Anda di halaman 1dari 7

Tajuk 5: Kebudayaan Islam: Pengaruh Arab

Kesan pengaruh Islam terhadap masyarakat Melayu dari aspek:

Sosiobudaya: (nilai, bahasa, perubatan, dan makanan)

Kedatangan Islam telah membawa suatu pembaharuan kepada kehidupan masyarakat Melayu yang
sama sekali berbeza dengan sebelumnya iaitu terbentuknya suatu peradaban baru berteraskan Islam.
Pengaruh Islam bukan sahaja berjaya merubah kepercayaan tetapi juga sosiobudaya masyarakat Melayu
dari sudut pemerintahan, pendidikan dan kebudayaan.

Sebelum kedatangan agama Islam penduduk-penduduk di Nusantara secara keseluruhannya


menganut agama Hindu. Tapi ahli-ahli arkeologis berpendapat masyarakat Melayu dewasa itu sudah
pun empunyai kebudayaan yang tersendiri dan dipengaruhi oleh kebudayaan India dalam beberapa segi.
Pengaruh kebudayaan India di Nusantara amatlah besar sehinggakan wujud beberapa buah negeri
bercorak Hindu seperti Srivijaya, Funan dan Majapahit. Kedatangan Islam ke Alam Melayu pada awal
abad ke-15 telah membawa perubahan yang nyata dalam kehidupan masyarakat Melayu dan pelbagai
aspek. Akhirnya tamadun Islam telah menguasai kehidupan masyarakat Melayu mengatasi tamadun
Hindu yang telah diamalkan oleh orang-orang Melayu semenjak berabad-abad yang lalu.

Islam mula tersebar di kalangan masyarakat Melayu melaka berikutan Parameswara yang menjadi
Sultan Melaka memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada Megat Iskandar Syah.
Pengislaman itu diikuti oleh rakyat secara beramai-ramai sehingga akhirnya melalui usaha-usaha yang
gigih Islam dapat dikembangkan di seluruh Melaka. Melaka menjadi sebuah empayar Islam yang
disegani di Nusantara.

Kedatangan Islam ke juga telah membawa suatu pembaharuan kepada cara hidup penduduk yang
terlibat secara keseluruhannya. Pembaharuan yang paling ketara sekali ialah semangat persaudaraan
dan perpaduan di kalangan penganut -penganutnya.

Sebelum itu agama Hindu adalah agama masyarakat atasan (golongan istana) kerana agama tersebut
sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka. Manakala rakyat bawahan biasanya
menganut kepercayaan animisme.

Walaupun demikian dalam banyak perkara, ideologi Islam yang tiba di rantau ini telah memperlihatkan
beberapa aspek yang rasional, radikal dan progresif, lebih daripada cara hidup tempatan itu sendiri
sebelumnya.
A. NILAI

Terhapusnya sistem kasta yakni Islam membawa nilai-nilai persamaan taraf

Terhapusnya sistem kasta dan wujud nilai-nilai persamaan taraf di dalam sesebuah masyarakat.
Keadaan ini secara tidak langsung bermakna kegiatan perhambaan, kezaliman, hidup berpuak-puak dan
sebagainya bukan lagi satu kelaziman. Bagaimanapun, ciri-ciri masyarakat Hindu masih lagi menjadi
amalan masyarakat bangsawan yang menganggap kedudukan dan keistimewaan mereka tidak setaraf
dengan rakyat bawahan.

Dalam bidang sosial, Islam telah membawa satu perubahan yang radikal seperti yang diperkatakan oleh
Weirtheim dalam bukunya Indonesia Society in Transition, Islam telah memperkenalkan konsep sama
rata atau unsur demokrasi sebagai sistem kasta hindu yang membahagikan penduduk alam melayu
kepada beberapa susun lapis seperti di India. Menurut Werteim, Islam juga telah menghapuskan
semangat kedaerahan dan membentuk perpaduan di kalangan penduduk alam melayu melalui konsep
Ummah atau masyarakat Islam. Proses perpaduan ini menurut beliau dicapai melalui perlakuan ibadat
termasuk mengerjakan Haji. Beliau menyamakan peranan Islam di alam melayu dengan zaman
permulaan Islam di negeri Arab kerana Islam telah menghapuskan semangat kesukuan orang-orang
Arab dalam zaman permulaannya dan mewujudkan masyarakat yang bercorak universal tanpa semangat
perkauman atau kebangsaan yang sempit.

