Anda di halaman 1dari 2

Gagak yang Haus

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang


dihormati guru-guru, barisan hakim dan
rakan-rakan sekalian. Pada hari ini, saya
akan bercerita tentang sebuah kisah
tauladan yang bertajuk “Gagak yang
Haus”.
Pada zaman dahulu, tinggal seekor
gagak di dalam sebuah hutan. Kawasan
tersebut telah mengalami musim
kemarau. Gagak berasa sangat haus. Ia
terbang ke sana dan ke sini untuk
mencari air. Namun, semua air di dalam
kolam, sungai dan tasik sudah kering.
Tiba-tiba, gagak terjumpa sebuah
takar yang berisi air. Malangnya, air di
dalam tembikar itu hanya separuh.
Gagak tidak dapat minum air tersebut
kerana paruhnya pendek. Mulut takar itu
pula kecil.
Gagak pun berfikir sebentar. Tidak
lama kemudian, gagak mendapat satu
idea. Gagak pun segera mengutip dan
mengumpul batu-batu yang ada
berhampirannya. Kemudian, gagak
mengisi batu-batu itu ke dalam takar
tersebut.
Lama-kelamaan, air di dalam takar itu
pun semakin banyak. Gagak berasa
sangat gembira kerana dapat minum air
itu sepuas-puasnya.
Kesimpulannya, pengajaran dari
cerita ini ialah, jika kita rajin berusaha,
pasti kita akan menemui kejayaan.
Sampai di sini sahaja cerita saya. Sekian,
terima kasih.