Anda di halaman 1dari 23

ETN 7013

KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG.
UNIT TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KERTAS PENERANGAN 3

KOD NAMA DAN


PROGRAM / ETN TEKNOLOGI ELEKTRONIK
PROGRAMME
CODE AND NAME

SEMESTER /
3 (DPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA)
SEMESTER

NO. DAN TAJUK


MODUL / MODULE ETN 701 AUDIO VIDEO COMPLEX CIRCUIT 2
NO. AND TITTLE
NO. KOMPETENSI
DAN PERNYATAAN /
3.0 TROUBLESHOOTING AUDIO VIDEO EQUIPMENT
KOMPETENCY NO.
AND STATEMENT

3.1.1 Interpret schematic and block diagram according to project


requirement.
3.1.2 Identify circuit function according to project requirement
3.1.3 Perform signal flow from schematic diagram according to project
requirement.
3.1.4 Identify fault symptoms according to circuit diagram.
OBJEKTIF
3.2.1 Identify fault symptoms according to circuit diagram.
PENCAPAIAN
3.2.2 Identify critical component failures according to circuit diagram
AKHIRAN /TERMINAL
3.2.3 Apply the integration of different circuits and the operation of the
PERFORMANCE
system according to circuit diagram.
OBJECTIVE
3.3.1 Identify troubleshooting procedure according to the testing
requirements.
3.3.2 Perform troubleshooting technique according to the testing
procedure.
3.3.3 Apply safety procedure according standard operating procedure.

NAMA PELAJAR /
STUDENT NAME

NO. KAD
PENGENALAN / I.C.
NUMBER

KELAS / CLASS

Unit Tek. Elektronik KVBP 1 / 12


ETN 7013

 PENERIMA RADIO
Penerima radio adalah satu alat perhubungan yang berupaya untuk menerima gelombang
electromagnet dan menukar isyarat itu kepada isyarat audio pada keluarannya. Penerima radio
pertama mengandungi antenna, pengesan dan fonkepala atau fontelinga. Kepemilihan dan
kepekaannya adalah terhad. Kemudian, tercipta litar penguat dan litar tertala yang mana ia dapat
memperbaiki kepemilihan dan kepekaan penerima radio dengan lebih baik. Terdapat tiga ciri
utama pada setiap penerima radio yang baik ialah :

 Kepekaan tinggi (High sensitivity).

 Kepemilihan tinggi (High selectivity).

 Kesetiaan tinggi (High fidelity atau Hi-Fi).

- Semua penerima radio dikendalikan berdasarkan prinsip

penghiterodinan, penerima radio juga dipanggil sebagai penerima radio


superhetrodin.
- Prinsip heterodin ialah pencampuran dua isyarat yang berlainan frekuensi

untuk menghasilkan satu frekuensi dari perbezaan dua frekuensi itu.Isyarat itu
adalah isyarat pembawa RF dan isyarat pengayun tempatan.
- Proses heterodin berlaku di peringkat pencampur.

 PEMODULATAN AMPLITUD (AM)

Pemodulatan amplitud (AM) adalah sejenis pemodulatan dimana amplitud pembawa


berubah mengikut isyarat atau maklumat, rujuk Rajah 1

Unit Tek. Elektronik KVBP 2 / 12


ETN 7013

Unit Tek. Elektronik KVBP 3 / 12


ETN 7013

ii) PEMODULATAN FREKUENSI (FM)

Pemodulatan frekuensi (FM) adalah sejenis pemodulatan dimana mplitude


pembawa adalah tetap manakala frekuensi berubah mengikut isyarat atau
maklumat, rujuk Rajah 2.

Frequensi Modulation (FM)

RAJAH 2 : PEMODULATAN FREKUENSI (FM)

Unit Tek. Elektronik KVBP 4 / 12


ETN 7013

1. PENERIMA RADIO AM
Sesebuah penerima radio diperlukan bagi pengendalian satu julat frekuensi- frekuensi
pembawa (contohnya jalur-jalur gelombang sederhana dan gelombang pendek) , dan
boleh menghasilkan sesuatu keluaran frekuensi audio yang dapat mengeluarkan
semula dengan lengkap (setia) isyarat bermodulatan asal. Penerima juga mesti
berkebolehan memilih frekuensi pembawa yang dikehendaki (iaitu stesen yang dipilih )
dan terasing daripada yang lain.

a. Jalur frekuensi penerima radio AM iaitu bagi gelombang sederhana (MW)

ialah 535KHz – 1605KHz.


b. Frekuensi penguat IF adalah tetap 455KHz.

c. Rajah 3 adalah gambarajah blok penerima radio AM.

