Anda di halaman 1dari 7

Laporan Amali 1: Mencari Pekali Geseran.

1.1 Tajuk
Mencari Pekali Geseran Statik

1.2 Tujuan
Untuk mengkaji hubungan di antara jenis permukaan landasan dengan pekali
geseran.

1.3 Hipotesis
Semakin licin jenis permukaan landasan, semakin kecil pekali geseran

1.4 Pembolehubah
a) Dimanipulasi: Jenis permukaan landasan
b) Bergerak balas: Pekali geseran
c) Dimalarkan: Jisim blok kayu (N)

1.5 Operasi secara definisi


Menentukan pekali geseran dengan mengambil sudut satah semasa objek mula
bergerak menuruni landasan

1.6 Peralatan / radas:


Blok kayu, pembaris, benang, jangka sudut, buku, pemberat, gunting, pita
pelekat, penimbang, plastik, polisterin, kertas aluminium

1.7 Teori
Daya geseran merupakan daya yang menentang pergerakan relatif dua
permukaan yang bersentuhan. Geseran tidak tergolong dalam kelompok daya
asas kerana daya geseran berlaku disebabkan oleh daya elektromagnet antara
zarah yang bercas yang membentuk permukaan yang bersentuhan (Cutnell &
Johnson, 2012).

Geseran statik pula adalah geseran antara dua objek yang tidak bergerak antara
satu sama lain. Sebagai contoh, geseran statik dapat mencegah sesuatu objek
daripada tergelincir ke bawah sesuatu permukaan. Apabila sesuatu objek dalam
keadaan pegun, geseran statik, F akan menyeimbangkan daya yang dikenakan.

Pekali geseran statik dikenali sebagai µs, kebiasaannya adalah lebih tinggi
berbanding pekali geseran kinetik, µ k (Chong, C. S.,1994). Hal ini bergantung
kepada sifat dua permukaan bersentuhan dan bebas daripada kawasan
permukaan yang bersentuhan.
Formula yang digunakan ialah:
Daya geseran statik, fs = µsN

1.8 Prosedur

1.8.1 Jisim blok kayu ditimbang dengan menggunakan penimbang


1.8.2 Polisterin digunakan sebagai permukaan landasan.
1.8.3 Jangka sudut dilekatkan pada tepi polisterin dengan menggunakan pita
pelekat.
1.8.4 Blok kayu diletakkan di atas permukaan polisterin yang diletakkan di atas
meja.
1.8.5 Kemudian, polisterin tersebut disendengkan sehingga blok kayu bergerak.
1.8.6 Bacaan sudut satah (a) semasa blok kayu mula bergerak direkodkan.
1.8.7 Langkah 5 hingga 7 diulang bagi mendapatkan purata sudut satah (a).
1.8.8 Purata sudut satah (a) diambil dan direkodkan.
1.8.9 Langkah 3 hingga 9 diulang dengan menggunakan jenis permukaan lain iaitu
plastik dan kertas aluminium.
1.8.10 Sudut (b) diukur dengan menggunakan formula 180 ⁰ - 90 ⁰ - a

1.9 Keputusan

Jadual 1

JENIS PERMUKAAN SUDUT SATAH/ a⁰ PURATA SUDUT SATAH


LANDASAN 1 2 3 /a⁰
PLASTIK 60 58 66 61.3
KERTAS ALUMINIUM 40 40 35 38.3
POLISTERIN 33 34 32 33.0

Jadual 2

JENIS PURATA BERAT SUDUT b = PEKALI


180⁰ - 90⁰ -
PERMUKAAN SUDUT OBJEK / N GESERAN =
(BLOK a⁰
LANDASAN SATAH / a⁰ KAYU) tan b⁰
PLASTIK 61.3 0.24 28.7 0.55
KERTAS 38.3 0.24 51.7 1.27
ALUMINIUM
POLISTERIN 33.0 0.24 57.0 1.54

2.0 Perbincangan

Geseran merupakan daya rintangan yang bertindak ke atas suatu badan di


mana daya ini cuba menahan atau melambatkan satu badan dari tergelincir di atas
permukaan bersentuhan. Melalui amali ini, geseran antara permukaan bersentuhan
berlaku di antara permukaan blok kayu dan jenis landasan yang berbeza. Terdapat
tiga jenis landasan berbeza yang digunakan dalam amali ini iaitu landasan jenis
polisterin, plastik dan kertas aluminium.

