Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN HARI KEJOHANAN SUKAN BALAPAN DAN PADANG

Pada hari sabtu, 8 April 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights telah
berlangsungnya Kejohanan Balapan dan Padang. Acara itu bermula seawal 10:30 pagi dan
berakhir pada jam 12:30 tengahari. Tujuan acara ini di adakan adalah untuk mencungkil bakat
murid-murid dalam bidang kokurikulum dan kerjasama antara guru-guru serta pelajar bagi
memeriahkan lagi setiap acara bagi rumah sukan dan unit uniform masing-masing.

Acara dimulakan dengan perarakan masuk oleh kontigen dari setiap rumah sukan dan
unit beruniform sekolah pada jam 8:30 pagi. Dato’ Haji Ahmad Bahari b. Abdul Rahman
menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Kejohanan Sukan Balapan Dan Padang. Dalam
ucapan beliau mengharapkan agar murid-murid dan guru-guru terus memberikan kerjasama dan
komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kokurikulum sekolah.

Acara pertama dimulakan dengan menyaksikan pertandingan larian 200 meter (P3) dan
larian 200 meter (L3). Para peserta bertanding mewakili rumah sukan masing-masing dengan
penuh semangat kesukanan. Acara seterusnya menyaksikan pertandingan larian 200 meter (P2),
larian 200 meter (L2), larian 200 meter (P1) dan larian 200 meter (L1).

Seterusnya menyaksikan pertandingan larian 100 meter P3 dan larian 100 (L3). Diikuti
dengan pertandingan larian 100 meter (P2), 100 meter (L2), 100 meter (P1) dan 100 meter (L1).
Secara keseluruhannya semua peserta bertanding dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan
mata untuk rumah sukan masing-masing. Sorakan dari guru-guru dan rakan pelajar yang lain
turut menggamatkan suasana pertandingan.

Para hadirin menjamu mata dengan persembahan silat dari persatuan silat Sekolah
Menengah Kebangsaan Ideal Heights di bawah pimpinan Puan Faridah bt Said.

Acara disambung semula dengan menyaksikan larian 4x100 meter (P3), 4x100 meter
(L3), 4x100 meter (P2), 4x100 meter (L2), 4x100 meter (P1) dan 4x100 meter (L1)
Penyampaian hadiah bagi perbarisan unit berunifrom dan rumah sukan disampaikan oleh
Tuan Pengetua Encik Samsuki b. Sudin dengan menyaksikan unit uniform Kadet Remaja
Sekolah dan Rumah Biru menjadi juara bagi acara perbarisan.

Olahragawan sekolah bagi lelaki dinobatkan kepada Ewan Hakim b. Mohd Nawawi (L1),
Edison Siow Jian Yu (L2) dan Nandhana Shankara a/l Thamil Selvan (L3). Manakala
olahragawati sekolah dinobatkan kepada Chong Li Shin (P1), Nurathirah bt Khairi (P2), dan
Nandhika Shankari a/p Thamil Selvan (P3). Hadiah disampaikan oleh Dato’ Haji Ahmad Bahari
b. Abdul Rahman. Tuan Pengetua menyampaikan cenderahati kepada perasmi majlis iaitu Dato’
Haji Ahmad Bahari b. Abdul Rahman.

Hadian kepada peserta-peserta yang menang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi
setiap acara larian disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG Encik Ooi Kek Keong sekaligus
menobatkan pasukan rumah biru menjuarai keseluruhan acara kejohanan sukan balapan dan
padang dengan mata terkumpul sebanyak 779.

SASARAN

Majlis ini diadakan selaras dengan sasaran sekolah dalam meningkatkan penglibatan murid
dalam aktiviti kokurikulum. Acara ini menunjukkan semangat kesukanan dan kerjasama yang
tinggi daripada murid-murid dan guru-guru serta dapat memberikan motivasi dan menjadi contoh
kepada yang lain agar terus berusaha meningkatkan kecemerlangan diri dalam setiap aktiviti
kokurikulum yang diceburi.

Disediakan oleh, 10 MEI 2017

____________________

( NURUL ASHIEKHIN BT NASUKA)


AJK PENYEDIA LAPORAN
KEJOHANAN SUKAN BALAPAN DAN PADANG
TAHUN 2017

Anda mungkin juga menyukai