Anda di halaman 1dari 166

SistemDuitCepat.

com Pengurusan Kewangan

Sistem Duit Cepat


Edisi Pengurusan Kewangan
Hakcipta Terpelihara © 2015
SistemDuitCepat.com
Edisi Pertama Oktober 2015

Hakcipta Terpelihara. Tiada bahagian di dalam buku ini boleh di hasil semula, di simpan
di dalam simpanan awam, atau di sebarkan melalui apa-apa cara sekalipun sama ada
elektronik, mekanikal atau sebaliknya tanpa kebenaran penulis. Anda tidak dibenarkan
mengedarkan buku ini sebagai bonus atau untuk apa-apa sebab sekalipun tanpa
kebenaran penulis. Segala maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini adalah
tepat pada masa ia dihasilkan. Saya tidak dapat mengambil sebarang tanggung jawab atau
risiko jika berlaku sebarang kerugian atau kesan negatif akibat dari penggunaan buku
panduan ini.

1
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Kenyataan Penafian Pendapatan


Sementara segala usaha adalah diambil untuk memastikan ketepatan dan kebenaran segala
isi kandungan di dalam laman web ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada semua
maklumat, data, representasi, pernyataan, hyperlink dan dokumen-dokumen yang
terkandung), pihak-pihak yang terlibat dalam pembikinan laman web ini tidak membuat
sebarang waranti tentang ketepatan ataupun kesesuaian kandungan laman web ini untuk
sebarang tujuan, mahupun ketepatan ataupun kebolehpercayaan sumber-sumber dari
mana isi kandungan laman web ini didapati (sama ada sumber-sumber tersebut
disebutkan ataupun tidak). Pihak-pihak yang terlibat dalam pembikinan laman web ini
dengan jelasnya menolak tuntutan sebarang dan semua liabiliti yang bersangkutan dengan,
ataupun yang terbit daripada, penggunaan isi kandungan laman web ini.

SistemDuitCepat.com menyediakan E-Buku ini di atas dasar "as is" dan adalah
bertujuan untuk informasi umum sahaja. SistemDuitCepat.com tidak membuat
sebarang jenis representasi atau waranti tentang E-Buku ini ataupun kandungannya, dan
menolak tuntut sebarang jenis representasi atau waranti tersebut. Sementara usaha telah
diambil untuk memastikan ketepatan maklumat, SistemDuitCepat.com tidak membuat
sebarang jenis representasi atau waranti tentang ketepatan, kelengkapan atau kesesuaian
maklumat dan grafik yang berkenaan yang diterbitkan di dalam E-Buku ini untuk
sebarang tujuan. Maklumat yang terkandung dalam laman web ini juga mungkin
mengandungi kesilapan teknikal ataupun kesilapan typografi.

Segala liabiliti yang mungkin ditanggung oleh SistemDuitCepat.com (samada yang


terbit dari undang-undang kontrak, tort ataupun kecuaian negligence) untuk sebarang
kesilapan atau kesalahan adalah dengan jelasnya ditolak tuntut dengan sepenuhnya seperti
yang dibenarkan oleh undang-undang. Produk atau perkhidmatan yang disebutkan dalam
buku ini adalah tertakluk kepada keperluan undang-undang dan kawal selia dalam bidang
kuasa yang berkenaan sahaja dan mungkin tidak boleh diperolehi dalam bidang-bidang
kuasa yang lain.Contoh yang digunakan di dalam material-material di dalam buku ini tidak
boleh di andaikan sebagai bukti atau perjanjian atau jaminan pendapatan kepada anda.
Potensi pendapatan adalah bergantung sepenuhnya kepada bagaimana anda
menggunakan produk, idea dan juga usaha yang diletakkan. Ini bukan “skim cepat kaya.”

Kejayaan anda bergantung kepada masa yang anda habiskan, pengetahuan dan skil yang
anda ada untuk mencapai kejayaan. Oleh kerana factor ini berbeza antara satu individu
dengan yang lain, maka tiada jaminan yang saya dapat berikan kepada kejayaan anda.

2
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Sebarang jangkaan tentang pendapatan masa depan akan bergantung kepada pelbagai
faktor. Keputusan kejayaan mungkin berbeza antara satu individu dengan satu individu
yang lain. Tiada sebarang jaminan diberikan oleh SistemDuitCepat.com mengenai
pendapatan yang mungkin dapat lakukan.

Hakcipta, Tanda Niaga

Semua kandungan dalam E-Buku ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, reka
bentuk dan grafik adalah hakcipta terpelihara. Kebenaran adalah diberi untuk membuat
salinan elektronik dan salinan cetak jika untuk tujuan penggunaan peribadi. Penggunaan
bahan material dalam E-Buku ini untuk sebarang tujuan lain (termasuk reproduksi untuk
pihak yang selain daripada yang tersebut di atas dan sebarang pindaan, pengubahsuaian,
pengedaran atau penerbitan semula) tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu
daripada pihak SistemDuitCepat.com adalah betul-betul dilarang.

SistemDuitCepat.com dan pihak-pihak lain memiliki tanda niaga, logo dan get-up yang
dipamerkan di dalam laman web ini dan pengguna-pengguna adalah dilarang daripada
menggunakannya tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada
SistemDuitCepat.com dan pihak-pihak syarikat yang lain.

3
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Isi Kandungan
Pengenalan 5

Bab 1 : Matlamat Hidup 10

Bab 2 : Tiang Hidup 16

Bab 3 : Matlamat Melalui Mimpi 55

Bab 4 : Kestabilan Kewangan 59

Bab 5 : Pekerjaan Tetap 73

Bab 6 : Pendapatan Sampingan 79

Bab 7 : Pendapatan Melalui Internet 87

Bab 8 : Pelaburan Power 116

Bab 9 : Matlamat RM1 Juta 131

Bab 10 : Jana Otak Yang Genius 140

Bab 11 : Scenario Untuk Anda 159

Bab 12 : Penutup 165

4
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Pengenalan

5
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

E-Book Pengurusan Kewangan ini adalah bacaan tambahan selepas anda


membaca E-Book utama saya. Sila pastikan anda baca E-Book tersebut dahulu.

Hidup anda akan berubah selepas anda ini. Itu harapan saya setelah anda mula membaca
buku saya ini. Ini bukan dongengan atau hype semata-mata seperti yang anda pernah
dengar sebelum ini.

Ini mungkin berbunyi seperti cita-cita yang terlalu besar bagi setengah orang tetapi saya
percaya sepenuhnya dengan kenyataan di atas ini. Saya harap anda dapat betul-betul
memanfaatkan sepenuhnya dan membaca semua bahagian di dalam buku. Ada setengah
perkara yang saya ceritakan mungkin nampak remeh bagi setengah orang tetapi yakinlah,
jika ia penting, maka ia memang patut dimasukkan ke dalam buku ini. Contohnya, selepas
ini saya akan cerita panjang lebar mengenai kesihatan dan senaman. Mungkin, ada
setengah anda akan menggeleng kepala membaca bahawa rahsia untuk berjaya di dalam
hidup ini ialah menjaga kesihatan anda. Tetapi hakikatnya ia memang antara rahsianya.
Malah, saya boleh letakkan kesihatan antara kunci kepada kejayaan seseorang. Lebih
penting lagi dari mendapat projek juta-juta lagi. Kalau saya, saya bila-bila jam sanggup
lepaskan projek juta-juta semata-mata untuk menjaga kesihatan saya. Jangan risau, saya
akan terangkan jauh lebih panjang lebar mengenai isu kesihatan ini.

Langkah Pertama
Saya faham bahawa jika anda membeli e-book ini bermakna anda sudah terdesak dalam
hal kewangan anda dan mahu jalan yang cepat untuk keluar darinya. Saya ada
penyelesaian jangka pendek yang akan selesaikan masalah ini serta-merta.

Salah satu teknik yang anda akan baca dalam buku ini ialah fokus dan kosongkan minda
anda. Selagi anda dibelenggu masalah kewangan, sukar untuk mengosongkan minda anda
itu. Jadi, saya berikan satu formula hampir yakin mesti menjadi untuk hapuskan
masalah ini untuk sementara waktu sementara anda mencari penyelesaian jangka panjang.

Ikut betul-betul teknik yang saya cerita, jangan berfikir panjang mengenai teknik ini.
Gunakan sahaja langkah demi langkah dan Insyaallah anda akan lihat hasilnya.

Tetapi lagi sekali, baca dulu semua isi buku ini dari permulaan sehinggalah ke bab
tersebut. Kerana ia adalah penting untuk kewangan jangka panjang lama anda.

6
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Buku Ini Tebal & Terperinci


Buku ini adalah tebal dan terperinci tentang beberapa perkara tetapi tidak terlalu
terperinci dalam beberapa hal. Jika saya mahu terperinci dalam semua hal, maka buku ini
akan jauh lebih tebal lagi dan mungkin memenatkan ramai pembaca di luar sana. Jadi apa
yang saya lakukan ialah memberi link luar yang dapat memberi panduan yang lebih
terperinci lagi dengan lebih mendalam. Saya akan cuba menerangkan dalam kefahaman
saya secara ringkas tentang sesuatu teknik tetapi memberikan link-link yang dapat
menerangkan dengan lebih mendalam lagi tentang sesuatu topik. Contohnya, saya akan
terangkan nanti satu teknik yang dinamakan “mind mapping” yang anda perlu faham.
Saya dapat ceritakan dengan ringkas sahaja teknik ini di dalam buku ini kerana jika mahu
menerangkan betul-betul mungkin memerlukan saya menulis satu lagi buku yang sama
tebal dengan buku ini. Jadi, saya berikan beberapa link seperti link ke video Youtube, link
blog dan juga buku-buku di dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu yang anda
boleh beli untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi teknik mind mapping ini.

Walaupun tebal saya minta anda membaca keseluruhan buku ini dan jangan tinggalkan
apa-apa point yang saya juga ceritakan walaupun nampak remeh dan mungkin anda sudah
tahu atau pernah dengar sebelum ini kerana mungkin anda perlu dengarnya dari segi lain
yang saya ceritakan atau perlu peringatan lagi sekali daripada saya.

Bagaimana Buku Ini Di Tulis


Sama seperti membina rumah, pada mulanya saya akan menceritakan tentang tiang atau
rukun yang anda perlu dirikan. Dalam kehidupan ini ada banyak tiang yang anda perlu
dirikan dan stabilkan. Seperti membina rumah juga, tiang perlu ada rangka besi untuk
memperkuatkan seisi rumah, jadi dalam hal yang sama anda perlu faham penuh apa
rukun-rukun yang anda perlu perkuatkan untuk berjaya di dalam hidup ini dahulu
sebelum meneruskan perjalanan.

Setelah tiang kuat, saya akan mula cerita mengenai kestabilan kewangan dan ekonomi
keluarga anda. Ini akan saya ceritakan panjang lebar dan secara terpeinci hingga
perbelanjaan pasar anda pun saya akan sentuh satu persatu.

Kemudian, saya akan bercerita tentang kerjaya dan juga teknik-teknik menjana
pendapatan sampingan dan lain-lain.

7
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Kemudian saya akan ceritakan teknik-teknik bagaimana untuk menjadi kreatif dan
menghasilkan pemikiran genius untuk anda. Saya tidak mahu cerita panjang di sini, anda
perlu baca lagi tentang ini. Satu bab akan dikhaskan untuk ini sahaja.

Dan akhirnya nanti saya akan cuba berikan panduan ringkas untuk setiap scenario yang
mungkin anda semua hadapi.

Mengapa Saya Menulis Buku Ini


Mengimbas semula ke 10 tahun lepas, saya mungkin tidak percaya bahawa hidup saya
akan begini hari ini. Hari ini, saya mempunyai nilai aset keseluruhan (net worth) sebanyak
RM3.2 juta dalam bentuk cair seperti ASB, ASW2020, Public Mutual, emas dan silver dan
lain-lain. Juga dalam bentuk aset hartanah seperti rumah-rumah, condo-condo,
apartment-apartment dan lain-lain.

Hanya 10 tahun lepas saya masih teringat seolah-olah ia telah berlalu beberapa minit tadi.
Pihak bank menelefon saya dan mendesak untuk saya jelaskan baki pinjaman atau mereka
akan lelongkan rumah saya dan isytihar saya muflis. Semasa itu saya hidup kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang. Duit hanya cukup-cukup sahaja setiap bulan,
malah hutang cukup banyak sekali. Hutang kad kredit, hutang kereta dan hutang
bermacam lagi. Saya juga terpaksa menumpang rumah ibu bapa ketika itu dan kadang-
kadang meminta belas ihsan wang poket untuk sekadar makan tengah hari. Sungguh
memalukan tetapi itulah realitinya semasa itu.

Hari ini kehidupan saya jauh berbeza. Saya hidup cukup mewah sekali tanpa apa-apa
kerisauan tentang kewangan saya. Segala-galanya teratur, saya boleh beli atau lakukan apa-
apa sahaja yang saya mahu bila-bila jam. Dan yang paling ramai akan dengki ialah saya
tidak perlu bekerja lagi, boleh sekadar duduk di rumah sahaja KALAU mahu.

Bagaimanapun, saya capai segala ini bukan kerana mendapat kontrak kerajaan atau
berjaya dalam Forex atau menjumpa teknik rahsia yang menjadikan saya kaya sekelip
mata. Bukan, saya menjadi kaya secara perlahan dan senyap-senyap.

Tidak perlu sebenarnya, anda bertungkus-lumus mengambil risiko yang sky high tinggi
untuk menjadi kaya dalam masa beberapa bulan sebenarnya. Hanya dengan kesabaran,
jika anda tunggu sahaja dalam masa 10 tahun anda pasti akan menjadi kaya. Ini adalah
pasti untuk semua orang.

8
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Jadi, mengapa saya menulis semua ini dan menceritakan segala-galanya. Ramai akan
mengatakan kalau dah kaya, buat apa sekadar jual E-Book sahaja dan pening kepala
menjaga server, menguruskan jual beli, menjawab soalan dari orang ramai. Malah
kekadang pelanggan e-mail tengking-tengking dan macam-macam lagi.

Jawapannya ringkas, kerana saya sekarang sedang bosan dan memang seronok
menceritakan segala-galanya pun. Malah, sekarang macam menjadi misi saya untuk orang
lain juga copy paste dari pengalaman saya. Jadi, apa yang saya lakukan ialah sekadar hobi
sahaja. Dan saya terima pembayaran sedikit kerana hobi saya memang suka buat duit
walaupun tidak memerlukan duit tersebut tetapi saya suka the act of making money.
Mungkin anda fikir patut bagi buku ini percuma sahaja kepada orang ramai atau sekadar
menulis blog sahaja mengenai pengalaman saya. Pada pendapat saya, semua orang patut
berkorban dan membayar semata-mata untuk membetulkan kehidupan masing-masing.
Jika anda tidak dapat berikan komitmen sedikit sahaja pun untuk membeli E-Book yang
jauh lebih murah dari buku-buku yang dijual di MPH atau Borders bermakna anda
mungkin susah untuk memberikan komitmen kepada hal-hal lain di dalam hidup anda
yang jauh lebih besar lagi.

Sebelum, saya menulis lagi, saya ingin memberikan beberapa penghargaan kepada
mentor-mentor yang telah mengubah hidup saya. Salah satunya ialah Stephen R Covey.
Saya telah banyak kali dan berulang-ulang kali membaca bukunya 7 Habits Of Highly
Effective People. Banyak konsep yang diajarnya saya gunakan dalam hidup saya ini dan
juga saya selitkan di dalam buku ini. Saya juga mengkagumi Robert Kiyosaki. Buku nya
Rich Dad Poor Dad memang benar-benar telah mengubah hidup saya. Satu lagi buku
yang tersangat penting dalam hidup saya ialah The Millionaire Next Door: The
Surprising Secrets of America's Wealthy. Saya juga mendapat banyak tips dari buku
Getting Things Done oleh David Allen. Ada banyak lagi buku yang saya sudah baca
dan juga pergi seminar-seminar yang saya hadiri untuk membentuk hidup saya ini. Saya
akan ceritakan semua konsep-konsep mereka dan bagaimana saya telah praktikkannya di
dalam hidup saya di dalam buku ini. Jika anda mahu tahu dengan banyak lagi, saya
cadangkan anda juga membeli buku-buku di atas sebagai tambahan kepada buku saya ini.

Sekarang, selamat membaca dan selamat mengubah hidup anda.

9
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Matlamat Hidup

10
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Untuk lain orang, lain pengukur kejayaan seseorang. Ada setengah hanya mahu sekadar
cukup makan dan sekadar dapat jaga anak-anak pun cukuplah.

Bagi saya, saya mahu ada duit dan kesihatan diri supaya dapat lakukan apa yang saya
inginkan di dalam hidup ini. Tidak perlu risau mengenai pembayaran bil, tidak risau
makanan anak bini terjaga atau tidak. Tidak perlu risau pasal kesihatan kerana kalau apa-
apa terjadi saya boleh berjumpa dengan doktor pakar swasta atau ke luar negara
sekalipun.

Tetapi itu saya, saya ada matlamat apa yang saya ingin capai. Jadi, apa yang saya tulis di
dalam buku ini adalah berdasarkan matlamat yang saya sendiri tetapkan berdasarkan nilai-
nilai yang saya rasa penting untuk diri saya. Bagi anda, anda juga mungkin ada nilai-nilai
yang anda ingin jaga. Anda juga perlu mempunyai matlamat untuk mencapai nilai-nilai
yang anda ada ini. Saya tahu memang ramai yang tidak ada haluan di dalam hidup ini.
Sekadar hidup untuk hari ini sahaja dan tidak terfikir pun mengenai hari esok apatah lagi
masa depan jauh lagi. Saya tahu tentang ini kerana saya sendiri pun begitu juga dan masih
hingga ke hari ini kadang-kadang ada terasa begitu juga. Living for the day orang putih
kata. Tetapi apa yang berlaku saya akan lihat nilai-nilai yang saya tetapkan dan matlamat
yang saya ingin capai dalam hidup ini.

Baiklah, sebelum saya menetapkan matlamat hidup saya, saya akan menetapkan nilai-nilai
atau values yang saya tetapkan dalam hidup saya. Ini adalah nilai-nilai yang saya pegang
dan tidak akan langgar walau apa sekalipun untuk mencapai matlamat hidup saya. Penting
untuk anda mencari nilai-nilai hidup anda sendiri.

Bagaimanapun, sebagai pengukur untuk anda menetapkan nilai hidup anda, saya
senaraikan semua nilai-nilai yang penting bagi diri saya. Mula-mula senaraikan semua nilai
yang penting untuk diri anda. Contohnya, anda ada peluang untuk menjadi kaya.
Bagaimanapun cara ini melanggar kepercayaan agama anda. Jadi, bagi saya agama ini
adalah salah satu nilai yang penting untuk anda. Anda tidak akan melanggar nilai ini walau
apa sekalipun peluang itu besar atau tidak.

Begini, nilai-nilai yang saya pegang…

11
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

KESIHATAN AGAMA

KELUARGA UNDANG-UNDANG

IKHLAS NEGARA

HORMAT HARGA DIRI

Jadi, untuk memudahkan cerita. Ini nilai-nilai yang penting bagi diri saya dan anda juga
mungkin boleh gunakan ini sebagai pengukur apakah nilai-nilai yang penting bagi diri
anda sendiri.

1. KESIHATAN

Bagi saya ini nilai yang paling penting untuk hidup saya ini. Tanpa kesihatan dari segi
fizikal dan juga mental, saya mungkin tidak dapat lakukan yang lain-lain. Saya tidak dapat
sembahyang, tidak dapat makan, tidak dapat tidur dan tidak dapat melakukan apa-apa.
Saya tidak akan melakukan apa-apa yang mungkin menjejaskan kesihatan saya.
Contohnya, saya tidak akan mengambil apa-apa pekerjaan semata-mata untuk dapat duit
tetapi menggadaikan kesihatan saya.

12
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

2. AGAMA

Bagi saya ini tersangat penting kerana ia memberikan pedoman dan kestabilan di dalam
hidup ini. Mungkin ada pembaca di luar sana yang mempercayai bermacam-macam
agama, mungkin ada yang tidak mempercayai apa-apa agama pun. Nasihat saya cari
sesuatu yang spiritual supaya jiwa anda lebih tenang lagi. Bagi orang Islam seperti saya,
saya betul-betul memberikan keutamaan kepada ini supaya jiwa saya lebih bersih.
Contohnya, saya tidak akan melakukan apa-apa perniagaan/pekerjaan yang terang-terang
pada diri saya melanggar hukum syarak sebagai seorang Islam. Itu saya, mungkin jika
anda beragama selain dari Islam anda juga mungkin begitu, saya tidak tahu.

3. KELUARGA

Kehidupan keluarga adalah penting untuk saya. Ini termasuk isteri, anak-anak, ibu-bapa
dan lain-lain. Saya mungkin terpaksa melepaskan peluang untuk sesuatu
pekerjaan/perniagaan semata-mata memberi tumpuan lebih kepada keluarga saya.

4. KEWANGAN

Kestabilan kewangan pada saya membawa kepada kestabilan dalam hal lain. Misalannya,
jika kewangan saya stabil, saya tidak perlu terlalu risau mengenai kesihatan saya. Saya
mampu lakukan pemeriksaan kesihatan setiap 6 bulan tanpa risau. Saya boleh beli ubatan-
ubatan yang mahal. Saya juga boleh ada masa untuk bersenam dan beriadah. Dari segi
agama, saya boleh mengerjakan haji/umrah. Saya boleh luangkan lebih masa untuk ke
surau.

5. IKHLAS

Jujur, ikhlas dan beretika tinggi. Bagi diri saya, dalam apa-apa hal yang saya lakukan saya
selalunya lebih bertanggungjawab secara automatik. Contoh mudah, saya tidak suka
buang sampah merata-rata. Ia sudah seperti automatik dalam diri saya. Saya rasa saya
perlu bertanggungjawab dan tidak merosakkan alam sekitar ini buat orang lain dan buat
orang-orang yang akan datang. Dan jika saya jumpa dompet di tengah jalan, saya memang
akan berikan ke balai polis. Terdesak macam mana pun saya tidak akan mengambil isi
kandungannya. Ini adalah nilai yang saya cuba pupuk dalam setiap segi dalam hidup saya.
Dengan ini, jiwa saya lebih tenang dan tahu saya lakukan apa yang betul dan sepatutnya.

13
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

6. NEGARA

Di sini lah saya menghabiskan masa untuk saya dan diri keluarga saya. Jadi, apa-apa yang
penting untuk negara saya akan dahulukan. Contohnya, membayar cukai adalah penting
kerana ia dapat digunakan oleh kerajaan untuk membina jalan raya, membayar pembinaan
sekolah dan lain-lain. Ini penting dan akan memberi kesan kepada diri saya juga secara
terang.

7. MEMATUHI UNDANG-UNDANG

Saya memang seorang yang lurus dan mematuhi undang-undang to the letter. Kalau saya
memandu, saya akan bawa kereta mengikut had laju yang ditetapkan walaupun sudah
terlambat ke destinasi ke apa. Saya akan memakai tali pinggang kereta walaupun untuk
perjalanan yang dekat sahaja. Saya tidak pernah parkir di tempat yang tidak sepatutnya.
Saya lebih sanggup bayar parkir dan jalan jauh lagi. Dengan ini, jiwa saya akan lebih
tenang tidak perlu risau tentang sesuatu.

8. MENGHORMATI ORANG LAIN

Orang selalu berkata hormati orang tua. Pada saya, anda patut hormati semua orang tidak
kira pangkat, umur, bangsa atau agama. Apabila anda menghormati orang lain, secara
semulajadi orang lain juga akan menghormati anda nanti. Sebagai contohnya, saya ada
seorang jiran berbangsa India, saya menjemput dia datang ke jamuan yang saya buat, saya
tidak akan menghidang daging lembu pada jamuan tersebut. Ini sebagai menghormati dia
sebagai jiran saya.

9. HARGA DIRI

Saya tidak akan lakukan apa-apa yang merendahkan rasa harga diri saya. Contohnya, jika
saya tahu ada orang yang tidak jujur, mengambil rasuah dan saya tidak suka dengan orang
ini dan jika orang ini menawarkan pekerjaan dengan gaji yang cukup lumayan sekali, saya
akan menolaknya. Saya tidak akan menjual harga diri saya semata-mata untuk wang.

Sekarang tiba masa untuk anda melihat nilai-nilai yang penting untuk diri anda. Ia
mungkin berbeza dengan yang atas. Pastikan anda menulisnya dengan terang, bold dan
CAPITAL LETTERS. Kalau boleh print dan letak di ruang yang anda selalu lakukan
pekerjaan sebagai peringatan setiap hari.

Baiklah, sekarang anda sudah ada nilai-nilai yang anda berpegang untuk diri anda sendiri.
Sekarang, dalam satu ayat, tuliskan apa matlamat hidup anda.

14
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Berikut apa yang saya letakkan sebagai matlamat hidup saya berdasarkan nilai-nilai
penting yang saya telah tetapkan sebelum ini.

“Saya ingin menjadi seorang insan sihat yang berguna kepada


agama dan masyarakat, seorang ketua keluarga yang
bertanggungjawab dan mempunyai kestabilan kewangan seumur
hidup saya.”
Di atas saya mahu sihat tubuh badan dari segi fizikal dan mental. Saya juga ingin menjadi
insan yang berguna kerana saya ingin berkhidmat kepada masyarakat, mengajar dan
menyampaikan ilmu pengetahuan yang saya telah terima sepanjang umur saya setakat ini.
Saya juga ingin berkhidmat kepada agama saya dan juga kepada masyarakat sekeliling saya
tidak kira agama atau bangsa. Saya juga ingin menjadi seorang ketua keluarga dan juga
seorang ahli keluarga yang bertanggungjawab. Dan yang paling penting sekali, saya ingin
kestabilan kewangan untuk mencapai ke semua di atas.

Setelah, anda tahu segala nilai yang anda berpegang dan matlamat yang anda ingin capai,
kita terus melihat bab seterusnya yang akan menceritakan tiang-tiang di dalam diri anda
yang perlu diperkuatkan supaya mencapai matlamat hidup anda ini.

15
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Tiang Hidup

16
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Berikut adalah perkara-perkara yang saya sebut sebagai tiang untuk anda mencapai
matlamat hidup anda seperti yang telah kita bincang sebelum ini. Ke semua tiang yang
saya sebut ini sama pentingnya untuk anda lihat. Anda perlu faham sepenuhnya dan
mempunyai kemahiran yang tinggi untuk menguatkan tiang-tiang ini.

Saya telah jelaskan sedikit sebelum ini, bahawa anda perlu mendirikan tiang yang kukuh
dulu sebelum mendirikan rumah secara keseluruhannya. Seperti tiang rumah, ia perlu
rangka besi untuk menguatkan kestabilan tiang dan rumah seluruhnya. Jadi, anda perlu
lihat semua tiang-tiang hidup yang saya nyatakan secara terperinci di sini dan
menguatkannya.

Sebelum ini saya ada meminta anda untuk menentukan sendiri nilai hidup anda. Anda
sendiri sahaja tahu apa nilai hidup anda dan apakah matlamat hidup anda. Bagaimanapun,
untuk bab ini, anda perlu kuatkan tiang-tiang yang saya sebutkan di sini kerana tiang-tiang
ini penting untuk sesiapa pun.

1. KEBEBASAN MEMILIH SENDIRI

Di dalam buku “7 Habits Of Highly Effective People”, ini adalah tiang yang pertama
anda perlu dirikan iaitu sifat bebas untuk sendiri memilih masa depan tanpa perlu
bergantung kepada sesiapa. Anda perlu percaya kepada diri sendiri dan jangan
mempunyai sifat untuk menyalahkan orang lain jika anda tidak dapat lakukan apa-apa.
Anda sendiri yang perlu menentukan hidup anda sendiri, jangan biarkan orang lain
menentukannya untuk anda. Terlalu ramai dari kita yang perlu orang lain untuk memberi
lampu hijau untuk melakukan apa-apa. Kita terlalu mendengar kata orang lain apa yang
kita patut lakukan dari kita sendiri menentukan arah tuju kita sendiri. Dan Alhamdullillah,
di Malaysia negara demokrasi ini kita mempunyai kebebasan untuk menentukan araha
tuju hidup kita.

Kita selalu memberi alasan yang kita gagal adalah kerana keadaan luar seperti ekonomi,
undang-undang, keluarga dan lain-lain. Contohnya, “Aku patut berjaya dalam bisnes jual
burger tetapi kerana susah dapat permit pasal aku tak kenal orang, susah buat bisnes.
Orang politik sahaja boleh berjaya di Malaysia ini!” Ini adalah sifat yang anda perlu buang
mulai hari ini. Menyalahkan orang lain adalah sifat yang kita semua memang gemar
lakukan kerana kita tidak mahu mengambil tanggungjawab sebaliknya meletakkan
tanggungjawab untuk berjaya di tangan orang lain.

