Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Fakta Dadah : Akta & Undang-undang Dadah :: Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998)
Memiliki 15 gm atau lebih dan/atau morfin Memiliki 1000 gm atau lebih candu masak atau mentah Memiliki 40
gm kokain atau lebih Memiliki 200 gm atau lebih ganja Memiliki 2000 gm daun koka atau lebih Memiliki 50 gm
atau lebih Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
Memiliki 5-15 gm heroin atau morfin Memiliki 250-1000 gm candu Memiliki 50-200 gm ganja Memiliki lebih 15-
40 gm kokain Memiliki lebih 750 gm daun koka Memiliki 30-50 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh;
syabu atau pil ecstasy
HUKUMAN :Tidak kurang lima tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan diwajibkan tidak kurang 10 rotan
sebatan
SEKSYEN 39(A)(1) KESALAHAN / JENIS DADAH Memiliki 2-5 gm heroin atau morfin Memiliki 100-250 gm candu
Memiliki 20-50 gm ganja Memiliki 5-15 gm kokain Memiliki 250-750 gm daun koka Memiliki 5-30 gm
Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
HUKUMAN :Tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara 3
hingga 9 kali-sama-
SEKSYEN 6B KESALAHAN / JENIS DADAH Menanam atau mengusahakan pokok ganja HUKUMAN :Penjara
seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang 6 kali
SEKSYEN 6 KESALAHAN / JENIS DADAH Memiliki kurang daripada 5 gm candu mentah atau daun koka atau
pokok popi atau biji ganja dari popi HUKUMAN :Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00
ATAU kedua-duanya sekali.
SEKSYEN 9 KESALAHAN / JENIS DADAH Memiliki kurang 100 gm candu masak HUKUMAN : -sama- SEPERTI
SEKSYEN 6
SEKSYEN 10 KESALAHAN / JENIS DADAH Penggunaan sesuatu premis, pemilikan Alat-alat menghisap dadah
HUKUMAN :-sama- SEPERTI SEKSYEN 6
SEKSYEN 12(2) KESALAHAN / JENIS DADAH Memiliki kurang 2 gm heroin atau morfin Memiliki lain-lain dadah
kurang daripada Sek.39(A)(1) Pejawat awam yang bertugas di penjara, pusah pemulihan, lokap polis atau mana-
mana tempat tahanan dan memiliki dadah di tempat tersebut HUKUMAN : Denda tidak lebih RM100 ribu atau
penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi pegawai awam penjara, polis peg. pemulihan
dikenakan tidak lebih 3 sebatan sebagai tambahan.
SEKSYEN 15(A) KESALAHAN / JENIS DADAH Memasukkan dadah (dadah-dadah yang dijadualkan) ke dalam
badan HUKUMAN : Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00
SEKSYEN 15(B) KESALAHAN / JENIS DADAH Berada di dalam premis tempat hisap dadah HUKUMAN : Penjara
tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00
Dua jenis rotan: Baris depan ialah rotan jenis tebal dan baris yg belakang ialah rotan jenis nipis.
Hukuman merotan di Malaysia merupakan hukuman undang-undang yang kedua serius, iaitu
selepas hukuman mati. Jumlah rotan paling banyak yang boleh dikenakan ke atas
seorang penjenayah mengikut undang-undang jenayah Malaysia ialah 24 rotan. Terdapat dua jenis rotan yang
digunakan:
Rotan jenis nipis, yang digunakan untuk kes rasuah, kesalahan jenayah pecah amanah (CBT),
dan jenayah kolar putih;
Rotan jenis tebal, yang digunakan untuk jenayah serius, umpamanya kes rogol dan kekacauan seksual.
Rotan jenis nipis tidak begitu merosakkan badan, akan tetapi ia lebih menyakitkan. Merotan dengan rotan tebal
yang melebihi lima kali boleh mengakibatkan kematian pucuk dan kematian rasa dari punggung ke bawah
yang payah dipulih. Oleh kerana kesan merotan yang begitu dashyat, undang-undang Malaysia mengecualikan
kategori-kategori di bawah daripada hukuman tersebut:
Orang gila.
