Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum, pembuka bicara, Pengenalan

Terima kasih kepada pengerusi acara, Salam


Barisan hakim yang bijaksana, Salutasi
Guru-guru dan rakan semua mari dengar cerita.

(pantun)
Mencari emas di lombong Jaleh,, Tajuk Cerita
Pergi bersama dengan si Aini;
Unta Mukjizat Nabi Soleh
Itulah tajuk ceritaku ini...

Nabi Soleh adalah seorang pemuda yang taat dan beriman kepada Allah. Pengenalan
Baginda diutus untuk kaum Tsamud yang mampu membangunkan negeri
mereka melalui pertanian dan perkebunan. Berkat kegigihan Kaum
Tsamud, negeri tandus itu dapat dibangunkan kembali. Bangunan ditempat
itu megah dan mewah. Pepohon nan hijau dan buahnya lebat. Seluruh
kaum Tsamud hidup sejahtera.

Ya Kawan-kawan..
Kemewahan itu membuat kaum Tsamud lalai dan sombong. Mereka tidak
mahu menyembah kepada Allah. Mereka menganggap rezeki yang mereka Isi 1
peroleh bukan kurniaan daripada Allah. Oleh kerana itulah Allah
mengutuskan Nabi Soleh agar berdakwah untuk Kaum Tsamud.
Berdasarkan ilham dari Ilahi.
ُ َ َ ََ
ُ ۡ ‫كم م ِۡن إ َلَٰه َغ‬
‫ۡيهُۥ‬ ‫ل‬ ‫ا‬‫م‬ ‫ّلل‬ ‫ٱ‬ ‫وا‬ ُ ‫قَ َال َي َٰ َق ۡو ِم ٱ ۡع ُب‬
‫د‬
ٍ ِ
Ayat Al-Quran
Surah Hud ayat 61.
Maksudnya:”Wahai kaumku sembahlah Allah yang tiada tuhan lain bagi
kalian selainNya”
Haa..Kawan-kawan
Terperanjatlah kaum Soleh mendengar seruan dan dakwahnya. Maka
ditolaklah ajakan Nabi Soleh itu dengan berkata: “Wahai Soleh.
Sesungguhnya engkau ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami
(untuk memimpin kami). Patutkah engkau melarang kami daripada Huraian isi 1
menyembah apa yang disembah oleh nenek moyang kami?”
Ya kawan-kawan
Peranan berdakwah ini tidak hanya tertumpu kepada seseorang individu
sahaja. Dengan cara berdakwah yang betul boleh menyelamatkan individu Isu Semasa
malahan masyarakat dari melakukan sesuatu di luar jangkaan. Contohnya
golongan LGBT iaitu lesbian, gay, bisexual and transgender yang kini
semakin berani mendedahkan diri mereka secara terbuka. Inilah cabaran
terbesar para ibubapa dan para ketua keluarga.
Seru ke jalan Allah,
Dakwah dengan hikmah,
Pengajaran
Moga diterima,
Diterima dengan gembira. 2x (Rentak lagu Gelang Sipaku Gelang)

Kawan-kawan yang dikasihi.


Kaum Tsamud tidak sama sekali menghiraukan ajakan nabi Soleh dan Isi 2
menganggap Nabi Soleh sebagai pembohong. Lalu Kaum Tsamud
mencabar Nabi Soleh untuk mengeluarkan mukjizat. Maka berdoalah Nabi
Soleh a.s memohon kepada Allah agar memberinya suatu mukjizat untuk
membuktikan kebenaran risalahnya. Allah memakbulkan doa Nabi Soleh.

Sebagaimana firman Allah Surah Hud ayat 64.

ُ َ َ َُ َ َ َ َ
‫َويَٰق ۡو ِم هَٰ ِذه ِۦ ناقة ٱّللِ لك ۡم‬
Ayat al-Quran

Maksudnya:Hai kaumku:inilah unta dari Allah sebagai mukjizat yang


menunjukkan kebenaran untukmu..

Tahukah kawan-kawan..

Pada saat giliran unta Nabi Soleh as itu datang minum di ladang, tiada
seekor binatang lain berani menghampirinya. Hal ini menimbulkan rasa Huraian isi 2
tidak senang pemilik-pemilik binatang itu dengan unta Nabi Soleh dan
menganggap sebagai gangguan.

Kawan-kawan..

Allah mendatangkan kelebihan kepada seseorang dalam pelbagai bentuk.


Kelebihan ini adalah anugerah Allah yang teragung diberikan kepada
manusia pilihan. Contohnya: Al-Hafiz dari Indonesia yang bernama Musa
berumur 5 Tahun Dari Bangka boleh menghafal al-quran 29 Juzuk. Masya Isu semasa
Allah.

Alhamdulillah, wasyukurillah
Bersyukur padaMu Ya Allah
Kau berikan pelbagai nikmat Pengajaran
Selama hidup di dunia (Lagu Alhamdulillah – Opick)
Kawan-kawan sekalian...

