Anda di halaman 1dari 13

TEKS PENGACARA

PANGGUNG TEATER HUJUNG MEDINI 2018


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
24 JULAI 2018
JAM 2.30 PETANG
DEWAN SRI TEMENGGONG

FATIN SYAHIRAH BINTI ZULKIFLI


NUR SYAZWANI BINTI TUAN ISMAIL
SYAHIRUL NAIM BIN SAIDUL BAHARI
RHUBINI CHANDRAN
TEKS PENGACARA
PANGGUNG TEATER HUJUNG MEDINI 2018
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
24 JULAI 2018
JAM 2.30 PETANG
DEWAN SRI TEMENGGONG

PERGERAKAN PENGACARAAN MAJLIS CATATAN


KELUAR/
MASUK
Siswa siswi guru diminta bersedia mengambil tempat di
dalam dewan. Majlis kita akan bermula sebentar sahaja
lagi.
Salutasi Mengumumkan ketibaan

Yang Berbahagia
Tuan Haji Mohd Zain bin Badui
Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor

Dengan diiringi
Timbalan -Timbalan Pengarah

Ketua - Ketua Jabatan

Ketua - Ketua Unit

Dan Para Pensyarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim,


Johor.

Kata Alu-aluan Dari Raub pergi ke Pontian,


Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan Majlis.

Yang Berbahagia
Tuan Haji Mohd Zain bin Badui
Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.
Yang Berusaha
Dr Mazlan bin Aris
Timbalan Pengarah IPG Kampus Temenggon Ibrahim

Yang Berusaha
Dr Wan Noor Siah binti Wan Abdullah
Setiausaha Akademik IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Yang Dihormati
Puan Ruziyah binti Zainol Abidin
Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus
Temenggong Ibrahim

Yang Dikasihi
Dr Hjh Maskiah binti Masrom
Penyelaras Kursus Elektif Terbuka Drama Teater dan
Kanak-Kanak IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Para hakim yang arif lagi bijaksana,

Para pensyarah

Serta siswa siswi guru IPG Kampus Temenggong


Ibrahim, Johor

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana


dengan izin dan limpah kurniaNya, kita diberikan
kesihatan dan kesempatan untuk bersama-sama
menjayakan Panggung Teater Hujung Medini buat
julung kalinya di Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim bagi tahun 2018.

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berdiri,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.

SELAMAT DATANG KE PANGGUNG TEATER


HUJUNG MEDINI TAHUN 2018

Bacaan Doa Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Al-fatihah dibaca pembuka bicara.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksamana dititing kias ibarat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon memohon rahmat.

Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama


kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh saudara Syahirul Naim Bin Saidul
Bahari. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin, Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada Syahirul Naim Bin Saidul
Bahari di atas bacaan doa sebentar tadi.

Pengenalan Guru Guru-guru pelatih semester 5 dan semester 7 di IPGKTI


Pelatih
telah diberi peluang memilih kursus elektif dengan nilai
tambahan kredit bagi membentuk karakter guru yang
berwibawa. Antara subjek yang ditawarkan ialah DTKK
3013 Drama dan Teater Kanak-Kanak serta PACK 3013
Pengurusan Acara.

Kursus DTKK 3013 ditawarkan supaya guru pelatih


dapat menguasai ilmu dan kemahiran yang berkaitan
dengan drama dan teater kanak-kanak. Hal ini
disebabkan graduan IPG di seluruh Malaysia
keseluruhannya berkhidmat di sekolah rendah. Justeru
itu, ilmu baru seperti ini umpama satu keajaiban untuk
membentuk keperibadian kanak-kanak menjadi seorang
yang berani, berkeyakinan tinggi dan percaya diri
semasa berhadapan dengan masyarakat.

