Anda di halaman 1dari 4

SKRIP SEMBANG@WWF PERINGKAT IPGKTI TAHUN 2019

NAMA : NURUL AMIRAH BINTI KARIM


TAJUK : REPLACING SINGLE USE PLASTICS WITH ALTERNATIVES

Slide 1 Assalammualaikum w.b.t, selamat sejahtera dan selamat petang.


Hi semua.
Nama saya Nurul Amirah Binti Karim.

Pada hari ini, saya ingin bersembang dengan anda mengenai satu topik yang
mungkin agak janggal bagi sesetengah daripada anda iatu Replacing Single
Use Plastics With Alternatives. Pertama sekali, anda tahu apa itu single use
plastics? Pasti ada yang berfikir bahawa single use plastics adalah plastics
yang tidak mempunyai pasangan. Maaf mengecewakan tapi yang tiada
pasangan itu ialah anda.

Anda pernah menggunakan straw? Ye benar straw plastic yang boleh


didapati di premis makanan itu. Adakah anda membasuh straw tersebut dan
menggunakannya semula? Saya amat pasti bahawa jawapannya adalah
tidak. Straw merupakan salah satu contoh single use plastics. Single use
plastics adalah plastic yang digunakan sekali sahaja dan kemudiannya
dibuang.

Slide 2 Cuba tengok gambar ini. Anda tahu ini filem apa?

3 Idiots.

This movie was a hit when I were in my secondary school years. It was and
is my favourite movie up until now.

Ingat babak ini di mana mereka mula mengetahui bahawa nama sebenar
Amir Khan bukanlah Rancho tapi Pungshuk Wangdu. Lihat air di belakang
itu yang biru, jernih dan pemandangan yang menenangkan. Selepas filem ini
ditayangkan, Ladakh menjadi tumpuan pelancong. Peningkatan bilangan
pengunjung sebanyak empat kali ganda berbanding sebelumnya.
Slide 3 Mengapa orang mengunjungi tempat ini? Ye benar, untuk mengambil
#OOTD. Selain itu, pastinya memuatnaik di laman social seperti Facebook,
Twitter dan Instagram bahawa mereka telah sampai ke set penggambaran 3
Idiots.
Slide 4 Namun, lihatlah kemusnahan yang telah dibawa ke tempat ini. Bayangkan
lagi 10 atau 20 tahun, anak kita melawat tempat tersebut. Mereka akan
mengambil gambar berlatar belakangkan air yang kotor tidak lagi jernih dan
juga plastik-plastik yang menggunung. Seorang penduduk asal Ladakh telah
ditemuramah dan beliau berkata, ‘jika dulu, kami boleh mencedook air dari
tasik tersebut mengunakan tangan dan diminum begitu sahaja. Namun,
sekarang, jangan kata untuk meminum air, tetapi untuk memasukan tangan
ke dalam tasik itu juga kami tidak berani.
Slide 5 Pasti ada yang berfikir, tetapi itu di Ladakh, India, tiada kaitan dengan kita
yang berada di Malaysia. Bukan saya yang buang sampah di sana.
Slide 6 Ayuh kita lihat gambar ini. Ini burung laut. Burung ini sangat kecil, comel dan
gebu. Sejuk mata memandang. Ayuh kita saksikan sedutan video pendek
mengenai burung ini.
Slide 7 (Video).
Slide 8 Apa yang ada di dalam perut burung laut tersebut? Straw, berus gigi, ink
cartridge, penutup botol dan benda-benda yang kita sering gunakan dalam
kehidupan seharian kita. Plastik yang berwarna warni dan terapung-apung
di permukaan lautan telah menarik minat burung ini untuk diberikan kepada
anak mereka. Plastik-plastik ini akan menghalang saluran pernafasan
burung tersebut. Lalu akhirnya burung ini jatuh sakit lalu mati kerana perut
mereka penuh tetapi oleh benda yang tidak akan terurai dan tiada nilai
nutrisi. Straw yang kita gunakan untuk mungkin 15 minit telah membunuh
burung ini secara perlahan-lahan. Kajian menunjukkan bahawa pada tahun
2050, dianggarkan 99% burung laut telah memakan plastik.
Slide 9 Lihatlah, ini yang berlaku akibat penggunaan plastik dan sistem
pembuangannya yang tidak diurus dengan betul.
Slide 10 Ayuh, mari kita gantikan pengunaan single use plastic ini dengan alternatif
yang lebih mesra alam. Saya menggunakan kata kunci ‘1S 3B’ untuk
alternatif ini.
Slide 11 Apa itu S? S membawa maksud straw. Jika sebelum ini, anda menggunakan
straw apabila anda ke premis makanan, selepas ini, cuba katakan ‘Saya
Taknak Straw’. Adakah anda akan mati jika tidak menggunakan straw yang
digunakan hanya untuk 15 minit?

