Anda di halaman 1dari 34

 Menyedari bahawa hubungan etnik tidak

hanya dipengaruhi oleh unsur etnik semata-


mata tetapi juga dipengaruhi oleh unsur-
unsur sosial yang lain.
 Mengetahui bahawa perspektif kesepaduan
sosial melihat masyarakat sebagai sebuah
entiti sosial yang memiliki keupayaan untuk
membentuk kesejahteraan dalam masyarakat.
 Memahami konsep akomodasi, akulturasi,
amalgamasi dan asimilasi yang membentuk
toleransi antara etnik ke arah menghasilkan
kesepaduan sosial dalam kehidupan seharian.
1.1 Sebuah Negara, Dua Imaginasi
Sosiologikal: Antara ‘Perpaduan’
atau ‘Kesepaduan’
1.2 Hubungan Etnik di Malaysia
 Urutan sejarah Malaysia selepas tamat Perang
Dunia Kedua 1945 sehingga kini
memaparkan 3 era penting berdasarkan pola
konflik, keamanan dan kestabilan dalam
masyarakat pada setiap era seperti dalam
Rajah 1.1 yang membandingkan keadaan di
Malaysia dengan di Sri Lanka.
 Pola hubungan etnik di Malaysia sejak tahun
1946 hingga kini memperlihatkan pola turun
naik dalam hubungan etnik, tetapi secara
amnya keadaan di Malaysia adalah aman
damai dengan hubungan etnik yang harmoni.
 Berbanding Sri Lanka, untuk tempoh yang sama
dari segi pola turun naik konflik dan keamanan,
Malaysia menikmati lebih banyak masa dalam
keadaan aman dan stabil.
 Pada tempoh tersebut, Sri Lanka menghadapi
konflik etnik berdarah selama lebih 20 tahun
yang mengorbankan sejumlah 150,000 nyawa
 Walaupun secara perbandingan Malaysia jauh
lebih aman, namun rakyat Malaysia telah
mengalami rasa serik hidup dan terpaksa segera
bersabar serta cintakan keamanan dan kestabilan
politik dengan mengambil bahagian aktif dalam
politik kepartian berteraskan sistem demokrasi
berpilihan raya.
 Berlaku konflik etnik antara etnik Cina
dengan Melayu hasil tindakan satu pasukan
anggota komunis bernama Bintang Tiga
selama 14 hari selepas tamat penaklukan
Jepun pada 16 Ogos 1945 kerana memburu
etnik Melayu yang pernah bersubahat dengan
Jepun sebagai Jookidam (polis Jepun).
 Konflik ini jarang disebut di Malaysia kerana
konflik etnik 13 Mei 1969 lebih diberi
perhatian besar-besaran.
 Ketidakstabilan dan keadaan tidak aman
berlanjutan apabila kerajaan kolonial British
isytihar Malayan Union sebagai kerajaan baharu
pada 1 April 1946.
 Tanggal 31 Januari 1948, setelah Malayan Union
dibubar maka wujudlah Persekutuan Tanah
Melayu melalui Perjanjian Persekutuan 1948.
 Rusuhan dan mogok pekerja-pekerja ladang
berlaku besar-besaran di Malaya. Bintang Tiga
sebagai dalang. Mereka membunuh 3 orang
pengurus ladang keturunan Eropah di Sungai
Siput pada 16 Ogos 1948. British isytihar Darurat
pada 23 Julai 1948 dan tamat pada 31 Julai 1960
 British berusaha meredakan ketegangan etnik
dan membina suatu badan perunding yang boleh
mengembalikan kesepaduan sosial dalam
kalangan 3 kelompok etnik di Malaya (Melayu,
Cina dan India) dengan menubuhkan
Communities Liaison Committee (CLC).
 Badan ini dianggap sebagai badan yang
bertanggungjawab meletakkan kerangka dan
sempadan perbincangan terbuka dari hati ke
hati antara etnik Melayu, Cina dan India.
 Idea dan konsep CLC dikatakan mengasaskan
perkongsian kuasa di Malaysia bermula dengan
wujud konsep Perikatan menggabungkan parti
politik Melayu, Cina dan India. Seterusnya
menjadi Barisan Nasional.
 Bermula dari sini wujud konsep serta kegiatan
tolak ansur etnik yang digunakan dalam analisis
politik Malaysia.
 Prinsip ini menjadi kerangka perundingan
pemimpin British dengan pemimpin etnik dan
ketua parti politik Malaysia sebelum merdeka
termasuk perundingan antara Tunku Abdul
Rahman Putera dengan Chin Peng (ketua PKM) di
Baling pada tahun 1955.
 Strategi perundingan etnik juga digunakan
semasa proses penggubalan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu melalui Jawatankuasa
Reid
 Semasa Malaya merdeka tanggal 31 Ogos 1957,
Malaya masih dalam suasana Darurat yang tamat
pada 31 Julai 1960. Perintah berkurung dari