Seterusnya, kursus PACK 3013 Pengurusan Acara


ditawarkan supaya guru pelatih dapat menguruskan
sesebuah acara dengan ilmu dan kemahiran yang betul.
Justeru itu, pengurusan acara yang betul akan dapat
membantu guru pelatih dalam menguruskan acara-acara
di sekolah dengan betul kelak.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

Pelajar-pelajar yang telah mengambil kursus DTKK 3013


Drama dan Teater Kanak-Kanak telah mendapat
bimbingan selama sebulan secara eksklusif daripada
Puan Rahimah Muda dan para pembimbing yang lain
untuk latihan vocal, latihan fizikal, improvisasi, gaya
lakonan, pengarahan, pengurusan produksi, dan
penulisan skrip. Penilaian bagi subjek ini berdasarkan
pada 4 aspek iaitu lakonan, esei, kuiz, dan laporan.

Demi mewujudkan persaingan yang sihat dalam


kalangan guru pelatih, Dr.Maskiah Binti Hj Masrom,
pensyarah yang mengajar kursus ini mengambil
keputusan untuk mengadakan persembahan drama ini
dalam bentuk pertandingan. Hal ini adalah untuk
memberi peluang kepada guru-guru pelatih yang
mengambil kursus PACK 3013 Pengurusan Acara di
bawah seliaan Puan Ruziyah Binti Zainol Abidin untuk
mengendalikan sebuah majlis yang berkonsepkan
pertandingan.
Oleh kerana, guru-guru pelatih Drama dan Teater
Kanak-Kanak memilih persembahan drama
berkonsepkan tradisional, maka keseluruhan
jawatankuasa Pengurusan Acara menyediakan konsep
yang bercorak tradisional. Para hadirin boleh melihat di
sekeliling dewan yang bertemakan Melayu Klasik,
termasuk juga pakaian yang dipakai oleh jawatankuasa
majlis, tidak lupa juga gaya Bahasa yang akan
digunakan adalah gaya Bahasa Melayu Klasik. Setinggi-
tinggi penghargaan diberikan kepada guru-guru pelatih
Pengurusan Acara yang bertungkus-lumus menonjolkan
konsep Tradisional Melayu Klasik.
Pengenalan Sehubungan itu, pertandingan pada petang ini akan
Objektif & Hakim-
diadili oleh barisan hakim yang profesional yang tidak
Hakim
asing lagi dengan dunia seni teater iaitu;

Puan Rahimah binti Muda, penasihat Kelab Teater


Pesona Johor Bahru selaku ketua hakim,

Tuan Haji Abdul Rahim Ismail, pensyarah kanan IPG


Kampus Tun Hussein Onn, sebagai juri kedua,

Serta Encik Wahyu Budiwa Rendra bin Abdul Wahid,


pegawai Kebudayaan bahagian Persuratan dan Sejarah
Yayasan Warisan Johor, sebagai juri ketiga.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Cerita Rakyat Negeri Johor telah dipilih sebagai tema


Panggung Teater Hujung Medini tahun 2018.

Berikut merupakan syarat-syarat pertanding yang telah


dinyatakan:

Yang pertama, persembahan haruslah membawa tema


Melayu Klasik
Yang kedua, setiap kumpulan diberi masa selama 30
minit untuk membuat persembahan
Yang ketiga, loceng akan dibunyikan pada 5 minit
sebelum tempoh yang diberi tamat.

Negeri Johor aman sentosa,


Panggung Teater Misi Utama,
Dengan tiada melengahkan masa,
Kita mulakan aturcara pertama.

Bagi membuka tirai Panggung Teater Hujung Medini 2018


pada petang ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput dua orang sahabat saya untuk meneruskan
majlis.

PERSEMBAHAN
(Pengacara 1 & Pengacara 2)

1: Kalau aku menjual, sudikah engkau membelinya?


2: Beli apakah itu? Mahalkah harganya?
1: Membeli pantun. Itupun kalau engakau sudi.
2: Ohh pantun. Sudah tentulah sudi.
1: Waktu senggang menjahit bidai,
Bidai disimpan di dalam bangsal,
Jawablah wahai saudari yang pandai,
Dari mana zapin berasal?