Gambarajah blok radio AM

RAJAH 3 : RAJAH BLOK PENERIMA RADIO AM

Unit Tek. Elektronik KVBP 5 / 12


ETN 7013

1. PENERIMA RADIO FM

a. Jalur frekuensi penerima radio FM ialah 88MHz – 108MHz.

b. Frekuensi penguat IF adalah tetap 10.7MHz.

c. Rajah 4 adalah gambarajah blok penerima radio FM

Rajah 4 (a)

Rajah 4 (b)

4 (a) gambarajah blok FM : menggunakan pengesan nisbah.

4 (b) gambarajah blok FM : menggunakan penghad dan pembezalayan.

Unit Tek. Elektronik KVBP 6 / 12


ETN 7013

Peringkat Pencampur dan Pengayun Tempatan juga


dipanggil sebagai peringkat Penukar

a) Penguat frekuensi perantaraan (IF) – Hanya meluluskan frekuensi IF iaitu


455KHz sahaja dan menguatkannya, iaitu ia memilih salah satu daripada
empat frekuensi yang dihasilkan oleh peringkat pencampur.

Peringkat Penguat Frekuensi Perantaraan (IF) biasanya


mengandungi lebih dari satu peringkat
a) Pengesan - merupakan penerus setengah gelombang dan penapis lulus
rendah dimana ia menapis atau mengenepikan komponen frekuensi tinggi
dan meluluskan frekuensi rendah iaitu frekuensi audio.

b) Penguat frekuensi audio - Menguatkan frekuensi audio untuk memacu


pembesar suara.

Peringkat Penguat Audio mengandungi peringkat :


i. Penguat Pemacu atau voltan
ii. Penguat Audio Kuasa.
a) Pembesar suara – menukarkan tenaga elektrik kepada bunyi.

b) Kawalan gandaan automatic (AGC) – mengawal gandaan penguat RF dan IF


secara automatik supaya isyarat pada keluaran sentiasa setabil walau pun
kekuatan isyarat yang diterima berubah. Jika kekuatan isyarat berkurang,
KGA akan memaksa peringkat penguat RF dan IF menaikan gandaan.

c) Bekalan kuasa dc – membekalkan voltan dc kepada semua peringkat.

Keburukan pengendalian superheterodin adalah kewujudan


Frekuensi Bayangan ( frekuensi bayangan = frekuensi RF
+ 2IF)

Contoh : frekuensi RF = 700KHz, frekuensi pengayun


tempatan = 1155KHz,
Frekuensi bayangan = 1610KHz.

Apa yang berlaku adalah : ????????????


1. perbezaan frekuensi RF dan pengayun tempatan
= 455KHz.
2. perbezaan frekuensi bayangan dan pengayun
tempatan = 455KHz.
Dimana 455KHz adalah frekuensi IF, ini bermakna penguat
IF boleh menguatkan kedua-dua frekuensi (frekuensi RF
yang sebenar dan frekuensi bayangan) dalam satu masa.
Maka isyarat yang kedua ini yang mungkin kurang jelas
akan mengganggu isyarat yang dikehendaki.
Unit Tek. Elektronik KVBP 7 / 12
ETN 7013

ii) FUNGSI SETIAP BLOK PENERIMA RADIO FM


a. Pada umumnya fungsi setiap blok dalam penerima radio FM adalah sama dengan
penerima radio AM.

b. Perbezaan blok antara penerima radio AM dan FM adalah:

Penerima radio AM Penerima radio FM

1. Pengesan 1. Pengesan FM : Pengesan Nisbah.

Atau

Pengesan FM :

i. penghad

ii. pembizalayan

2. Kawalan Gandaan Automatik 2. Kawalan Frekuensi Automatik

(KGA) (KFA)

c. Kawalan Frekuensi Automatik (KFA) – Mengawal frekuensi pengayun tempatan


supaya pengayun tempatan menjana frekuensi yang betul, dimana pengesan
sentiasa tertala kepada frekuensi pertengahan FM 10.7MHz.

Contoh :

Jika peringkat RF ditala kepada 90MHz, maka frekuensi pengayun


tempatan mesti menjana frekuensi sebanyak 100.7MHz (90MHz +
10.7MHz). Tetapi jika dalam keadaan ini peringkat pengayun tempatan
menjana frekuensi sebanyak 101.7MHz maka frekuensi penguat IF FM akan
menjadi 11.7MHz (101.7MHz – 90MHz). Dengan adanya peringkat KFA
maka frekuensi yang tidak tepat itu akan diperbetulkan.

d. Untuk memastikan pengayun tempatan menjana frekuensi yang betul, voltan dc


akan disuapbalik dari peringkat keluaran pengesan FM ke peringkat pengayun
tempatan.