Namun begitu, pasti ada yang merasa geli atau ragu-ragu untuk menyisip
minuman secara langsung. Jangan risau lagi, anda boleh mengunakan
stainless steel straw, bamboo straw atau silicone straw yang boleh dibasuh
dan digunakan berulang kali. Anda boleh pre-order stainless straw ini dengan
EVOLTI, Google Form akan diedarkan nanti.
Slide 12 Apa itu pula 3B? B yang pertama membawa maksud bag. Jika sebelum ini,
anda menggunakan beg plastik ketika membeli belah, selepas ini, bawalah
tote bag atau woven bag sendiri. Bag ini ringan dan boleh dilipat-lipat untuk
anda letakkan di dalam beg tangan atau poket anda.

Selain itu, jika anda membeli barang di dalam kuantiti yang sedikit, katakan
tidak, kepada beg plastik. Mungkin ada yang hanya membeli sebiji burger
atau satu tin nescafe dan diletakkan di dalam plastik. Selepas ini, katakan
tidak kepada plastik tersebut.
Slide 13 B yang kedua pula membawa maksud botol. Jika sebelum ini anda gemar
membeli air di dalam botol plastik, tetapi kini, gantikannya dengan
menggunakan botol sendiri yang boleh digunakan berulang kali.
Menggunakan reusable bottle ini juga dapat menjimatkan duit anda. Jika
sebelum ini, anda membelanjakan RM1 sehari untuk membeli air mineral di
dalam botol, dengan mengunakan reusable bottle, anda hanya perlu
membelanjakan dua puluh sen setiap hari untuk mengisi air anda.

Dengan cara ini, anda boleh jimat sebanyak RM292 setahun.


Slide 14 B yang ketiga dan juga terakhir ialah berbento. Apa itu berbento?

Berbento ialah menggunakan bekas makanan sendiri yang boleh diguna


semula untuk membungkus makanan. Terkadang kita sering ke kafe pada
waktu pagi dan membungkus makanan untuk dimakan pada waktu tengah
hari. Selalunya makanan ini dibungkus menggunakan apa? Ye benar, ianya
sering dibungkus menggunakan plastik. Apabila anda sudah terbiasa
mengamalkannya di IPG, selepas ini, jika keluar, bawalah bekas makanan
sendiri jika ingin bungkus. Yang mempunyai kereta, anda boleh menyimpan
satu bekas makanan di dalam kereta untuk digunakan pada waktu yang
berkenaan. #JomBerbento
Slide 15 Selepas ini, saya tidak berharap untuk anda terus membuang plastic dari
hidup anda kerana ia agak mustahil, tetapi kurangkanlah penggunaanya.

Bayangkan kita semua yang seramai 100 orang ini mula katakan tidak
kepada straw sekali seminggu, dalam setahun, kita berjaya mengurangkan
penggunaan straw sebanyak 5, 200.
Slide 16 Ingatlah, setitis perubahan daripada anda mampu membawa selaut kesan.

Anda mungkin juga menyukai