Anda di halaman 1dari 4

Zaman Renaisance adalah zaman setelah abad Pertengahan iaitu pada tahun 1500-1600,

Renaisance diistilah kan sebagai Kelahiran Kembali tingkat Kebudayaan tinggi yang telah hilang
pada Zaman Romawi. Musik dipelajari dengan cirri-ciri khusus, contoh nyanyian percintaan,
nyanyian keperwiraan. Sebaliknya musik Gereja mengalami kemunduran. Pada zaman ini alat
musik Piano dan Organ sudah dikenal, sehingga munculah musik Instrumental. Di kota Florence
berkembang seni Opera. Opera adalah sandiwara dengan iringan musik disertai oleh para
penyanyinya.
Komponis-komponis pada Zaman Renaisance diantaranya :
1. Giovanni Gabrieli (1557 - 1612) dari Italia.
2. Galilei (1533 - 1591) dari Italia.
3. Claudio Monteverdi (1567 - 1643) dari Venesia.
4. Jean Baptiste Lully (1632 - 1687) dari Prancis.
DASAR PECAH DAN PERINTAH:
selepas kejadian zaman renaisance wujudnya dasar pecah perintah dimana sewaktu tempoh
penjajahan, British telah membuat dan melaksanakan pelbagai dasar yang meliputi aspek sosial,
ekonomi, dan politik.Dalam melaksanakan dasar-dasar penjajahan, secara langsung ataupun tidak
langsung telah mengubah wajah asal Tanah Melayu. Justeru itu, pada bahagian ini saya akan
membincangkan dasar-dasar yang dilaksanakan British sehingga mengubah sistem kehidupan
masyarakat Melayu yang sedia ada. Hakikatnya, semua dasar yang dilaksanakan oleh British
adalah berasaskan dasar ‘pecah dan perintah’.Walau bagaimanapun, berbeza dengan negara-
negara lain, dasar pecah dan perintah yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu bukan melalui
paksaan.Ia dilakukan secara berhati-hati dan perlahan-lahan seolah-olah ianya berlaku secara
semula jadi. Sehubungan ini, dasar pecah dan perintah (Divide and Rule)yang digagaskan oleh
kerajaan British di Tanah Melayu telah menyebabkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
ras dan kaum berpecah dan dimanipulasikan mengikut kepentingan British.Kaum-kaum utama
yang wujud pada masa itu yang terdiri daripada tiga teks kod rumpun utama iaitu Melayu, Cina
dan India dikelaskan mengikut jenis pekerjaan dan sistem pendidikan yang berbeza-beza.Melalui
dasar ini, orang melayu ditempatkan di kawan luar bandar yang kebanyakan mencari rezeki dengan
menjadi nelayan dan petani.Manakala kaum Cina pula menetap di kawasan bandar dan menguasai
segala aktiviti ekonomi serta melibatkan diri dalam bidang perlombongan yang begitu
mnguntungkan.Masyarakat India pula tinggal dan bekerja di pinggir bandar yakni di ladang-ladang
sebagai penggerak utama industri perladangan pada waktu itu. Masyarakat petani berbangsa
Melayu, peniaga Cina dan juga buruh ladang berketurunan India pada ketika itu merasa curiga
antara satu sama lain serta tidak berkomunikasi secara langsung disebabkan oleh taktik kotor yang
diterapkan oleh British.Natijahnya, dasar ini telah menyebabkan perpaduan dan perasaan saling
ingin hidup bersama tidak berlaku di Tanah Melayu. Secara keseluruhannya, pelaksanaan dasar
pecah dan perintah telah menjadi strategi yang paling berkesan dan efektif untuk menghalang
kumpulan kecil di Tanah Melayu untuk berinteraksi secara natural sesama kaum pada ketika
pemerintahan British yang menjadi tonggak utama goyahnya perpaduan antara kaum.
Darurat

Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya
dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian
kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong
kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan
sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain
dengan kerajaan British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga
penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada Disember
1989.

perang dunia ke dua

adalah sebuah perang global yang berlangsung mulai tahun 1939 sampai 1945. Perang ini
melibatkan banyak negara termasuk semua termasuk semua kekuatan besar yang pada akhirnya
membentuk dua aliansi yang saling bertentangan dan sekutu. Perang ini merupakan perang terluas
dalam sejarah yang melibatkan lebih dari 100 juta orang di berbagai pasukan yang ramai Dalam
keadaan perang negara-negara besar memaksimalkan seluruh kemampuan ekonomi, industri, dan
ilmiahnya untuk keperluan perang, sehingga menghapus perbedaan antara sumber daya sipil dan
militer.
Darurat Tanah Melayu

merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan british di Malaya dari tahun
1948sehingga tahun 1960.Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil (bukan semua hak-
hak sivil), pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan
untuk mengongkong kegiatan politik berhaluan kiri, terutamanya yang membabitkan Parti
Komunis Malay (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang berlaku di
antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahan Jepun
pada tahun 1945 sehingga perjanjian damai di antara pihak PKM

konfrontasi

Umum mengetahui rantau Asia Tenggara di era 50an dan 60an sedang hangat dibadak arus
kemerdekaan dan pembebasan diri daripada kolonialisasi Barat. Indonesia yang lebih gemar
menggelarkan dirinya sebagai Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) lebih awal menggapai
kemerdekaannya daripada penjajahan Belanda pada tanggal 17 Ogos 1945 sebaik sahaja Jepun
bertekak lutut kepada Sekutu setelah tewas dalam Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun,
Indonesia terpaksa membayar harga yg agak mahal bagi mengekalkan kemerdekaannya apabila
terpaksa menghadapi kepulangan semula Belanda yang dibantu British sehingga terjadinya dua
kali "Aggresi Militer Belanda" terhadap Indonesia.

Dua belas tahun kemudian, saudara serumpunnya iaitu Malaya akhirnya berjaya memperoleh
kemerdekaan daripada penjajahan British pada tanggal 31 Ogos 1957 melalui jalan rundingan dan
diplomasi tanpa menumpahkan walau setitis darah rakyat Malaya. Jalan memperoleh kemerdekaan
yang jauh berbeza antara dua saudara serumpun ini kelak bakal menjadi kudis yang akhirnya
mendorong kepada berlakunya krisis bersenjata tanpa perang terbuka yang kelak

Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina dikarang dengan tujuan untuk menghuraikan
peristiwa yang berlaku sehingga meletusnya rusuhan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Peristiwa ini
diakui oleh pihak yang berkuasa sebagai rusuhan kaum yang paling serius dalam esjarah negara
Malaysia. Pertumpahan darah pada 13 Mei 1969 dan kacau-bilau dahsyat yang berlaku berikutnya,
hampir menghancurkan negara; Parlimen telah digantung selama 20 bulan dan negara telah
diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Bukanlah tujuan buku ini untuk
menggambarkan peristiwa yang menyedihkan itu semata-mata tetapi tujuannya ialah untuk
menganalisis faktor-faktor berlakunya peristiwa itu, di samping memberi gamabran sejarah yang
padat mengenai perhubungan kompleks antara orang Melayu dengan orang Cina di Semenanjung
Tanah Melayu ketika itu.

Anda mungkin juga menyukai