Anda di halaman 1dari 3

Taaruf Umum

 10 Perkataan

Objektif: Memupuk kecekapan dan kekreatifan peserta.

Pelaksanaan:
1. Peserta diminta untuk membentuk satu bulatan.
2. Dengan menggunakan 10 perkataan sahaja, peserta diminta untuk mmperkenalkan
diri masing-masing.

 Wajah siapa ini?

Objektif: Mewujudkan kemesraan dan kerjasama antara peserta.

Pelaksanaan:
1. Peserta diminta untuk melakar wajah masing-masing dengan menonjolkan
identiti yang signifikan dengan dirinya.
2. Fasilitator akan mengutip lakaran tersebut dan memilih salah satu lakaran
secara rawak serta meminta salah seorang peserta memperkenalkan tuan
punya lakaran secara ditir.
3. Fasilitator akan bertanya kepada pentaaruf tentang orang yang ditaaruf dan
memerhatikan sama ada orang yangn ditaaruf memberi respon yang baik
dengan membantu sahabatnya atau mendiamkan diri sahaja.

 Graf Kehidupan

Objektif: Mengenali latar belakang peserta dengan lebih baik.

Pelaksanaan:
1. Pada kertas yang sama, peserta diminta untuk melakar graf perasaan (gembira +ve
dan sedih –ve) melawan umur. [perasaan- paksi y, umur-paksi x].
2. Mereka yang tidak ditaaruf dalam modul “Wajah siapa ini” diminta untuk
menceritakan atau ‘membaca’ graf kehidupan yang telah dilakarkan sendiri.
3. Peserta digalakkan untuk bertanya mengenai kehidupan sahabat mereka.

8.45pm - 8.50pm : penerangan modul 1


8.50pm - 9.15pm : 10 perkataan
9.15pm - 9.25pm : penerangan modul 2 & 3
9.25pm - 9.50pm : Wajah siapa ini?
9.50pm - 10.15pm : Graf Kehidupan
Aktiviti Sukaneka
 Bentuk Huruf

Objektif: Kerjasama ahli dalam kumpulan


Pelaksanaan:
1. Seorang peserta dari setiap kumpulan akan diletakkan di stesen pertama dan
kedua, dan selebihnya di stesen terakhir.
2. Peserta di stesen pertama dikehendaki untuk menggumpal kertas surat khabar dan
memberikan kepada peserta stesen kedua dan seterusnya.
3. Para peserta di stesen ketiga dikehendaki membentuk huruf sebanyak mungkin
daripada gumpalan tadi.

 “Treasure Hunt”

Objektif: Kreatif, Proaktif dan Sinergi


Pelaksanaan:
1. Peserta dibahagi dalam dua kumpulan dan dibekalkan dengan sehelai beg
plastic yang mengandungi arahan.
2. Peserta dikehendaki mendapatkan barang-barang yang diperlukan dalam
tempoh masa yang ditetapkan.
3. Perkara yang perlu didapatkan:
 Tiga helai daun yang berlainan warna : “rambut sama hitam, hati
lain-lain”
 Tiga jenis barang teknologi: kepantasan berfikir- teknologi x
semestinya hp, PDA etc. pensil, pen juga teknologi
 Tiga jenis barang yang diperbuat daripada logam
 Tiga jenis barang yang diperbuat daripada kulit
 Tandatangan AJK Masakan : Cara peserta berkomunikasi untuk
mendapatkan t.tangan
 Pengarah Program/ AJK Disiplin : keberanian peserta untuk
mendapatkan Pengarah/ AJK Disiplin
 Dua ekor semut : semut yang rajin
 Sebotol air berwarna : kebijaksanaan peserta untuk menjadikan air
paip jadi berwarna atau terpaka membancuh air etc
 Ukhwah : Kebijaksanaan peserta menunjukkan ukhwah mereka –
nyanyian nasyid, doa etc

 Objek Terpanjang

Objektif: Kekreatifan peserta mengoptimakan apa yang ada disekeliling mereka


Pelaksanaan:
1. Peserta dikehendaki membina objek terpanjang dengan menggunakan apa-
apa benda di sekeliling mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan
Pulau Wawasan

Situasi:

Kumpulan anda telah ditugaskan untuk merancang pembangunan sebuah pulau tidak
berpenghuni yang dipenuhi dengan sumber alam semulajadi dengan berbekalkan wang
sebanyak RM30 billion. Pulau ini akan menjadi hak milik ahli kumpulan anda selepas
dibangunkan. Rancangkan pembangunan pulau anda.

Objektif:

Fokus utama Pulau Wawasan ialah menguji tahap komunikasi berkesan setiap peserta.
Selain itu, kemahiran berorganisasi dan kerjasama ahli kumpulan turut diuji.
Kebiasaannya, peserta akan berusaha sedaya upaya menggunakan wang peruntukkan
dan tidak mempedulikan aspek-aspek lain yang lebih penting.Contohnya perlembagaan
Islam, keselamatan [pertahanan] etc.{Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah
membentuk organisasi dan diikuti dengan pembentukan perlembagaan Islam.}

Anda mungkin juga menyukai