17
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Tetapi mungkin ada orang yang akan kata apa boleh buat, ekonomi tengah teruk, susah
cari makan sekarang. Tidak semestinya, dalam apa-apa keadaan, selalunya mesti ada jalan.
There is always a way around something.

Jadi, mulai hari ini anda perlu percaya diri, ambil tanggungjawab sendiri dan jangan
menyalahkan orang lain selepas ini dan Insyaallah jalan anda akan lebih terbuka lagi
selepas ini.

2. KESIHATAN DIRI

Saya telah sebut banyak kali mengenai tiang ini iaitu memberi keutaamaan kepada
kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Sesungguhnya, jika kesihatan anda terganggu
ia akan menjejaskan semua aspek dalam kehidupan anda. Jika anda seorang yang warak,
anda tidak dapat mengerjakan semua tanggungjawab keagamaan anda jika anda terlantar
atas katil sepanjang masa. Jika otak anda tidak waras, sukar untuk anda bersembahyang
dan lain-lain. Jika anda selalu sakit, anda tidak dapat bekerja atau berniaga mencari
pendapatan untuk anda dan keluarga. Ramai juga orang yang sudah kaya raya tetapi tidak
dapat menikmati kekayaan ini kerana asyik sakit keluar masuk hospital swasta. Apa
gunanya semua duit di dunia ini, kalau kita sakit dan tidak dapat menikmatinya? Ada
setengah orang yang kaya akan mengatakan, tidak apa, jika saya kaya, saya akan ada duit
untuk mengembalikan kesihatan saya seperti sediakala. Ini adalah tidak benar kerana duit
banyak mana sekalipun, ia tidaklah semudahnya menyembuhkan semua penyakit. Dalam
Bahasa Inggeris ada sebutan yang mengatakan “Prevention is better than cure.”
Bermakna lebih elok mengelakkan dari cuba menyembuhkan. Contohnya, jika anda sudah
dapat kencing manis, tidak kira berapa banyak duit yang anda ada, memang sengsara
sekali dan mungkin tidak akan sembuh sampai bila-bila dengan sebanyak mana duit yang
anda dapat. Mungkin, kestabilan kewangan dapat membantu, tetapi adalah lebih bagus
melakukan perkara-perkara yang tidak banyak memerlukan wang pun.

Ramai pembaca akan menganggap apa yang saya cerita sini remeh dan bukan apa yang
anda cari apabila membeli buku ini. Anda mahu kaya cepat, apa kena mengena dengan
menjaga kesihatan pula? Anda dah tahu semua ini, tidak perlu disuruh lagi!

Hakikatnya, semua orang perlu sentiasa diingatkan mengenai ini. Dan bagi saya, ini
bahagian yang paling penting di dalam buku ini. Tanpa kesihatan, sukar untuk anda
mengikuti yang seterusnya.

Dua perkara yang paling penting perlu dilakukan oleh semua orang ialah mengurangkan
berat badan ke BMI dan berhenti merokok jika anda merokok.

18
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Anda perlu mengembalikan berat badan anda ke berat BMI yang optimal. Berat badan
yang berlebihan adalah seolah-olah lemak yang melekat di badan yang tidak ada apa-apa
gunanya tetapi sekadar membebankan anda sahaja.

Sebelum saya meneruskan cerita, lupakan tentang semua ubat-ubatan herba ajaib atau
slim center di luar sana. Ia semua adalah mengarut bagi saya. Lagi elok anda sekadar
mengikuti langkah-langkah yang saya akan cerita selepas ini. Berikut adalah langkah-
langkah yang anda boleh lakukan hari ini :

LANGKAH 1

Timbang berat badan anda. Beli penimbang dan letak di tempat yang anda ada akses
setiap pagi. Ukur berat anda setiap Isnin pagi sebelum pergi kerja dan sebelum memakai
baju dan sebelum makan pagi. Ukur ketinggian anda. Dari sini anda boleh perolehi BMI
anda. Pergi sini http://www.nutriweb.org.my/index.php?bmi-calculator
If Your BMI is 18.5 to less than 25, your weight is desirable

Atas adalah BMI yang perlu anda dicapai. Anda perlu mengurangkan berat badan
sehingga mencapai di atas. Tiada alasan mengapa anda tidak boleh mencapainya TETAPI
ia TIDAK boleh dicapai dengan sekelip mata, ia perlu dilakukan secara sistematik dan
kecil-kecilan sehingga mencapai matlamat yang anda inginkan. Saya akan jelaskan
mengenai ini di langkah selepas ini.

LANGKAH 2

Pergi ke klinik dan lakukan pemeriksaan kesihatan penuh. Jika anda pergi ke klinik, anda
perlu membayar RM80 untuk dapat pemeriksaan kesihatan penuh. Cara yang lebih murah
ialah dengan pergi ke klinik kesihatan kerajaan untuk pemeriksaan tetapi ini mengambil
masa yang lama dan pelbagai kerenah. Saya cadang anda pergi sahaja ke klinik swasta dan
bayar sahaja RM80 untuk pemeriksaan kesihatan penuh. Dari sini anda boleh lihat tahap
kolestrol anda, periksa kencing manis, uric acid dan lain-lain. Anda juga perlu bertanya
kepada doktor samada anda boleh bersenam atau tidak selepas ini. Jika doktor
memberikan lampu hijau untuk anda bersenam, terus ke langkah seterusnya.

LANGKAH 3

Mulai hari ini, mula berjalan keliling kawasan perumahan anda atau mungkin di taman
selama 1 jam sebelum pergi kerja. Sebaik-baiknya sebelum pergi kerja kerana ramai
mungkin akan terlepas masa bersenam mereka jika tangguh ke petang selepas kerja. Anda
hanya perlu berjalan sahaja buat sebulan dulu. Lagipun, anda tidak mahu badan anda

19
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

terkejut kerana tiba-tiba berlari setelah lama tidak bersenam. Mungkin anda perlu bangun
awal sedikit dari biasa untuk senaman ini. Bawa kayu juga kerana kadang-kadang banyak
anjing liar yang boleh mengganggu.

Dengan berjalan dengan perlahan selama 1 jam, anda dijangka membakar 220 kalori
bergantung kepada berat badan anda.

http://www.prohealth.com/weightloss/tools/exercise/calculator1_2.cfm

Gunakan kalkulator di atas untuk melihat berapa kalori yang boleh dibakar. Saranan saya
ialah jangan lebih dari sejam bukan sahaja kerana masa yang terhad tetapi anda tidak
boleh “over exert” pada permulaan.

LANGKAH 4

Mula kurangkan gula, kurangkan minum kopi dan teh tarik. Selalunya kita suka makan
nasi lemak, roti canai dan lain-lain di waktu. Saranan saya sekarang ialah memakan roti
whole wheat dan peanut butter sahaja di pagi dan minum teh O atau Milo. Ini langkah
displin yang akan memulakan segala-galanya. Kemudian, anda perlu makan dalam kuantiti
yang lebih sedikit tetapi selalu. Misalannya, mungkin selepas ini anda perlu makan pagi
pukul 7 pagi, pukul 10 makan pagi ringan, kemudian makan tengah hari, kemudian
minum petang dalam pukul 4 dan akhirnya makan malam sebelum pukul 7 malam.
Mungkin, minum susu atau biskut cream crackers dalam pukul 9 malam. Dan jika anda
lapar sentiasa ada kacang gajus atau almond sebagai alas perut untuk menghilangkan rasa
lapar tersebut.

LANGKAH 5

Letakkan matlamat berat badan baru anda dengan mengira BMI menggunakan kalkulator
yang saya telah berikan sebelum ini.

Contohnya, jika ketinggian anda 172cm dan berat pula adalah 87kg, BMI anda adalah
29.4 iaitu dalam kategori overweight dan juga hampir kepada obesiti.

20
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Dengan ketinggian ini, anda patut capai berat badan sebanyak 73 kg untuk mencapai
normal weight anda. Jadi dalam contoh ini, menunjukkan anda perlu hilang 14 kg untuk
menjadi berat normal.

Berat normal ini adalah penting untuk menjauhi sakit jantung, kencing manis dan lain-
lain.

LANGKAH 6

BMR adalah jumlah kalori yang badan anda bakar setiap hari jika anda tidak lakukan apa-
apa pun seperti anda tidur sahaja sepanjang hari. Gunakan kalkulator seperti di bawah:

http://www.bmi-calculator.net/bmr-calculator/metric-bmr-calculator.php

Dalam contoh di atas, jika ketinggian anda 172 cm dan berat anda 87 kg dan umur pula
38 tahun, BMR anda ialah 1860.

Sekarang anda perlu darab dengan 1.2. Gunakan di bawah untuk lihat perlu darab berapa.

If you are sedentary (little or no exercise) = BMR x 1.2


If you are lightly active (light exercise/sports 1-3 days/week) = BMR x 1.375
If you are moderatetely active (moderate exercise/sports 3-5 days/week) = BMR x 1.55
If you are very active (hard exercise/sports 6-7 days a week) = BMR x 1.725
If you are extra active (very hard exercise/sports & physical job or 2x training) = BMR x 1.9

Anggapan yang dipakai ialah anda jarang-jarang melakukan apa-apa senaman. Jadi, daily
caloric need anda ialah 2,232. Ini adalah kalori yang badan anda guna sepanjang hari
jika anda tidak lakukan apa-apa senaman.

21
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

LANGKAH 7

Dengan langkah yang sebelum ini iaitu anda berjalan keliling taman perumahan selama 1
jam setiap hari, bermakna jumlah kalori yang anda bakar setiap hari sekarang adalah 2,232
+ 219.24 = 2,451.24 tiap-tiap hari.

Semakin lama anda melakukan senaman 1 jam sehari ini, jumlah kalori akan mula
terbakar dengan kadar yang lebih laju lagi.

LANGKAH 8

Hadkan kalori makanan sehari anda dalam 1,550 kalori sehari. Berikut adalah cara untuk
melakukan ini:

Makan pagi roti telur : 350 kalori

Makan tengah hari nasi separuh, kari ayam dan sayur : 500 kalori

Minum petang cucur udang : 200 kalori

Makan malam nasi separuh, kari ayam dan sayur: 500 kalori

Semua sekali 1550 kalori sahaja berdasarkan pelan pemakanan di atas.

Lihat kalori makanan yang saya dapat melalui Internet di bawah sebagai panduan…

22
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

23
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

24
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

25
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

26
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

27
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

28
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

29
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

30
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

31
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk


1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin


1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori

32
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori


9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera


1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori minuman

minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal


minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal

Nasihat saya ialah jangan diet melampau. Hanya kurangkan sedikit makanan sahaja.
Mungkin mengambil nasi separuh dan satu lauk dan satu sayur sahaja cukup.

33
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

LANGKAH 9

Jika anda makan 1,550 kalori sepanjang hari bermakna anda sudah ada defisit sebanyak
901.24 kalori sehari iaitu (2,451.24 – 1,550)

Jadi, dengan adanya defisit kalori sebanyak 901.24, berat yang hilang mesti di bahagi 3,500
dan di bahagi 2.2 pula. Dalam contoh ini: 901.24/3500/2.2 = 0.12 kg.

Jadi, berdasarkan di atas jika anda makan seperti yang di rancang dan melakukan senaman
ringan iaitu berjalan selama 1 jam sehari sahaja, anda boleh hilang 0.12 kg sehari.

Dalam sebulan anda boleh hilang 3.6 kg dan selepas 4 bulan, anda boleh hilang 14.4 kg!
Ini bermakna anda sudah boleh mencapai matlamat anda iaitu mengurangkan 14 kg
dalam masa 4 bulan dengan sekadar mengurangkan sedikit nasi dan berjalan selama 1 jam
tiap-tiap hari. Tidak perlu senaman yang teruk-teruk dan tidak perlu diet melampau.

Untuk contoh di atas dalam masa 4 bulan sahaja, orang ini akan berjaya mencapai BMI
sihat dia iaitu 73 kg.

Mengapa mengurangkan berat badan penting?

Selain dari untuk kesihatan anda secara keseluruhan (anda boleh hidup lama lagi!), ia juga
dapat memberikan anda keyakinan diri yang lebih tinggi lagi dan paling penting
memberikan anda tenaga yang lebih lagi apabila anda berjaya membuang semua lemak-
lemak yang berlebihan di badan anda. Cuba bayangkan sekarang jika anda sudah kurus,
tidak lagi boroi, lihat bagaimana keyakinan anda akan naik jauh lebih tinggi dari sekarang.
Jadi dengan keyakinan diri serta tenaga yang berbeza anda boleh tukarkan ini dengan
produktiviti serta kreativiti yang akan membawa rezeki yang lebih dari pelbagai segi
samada kerja ataupun perniagaan. Jangan anggap ini remeh, lakukan ia sekarang!

34
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

3. SPIRITUAL DIRI

Spiritual ini saya anggap dari segi keagamaan bagi orang Islam dan agama-agama lain dan
mungkin spiritual seperti yang lain seperti Tao, Confucius dan lain-lain. Saya tidak mahu
terlalu menyentuh isu ini kerana ia mungkin isu yang sensitif bagi setengah orang kerana
pembaca buku ini mungkin terdiri dari pelbagai agama. Cuma dari banyak kajian yang
telah dilakukan keagamaan/spiritualism memang ada hubung kait dengan kejayaan
individu dan juga komuniti. Pada saya, jika kita betul-betul mendalami kepercayaan
spiritual masing-masing, kita akan dapat membersihkan diri kita dan mengurangkan
kekusutan dalam hidup.

Jadi, satu tips yang saya sendiri pakai sebagai seorang Islam ialah apabila mengerjakan
sembahyang, saya akan cuba khusyuk sepenuhnya. Lupakan alam realiti buat beberapa
minit dan biar masa ini di isi antara kita dan Tuhan sepenuhnya. Jika anda dari agama lain,
anda juga boleh lakukan yang sama. Ramai orang menggunakan meditation supaya
mendapat keamanan dalam diri setiap hari. Jadi, saya sebagai orang Islam akan gunakan
waktu sembahyang ini untuk benar-benar khusyuk dan memisahkan diri dari alam realiti
dan selepas itu baru saya dapat memberikan perhatian penuh kepada dunia realiti seperti
kerja, perniagaan dan lain-lain.

4. FOKUS/TUMPUAN SEPENUHNYA

Baiklah, ini bahagian yang penting yang mempengaruhi banyak dari teknik-teknik yang
saya akan ceritakan di bab-bab hadapan dan juga tiang-tiang yang lain selepas ini. Ia
adalah konsep yang dinamakan prinsip Pareto. Undang-undang atau prinsip Pareto
mengatakan bahawa 80% dari semua kejadian adalah kerana 20% sebab. Dalam ertikata
lain 20% dari apa-apa yang sebenarnya akan mempengaruhi 80% kejadian lain. Jika sukar
difahami, saya berikan contoh berikut : hanya 20% dari usaha anda sebenarnya yang
menghasilkan 80% kekayaan atau pendapatan anda.

Nampak seperti tidak boleh percaya kan? Tetapi prinsip Pareto atau 80/20 rule ini
mempengaruhi setiap aspek manusia dan juga dunia mekanikal & fizik. Ini telah
dibuktikan dengan jelas oleh saintis. Berikut antara fakta-fakta dari 80/20 rule ini :

a. Hanya 20% dari populasi manusia memiliki 80% kekayaan dunia


b. Bagi setiap negara pula pun sama, 20% dari populasi memiliki 80% kekayaan negara
c. 80% keuntungan syarikat selalunya terhasil hanya dari 20% pelanggan
d. 80% keuntungan selalunya datang dari 20% masa yang digunakan
e. 80% keuntungan selalunya datang dari 20% sahaja pekerja dalam syarikat

35
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

f. 80% dari semua perbelanjaan terhasil dari 20% benda sahaja

Atas hanya contoh-contoh yang digunakan dalam dunia perniagaan, dalam dunia fizik
dan Internet pun Pareto banyak digunakan:

a. 20% dari bugs dalam perisian komputer yang selalu menyebabkan komputer crash
b. 20 peratus dari pemandu yang menyebabkan 80 peratus kemalangan
c. 20 peratus dari baju anda dipakai 80 peratus masa anda
d. 20 peratus dari enjin kereta digunakan untuk menggerakkan kereta

Jadi, apa pentingnya Pareto ini untuk hidup anda? Saya ringkaskan ke DUA isu penting
sahaja iaitu :

1. Selesaikan 20% dari apa yang menyebabkan 80% dari segala masalah anda?
2. Tumpu ke 20% yang membolehkan anda mencapai matlamat anda?

Sebagai contohnya, masa anda. Sebenarnya dalam sehari hanya 20% masa anda sahaja
yang benar-benar produktif dan yang anda gunakan untuk menghasilkan majoriti dari
hasil kerja anda. Lihat dari masa anda di pejabat atau dikerja dari jam 8 pagi ke 5 petang.
Dalam 10 jam anda bekerja mungkin 2 jam sahaja yang anda benar-benar produktif, lain-
lainnya banyak masa dibuang untuk pergi bilik air, duduk saja-saja masuk Internet, masuk
mesyuarat dan mendengar tanpa apa-apa hasil ataupun berborak-borak dengan rakan
kerja atau menelefon. Anda mungkin fikir 10 jam anda bekerja tu berharga tetapi
sebenarnya hanya 2 jam yang betul-betul memberi hasil kepada syarikat yang anda kerja.

36
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Satu teknik ialah mengisi 2 jam atau 20% masa anda ini dengan kerja-kerja yang paling
penting sekali iaitu masa yang anda paling produktif. Katalah anda perlu membuat
laporan yang perlu diberi kepada top management, ini mungkin memberi kesan kepada
kenaikan pangkat anda. Gunakan 2 jam masa anda yang paling produktif untuk siapkan
ini tanpa gangguan apa-apa. Masa yang selebihnya anda boleh sekadar pergi meeting atau
gunakan untuk berjumpa dengan orang kerana masa 80% ini sudah tidak berguna lagi.

Satu lagi contoh yang saya boleh berikan ialah tumpuan atau fokus anda pada sesuatu.
Ramai orang sekarang ini melakukan pelbagai perniagaan sampingan selain dari kerja. Ada
yang masuk MLM, menjual kuih dan macam-macam lagi. Pada saya lebih baik anda
tumpu betul-betul kepada 20% dari perniagaan sampingan yang akan benar-benar
memberikan 80% dari pendapatan bulanan anda dan selebihnya boleh dicuba-cuba
sahajalah. Pilih pendapatan sampingan yang paling mudah dan paling berkesan antara
semua pendapatan sampingan yang boleh dicuba.

Prinsip Pareto ini boleh digunakan dalam pelbagai aspek dalam kehidupan anda tetapi
antara kegunaan Pareto yang terpenting ialah anda perlu memberikan fokus kepada apa-
apa yang anda lakukan dan jangan lakukan terlalu banyak benda. Jika anda rasa pekerjaan
anda yang paling penting kerana ia adalah 80% dari punca kewangan anda, maka di
situlah anda patut beri tumpuan sepenuhnya!

5. HAPUSKAN CLUTTER

Apa itu clutter? Dalam Bahasa Melayu clutter ini adalah kecelaruan atau kekusutan.
Hapuskan kecelaruan dalam pelbagai segi iaitu masa anda, tempat anda bekerja, tempat
anda tinggal dan lain-lain. Konsep ini saya belajar dari buku “Getting Things Done” oleh
David Allen. Anda boleh Google mengenai konsep Getting Things Done ini. Ini adalah
konsep yang cukup besar sekarang dalam dunia IT dan perniagaan.

Secara ringkasnya anda perlu susun teratur segala benda dalam hidup anda termasuk
jadual, temujanji, masa-masa anda dan juga tempat kerja serta tempat tidur anda. Dalam
GTD, apa yang disarankan ialah membuang segalanya yang tidak perlu dan menyimpan
benda yang perlu di tempat yang lain tetapi merekodkan segalanya. Segala temujanji atau
tarikh-tarikh penting patut dimasukkan di dalam sistem yang boleh secara otomatik
mengingatkan anda seperti Google calendar atau lain-lain. Ini akan dapat mengosongkan
otak anda supaya anda dapat berikan fokus sepenuhnya kepada benda lain. Contoh
mudah ialah anda perlu bayar bil TNB sebelum 8hb dan bil tersebut ada atas meja terbiar
sahaja. Jika anda biar sahaja disitu, anda perlu sentiasa beringat yang anda perlu
membayar bil sebelum 8hb. Tetapi jika anda masukkan ini ke dalam Google Calendar dan

37
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

biarkan ia secara otomatik mengingatkan anda pada 7hb, anda dapat lupakan terus
mengenai ini di dalam otak anda. Bilnya pula disimpan di tempat yang tertutup supaya
tidak nampak mana-mana. Ini hanya satu sahaja. Bayangkan anda ada 10 bil yang perlu
dijelaskan dan 10 temujanji yang perlu diingat. Ini semua akan membebankan otak anda
dan juga menyebabkan kekusutan. Kekusutan ini yang akan menjejaskan produktiviti dan
kreativiti otak anda sebenarnya.

Bayangkan di atas dan bandingkan di bawah :

38
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Jika hidup anda terlalu banyak kecelaruan dalam pelbagai segi, dari kecelaruan meja kerja
anda, kecelaruan rumah anda, kecelaruan dalam kereta anda. Ini semua akan menjejaskan
minda anda untuk berfikir dengan lebih jelas kerana minda anda terlalu kusut memikirkan
banyak perkara. Contoh di bawah adalah contoh bagaimana anda boleh gunakan Google
Calendar untuk menguruskan hidup anda.

Atas hanya contoh di mana anda masukkan segala-galanya ie. kesemua hidup anda ke
dalam Google Calendar. Dari bil-bil yang perlu dibayar ke tarikh-tarikh penting dalam
hidup anda ke temujanji dengan kawan-kawan ataupun klien anda. Juga
peringatan/reminder tarikh dan masa anda perlu siapkan sesuatu kerja dan banyak lagi.
Masukkannya semua ke dalam Google Calendar dan lupakan terus segala-galanya. Anda
akan tidur dengan lebih nyenyak selepas ini dan boleh menghasilkan idea-idea baru
selepas ini.

39
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Dan jika anda ada smartphone seperti Blackberry dan Iphone anda boleh mengakses ini
semua pada bila-bila masa dan di mana-mana.

Baiklah, berikut secara ringkas langkah-langkah yang anda boleh lakukan. Jika anda mahu
teknik yang lebih terperinci dan lebih jelas, sila beli buku “Getting Things Done” oleh
David Allen. Saya boleh terangkan secara ringkas sahaja di sini, kalau saya nak tulis
kesemuanya mungkin satu E-Book tentang GTD ini sahaja yang boleh ceritakan segala-
galanya tetapi ini antara langkah mudah yang anda boleh lakukan sekarang…

1. Bersihkan rumah anda sekarang. Bersihkan bilik belajar, bilik tidur, bilik air dan
lain-lain. Kumpulkan segala yang penting dan buangkan semua benda yang tidak
ada sebarang fungsi.

2. Mana-mana yang buang itu, buang sahaja terus. Mana-mana yang simpan perlu
disimpan dalam kabinet supaya tidak nampak langsung tetapi anda perlu rekodkan
di mana anda simpan ini semua untuk dibuka semula di masa akan datang.

40
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

3. Jangan terlalu banyak perhiasan di dalam rumah anda. Seboleh-bolehnya biar


hidup anda dan hiasan dalaman anda minimalis buat masa ini sebagai langkah
pertama menghapus kekusutan.

4. Sekarang pergi ke meja belajar atau meja komputer iaitu tempat di mana anda
gunakan untuk membayar bil, membuat rancangan perbelanjaan, membaca e-mail,
melakukan panggilan, membuat rancangan perniagaan sampingan anda dan
segalanya. Buangkan kesemua barang di atas meja kecuali yang penting sahaja.
Contohnya, mungkin anda hanya perlu tempat pemegang pen dan letak pen dan
pensil sahaja di situ. Lain-lain buang sahaja.

5. Pastikan anda ada kabinet atau tempat penyimpan untuk simpan segala-galanya
dan rekodkan untuk di simpan ke dalam komputer.

6. Sekarang buka Google Calendar, dan ambil masa untuk masukkan segala temujanji
anda, tarikh-tarikh bil dan segala-galanya sehingga satu tahun pun takpe. Kad
bisnes pun mungkin di scan dan disimpan di dalam komputer sahaja. Buangkan
segala memo atau peringatan atas meja dan masukkan segala-galanya ke dalam
Google Calendar sahaja.

41
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

7. Jangan lupa letak reminder melalui e-mail supaya ia akan menghantar peringatan
dalam sehari, beberapa jam dan beberapa minit sebelum sebarang temujanji atau
tarikh yang penting.

8. Sekarang kosongkan komputer anda. Write-burn segala data penting ke dalam


CD-writer dan mula buang segala fail yang tidak penting. Juga clear semua
bookmark anda dan buang segala perisian yang tidak perlu. Komputer anda juga
perlu minimalis supaya ia boleh mula dengan lebih laju dan tidak terlalu lembab.

Baiklah, itu sahaja sebagai permulaan. Ada banyak lagi yang anda boleh lakukan untuk
menghapuskan terus segala kecelaruan dan kekusutan. Saya akan ceritakan lagi dalam
pelbagai segi lain selepas ini dari segi kewangan, segi imej dan lain-lain lagi.

6. PENGURUSAN MATLAMAT HIDUP

Sebelum ini saya ada menceritakan bagaimana pentingnya anda perlu menetapkan
matlamat hidup anda berdasarkan nilai-nilai yang anda telah tetapkan. Sekarang dalam
bahagian ini saya akan mendedahkan bagaimana untuk menetapkan matlamat jangka
pendek hingga ke matlamat jangka panjang.

Anda perlu menetapkan matlamat yang jelas. Contohnya, apabila anda keluar pergi ke
Tesco misalannya, anda perlu menetapkan matlamat yang jelas apa yang anda hendak
lakukan dan membeli. Cara terbaik best practice yang biasa dipakai ialah membuat senarai
barang yang hendak dibeli dengan jelas, kemudian apabila selesai mengambil barang ini
dari rak, anda perlu tanda tick pada senarai tersebut. Saya masih ingat 10 tahun lepas,
hidup saya tidak mempunyai sebarang arah, kadang-kadang saya keluar memandu pun
tidak tahu hendak ke mana, jadi saya pandu sahaja kereta sehingga dapat idea hendak ke
mana dan nak buat apa. Apabila saya ada matlamat jelas hendak lakukan apa baru saya
tidak membuang masa dan membuang minyak apabila keluar mana-mana.

Jadi, sama seperti contoh di atas, anda perlu menetapkan matlamat jangka panjang,
sederhana dan pendek dengan menggunakan top down approach atau dari atas ke bawah.

42
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Anda juga boleh menetapkan pelbagai jangka masa TETAPI yang penting adalah ia mesti
terang dan jelas. Sebagai contoh, berikut bagaimana saya menetapkan rancangan
matlamat saya :

1. Jangka Panjang – 20 tahun lagi bersara dengan selesa tanpa apa-apa kerisauan
2. Jangka Sederhana – 10 tahun lagi mempunyai pelbagai alur pendapatan RM40K
sebulan
3. Jangka Sederhana Pendek – 2 tahun lagi belajar, mengkaji dan mula pelaburan
dalam hartanah dan perniagaan
4. Jangka Pendek – keesokkan harinya menetapkan apa yang perlu dilakukan dalam
sehari.

Atas hanya contoh rambang yang saya terfikir, saya punya rancangan matlamat adalah
jauh lebih terperinci dari ini tetapi saya hanya berikan contoh mudah yang boleh diikuti
oleh semua anda seperti di atas.

Untuk mendapat idea bagaimana untuk menetapkan matlamat jangka panjang, anda perlu
seolah-olah bermimpi atau angan-angan jelas di siang hari. Angan-angan ini perlu jelas
sehingga seolah-olah anda percaya anda memang sudah menjadi pun seperti yang anda
angan-angankan. Anda perlu perhatikan setiap detail dalam angan-angan anda itu.
Perhatikan bagaimana terangnya rupa angan-angan anda itu. Contohnya, jika anda
berangan untuk memiliki rumah bangle besar satu hari nanti, mimpikan bagaimana
bentuk banglo anda, bagaimana rupa lantai dan dinding, perabot yang anda miliki dan
lain-lain lagi. Ia perlu jelas, sejelas-jelas seolah-olah ia memang sudah berlaku. Salah satu
buku atau teknik yang bagus ialah Law of Attraction yang saya telah belajar di dalam satu
seminar. Jika anda angan-angan dengan begitu jelas sekali, lambat-laun ia akan menjadi,
hanya tunggu masa sahaja.