Unit Tek. Elektronik KVBP 8 / 12


ETN 7013

CONTOH GAMBARAJAH BLOK LENGKAP SEBUAH


PENERIMA RADIO AM/FM

a. Kita telah didedahkan dengan penerima radio AM dan FM yang berasingan.


Bagaimana pula dengan penerima radio yang anda biasa gunakan yang mana ia
mengandungi gabungan radio AM dan FM?

b. Rajah 5 adalah satu rajah blok asas penerima radio AM/FM.

c. Peringkat penguat RF, pencampur dan penguat IF 1 berfungsi untuk kedua-dua


saluran AM dan FM.

Rajah 5 : Rajah blok penerima radio AM/FM

d. Dalam zaman sekarang ini, peringkat-peringkat yang ada dalam setiap penerima
radio tidak lagi berada berasingan iaitu satu peringkat diwakili oleh satu komponen
utama atau transistor.

e. Litar bersepadu (I.C) adalah merupakan satu peranti elektronik yang komplek yang
mana ia mengandungi semua komponen elektronik yang berkaitan.

f. Dalam satu penerima radio AM/FM mungkin hanya menggunakan dua I.C sebagai
komponen utamanya dimana bahagian penguat frekuensi audio menggunakan satu
I.C dan peringkat lain satu lagi I.C.

Unit Tek. Elektronik KVBP 9 / 12


ETN 7013

PENGUJIAN DAN KESELAMATAN


1 MENGESAN KEROSAKAN

a) Peralatan dan alat ujian mesti mengikut kesesuaian.

b) Terdapat dua jenis isyarat pada penerima radio:

i. isyarat RF

ii. isyarat audio

c) Penjana isyarat RF adalah digunakan untuk menguji peringkat :

i. Penguat frekuensi radio

ii. Peringkat penukar

iii. Peringkat penguat IF dan masukan pengesan.

d) Penjana isyarat audio digunakan untuk menguji peringkat keluaran pengesan

dan penguat frekuensi audio.

e) Kaedah mengesan kerosakan.

i. Pemerhatian dengan pancaindera – melihat fizikal komponen jika ada yang


hangus atau sebagainya dan menghidu jika ada komponen yang terbakar.

ii. Suntikan isyarat – menggunakan penjana isyarat yang betul mengikut litar atau
peringkat yang diuji rajah 6.1. Bunyi nada (tone) 1KHz akan berbunyi di
pembesar suara jika peringkat yang diuji dalam keadaan normal.

iii. Surihan isyarat – menggunakan osiloskop untuk melihat kehadiran isyarat rajah
6.2

iv. Sukatan voltan – menganalisa voltan dan membandingkan voltan sebenar dan
voltan ketika litar dalam keadaan rosak.

v. Sukatan rintangan – menentukan komponen dan jenis kerosakan.

Unit Tek. Elektronik KVBP 10 / 12


ETN 7013

KAEDAH MENGESAN KEROSAKAN.

RAJAH 6.1 : KAEDAH SUNTIKAN ISYARAT

RAJAH 6.2 : KAEDAH SURIHAN ISYARAT.

Unit Tek. Elektronik KVBP 11 / 12


ETN 7013

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

a) Keselamatan diri

Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa melakukan
kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian dengan mematuhi
peraturan keselamatan dengan betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri
daripada terlibat dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan
diamalkan adalah :
 Cara berpakaian
- Memakai pakaian bengkel
- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
- Tidak memakai barang kemas
- Tidak memakai tali leher
 Sikap
- Sentiasa mematuhi arahan
- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja
- Melaporkan sebarang kerosakan
- Menggunakan alat yang betul
- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
 Fizikal
- Sihat
- Tidak rabun warna
- Jelas penglihatan
-
b) Keselamatan Radio dan alat ujian

Peralatan pengujian hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan dilengkapi dengan ciri-
ciri keselamatan yang ditetapkan.
 Penebatan
- Semua alat dan perkakasan elektrik hendaklah mempunyai
penebat yang baik dan sempurna.
 Penggunaan alat ujian
- Gunakan julat dan kekutuban yang betul.

c) Lain-lain

Bekalan kuasa hendaklan dibuka (off) apabila membuat pengukuran rintangan.

