Anda di halaman 1dari 1

Definisi kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat
penerimaan. Seseorang murid yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar dengan baik biasanya
harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula
memahami maksud serta membuat tafsiran daripada apa yang didengar.

Mendengar melibatkan tiga perkara asas iaitu mendengar, memahami dan menilai. Mendengar
bermaksud memberikan perhatian pada perkara yang disampaikan oleh penutur. Memahami pula
bermaksud mengambil perkara yang telah kita dengari dan memahaminya dengan cara kita sendiri.
Menilai pula berlaku setelah kita memahami perkara yang disampaikan oleh penutur, kita mula
memikirkan sama ada kenyataan itu memberikan makna tertentu dan kita hanya dapat menerimanya
tanpa berfikir.

Konsep kemahiran mendengar

Mendengar merupakan kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia,
iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa penyerapan makna ayat dan ujaran seterusnya
dilakukan oleh otak untuk diproses. Sesetengah berpendapat bahawa mendengar merupakan aktiviti
seni yang merujuk kepada seni mendengar dan memahami perkara yang diperkatakan oleh penutur.
Konsep mendengar juga merujuk kepada aktiviti memberikan tumpuan kepada sesuatu yang sampai ke
telinga, memberikan tindak balas secara teratur dan memberikan gerak balas terhadap bunyi.

Konsep penting tentang pendengaran:

 merupakan gabungan daripada segala yang didengar, difaham dan diingat.

 berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.

 individu banyak mendengar melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya

 proses pendengaran dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan neurologi

 pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logic dan berkesan

 pendengaran berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan

 pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi

Anda mungkin juga menyukai