2: Pergi ke lembah naik perahu,


Lurus jalan airnya tohor,
Kalau saudari hendak tahu,
Datangnya zapin dari Johor.

2: Tapi jika benar apa yang dicanangkan oleh orang


tentang kehebatan Johor ini, di mana hebatnya?
1: Hebatnya Johor ini pada sejarahnya.
Saudari pernah dengar kisah Hikayat Malim Deman
dengan Puteri Bongsu? Mari aku ceritakan.
Dari Muar datang Sang Putera,
Singgah sebentar di seberang,
Hajat dihati mencari cinta,
Cinta milik Puteri seorang.

Hikayat yang indah telah dinukilkan,


Buat tatapan saudara sekalian,
Hikayat Malim Deman bukan sebarangan,
Boleh dijadikan sebagai tauladan.

*****************************************************************
1: Hebat bukan? Itu baru satu, saudari. Belum lagi yang
lain.

***persembahan sajak***

2: Itu sahaja? Tiada lah hebat mana pun.


1: Ehh kau belum dengar lagi kisah Si Bongkok. Bukan
calang-calang, lawan penjajah.
2: Si Bongkok? Siapa gerangan Si Bongkok itu?
1: Gelombang di laut bergulung-gulung,
Menghempas pantai tiada hakisan,
Cerita Si Bongkok pahlawan terulung,
Memperjuangkan maruah berhabis-habisan.

Haa, begini ceritanya.

*****************************************************************
***persembahan tarian***

1: Masih belum terbuktikah kehebatan Johor ini?


2: Hm. Belum cukup- belum cukup.
1: Belum cukup ya? Mari aku aku tunjukkan kisah
seterusnya.
2: Siapa pula yang akan kau ceritakan ini?
1: Si Gunung Banang megah berdiri,
Isinya bernilai penuh harta,
Haloba Toba memakan diri,
Menjadi pengajaran buat kita.

*****************************************************************
2: Wah! Benarlah apa yang dicanang-canang. Aku
mengakui kehebatan Negeri Johor ini.
1: Sekian daripada kami. Apa yang baik, kita jadikan
teladan. Apa yang buruk, kita sama-sama perbaiki.

PENUTUP

Selesai sudah agenda utama kita pada petang ini.


Tahniah diucapkan kepada guru-guru pelatih dan juga
pembimbing yang memberi tunjuk ajar dan komitmen
yang baik dalam menjayakan Panggung Teater Hujung
Medini bagi tahun 2018.

Persembahan Dari Kedah ke Kuala Perlis,


Ar-Rayyan
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan Ar-Rayyan memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Bagi memeriahkan lagi majlis pada petang ini, majlis


diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian yang akan
disampaikan oleh kumpulan Ar Rayyan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*****************************************************************
Hadirin sekalian, begitulah tadi persembahan oleh para
siswa yang begitu bersemangat.
Ulasan Ketua Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput
Hakim
ketua hakim, Puan Rahimah Muda untuk memberikan
ulasan beliau terhadap mutu pertandingan pada hari ini.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Rahimah Muda


atas ulasan yang diberikan sebentar tadi.
Pakaian Terbaik Sidang dewan yang dikasihi sekalian,
majlis telah menyediakan satu kejutan demi meraikan
tema kita pada hari ini dengan penyampaian hadiah dan
sijil untuk guru pelatih dengan pakaian terbaik pada hari
ini.

Untuk itu, majlis mempersilakan Puan Ruziyah binti Zainol


Abidin, tenaga pengajar bagi kursus elektif Pengurusan
Acara untuk menyampaikan hadiah dan sijil kepada para
pemenang.

