Anda di halaman 1dari 8

ETN 7013

KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG.
UNIT TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KERTAS PENERANGAN 4

KOD NAMA DAN


PROGRAM / ETN TEKNOLOGI ELEKTRONIK
PROGRAMME
CODE AND NAME
SEMESTER /
3 (DPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA)
SEMESTER
NO. DAN TAJUK
MODUL / MODULE ETN 7013 AUDIO VIDEO COMPLEX CIRCUIT 2
NO. AND TITTLE

NO. KOMPETENSI
DAN PERNYATAAN
/ KOMPETENCY K 4:TROUBLESHOOTING AUDIO VIDEO EQUIPMENT
NO. AND
STATEMENT

OBJEKTIF
4.1.1 Identify troubleshooting procedure according to the testing
PENCAPAIAN
requirements.
AKHIRAN
4.1.2 Perform troubleshooting technique according to the testing procedure.
/TERMINAL
4.1.3 Apply safety procedure according standard operating.
PERFORMANCE
OBJECTIVE

NAMA PELAJAR /
STUDENT NAME

NO. KAD
PENGENALAN / I.C.
NUMBER

KELAS / CLASS

Unit Tek. Elektronik KVBP 1 / 8


ETN 7013

Kertas Penerangan ini akan menerangkan tentang cara-cara menukar dan menguji komponen
yan dijangka rosak serta menggantikannya dalam alat terima Radio dan TV.

TEKNIK SOLDERING / MEMATERI


Langkah-langkah berikut perelu dipatuhi bagi menghasilkan soldeering yang baik.

a. Sediakan soldering iron, bersihkan mata, letakkan pada soldering stand dan panaskan.
b. Bersihkan permukaan PCB atau pada kaki komponen yang kotor dengan kertas pasir.
c. uji soldering iron dengan meletakkan sedikit lead pada hujung mata dan sekiranya cair,
soldering tersebut boleh digunakan.
d. Lakukan proses tining iaitu menyalut mata soldering iron dengan solder lead bertujuan untuk
membersihkan mata dan memudahkan soldering dilakukan terutama pada wayar dan kaki
komponen. Ia dilakukan dengan menyalutkan sedikit lead pada wayar / kaki komponen
sebelum disolderkan pada PCB.
e. Kemaskan komponen pada PCB.

SOLDERING PADA KAKI KOMPONEN


*Kemaskan komponen pada PCB dengan menggunakan long nose plier sebelum disolderkan.
*Panaskan PCB dan kaki komponen serentak dan letakkan lead sehingga cair. Pada masa ini
tarik lead ke atas dan solder ke arah atas secara serentak. Pastikan soldering yang dibuat tidak
terlalu banyak atau sedikit dan memenuhi permukaan kaki komponen. Rujuk rajah 1.

plier

Unit Tek. Elektronik KVBP 2 / 8


ETN 7013

PC board

solder

PC board Solder

solder
KESAN SOLDERING YANG TIDAK BAIK

1. Berlakunya intermittance ( keadaan dimana sesuatu litar semasa sejuk, bekerja dengan baik dan
semasa panas ia berhenti bekerja).
2. Berlakunya hick-up dimana komponen bekerja dengan tidak sempurna.
3. Merosakkan litar elektronik itu sendiri

BENTUK-BENTUK SOLDER YANG TIDAK BAIK

Dry solder
Ia disebabkan penggunaan soldering iron yang tidak cukup panas atau tip pada soldering iron terlalu
kotor atau penggunaan solder lead yang amat sedikit.

MENDAPATKAN SOLDERING YANG BAIK

1. Hujung tip pada solering iron hendaklah dibersihkan terlebih dahulu dengan melakukan proses
tining.
2. Bersihkan logam atau punca sambungan yang hendak disolder.
3. Gunakan soldeer lead yang cukup untuk mendapatkan lekatan ayang kuat.
4. Jika mengalami kesukaran dimana logam sukar melekat pada solder lead, gunakan flux dan
sapukan dipermukaan sambungan bukannya pada tip soldering iron.