Islam memperkenalkan hukum-hukum dan peraturan yang lengkap berdasarkan Al-Quran


dan Hadis.

Dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang, Islam telah memperkenalkan hukum-hukum
yang lengkap lagi saksama. Dalam pembentukan kekeluargaan, Islam telah memperkenalkan hukum
nikah kahwin dan cerai mengikut lunas-lunas tertentu. Jelasnya Islam telah membawa satu bentuk
undang-undang yang sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat dan peredaran zaman.

Dalam masa keagungan pemerintahan kesultanan di alam Melayu ini banyak juga prinsip-
prinsip perundangan Islam telah dijalankan, walaupun di dalam beberapa perkara tidak begitu sempurna
dan kurang memuaskan. Ada beberapa buah negeri di Sumatera yang telah menjalankan hukuman-
hukuman mencuri, zina, pembunuhan dan jenayah-jenayah lain mengikut perundangan Islam, begitu
juga dalam soal nikah kahwin, pembahagian pusaka (Faraid),jual beli, dan sebagainya telah cuba juga
dijalankan seberapa yang boleh. Hal ini adalah merupakan suatu pembaharuan yang penting bagi
masyarakat di sebelah sini. Walau bagaimanapun ada juga ciri-ciri adat istiadat Hindu dan animisme
yang masih terus menerus diamalkan, terutamanya, di dalam sistem kekeluargaan dan sedikit sebanyak
di dalam lapangan pentadbiran.
Selain daripada itu juga, terbukti di dalam kitab Sejarah Melayu di mana Sultan Alauddin telah
membina sebuah balai untuk diletakkan barang-barang tercicir di jalan raya atau di mana-mana agar
tuannya dapat menuntut kembali dari balai tersebut. Sesiapa yang tidak mengembalikan barang-barang
yang dijumpainya akan di hukum potong tangan sama sebagaimana orang yang mencuri.

Di bidang undang-undang, mazhab Shafei telah memainkan peranan utama dalam menentukan
hal-hal mengenai kehidupan penduduk di Nusantara seperti hal-hal berkaitan dengan warisan, harta,
undang-undang mu’amallah perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan, dan hukuman
terhadap orang-orang yang bersalah. Pengaruh undang-undang Islam juga terdapat di dalam undang-
undang tempatan seperti undang-undang luaran di Filipina dan undang-undang Kanun di Tanah
Melayu.

Terdapat juga undang-undang adat yang diamalkan di beberapa daerah tertentu yang bercampur
dengan undang-undang Islam. Jelas undang-undang Islam telah diamalkan begitu luas dan teguh. Ini
terbukti bila orang-orang Inggeris menghadapi masalah undang-undang di Tanah Melayu. Contohnya
Gibson seorang penasihat undang-undang British di masa permulaan campur tangan Inggeris
melaporkan yang tugasnya menghadapi kesukaran sebab undang-undang Jenayah yang diamalkan di
mahkamah-mahkamah Kedah ialah undang-undang Islam. Contoh kedua Walter Scott yang bertugas di
Terengganu menyatakan tugasnya menterjemahkan undang-undang di Terengganu ini mengalami
kesukaran kerana terlalu banyak perkataan Arab dalam undang-undang tersebut.

B. BAHASA

Orang melayu dapat membaca karya-karya terjemahan, hasilnya semangat Islam telah
meresap dalam sanubari mereka

Perkembangan sastera Melayu adalah berasaskan pengislaman masyarakat Melayu. Islam


melaksanakan penyebaran Islam secara meluas. Kesusasteraan dapat berkembang dengan pesat dan
membawa perubahan yang dinamik kepada perkembangan Islam.