Baiklah, ikuti beberapa tips lagi yang anda boleh pakai dalam menetapkan matlamat anda.

1. Tetapkan dari jangka panjang hingga ke bawah


2. Pastikan matlamat anda jelas
3. Pastikan matlamat anda terperinci
4. Pastikan menulis segala matlamat anda dengan jelas
5. Pastikan anda berkongsi matlamat anda dengan teman hidup anda dan
memastikan matlamat anda dengan dia in-sync!
6. Mulakan dengan membuat jadual harian keesokkan harinya sebelum anda tidur
secara terperinci dari jam sehingga ke minit. Ini juga dapat membantu anda
melupakan semua masalah dunia dan memudahkan anda tidur malam.

43
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

7. Jika anda ada Google Calendar, masukkan semua rancangan dan matlamat anda
sehingga bertahun-tahun lamanya supaya segalanya ditulis dengan jelas.
8. Saya ingin ingatkan sekali lagi, ia perlu JELAS dan TERPERINCI.
9. Seperti yang telah dibincangkan dalam bab sebelumnya, pastikan rancangan
matlamat anda tidak konflik dengan nilai-nilai hidup anda.
10. Dalam apa-apa yang anda lakukan pastikan anda mempunyai matlamat yang jelas.
Jangan keluar rumah dahulu sebelum anda ada matlamat jelas dan mengkaji
melalui Google Maps, mana anda ingin pergi. Jika anda ada mesin GPS, masukkan
kesemua koordinat supaya anda jelas mahu ke mana.
11. Ingat, rancangan matlamat anda ini boleh di tukar sedikit untuk membetulkan
destinasi seolah-olah juruterbang kapal terbang. Destinasi memang tetap iaitu ke
London, tetapi jalan itu boleh di tukar-tukar supaya lebih cepat sampai.

Sebenarnya, saya akan berbincang dengan jauh lebih panjang lagi mengenai rancangan
matlamat dalam ruangan mengenai rancangan kewangan di bab akan datang kerana
pada pendapat saya matlamat kita selalunya ada kena mengena dengan kewangan juga
akhirnya.

7. PERHUBUNGAN DENGAN ORANG LAIN

Pada pendapat saya manusia memang memerlukan orang lain dan tidak boleh lama hidup
bersendirian. Sebenarnya manusia masih boleh hidup sendirian tetapi tidak efektif dalam
hidup mereka pada pendapat saya. Orang yang paling penting adalah teman dalam hidup
kita. Ramai dari kita terutamanya orang lelaki menganggap apabila sudah berkahwin tidak
ada jalan lain mesti kekal bersama dan teman kita atau isteri kita perlu ikut segala
kemahuan kita tidak tentu sama ada dia suka atau tidak. Pada pendapat saya, perkahwinan
atau perhubungan dengan teman hidup kita perlu dijaga dan ditatang sentiasa. Saya
pernah pergi ke seminar “7 Habits of Highly Effective People” dan ada satu tips yang
bagus diberikan oleh Stephen Covey – percintaan sebenarnya bukan datang tiba-tiba
sahaja. Ia bukan sesuatu yang berlaku secara semulajadi seperti yang kita selalu lihat dalam
filem Hollywood atau dari novel cinta, sajak dan lain-lain. Percintaan adalah perbuataan
seseorang sebenarnya. Tiada sebab untuk anda tidak mencintai seseorang lagi, anda
sendiri yang menentukan anda mencintai seseorang itu atau tidak. Anda yang sebenarnya
membolehkan diri anda mencintai seseorang. Terlalu banyak perkahwinan hari ini yang
berakhir kerana alasan “I no longer love her/him.” Istilah ini sebenarnya tidak wujud dan
dicipta untuk menjadi jalan-jalan cerita zaman dahulu lebih romantik supaya penulisnya
lebih popular. Ingat ini bukan idea saya sendiri, saya belajar ini dari Stephen Covey tetapi
saya memang percaya dengan kenyataan dia.

44
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Juga hubungan anda dengan keluarga anda perlu di jaga. Hubungan anda dengan orang
sekeliling perlu dijaga juga. Pepatah melayu lama mengatakan lebih elok ramai kawan dari
musuh itu memang benar. Jangan mencari musuh, sentiasa mencari kawan.

Lagi satu teknik bagus yang saya gunakan ialah memberikan kemaafan kepada semua
orang yang anda kenal. Dalam pelbagai agama termasuk Islam, memang kita selalu
disarankan memaafkan orang lain. Salah satu perayaan paling besar dalam agama Islam
iaitu Hari Raya Aidilfitri meminta kita memaafkan semua yang lepas. Apa yang saya
lakukan ialah memaafkan semua orang yang telah melakukan benda yang tidak baik
kepada saya dan tidak mahu mencari pembalasan untuk apa-apa yang dilakukan pada
masa lepas. Tips ini cukup bagus sekali kerana ia boleh menghilangkan dari ingatan anda
tenaga negative dalam diri yang terkumpul. Anda perlu buangkan semua tenaga negatif
dalam diri anda ini. Lihat dari pandangan orang yang anda marah pula dan maafkan
mereka dan mulakan bab baru. Start from scratch… mulakan semua hidup anda dan
lupakan terus yang lepas.

Sebagai contohnya, saya pernah ditipu oleh seseorang yang saya percaya. Untuk
memulakan bab baru, saya menghantar nota melalui SMS dan memberitahu saya telah
melupakan segala yang lepas dan meminta supaya dia memaafkan saya juga atas apa-apa
kesalahan saya. Mungkin, saya tidak mahu berjumpa dia lagi kerana tidak mahu terkena
lagi tetapi saya sudah lupakan terus episod ini dalam hidup saya dan boleh digunakan
sebagai pengajaran sahaja di masa akan datang. Saya tidak meminta apa-apa pembalasan
untuk tindakannya. Ini berlainan sekali dengan mesej yang orang kita suka hantar orang
lain semoga dia mendapat pembalasan di akhirat kelak. Pada saya apa-apa yang dia
lakukan ialah antara dia dan Tuhan. Untuk saya, saya sudah maafkan dan tutup buku
tidak mahu ingat lagi.

Saya masukkan juga sekali konsep kewangan ke dalam isu ini. Apa-apa duit yang hilang
lepas tu anggap sudah tiada dan tidak perlu disesalkan sedikit pun atau ingat-ingat.
Misalannya, saya ada seorang kawan yang telah melabur sebanyak RM150,000 ke Swiss
Cash. Sampai ke hari ini, dia asyik memaki-maki orang yang mempromosi dan
memperkenalkan skim tersebut kepada dia. Dia juga menyesal tidak sudah-sudah dan
menyalahkan Swisscash sebagai penyebab mengapa dia miskin hingga ke hari ini. Saya
selalu dengar dia menyebut bahawa kalau duit tersebut tinggal sahaja dalam ASB sudah
bernilai RM500,000 hari ini. Jika dia lupakan terus hal tersebut dan mulakan bab baru
adalah jauh lebih baik. Buangkan semua dendam kepada Swisscash, kepada promoter
utama, kepada kawan yang memperkenalkannya, kepada kerajaan kerana tidak memantau
awal skim tersebut. Saya masih ingat semasa dia ada RM100,000 saya tidak mempunyai

45
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

apa-apa pun, tetapi jumlah harta saya hari ini jauh lebih banyak darinya kerana saya tidak
teringat-ingat atau berdendam kepada sesiapapun. Saya mula dari ZERO, segala yang
lepas saya telah tekan butang DELETE!

Tekan butang DELETE sekarang.

Dan untuk menambah lagi, dalam isu perhubungan dan berkawan ini, adalah lebih baik
anda juga mendekatkan diri dengan orang yang lebih berjaya atau berjaya seperti anda.
Jangan terlalu berkawan dengan golongan yang negatif kerana sikap negatif adalah seperti
virus ia boleh hinggap kepada anda jika anda mendengarnya siang malam. Cari kawan-
kawan yang positif dan bersemangat untuk memajukan diri supaya anda sendiri akan
bersemangat juga. Berkongsi berita-berita baik dan positif sahaja dengan kawan-kawan
anda. Jika ada ahli keluarga anda cuba bercakap isu-isu yang negatif alihkan perbualan
kepada isu-isu lain seperti cuaca, makanan dan lain-lain.

Lagi satu tips yang saya ingin nyatakan di sini ialah mengenai pandangan politik. Ini
mungkin satu isu yang sensitif bagi setengah pihak tetapi saya ingin nyatakan pandangan
saya sahaja. Saya sering melihat dan mendengar pandangan dari kawan-kawan, ahli
keluarga tentang isu-isu negatif seperti kerajaan buat itu, kerajaan buat ini, ahli politik
makan rasuah dan bermacam-macam. Apabila pandangan negatif semakin banyak, ia
bertukar menjadi kebencian yang amat mendalam. Pada saya tiada gunanya menambah
kebencian dalam diri anda. Ia seperti tenaga negatif yang memakan diri anda sedikit demi
sedikit. Apa yang anda dapat lakukan pun kerana ia semua diluar kawalan kita. Samada

46
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

betul atau tidak, saya mengambil pendirian diam sahaja atau tidak endahkan sahaja mana-
mana pihak memaki sesiapapun. Saya hanya membaca sedikit, mendengar sedikit dan
setiap 5 tahun saya akan berikan pendapat dalam peti undi. Banyak orang saya lihat suka
menjadikan topik politik ini sebagai perbincangan utama dan maki memaki seperti hobi
sahaja. Ia akan memakan diri anda nanti sedikit demi sedikit.

8. BETULKAN HIDUP ANDA

Ini nasihat yang saya sering dapat dari kawan-kawan dan keluarga. Ini juga nasihat yang
saya selalu berikan kepada kawan-kawan lain pula. Kalau boleh jangan lakukan apa-apa
yang menyalahi undang-undang, yang tidak beretika atau apa-apa yang menyebabkan
anda rasa bersalah. Jika tidak perkara-perkara ini akan membenam di dalam jiwa anda dan
sentiasa berlegar di dalam otak anda. Ingat sebelum ini saya kata, anda perlu
mengosongkan otak dan jiwa dari benda-benda yang membebankan. Ini salah satu yang
tersangat penting. Kadang-kadang benda-benda yang tidak betul ini akan berbawa-bawa
masuk ke dalam alam mimpi anda juga.

Sebaiknya, hentikan serta-merta semua perkara yang tidak betul dan merisaukan hati anda
itu. Contohnya, jika anda ada hubungan sulit dengan sesiapa, putuskan serta merta atau
mengaku sahaja kepada teman hidup anda, sesungguhnya selepas itu anda akan berasa
aman damai.

Saya akan cerita nanti dengan lebih lanjut mengapa penting untuk mengosongkan minda
anda dalam bab selepas ini. Tetapi secara ringkasnya anda perlukan minda yang kosong
untuk memberikan fokus kepada perkara-perkara lain dan juga supaya otak anda senang
membuahkan idea dan kreativiti.

Jadi, ingat… don’t fake it!

9. MENCARI NICHE DIRI ANDA

Selepas anda mengosongkan minda anda, tiba masa untuk masuk ke otak kreatif anda dan
mencari kelebihan diri anda. Setiap orang ada kelebihan dalam diri masing-masing.
Malangnya, di dunia ini kita sering termasuk dan terpaksa melakukan kerja-kerja yang
tidak menggunakan kelebihan diri kita. Mungkin tekanan dari keluarga, dari masyarakat
dan dari kawan-kawan yang mempengaruhi kita dari melakukan kerja yang benar-benar
menggunakan kelebihan diri kita berbanding dengan orang lain.

Contohnya, saya ada seorang kawan yang dahulu mendapat 8A1 dalam SPM. Minat dia
sebenarnya adalah memasak. Sebagai seorang lelaki ini dikatakan pekerjaan yang tidak

47
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

sesuai bagi dirinya, lagipun semua orang kata dia pandai jadi dia sepatutnya menggunakan
sepenuhnya kepandaiannya. Akhirnya dia dipaksa atau dipengaruhi untuk mengambil
bidang perubatan. Dia lakukan tetapi bukan dengan penuh semangat dan akhirnya
hasilnya bukan memuaskan juga. Sehingga hari ini, dia masih menyesal.

Semua orang ada kelebihan. Lebih elok anda gunakan kelebihan diri anda sendiri dari
mengikuti “the crowd” yang mahukan anda atau merasakan anda sepatutnya lakukan itu
dan ini.

10. KEWANGAN

Saya akan bercerita dalam satu bab mengenai isu kewangan ini. Bagaimanapun, saya sebut
di sini sekadar untuk mengatakan bahawa kewangan merupakan antara tiang yang paling
penting dalam hidup saya dan anda. Tanpa kewangan yang kukuh lain-lain boleh
tumbang. Ramai orang kata miskin tidak apa yang penting beriman dan merendah diri itu
penting. Tetapi kemiskinan dan ketidakstabilan kewangan adalah salah satu penyakit yang
boleh merosakkan segala-galanya. Manusia ini bila sudah terdesak dan tidak ada duit
sanggup melakukan apa-apa sehingga boleh melupakan Tuhan terus. Saya ada
pengalaman sendiri, saya ada seorang kawan yang semasa sekolah asrama dulu kami
panggil warak dan sampai ke hari ini pun sama. Satu hari kerana terlalu terdesak duit dia
meminta untuk meminjam dari saya dalam RM2,000. Tetapi sejak itu dia terus
menghilangkan diri. Saya sudah lama memaafkan dia, bagi saya RM2,000 itu takde apa-
apa kalau dapat membantu dia. Tetapi ia memberi pengajaran kepada saya bahawa
manusia tak kira agama apa sekalipun apabila sudah terdesak kewangan dia akan lakukan
apa sahaja.

Ada satu kajian yang mengatakan bahawa duit ini boleh menyebabkan orang gila atau
lupa daratan. Ada satu kisah yang berlaku di Amerika Syarikat di mana seorang lelaki yang
baik dan lurus telah terserempak dengan duit yang jatuh dari kereta besi. Sebaik dia
melihat duit ini, dia sudah lupa segala-galanya. Malah hidupnya yang sebelum itu cukup
teratur dan aman menjadi tunggang terbalik. Apabila dia ditangkap dan dihadapkan ke
makhamah, dia didapati tidak bersalah kerana sakit jiwa. Duit boleh menyebabkan orang
menjadi gila sebenarnya!

Saya tahu ada banyak lagi tiang-tiang yang nampak lebih penting seperti kesihatan,
agama/spiritual, keluarga/kawan, tetapi kewangan ini setidak-tidaknya sama penting atau
mungkin lebih penting lagi kerana ia juga akan mempengaruhi tiang-tiang yang lain.

48
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Jadi, jika ada sesiapa mengatakan bahawa duit itu tidak penting, mungkin dia belum
cukup matang dan berpengalaman di dunia ini. Satu hari nanti dia akan teruji dan
mungkin akan menyesal. Lebih baik mengaku terus terang dalam jiwa anda sekarang yang
kewangan itu penting sekali dalam hidup anda. Sebutkan kuat-kuat sekarang dan jangan
lagi berlagak sebaliknya dalam apa-apa perlakuan anda selepas ini.

11. ILMU ITU PENTING

Anda tidak boleh berhenti menuntut ilmu. Pembelajaran tidak terhenti setakat habis
sekolah atau habis universiti sahaja. Ia perlu berterusan dan sampai bila-bila. Ilmu yang
perlu dituntut mesti dalam pelbagai bidang – IT komputer, kewangan, ilmu kesihatan
bahkan ilmu agama perlu berterusan. Adalah tidak benar kenyataan, old dogs are hard to
train. Sesiapa pun tidak kira umur masih lagi boleh terus belajar. Ilmu penting supaya
anda mengetahui banyak benda dalam dunia ini tidak semestinya berkenaan dengan
pekerjaan anda sahaja. Bagaimana untuk terus mempelajari ilmu? Buku dan di zaman ini
melalui Internet. Berikut beberapa tips yang anda boleh ikuti :

1. Pastikan anda ada Internet broadband dan supaya dapat mengakses Youtube. Sini
anda boleh belajar macam-macam. Saya sendiri banyak belajar memasak dengan hanya
menonton Youtube sahaja.

2. Bookmark semua halaman web yang menarik untuk dibaca masa lapang anda sebagai
menambah pengetahuan.

3. Pergi ke kedai-kedai buku dan baca sahaja majalah/buku secara percuma. Banyak
yang boleh dipelajari di sana.

4. Ambil kursus. Misalannya anda lemah Bahasa Inggeris. Ambil kursus bagi
memperkuatkan kembali Bahasa anda.

5. Sambung belajar waktu malam dan hujung minggu secara sambilan.

6. Gunakan teknik-teknik mengupas genius/kreativiti yang saya akan ajar nanti.

7. Belajar dengan kawan-kawan atau bertanya orang. Kadang-kadang pakar-pakar dalam


sesuatu bidang suka mengajar/bercerita tentang kepakaran mereka secara percuma
sahaja.

49
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

8. Beli buku dan E-Book untuk mempelajari ilmu. Saya sendiri ada banyak (beratus-
ratus) koleksi pelbagai buku.

9. Tanamkan semangat suka membaca. Ia bukan sekadar menambah ilmu tetapi juga
sebagai aktiviti riadah juga.

10. Belajar ilmu IT seperti Microsoft Excel, Google Docs semua melalui Youtube sahaja.
Perisian-perisian ini penting dalam perjalanan anda untuk menjadi seorang yang bebas
kewangan.

11. Bawa buku nota dan catat apa-apa yang anda terbaca atau lihat. Apa-apa idea yang
timbul juga boleh dicatat serta-merta. Salah satu contoh yang baik ialah Dr Mahathir,
dia selalu membawa buku nota ke mana-mana dan mencatat apa-apa sahaja yang dia
dengar samada untuk rujukan akan datang nanti atau mengutip idea yang tiba-tiba
terfikir masa mendengar apa-apa.

12. SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT

Konsep duit sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit saya belajar dari buku “Multiple Streams
Of Income”. Saya akan ceritakan konsep ini secara mendalam dalam bab kewangan
selepas ini. Bagaimanapun saya terang di sini kerana ia juga salah satu tiang yang penting
untuk dipelajari bukan sekadar dari segi kewangan tetapi dari segi lain. Contohnya,
melakukan senaman tidak akan dapat menguruskan badan anda serta merta, ia perlu
dilakukan secara sedikit demi sedikit, lama-lama akan nampak hasilnya. Banyak aspek
kehidupan anda perlu juga menggunakan konsep sikit-sikit lama-lama jadi bukit ini. Anda
perlu bersabar sahaja, kadang-kadang anda tidak akan sedar pun masa yang dilalui.

13. WORK HARD PLAY HARD

Work hard but play even harder, itulah falsafah yang saya pegang. Saya tidak akan bekerja
macam gila siang malam. Waktu siang dan hari kerja dari Isnin ke Jumaat saya akan kerja
gila-gila bagai nak rak dari jam 5 pagi ke 7 malam. Kemudian, 1 jam untuk bisnes
sampingan melalui Internet. Selepas itu, memang rehat samada melihat TV atau membaca
majalah. Pada hari Sabtu, saya akan keluar dengan keluarga pergi shopping dan jalan-jalan
sepanjang hari sementara hari Ahad pula memang rehat di rumah sahaja. Satu contoh
yang saya sering lihat ialah orang yang memasuki perniagaan sampingan seperti MLM
akan mengorbankan kesemua masa lapang mereka selepas bekerja dan juga
menghabiskan hari hujung minggu semata-mata untuk menyertai aktiviti MLM. Bukan

50
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

saya tidak menyokong MLM, tetapi stres dan tekanan dari perniagaan sampingan ini akan
memakan diri anda juga akhirnya. Ini biasanya berlaku kerana upline terlalu ghairah mahu
anda mencari lagi downline dan melakukan jualan. Pada saya ini tidak berbaloi. Anda
perlu bergerak dengan perlahan supaya tahan lebih lama lagi.

Lagi satu mengapa anda perlu betul-betul berehat selepas melakukan kerja ialah kerana
supaya anda dapat berikan fokus sepenuhnya kepada karier utama anda iaitu pendapatan
utama anda. Ingat Pareto 80/20, fokus perlu diberi kepada pendapatan utama anda.
Kalau pendapatan utama anda ialah pekerjaan anda, fokus patut diberi ke situ. Kalau
fokus utama anda ialah perniagaan, fokus patut ke sana. Pendapatan sampingan adalah….
sekadar pendapatan sampingan sahaja. Masa berehat anda tidak patut dikorbankan
semata-mata untuk mencari duit yang lebih sedangkan pendapatan utama anda akan
terabai pada masa jangka panjang nanti.

Apa yang saya lakukan apabila betul-betul play hard ialah melupakan terus tentang
pekerjaan atau perniagaan. Apabila saya pergi main golf, karoke atau jalan-jalan, saya akan
lupakan sepenuhnya tentang perkara lain.

Perlukah play hard ini memakan banyak duit? Tak perlu, kalau bajet anda rendah, sekadar
berkelah tepi sungai sepanjang hari atau berkhemah sudah cukup bagus dah.

14. PENAMPILAN KEMAS

Saya sering melihat ada setengah rakan-rakan saya semasa hendak berniaga berpakaian
tidak kemas sekadar memakai selipar, berambut panjang dan lain-lain. Perawakan diri
adalah tersangat penting kerana ia memberi kesan psikologi kepada diri anda untuk
berjaya. Lebih-lebih lagi ia memberi impression kepada orang lain yang anda ini tidak
terurus dan mungkin tidak berapa serius untuk berurusan. Berdasarkan pengalaman saya,
orang yang kemas berpakaian serta rupa menarik selalu lebih berjaya di dalam hidup ini.

Sebaik-baiknya, anda perlu potong rambut pendek, bercukur, memakai minyak wangi dan
membeli pakaian yang lebih kemas. Ini akan memberi kesan kepada keseluruhan hidup
anda.

15. RELOKASI 360 DARJAH

Jika hidup anda sekarang dalam kucar-kacir, susah mencari pekerjaan atau perniagaan
kurang menjadi, nasihat yang saya berikan ialah mencari pekerjaan di mana ada pekerjaan
dan kalau perlu pindah… pindahlah. Dengan berpindah rumah atau pindah bandar, anda

51
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

boleh bermula semula (fresh start). Jika ada pekerjaan di bandar lain, pindah. Jangan
jadikan pelbagai alasan mempengaruhi benda yang akan mengubah hidup anda.

Saya ada seorang kawan dulu yang duduk di Tawau, Sabah. Oleh kerana hanya mahu
mencari pekerjaan di Sabah sahaja, peluang pekerjaan kepadanya cukup terhad sekali.
Peluang kenaikan pangkat serta gaji juga cukup terhad. Apabila dia membuka mindanya
untuk mencari pekerjaan di mana-mana sahaja, dalam sekelip mata sahaja, dia sudah
menerima tawaran kerja dalam masa 2 minggu sahaja selepas dia berubah fikiran. Berikut
alasan-alasan yang biasa kita dengar dan jawapan saya mengapa anda perlu relokasi :

1. Ibu bapa saya berada di……. Susah untuk berpindah!

Saya yakin jika ibu bapa anda memikirkan tentang masa depan anda dan keluarga anda,
pasti mereka akan menyokong anda untuk berpindah. Lagipun, sekarang ini dengan
lebuhraya PLUS dan Air Asia, anda hendak balik 2 minggu sekali menjenguk pun takpe
sebenarnya. Lakukan untuk masa depan anda sendiri dan terangkan kepada ibu bapa
anda. Sudah berjuta orang biasa melakukan ini, apa bezanya anda dengan mereka?

2. Rumah dah beli, susah nak pindah!

Ini tidak ada masalah, anda boleh sewakan rumah sahaja atau paling senang jual sahaja.
Mungkin anda akan dapat untung lagi dari penjualan rumah tersebut.

3. Kawan-kawan dan keluarga ramai

Adakah anda yakin jika anda mengalami masalah kewangan nanti, kawan-kawan anda
yang akan datang membantu, sanggup pinjamkan duit kepada anda. Anda boleh buat
kawan-kawan di mana sahaja sebenarnya. Kawan yang paling rapat selalunya adalah rakan
kerja kerana anda melihat mereka tiap-tiap hari. Masa depan anda perlu difikirkan, kawan
tetap berkawan. Di zaman Facebook sekarang, anda boleh berhubung dengan kawan-
kawan kadang-kadang dengan lebih rapat lagi secara virtual sahaja melalui Facebook.

4. Takut anak tidak dapat menyesuaikan diri

Anda perlu biasakan anak-anak dengan perubahan. Cabaran mereka apabila mereka besar
nanti akan jauh lebih teruk dari sekarang. Adalah lebih baik anda memberi latihan awal-
awal kepada mereka bagaimana untuk membiasakan diri dengan perubahan, kawan-
kawan baru dan lain-lain. Ini biasa.

5. Takut dengan bandar baru

52
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Tidak ada apa-apa perbezaan pun sebenarnya. Malah, menjadi cabaran yang
menyeronokkan untuk belajar benda-benda baru mengenai tempat-tempat yang boleh
dilawati pada hujung minggu, mencari tempat-tempat makan dan lain-lain.

Jadi, relokasi ini membolehkan anda mengubah hidup anda sepenuhnya secara 360
darjah. Anda juga boleh mula menjimatkan kos, menjual kesemua barang yang tidak
berguna dan memulakan hidup yang baru. Kadang-kadang relokasi hanya perlu dari satu
taman ke taman yang lain sahaja. Mungkin sekadar dari Kepong ke Shah Alam sahaja
pun. Tetapi relokasi adalah penting sebenarnya.

Baiklah, setelah anda mendirikan semua tiang-tiang di atas, saya hendak bercerita
bagaimana untuk menjadikan matlamat anda seperti realiti di bab seterusnya.

53
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Matlamat Melalui Mimpi

54
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Saya sudah banyak kali bercerita betapa pentingnya menetapkan matlamat dalam hidup
ini tidak kira matlamat jangka panjang, sederhana atau pendek. Bagaimanapun, pada
pendapat saya memang mudah untuk menetapkan matlamat tetapi selalunya orang akan
lupa langsung mengenai matlamat mereka. Matlamat itu seolah-olah tidak berapa jelas
kerana anda sekadar meletakkannya atas kertas sahaja. Bagaimanapun, meletakkannya atas
kertas supaya anda dapat lihat selalu itu sudah merupakan satu permulaan. Sekadar
mengulang-ulang kepada diri anda mahu kaya atau anda mahu berjaya dalam perniagaan
atau mahu berkahwin tidak cukup sebenarnya. Ia akan lebih mudah dengan menggunakan
kaedah mimpi jelas yang saya akan terangkan sekarang dalam beberapa langkah.

1. PILIH MASA YANG SESUAI

Pilih masa yang sesuai supaya anda dapat bersendirian dan tutupkan dunia luar.
Mungkin pilih satu masa yang sunyi dan tiada sesiapa di kawasan atau bilik tersebut.
Pilih bilik komputer anda dan pastikan semua orang tiada. Anda seorang sahaja. Pilih
juga masa yang anda tidak akan tergesa-gesa atau under pressure selepas itu.

2. MAINKAN LAGU

Pergi ke komputer anda dan mainkan lagu-lagu menenangkan jiwa seperti berikut
http://www.youtube.com/watch?v=mqMBdRNYcFc&list=PLAD03279BEC6BE7
D0&index=2&feature=plcp

3. TUTUP MATA DAN RELAX

Tutup mata anda dan rehatkan tubuh badan anda. Kira dari 300 ke belakang perlahan-
lahan sampai anda betul-betul tenang. 300, 299, 298, 297….

4. MULA BERMIMPI

Mula bermimpi tentang kehidupan anda di masa akan datang. Bayangkan dengan jelas
bagaimana hidup anda di masa akan datang. Bayangkan bagaimana kayanya anda,
bagaimana anda sudah banyak duit, bayangkan bagaimana jika anda sudah tidak perlu
bekerja lagi. Bayangkan dengan jelas kereta yang anda akan pandu… bagaimana untuk
menutup pintu kereta, bau-bauan kereta baru anda. Bayangkan juga rumah baru anda.
Lantai marble, chandelier, plaster ceiling dan lain-lain. Bayangkan anda seolah-olah

55
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

berada di situ dan pertama kali masuk ke rumah anda. Bayangkan reaksi suami/isteri
anda.