Unit Tek. Elektronik KVBP 12 / 12


ETN 7013

Unit Tek. Elektronik KVBP 13 / 12


ETN 7013

Kaedah Mengesan Kerosakan Radio

Walaupun pada masa sekarang banyak perubahan berlaku dalam alat teriam radio. Sebagai
contoh penggunaan komponen IC menggantikan transistor yang beroperasi lebih dari satu
fungsinya dalam blok radio. Ini adalah menghasilakn mutu penerimaan yang baik. Ini tidaklah
bermakna system lama dilupakan malahan ia amat berkait rapat dengan system yang baru ini.
Kaedah untuk kefahaman kerosakan radio akan mudah difahami dengan penggunaan radio
bertransistor. Kertas penerangan ini akan menerangkan berbagai-bagai kaedah dalam proses
mencari kerosakan radio.
Terapat dua kaedah pengujian yang amat berkesan dalam proses pengesanan kerosakan ini :-
1. Kaedah Ujian Statik

2. Kaedah Ujian Dinamik

Kaedah Ujian Statik

Proses ini banyak dilakukan dengan cara penyukatan voltan dan gelombang dalam litar dan
komponen . Instrument yang sesuai dalam kerja ini ialah oscilloscope dan multimeter.
Berikut adalah proses mengesan kerosakan dalam blok radio secara berperingkat-peringkat
dengan menggunakan kaedah ujian di atas.

a) Kerosakan peringkat Audio

b) Sukat jumlah arus yang mengalir pada radio dengan multimeter dalam keadaan
paras rendah volume dan paras tinggi volume. Lihat gambarajah dibawah.

MENGGUNAKAN MULTIMETER UNTUK MENYUKAT VOLTAN

Unit Tek. Elektronik KVBP 14 / 12


ETN 7013

c) Jika jangka arus tidak menunjukkan bacaan arus yang sepatutnya ini bermakna bekalan
voltan di radio berlakunya litar terbuka. Berkemungkinan seperti berikut : b.1
Bekalan voltan masukakan tidak mencukupi.

b.2 Wayar bekalan voltan terputus


b.3 Line bekalan voltan terputus
b.4 Suis ON/OFF rosak dan sebagainya

Peringatan :
Pastikan perkara diatas dalam keadaan baik dengan alatuji multimeter. Jika terdapat.
Kerosakan perlu baiki.

d) Jika didapati arus/voltan yang mengalir mencukupi tetapi radio tiada menghasilkan bunyi
, tindakan yang perlu anda lakukan ialah gunakan signal generator (1khz) sebagai
injector dan oscilloscope untuk melihat keadaan bentuk gelombang di loud speaker.
Lakukan seperti dalam gambarajah dibawah. Sekiranya litar audio Amp dalam keadan
baik ia sepatutnya dapat menghasilkan keluaran gelombang sin yang normal.

e) PENYAMBUNGAN UNTUK MENGUJI AUDIO YANG BAIK

Unit Tek. Elektronik KVBP 15 / 12


ETN 7013

e. Jika litar Audio Amp dalam keadaan tidak normal berlakunya :


e.1 Tiada keluaran
e.2 Keluarannya herotan dan gandaan kecil
Oleh kerana di dalam litar audio terdapat empat blok dan untuk mempastikan blok
yang mana mengalami dua kaedah ujian boleh dilakukan.

Kaedah Ujian Dinamik

Adalah satu cara untuk mengesan kerosakan dalam blok. Bagi mempastikan samada setiap blok
dalam keadaan baik atau sebaliknya. Untuk tujuan itu penggunaan Instrument Elektronik amat
bersesuaian seperti Audio Generator, RF Genrator dan Signal Generator dan Signal Generator &
Tracer. Ini adalah untuk membekalkan signal yang bersesuaian dengan fungsi blok radio sebagai
pengganti signal asal.

KAEDAH UJIAN DINAMIK

Unit Tek. Elektronik KVBP 16 / 12


ETN 7013

PERINGATAN :
1. Letakkan secara tetap Injector di Volume dan anjakkan Tracer di input dan output pada
setiap peringkat. Kaedah ini dipanggil Tracing Signal.

2. Atau boleh juga diletakkan secara tetap Tracer di output (speaker) dan anjakkan injector
di input dan output pada setiap peringkat. Kaedah ini dipanggil Injecting Signal.