pukul 6 petang hingga 6 pagi.
 Rakyat keluar menyambut kemerdekaan selepas
tamat perintah berkurung jam 6 pagi pada 31
Ogos dan pulang ke rumah berkurung kembali
jam 6 petang.
 Implikasinya, rakyat dan negara beroleh
kemerdekaan tetapi ternyata tanpa kebebasan
kerana Perang Dingin masih berlaku di dunia
termasuk di Malaya, maka peraturan Darurat dan
undang-undang berkaitan membataskan
kebebasan masih berkuatkuasa.
 Rumusannya, Era Konflik 1945-1960 di
Malaya merupakan era kritikal dari semua
aspek terutamanya dalam meletakkan asas
pembentukan sebuah negara malaysia iaitu
sistem pemerintahan, pengagihan kuasa,
sistem perundangan dan tadbir urus serta
penentuan hak-hak rakyat dalam sebuah
sistem demokrasi
 10 tahun selepas tamat Darurat, Perang Dingin
masih terus berlaku dan berakhir pada tahun
1989, iaitu selepas lebih 30 tahun Malaya
merdeka dan 26 tahun selepas terbentuk
Malaysia.
 Implikasinya, Malaya yang merdeka 1957 dengan
Malaysia terbentuk 1963, di samping perlu
menangani cabaran kesepaduan sosial yang mula
berkembang, terpaksa berhati-hati menghadapi
ancaman keganasan komunis yang masih
mengorbankan nyawa khususnya di Sarawak.
 Rusuhan antara etnik Melayu-Cina di Singapura
terjadi pada 21 Julai dan 3 September 1964,
ketika Singapura masih dalam Malaysia.
 Rusuhan ini diikuti dengan rusuhan lain yang
lebih besar di Kuala Lumpur, rusuhan etnik
Melayu-Cina pada 13 Mei 1969 dan di beberapa
tempat lain.
 Selepas 13 Mei, pelbagai usaha top-down untuk
mengembalikan kepercayaan umum mengenai
perlunya kesepaduan sosial telah dilaksanakan
seperti penubuhan Majlis Perundingan Rakyat,
Jabatan Perpaduan Negara, Rukun Negara dan
Dasar Ekonomi Baru.
 Jika pada akhir Era Konflik (1945-1960)
platfom kesepaduan nasional telah mula
dirangka dan diaplikasi biarpun belum teguh,
tetapi pada Era Stabil Tapi Tegang (1961-
1970) asas dan struktur rangka kesepaduan
sosial yang lebih mantap terbina akibat
trauma nasional selepas Peristiwa Berdarah
13 Mei 1969.
 Kesepaduan berlaku dalam suasana yang
umumnya stabil dan aman tetapi tersentak
tegang oleh kerana keganasan etnik.
 Lebih daripada 40 tahun berlalu selepas tragedi
rusuhan etnik 13 Mei 1969.
 Suasana aman, stabil dan harmoni, kecuali
selama 5 hari dari 4 – 8 Mac 2001, berlaku
rusuhan etnik Melayu-India di Kampung Medan,
Selangor, sebuah kawasan kediaman setinggan
kelas pekerja.
 Tragedi ini memperingatkan rakyat Malaysia
bahawa bukan faktor politik tetapi faktor
ekonomi seperti kesukaran hidup dan persaingan
untuk survival boleh mencetuskan pergeseran
etnik khususnya dalam kalangan anggota kelas
bawahan.
 Jelas bahawa selama 40 tahun selepas berlaku
tragedi 13 Mei, sebarang perbezaan sosial
sesama etnik mesti diselesaikan dengan aman.
 Kunci kesepaduan sosial Malaysia ialah
kematangan rakyatnya. Jika dulu selepas setiap
pilihan raya umum ramai merasa risau kerana
kemungkinan pihak yang kalah melepaskan
geram melalui tindakan rusuhan ganas, namun
semenjak Pilihan Raya Umum ke-4 pada 1974
(PRU4 1974) sehingga PRU13 2013, sebanyak 10
kali pilihan raya diadakan namun tidak wujud
sebarang kekacauan etnik yang ditimbulkan oleh
pihak yang kalah sehingga mencetus
pergaduhan. Hal ini termasuk pilihan raya kecil
yang diadakan berulang kali.
 Rumusannya, Era Kesepaduan Sosial (1971-
2011) adalah era ketika berlakunya pemantapan
interaksi antara masyarakat, negara dan pasaran
(M+N+P) telah disulam erat dengan positif
biarpun turun-naik berlaku akibat pengaruh dan
perkembangan global.
 Dalam era tersebut terbukti bahawa ekonomi
Malaysia mampu bertahan.
 Paksi utama kesepaduan sosial adalah
kemakmuran dan kestabilan ekonomi, seterusnya
mendukung keamanan dan kestabilan politik.
 Gabungan perkembangan ekonomi pesat dan
suasana politik stabil membolehkan Malaysia
bertahan dari aspek kesepaduan sosial sambil
terus mengidamkan perpaduan.
KAUM DESKRIPSI

