plagiarism yang dilakukan. Keadaan ini menyebabkan kerjaya, kesarjanaan, kedudukan dalam organisasi
atau masyarakat terlucut kerana sikap tidak beretika ini. Meskipun terdapat perisian computer untuk
mengesan plagiarism seperti Tunitin, Scan My Essay dan Word Check System yang dapat mengesan
unsur plagiarism dalam penulisan tesis dan penulisan akademik secara atas talian, namun masih ramai
lagi yang bertindak melakukan tindakan tidak beretika ini. Sehubungan itu, pihak institusi pendidikan
seperti university telah menggunakan perisian mengesan plagiarism ini bagi memastikan penulisan
ilmiah yang dilakukan oleh pelajar-pelajarnya tidak unsure plagiarism.

Antara isu lain dalam penulisan, terutamanya penulisan ilmiah adalah kesilapan dalam menulis.
Terdapat isu penulis atau penyelisik meninggalkan data-data penting dalam penulisannya hingga
menimbulkan interpretasi yang salah terdapat sesuatu perkara. Komen dan pandangan daripada
penulisan dan pengkajilainyang tidak selari dengan data yang diperoleh diabaikan dan akhirnya
menyebabkan penulisan itu tidak lengkap, tidak jujur dan tidak saintifik. Keadaan ini bukan sahaja
merugikan bidang keilmuan tetapi kepada khalayak yang membaca dan merujuknmya. Selain itu,
terdapat juga isu bahawa idea yang dikemukakan dalam penulisan ilmiah bukan idea asal penulis.
Nmaun, penulis mengakui bahawa idua tersebut adalah ideannya sendiri. Oleh itu, keaslian penulisan ini
tidak jelas dan penulisan itu akan dipertikaikan oleh orang lian. Oleh sebab itu, isu etika dalam penulisan
tidak boleh dipandang ringan oleh penulis dan ahli masyarakat kerana boleh membawa banyak kesan
buruk kepada pembaca, penulis, masyaakat dan Negara. Etika ialah pegangan moral penulis yang perlu
diberi perharian dalam proses penulisannya.

Anda mungkin juga menyukai