Pakaian terbaik yang pertama di..... oleh


__________________.
Tahniah diucapkan kepada saudara/saudari.

Seterusnya, pakaian terbaik yang kedua di.... oleh


__________________.
Tahniah diucapkan kepada saudara/saudari.

Seterusnya, pakaian terbaik yang kedua di.... oleh


__________________.
Tahniah diucapkan kepada saudara/saudari.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Ruziyah atas


kesudian menyampai hadiah dan tahniah juga diucapkan
kepada semua pemenang.
Penyampaian Hadirin sekalian,
Sijil (DTKK)
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada
guru pelatih kursus elektif DTKK 3013 Drama dan Teater
Kanak-Kanak.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan


Rahimah Muda, diiringi oleh Dr. Maskiah Binti Hj Masrom,
tenaga pengajar kursus elektif DTKK 3013 untuk naik ke
atas pentas bagi menyampaikan sijil kepada guru pelatih.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Rahimah Muda di


atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Para guru pelatih diminta kekal di atas pentas.


Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan
Cenderamata hadiah kepada para hakim.

Untuk itu, majlis sekali lagi menjemput dan


mempersilakan Dr Mazlan bin Aris, Timbalan Pengarah
IPG Kampus Temenggong Ibrahim bagi mengiringi Tuan
Haji Mohd Zain bin Badui Pengarah IPG Kampus Ibrahim
untuk menyampaikan cenderamata kepada para hakim.

Dijemput Puan Rahimah binti Muda selaku ketua hakim,


Tuan Haji Abdul Rahim Ismail, serta Encik Wahyu Budiwa
Rendra bin Abdul Wahid untuk naik ke atas pentas bagi
menerima sijil dan hadiah daripada pihak IPG.
Penyampaian Diminta Tuan Pengarah untuk terus berada di atas pentas
Hadiah bagi menyampaikan hadiah kepada para pembimbing
(pembimbing & dan juga jurusolek yang terlibat dalam acara ini.
jurusolek)
Majlis dengan itu mempersilakan para pembimbing iaitu
Puan Siti Faridah bt Samsudin, Encik Azmi bin Ali dan
Puan Norzuhairi bt Zuhari untuk naik ke atas pentas bagi
menerima hadiah. Dipersilakan.
Para pembimbing diminta untuk berdiri di sisi pasukan
yang dibimbing, dan Tuan Pengarah juga diminta untuk
terus berada di atas pentas bagi sesi penyampaian
hadiah kepada pelakon terbaik, pelakon pembantu
terbaik, dan pelakon harapan.

Majlis untuk itu mempersilakan Tuan Pengarah untuk


menyampaikan hadiah pelakon harapan kepada para
pemenang.

Anugerah Pelakon Harapan jatuh kepada ____________.


Tahniah diucapkan.

Seterusnya, Anugerah Pelakon Pembantu terbaik


disandang oleh _______________. Tahniah diucapkan
kepada pemenang.

Yang paling ditunggu-tunggu, Anugerah Pelakon Terbaik


jatuh kepada _______________.
Tahniah diucapkan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah atas


kesudian menyampaikan anugrah dan hadiah kepada
para pemenang.
Penutup Kelopak menadah embun menitis,
Celahan batu tepian perigi,
Berakhir sudah madah puitis,
Sampailah waktu berundur diri.

Bersarang tempua celahan mayang,


Sayangnya jatuh di tengah paya,
Hendak berpisah terasa sayang,
Hendak bersama apakan daya.

Dengan berakhirnya pantun itu tadi maka berakhirlah


sudah Panggung Teater Hujung Medini tahun 2018.
Ucapan terima kasih kepada semua hadirin yang telah
menjayakan majlis pada malam ini. Semoga di lain masa
kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih!


Menjamu Selera Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara akar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra jalinan kasih.

Dijemput para tetamu kehormat serta para hakim untuk


bersama-sama menjamu selera hidangan yang telah
disediakan.

Anda mungkin juga menyukai