Daripada sastera Arab inilah sastera Melayu meminjam banyak perbendaharaan kata dan karya
sastera “kitab” yang menyatakan persoalan hukum dan aqidah. Sastera Parsi juga turut membantu
sastera Melayu membentuk hikayat-hikayat berbingkai dan Salasilah. Penulis-penulis Melayu juga
berupaya melahirkan karya-karya sejarah dan salasilah. Daripada sifat-sifat seperti ini khazanah sastera
zaman ini dapat menjelaskan karya-karya warisan Islam. Kesusasteraan Melayu tidak lagi terbatas
kepada sifat stereotaip seperti kesusasteraan zaman Hindu, tetapi lebih luas lagi telah menekankan
kepada aspek Tauhid kepada Allah SWT.
Sastera Melayu telah dikaitkan dengan kesusasteraan Islam yang agung seperti Sirah al-Rasul, kisah-
kisah para Nabi, Mathnawi dan sebagainya. Mengikut konsep Islam, sastera adalah sebagai alat untuk
memperoleh kebaikan serta alat untuk memberikan penerangan yang jelas tentang kehidupan dan
tujuannya. Ini adalah disebabkan sastera Islam bersumberkan wahyu Allah yang banyak menekankan
tentang aspek-aspek kerohanian. Oleh itu karya sastera yang baik mestilah memberikan pandangan
hidup Islam yang tepat seperti mana ajaran wahyu Allah. Perkara negatif yang berunsurkan hiburan dan
nafsu adalah ditolak oleh seni dan kesusasteraan Islam. Nilai-nilai seni yang boleh melupakan Allah
tidak termasuk di dalam nilai sastera yang murni.

Nilai etika dalam kesusasteraan Islam memerlukan teknik yang baik dan menarik. Sebagai
contoh, walaupun Kitab Al-Quran bukan merupakan kitab sastera namun mempunyai nilai estetika yang
tinggi.
Fungsi sastera Islam dapat dibahagikan kepada tiga bahagian:

Sebagai media dakwah. Dua faktor penting sastera menjadi media dakwah
a) Hubungan sasterawan dan kesusasteraan
b) Sasterawan juga tidak terlepas daripada tanggungjawab sebagai seorang Islam.

Sastera merupakan media terbaik menyampaikan dakwah. Sebagai contoh zaman awal Islam karya-
karya seperti syair, pidato, atau surat (risalah) digunakan untuk dakwah.

ii. Berfungsi sebagai media pendidikan.


Tujuannya adalah untuk membentuk peribadi Muslim. Dalam bahasa Arab sastera disebut al-adab yang
bermaksud beradab ~ berakhlak atau untuk membentuk akhlak atau adab Muslim.

iii. Berfungsi menyalurkan semangat jihad.


Bertujuan menaikkan semangat umat Islam. Contoh Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhamad Au
Hanafiah, Hikayat Hasan Husin dan Perang Badar. Menurut Syed Qutb, sastera terbahagikan kepada
dua iaitu Sastera Islam dan Sastera Musyrik. Sastera Islam ialah sebarang hasil tulisan atau sastera yang
berpegang teguh kepada akidah, syariah dan akhlak. Manakala sasterawan dalam Islam ialah mereka
yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Adapun Sastera Muysrik ialah sebarang hasil sastera yang
bersifat munafik, memuja pemimpin yang zalim, serta mempengaruhi orang lain untuk melakukan
kejahatan. Contoh Karya Melayu-Islam Sumbangan penulis-penulis Islam dalam bentuk sastera
ketatanegaraan
bersumberkan ajaran Islam adalah seperti Bustanus Salatin (Taman segala rajaraja) dan Taj ai-Saiatin
(Mahkota Raja-raja) karangan Sheikh Nuruddin al-Raniri. Penulis-penulis di AIam Melayu telah
menyadurkan hikayat tokoh sufi untuk dijadikan tauladan dan bahasa Arab ke bahasa Melayu,
contohnya Hikayat Sultan Ibrahim, Hikayat Abu Yazid al Bistari, Hikayat Sheikh Abd. Kadir Jailani
dan lain-lain lagi. Cerita-cerita mengenai raja-raja Islam yang disadur dan tulisan Arab, Parsi dan
Hindustan seperti Hikayat Raja Damsyik, Hikayat Gui Bakawaii dan lain-lain.