5. RASAKAN SEOLAH-OLAH IA BENAR

Rasakan seolah-olah ia benar. Gunakan imaginasi anda. Cuba bayangkan bau-bau


yang anda akan rasa. Bayangkan bunyi kereta apabila anda mula enjin kereta BMW
anda. Bayangkan semuanya seolah-olah ia benar-benar sedang berlaku. Bayangkan
juga rupa diri anda yang baru, rupa yang anda suka dan ingin capai.

6. AMBIL MASA 20 MINIT

Ambil masa 20 minit setiap 2 atau 3 hari untuk lakukan aktiviti mimpi ini.

Berikut beberapa tips supaya latihan atas boleh dijalan dengan lebih baik lagi.

Tips 1 : Pastikan apa yang anda nampak hampir nampak benar

Untuk memastikan butir-butir mimpi anda nampak lebih nyata, cuba merasai betul-betul
pengalaman anda dengan mencuba sedikit atau testing mimpi anda di alam realiti.
Contohnya, cuba pergi ke showroom BMW/Mercedes dan test-drive kereta untuk
merasai bagaimana rasa kereta tersebut, jika kereta itu adalah mimpi anda. Cuba pergi ke
showhouse/rumah contoh rumah-rumah besar yang telah direnovasi supaya anda dapat
merasakan betul-betul bagaimana hidup dalam rumah mewah. Cuba pergi ke KLIA dan
rasa bagaimana untuk pergi jalan-jalan. Lihat Astro Beyond rancangan jalan-jalan supaya
dapat merasa bagaimana seolah-olah benar-benar anda pergi melancong ke luar negeri.
Lihat juga buku-buku pelancongan di MPH dan gambarkan bagaimana jika anda
melancong. Masuk ke kedai-kedai baju yang mahal dan bertanya kepada jurujual seolah-
olah anda ingin membeli. Masuk ke kedai-kedai perabot mahal dan bertanya kepada
jurujual seolah-olah anda ingin membeli juga. BERLAGAK KAYA UNTUK MENJADI
KAYA. Anda juga boleh ke Petaling Street dan membeli baju-baju jenama tiruan sebagai
permulaan berasa kaya ini. Dan banyak lagi contoh yang anda boleh lakukan bergantung
kepada mimpi masing-masing. Apabila anda sudah merasai sedikit semua ini, ia akan lebih
mudah untuk anda mimpi dalam sesi angan-angan anda setiap minggu.

Untuk memastikan anda dapat mengingat dengan lebih nyata lagi, selalu melakukan sesi-
sesi melihat dan menengok ini.

56
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Tips 2 : Pastikan tiada sebarang gangguan

Pastikan tempat yang anda pilih itu benar-benar senyap dan tiada gangguan. Pilih bilik
komputer anda dan suruh orang di dalam rumah anda supaya jangan mengganggu.

Tips 3 : Pilih masa yang sesuai

Jangan pilih masa yang menyebabkan anda rasa terdesak untuk selesaikan sesi mimpi ini
kerana terkejarkan sesuatu.

Tips 4 : Jangan lakukan di tempat awam/kerja

Jangan lakukan sesi ini di dalam komuter atau di tempat kerja kerana anda mungkin akan
diganggu. Jangan sekali-kali lakukan semasa anda sedang memandu juga.

Tips 5 : Buat buku catatan

Ambil sebuah buku nota dan lekat gambar-gambar matlamat anda di dalam buku
tersebut. Contohnya, potong brochure gambar-gambar kereta dan lekat di sini. Jadi,
bukan setakat mimpi sahaja tetapi anda boleh lihat secara reality atas kertas juga.

Tips 6 : Senaraikan mimpi anda secara bold dan HURUF BESAR

Senaraikan semua mimpi-mimpi anda dalam Word secara BOLD dan HURUF BESAR,
kemudian print dan tayangkan dalam buku nota anda supaya ia dapat mengingatkan anda
apa matlamat anda.

Baiklah, itu sahaja mengenai matlamat melalui mimpi ini. Secara ringkasnya, anda perlu
tetapkan sesi yang tetap selama 20 ke 30 minit setiap minggu untuk bermimpi dan angan-
angan seolah-olah ia benar.

57
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Kestabilan Kewangan

58
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Tajuk bab ini adalah kestabilan kewangan dan bukan kebebasan kewangan. Mengapa?
Kerana kestabilan kewangan adalah tapak pertama anda untuk membentuk kebebasan
kewangan. Sebelum anda ingin mencapai kebebasan kewangan anda perlu bekerja keras
untuk menstabilkan kewangan. Terlalu ramai di Malaysia hari ini hidup dalam “negatif
balance sheet & profit and loss”. Apakah maksud ini? Bermakna terlalu ramai di Malaysia
hidup dari bulan ke bulan dengan perbelanjaan melebihi pendapatan dan hutang lebih
banyak dari asset.

Dalam bab sebelum ini saya sudah sebut bahawa kewangan adalah salah satu tiang hidup
anda. Suka atau tidak, cuba berlindung atau tidak, kewangan memang merupakan asas
dalam hidup anda walaupun selalu terdengar “money is not everything”, tetapi hakikatnya
duit itu hampir semuanya.

Mengapa penting perlu mencapai kestabilan kewangan ialah kerana ia akan membentuk
banyak hal lain dalam hidup anda. Apabila kewangan anda tidak stabil, bermakna hidup
anda akan mengalami kekusutan dan sukar hendak bergerak. Pernah dengar “jatuh
ditimpa tangga”. Ini kerana otak anda terlalu kusut kerana isu kestabilan kewangan yang
menyebabkan anda tidak dapat fokus dalam mencari pendapatan baru dan juga lebih
gagal mengawal perbelanjaan anda.

Jadi, untuk saya, kestabilan kewangan bermaksud :

1. Pendapatan melebihi perbelanjaan tiap-tiap bulan. Ini sama seperti syarikat, iaitu
positive cash flow.

2. Positive net worth. Atau jumlah asset anda melebihi hutang secara keseluruhan.

3. Simpanan bulanan yang stabil

Apabila TIGA isu di atas selesai bermakna kewangan anda sudah stabil. Bagaimanapun,
saya perlu anda ajar satu konsep yang dinamakan konsep duit dan masa. Konsep ini saya
dah banyak kali belajar dari pelbagai sumber iaitu dari buku Multiple Streams of Income
dan Rich Dad Poor Dad. Berikut saya ceritakan sedikit dengan menggunakan Ringgit
Malaysia sebagai contoh.

Setiap sen itu penting! Setiap ringgit adalah seolah-olah benih kepada kestabilan serta
kebebasan kewangan anda. Setiap ringgit yang anda buang, anda hanya akan kehilangan
peluang anda untuk menjadi jutawan. Saya akan menunjukkan kepada anda dengan
memberikan contoh yang sangat mudah ini. Mari kita andaikan anda mengambil satu

59
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

ringgit sahaja dan meletakkannya ke dalam akaun bank khas yang akan menyebabkan
ringgit itu meningkat, tidak disentuh oleh cukai dan lain-lain. Berapa lamakah ia akan
berkembang untuk menjadi RM 1 juta?

Ia bergantung kepada kadar dividen yang dibayar oleh bank. Jika ia merupakan satu akaun
bank biasa, biasanya ia akan mengambil masa yang panjang. Jadual di bawah
menggambarkan berapa lama satu ringgit boleh bertukar kepada RM 1 juta pada pelbagai
kadar faedah:

Kadar Dividen Masa Dalam Tahun


0% Never
3% 468
5% 284
10% 145
15% 99
20% 75

Bagaimana jika anda menyimpan sekadar RM1 sehari atau RM30 sebulan. Lihat :

Kadar Dividen Masa Dalam Tahun


3% 147
5% 100
10% 56
15% 40
20% 32

Bermakna jika anda menyimpan sekadar RM1 sehari semenjak dilahirkan, dengan kadar
dividen 15% setahun, anda sudah berjaya menjadi seorang jutawan di usia 40 tahun sahaja!

Bayangkan sekarang jika anda menanam beberapa benih dan anda berjaya menyimpan
dalam RM10 sehari. Lihat di bawah pula :

Kadar Dividen Masa Dalam Tahun


3% 74
5% 54
10% 34
15% 25
20% 20

60
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Jadi, sebenarnya memang tidak mustahil untuk anda menjadi seorang jutawan dalam
sekadar 20 tahun sahaja dengan hanya menyimpan RM10 sehari sahaja. Agak sukar untuk
mendapat dalam 20% setahun tetapi duit KWSP saya di dalam Public Mutual sudah dapat
pendapatan melebihi 20% setahun sudah. Anda juga boleh laburkan dalam hartanah dan
lain-lain yang membolehkan anda senang-senang dapat 20% ini.

Bagaimanapun, apa yang saya sebenarnya ingin tunjukkan ialah sebenarnya bahawa
pentingnya RM1 yang anda sering sekadar buang-buang sahaja. Jadi, selepas ini anda
mungkin akan terfikir dua tiga kali sebelum sekadar membuang sahaja RM1 yang
tersangkut bawah kerusi kereta anda itu. Ia adalah benih kepada anda untuk menjadi
seorang jutawan sebenarnya.

Rahsia sebenarnya bagaimana untuk menjadi seorang jutawan ialah menyimpan duit
sedikit demi sedikit tanpa sedar tiap-tiap hari. Simpan dan labur… simpan dan labur.
Sebagai contohnya, saya dan isteri sendiri bukan buat duit banyak mana pun. Kami tidak
mempunyai apa-apa perniagaan besar-besaran atau dikenali di mana-mana. Tetapi selama
10 tahun kami letakkan kesemua simpanan bulanan kami ke dalam ASB dan Public
Mutual dan berjimat cermat sekadar duduk di rumah yang murah dan membeli kereta
yang murah. Dalam masa 10 tahun sahaja, kami sudah berjaya mengumpul RM1 juta.
Sekarang, kami sudah boleh membeli rumah besar dan kereta mewah. Sementara, kawan
saya dan isterinya pula hidup mewah bekerja dalam pekerjaan dengan gaji besar,
mempunyai rumah yang besar dan mewah di kawasan yang mahal dan mempunyai
masing-masing BMW tetapi setelah 10 tahun masih dengan networth secara keseluruhan
tidak sampai RM100,000 pun! Mereka perlu hidup dengan penuh tekanan dan stres
selama 30 tahun lagi, sementara kami sudah boleh bersenang lenang tanpa berfikir
tentang masalah kewangan. Jadi, hidup dengan perbelanjaan yang kurang dalam masa 10
tahun ini dan dapatkan banyak pendapatan sampingan dan simpan serta labur.

Mula menyimpan. Mulakan sekarang. Buat secara konsisten.

Berikut satu cara ringkas untuk membentuk displin menyimpan anda. Pergi dan beli
sebuah tabung. Setiap hari masukkan RM10 ke dalam tabung tersebut. Pada akhir bulan,
masukkan terus ke dalam sebuah akaun Public Mutual. Jadikan tabiat juga, untuk
mencampak apa-apa duit terlebih atau tak terpakai walaupun satu sen sekalipun. Dan
ingat, akhir bulan, kosongkan tabung ini dan campak sahaja ke dalam sebuah akaun
Public Mutual. Jangan berfikir lagi mengenai ini, biarkan ia sahaja di sana selama 10 tahun
lagi.

61
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Falsafah saya adalah cari duit dahulu lebih penting dari perbelanjaan tetapi pastikan
perbelanjaan anda terkawal dan berhemah. Sekarang saya akan tunjukkan bagaimana
untuk mengawal kesemua perbelanjaan anda. Menganalisa kesemua perbelanjaan anda,
mana yang penting dan mana yang boleh dilupakan sahaja terus, samada jual atau
lupuskan sahaja.

Ambil sehari dua untuk menganalisa ke semua resit-resit anda, penyata akaun bank anda,
penyata kad kredit anda atau pergi ke Tesco satu hari dan analisa berapa banyak anda
betul-betul berbelanja dalam sebulan. Gunakan Excel untuk menyenaraikan semuanya.

Senarai perebelanjaan di bawah adalah berdasarkan andaian anda seorang yang sudah
berkahwin, mempunyai anak dan tinggal di Lembah Kelang. Jika anda seorang yang
bujang anda boleh mengubah lagi kiraan belanja di bawah. Mari kita kategorikan
perbelanjaan anda dari yang terpenting sehingga yang kurang penting. Berikut kesemua
perbelanjaan anda dari atas ke bawah :

1. TEMPAT BERLINDUNG

Tempat berlindung bermaksud tempat tinggal anda. Anda memerlukan tempat


berlindung yang selesa sementara anda merancang untuk mencapai kebebasan kewangan
anda ini. Ia sepatutnya sebuah rumah yang selesa dengan kemudahan Internet Streamyx
dan kemudahan untuk membeli barangan keperluan harian anda. Kalau boleh yang
berdekatan dengan Tesco! Saya akan bercerita dengan lebih lanjut dalam bab mengenai
hartanah dan bagaimana anda boleh menjadi seorang jutawan dengan hartanah ini.
Bagaimanapun kriteria terpenting bagi saya dalam memilih tempat tinggal ialah berikut :

1. Ia perlu dekat dengan tempat kerja anda dan juga tempat kerja isteri anda
2. Ia perlu dekat dengan tempat membeli makanan
3. Ia perlu dekat dengan sekolah anak-anak

Tiga kriteria ini sahaja. Dengan dekatnya rumah ini kepada ke semua di atas, anda boleh
berjimat cermat dalam banyak hal. Baiklah, satu lagi nasihat yang saya perlu berikan ialah
jika boleh, anda perlu menyewa. Sewa kerana ia akan menjimatkan duit yang banyak
sekali. Saya akan ceritakan dengan penjang lebar lagi mengenai teknik ini dalam bab
mengenai hartanah selepas ini. Mungkin anda boleh juga membeli tetapi selalu berikan
keutamaan kepada menyewa tempat tinggal anda.

62
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Pergi ke http://www.iproperty.com.my dan cari rumah untuk disewa di sana.


Misalannya, saya ada jumpa banyak apartmen 3 bilik di kawasan Wangsa Maju, Subang,
Cheras dan lain-lain dengan harga dalam range RM400 ke RM550 sahaja.

2. KENDERAAN

Anggapan orang ialah kereta adalah tersangat penting kerana ia memberi pelbagai
kemudahan dan juga sebagai simbol prestij. Tetapi yang sebenarnya kereta ini adalah
sekadar satu peralatan untuk membawa anda dari Lokasi A ke Lokasi B sahaja. Tidak
lebih dari itu. Ramai juga menganggap membeli kereta mewah sebagai pemberi semangat
untuk mencari duit. Yang lebih penting lagi bagi saya ialah mengawal perbelanjaan
bulanan anda supaya ia lebih stabil sebelum berfikir tentang apa-apa.

Kereta sebenarnya bukan ASET. Ia adalah LIABILITI sebenarnya. Ia adalah sebuah


harta yang dari hari ke hari makin hilang nilai dan makin mahal untuk hantar servis
sebenarnya. Kadang-kadang saya lihat ada pasangan yang membeli sehingga 2 kereta dan
hidup dalam tekanan kerana membayar duit ansuran kereta serta insuran dalam lain-lain.
Membeli kereta ini juga memakan banyak perbelanjaan lain seperti insuran dan service
kereta tersebut. Jika keadaan kewangan anda terdesak sekarang cadangan saya ialah
menggunakan motosikal dan kenderaan awam seperi bas, KTM, LRT sahaja.
Bagaimanapun, anda tetap perlukan kereta juga semasa hujan, penghantaran barang-
barang besar dan lain-lain. Bayaran bulanan untuk kereta terpakai seperti Myvii saya
anggap dalam RM300 sebulan sahaja. Duit bulanan untuk motosikal mungkin lebih
sedikit lagi dalam kurang RM100. Duit insuran dan sevice mungkin dalam RM40 sebulan.
Kesemua perbelanjaan mungkin RM440 sahaja untuk anda mendapat 1 kereta dan 1
motosikal.

Jadi, jika anda menggunakan kereta yang besar, nasihat saya ialah menjualnya sahaja
sekarang dengan sedikit rugi pun tidak apa. Asalkan anda berjaya membuang liabiliti ini
dari fikiran anda. Satu lagi ramai beranggapan perlu berusaha membayar habis kereta anda
supaya dijadikan aset. Anggapan ini salah sebenarnya, kereta ialah sebuah peralatan sahaja
yang dibina untuk tidak bertahan lama. Ia akan rosak juga akhirnya dan kos untuk servis
dan membaiki akan lebih tinggi selepas ini. Anda perlu menganggap bahawa anda sekadar
menyewa sahaja kereta ini dan bukan sebagai harta. Apabila tiba masa nanti, anda akan
lupuskan untuk dapatkan peralatan baru membawa anda dari Lokasi A ke Lokasi B
sahaja. Ramai orang selalu anggap, tidak apa belanja untuk kereta kerana sekurang-
kurangnya nampak duit ke mana. Sebenarnya, duit yang anda belanja makin tidak nampak
kerana nilai kereta makin hilang dari hari ke hari sebenarnya.

63
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

3. MINYAK

Pada saya peruntukan ini lebih kepada membayar duit kenderaan awam lagi kerana
kereta anda patut digunakan sekali-sekala sahaja untuk melakukan perkara-perkara
penting seperti menghantar anak pada hari hujan atau pergi ke Tesco membeli belanja
bulanan anda. Bagaimanapun, saya peruntukkan RM250 sebulan. Anda boleh tidak
percaya dengan angka ini, tapi inilah angka yang saya dan isteri gunakan sebagai
perbelanjaan bulanan pergi kerja dan membeli-belah. Jika belanja anda lebih daripada
ini, anda sudah mempunyai penyakit terlalu banyak mahu menggunakan kereta anda
dan ini perlu dibetulkan.

4. BELANJA PASAR

Kalau boleh beli secara pukal di Tesco/Giant dan cuba membeli jenama Tesco/Giant
sekali-sekala. Pastikan anda mempunyai sebuah boot kereta yang besar, sebuah bilik
stor di rumah anda dan juga peti ais yang extra besar untuk menyimpan segala barang-
barang dan nikmati penjimatan melaluinya. Perbelanjaan ini termasuklah kos gas
memasak, membeli berus gigi, sabun mandi dan berbagai-bagai lagi. Peruntukkan satu
hari pergi ke pasar dan Giant dan tulis kesemua perbelanjaan anda supaya anda betul-
betul tahu berapakah jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan. Cuba letakkan belanja
anda dalam RM200 sebulan untuk barangan harian anda dan cuba bersarapan di
rumah dan membawa bekalan makanan ke pejabat. Mungkin perbelanjaan di atas
lebih besar atau mungkin kurang. Letakkan belanjawan keluarga anda yang sebenar
untuk mengetahui kedudukan perbelanjaan sebenar anda.

5. TELEFON BIMBIT

Trend hari ini ialah menggunakan post paid 3G dengan smartphone yang mahal.
Belanja untuk ini kadang-kadang boleh mencecah sehingga RM100 sebulan. Pada saya
ini semua buang duit sahaja. Gunakan sahaja prepaid supaya anda dapat kawal belanja
panggilan telefon bimbit. Untuk suami + isteri, peruntukkan dalam RM30 + RM30
sebulan sahaja iaitu RM60 sebulan. Tidak perlu 3G kerana anda masuk Internet di
rumah sahaja atau di pejabat pun boleh. Tidak perlu setiap masa masuk Internet.

6. BIL TELEKOM

Anda perlukan telefon Telekom supaya dapat lakukan panggilan percuma ke talian
tetap dan juga perkhidmatan Streamyx. Ambil pakej bulanan dalam RM110 untuk
talian tetap percuma serta Internet kelajuan 1 mbps. Jika anda perlu membuat
64
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

panggilan, cuba panggil ke talian tetap dan 1 mbps ini sudah cukup untuk anda
melihat Youtube dan lain-lain dengan selesa.

7. BIL TNB

Bil TNB saya anggap mungkin dalam RM70 sebulan untuk seisi rumah. Mungkin
lebih atau mungkin kurang. Tetapi memang tidak patut lebih dari ini, kerana saya
sendiri adalah pengguna yang berat tetapi bil saya sebulan setakat RM70 sahaja. Kalau
lebih dari ini, memang ada tidak kena sebenarnya.

8. AIR DAN INDAH WATER

Saya bayar dalam RM30 ke Syabas + Indah Water dalam sebulan sahaja. Tidak patut
lebih dari ini.

9. INSURAN

Insuran penting bukan sekadar memberi perlindungan kepada keluarga dan anda
sendiri tetapi boleh dianggap sebagai simpanan hari tua juga kerana anda boleh
dapatkan kembali duit itu hari tua kelak nanti. Ambil insuran yang memberi
kombinasi perlindungan life + medical. Insuran perubatan ini adalah tujuan untuk
sakit-sakit yang teruk yang mungkin berlaku satu hari nanti. Tetapi saya sendiri
selalunya pergi klinik perubatan kerajaan sahaja. Insuran perubatan ini mungkin
berguna satu hari nanti. Peruntukkan RM120 seperti saya untuk perlindungan life +
medical untuk sekeluarga.

10. REHAT & HIBURAN

Di dalam bab sebelum ini, saya ada ceritakan betapa pentingnya konsep work hard
play hard ini. Saya tidak main-main mengenai ini. Saya pastikan ada peruntukkan
dalam hal ini setiap bulan untuk Astro, jalan-jalan dan lain-lain. Dan peruntukkan ini
besar juga kerana ia membantu untuk melegakan tekanan dan stres supaya anda dapat
fokus dalam hidup anda samada di bidang kerja atau perniagaan sampingan dan juga
dalam keseluruhan hidup anda.

Saya rasa anda patut peruntukkan dalam RM150 sebulan untuk rehat dan riadah ini.
Sebenarnya banyak juga belanja riadah sudah di tampung dengan Internet kerana saya
memang setiap malam saya sekadar menonton Youtube sahaja. Oleh kerana itu,
Astro saya pun yang paling minima channel sahaja iaitu dalam RM50 sahaja. Riadah

65
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

lain adalah sekadar berjalan-jalan di taman dan juga bermain badminton dengan
kawan-kawan atau bermain bolasepak sahaja sudah mencukupi. Kadang-kadang
berjalan-jalan di Kuala Lumpur dengan sekadar menaiki KTM Komuter sahaja.
Tetapi aspek riadah dan rehat ini saya tidak ambil enteng begitu sahaja. Memang perlu
ditekankan perlu rehat sebenarnya.

11. DERMA

Saya tidak lupa untuk menderma sebenarnya setiap bulan sebenarnya. Apa yang saya
lakukan ialah menderma RM10 setiap hari Jumaat semasa khutbah. Yang selainnya saya
beri ke rumah anak yatim. Walaupun sedikit, lama-lama ia akan menjadi bukit. Saya
peruntukkan RM50 sebulan untuk tujuan derma sahaja.

12. BELANJA ANAK

Ini termasuk belanja duit sekolah, pakaian, makanan, hiburan dan lain-lain. Saya
letakkan peruntukkan dalam RM300 sebulan untuk semua ini. Perbelanjaan ini
mungkin lebih dan mungkin kurang bergantung kepada keadaan masing-masing dan
juga bilangan anak dan lain-lain.

13. LAIN-LAIN

Ini adalah simpanan kecemasan anda. Ini bukan simpanan jangka panjang sebenarnya.
Saranan saya ialah membuka sebuah akaun bank Islamic yang memberi pulangan
dividen sedikit tetapi mudah untuk dikeluarkan pada bila-bila jam diperlukan. Saya
letakkan duit kecemasan dalam RM500 sebulan. Pada akhir tahun, mana-mana duit
yang tidak digunakan untuk membayar insuran, sebarang saman atau cukai
dimasukkan terus ke dalam ASB atau Public Mutual.

66
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Jadi, selepas mengambil kira semua di atas, saya senarai semua sekali seperti di berikut :

Kategori Perbelanjaan RM
1 Tempat Berlindung 550.00
2 Kenderaan 440.00
3 Minyak 250.00
4 Belanja Pasar 200.00
5 Telefon Bimbit 60.00
6 Bil Telekom 110.00
7 Bil TNB 70.00
8 Air & Indah Water 30.00
9 Insuran 120.00
10 Rehat & Hiburan 150.00
11 Derma 50.00
12 Belanja Anak 300.00
13 Simpanan Kecemasan 500.00
2,830.00

Jual Semua Aset Serta Clear Semua Hutang Anda

Buang segala kekusutan kewangan hari ini serta-merta dengan menjual kesemua aset yang
anda tidak perlu. Ini supaya anda dapat memberikan fokus baru setelah melihat apa yang
penting dan apa yang tidak di dalam hidup anda.

Selesaikan semua HUTANG anda sekarang? Mengapa penting selesaikan semua hutang
anda sekarang? Kerana ia akan menghilangkan kekusutan otak anda dan anda boleh
tumpu semula kepada hidup anda. Bagaimana? Dengan menjual semua barang anda
melalui http://mudah.my dan http://www.lelong.com.my dan http://lowyat.net dan
dengan mengambil hutang baru untuk menyelesaikan hutang lama.

Consolidate/satukan kesemua hutang-hutang anda samada hutang kad kredit, hutang


dengan kawan dan lain kemudian selesaikan sekali dengan satu hutang sahaja iaitu dengan
mengambil pinjaman peribadi jangka panjang mungkin selama 20 tahun dan dengan
kadar faedah 4.99% ke 5%. Cuba layakkan diri anda untuk dapatkan pinjaman peribadi.
Cari pekerjaan yang dapat melayakkan anda untuk mendapatkan pinjaman peribadi ini.
Kira semua hutang kad kredit anda, hutang untuk selesaikan kereta lama (jika ada)…
hutang selesaikan rumah underwater (jika ada)…. hutang dengan TNB, Telekom,
Maxis/Digi dan apa-apa hutang untuk bersihkan nama… apa-apa sahaja. Ambil pinjaman

67
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

peribadi hanya untuk sekadar bayar segala hutang ini. Jangan ambil duit lebih supaya nak
besarkan rumah pula. Kemudian ambil tempoh pinjaman yang lama. Mengapa? Supaya
bayaran ansuran bulanan lebih murah. Tapi tadi saya cakap jangan berhutang lagi? Ya,
tetapi anda perlukan hutang jangka panjang yang murah untuk selesaikan kesemua
hutang-hutang lama anda supaya hilang segala pening dan kekusutan jiwa.

Potong Semua Kad Kredit

Memotong kad kredit bukan jalan penyelesaian sebenarnya tetapi jika keadaan kewangan
anda adalah tidak terkawal dan kelam-kabut lebih baik anda potong terus semua sekali
kad kredit dan bayar apa-apa dengan tunai sahaja. Gunakan pinjaman peribadi untuk
selesaikan semua hutang anda dan tukar nombor telefon bimbit supaya tidak dihubungi
oleh mana-mana bank lagi. Apabila keadaan kewangan anda telah stabil dalam masa
beberapa tahun lagi, anda boleh bila-bila jam ambil semula kad kredit baru.

Pinjaman Peribadi BSN

Ambil pinjaman RM50,000 dari BSN selama 20 tahun dengan pembayaran bulanan
dalam RM417 untuk jelaskan semua hutang tertunggak, bayaran hutang ke along, segala
bil-bil tertunggak, hutang kepada kawan-kawan, ibu-bapa dan lain-lain. Jangan gunakan
satu senpun untuk perbelanjaan baru seperti duit muka kereta atau apa-apa. Duit ini khas
untuk jelaskan semua sekali hutang lama supaya anda dapat memulakan hidup baru.

Mengatur Segala Perbelanjaan Anda

Menyediakan sistem filing adalah mudah. Anda perlu dapatkan 14 manila fail folder dan
catat nombor 1 hingga 14 bagi setiap fail. Setiap hari, terus kategorikan dan failkan segala
perbelanjaan anda. Akhir bulan nanti, imbangkan akaun anda dan senaraikan ke semua
perbelanjaan dan pendapatan anda. Akhirnya, anda akan mendapat baki duit yang
selebihnya.

Perbelanjaan CAPEX

Perbelanjaan CAPEX adalah perbelanjaan yang berlaku sekali sahaja dan adalah untuk
aset yang boleh dijual semula. Antaranya ialah duit muka kereta, duit muka motosikal,
duit membeli perabot, duit deposit sewa, duit deposit TNB dan Telekom dan macam-
macam lagi. Pada saya selagi tidak cukup simpanan untuk duit muka jangan beli kereta
lagi atau jangan beli motosikal lagi. Saya dulu selama 3 tahun sekadar naik bas tiap-tiap
hari, tidak matipun malah hidup lebih senang tidak memikirkan kereta atau motor kena

68
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

curi atau rosak. Duit deposit TNB dan Telekom pula tidak banyak sangat, kumpulkan
duit yang khas untuk ini sebelum berpindah rumah.

