Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BOWLING PERINGKAT MURID PENDIDIKAN KHAS


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKIBP)
SMK RAJA MUDA MUSA
1. PENGENALAN

Seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Khas iaitu “… satu usaha yang berterusan untuk
melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu
merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Program ini juga bertujuan mendedahkan masyarakat kepada Program Pendidikan
Khas .

2. SASARAN
Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Sekolah Menengah
Kebangsaan Raja Muda Musa, Kuala Kangsar, Perak. Seramai 79 orang murid, 15 orang guru
dan 4 orang Pembantu Pengurusan Murid.

3. RASIONAL
Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya menerima pendidikan dan
program-program atau aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan keupayaan, kemampuan dan
perkembangan mereka secara menyeluruh dan optima. Oleh itu satu program khas melalui
aktiviti-aktiviti yang sesuai yang dirancang dengan teliti seperti lawatan, bersukan, beriadah,
berkelah, perkhemahan dan sebagainya perlu dilakukan untuk memenuhi keperluan proses
pembelajaran secara tidak formal. Perancangan yang teliti dan menyeluruh disediakan untuk
mengambil kira aspek-aspek seperti masa, kebolehan dan keupayaan, kemampuan, kemahiran,
bahan-bahan yang digunakan, kemudahan yang ada, teknik pengajaran dan pembelajaran,
bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat bagi memastikan aktiviti yang dirancang dapat
dijalankan dengan lancar dan berkesan.

4. OBJEKTIF

4.1 Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan lagi kemahiran motor halus.

4.2 Memberi pendedahan kepada murid-murid untuk belajar teknik bermain bowling dengan
betul.

4.3 Melahirkan semangat kesukanan dalam pertandingan bowling yang dijalankan.

4.4 Mengeratkan perhubungan di antara murid pendidikan khas.

4.5 Menyemaikan sikap saling hormat-menghormati sesama insan dalam masyarakat.

4.6 Memperkenalkan suasana pertandingan bowling yang sebenar.

4.7 Menyemai sikap saling bekerjasama di antara ahli pasukan.

1
5. CADANGAN TARIKH

Tarikh : 4 Mei 2016 (Rabu)

Masa : 9.00pagi hingga 5.00 petang.

6. CADANGAN TEMPAT PERTANDINGAN


Ampang Superbowl, Ipoh Parade

7. BILANGAN PESERTA

i. Murid Pendidikan Khas - 79 orang


ii. Guru Pendidikan Khas - 15 orang
iii. Pembantu Pengurusan Murid
- 4 orang
______________
Jumlah 98 orang
______________
8. SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN
SUMBER RM ANGGARAN PERBELANJAAN RM RM
KEWANGAN (JUMLAH)

1. Sumbangan 900.00 1. Pengangkutan 900.00 900.00


Permuafakatan Ibu 1 Bas
bapa (RM 450 X 2)

2. Bantuan Sukan 2. Hadiah


Sekolah Pendidikan 96.00 Individu (lelaki & perempuan)
Khas Pertama = RM 5 x 2 10.00
Kedua = RM 4 x 2 8.00
Ketiga = RM 3 x 2 6.00 24.00

Hadiah (Kumpulan)
Pertama = RM 5 x 4 20.00
Kedua = RM 4 x 4 16.00
Ketiga = RM 3 x 4 12.00
Keempat =RM 3x 4 12.00
Kelima = RM 3x 4 12.00
72.00

JUMLAH 996.00 996.00

2
9. JAWATANKUASA PERTANDINGAN BOLING

Pengerusi : Tn. Hj. Mohd Zabidi Bin Mohd Zain


Pengetua

Timbalan Pengerusi : Pn. Latifah Bt. Zakariah


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Setiausaha : Pn. Keetha a/p Gnanamoorthy

Bendahari : Pn. Norhapizah Bt. Harith

Pengangkutan : En. Hairul Bahara bin Jais

Pengurus Pertandingan Bowling : En. Mohd. Reduan B. Mahmood


Pn Norazlin binti Nordin

Makanan & Minuman : Pn. Zainab Bt. Zabidin


Pn. Sabrina Bt. Shahabuddin

Terapi Sosial : Cik Nor Sharina binti Mohamed Hasdi


Pn. Saodah binti Omar

Cenderahati / Hadiah : Pn. Na’amah binti Shaharuddin


Pn. Norhazliana binti Mohd. Yusof

Surat Kebenaran : Pn. Norazilah binti Ibrahim

Fotografi : Pn. Nur Siti Aminah bt.Muhammad


Pn. Noor Masitah bt. Ahmad Fuad

Laporan : Cik Aslizawati Bt. Ghazali

Keselamatan / Disiplin : Pn. Norzalina binti Baharuddin


Pn. Eziyani binti Ensan
Pn. Nor Fadzila Bt. Ahmad

3
10. ATURCARA DAN JADUAL PERTANDINGAN

9.00 pagi : Bertolak ke Ipoh


10.00 pagi : Tiba di Ipoh
10.30 pagi : Pertandingan Boling
12.00 tengah hari : Makan Tengahari
1.00 petang : Terapi Reakreasi/Sosial
5.00 petang : Dijangka tiba di SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar.

11. PENUTUP

Aktiviti pertandingan bowling antara murid ini merupakan program yang dirancang agar dapat
memberikan pengalaman yang bermakna, memberikan persediaan dari segi ketahanan fizikal
dan mental dalam menghadapi cabaran, membantu mengembangkan aspek-aspek intelek,
jasmani, emosi dan rohani murid-murid pendidikan khas serta memberikan kesedaran kepada
masyarakat setempat mengenai program pendidikan khas. Masyarakat juga diharapkan agar
dapat membuka minda dengan memberikan lebih perhatian dan prihatin terhadap golongan
murid-murid pendidikan khas agar dapat melahirkan masyarakat penyayang dengan
mempunyai rasa tanggungjawab terhadap mereka.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................. ................................................
(KEETHA GNANAMOORTHY) (LATIFAH BT. ZAKARIAH)
Setiausaha Penolong Kanan Pendidikan Khas (PPKIBP)
SMK Raja Muda Musa,
Kuala Kangsar.

Disahkan oleh,

……………………………………..
( HJ. MOHD ZABIDI BIN MOHD ZAIN)
Pengetua,
SMK Raja Muda Musa,
33007 Kuala Kangsar, Perak