Bahasa Melayu berkembang

Dengan kedatangan Islam Bahasa Melayu berkembang menjadi Bahasa ilmu. Ia berkembang menjadi
bahasa rasmi dan akhimya menjadi bahasa “Lingua Franca” di Alam Melayu.Tanda terawal kehadiran
Islam di rantau ini ialah dengan penemuan Batu Nisan di Brunei pada tahun 440 Hijrah. Bukti pertama
penggunaan Bahasa Melayu yang mengungkapkan pengaruh agama Islam ialah pada tahun 702 Hijrah,
berikutan penemuan Batu Bersurat di Terengganu. Kandungannya dengan jelas menunjukkan bahawa
Islam sebagai agama rasmi di rantau ini.

Perkembangan Bahasa Melayu dapat dibahagi kepada dua bahagian, iaitu:


i. Melalui Pertuturan
ii. Melalui Penulisan

Melalui Pertuturan, berlaku interaksi dan campuran antara Bahasa Arab-Melayu menambahkan
lagi perbendaharaan kata bahasa Melayu. Kedatangan Islam menyebabkan perbendaharaan kata Arab
yang berunsurkan agama digunakan seperti kerusi, kitab, masjid, al-Quran dan lain-lain digunakan
sebagai sebahagian dan bahasa Melayu.

Melalui Penulisan, sebelum kedatangan Islam boleh dikatakan tiada tulisan yang praktis
digunakan. Islam membawa satu sistem tulisan menggunakan tulisan jawi atau Arab. Bahasa Melayu
kuno yang menggunakan tulisan Palava digantikan dengan huruf jawi. Tulisan jawi digunakan secara
meluas di Alam Melayu. Ia menjadi dimensi baru dalam tradisi pengembangan ilmu khususnya ilmu
agama dalam masyarakat. Melalui tulisan jawi bidang sastera Melayu mula berkembang.

Penulisan kesusasteraan Islam dan bahasa Arab telah disadurkan ke dalam Bahasa Melayu dengan pesat
apabila banyak hikayat lama dikarang dan disebarluaskan. Tulisan-tulisan sastera Arab juga telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Penyebaran agama Islam yang berpusat di Melaka ke daerah-
daerah lain juga menyebabkan Bahasa Melayu tersebar di seluruh kepulauan Melayu. Ia menjadi bahasa
penghantar penyebaran Islam. Martabat Bahasa Melayu meningkat dan berkembang dengan meluas di
kalangan masyarakat. Kitab-kitab Melayu dalam tulisan jawi telah tersebar ke tempat-tempat baru
seperti Sri Langka, Malagasi dan Afrika Selatan.

C. MAKANAN

Mengubah cara hidup Hindu kepada cara Islam seperti cara berpakaian, makanan dan
sebagainya.

Berdasarkan kajian terhadap masyarakat Melayu , sudah pun terdapat dasar-dasar kepercayaan, nilai-
nilai serta budaya dan adat resam meskipun ianya berbentuk primitif Walau bagaimanapun, terdapat
kajian yang menunjukkan sistem kosmologi tersebut turut dicampuri oleh pengaruh asing terutama
daripada tradisi HinduBuddha. Fenomena ini dikenali sebagai sinkritisme, iaitu percampuran atau
persenyawaan antara unsur-unsur tempatan dengan unsur-unsur asing.