PENDAPATAN MENGIMBANGKAN PERBELANJAAN

Sekarang tetapkan pendapatan yang anda perlu dapat supaya dapat mencapai matlamat
simpanan bulanan anda. Melihat di atas, perbelanjaan bulanan anda termasuk dengan
bayaran pinjaman peribadi yang anda ambil untuk jelaskan semua sekali hutang
tertunggak adalah dalam RM3,000 sebulan. Ini adalah andaian jumlah perbelanjaan
suami isteri. Oleh itu saya andaiakan juga suami dan isteri sama-sama bekerja. Di zaman
sekarang, semua & isteri memang perlu kerja masing-masing, tiada alasan lagi untuk isteri
tinggal di rumah sahaja melainkan suami anda mempunyai kerja orang atasan. Jadi, jika
suami gaji RM2,500 dan isteri pula gaji RM2,000, jumlah pendapatan keluarga adalah
dalam lingkungan RM4,500 sebulan. Kerajaan meletakkan RM3,000 sebulan sebagai
tahap kemiskinan tegar, anda sepatutnya sekurang-kurang dapat lebih dari ini lagi.
Lagipun, tidak sepatutnya sesiapapun rakyat Malaysia yang sihat mendapat gaji kurang
dari RM2,000 sebulan kerana gaji seorang pengawal sekarang pun sudah masuk lebih dari
RM1,100 sebulan yang diisi oleh Gurkha dan Bangla. Takkan anda sebagai seorang rakyat
Malaysia tidak boleh dapat lebih dari itu. Saya ada seorang kawan yang membayar
perempuan yang hanya menjaga perniagaan kosmetiknya, dia membayar lebih RM2,000
sebulan dan kerja perempuan tersebut hanya berdiri tegak sepanjang hari, itu sahaja kerja
perempuan tersebut.

Jadi dengan jumlah pendapatan RM4,500 sebulan dan perbelanjaan bulanan sebanyak
RM3,000 pula, anda boleh menyimpan RM1,500 sebulan terus ke dalam ASB/Public
Mutual. Sekarang, kita akan mencuba untuk meningkat simpanan yang terhasil dari kerja
tetap anda dan pasangan anda ke RM2,000 sebulan.

Ada beberapa alternatif yang anda boleh lakukan untuk mencapai matlamat simpanan
bulanan anda :

1. Matlamat yang jelas untuk naik pangkat. Kenaikan pangkat anda akan
membolehkan anda mencapai matlamat anda dalam masa tertentu. Kemudian,
mula mencari kerja lain yang memberikan gaji yang sama atau lebih. Selepas anda
berjaya dapat kerja luar ini, berikan ultimatum kepada majikan anda yang anda
sudah menerima tawaran lain tetapi masih mahu kerja dengan majikan tersebut
tetapi gaji perlu naik atau pangkat perlu naik.

69
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

2. Tukar kerjaya samada syarikat lain atau relokasi. Susah untuk jenis pekerjaan baru
mungkin cari pekerjaan dalam bidang yang sama. Ingat, cari kerja dulu dan
pastikan dapat “offer letter” dulu sebelum berhenti.

3. Tambahkan nilai anda kepada syarikat dengan mengambil kursus-kursus


tambahan, sijil-sijil dan mungkin belajar untuk mempertingkatkan kebolehan
Bahasa Inggeris anda. Kumpul semua sijil-sijil baru ini dan kemukakan semuanya
ke bahagian HR anda. Anda perlu buat supaya mereka tidak boleh “survive” tanpa
anda. Contohnya, anda boleh mengikuti kursus OSHAS atau mengambil kursus
Bahasa Inggeris secara part-time dan menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris
seperti GCSE O-Level dan tunjuk bukti kepada majikan anda yang anda memang
sudah fasih berbahasa Inggeris. Mungkin, mereka tidak takut untuk memberi
kepada anda kerja-kerja yang perlu anda bertutur Bahasa Inggeris dengan gaji yang
lebih lagi.

4. Pastikan banyak benda di syarikat anda, anda seorang sahaja yang tahu lakukan. Ini
membuatkan majikan anda bergantung kepada anda. Jika mereka nampak mereka
tidak bergantung kepada anda, mungkin mereka akan terfikir untuk hentikan
sahaja anda dan berikan kerja anda kepada orang yang lebih muda dengan gaji
yang lebih rendah.

5. Kurangkan mengambil cuti dan MC. Jika anda sakit, cuba datang juga kerja,
mungkin ambil setengah hari cuti. Ini penting kerana anda mesti dilihat macam
sentiasa sahaja berada di tempat kerja.

Pentingnya KWSP

Pastikan anda memantau akaun KWSP anda hampir setiap bulan untuk memastikan
majikan anda membayar KWSP setiap bulan. Duit KWSP ini adalah penting kerana ia
adalah simpanan hari tua anda, lagipun ia adalah sebahagian dari strategi di dalam buku
ini juga untuk mencapai matlamat persaraan awal anda. Kadar caruman semasa ialah 11%
bagi pekerja dan 12% bagi majikan. Bermaksud dengan pendapatan RM4,500, caruman
ke KWSP tiap-tiap bulan adalah dalam RM1,035. Mengikut kiraan saya dalam masa 20
tahun, jumlah terkumpul dijangka dalam RM510,000 jika anda dan pasangan dapat gaji
bersama jumlah RM4,500 sebulan.

Jika anda berjaya mendapat kenaikan pangkat dan gaji anda, maka simpanan bulanan
RM2,000 sebulan itu memang mudah terhasil sebenarnya. Selepas ini, saya akan cerita

70
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

panjang lebar mengenai kerjaya tetap anda dan selepas itu bagaimana pula untuk
menambah lagi simpanan dengan pendapatan sampingan pula.

71
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Pekerjaan Tetap

72
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Mungkin ramai yang membeli buku ini, mengharap mereka akan menemui formula untuk
berhenti kerja serta-merta kemudian duduk sahaja sepanjang hari melakukan kerja dari
rumah. Mungkin anda pernah dengar tentang orang yang bekerja dari rumah sahaja
sepanjang hari. Tetapi hakikat dan realiti dunia hari ini ialah anda memang perlu keluar
kerja. Tiada jalan lain lagi, ini memang anda perlu lakukan. Semua yang anda dengar
mengenai kerja dari rumah dan bersenang lenang itu adalah mitos semata-mata dan
lupakan terus sahaja. Berikut antara alasan-alasan mengapa anda perlu kerja :

1. Anda perlu gaji tetap setiap bulan tak kira anda sakit, bercuti dan berehat

2. Anda perlukan simpanan KWSP iaitu caruman 11% dan juga caruman 12%
dari majikan anda setiap bulan. Ini penting untuk masa depan anda dan juga
untuk duit pendahuluan hartanah anda.

3. Anda perlu bercampur gaul dan habiskan waktu siang hari anda dengan orang
lain, kalau tidak anda akan bosan. Ramai yang tidak tahu bahawa pada hari
kerja kawan-kawan anda memang tidak akan ada masa pun untuk berjumpa
anda pun. Anak-anak pula patut ke sekolah atau keluar bermain dengan kawan-
kawan pada sebelah petang pula.

4. Memasuki perniagaan secara sepenuh masa adalah merbahaya dan berisiko


tinggi serta kemungkinan besar tak menjadi kecuali anda menggunakan modal
yang cukup besar. Ada satu statistik yang mengatakan hanya kurang dari 10%
dari semua perniagaan boleh berjaya. 90% yang selebihnya selalu gagal kecuali
jenis perniagaan yang diwarisi keluarga turun temurun. Contohnya, saya tidak
pernah ternampak mana-mana restoran yang boleh bertahan lebih dari 10
tahun, selalunya tuan punya akan bertukar tangan atau kedai tersebut tutup
terus. Pada saya modal ini lebih selamat dilaburkan ke ASB sahaja. Pening
kepala akan lebih dahsyat lagi sebenarnya dalam pelbagai segi - pekerja, LHDN
dan lain-lain. Seperti apa yang dikatakan oleh Robert Kiyosaki, lebih baik anda
menjadi seorang pelabur lagi dari menjadi seorang pemilik tunggal.

5. Anda sakit, anda ingin bercuti, mengandung atau pergi haji sekalipun, jika anda
bekerja, gaji masih berjalan dan selepas anda balik, anda tahu memang sudah
ada jaminan pendapatan selepas itu. Jika anda berniaga sepenuh masa, jika anda
jatuh sakit, gaji tidak akan berjalan dan jika tidak berhati-hati boleh rugi terus
kerana kehilangan pelanggan. Saya pernah ingat dulu sebuah warung nasi lemak

73
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

yang memang laku sakan. Saya dengar peniaga tersebut boleh buat dalam
RM8,000 sebulan hanya bekerja sebelah pagi sahaja. Oleh kerana perasaan
yakin, dia mengambil pinjaman kereta, rumah dan lain-lain kerana yakin dengan
RM8,000 sebulan ini. Satu hari, dia sakit (kena kayap) selama 1 bulan lamanya.
Balik dari sakit, sudah ada 2 warung nasi lemak buka di kawasan tersebut dan
semua pelanggan sudah mula terbiasa dengan warung-warung yang lain.
Perniagaannya gulung tikar terus selepas itu, dia pun jatuh muflis terus dalam
masa setahun selepas itu.

6. Anda boleh mendapat skil, pengalaman dan juga hiburan (Contohnya treasure
hunt, family day, annual dinner dan lain-lain) dan juga boleh makan angin
bawah bajet syarikat.

7. Hidup anda akan lebih mudah kerana segala-galanya lebih tersusun. Syarikat
berjalan sama ada anda ada di situ atau tidak. Anda hanya perlu ikut arahan
yang diberikan sahaja. Tidak perlu pening kepala dan anda boleh fokus
sepenuhnya kepada kestabilan kewangan, keluarga anda dan juga
membangunkan perniagaan sampingan anda.

8. Anggapan “saya lebih suka bekerja sendiri tanpa bos” hanya mitos semata-
mata. Tidak kira anda bekerja dengan orang lain atau berniaga sendiri
sekalipun, anda tetap akan ada bos sampai bila-bila pun. Dalam dunia ini,
setiap orang ada bos. Jika anda berniaga, pelanggan anda adalah bos dan
selalunya pelanggan adalah lebih demanding dan lagi stres dari mempunyai
seorang bos. Semua orang di Malaysia ini ada bos masing-masing. Hinggakan
Perdana Menteri sendiripun mempunyai bos dia iaitu rakyat, dia tidak boleh
sesuka hati meluluskan apa-apa rang undang-undang yang dia mahu, dia juga
perlu mendengar pandangan rakyat mengenai apa-apa yang ingin dia lakukan
walaupun perkara yang dia ingin lakukan itu baik tetapi jika rakyat tidak suka,
dia pun terpaksa menurut juga.

9. Kehidupan anda akan lebih terurus dan berdisplin. Anda perlu bangun awal
pagi untuk pergi kerja dan balik juga on-time. Displin ini akan memberi kesan
kepada keseluruhan hidup anda juga.

10. Kehidupan sosial anda juga selalunya lebih baik. Jika anda berjumpa kawan-
kawan mereka akan selalu bertanya anda kerja di mana. Jika anda berniaga,
74
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

selalunya akan dipandang sinis, kecuali anda berniaga modal besar-besaran


sahaja. Sebenarnya, tidak patut pun anda kisah apa orang lain kata, tetapi
perkara sekecil ini juga akan memberi impak psikologi bukan sahaja kepada diri
anda tetapi kepada keluarga anda juga.

11. Anda boleh berikan tumpuan penuh kepada pelaburan dari pening kepala
memikirkan bagaimana untuk membayar gaji pekerja bulan depan.
Sesungguhnya pelaburan dalam hartanah dan lain-lain boleh memberikan
pulangan jauh lebih lumayan dari apa-apa perniagaan sekalipun.

12. Anda boleh mudah layak untuk dapat pinjaman rumah, kereta, peribadi, kad
kredit dan lain-lain. Tunjukkan slip gaji 3 bulan, patut boleh lulus terus dah.
Segala pinjaman ini penting untuk pelaburan hartanah anda dan juga untuk
kestabilan kewangan anda.

13. Tidak perlu pening mengenai pembayaran cukai kerana semuanya terus terang
sahaja. Tidak perlu pening juga kerana menyalahi apa-apa undang-undang. Saya
ada kenal seorang kawan yang perniagaannya bergantung sepenuhnya kepada
permit berniaga tapak. Dia dapat permit tersebut kerana kenal orang dalam.
Apabila orang dalam dia berpindah kerja, dia mengalami kesukaran. Kemudian,
ada pula orang dengki dan melaporkan warung dia kotor, terus permit
dibatalkan dan dia hidup terkontang-kanting. Nak bekerja balik pun susah.
Saya juga ada seorang kawan yang mempunyai syarikat Sdn Bhd tetapi
perniagaan teruk selama 2 tahun hinggakan syarikat dia dormant iaitu tidak
lakukan apa-apa. Bagaimanapun, SSM kenakan denda sehingga RM20,000
kerana tidak failkan minit mesyuarat dan lain-lain. Seorang lagi rakan saya,
terpaksa dihadapkan ke makhamah kerana tidak membayar caruman KWSP
kerana perniagaannya teruk pada tahun tersebut, sampai negative cashflow. Jika
anda bekerja dengan syarikat, anda tidak perlu pening tentang semua ini.

Sekarang, jika anda tiada pekerjaan atau susah mencari kerja, bagaimana hendak mencari
pekerjaan?

1. Buangkan semua sifat aku patut dapat gaji banyak ini kerana…. Lakukan apa
sahaja pekerjaan asalkan anda ada pekerjaan. Mulakan dengan pekerjaan yang
bawah tetapi gaji bagus dan mula bergerak ke atas seperti kerja di McDonald.
Walaupun, anda seorang berijazah sekalipun tidak ada apa-apa hina pun untuk
mula dari bawah.
75
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

2. Dapatkan skill dan pendidikan yang lebih supaya layak untuk kerja yang gaji lebih
tinggi… kursus bahasa inggeris, part time degree, certification dan lain-lain.
Masuki latihan yang kerajaan sediakan juga.

3. Relokasi ke tempat yang banyak kerja… ke luar negara pun tidak apa… Jangan
cari kerja berdasarkan di mana anda duduk. Duduk di mana anda ada kerja.
Sebenarnya ramai juga yang saya kenal walaupun mempunyai ijazah tetapi kerja di
Singapore dengan gaji yang jauh lebih banyak. Satu keluarga mereka pindah ke
Johor Bahru sementara kawan saya itu menaiki motorsikal ulang alik melalui
Tambak Johor setiap hari. Bukan saya hendak anda semua kerja di Singapore,
tetapi saya berikan contoh sahaja, jika anda terpaksa bekerja di Singapore pun,
pergi sahaja. Tiada alasan sebenarnya untuk tidak mencari kerja hingga ke sana.

4. Jika anda seorang yang ada ijazah tetapi sukar mencari pekerjaan, kerja di bawah
dulu, tidak apa untuk memalukan diri sementara mencari pekerjaan lain. Tidak
perlu masukkan dalam CV yang anda adalah seorang graduan jika kerja yang anda
ingin minta sekadar memerlukan anda berdiri sepanjang hari. Kadang-kadang
dengan menunjukkan anda mempunyai ijazah, masters atau Phd mungkin
menyukarkan anda mendapat pekerjaan bawahan.

5. Bersosial dengan ramai kawan dan tawarkan diri kepada kenalan, kawan-kawan,
facebook, rakan surau dan lain-lain.

Apabila anda tiada pekerjaan, pasti ramai kawan-kawan anda yang akan tawarkan MLM,
insuran, agen unit trust dan lain-lain sebagai pekerjaan sepenuh masa. Pada saya ini semua
bagus untuk pendapatan sampingan tetapi anda perlu sesuatu yang tetap tak kira anda
sakit, tidak bekerja, mengambil cuti atau apa-apa. Ingat, cari pekerjaan tetap dan
kukuhkan pekerjaan ini dahulu baru berfikir untuk segala alternatif pekerjaan sampingan.

Bagaimana jika tidak tahan dengan kerja anda? Mungkin anda ada pergaduhan besar
dengan bos anda. Nasihat saya ialah bersabar sekejap dan mula cari pekerjaan lain.
Kemudian, setelah menjumpai kerja baru, berhenti dengan cara baik. Ikut prosedur,
berikan notis mengikut prosedur syarikat, lakukan handover sebaiknya, serahkan kunci
kabinet dan lain-lain. Adalah tidak baik dan tidak beretika sama sekali, anda tinggalkan
begitu sahaja pekerjaan anda sekarang walaupun anda membenci bos atau membenci
syarikat anda sekarang. Selama inipun, syarikat tersebut telah memberikan gaji dan KWSP
untuk menyara hidup anda jadi walaupun anda berhenti seelok-eloknya berhenti dengan
76
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

cara baik kerana mana tahu satu hari nanti mungkin orang-orang dari syarikat lama anda
menjadi rakan dalam syarikat baru anda pula.

Kesimpulannya, adalah tersangat penting anda bekerja tetap dengan orang lain atau
syarikat atau kerajaan. Saya sudah berikan hingga 13 sebab kukuh mengapa anda perlu
kerja. Saya lihat ramai graduan yang baru keluar universiti hari ini tidak sabar-sabar mahu
berniaga sendiri sepenuh masa atau melakukan perniagaan Internet Marketing sepenuh
masa. Ada banyak kerugian sebenarnya jika anda terus melompat hendak cuba berniaga.
Mungkin, anda mahu mengikut jejak langkah Mark Zuckerberg atau Bill Gates. Mereka
ini hanya kurang dari 1% dari populasi dunia. Banyak yang berjaya di dunia perniagaan di
Malaysia ini adalah kerana mereka mempunyai networking keluarga, perniagaan yang
diwarisi, pengalaman dan skill yang hebat, modal berjuta atau bantuan dari kerajaan atau
parti-parti politik. Anda dan saya sebagai orang biasa agak sukar sebenarnya untuk
memulakan perniagaan sekelip mata sahaja. Jika anda ada sekadar modal RM50,000
sekalipun dan mahu mengambil pinjaman untuk modal selebihnya, perjalanan anda akan
agak sukar. Lebih baik anda menumpukan sahaja fokus anda untuk mengawal
perbelanjaan, tumpu kepada kerjaya, duit sampingan dan pelaburan-pelaburan anda.

77
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Pendapatan Sampingan

78
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Baiklah, sebelum ini saya sudah ceritakan yang anda perlukan simpanan RM2,000 dari
pekerjaan tetap anda. Sekarang, matlamat kita adalah untuk cuba mengaut keuntungan
dan simpanan sebanyak RM3,000 sebulan pula dari pendapatan sampingan yang anda
lakukan selepas kerja sahaja.

Saya telah banyak bercerita betapa pentingnya anda ada pekerjaan tetap. Sebagai
tambahan pula, saya akan ceritakan sedikit mengapa anda perlukan pendapatan
sampingan :

1. Mengurangkan risiko hidup. Kerja tetap perlu dijaga supaya pendapatan tetap sentiasa
masuk.

2. Oleh kerana anda ada pekerjaan tetap, anda tidak berapa risau dan boleh mengambil
risiko dan lebih berani untuk dapatkan pendapatan sampingan.

3. Anda tidak perlu mengorbankan masa oleh kerana anda berniaga pun secara
sampingan sahaja. Jadi, anda boleh tetapkan masa juga untuk beriadah, rehat dan masa
dengan keluarga juga.

4. Fokus otak anda boleh kepada perkara-perkara yang lebih penting. Oleh kerana
pendapatan perniagaan anda secara sampingan sahaja dan anda tidak perlu risau
kerana pendapatan tetap sudah ada bulan-bulan, anda boleh fokus sepenuhnya kepada
pengawalan/cash flow keluarga dan kepada pelaburan-pelaburan yang dapat
membuahkan hasil yang jauh lebih tinggi dari sebarang pendapatan atau karier.

Berikut adalah rule/(undang-undang) yang saya letak dalam melaksanakan perniagaan


sampingan anda ini :

1. Ia tidak patut mengganggu pekerjaan tetap anda. Pekerjaan tetap anda adalah
keutamaan anda. Jangan mencuri atau menggunakan masa dari kerja untuk
menjalankan perniagaan sampingan anda.

2. Perniagaan sampingan anda tidak boleh menggunakan modal yang terlampau tinggi
atau memerlukan anda mengambil pinjaman perniagaan yang berisiko.

3. Anda tidak boleh ada perniagaan sampingan yang memerlukan orang yang anda
percaya menjaganya. Sebenarnya, susah untuk percaya kepada sesiapa. Sebaik-baiknya
anda sendiri yang perlu jaga. Dan jika anda tiada masa untuk menjaga dari pagi hingga

79
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

ke malam, lebih baik jangan memulakan perniagaan sampingan ini. Sudah banyak
sangat cerita gerun bagaimana hancur musnah perniagaan kerana serahkan bisnes ke
orang lain jaga.

4. Jangan cari perniagaan sampingan yang memerlukan anda habiskan kesemua masa
anda sehingga abaikan masa rehat, masa bersama keluarga dan juga masa untuk
pelaburan anda. Contohnya, dalam perniagaan MLM, banyak upline akan memberi
tekanan kepada anda untuk menghadiri pelbagai seminar kadang-kadang hingga ke
jam 12 pagi selepas kerja. Kadang-kadang hampir setiap hari termasuk hujung minggu.
Selepas ini, saya akan berikan tips-tips bagaimana untuk berjaya dalam MLM.

5. Jangan mencari perniagaan sampingan yang menyalahi undang-undang atau berisiko


tinggi. Antara contohnya, menjual DVD haram, barangan ciplak dan lain-lain. Lebih
baik elakkan sahaja dari semua yang haram atau walau sedikit pun ada unsur haram.

6. Jangan terlalu ramai rakan kongsi perniagaan. Mungkin seorang lagi pun sudah cukup.

7. Jangan lakukan perniagaan sampingan yang ada kena mengena dengan pekerjaan tetap
anda. Contohnya, jika anda bekerja dalam sebuah syarikat yang menjual pinggan
mangkuk, jangan mulakan perniagaan luar yang melakukan yang sama. Ini adalah tidak
beretika dan menyalahi undang-undang / conflict of interest. Lebih baik lakukan
sesuatu yang tidak ada kena mengena langsung dengan pekerjaan tetap anda.

8. Jangan memberitahu syarikat atau rakan-rakan kerja anda yang anda mempunyai
perniagaan sambilan. Ini akan menjejaskan persepsi orang di tempat kerja dan
mungkin menjejaskan kenaikan pangkat anda nanti. Selalunya semasa penilaian kerja
di sektor swasta dan lebih-lebih lagi di sektor awam, orang atasan mungkin tidak
mahu memberikan anda kenaikan gaji kerana berfikir anda sudah kaya kerana ada
perniagaan sampingan. Lebih baik anda low profil sahaja dan bawa kereta biasa sahaja
ke tempat kerja. Tips penting : jangan nampak lebih kaya dari bos-bos anda! Jika anda
ada bisnes MLM pun, jangan terlebih-lebih mempromosinya di tempat kerja.

9. Pastikan anda membayar cukai yang sewajarnya dengan pendapatan tambahan ini.
Dan jika banyak pendapatan anda memang sukar untuk isytiharkan, lakukan bayaran
zakat ke atas pendapatan ini. Contohnya, selalu dalam perniagaan Internet Marketing
seperti affiliate marketing, anda akan menerima bayaran terus ke Paypal secara virtual.

80
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Agak sukar untuk mengisytihar apa-apa pun kerana tiada hitam putih pun, semuanya
virtual sahaja. Lakukan kiraan yang sewajarnya dan berikan zakat.

10. Tetapkan jadual tersusun untuk perniagaan sampingan anda ini.

11. Tetapkan matlamat pendapatan bulanan juga.

Baiklah, apa jenis pendapatan sampingan yang anda boleh lakukan? Macam-macam
sebenarnya. Berikut antara contoh-contoh pendapatan sampingan berisiko rendah yang
anda boleh lakukan selepas kerja:

1. Perniagaan MLM

MLM adalah perniagaan sampingan yang cukup bagus. Saya sendiri adalah ahli kepada 5
jenis MLM dengan salah satunya adalah Amway. Tetapi apa yang saya lakukan ialah
memasuki MLM yang barangannya saya sendiri pakai serta tidak terlalu terikut-ikut
telunjuk upline supaya saya cari ramai downline. Ramai upline akan memaksa atau
meletakkan matlamat yang hampir mustahil untuk dicapai. Mereka mahu anda bekerja
sampai ke pagi buta dan menekan rakan-rakan kerja, ahli keluarga semua sertainya. Pada
saya lakukan dengan cara sustainable. Saya dan isteri adalah ahli kepada Amway,
Tupperware dan beberapa lagi sudah lebih dari 10 tahun. Kami lakukan promosi secara
perlahan-lahan sahaja dan tidak terdesak. Mitos yang seseorang boleh menjadi jutawan
sekelip mata atau mendapat pendapatan lima angka dari MLM itu hanya berlaku kepada
1% daripada ahli sahaja. Mungkin mereka bekerja sebagai pengarah syarikat jadi kesemua
pekerja di dalam syarikat kadang-kadang sehingga beratus memasukinya. Anda mungkin
begitu, tetapi kebanyakan orang seperti anda dan saya tidak begitu. Jadi, apa yang kami
lakukan ialah mudah. Jika ada sesiapa kebetulan mahu membeli barang, kami akan
kemukakan barangan MLM tersebut kepada dia. Jika tidak kami akan senyap sahaja dan
terus menggunakan produk MLM tersebut. Satu lagi rule ialah jangan sertai MLM yang
terlalu baru atau terlalu top dan meminta jumlah wang yang banyak. Selalunya MLM ini
dapat bertahan paling lama 1 tahun selepas itu menghilang begitu sahaja, duit anda pun
lesap sekali.

2. Menjadi agen insuran sambilan

Ini adalah pendapatan sampingan yang cukup bagus sekali jika dilakukan secara
sampingan. Anda perlu ambil kursus dan peperiksaan untuk layak sebagai seorang agen
insuran. Insuran ini penting hari ini untuk sesiapa. Pada saya adalah menjadi
tanggungjawab kita dalam komuniti untuk ingat mengingati terutamanya orang-orang

81
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

muda untuk mengambil insuran. Semasa mereka muda dalam usia 20an, adalah masa yang
sesuai kerana premium yang rendah. Pada saya semua orang mesti mengambil insuran.
Jadi, di masa-masa lapang anda bolehlah di samping bersosial, anda perlu ingat mengingat
juga. Jangan memaksa sesiapa, hanya bercerita sahaja dan kalau tidak mahu tidak apa.

3. Menjadi agen unit trust sambilan

Ini juga pendapatan sampingan yang cukup bagus. Seperti agen insuran, anda juga perlu
mengambil kursus dan peperiksaan untuk layak. Ramai yang tidak tahu sebenarnya
mereka boleh mengambil duit dari KWSP mereka dan dilaburkan ke unit trust seperti
Public Mutual. Saya dulupun tidak mengetahui mengenai ini dan nasib baik seorang agen
unit trust telah memberitahu saya mengenai ini. Hari ini pelaburan Public Mutual saya
mencecah 15% setahun pulangan. Duit ini akan dirasai bila usia saya sampai 55 tahun
nanti. Jadi, sebagai seorang agen unit trust juga, tugas anda adalah untuk mengingat dan
membantu sesiapa yang masih belum keluarkan KWSP mereka ke unit trust.

4. Menjadi agen hartanah

Anda perlu mengambil kursus dan peperiksaan dan menjadi agen dalam sebuah agensi
hartanah. Saya sendiri menjadi agen hartanah untuk kawasan rumah saya. Jadi, mudah
selepas kerja saya boleh menunjukkan mana-mana rumah kepada sesiapa. Saya juga
mengiklan melalui Internet. Selalunya sebagai agen anda akan menerima dalam 2% ke 3%
dari harga rumah, memang cukup berbaloi sekali JIKA dijalankan secara sampingan
sahaja dan bukan untuk sepenuh masa.

5. Menjual pasar malam

Anda boleh samada menjual barang-barang, buah-buahan ataupun makanan minggu


dalam seminggu sekali untuk pendapatan tambahan.

6. Menjual kuih-muih, nasi lemak di depan rumah atau dekat rumah

Ini memang perniagaan yang mudah dan senang. Tetapi ingat perlu ada permit. Anda
boleh menjual air, goring pisang dan lain-lain untuk pendapatan tambahan.