Melayu Ciri-Ciri •Takrifan Melayu dalam Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan :


•Seorang yang menganuti agama Islam
•Lazim bercakap Bahasa Melayu
•Menurut adat istiadat Melayu
•Kaum majoriti mewakili 55% penduduk Malaysia
Agama •Mengamalkan agama Islam
•Institusi agama : masjid dan surau, jabatan agama Islam dan
Mahkamah Syariah
Budaya •Menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta
perayaan kebesaran Islam yang lain.
Cina Ciri-Ciri •Berhijrah ke Tanah Melayu bermula abad ke-15 hingga
pertengahan abad ke-20
•Dikelaskan berdasarkan penggunaan dialek bahasa tertentu;
Hokkien, Hakka, Kantonis dan lain-lain
•Mewakili 25% penduduk Malaysia
Agama •Lazim menganut agama Buddha dan Kristian
•Institusi agama: Tokong dan watt, persatuan-persatuan agama
Buddha
Budaya •Menyambut perayaan Wesak, Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei,
Hari Krismas dan Opera Cina
KAUM DESKRIPSI

India Ciri- •Berhijrah sewaktu penjajahan British dari Selatan India


Ciri •Dikelaskan berdasarkan kepada etnik tertentu;
Tamil,Telegu,Malayalee dan lain-lain
•Mewakili 7% penduduk Malaysia
Agama •Lazim menganut agama Hindu, Sikh , Kristian dan Islam
•Institusi agama bagi agama Hindu ialah kuil serta Hindu Sangam
dan bagi agama Sikh iaitu Gurdawa serta Majlis Gurdawa Malaysia
Budaya •Mengamalkan perayaan Deepavali, Thaipusam, Ponggal bagi yang
beragama Hindu serta Vaisakhi bagi yang beragama Sikh
Etnik Ciri- •Terdiri daripada beberapa etnik kecil seperti:
Sabah Ciri •Sarawak:Iban,Bidayuh,Orang Ulu;
dan •Sabah:Kadazandusun,Bajau,Murut
Sarawak •Mewakili 12% penduduk Malaysia
Agama •Lazim menganut agama Islam dan Kristian serta kepercayaan
animisme
Budaya •Meraikan perayaan dan kebudayaan mengikut etnik seperti Hari
Gawai dan Pesta Menuai atau Tadau Kaamatan dan juga perayaan-
perayaan keagamaan seperti Hari Raya Aildilfitri dan Hari Krismas
1. 4 Kesepaduan Sosial: Pandangan
Alternatif untuk Memahami
Hubungan Etnik di Malaysia
 Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di
Malaysia menggunakan paradigma konflik
sebagai alat analisis utama menganalisis dan
memahami permasalahan masyarakat.
 Kecenderungan untuk mendikotomikan
sesuatu isu yang berbangkit itu secara binari
atau pertentangan duaan – tua dan muda.
 Selalu mengandaikan masyarakat Malaysia
sentiasa berada dalam dikotomi dan bersaing
antara kelompok kumpulan.
 Cara pandang melalui paradigma konflik
merupakan warisan daripada pembentukan
ilmu kolonial yang bersifat esensialis.
 Penerapan paradigma terus kukuh apabila
berlakunya konflik sebenar khususnya dalam
era Perang Dingin.
 Cara pandang ini semakin kukuh dan popular
apabila meletusnya Peristiwa 13 Mei 1969.
 Paradigma alternatif adalah satu cara
pandang yang memberi tempat yang lebih
wajar kepada sisi positif dalam menganalisis
dan memahami hubungan etnik.
 Paradigma ini adalah satu cara pandang yang
memberi ruang dan kuasa kepada masyarakat
awam agar terlibat dalam proses pembinaan
perpaduan.
 Memberi pengiktirafan terhadap takrifan
harian oleh anggota masyarakat dan takrifan
harian dalam konteks hubungan etnik ialah
pelekat sosial yang menjadikan masyarakat
Malaysia yang majmuk.
ASIMILASI

AMALGAMASI

AKULTURASI

AKOMODASI
 Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur
akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan
asimilasi sentiasa berlaku di peringkat yang
berbeza sebagai mekanisme mengekalkan
toleransi etnik, penerimaan terhadap
perbezaan dan kesepaduan sosial yang wujud
hari ini
 Kesepaduan sosial boleh wujud dan
bercambah terutama jika terdapat usaha
sedar berpunca daripada tindakan authority-
defined dan top-down.
 Usaha bersifat pemantauan berlanjutan
melalui prosedur bertindak sebagai sistem
amaran awal mengawal konflik.
 Lebih tepat ungkapan ‘kesepaduan dalam
kepelbagaian’ bukan ‘perpaduan dalam
kepelbagaian’.

Anda mungkin juga menyukai