Unit Tek. Elektronik KVBP 3 / 8


ETN 7013

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA KERJA SOLDERING

1. Keselamatan diri
2. Keselamatan peralatan
3. Keselamatan komponen

Keselamatan diri
i. pastikan soldering iron dalam keadaan baik dan selamat digunakan dengan cara ;
-kabel /wayar bersalut
-wayar hidup dan neutral tidak berkeadaan pintas dengan soldering iron.

ii. jangan bermain / bergurau semasa memegang soldering iron.


iii. Jangan cuba sentuh tip pada soldering iron yang sedang panas/solder lead yang
sedang cair.
iv. Selalu gunakan soldering iron stand.
v. Cuba elakkan dari menghidu bau asap solder lead.
vi. Elakkan dari terkena sisa bola lead panas yang jatuh dimana ia boleh merosakkan
pakaian dan mencederakan kulit.

Keselamatan peralatan
i. jangan jatuhkan soldering iron.
ii. Letakkan soldering iron ditempat yang selamat.
iii. Jangan letakkan soldering iron yang sedang panas berhampiran dengan aperalatan lain.

Keselamatan komponen
i. pastikan penggunaan soldering iron yang betul dari segi saiz watt dan bentuk tip.
ii. Gunakan heatsink seperti long nose atau twizzer untuk mengepit komponen yang
hendak disolderkan.
iii. Pastikan pemasangan komponen yang betul.
iv. Jangan solder komponen terlalu lama. Ini boleh menyebabkan kerosakan
pada komponen.
v. Bagi PCB jaluran kuprum yang halus, gunakan solder wick untuk elakkan kuprum pada PCB
terangkat atau putus.

Cara-cara pengujian komponen.

MENGUJI KOMPONEN PERINTANG DENGAN MULTIMETER

Menguji perintang tetap


1. Sekiranya nilai perintang tidak diketahui, gunakan julat paling tinggi sekali pada ohmmeter.
2. Sebelum menguji perintang tersebut, setkan jarum penunjuk pada 0 terlebih dahulu atau membuat
prosess zero ohm. Rujuk rajah 1.
3. Jika penunjuk menunjukkan angka yang terlalu kecil, tukarkan pada julat yang sesuai dan bacakan
nilai perintang tersebut.

Unit Tek. Elektronik KVBP 4 / 8


ETN 7013

4. Setiap kali menukarkan pemilihan julat/range selector dari 10K ke 1K atau x10 ohm ke x1, proses
zero ohm dilakukan terlebih dahulu.
5. Letakkan perintang yang hendak diuji diatas meja kayu atau getah. Jangan sekali-kali dipegang
dengan tangan kedua-dua punca perintang kerana badan manusia mempunyai rintangan dan
ada kemungkinan bacaan pada meter tidak selaras. Rujuk rajah 2.
6. Jika jarum meter tidak bergerak langsung, ini bererti perintang tersebut terputus atau rosak. Jika
jarum penunjuk bergerak ke 0, ini bererti perintang tidak mempunyai nilai rintangan dan telah
rosak.

1K 200 432 1K 200 432


1 0 1 0
 

 x10  x10
x100 x100
- + - +

Kawalan kosong
(pusingkan sehingga merah
jarum penunjuk
menunjukkan angka
‘0’
hitam

Rajah :1 Rajah : 2

Menguji perintang berubah


1. Letakkan range selector pada julat yang sesuai.
2. Letakkan salah satu punca meter ke punca perintang berubah yang ditengah dan salah satu
punca meter lagi letakkan pada punca tepi. Rujuk rajah 3.
3. Pusingkan kawalan shaft perintang tersebut kekiri dan kekanan. Sementara itu perhatikan jarum
penunjuk meter tersenut.
4. Jika jarum penunjuk bergerak kekiri dan kekanan semasa memusingkan kawalan atau shaft
perintang tersebut, ini bererti perintang ini boleh digunakan. Tetapi jika jarum penunjuk meter
tidak bergerak walaupun shaft dipusingkan, ini bererti perintang tersebut tidak boleh digunakan.

Unit Tek. Elektronik KVBP 5 / 8


ETN 7013

1K 200 432
 Jarum penunjuk bergerak kekiri dan
kekanan mengikut arah pusingan
perintang berubah
 x10
x100
- +

Pusingkan kawalan
kekiri dan kekanan
Rajah : 3

MENGUJI KOMPONEN KAPASITOR DENGAN MULTIMETER

Untuk menyukat kapasitor, hendaklah diletakkan pada unit yang sama sewaktu menyukat
perintang. Letakkan punca merah dan hitam kepada kedua punca kapasitor. Rujuk rajah 4.