7. Membuat dan menjual kuih, kek, frozen food dari rumah ke rumah

Ramai buat bisnes ini terutamanya di musim perayaan Aidilfitri. Memang cukup
menguntungkan dan semuanya boleh dilakukan di rumah sahaja. Pelanggan anda adalah
dari kawan-kawan, jiran, rakan surau dan mungkin melalui Internet.

82
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

8. Memberikan tuisyen

Memberi tuisyen ini memang cukup lumayan tetapi tidak boleh dibuat besar-besaran
kerana memerlukan permit sebenarnya. Mungkin anda boleh mengambil dalam 5 kanak-
kanak untuk diajar apa-apa seminggu sekali di rumah anda. Kanak-kanak di kawasan
rumah anda. Kalau anda pandai mengaji, boleh mengajar mengaji Quran, kalau pandai
Matematik, ajar Matematik dan lain-lain.

9. Mengambil dan menghantar kanak-kanak sekolah

Jika ada masa boleh masukkan sekali tambahan 4 kanak-kanak untuk dihantar ke sekolah
bersama anak-anak anda. Dan pastikan minta duit dari ibu-bapa, jangan dilakukan
percuma sahaja.

10. Membuat kerja wiring, handyman, renovation secara separuh masa

Jika anda minat ini dan lebih penting lagi tahu bagaimana untuk melakukannya, anda
boleh tawarkan perkhidmatan ini di sekitar kawasan rumah anda selepas waktu kerja
anda.

11. Menjaga kedai orang lain di waktu malam

Kadang-kadang ada kawan-kawan yang perlukan anda menjaga kedai lepas waktu pejabat,
boleh juga dijadikan pendapatan tambahan.

12. Melakukan bisnes burger selepas 6 petang ke atas

Ini bisnes yang lumayan sekali yang boleh dilakukan lepas kerja. Pastikan anda dapat
permit dan laburkan sedikit wang untuk membeli peralatan.

13. Menjual barang-barang terpakai

Sebelum ini saya ada cerita bagaimana untuk menjual barang-barang lama yang terpakai di
rumah anda sendiri, sekarang cuba pula menjual barang-barang lama jiran-jiran, kawan-
kawan atau keluarga anda dengan menggunakan Internet melalui Mudah.my,
Lelong.com.my dan lain-lain.

83
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

14. Perniagaan internet seperti affiliate marketing, membeli dan menjual


barangan, menulis E-Book penerangan, menjual maklumat, Facebook dan
macam-macam lagi.

Saya akan cerita dengan lebih mendalam dan secara detail di bab hadapan lagi mengenai
cara menjana pendapatan melalui Internet ini. Banyak cara sebenarnya, malah banyak cara
di atas sebelum ini sudah boleh gunakan Internet. Kita akan gunakan Internet untuk
menjana majority pendapatan RM3,000 yang anda target sebagai pendapatan tambahan
anda.

15. Kerja-kerja sampingan selepas waktu kerja tetap yang berupa hobi seperti
pertanian, jaga ikan dan lain-lain

Anda boleh jadikan hobi anda di masa lapang sebagai pendapatan tambahan. Contohnya,
jika anda suka berkebun anda boleh menanam pokok-pokok buah-buahan dan menjual
hasilnya.

16. Memotong getah

Kerja paling mudah dan cukup sebagai duit tambahan iaitu memotong getah. Jangan
gelak atau ketawa kerana ia memang duit yang bagus juga sebagai pendapatan tambahan.

17. Memotong rumput rumah-rumah jiran

Anda boleh tawarkan kepada jiran-jiran perkhidmatan memotong rumput, berkebun dan
lain-lain.

18. Membersihkan rumah orang lain

Saya ada seorang kawan yang suami isteri melakukan kerja ini dihujung minggu. Mereka
bersihkan 3 rumah pada hari Sabtu. Satu rumah dapat RM50, jadi dalam sehari dapat
RM150. Dalam sebulan dapat RM600 dari membersih rumah orang.

Pendapatan dengan menjadi agen insuran, unit trust dan hartanah boleh digabungkan
sekali. Dapatkan lesen untuk ketiga-tiga ini dan apabila berjumpa sesiapa atau
mempromosi melalui laman sosial anda boleh promosikan ia sebagai satu pakej.

Untuk MLM pula, anda boleh sertai beberapa MLM yang anda benar-benar gunakan
produknya. Jangan terlalu mudah termakan janji manis untuk menjadi seorang jutawan
dalam 6 bulan dengan MLM. Lihat dari sudut jangka panjang. Jadi, apabila anda berjumpa
84
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

sesiapa anda dan isteri boleh tawarkan kepada sesiapa pelbagai jenis produk MLM
bergantung kepada keinginan masing-masing.

Lain-lain perniagaan sampingan boleh dilakukan dengan syarat ia tidak makan terlalu
banyak masa dan modal sahaja. Selepas ini, saya akan cerita bagaimana untuk menjana
duit dengan menggunakan Internet.

85
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Pendapatan Melalui Internet

86
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Pendapatan melalui Internet ini mula menjadi HOT semenjak tahun 2004 lagi. Yang
sebenarnya, sudah ramai mula buat duit Internet semenjak tahun 1999 lagi tetapi pada
masa itu masih kurang orang Malaysia memasuki Internet ini. Jadi, ramai yang telah lama
bermula dan sudahpun menjadi jutawan Internet dengan pelbagai cara. Pendapatan
internet adalah pendapatan yang paling mudah sekali kerana anda boleh lakukan dari
mana-mana sahaja dan modal yang diperlukan amat kecil sekali dan masa yang diperlukan
untuk membangunkan perniagaan juga tersangat cepat jika dibandingkan dengan
perniagaan tradisional.

Contohnya, untuk menjual pakaian anda perlu membuka kedai, menyewa, melakukan
renovation, mengambil permit meniaga, mengambil pekerja, meletakkan duit deposit
TNB, air dan mungkin Telekom dan perlu ada orang yang anda percaya untuk menerima
duit. Jika anda mahu buka kedai kain online pula, apa yang anda perlu ialah hanya sebuah
blog, akaun Facebook dan mungkin sebuah talian bimbit untuk menjawab apa-apa
pertanyaan. Masa pula boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Stok pakaian boleh
disimpan di rumah sahaja.

Bagaimanapun, ada satu sahaja variable yang penting apabila anda ingin mencuba
pendapatan Internet ini. Ia adalah TRAFIK. Trafik adalah jumlah pelawat ke
halaman/blog/forum dan lain-lain yang anda ingin promosi. Ini adalah kunci sebenarnya
kepada apa-apa cara untuk buat duit di Internet pun. Jika anda gagal atau tidak pandai
dapat trafik, anda akan gagal dalam promosi apa-apa pun. Apa-apa cara yang anda pilih
untuk buat duit di Internet, trafik lah yang menentukan samada anda boleh berjaya atau
tidak. Ingat, TRAFIK = jumlah pelawat yang datang

87
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Yang sebenarnya, ada pelbagai cara untuk buat duit di Internet ini. Kejayaan penyertaan
dalam pelbagai cara ini bergantung samada anda berjaya dapat trafik atau tidak. Berikut
antara cara-cara yang saya sendiri pernah sertai, sedang lakukan dan saya pernah dengar.
Ada yang 100% memang halal, ada yang 100% HARAM dan ada yang saya kurang yakin
tetapi saya senaraikan sahaja di sini sekadar untuk maklumat anda sahaja.

1. Promosi affiliate Clickbank


2. Promosi apa-apa affiliate
3. Blog dan Google Adsense
4. Tuanpunya forum dan Google Adsense
5. Blog dan Nuffnung
6. Jual beli Ebay
7. Menjual fail PDF melalui Ebay
8. Jual beli melalui Ebay
9. Menjual E-Book melalui Internet
10. Menjual maklumat melalui Internet
11. Menjual seminar/consultancy melalui Internet
12. Membuat halaman iklan
13. Promosi hartanah melalui Iklan internet
14. Promosi unit trust melalui Internet
15. Membuat halaman million pixels

88
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

16. Promosi MLM berdaftar melalui Internet


17. Promosi MLM/skim piramid tak berdaftar melalui Internet
18. Promosi muat turun fail
19. Promosi USD/Click
20. Promosi skim pelaburan Internet (HARAM)
21. Pelaburan Forex
22. Menjual ruangan iklan forum/blog/site iklan dan lain-lain
23. Menjual barangan melalui Blog
24. Menjual barangan melalui Forum
25. Mempromosi produk luar seperti restoran/perkhidmatan lain melalui Internet
26. Membuat duit dari Secondlife
27. Membuat duit dari World of Warcraft
28. Buat duit dengan CPA/CPC/CPM/CPI dan lain-lain
29. Membuka halaman keahlian maklumat
30. Menjual masa virtual/webcam dan lain-lain
31. Buat duit dengan Adbrite
32. Buit duit dengan Friendfinder
33. Buat duit porno (HARAM)
34. Buat duit dengan promosi judi (HARAM)
35. Buat duit dengan mempromosi insuran
36. Buat duit dengan online survey
37. Buat duit dengan membaca e-mail
38. Buat duit dengan menulis artikel
39. Buat duit dengan mencipta video Youtube dan lain-lain
40. Buat duit dengan menawarkan perkhidmatan freelancing di Elance dan lain-lain
41. Buat duit dengan memberikan online advice di LiveAdvice.com
42. Setup webinar dan mengenakan bayaran untuk lihat
43. Menjual software online
44. Menjual database email/leads
45. Mencipta video dan menjualnya online
46. Buat duit melalui Amazon
47. Menjual stock gambar
48. Menjual software/ebook MRR/PLR/resell rights
49. Buat duit melalui Craigslist/Mudah.my dan lain-lain

Dan banyak lagi sebenarnya. Kalau saya senaraikan semua peluang yang saya pernah
dengar, mungkin akan penuh sekurang-kurangnya 10 mukasurat lagi. Tetapi ingat ada di

89
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

antara cara di atas memang sah HARAM dan saya senaraikan di sini sebagai pengetahuan
am anda sahaja kerana memang ramai telah menjadi kaya dengan menggunakannya. Bagi
saya, lebih baik anda sertai atau lakukan cara-cara yang sepenuhnya halal dan
diterima di sisi undang-undang serta merupakan cara yang bertahan lama dan untuk
jangka masa yang panjang. Untuk pengetahuan anda, saya hanya menumpukan kepada
beberapa cara sahaja di atas kerana tidak termampu untuk lakukan semua, lagipun saya
fokus dan tumpu kepada yang benar-benar boleh buat duit secara serious sahaja (Pareto
optimization). Bagaimanapun, penumpuan saya adalah lebih kepada teknik
mengumpulkan trafik dan memastikan trafik kembali dan kembali dan kembali.

Sebelum, berikut beberapa asas yang anda perlu ada dan kuatkan sebelum saya terus
bercerita mengenai buat duit melalui Internet ini.

1. KOMPUTER
Komputer adalah aset yang terpenting untuk diri anda. Ia bukan sekadar untuk menjana
pendapatan sampingan melalui Internet sahaja tetapi berguna untuk pelbagai aspek hidup
anda seperti menggunakan Excel untuk mengawal kewangan anda, membuat pelbagai
kiraan kewangan, menulis surat-surat rasmi, mengakses maklumat yang kerajaan
keluarkan hanya melalui Internet zaman ini, mengakses maklumat bank, membayar segala
bil melalui Maybank2u, mengakses saman-saman dan membayarnya secara online,
mengakses penyata kad kredit dan membayarnya, membuka akaun Facebook dan
berhubung dengan kawan-kawan lama dan baru, membaca berita, melihat video-video di
Youtube, sebagai peralatan hiburan anda juga dan bermacam-macam lagi.

Malah terus terang saya katakana komputer mungkin lebih penting dari kereta lagi. Pada
saya komputer dulu, baru fikir membeli benda-benda lain yang anda anggap penting.
Kerana jika anda tiada komputer, susah nanti untuk menjana wang dan melakukan
perkara-perkara yang saya sudah cerita sebelum ini. Kalau kereta, anda masih ada banyak
alternatif lain seperti kenderaan awam dan lain-lain.

Anda perlu komputer sendiri dan supaya jimat duit dan tidak membuang masa ke cyber
café. Anda juga akan terdedah kepada banyak virus dan juga tiada privacy untuk
maklumat-maklumat penting anda jika gunakan komputer di cyber café.

Sebaiknya, anda patut membeli sebuah laptop supaya mudah menggunakan komputer
dan Internet di mana-mana. Selain dari pendapatan Internet, sebelum ini saya jelaskan
bagaimana anda juga boleh membuat duit sampingan dengan menjadi agen insuran, unit

90
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

trust, hartanah, promosi MLM dan lain-lain. Dengan adanya laptop, adalah lebih mudah
untuk anda memberi penerangan dan juga senang menggunakannya di mana-mana.

Atas beberapa contoh yang saya ambil dari halaman Dell yang anda boleh fikirkan untuk
membeli. Keputusan adalah dalam tangan anda.

2. INTERNET
Sebelum ini, saya ada cerita mengenai bil telekom yang sudah termasuk Streamyx ke
dalamnya. Internet laju dan stabil seperti Streamyx adalah penting untuk anda
menggunakan Internet untuk pelbagai tujuan, salah satunya mengakses Youtube. Apabila
anda keluar, anda juga boleh menggunakan Wifi percuma di mana-mana untuk kerja-kerja
anda.

91
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

3. PERISIAN ANTI-VIRUS
Perisian ini penting dan jangan dipandang remeh. Ia penting untuk keselamatan data anda
terutamanya hari ini. Saya sendiri menggunakan Kaspersky Internet Security setiap tahun.
Perisiannya adalah dalam RM100 untuk 3 komputer. Bermakna satu komputer dalam
RM30 setahun sahaja. Anda boleh berkongsi dengan kawan-kawan untuk membeli
perisian 3 lesen ini. Ia perlu dibeli setiap tahun apabila lesen tamat. Anda boleh membeli
perisian ini di mana-mana kedai komputer berdekatan rumah anda.

4. PERISIAN MICROSOFT OFFICE


Ada banyak alternatif seperti Google Docs dan Star Office yang boleh digunakan secara
percuma sahaja. Tetapi saya sendiri suka menggunakan Office yang original dan genuine
supaya kerja-kerja saya terjamin tanpa apa-apa risau.

5. JANGAN GUNAKAN PERISIAN CETAK ROMPAK


Jangan gunakan sebarang perisian cetak rompak. Apa-apa perisian mesti original dan
dibeli dengan kotak dan seal original. Ini untuk mengelakkan anda terkena virus dan juga
menudahkan anda menerima update terkini. Jika anda membeli Dell, semua perisian
adalah terjamin original. Jika anda membeli dari kedai, beritahu kedai anda tidak mahu
sebarang perisian cetak rompak pre-install.

6. JANGAN INSTALL KOMPUTER GAME


Jika anda mahu install pastikan ia original kerana banyak game komputer hari ini
mengandungi virus.

7. CARI TEMPAT YANG SESUAI UNTUK BEKERJA


Jika boleh cari tempat yang sesuai dan jauh dari semua orang supaya anda senang dapat
konsentrasi membuat kerja-kerja Internet untuk pendapatan sampingan anda.

8. MATLAMAT AKTIVITI & MASA


Sebelum anda mula melakukan kerja, pastikan anda sudah tetapkan awal-awal apa yang
anda hendak lakukan dan tetapkan masa untuknya. Contohnya, kadang-kadang semasa
sedang melakukan kerja tiba-tiba menerima e-mail menyatakan ada wall update dalam
Facebook. Hanya dengan satu klik sahaja, anda tersangkut di Facebook dan terus terlupa
buat segala kerja. Tetapkan masa bagi setiap aktiviti. Kalau boleh tutupkan notifikasi
email melalui Yahoo Messenger supaya ia tidak mengganggu anda.

92
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

9. BELAJAR DENGAN YOUTUBE


Belajar segala-gala di Internet dengan menggunakan Youtube.com sahaja. Anda boleh
mencari apa-apa sahaja di sini. Jika anda mahu membuka blog, anda masuk sahaja
Youtube dan cari di sana. Anda mahu masak apa-apa pun boleh cari di Youtube sahaja.

Baiklah, setelah anda pastikan asas-asas seperti di atas telah terpelihara, kerja pertama
yang anda perlu lakukan ialah mencari rumah Internet anda. Zaman sekarang ini, ramai
menggunakan BLOG untuk dijadikan rumah mereka. Di sini mereka akan kemaskini dan
update pelbagai maklumat mengenai diri mereka, mempromosi pelbagai produk dan lain-
lain. Bagaimanapun, hari ini ramai juga menggunakan halaman Facebook mereka untuk
mempromosi produk-produk mereka. Saya akan ajar anda supaya mempunyai DUA
rumah besar iaitu sebuah blog dan juga sebuah Facebook page. Dua-dua halaman ini
akan kerjasama antara satu sama lain iaitu segala maklumat akan dikemaskini di kedua-
dua tempat.

Kesimpulannya

Anda akan membina halaman blog dan Facebook dan menarik trafik ke situ dan
memastikan mereka kembali lagi dari masa ke semasa dan juga supaya mereka tolong
recommend atau memberikan link kepada anda.

Setelah anda ada 2 rumah yang ada trafik yang konsisten sentiasa, anda boleh
mempromosikan apa-apa di sini seperti mempromosi program-program affiliate yang
anda sertai, menjual apa-apa barang, mempromosi insuran, unit trust, produk-produk
MLM anda dan lain-lain lagi.

Tugas anda hanyalah melakukan posting di blog, wall posting di Facebook ikut kesukaan
anda, mungkin tweet sedikit dalam Twitter dan hanya perlu letak link-link promosi
produk-produk anda.

93
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

MEMBINA BLOG
Gunakan Blogspot
Anda boleh menggunakan samada Blogspot atau Wordpress. Yang paling mudah dan
tidak mahu pening-pening ialah dengan membuka blog dengan menggunakan Blogspot
sahaja. Ia percuma sahaja dan mudah. Berikut langkah-langkah yang anda boleh lakukan :

1. Buka Gmail

Jika anda masih belum ada akaun Gmail, buka satu akaun Gmail dengan pergi ke
http://gmail.com. Klik pada Create An Account seperti dalam gambarajah di bawah. Jika
anda sudah ada akaun Gmail, gunakan sahaja akaun Gmail sedia ada anda dan tidak perlu
lakukan langkah ini lagi.

Video Bagaimana Membuka Akaun Gmail


http://www.youtube.com/watch?v=2DV7wCY1z1s&feature=fvst

2. Buka Blogger.com

Pergi ke blogger.com dan masukkan Userid dan Password akaun Gmail/akaun Google
anda tadi. Anda akan di bawa ke halaman seperti di bawah. Isi sepenuhnya.

94
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Anda akan di bawa ke bawah. Klik pada bawah.

Isi nama blog, alamat blog dan lain-lain.

95
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Klik pada Start posting dan mula menulis apa-apa.

96
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Klik pada Publish dan anda akan dapat pergi melihat blog anda.

Langkah-langkah di atas adalah secara ringkas sahaja kerana tidak mahu memenuhkan
buku ini dengan langkah-langkah yang mungkin akan berubah dalam masa beberapa
bulan sahaja lagi. Untuk pengetahuan anda, Internet ini sentiasa berubah dan banyak
kemas-kini dilakukan. Apa yang saya tunjuk di atas mungkin berlainan sekali di masa akan
datang. Saya tidak mampu untuk sentiasa melakukan kemaskini ke atas buku ini. Anda
boleh belajar sendiri bagaimana untuk membuka akaun Gmail dan akaun Blogger melalui
Youtube sahaja. Hanya gunakan search untuk mencari cara-cara terkini untuk segalanya.

Bagaimana Membuka Blogger


http://www.youtube.com/watch?v=kdFum5DPIfI

Buka video-video di atas dan biarkan full screen untuk melihat dengan jelas.

Tajuk Blog Anda


Saya sering mendengar masalah yang dihadapi oleh ramai termasuk kawan-kawan saya
sendiri ialah masalah untuk topik/tajuk yang sesuai untuk blog mereka. Topik termudah
untuk blog anda ialah kehidupan anda. Blog anda adalah seperti diari anda di mana anda
merakamkan aktiviti harian anda di sana dan meminta komen/pandangan orang ramai
mengenai aktiviti tersebut. Contohnya, pada hari ini anda pergi membeli barangan
elektronik di Jalan Pasar dan menceritakan pengalaman tersebut di dalam blog anda.
Bukan susah pun untuk bercerita apa yang anda lakukan semasa anda melawat Jalan
Pasar. Anda boleh senaraikan nama-nama kedai yang anda lawati. Dan lebih bagus jika
anda mengambil gambar-gambar melalui handset anda dan paparkannya di dalam blog
anda supaya ramai boleh melihatnya. Ini bukan sahaja untuk pengetahuan pembaca blog
anda tetapi juga sebagai rekod hidup anda supaya dapat dikenang semula pada masa akan
datang nanti. Tajuk posting adalah tersangat penting kerana Google nanti akan senaraikan
ia berdasarkan apa yang anda posting. Contohnya, anda letak tajuk posting seperti berikut
“Bagaimana Untuk Mencari Pokok Buluh Madu Di Sg Buloh”. Katalah anda pergi ke Sg
Buloh untuk mencari pokok-pokok hiasan, mungkin anda mahu cerita berapa harga yang
anda telah bayar untuk membeli pokok. Lokasi di mana anda membeli dan lain-lain.
Sekarang bila anda lakukan posting, dan sesiapa menggunakan Google untuk mencari “sg
buloh pokok”, kemungkinan besar blog anda akan terkeluar dalam carian Google. Yang
bagusnya, anda boleh lakukan bermacam-macam jenis posting dalam pelbagai topik.
Bagaimanapun, tajuk blog anda boleh sekadar “Kehidupan Harian Saya Sahaja”. Hara
panda faham apa yang saya ingin ceritkan ini ya?

97
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Jika anda lakukan posting dalam 2 atau 3 posting setiap minggu, anda sepatutnya sudah
ada 72 posting dalam masa 6 bulan. Ini akan meningkatkan kebarangkalian orang akan
menjumpai blog anda dalam Google. Bagaimanapun, jangan menumpukan untuk
melakukan banyak posting sebaliknya biar ia berlaku secara semulajadi sahaja. Rakamkan
sahaja kehidupan anda, segala pendapat anda di dalam blog tersebut. Berikut beberapa
contoh bagus yang saya jumpa di Internet. Apabila anda sampai ke blog tersebut untuk
sekadar membaca satu posting sahaja, mungkin anda akan juga membaca topik-topik
posting yang lain juga dan mungkin mereka akan bookmark blog mereka untuk rujukan
akan datang.

http://www.wiehanne.com/

98
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

http://azid-inspirasi-alam.blogspot.com/

Dua di atas hanya beberapa contoh yang saya jumpa. Ada banyak lagi sebenarnya. Saya
tidak mahu memenuhkan ruang di buku ini, anda boleh Google dan cari banyak lagi
untuk di jadikan contoh dalam membina blog anda.

Selain dari itu, anda boleh juga boleh memberikan pendapat dalam apa-apa hal samada
isu-isu semasa atau apa-apa yang anda ternampak di mana-mana. Contohnya, semasa
menaiki Komuter anda nampak cermin pecah tetapi tidak dibaiki oleh pihak pengurusan
atau anda pergi ke KFC dan layanan yang diberikan kurang memuaskan ke apa.

Anda juga boleh memberikan pendapat tentang apa-apa berita semasa yang berlaku.
Contohnya, berita mengenai pecah masuk yang berlaku dan apa pendapat anda
mengenainya atau berita mengenai skim pinjaman perumahan untuk yang berpendapatan
rendah dan apa pandangan anda mengenainya dan banyak lagi. Beberapa contoh blog
adalah seperti berikut :

99
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

http://lelong2u.blogspot.com/2011/01/kadar-pinjaman-perumahan.html

100
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

http://noorazmanmahat.blogspot.com/2010/06/karangan-langkah-langkah-untuk.html

Bagaimanapun, saya meminta anda janganlah memberikan komen-komen yang


kontroversi kerana ia mungkin memberikan padah kepada anda nanti. Juga jangan
memberikan alamat rumah ataupun nama penuh anda atau nombor kad pengenalan atau
nombor kereta anda di dalam halaman blog anda kerana hari ini terlalu ramai penjenayah
yang dapat gunakan maklumat ini untuk pelbagai tujuan yang tidak betul. Siarkan apa
yang anda rasa patut sahaja tetapi tidak perlu terlalu personal kerana ia mungkin
merbahaya zaman ini.

101
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Aksesori Blog
Benda-benda berikut bagus di pasang di blog anda tetapi bukan semestinya wajib. Yang
lebih penting ialah tajuk blog posting anda sebenarnya. Gunakan Add A Gadget pada
ruangan Layout untuk melihat senarai aksesori yang anda boleh gunakan. Saya senaraikan
beberapa yang penting untuk anda gunakan di blog anda sahaja.

102
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Stats, Follow by Email, Followers, Search Box, Blog List, Feed, Subscription Links,
Labels.

Ikuti video di bawah untuk cara-cara menambah gadget di akaun blogger anda
http://www.youtube.com/watch?v=-KyXW6aPsCY&feature=fvst

Bagaimana Mendapat Trafik Ke Blog Anda


Walaupun, adalah penting untuk anda melakukan promosi-promosi seperti di bawah ini,
tetapi yang lebih penting ialah memastikan anda melakukan posting yang berkualiti, tidak
meniru mana-mana kandungan blog lain kecuali untuk memberi komen mengenai sesuatu
isu sahaja dan selalu juga melakukan posting. Jika anda lakukan ini dengan baik, maka
trafik akan datang sendiri. Tetapi, adalah elok untuk permulaan selama 6 bulan, anda
berusaha sedikit untuk mendapat trafik sendiri juga. Berikut antara caranya :

1. MELALUI SEO

Anda tidak perlu lakukan apa-apa pun. Pastikan topik/tajuk anda benar-benar
menceritakan posting anda. Google akan mula berjalan (dengan melakukan spider) dan
memasukkan posting anda ke dalam Google supaya orang dapat mencari posting anda
kadang-kadang dalam masa beberapa saat sahaja.

2. MELALUI LINKBACK

Linkback adalah link di halaman lain yang membawa trafik ke blog anda. Anda perlukan
orang lain menyenaraikan blog anda di blog mereka. Anda juga boleh mencipta banyak
linkback dengan menyenaraikan blog anda di portal-portal iklan, memberikan komen-
komen di blog orang sambil mempromosi blog anda dan lain-lain. Linkbank ini adalah
penting untuk anda mendapat listing yang lebih baik di dalam Google. Jika lebih banyak
linkbank yang anda ada, Google akan rasa bahawa blog anda adalah link yang patut keluar
dan naik lebih tinggi dalam senarai listing mereka. Antara cara-cara untuk mencipta
linkback ialah meminta blog-blog lain memberi anda link dan anda pula memberikan link
kepada mereka, memberi komen di blog lain sambil mempromosi blog anda sendiri,
memasuki segala laman iklan seperti Mudah.my dan meletakkan link anda di sana dan
lain-lain. Jadi, formulanya ialah untuk mencipta banyak-banyak linkback supaya blog anda
dapat senarai yang lebih tinggi dalam Google. Bagaimanapun, anda perlu berusaha untuk
linkback ini selama 6 bulan, kemudian sudah boleh lepaskan begitu sahaja.

103
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

3. MELALUI FACEBOOK

Anda boleh mempromosi blog anda melalui akaun Facebook anda. Saya akan cerita
dengan lebih lanjut teknik Facebook ini nanti. Facebook bukan sekadar untuk
mempromosi blog anda sahaja tetapi juga boleh digunakan untuk mempromosikan
produk/perkhidmatan anda terus di sana.

4. MELALUI FORUM

Anda boleh mempromosi blog anda dengan meletakkan link blog anda di dalam signature
posting anda. Saya akan cerita dengan lebih lanjut mengenai teknik ini di ruang hadapan
nanti.

5. MELALUI FOLLOW BY EMAIL

Gunakan Add A Gadget di dalam blogger dan pastikan anda ada pengikut yang
menerima blog posting anda melalui e-mail. Di sini anda boleh terus promosi apa-apa
melalui blog anda supaya sentiasa menarik mereka masuk kembali.

6. MELALUI TWITTER

Anda boleh mempromosi blog anda dengan meletakkan link blog anda di dalam tweet
posting anda. Saya akan cerita dengan lebih lanjut mengenai teknik ini di ruang hadapan
nanti.

7. MELALUI YOUTUBE

Jika anda suka mencipta video dan muat naik video itu ke Youtube, pastikan anda
meninggalkan link ke dalam video Youtube anda. Video sebelah adalah contoh di mana
anda bukan sahaja boleh mencipta linkback ke blog anda tetapi juga mempromosi blog
anda di dalam video Youtube. Anda boleh mencipta video-video yang hits tinggi dan
letak link blog anda.