Kaedah-Kaedah Merotan[sunting]
Pada hari hukuman merotan dilaksanakan, para banduan yang terlibat akan diberi pemeriksaan perubatan.
Mereka akan beratur dalam satu baris untuk giliran masing-masing di tempat yang tidak boleh dinampak oleh
banduan yang tidak terlibat.
Pengarah Penjara Negeri Johor akan menyeliakan pelaksanaan merotan, bersama-sama dengan
seorang pegawai perubatan dan seorang lagi pegawai penjara. Perhatian teliti perlu diambil supaya
mengelakkan kesilapan merotan banduan yang tidak bersalah. Pengarah Penjara akan membaca hukuman
kepada pesalah, dan memintanya mengesahkan hukuman yang terbaca. Beliau juga akan bertanya pesalah
tersebut agarrayuan telah dibuat. Jika ya, hukuman merotan akan ditangguhkan sehingga keputusan rayuan
diputuskan.
Patung banduan yg diikat ke rangka berbentuk "A". Dalam gambar ini, kepalanya masih belum diletakkan dibawah kayu
melintang.
Pesalah masih dalam keadaan telanjang selepas pemeriksaan perubatan, kecuali sehelai apronyang diikat
kepada pinggang. Sewaktu dirotan, tangan dan punggungnya diikat pada suatu rangka berbentuk
"A". Kepalanya diletakkan dibawah sebatang kayu melintang supaya badannya membongkok. Petugas
merotan mestilah berkelayakan dan disahkan melalui persijilan. Mereka akan dibayar RM10.00 (2005) untuk
setiap rotan, dinaikkan daripada cuma RM1.00 sedekad dahulu.
Dalam pelaksanaan tugasnya, petugas merotan tidak boleh digopoh-gopahkan. Pegawai penjara yang
membilang jumlah rotan tidak boleh menentukan waktu untuk rotan yang berikutan. Tugasnya cuma
memastikan pesalah tidak dikenakan rotan yang melebihi atau kurang daripada apa yang ditetapkan
oleh mahkamah.
Petugas merotan akan bermula dengan memegang rotan secara mendatar atas kepalanya. Kesunyian
dipeliharakan di kawasan merotan. Apabila dia sedia, dia akan melepaskan tangan kirinya dan menghayunkan
rotan kearah punggung pesalah dengan sekuatnya, seolah-olah pemain golfmenghayunkan pemukul. Untuk
mencapai akibat yang paling dashyat, petugas merotan perlu memastikan bahawa hujung rotan digunakan
untuk memukul pesalah. Rotan yang direndam dengan "Pemutih Clorox" untuk membunuh kuman, juga
meningkatkan kesakitan pesalah. Kulit punggung akan melebam bila dirotan satu kali. Akan tetapi sekiranya
rotan lima kali keatas dikenakan, kulit punggung pesalah akan tanggal dan mulai berdarah.
Segala hukuman merotan mesti dijalankan dalam satu sessi. Sekiranya pesalah itu pengsan, ataupun pegawai
perubatan mengarahkan pelaksanaan hukuman diberhentikan kerana pesalah tidak boleh meneruskan lagi,
pelaksanaan merotan akan ditamatkan. Suatu permohonan akan dibuat kemudian ke makhamah supaya baki
rotan digantikan kepada hukuman pengurungan. Biasanya, setiap rotan disamakan dengan lima atau enam
bulan pengurungan.
Rotan yang terpakai boleh digunakan semula. Walaupun demikian, tindakan pencegahan perlu diambil untuk
pesalah yang menghidapi HIV. Rotan yang baru akan digunakan untuk kes tersebut, dan selepas siap
digunakan, rotan itu akan dibakar. Petugas merotan juga dikehendaki memakaismock perlindungan, sarung
tangan dan cermin mata kerana takut daging dan darah pesalah HIV terkenanya.
Selepas dirotan, pesalah akan terus dihantar ke klinik penjara untuk mendapat rawatan. Pesalah akan
dihospitalisasikan sehingga dia menyembuh, tertakluk kepada kecukupan katil. Buat sementara, pesalah
terpaksa berbaring dengan bahagian perut menghadapi katil kerana kecederaan punggung.
HUKUMAN GANTUNG DI MALAYSIA