Kesan pengaruh Hindu terhadap adat istiadat keistanaan tidak dapat dan banyak mempengaruhi
alam Melayu. Contohnya dalam istiadat pertabalan Sultan raja dikehendaki duduk di singgahsananya
tanpa bergerak dan berkata-kata. menandakan petanda awal sifat ketuhanan. Sehingga beberapa abad
yang lalu, Perak masih dilayani seperti tuhan Hindu, oleh anak-anak dara (Winstedt 1944:1 Semasa
pertabalan juga, ketua bentara, Datuk Sri Nara Diraja membacakan yang dalam bahasa Sanskrit: “Raja
agung yang bertuah, penewas musuh, gagah, permata mahkotanya mempesonakan tiga dunia, yang
sentuhannya kesengsaraan...

Kesimpulannya, pengaruh agama Hindu dalam kehidupan dan budaya orang Melayu sangat
meluas dan mendalam sekali dan sebahagiannya masih bertapak kukuh daham masyarakat ini. Ia boleh
dilihat dengan jelas dalam adat perkahwinan seperti berinai,bersanding sebagai raja sehari dan adat
menepung tawar. Dalam aktiviti seni kebudayaan terdapat persembahan yang berteraskan cerita-cerita
dan nepik-epik Hindu seperti ayat Mahabrata dan Ramayana. Ianya dipersembahkan dalam seni wayang
kulit, ora, persembahan puteri, dan sebagainya. Seni-seni kebudayaan seperti ini banyak khususnya di
negeri Kelantan dan negeri-negeri pantai timur sahaja dan sebelah utara Semenanjung. Bahasa
pertuturan, ukiran-ukiran tangan serta seni lukisan di patung-patung wayang kulit, batik, barang-barang
tembikar,hiasan-hiasan kayu dan sebagainya ada melambangkan kesenian dan budaya ala-Hindu. Dari
segi amalan dan sistem sialnya, kesan pengaruh Hindu banyak terjemah dalam bab-bab pantang larang,
kepercayaan kepada kewujudan penyakit-penyakit yang berbentuk metafizik dan amalan-amalan
kedukunan. Sebahagian besar daripada aspek-aspek di atas masih lagi bertapak kukuh daham hati
sanubari dan kehidupan orang Melayu. Sehinggakan pada ketika tertentu ianya mengelirukan dan
disalah anggap oleh sesetengah orang sebagai adat atau amalan keagamaan di dalam Islam, yakni bukan
lagi warisan Hindu.

Tetapi sebaliknya Islam telah merubah cara hidup Hindu kepada cara hidup Islam umpamanya
dalam soal cara berpakaian yang menutup aurat bagi lelaki dan wanita ada dijelaskan di dalam peraturan
Islam, cara adab pergaulan, makanan (mengenai halal dan haram), upacara-upacara yang digalakkan
dan tidak digalakkan dan ini telah meninggalkan kesan cara Islam walaupun dari aspek yang lain masih
diamalkan.

KESIMPULAN

Sebelum agama Islam bertapak dan berkembang di Nusantara, penduduk-penduduknya menganut


agama Hindu atau mempercayai fahaman animisme yang diwarisi dari datuk dan nenek mereka.

Agama Hindu merupakan satu fahaman yang amat kompleks dan sukar difahami oleh rakyat
bawahan sebaliknya agama Islam adalah satu agama yang mudah difahami dan dapat diterima pada
akal oleh setiap golongan rakyat, sama ada rakyat atasan atau bawahan tanpa memberatkan diri
seseorang penganutnya.

Jadi tidak menghairankanlah agama Islam mendapat sambutan baik apabila ianya diperkenalkan. Hanya
dengan menerima konsep ketuhanan yang esa dan nabi Muhammad sebagai pesuruh-NYA, maka
keislaman seseorang itu sudah diterima.

Walaupun Islam tidak dapat mengubah keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu tetapi
pada umumnya ia telah mengubah struktur hidup masyarakat Melayu dari corak kehidupan Hindu
kepada Islam.

Ternyata dengan kehadiran Tamadun Islam telah membawa perubahan yang besar kepada
masyarakat Melayu Nusantara dan kesannya kita dapat melihat dalam semua aspek kehidupan seperti
politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya sehingga kini.

Anda mungkin juga menyukai