104
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

FACEBOOK
Zaman sekarang hampir semua orang ada akaun Facebook. Di katakan hampir
kebanyakan di Malaysia hari ini memang menghabiskan masa depan Facebook mereka
sepanjang masa sahaja. Mereka yang mempunyai smartphone pula membiarkan Facebook
sentiasa on sahaja. Apa-apa wall posting yang datang, serta-merta mereka akan akses, lihat
dan beri komen. Ramai orang akan merakamkan setiap detik hari-hari mereka di dalam
Facebook dan ramai kawan-kawan mereka juga suka memberi komen dan melihat setiap
detik ini. Bagaimanapun, Facebook ini boleh menyebabkan ketagihan untuk sentiasa
online dan saya risau akan menjejaskan hubungan sosial anda di alam realiti dan juga amat
melekakan sehingga mengabaikan kerja-kerja lain yang lebih penting. Bagaimanapun,
anda masih boleh melakukan posting sekali-sekala dan untuk mempromosikan produk-
produk anda di sana.

Saya sebenarnya tidak mahu membuat screen capture di sini menunjukkan bagaimana
untuk membuka akaun kerana ia akan mengambil ruang dalam buku ini, lagipun

105
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Facebook sentiasa berubah. Satu hari cerita begini, mungkin dalam masa beberapa bulan
sudah berubah. Jadi, saya beri link Youtube untuk anda melihat video supaya lebih
senang belajar dan juga boleh dapatkan info terkini melalui Youtube sahaja.

Bagaimana untuk membuka akaun Facebook.


http://www.youtube.com/watch?v=msvSBPWBMls

Bagaimana untuk add a friend dalam Facebook


http://www.youtube.com/watch?v=4xLpDzrnhNg

Bagaimana melakukan wall posting dalam Facebook


http://www.youtube.com/watch?v=LKS2LLdKYMw

Bagaimana untuk memasukkan gambar ke dalam Facebook


http://www.youtube.com/watch?v=G_s3SIfudGU

Bagaimana untuk meletak link blog dalam profil Facebook anda


http://www.youtube.com/watch?v=REXL9EKn7lg

Bagaimana untuk meletakkan link ke dalam wall posting Facebook


http://www.youtube.com/watch?v=BL6Qg2eHQm8&feature=related

Berikut adalah video-video mengenai segala-galanya di Facebook


http://www.youtube.com/playlist?list=PLDF13D5B773AF304F&feature=plcp

Mungkin ramai di antara anda sudah tahupun ini semua jadi tidak perlukan apa-apa
tutorial pun. Tiada rahsia apa-apa sebenarnya, hanya masuk Facebook seperti biasa dan
tambahkan kawan atau kawan-kawan menambah anda dan sekali-sekala lakukan wall
posting, kemudian dalam 2 minggu sekali mungkin tawarkan perkhidmatan anda kepada
mereka. Itu sahaja. Tidak perlu spam kawan-kawan atau apa-apa pun.

FORUM
Forum adalah cara baik untuk anda mempromosikan link blog dan juga mempromosi
produk-produk anda. Cara terbaik adalah dengan sekadar meninggalkan signature dalam
posting anda sahaja. Tidak perlu mempromosi apa-apa pun di forum. Anda masuk forum
dan sertai forum tersebut seperti biasa sahaja tetapi pastikan dalam profil akaun forum
anda, ada link di dalam setiap posting anda. Ini boleh dilakukan secara automatik sahaja
dan tidak perlu lakukan apa-apa lagi. Berikut contoh di dalam forum Lowyat.

106
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Misalannya, dalam forum posting di atas, WaCKy-Angel sedang bercerita dalam thread
mengenai Windows & dan tajuk thread ini tiada kena mengena pun dengan signaturenya.

Berikut video Youtube mengajar bagaimana untuk daftar dalam mana-mana forum dan
mencipta signature dalam profil forum anda.
http://www.youtube.com/watch?v=KgCd0vLbsaA

Cara terbaik untuk ialah membuka thread yang anda pakar dalam sesuatu isu dan tajuk itu
juga popular supaya view dan replies banyak.

Jangan promosi apa-apa sekadar biarkan sahaja, signature anda melakukan segala kerja.
Mungkin selama 6 bulan sahaja anda perlu aktif supaya boleh mencipta banyak linkback
ke blog anda. Tetapi selepas itu, anda boleh memasuki forum dan berborak seperti biasa
sahaja.

107
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Antara forum yang terkenal di Malaysia yang anda boleh sertai dan berborak ialah Forum
Low Yat, Forum Cari dan Forum Carigold. Tiga forum ini sudah cukup untuk anda
bermula. Tidak perlu membuang masa di mana-mana forum lain lagi.

TWITTER
Dari masa ke semasa anda juga patut menggunakan twitter posting tentang kandungan
blog anda atau memberi komen tentang apa-apa isu di sini dan berikan link ke blog anda.
Twitter adalah seperti blog dan facebook, cuma ia adalah untuk komen-komen yang
pendek sahaja. Berikut video tutorial Youtube yang anda boleh gunakan untuk belajar
menggunakan Twitter.

Bagaimana untuk membuka akaun Twitter


http://www.youtube.com/watch?v=Txc9lmmSHPM

Bagaimana Untuk Melakukan Tweet


http://www.youtube.com/watch?v=xfPmf-iMJbo

Bagaimana untuk memendekkan link URL dalam Twitter


http://www.youtube.com/watch?v=qoMAGZp85JQ&feature=related

Segala-galanya mengenai Twitter


http://www.youtube.com/watch?v=-4tCn2KTLro&feature=related

108
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

PRODUK/PERKHIDMATAN YANG BOLEH DIPROMOSI


Anda perlu berusaha membina trafik yang konsisten dan menerima kembali trafik yang
telah datang dulu. Dengan ini anda perlu tunggu selama 6 bulan untuk mempromosi dulu
dan memastikan blog anda mempunyai trafik yang tinggi dan Facebook anda mempunyai
ramai kawan. Setelah itu, anda sudah boleh mula mempromosi produk/perkhidmatan
anda melalui blog anda dengan meletakkan banner/text link seperti contoh di bawah :

Anda boleh letakkan banner atau text link di atas blog seperti yang anda lihat di atas dan
juga di tepi blog anda sepanjang tepi. Contoh di atas adalah dari sebuagh blogspot yang
popular iaitu http://itsmesaiful.blogspot.com.

Dalam blospot anda perlu gunakan Layout/Design > Add A Gadget > HTML/Script

Lihat video tutorial bagaimana untuk meletakkan banner


http://www.youtube.com/watch?v=0Z_oDPC7a00

109
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Berikut antara produk-produk yang anda boleh promosi.

1. CLICKBANK

Anda boleh mempromosi produk-produk yang tersenarai di Clickbank.com. Ada banyak


produk-produk yang tersenarai di sini yang boleh di promosi. Pergi
http://www.clickbank.com/marketplace.htm dan lihat kategori produk yang boleh di
promosi. Cari produk yang anda rasa sesuai untuk blog anda.

Atas contoh kategori produk-produk yang anda boleh promosi di blog anda. Sebelum
anda mahu promosi anda perlu mendaftar dengan Clickbank dulu. Lihat video bawah :

http://www.youtube.com/watch?v=LW0OmB1Jgwk

Video di atas mengajar anda bagaimana mendaftar dengan Clickbank kemudian


bagaimana untuk mencari produk dan mencipta link. Video atas adalah lengkap dan telah
terangkan segala-galanya. Masukkan kod html ke dalam blogspot anda dengan
menggunakan Add A Gadget seperti yang diceritakan sebelum ini. Anda juga boleh ke
halaman web utama produk tersebut dan mendapatkan banner yang anda boleh gunakan
untuk mempromosi. Berikut satu lagi video yang menerangkan segala-galanya.

http://www.youtube.com/watch?v=rWdxaz_620Y

110
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

2. AFFILIATE LAIN

Anda juga boleh mempromosi produk-produk affiliate lain selain dari Clickbank. Hanya
Google sahaja perkataan “affiliate” dan banyak akan keluar.

111
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

3. AFFILIATE AMAZON

Selain dari itu, Amazon.com adalah program pertama dalam dunia yang memperkenalkan
sistem affiliate ini. Anda boleh sertainya dan lihat apa-apa produk yang anda boleh
promosi di sana. Lihat video http://www.youtube.com/watch?v=c-j3VjHxQeQ

4. GOOGLE ADSENSE

Selain dari itu, ada juga satu program yang Google sendiri buat supaya anda boleh buat
duit melalui blog anda. Anda boleh sertai program Google Adsense dan letakkan banner
mereka di blogspot anda. Oleh kerana Google adalah tuan punya kepada Blogger juga,
amat mudah sekali untuk meletakkan Google Adsense ke dalam blogger anda. Lihat
video ini : http://www.youtube.com/watch?v=KqFE6hSZ4Nk

Beberapa lagi video : http://www.youtube.com/watch?v=desZEPMFdGo

http://www.youtube.com/watch?v=mXJ9DapZ1p4&feature=related

112
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Mudah sahaja sebenarnya. Hanya pasang sahaja Google Adsense dan tumpu lebih kepada
posting blog anda sahaja dan menjaga trafik. Duit akan sampai dalam bentuk cek USD.

5. NUFFNANG

Selain dari itu, anda juga boleh sertai program tempatan dari Malaysia yang okay juga
seperti http://www.nuffnang.com.my. Tumpu ke blog anda sahaja, cek akan sampai bila
cukup pendapatan nanti. Video : http://www.youtube.com/watch?v=C8Gsi36vDOA

6. PROMOSI PRODUK/PERKHIDMATAN BRICK AND MORTAR

Sebelum ini saya ada menyarankan anda supaya menjadi agen insuran, agen unit trust
Public Mutual dan juga agen hartanah. Apabila anda ada blog yang popular dan trafik
yang tinggi dan juga sebuah akaun Facebook yang mempromosi antara satu sama lain,
anda sudah boleh mempromosi sahaja produk-produk ini di sana. Tinggalkan nombor
telefon bimbit supaya mereka dapat hubungi anda. Anda juga boleh buat posting yang
menceritakan tentang produk yang anda tawarkan. Anda juga boleh letak di sebelah tepi
blog tentang tawaran-tawaran ini.

7. PROMOSI PRODUK MLM

Jika anda menyertai banyak program MLM, promosi sahaja di sini. Atur temujanji melalui
blog anda supaya anda boleh berjumpa atau mengadakan pertemuan virtual dengan
webcam dan lain-lain.

8. PROMOSI EBOOK/PDF/MAKLUMAT

Jika anda mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, anda boleh menulis buku dengan
menggunakan Word kemudian menukarkannya ke fail PDF untuk dijual melalui blog
anda. Contohnya, anda pandai bercucuk tani, mungkin anda mahu tulis ebook yang
ringkas mengenai ini. Jual mungkin dalam RM30 di dalam blog anda dan terima duit
dengan menggunakan Maybank, CIMB atau Paypal. Kemudian anda boleh
menghantarkan fail tersebut dengan menggunakan e-mail sahaja. Anda juga boleh
tawarkan consultancy one on one dengan harga yang telah disetujui dahulu dengan
promosi melalui blog anda.

9. MUDAH.MY

Sebelum ini saya ada beri nasihat supaya anda menjual segala barangan lama yang tidak
berguna melalui Mudah.my. Setelah anda habis menjual semua, cuba menjual barangan-

113
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

barangan ahli keluarga, jiran atau kawan-kawan yang tidak berguna melalui Mudah.my
pula dan ambil komisen bagi setiap jualan ini.

Baiklah, anda telah ada rumah iaitu blog dan juga produk/perkihdmatan yang boleh dijual
dan dipromosi online, maka lengkaplah perjalanan anda untuk menjana pendapatan
sampingan melalui Internet. Berikut beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk
berjaya di Internet ini..

1. MINTA TESTIMONIAL/KOMEN
Pastikan anda menerima banyak komen dalam posting yang memberi testimonial tentang
produk yang anda cuba jual.

2. MASA YANG KONSISTEN DIPERLUKAN


Anda perlu sekurang-kurangnya dalam 1 jam ke 2 jam sehari untuk diperuntukkan
memberi fokus ke blog anda. Lama kelamaan mungkin masa yang diperlukan akan lebih
pendek lagi terutamanya selepas 6 bulan berlalu dan jika anda ada smartphone seperti
Iphone anda boleh melakukan posting di mana-mana pun, contohnya mungkin anda
boleh menulis di dalam Komuter.

3. JANGAN BUANG TERLALU BANYAK MASA


Jangan buang terlalu banyak masa dengan Facebook dan Forum. Kadang-kadang aktiviti
ini boleh membuat anda ketagih dan hilang tumpuan malah mengabaikan hidup anda di
luar pula.

4. MATLAMAT PENDAPATAN
Letakkan matlamat pendapatan bulanan dari pendapatan sampingan Internet ini.
Contohnya, jika anda mahu RM2,000 sebulan, pastikan anda dapat pulangan RM70
sehari. Ini bermakna dalam USD23 sehari. Jika anda mempromosi produk Clickbank
yang memberikan USD10 untuk setiap jualan, anda perlu dapat 2 jualan sehari.

5. TIDAK PERLU TERLALU TEKNIKAL


Tidak perlu terlalu teknikal dengan teknik-teknik melampau yang anda sering baca di
Internet seperti bagaimana untuk mendapat sehingga 10,000 trafik sehari dan lain-lain.
Hanya tumpu sahaja ke posting blog anda, biar ia menarik, konsisten dan pasti anda akan
dapat trafik dan mereka akan kembali dan kembali lagi.

114
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Pelaburan Power

115
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Di bab ini saya akan menceritakan di mana anda patut simpan semua duit yang anda telah
bekerja keras untuk menyimpan setiap bulan. Sebelum ini, saya telah ceritakan yang
matlamat anda adalah untuk menyimpan jumlah RM5,000 sebulan. Jumlah ini patut anda
laburkan dalam ASB/ASW2020, Hartanah, Public Mutual dan pelaburan emas dan silver.

Mencari pendapatan sampingan akan membantu kestabilan kewangan anda dan


pelaburanlah yang akan menjadikan anda kaya sebenarnya. Banyak jutawan dari zaman
dahulu lagi kaya kerana pelaburan samada hartanah atau pelaburan dalam syarikat.

Saya akan ceritakan secara keseluruhan berapa peratus dari pelaburan masuk mana setelah
saya menceritakan kesemua teknik-teknik pelaburan tersebut.

ASB/ASW2020
Bagi yang bumiputera anda patut masukkan kesemua simpanan yang anda perolehi ke
dalam ASB sebaik anda mendapat duit tersebut. Hanya duit simpanan kecemasan yang
saya cerita sebelum ini perlu diletakkan ke dalam akaun simpanan bank untuk tujuan
kecemasan kemudian di akhir tahun dimasukkan juga ke dalam akaun ASB anda. Peratus
dividen yang ditawarkan adalah antara 7% ke 8% setahun kemudian ada bonus purata 10
tahun antara 1% ke 2% setahun. Sebelum ini, saya telah bercerita mengenai konsep duit.
Dengan menggunakan “compound interest”, simpanan RM5,000 akan bertukar menjadi
RM10,794.62 dalam masa 10 tahun jika dibiarkan dan dilupakan terus di dalam ASB.
Pelaburan di dalam ASB pula adalah terjamin dan pendapatan tahunannya memang
dijangka melebihi 7% setiap tahun. Dengan ini, anda sudah boleh buang banyak
kerisauan mengenai kesemua simpanan anda. Anda boleh mengakses duit simpanan anda
ini pada bila-bila masa (hari bekerja) di pejabat pos, Maybank, CIMB dan RHB.

Bagi yang bukan bumiputera pula, anda boleh laburkan simpanan anda ke dalam
ASW2020, amanah saham ini memberi pulangan dalam 6% ke atas pula. Semua hampir
serupa dengan ASB tetapi pulangan kurang sedikit dan tiada limit simpanan. Anda juga
boleh masukkan sebahagian dari simpanan anda ke dalam Public Mutual juga. Saya akan
terangkan mengenai ini selepas ini.

Satu rule yang saya lakukan ialah apabila sudah masukkan duit ke dalam ASB, saya tidak
akan langsung cuba mengeluarkannya kecuali untuk tujuan pelaburan hartanah.

116
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

HARTANAH
Ini adalah pelaburan yang paling saya minati kerana ia memberikan pulangan yang
lumayan sekali dan saya anggap selamat juga jika dilakukan betul-betul seperti yang saya
akan cerita selepas ini. Ikuti teknik-teknik yang saya akan cerita di sini dan mulakan
pelaburan hartanah anda. Saya banyak belajar pelbagai teknik-teknik ini dari Azizi Ali dan
Robert Kiyosaki. Ia sebenarnya mudah dilakukan dan ada pelbagai cara dari teknik yang
paling berisiko ke teknik yang paling kurang risiko. Jika tinggi risiko pulangan akan lebih
tinggi dan jika kurang risiko pulangan akan lebih rendah. Dalam buku ini, saya akan cerita
teknik yang paling kurang risiko dahulu. Sebagai seorang yang baru memulakan
perjalanan sebagai seorang pelabur hartanah, lebih baik anda mencuba yang paling kurang
risiko sekali.

Keadaan Semasa Di Amerika Syarikat & Eropah

Jika ingin menceritakan apa yang terjadi di Amerika Syarikat dan Eropah memang cukup
panjang lebar ceritanya. Anda boleh wiki “subprime mortgage crisis”. Apa yang terjadi,
harga hartanah di USA melambung begitu teruk sekali, ramai yang menjadi kaya-raya
sekelip mata kerana hartanah di sana, kadang-kadang dalam masa beberapa bulan sahaja
kerana teknik “flipping” iaitu menjual dalam masa beberapa bulan, kadang-kadang
beberapa hari sebelum menjelaskan bayaran penuh pun. Secara ringkasannya, ini yang
telah berlaku. Setelah 9/11 pada tahun 2001, Federal Reserve telah menurunkan kadar
faedah untuk menjana ekonomi kerana risau impak dari 9/11. Akibatnya, bank-bank
semua menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan. Ini menyebabkan hampir semua
orang mudah membeli dan memiliki hartanah di USA. Akibatnya, harga-harga rumah
main naik kerana makin ramai pembeli. Kemudian, bank-bank pula kerana mahukan
keuntungan yang melampau telah memperkenalkan “subprime loan”. Ini adalah pinjaman
yang diluluskan tanpa mengira anda kerja atau tidak, tetapi kadar faedah yang tinggi
memberikan pulangan tinggi kepada bank-bank yang mempromosikannya. Kemudian,
antara 2006 ke 2007, harga minyak seluruh dunia mula naik secara mendadak
menyebabkan banyak keluarga sudah tidak mampu hendak membayar ansuran masing-
masing terutamanya mereka yang mengambil subprime loan. Akibatnya banyak subprime
loan mula bungkus dan akhirnya penyakit ini meresap ke seluruh sistem ekonomi
Amerika Syarikat. Penyakit ini akhirnya menular hingga ke Eropah. Sekarang harga-harga
rumah di USA dan Eropah adalah dalam 40% kurang dari sebelumnya.

117
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Begitulah sedikit sebanyak ceritanya. Point yang saya ingin lakukan ialah penyakit di atas
susah hendak hinggap ke Malaysia dan Asia seluruhnya pada pendapat saya. Ada banyak
sebab mengapa ia susah untuk sampai ke Malaysia :

1. Malaysia tidak ada subprime loan. Semua peminjam perlu betul-betul ada kerja dan
layak. Syarat-syarat untuk meminjam di sini adalah ketat
2. Di Malaysia, hanya 90% sahaja pinjaman diberikan, selebihnya perlu duit muka tunai
3. Malaysia dan Asia telah mengalami kegawatan yang teruk pada tahun 1999 dan kita
telah belajar dari ini semua.
4. Hartanah di Malaysia adalah masih rendah jika dibandingkan dengan Singapore, Hong
Kong, Australia dan China
5. BNM telah memperkenalkan banyak regulasi supaya pasaran hartanah di Malaysia
adalah stabil
6. Malaysia sekarang menarik banyak pelabur-pelabur dari seluruh dunia dalam
pelaburan hartanah ini, menyebabkan harga-harga rumah makin naik
7. Harga minyak serta bahan makanan adalah diregulasi oleh kerajaan. Agak sukar untuk
kos sara hidup tiba-tiba melambung seperti di USA.
8. Malaysia hampir dengan geografi China, di mana semua pembangunan ekonomi dunia
tertumpu sekarang
9. Ada pelan pembangunan terperinci yang jelas untuk Greater Kuala Lumpur /
Lembah Klang
10. Malaysia melaksanakan dasar ekonomi terbuka, jadi jika harga hartanah mula turun
iakan dioffset oleh pelaburan dari luar negara. Ini berbeza sekali dengan Thailand,
Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Oleh kerana di atas, saya memang yakin, pelaburan hartanah ini akan terus-menerus
memberi keuntungan jika anda memasukinya.

Dalam teknik ini, saya akan memilih teknik berisiko rendah dan mudah untuk dilakukan.
Selepas itu saya akan bercerita teknik-teknik lain yang anda boleh gunakan. Berikut
langkah-langkah untuk bermula :

1. Memilih Hartanah

Ada 2 isu yang perlu diambil kira iaitu lokasi dan jenis hartanah. Lokasi perlu di mana ada
aktiviti ekonomi yang tinggi. Pada saya elok anda melabur di Lembah Klang atau Greater
Kuala Lumpur.

118
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Jumlah penduduk di Greater Kuala Lumpur adalah 6 juta sekarang iaitu 21% dari
keseluruhan penduduk Malaysia. Kepadatan penduduk di Greater Kuala Lumpur
dijangka meningkat ke 10 juta pada tahun 2020 nanti. Bermakna, ia akan meningkat
sebanyak 67% dalam masa kurang dari 10 tahun sahaja lagi.

Menurut Kementerian Kewangan, secara keseluruhan harga rumah di Malaysia meningkat


dalam 7.5% setahun. Di Kuala Lumpur sebanyak 7.1% setahun, Selangor 9.6% setahun,
Perak 8% setahun dan Negeri Sembilan 5% setahun. Kawasan Greater Kuala Lumpur
(KL/Selangor) adalah tempat yang anda patut laburkan simpanan anda.

Sementara untuk jenis rumah pula, statistic seluruh Malaysia adalah seperti berikut :

 Rumah teres naik 7.7%


 Banglo naik 5.8%
 Semi-detached naik 5.3%
 Apartmen/kondo naik 0.9%

Jadi, lebih baik membeli rumah teres kerana pulangannya lebih terjamin walaupun lebih
susah untuk mendapatkan penyewa dan harganya lebih tinggi. Alasannya mudah sahaja
kerana ramai keluarga mahu membeli rumah teres sendiri dan sudah muak menyewa
apartmen atau kondo.

Sekarang lokasi di dalam Greater Kuala Lumpur mana pula yang anda patut cari.
Seboleh-bolehnya cari di mana anda menyewa atau duduk sekarang supaya anda senang
pantau pembinaannya atau senang memahami kawasan tersebut. Anda telah lama duduk
di situ, anda tahu berapa minit dan di mana untuk cari jalan, kemudahan awam kawasan

119
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

tersebut. Anda juga telah memilih untuk duduk menyewa di kawasan tersebut kerana
mudah untuk ke tempat kerja anda. Mungkin penyewa dan pembeli juga akan berfikiran
sama juga.

Oleh kerana ini adalah pelaburan pertama anda, kita gunakan contoh kawasan yang boleh
dikira murah di Greater Kuala Lumpur. Antara kawasan terpilih ialah Puchong,
Kajang/Bangi/Cheras dan Selayang/Kepong/Sg Buloh/Kota Damansara.

Bagaimana untuk mencari hartanah anda? Anda boleh gunakan


http://www.iproperty.com.my. Ia ada senarai hartanah terpakai dan hartanah terbaru.
Dalam contoh ini, saya akan gunakan Kajang/Bangi/Cheras sebagai kawasan pilihan.

120
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Atas adalah contoh pencarian dalam Iproperty. Contoh yang bagus ialah rumah Taman
Kajang Baru Sg Jelok, Kajang berharga RM175,000. Jika anda gunakan Google Maps,
lokasi Taman Kajang Baru Sg Jelok adalah menarik dan dekat ke tengah Kuala Lumpur.

Ia patut mengambil masa 30 minit untuk sampai ke KLCC. Sebagai seorang tempatan
yang duduk di kawasan tersebut anda sudah pasti tahu berapa minit untuk sampai ke
tengah Kuala Lumpur dan juga apabila MRT nanti siap lagi cepat untuk ke Kuala
Lumpur. Sekarang pastikan anda sendiri ke tempat untuk banyak kali lakukan kajian
sendiri dengan biji mata anda sendiri.

121
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Atas adalah maklumat yang diberikan mengenai rumah tersebut. Ia dekat dengan
lebuhraya dan dekat dengan Tesco dan Giant. Ada 3 bilik pula.

122
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Sekarang lihat di sebelah tepi Iproperty, ada kalkulator pinjaman perumahan. Jika anda
mengambil pinjaman 90% selama 35 tahun, ansuran bulanan anda ialah RM962.

Loan tenure itu mesti dipanjangkan sepanjang-panjangnya. Bank-bank selalu akan cuba
memendekkan masa pinjaman ini, tetapi anda perlu betul-betul tekan mereka untuk dapat
paling lama. Jika anda masih muda, minta pinjaman 40 tahun lagi elok.

2. Duit Muka Tunai

Duit muka mungkin dalam RM20,000 iaitu 10% iaitu RM17,500 dan juga duit peguam
dan duti stem. Sekarang, kerja anda ialah mengumpulkan RM20,000 sahaja untuk
membeli rumah di atas. Bagaimana untuk lakukan ini?

Ingat sebelum ini, saya bercerita anda perlu menyimpan dalam RM5,000 sebulan hasil
dari kerja tetap anda + duit sampingan. Dalam masa 4 bulan sahaja, anda sudah boleh
dapatkan duit muka ini. Pastikan anda ambil masa 4 bulan ini juga untuk memeriksa
betul-betul kawasan dan rumah ini. Anda juga boleh menggunakan Akaun II dalam
KWSP sebagai duit muka juga. Jika dengan menggunakan duit KWSP Akaun II ini, wang
tunai simpanan yang perlu digunakan mungkin lebih sedikit lagi.

3. Mendapatkan Pinjaman Perumahan

Pastikan anda telah bekerja sekurang-kurangnya selama 1 tahun dulu. Ansuran mesti
dibawah 33% gaji kasar anda. Contohnya, jika gaji anda RM2,500, ansuran perlu dalam
RM825. Dalam hal ini, anda perlu gunakan 2 nama iaitu anda dan isteri anda. Dalam
contoh di atas jumlah gaji anda dan isteri/pasangan ialah RM4,500, jadi ansuran perlu
dalam RM1,485. Bermakna anda sudah patut layak menerima pinjaman perumahan dari
bank. Sekarang, bawa copy slip gaji anda dan isteri dan pergi bertanya di semua bank-
bank di kawasan Kajang sahaja. Anda tidak boleh pergi ke bank diluar kawasan Kajang,
123
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

lebih baik di Kajang sahaja. Sekarang, minta MRTA/Takaful selama 10 tahun sahaja
untuk dimasukkan ke dalam pinjaman perumahan anda. Cari juga pinjaman zero cost
yang tidak perlu membayar peguam dan stem duti untuk loan. Tidak perlu risau sangat
mengenai kadar faedah sebenarnya, yang penting ialah tiada fee guaman dan fee duti
stem.

Dengan ini, ansuran anda mungkin dalam RM1,000 sebulan setelah mengambil-kira
MRTA/Takaful. Jika semua berjalan okay, anda sudah boleh berjaya membeli rumah
tersebut.

4. Lakukan Renovation Murah

Belanja dalam RM7,000 untuk mencat satu rumah, membaiki plumbing, membeli dapur,
membuat partition dan membeli perabot murah seperti katil, almari plastik dan lain-lain.
Bermakna sekarang, jumlah pelaburan anda ialah RM20,000 + RM7,000 = RM27,000.