Satu perhimpunan telah diadakan oleh kaum Tsamud untuk mengatur Isi 3
rancangan pembunuhan unta nabi Soleh. Mereka memilih sembilan orang
lelaki yang selalu melakukan penyeksaan terhadap pengikut Nabi Soleh.
Kumpulan itu bersembunyi di suatu tempat yang dilalui oleh unta dalam
perjalanannya ke tempat ia minum. Ketika unta-unta itu berjalan, lalu
ditikamnya dengan pedang sehingga mati..

Sebagaimana firman Allah surah an-Naml ayat 48.

َ ُ ۡ ُ ََ َۡ َ ُۡ َۡ َُ ۡ َ َۡ َ ََ
ِ ‫س ُدون ِِف ٱۡل‬
٤٨ ‫ۡرض وَل يصلِحون‬ ِ ‫ف‬‫ي‬ ‫ط‬
ٖ ‫ه‬‫ر‬ ‫ة‬ ‫ع‬‫ِس‬ ‫ت‬ ‫ة‬
ِ ‫ين‬ ‫د‬
ِ ‫م‬ ‫ل‬‫ٱ‬ ‫ِف‬
ِ ‫وَك‬
‫ن‬ Ayat al-Quran

Maksudnya:Dan di kota itu ada sembilan orang laki-laki yang membuat


kerosakan di muka bumi dan mereka tidak berbuat kebaikan.

Kawan-kawan:

Dengan perasaan bangga pergilah para pembunuh unta itu ke ibu kota bagi
menyampaikan berita kematian unta nabi Soleh as yang mendapat
sambutan gembira dari pihak musyirikin seakan-akan mereka mendapat Huraian isi 3
kemenangan dalam peperangan.

Kawan-kawan..

Banyak berlaku pembunuhan di dunia ini. Pembunuhan adalah satu


perbuatan terkeji yang dibenci oleh Allah. Contohnya pembunuhan
beramai-ramai ke atas rakyat Syria dan Palestin oleh manusia yang kufur Isu semasa
kepada Allah.

Dan tak seharusnya kita


Saling membunuh di dunia ini
Takutilah dengan azab Allah Pengajaran
Yang sungguh dahsyat. (Lagu Di Matamu)
Kawan-kawan yang dirahmati...

Nabi Soleh a.s tetap memperingatkan kaumnya. Dan janji Allah tetap benar Isi 4
bahawa Allah akan menurunkan azab-Nya atas mereka jika mereka
mengganggu unta itu.

Firman Allah dari surah Hud ayat 65:

ُ ۡ َ ُ ۡ َ ٌ ۡ َ َ َٰ َ َ َ َ َ َٰ َ َ ۡ ُ َ ُ َ َ َ َ ََ
٦٥ ‫وب‬
ٖ ‫فقال تمتعوا ِِف دارِكم ثلثة أيا ٖمٖۖ ذل ِك وعد غۡي مكذ‬
Ayat al-Quran

Maksudnya: Bersukarialah kamu sekalian di rumahmu selama 3 hari. Itu


adalah janji yang tidak dapat didustakan.
Kawan-kawan

Nabi Soleh memberitahu kaumnya bahawa azab Allah yang akan menimpa Huraian isi 4
di atas mereka akan didahului dengan tanda-tanda, iaitu pada hari pertama
wajah mereka menjadi kuning. Pada hari kedua, wajah mereka menjadi
merah. Pada hari ketiga, wajah mereka menjadi hitam dan pada hari
keempat turunlah azab Allah yang pedih.

Kawan-kawan tahu tak?

Satu hari sebelum hari turunnya azab yang telah ditentukan itu, dengan izin
Allah berangkatlah nabi Soleh as bersama para mukminin menuju ke Huraian isi 4
Ramlah, sebuah tempat di Palestin. Meninggalkan Hijir dan penghuninya,
kaum tsamud habis binasa, ditimpa halilintar yang dahsyat beriringan
dengan gempa bumi yang mengerikan.

Kawan-kawan

Dosa dan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh sekelompok kecil


masyarakat tidak akan diturunkan bala pada dirinya sahaja tetapi
keseruluhannya.
Isu Semasa
Begitulah keadaanya kita apabila melanggar perintah Allah. Contoh,
berlakunya gempa bumi yang besar di Kota Palu Indonesia pada 28
September 2018 ini adalah akibat rakusnya aktiviti manusia ke atas bumi
ini.

Cinta cintailah Allah dan Rasul Pengajaran


Kasih sayang pula sesama kita
Sifat mulia dinantikan syurga bila akhirnya
Jangan jangan lupa ajaran agama
Yang melarang kita melakukan dosa
Bersihkan badan sucikan jiwa kerana Allah. (Lagu Khalifah)
(Pantun)
Terima kasih untuk semua
Mendengar cerita jemunya tiada
Mana yang baik ambil iktibarnya
Apa yang buruk elakkanlah ya.
Sekian.

!‫وباهلل التوفيق والهداية السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬


Teks disediakan oleh :
Ustazah Noridah Binti Ali, SK Cyberjaya

Anda mungkin juga menyukai