* tidak perlu membuat proses zero ohm.

1K 200 432
1 0

 x10
x100
- +

Rajah : 4 Kapasitor tiada


kekutupan

Unit Tek. Elektronik KVBP 6 / 8


ETN 7013

Menguji kapasitor jenis elektrolitik / mempunyai kekutupan


Untuk menguji kapasitor elektrolitik, julat pemilih hendaklah keohm x10K. letakkan kedua-dua belah
punca kapasitor yang hendak diuji mengikut kekutupan yang berlawanan. Rujuk rajah 5. apabila
punca talian meter diletakkan pada kapasitor tersebut, perhatikan jarum penunjuk meter akan
bergerak ke 0, perhatikan jarum penunjuk tadi sehingga jarum tersebut perlahan-lahan kembali
ketempat asal. Rujuk rajah 6.

1K 200 432 1K 200 432 Kemudian jarum


Jarum penunjuk
penunjuk  
bergerak
bergerak ketempat asal
ke0
 x10  x10
x100 x100
- + - +

Rajah : 5 Rajah : 6

MENGUJI GELONG / COIL DENGAN MULTIMETER

Untuk menguji gelong, pusingkan range selector ke ohm x1 atau x10 dan letakkan kedua-dua
puncaa meter ( hitam dan merah) keatas kedua-dua hujung punca gelong tersebut. Rujuk rajah 7.
Apabila jarum penunjuk meter bergerak kesebelah kanan / angka 0, ini bererti gelong tersebut
dalam keadaan baik tetapi jika jarum penunjuk meter tidak bergerak langsung, gelong tersebut
didapati putus.

1K 200 432
1 0

 x10
x100
- +

Unit Tek. Elektronik KVBP 7 / 8


ETN 7013

MENGUJI ALATUBAH DENGAN MULTIMETER

Untuk menguji alatubah, ia sama juga dengan cara menguji gelong tetapi gelong terdiri daripada
satu gelongan dawai sahaja. Alatubah terdiri daripada 2 gelong dawai yang dipanggil lilitan
pertama/primer dan lilitan kedua/ sekunder. Rujuk rajah 8.

1K 200 432
1 0 Punca gelong
 utama

 x10
x100
- +
Punca
gelong
kedua
Rajah : 9 Rajah : 8

Untuk menguji alatubah, pusingkan range selector keangka x1 atau x10 dan letakkan kedua-dua
punca meter hitam dan merah keatas kedua-dua punca gelong pertama terlebih dahulu. Rujuk
rajah 9.
Dengan menguji gelong utama, dapat diketahui samada lilitan utama putus atau tidak. Jika jarum
penunjuk meter bergerak kesebelah kanan, ini bererti lilitan pertama tidak terputus dan maseh
dalam keadaan baik. Jika jarum penunjuk meter tidak bergerak langsung, lilitan pertama
mengalami kerosakan atau putus. Selepas menguji lilitan pertama, letakkan kedua-dua punca
meter tersebut kebahagian lilitan kedua. Jika jarum meter bergerak kekanan, lilitan kedua dalam
keadaan baik. Jika penunjuk meter tidak bergerak, lilitan kedua didapati rosak.

Untuk menguji alatubah, hendaklah menguji samada gelong utama mempunyai sambungan
ataupun tidak dengan lilitan kedua. Lilitan pertama dan lilitan kedua mestilah tidak bersambung.
Untuk menguji samada bersambung atau tidak, letakkan punca meter kegelong utama dan satu
lagi punca meter kegelong kedua. Apabila jarum penunjuk meter tidak bergerak, ini bermakna
lilitan pertama tidak bersambung dengan lilitan kedua dan alataubah dalam keadaan baik. Jika
jarum bergerak kekanan, lilitan pertama dan kedua telah bersambung dan alatubah telah rosak.

RUJUKAN :

1) Thomas Floyd (2003), Electronic Device, New York : Prentice Hall


2) Robert Boylested & Louis Nosbelsky (1992), Electronic Devices and Circuit Theory,
New York : Prentice Hall
3) MD. NASIR ABD.MANAN

Unit Tek. Elektronik KVBP 8 / 8

Anda mungkin juga menyukai