Anda di halaman 1dari 3

Pelan Bilik Darjah 4 Iman

Papan Putih
Pintu

Sudut
Bacaan Meja Guru

aa

Meja
Pelajar

Rak
Buku

Pintu

Papan Kenyataan
6.1) AKTIVITI

6.1.1) Huraikan cara-cara bahan dan sumber PdP dipamerkan di bilik darjah
tersebut digunakan secara berkesan.

Antara kelas yang telah saya masuk untuk melihat penggunaan bahan pengajaran
adalah kelas 5 Iman. Dalam kelas ini terdapat pelbagai sudut yang menarik
perhatian saya. Kesemua ini membantu dalam perkembangan murid 5 Iman. Selain
sudut-sudut ini terdapat juga bahan-bahan pengajaran yang dipamerkan di sekeliling
bilik darjah yang sering digunakan oleh guru untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dipamerkan pada papan kenyataan yang
diletakkan di sudut belakang kelas dan dibahagikan mengikut matapelajaran.

6.1.2) Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid?

Antara bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan
oleh murid ialah papan kenyataan. Murid dapat belajar dengan lebih cepat melalui
papan kenyataan kerana papan tersebut merupakan salah satu bahan yang kekal
dan tidak akan berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Selain itu, penggunaan kad imbasan atau dipanggil “flashcard” yang


mengandungi pelbagai gambar-gambar menarik dan perkataan-perkataan yang jelas
dan terang turut digunakan. Kad-kad ini juga menggunakan kombinasi berwarna
agar ia dapat menarik minat murid.

6.1.3) Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang


berasaskan TMK?

Murid juga berkesempatan untuk mempelajari matapelajaran dengan melihat video


yang disediakan oleh guru di bilik multimedia. Pembelajaran yang melibatkan TMK
tidak dilaksanakan di bilik darjah kerana tiada bekalan seperti LCD dan projektor.
Hal ini dapat menarik murid agar lebih fokus dan tertarik dengan cara pengajaran
dan pembelajaran yang lain dari yang lain.
6.1.4) Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam
setiap aktiviti pembelajaran?

Setiap murid di dalam kelas digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam
setiap mata pelajaran yang sedang dipelajari. Hal ini adalah untuk memastikan
setiap murid mendapat input yang sama daripada guru. Ianya juga adalah bagai
memastikan pencapaian yang seimbang antara murid. Semasa pemerhatian saya,
guru banyak menggunakan teknik perbualan. Guru biasa bertanyakan tentang
sesuatu topik yang ingin diajar dan dikaitkan dengan pengalaman sedia ada pada
murid-murid.

Selain itu, murid juga digalakkan untuk bertanya terus jika ada perkara yang
tidak difahami tentang sesuatu pelajaran yang diajar. Kaedah ini melatih pelajar
untuk berani meluahkan pendapat secara terbuka dan mengikis perasaan malu yang
masih kuat dalam diri sesetengah murid.

6.1.5) Bagaimanakah murid-murid dibahagikan kepada kumpulan tertentu?

Murid-murid tidak diasingkan mengikut tahap kepandaian mereka. Sebaliknya


mereka dicampur agar dapat membantu antara satu sama lain. Pelajar yang lemah
akan dipantau dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat aktiviti berkumpulan
yang ingin dijalankan, murid biasanya dibahagikan kumpulan berdasarkan susunan
meja yang telah ditetapkan. Ini adalah untuk memastikan aktiviti senang dipantau
oleh guru dan murid selesa melakukan kerja dengan kawan sekumpulan.

Anda mungkin juga menyukai