CARA-CARA PENYAMBUNGAN MENGESAN KEROSAKAN

Unit Tek. Elektronik KVBP 17 / 12


ETN 7013

KAEDAH TRACING SIGNAL DIBAHAGIAN SPLITTE

1. Kaedah Tracing Signal dibahagian Splitter

Mengesan kerosakan dengan blok diagram iaitu bermula dari :-

1. Ada bunyi tone.

2. Tiada bunyi tone.

CARA-CARA PENYAMBUNGAN MENGESAN KEROSAKAN

Unit Tek. Elektronik KVBP 18 / 12


ETN 7013

Ujian Secara Statik.

Gunakan multimeter dan CRO untuk menyukat voltan atau arus di litar. Ada dua cara
penyukatan voltan yang mesti dilakukan :-

i) Uji voltan kemasukan dan laluan bekalan voltan di laluan negatif dan laluan positif,
sehingga setiap peringkat litar audio.

Uji voltan sambil melalui laluan bekalan positif. Bacaan voltan sepatutnya sama
Uji voltan mengikut laluan bekalan negatif. Bacaan voltan mestilah kosong, jika ada
bacaan yang ditunjukkan oleh jarum meter, ini menunjukkan ada berlakunya litar terbuka
di laluan negatif.

(ii) Menguji voltan pincang atau operating voltage pada transistor:

- Uji voltan di base dan ambil bacaannya.

- Uji voltan di emitter dan ambil bacaannya.

- Tolak nilai voltan bacaan di Base dan Emitter.

- Hasil tolakan mestilah lebih kurang sama dengan voltan pincang transistor.

Transisor jenis silicon = 0.3-0.7 v


Transistor jenis germinium = 0.1 – 0.4v

Jika bacaan voltan berlebihan dari kadar voltan transistor tersebut telah berlakunya litar
terbuka.
(i) Transistor telah rosak

(ii) Kebucoran pada transistor

(iii) Komponen yang berkaitan dengan litar transistor tersebut berkemungkinan telah
berlakunya litar terbuka.

Jika voltan berkurangan dari kadar voltan pincang kemungkinan berlakunya :-


(i) Litar pintas di transistor

(ii) Kebucoran pada transistor

Komponen yang berkaitan dengan litar transistor tersebut telah berlakunya litar terbuka atau
litar pintas.

Unit Tek. Elektronik KVBP 19 / 12


ETN 7013

Kerosakan diperingkat RF,IF dan Detector(Bahagian IF)

Teknik mengesan di bahagian RF adalah sama dengan teknik di bahagian AF.


Walaubagaimanapun penggunaan RF generator sangat diperlukan untuk mengganti Audio
Gen. Nilai ulangan AM yang biasa digunakan ialah 455khz,600khz,900khz,1000khz dan
1600khz. Ulangan FM pula ialah 10.7mhz,88mhz, 100mhz dan 108mhz.

Kaedah Injecting Signal

Rujuk rajah dibawah. Instrument yang digunakan masih lagi sama seperti di peringkat IF.
Bezanya ialah ulangan kemasukan di RF AMP melalui antenna adalah banyak tetapi keluaran
di bahagian Mixer adalah satu nilai ulangan sahaja iaitu 455khz atau FM 10.7mhz.

Apabila dibekalkan ullangan yang berkaitan yang berlaiana seperti 600khz, 1000khz dan
sebagainya di bahagian tunning hendaklah dilaraskan bagi menghasilkan keluaran ulangan di
mixer 455khz. Jika ada keluaran semasa berlainan ulangan dibekalkan ini bermakna local
oscillator berlaku biasanya ia tidak boleh menghasilkan keluaran di Mixer apabila selain
daripada 455khz yang dibekalkan.

Walaubagaimanapun sukar untuk menentukan komponen mana yang rosak kerana ia


menggunakan satu transistor yang berfungsi bagi keseluruhan peringkat Converter.

Unit Tek. Elektronik KVBP 20 / 12


ETN 7013

LITAR CONVERTER

Unit Tek. Elektronik KVBP 21 / 12


ETN 7013

CONTOH BORANG LAPORAN MENSERVIS RADIO.

NAMA:…………………………………………………………………..

KURSUS:………………………………………………………………..

SIMPTOM

BIL PEMERIKSAAN YANG DIBUAT PEMERHATIAN/ KESIMPULAN

Komponen yang rosak:………………………………………………………………

Jenis kerosakan komponen.:……………………………………………………..

Unit Tek. Elektronik KVBP 22 / 12


ETN 7013

Unit Tek. Elektronik KVBP 23 / 12

Anda mungkin juga menyukai