P
Blok
kayu F

landasan

mg

Rajah 1
Berat blok kayu = mg disebabkan graviti

Tindak balas normal N oleh permukaan lantai kepada blok kayu. Daya ini
bertindak secara normal pada permukaan.

Daya P untuk menolak blok kayu

Daya geseran F yang bertindak ke arah yang berlawanan dengan arah


gerakan yang akan dilakukan.

Sepanjang arah datar, blok kayu tidak akan bergerak jika daya P kurang
daripada daya geseran statik. Tetapi jika berlaku sebaliknya, barulah blok kayu
tersebut akan bergerak. Walaubagaimanapun, daya geseran bukanlah satu nilai
yang malar dan ia bergantung kepada keadaan sistem yang berkaitan. Geseran
lebih kecil sebelum blok tersebut bergerak tetapi nilainya tertinggi apabila blok itu
hampir bergerak. Pada takat ini, sebenarnya sudah terdapat suatu pertalian di
antara geseran maksimum Fm dengan tindak balas normal iaitu

Fm = µsN

Di mana µs dinamakan sebagai pekali geseran statik. Apabila blok kayu itu bergerak,
geseran akan berkurang. Pekali geseran statik ini bergantung kepada sifat dua
permukaan yang bersentuhan. Justeru, nilai µ s antara permukaan blok kayu dan
landasan boleh ditentukan secara perlahan-lahan dengan menyengetkan satu
hujung landasan sehinggalah blok kayu tersebut sudah mula untuk bergerak.

F
mg
θ

Rajah 2

Disebabkan amali ini berkaitan dengan satah condong, maka berat suatu
jasad boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu mg sin b ⁰ yang selari dengan
satah condong dan mg kos b⁰ yang tegak lurus pada satah condong tersebut. Oleh
sebab tiada berlaku gerakan pada arah yang tegak lurus pada satah, maka
komponen mg kos b⁰ sama nilai dengan tindak balas normal N. Pada arah yang
selari dengan satah condong, mg sin b⁰ dengan daya geseran F. Oleh itu, terdapat
dua persamaan yang boleh diperolehi iaitu

mg sin b⁰ = F

mg kos b⁰ = N

Apabila persamaan pertama dibahagikan dengan persamaan kedua, kita boleh


mendapati bahawa

F
tan b⁰ = = µs
N

Oleh yang demikian, pekali geseran yang diperoleh daripada ketiga-tiga jenis
landasan yang berbeza mendapati landasan plastik mempunyai nilai pekali geseran
yang kecil membuktikan bahawa ia mempunyai daya geseran yang kecil bagi
membolehkan blok kayu tersebut menggelongsor manakala landasan polisterin
mempunyai pekali geseran yang besar membuktikan ia mempunyai daya geseran
yang besar.

2.1 Kesimpulan

Landasan plastik mempunyai pekali geseran yang kecil berbanding landasan


polisterin dan kertas aluminium
2.2 Rujukan

Chong, C. S. (1994). Ilmu Mekanik 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chowdhurya , D.M. Nuruzzamana , A.H. Miaa , M.L. Rahamana. (2012). Friction

Coefficient of Different Material Pairs Under Different Normal Loads and


Sliding Velocities Vol. 34, No 1 18-23

Cutnell & Johnson. (2012). Physics. 9th Ed. Wiley. New York

Mohd Imran & Shukur. (2002). Mekanik Kejuruteraan : Statik - Teori, Contoh

Penyelesaian dan Masalah. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

P. Gant. (1981). Mekanik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


2.3 LAMPIRAN

Rajah 1: Memastikan radas disusun mengikut prosedur yang betul.

Rajah 2: Bacaan diambil apabila kayu blok mula bergerak

Anda mungkin juga menyukai