5. Mencari Penyewa

Berikut teknik yang bagus untuk mendapatkan penyewa. Anda hanya perlu sewa bilik
kepada wanita muslimah. Dalam contoh di atas, rumah tersebut ada 3 bilik dan sebuah
living room. Apa yang anda boleh lakukan ialah setiap bilik anda boleh muatkan 2 orang.
Sementara di living room, anda boleh buat partition dan muatkan seorang atau 2 orang di
sini. Jadi, di sini anda akan dapat muatkan dalam 8 orang dalam satu rumah. Isteri anda
boleh uruskan bertemu dengan penyewa kerana mereka akan lebih senang berinteraksi
dengan wanita. Jadi dengan 8 orang membayar dalam RM150 sebulan, anda sudah dapat
pendapatan sewa sebanyak RM1,200 sebulan iaitu lebihan RM200 sebulan selepas tolak
bayaran ansuran bank. Duit lebihan ini boleh digunakan untuk melakukan pembaikan
rumah untuk apa-apa kerosakan dan lain-lain.

6. Tunggu 6 Tahun

Kutip sewa selama 6 tahun dan bayar ansuran bank setiap bulan dengan sewa ini.
Berdasarkan kajian, harga-harga rumah di Malaysia patut naik dalam 7.5% setahun. Di
kawasan Greater Kuala Lumpur, harga mungkin naik lebih tinggi, tetapi untuk selamat
saya gunakan angka 7.5% setahun. Berdasarkan kenaikan 7.5% ini, selepas 6 tahun, harga
rumah anda akan naik ke lebih kurang RM270,000 dari harga RM175,000 yang anda beli.
Jika jumlah full settlement bank adalah dalam RM150,000, bermakna untung anda ialah
RM120,000.

Bermakna dari duit pelaburan RM27,000, anda akan dapat untung RM120,000 dalam
masa 6 tahun sahaja lagi. Ini bersamaan dengan pulangan pelaburan sebanyak 28%
setahun!
124
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Bayaran ansuran anda bayar dengan duit sewa. Duit lebihan sewa adalah untuk membaiki
segala kerosakan. Kerja anda hanya mengutip sewa setiap bulan dan membaiki kerosakan
atau melayan kerenah penyewa sahaja. Dan jika anda sewa kepada muslimah, memang
tidak akan banyak kerenah dan kerosakan yang akan berlaku. Ingat, pastikan rumah ini
dekat dengan tempat tinggal anda sekarang supaya senang untuk buat segala urusan.

Jadi RM27,000 boleh bertukar menjadi RM120,000 sahaja dalam 6 tahun. Mudahkan?
Bagaimana pula dengan simpanan anda yang lain? Banyak lagi untuk dilaburkan? Masalah
sekarang ialah untuk dapatkan pinjaman perumahan dari bank. Kali ini, anda lakukan pula
dengan rumah yang anda duduk sendiri. Anda boleh lakukan teknik kedua ini pula dalam
setahun atau 2 tahun selepas membeli rumah pertama anda di atas.

1. Membeli Rumah

Katalah anda membeli juga sebuah rumah yang sama harga di kawasan sama iaitu
RM175,000. Kali ini anda mengambil pinjaman 80% sahaja. Bermakna duit muka kali ini
adalah dalam RM35,000. Mungkin, duit guaman dan stem duti lagi, jumlah tunai yang
anda perlu keluar kali ini ialah RM40,000.

2. Pinjaman Bank

Dengan menggunakan kalkulator di Iproperty, jumlah ansuran adalah dalam RM855


sebulan jika anda ambil pinjaman 80% pula.

Dengan gaji terkumpul RM4,500 anda, 33% adalah RM1,485. Bayaran ansuran untuk
rumah pertama adalah dalam RM1,000. Bermakna anda tinggal RM485 sahaja. Dengan
bayaran ansuran baru sebanyak RM855 bermakna anda terkurang RM370. Ini salah satu

125
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

rahsianya sebenarnya. Anda print dan tunjukkan ke bank, akaun bank anda selama 1
tahun dan bukti anda memang ada pendapatan luar yang konsisten lebih dari RM1,000
pun sudah jauh mencukupi. Apa yang bank mahu lihat hanya bukti yang anda dapat
RM370 sebulan yang bukan dari gaji anda. Itu sahaja yang mereka mahu lihat sebenarnya.
Pergi ke banyak bank dan mohon sehingga berjaya. Lakukan langkah yang sama seperti
sebelum ini juga. Mungkin ansuran anda sekarang dalam RM900 sebulan pula.

3. Lakukan Renovasi

Mungkin belanja lagi dalam RM7,000 untuk membaiki rumah, mengecat, memasang grille
rumah baru dan lain-lain lagi. Jadi, sekarang jumlah yang telah dilaburkan adalah dalam
RM47,000 pula.

4. Bandingkan Dengan Kadar Sewa

Sekarang, jika anda menyewa luar mungkin anda perlu membayar dalam RM600 sahaja
untuk duduk di sebuah apartmen. Tetapi oleh kerana anda membayar ansuran rumah,
anda perlu keluar lebihan RM300 sebulan untuk dilaburkan ke rumah tersebut.

5. Duduk Di Rumah Selama 7 Tahun

Sekarang, jika anda menyewa luar mungkin anda perlu membayar dalam RM600 sahaja
untuk duduk di sebuah apartmen. Tetapi oleh kerana anda membayar ansuran rumah,
anda perlu keluar lebihan RM300 sebulan untuk dilaburkan ke rumah tersebut. Jadi,
dengan duit pelaburan RM47,000 campur RM25,200 (duit labur RM300 selama 7 tahun),
jumlah pelaburan adalah dalam RM72,200. Menggunakan kiraan yang sama seperti
sebelum ini, anda boleh memperolehi keuntungan sebanyak RM145,000 dari pelaburan
RM72,200, iaitu dalam 12% setahun. Pulangan pelaburan adalah kurang sedikit kerana
anda sendiri duduk di rumah tersebut.

Selepas menjual rumah pertama anda, anda boleh membeli semula rumah ketiga pula.
Dan disimpan mungkin dalam 5 tahun supaya tidak perlu membayar cukai capital gains.

Sebenarnya, jika anda melabur dalam rumah-rumah yang lebih mahal di kawasan-kawasan
yang lebih baik seperti Shah Alam, Kota Damansara dan Subang USJ, pulangan akan jauh
lebih tinggi. Tetapi rumah-rumahnya lebih mahal dan sukar untuk dapatkan kelulusan
pinjaman bank dan juga berisiko lebih tinggi kerana ansuran yang begitu tinggi sekali.
Tetapi jika modal terkumpul anda sudah banyak selepas beberapa tahun bekerja serta
KWSP pun banyak, silakan!

126
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

PUBLIC MUTUAL
Ini adalah alternatif pelaburan yang ketiga pula. Saya tidak mahu menerangkan dengan
terlalu terperinci di sini kerana ia lebih kompleks dan mungkin sukar difahami dengan
hanya penerangan di sini sahaja. Tetapi Public Mutual ini adalah seolah-olah pelaburan
saham juga tetapi dikumpulkan dalam satu dana dan dilaburkan secara besar-besaran ke
dalam pelbagai saham samada di Malaysia atau di luar negara. Fund manager akan
memastikan pelaburan anda mendatangkan keuntungan. Pulangan dengan Public Mutual
ini ada tahun boleh dapat sehingga 37% keuntungan, ada tahun lebih rendah. Tetapi
berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya dapat pulangan dalam 15% setahun dari
keseluruhan pelaburan Public Mutual saya setakat ini.

Anda boleh masukkan dana ke dalam pelbagai amanah saham yang ditawarkan oleh
Public Mutual. Berikut sedikit beberapa dana dan pulangan pada tahun 2011.

Public Far-East Consumer Themes Fund pulangan 16.03% setahun;


PB Growth Fund pulangan 23.14% setahun;
PB China ASEAN Equity Fund pulangan 12.99% setahun;
PB Asia Equity Fund pulangan 12.91% setahun;
PB Singapore Advantage-30 Equity Fund pulangan 10.17% setahun;
PB Islamic Asia Equity Fund pulangan 12.98% setahun

Gunakan link di bawah untuk melihat performance semua dana Public Mutual
http://www.publicmutual.com.my/application/fund/performancenw.aspx

Apa yang anda perlu lakukan ialah menghubungi seorang agen Public Mutual yang akan
menerangkan dengan lebih lanjut dan matlamat pelaburan yang sesuai dengan citarasa
anda.

Anda juga patut keluarkan simpanan KWSP anda dan dilaburkan ke Public Mutual juga.
Ini memang dibenarkan malah digalakkan untuk masa depan anda.

127
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

GOLD & SILVER


Anda boleh laburkan sedikit wang anda ke dalam emas dan silver ini. Berikut, carta yang
menunjukkan performance emas setakat ini.

Pelaburan ini adalah volatile, jadi letakkan duit yang sedikit sekadar untuk
mempelbagaikan portfolio pelaburan anda.

Anda boleh melabur dengan pergi ke mana-mana cawangan Maybank dan membuka
akaun emas di sana.

128
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

PORTFOLIO PELBAGAI
Anda perlu mempelbagaikan portfolio pelaburan anda dengan meletakkan duit dalam
pelaburan-pelaburan di atas. Bagaimana untuk melakukannya? Ingat RM5,000 yang anda
kumpul setiap bulan? Masukkan semuanya ke dalam ASB. Di akhir tahun anda akan ada
RM60,000 simpanan kemudian sedikit pulangan dalam bentuk dividen mungkin dalam
RM3,000. Sekarang anda akan ada RM63,000 sebagai jumlah modal untuk dilaburkan.

Pelaburan RM %
ASB 20,000.00 32%
Hartanah 27,000.00 43%
Public Mutual 11,000.00 17%
Gold & Silver 5,000.00 8%
Jumlah 63,000.00

RM20,000 ditinggalkan ke dalam ASB sebagai pelaburan paling selamat. RM27,000


sebagai duit muka dan renovation hartanah. RM11,000 dilaburkan ke Public Mutual
aggressive fund dan selebihnya dalam RM5,000 ke dalam akaun emas. Pelaburan terbesar
adalah dalam hartanah. Dari sini, jangkaan pelaburan dan purata pulangan adalah seperti
di bawah :-

Pelaburan RM Pulangan (%) Pulangan (RM)


ASB 20,000.00 8% 1,600.00
Hartanah 27,000.00 28% 7,560.00
Public Mutual 11,000.00 15% 1,650.00
Gold & Silver 5,000.00 10% 500.00
Jumlah 63,000.00 11,310.00
Pulangan Purata (%) 18%

Berdasarkan di atas, pulangan purata pelaburan anda ialah 18% setahun. Ini jauh lebih
tinggi dari sekadar letak semua pelaburan ke dalam ASB sahaja.

129
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Matlamat RM 1 JUTA

130
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Seperti yang anda lihat, amat mudah sebenarnya untuk dapat tambahan RM3,000 sebulan
jika anda lakukan hanya beberapa sahaja teknik-teknik pendapatan sampingan yang saya
telah ceritakan sebelum ini. Jadi dengan simpanan dari tempat kerja sebanyak RM2,000
dan dicampur pula dengan simpanan RM3,000 dari pendapatan tambahan, simpanan
terkumpul bulanan anda boleh mencapai RM5,000 sebulan. Jika anda dapat lakukan
simpanan bulanan RM5,000 ini selama 10 tahun secara konsisten dan dilaburkan dengan
pulangan 12% setahun, anda akan memperolehi RM1.12 juta akhirnya. Ini semua boleh
dicapai dalam 10 tahun sahaja! Lihat di bawah :

Tahun Baki (RM)


0 0.00
1 63,900.00
2 135,468.00
3 215,624.16
4 305,399.06
5 405,946.95
6 518,560.58
7 644,687.85
8 785,950.39
9 944,164.44
10 1,121,364.17

Bagaimana untuk dapatkan 12% setahun? Saya telah cerita dalam bab sebelum ini. Ia akan
merangkumi gandingan campuran pelaburan dalam ASB, Hartanah, Public Mutual dan
lain-lain. 12% boleh dicapai sebenarnya. Memang tidak ada masalah.

Mungkin, ramai yang terfikir alamak kena tunggu sampai 10 tahun baru dapat menjadi
seorang jutawan. Tetapi pernah ke tidak anda terfikir yang anda akan dapat menjadi
seorang jutawan dalam jangka hayat hidup anda, tidak kiralah 10 tahun. Cara yang saya
ajar ini adalah untuk anda menjadi seorang jutawan dengan cara paling selamat, risiko
paling rendah dan mudah dicapai tanpa mengorbankan masa dengan keluarga dan juga
kepada kesihatan diri anda. Jika anda baru berumur 25 tahun, pada umur 35 tahun nanti
anda akan menjadi seorang jutawan tanpa melakukan apa-apa pun. Sebenarnya tanpa
melakukan apa-apa yang luar biasa pun, hanya perlu terus sahaja bekerja dan dapatkan
sedikit sahaja lagi pendapatan tambahan. Jika anda berumur 35 tahun sekarang, anda akan
tahu pada umur 45 tahun nanti, anda akan menjadi seorang jutawan. 10 tahun ini

131
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

sebenarnya jangka masa yang pendek sahaja, anda tidak akan sedar pun tiba-tiba sahaja
sudah masuk 10 tahun pun.

Sudah Boleh Bersara Tak Selepas Dapat RM1.1 Juta?

Jawapan mudah adalah YA! Selepas ini anda tidak perlu bekerja atau melakukan apa-apa
lagi. Cuma isi masa lapang anda dengan hobi-hobi, mungkin sibuk dengan usaha
kebajikan atau mungkin berjalan-jalan sana sini sahaja.

Bagaimana untuk melakukannya? Dengan menghabiskan sahaja duit anda. Jawapan yang
agak pelik tetapi itulah hakikatnya. Jika anda letakkan kesemua RM1.1juta anda ke dalam
akaun ASB dan ASW2020 di mana anda tidak perlu risau lagi samada duit anda selamat
atau tidak, anda sepatutnya menerima pulangan pelaburan antara 7% ke 8% setahun.
Biarkan sahaja duit ini di dalam dua amanah saham ini yang selamat dan keluarkan setiap
bulan RM10,000 untuk segala perbelanjaan bulanan anda. Anda perlu ke bank setiap
bulan untuk mengeluarkan duit dari ASB seolah-olah mengambil gaji bulan sahaja.
Mengikut kiraan yang saya sudah lakukan, duit RM1.1 juta ini akan hanya habis dalam
masa 15 tahun sahaja lagi. Duit RM10,000 sebulan ini memang sudah cukup banyak, anda
sudah boleh beli kereta BMW jika anda mahu, anda boleh membeli sebuah banglo atau
Semi-D jika anda mahu. Banyak anda boleh lakukan dengan RM10,000 dan inipun
dengan andaian anda tidak mahu kerja langsung, pasti anda mahu juga lakukan apa-apa
kerana sudah terbiasa selama 10 tahun sebelum ini.

Dan selepas masuk 15 tahun pula, anda boleh mula mengakses duit dalam KWSP anda
pula. Jika, anda bekerja selama 10 tahun, simpanan dalam KWSP sepatutnya sudah
bernilai RM1 Juta (selepas 10 tahun + 15 tahun) jika anda mulakan perjalanan ini di usia
30 tahun. Kalau lebih muda, pasti lebih banyak lagi. Selepas itu, anda boleh terus
menghabiskan sisa-sisa simpanan anda di usia tua nanti.

Juga apabila usia anda mencapai umur jangka hayat insuran anda, anda sudah boleh pula
mengakses duit simpanan dari insuran hayat anda pula.

Apakah maksud ini? Ini bermakna jika anda berumur 30 tahun sekarang, anda perlu kerja
sehingga usia 40 tahun sahaja, selepas itu sudah boleh bersara sampai bila-bila.

132
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Berikut beberapa persoalan mengenai teknik ini dan jawapan saya kepada kesemuanya:

1. Bagaimana pula dengan anak-anak? Bukan ke saya perlu meninggalkan harta untuk
mereka bagi menjamin keselesaan mereka nanti?

Sebenarnya, tidak elok anda meninggalkan apa-apa harta pun untuk mereka. Sama
seperti anda, mereka juga perlu berusaha. Jika tidak, mereka akan leka dan ingat
bahawa masa depan mereka sudah terjaga kerana mengharapkan harta keluarga dan
tidak lakukan apa-apa untuk meningkatkan ilmu kewangan diri mereka sendiri. Apa
yang anda perlu lakukan ialah sekadar memberi mereka kasih sayang, ilmu
pengetahuan, mungkin duit untuk kenduri kahwin, mungkin sedikit untuk membayar
buku-buku dan mungkin sedikit duit muka untuk kereta apabila mula bekerja.
Sebenarnya yuran universiti pun mereka perlu ambil sendiri pinjaman PTPTN dan
jelaskan sendiri. Ini semua dilakukan juga untuk menjamin masa depan mereka sendiri
supaya tidak leka dan menganggap betapa mudahnya hidup di dunia ini. Sudah banyak
kajian dilakukan menunjukkan harta kekayaan selalunya akan habis pada generasi
kedua malah sesiapa yang menerima wang cepat dan secara mendadak selalunya akan
hilang kesemuanya dengan cepat sekali malah akan jatuh lebih miskin dari
sebelumnya. Masalah yang berlaku di Malaysia sekarang ialah kita terlalu memanjakan
anak-anak hingga mereka anggap segala-galanya mudah dan tidak dapat menjaga diri
apabila besar nanti. Saya sendiri dulu hanya berjalan kaki ke sekolah tiap-tiap hari,
mengambil pinjaman PTPTN dan membayarnya sendiri tanpa bantuan sesiapa,
mengumpul duit untuk duit muka kereta serta rumah, membayar belanja kahwin
sendiri malah memberi duit sedikit kepada keluarga jika mereka memerlukan.

2. Bagaimana jika anda jatuh sakit di hari tua nanti?

Sebab itu anda perlu ambil insuran hayat dan perubatan hingga ke lanjut usia.
Lagipun, hospital Malaysia dikatakan antara terbaik di dunia dan percuma sahaja.

3. Perlu atau boleh ke saya terus bekerja walaupun sudah melepasi target RM1 Juta saya?

Nasihat saya ialah teruskan bekerja kerana otak manusia mesti terus bergerak dan juga
penting untuk hubungan sosial anda. Ada banyak kajian yang menunjukkan penyakit
dementia dan Alzheimer dapat di elakkan jika anda terus menerus bekerja hingga ke
usia tua terutamanya lelaki.

133
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

4. Boleh tak saya dermakan separuh dari kekayaan saya kepada orang lain?

Boleh, semua bergantung kepada anda asalkan anda sendiri cukup makan nanti.
Tetapi pada saya berderma jangan berlebihan. Pada saya adalah lebih baik anda
menyumbangkan jasa dari memberi semata-mata duit kepada sesiapa. Ada satu
peribahasa Cina, jika anda berikan sesiapa ikan untuk dimakan dia akan berterima
kasih kepada anda waktu itu, tetapi jika anda ajarkan mereka bagaimana untuk
menangkap ikan, mereka akan berterima kasih kepada anda sampai bila-bila. Pada saya
sumbangan seperti beras sekampit atau dua tidak banyak membantu mana-mana
keluarga miskin pun. Jika anda benar-benar mahu membantu, luangkan masa
memberi bantuan kewangan kemudian berikan ilmu pengetahuan kepada mereka,
pantau perbelanjaan mereka supaya mereka boleh berdiri atas kaki sendiri selepas itu.
Itu lebih berbaloi saya rasa.

5. Bagaimana pula dengan rumah saya nanti? Jika saya membeli rumah di usia 40 tahun
nanti, sampai bila akan habis bayar macam ini?

Sebaik-baiknya anda patut ambil pinjaman perumahan yang anda boleh panjangkan
sampai mati! Selalunya, anda akan diwajibkan untuk ambil MRTA atau Takaful yang
akan membayar baki pinjaman anda jika anda mati nanti dan serahkan rumah tersebut
kepada waris secara percuma sahaja. Satu anggapan yang saya belajar ialah
menganggap rumah yang kita duduk sebagai Aset. Saya telah belajar dari Kiyosaki
yang rumah yang anda duduk ialah semata-mata perbelanjaan liabiliti sahaja kerana ia
tidak mendatangkan sebarang wang. Mungkin satu hari nanti anda boleh jual dan kaut
keuntungan tetapi anda perlu anggap bayaran ansuran pinjaman rumah seolah-olah
bayaran sewa sahaja. Lepas itu, anda boleh buang dari minda anda yang risau untuk
membayar hutang sampai bila-bila. Anggap rumah itu milik bank dan bukan milik
anda pun. Tidak ada guna pun anda berusaha membayar habis rumah kerana akhirnya
rumah tersebut akan pergi ke waris. Selalunya pun, waris tidak mahu duduk di rumah
tersebut dan mahu menjualnya pun sebaik anda mati.

6. Bagaimana pula dengan hutang-hutang kepada kawan-kawan?

Sebab itu saya sudah sarankan jangan mengambil sebarang hutang dari sesiapa kecuali
bank sahaja. Dan selalunya, bank akan minta anda ambil Takaful pun.
134
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

7. Bagaimana saya hendak memastikan saya mengambil pinjaman dan pelaburan saya
mengikut syarak?

Kebanyakan agen pinjaman hari ini akan meminta anda mengambil pinjaman Islamic.
Sementara pelaburan pula, anda boleh melabur dengan unit trust yang Islamic dan
dijamin oleh hukum syarak. Agen Public Mutual cukup suka menggalakkan saya
mengambil unit trust Islamic kerana keuntungannya lebih tinggi!

Baiklah, kesimpulan dari bab ini adalah anda hanya perlu kerja tetap selama 10 tahun
kemudian sudah bersara sepenuhnya selepas itu.

KEHIDUPAN MEWAH
Baiklah, tujuan bahagian ini ialah untuk memberi gambaran bagaimana kehidupan mewah
yang anda boleh kecapi jika anda mencapai matlamat RM1 juta ini. Saya tahu mungkin
ada di antara yang cerdik pandai di luar sana mengatakan tidak cukup sekadar RM1 juta
untuk hidup mewah. Duit RM10,000 tidak ke mana katanya jika duduk di mana-mana
Lembah Kelang. Sebenarnya, anda salah. Duit RM10,000 sebulan ini sudah lebih dari
mencukupi untuk hidup mewah di Kuala Lumpur ini. Saya akan ceritakan sedikit
beberapa fakta yang diharapkan membuka mata anda dan juga memberi motivasi kepada
anda untuk berusaha dengan lebih keras lagi.

Rumah

Jika anda betul-betul mencari di sekeliling Lembah Klang dan mungkin di luar sedikit
kawasan Lembah Klang, anda masih lagi boleh mencari tanah lot banglo dalam RM5
sekaki persegi. Ada ramai di kawasan-kawasan yang betul-betul dekat dengan Kuala
Lumpur seperti Ulu Langat dan juga seperti di Sg Merab dan lebih jauh lagi sehingga ke
Beranang yang sanggup menjual kurang dari RM5 psf. Semua tempat ini mengambil masa
hanya dalam 45 minit ke 1 jam dengan memandu untuk sampai ke Kuala Lumpur. Jika
anda sudah tidak bekerja atau bekerja ringan selepas bersara, tidak kisah pun anda duduk
mana asalkan anda mahu dekat sedikit sahaja dengan Kuala Lumpur. Bermakna anda
boleh membeli tanah lot banglo seluas 12,000 sqf dalam RM60,000 sahaja.

Untuk kos pembinaan pula, banglo 2-tingkat mewah dalam 7,000 sqf keluasan built-up
termasuk dalaman mewah seperti kitchen cabinet, tile, merbau hardwood flooring, tangga
jati, built-in furniture, plaster ceiling dan lain-lain boleh dapat dalam RM500,000 sahaja.
Ini bermaksud jumlah belanja untuk sebuah banglo mewah 2-tingkat mungkin dalam
RM560,000 sahaja. Jika anda dapat membuktikan anda ada RM1 juta dan juga

135
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

pendapatan jangka panjang sehingga umur 70 tahun ke atas, anda boleh dapat pinjaman
untuk kesemua ini. Jadi, jika anda dapat pinjaman perumahan 90% selama 35 tahun,
bayaran bulanan anda hanya RM3,079 sahaja.

Untuk hiasan dalaman seperti perabot mewah, barangan elektrik dan lain-lain anda boleh
target belanja dalam RM100,000 sahaja kerana kebanyakan belanja lain seperti grill, tile,
kitchen cabinet dan lain-lain telahpun dimasukkan ke dalam belanja bina banglo. RM100k
ini pun boleh guna pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan mungkin dalam RM800
sahaja.

136
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Kereta-kereta

Dengan RM178,000, anda sudah boleh membeli kereta mewah BMW 5 series model
terkini. Walaupun 2nd hand, tetapi siapa tahu dan performance BMW masih lagi baik
walaupun 2nd hand. Ansuran bulanan dalam RM2,000 sahaja dan mungkin maintenance
bulanan dalam RM300 untuk service, kerosakan, insuran dan lain-lain. Jika anda satu lagi
kereta yang lasak seperti Nissan X-trail pun ansuran sepatutnya dalam RM1,000 begitu-
begitu sahaja.

Orang gaji

Kalau anda ambil orang gaji dengan pekebun dan seorang jaga pun kosnya dalam
RM1,800 sebulan sahaja.

Bermakna anda sekarang ada RM1,100 tunai untuk benda-benda lain dari jumlah
RM10,000 yang anda telah bajet untuk belanja setiap bulan.

Atas hanya contoh untuk membuktikan dengan RM10,000 sebulan anda sudah boleh
hidup macam raja di Malaysia ini. Ini tujuan motivasi sahaja supaya anda bekerja kuat
untuk mencapai matlamat RM1 juta ini. Ia memang boleh dicapai dengan mudah sahaja
137
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

jika anda mengikut betul-betul “formula duduk tak buat apa-apa saya ini”. Duduk tak
buat apa-apa bermaksud jangan mengambil risiko melampau dan hanya perlu terus sahaja
dengan apa yang anda lakukan tambah sikit-sikit pendapatan sampingan bulanan serta
labur ke dalam ASB, Public Mutual dan hartanah sahaja. Mungkin, ini bukan gaya hidup
yang anda mahu, mungkin anda ada idea sendiri, bagus! Anda perlu wawasan sendiri dan
tidak semestinya ikut apa yang saya paparkan di atas.

Terus terang saya beritahu saya tidak malu untuk menyatakan taraf hidup saya sekarang
sudah seperti di atas ini, tetapi saya capai ini semua dengan kerja keras dan menyimpan
laki bini selama lebih dari 10 tahun. Sudah banyak pelaburan hangus, masa terbuang, duit
terbuang yang saya alami. Tetapi anda tidak perlu mengalaminya, kerana dari pengalaman
saya anda boleh mengambil iktibar dari ini semua dan mencapainya dengan lebih cepat
lagi. Insyaallah.

138
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Jana Otak Yang Genius

139
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Dalam bab ini saya akan bercerita dengan terperinci bagaimana untuk menjana otak yang
genius dan kreatif. Apa yang saya maksud otak yang genius dan kreatif adalah otak yang
boleh menyelesaikan sebarang masalah dan mendapat idea kreatif dengan mudah.

Mengapa ini penting? Kerana setelah anda baca semua bab di atas, mungkin nampak
terlalu overwhelming atau terlalu sukar kerana terlalu banyak benda yang perlu dilakukan,
terlalu banyak teknik menjana pendapatan, terlalu banyak langkah, terlalu rumit kepada
anda sehingga rasa seolah-olah otak anda beku terus atau macam nak meletup. Jangan
risau, ia nampak sahaja begitu kerana mungkin otak anda sekarang mempunyai terlalu
banyak benda hendak difikirkan.

Saya sendiri tidak berapa percaya yang setiap orang itu pandai atau bodoh kerana genetic
keturunan semata-mata. Kalau tidak mengapa saya seorang sahaja di dalam keluarga yang
dianggap genius? Genius pada saya adalah suatu anugerah yang setiap manusia telah
adapun tetapi perlu sesuatu yang ummph untuk mengeluarkannya dari kepompong otak
anda. Berikut tips-tips yang saya dapat berikan untuk melahirkan otak yang genius dan
kreatif. Banyak juga tips-tips ini telah saya sentuh dalam bab mengenai tiang-tiang hidup
tetapi sekarang diperjelaskan dalam konteks melahirkan otak yang genius dan kreatif.

1. KOSONGKAN MINDA ANDA


Sebab utama mengapa orang selalu terkena mental block atau tidak dapat berfikir dengan
waras lagi ialah kerana terlalu banyak benda dalam minda masing-masing sehingga tidak
dapat melakukan apa-apa atau memikirkan benda-benda lain yang dianggap tidak berapa
penting. Ada satu buku yang cukup bagus mengenai ini ialah “Getting Things Done” atau
GTD. Jika anda Google sekarang “GTD”, pelbagai link akan keluar. Ia sekarang sudah
menjadi ikutan yang besar sekali seluruh dunia. Secara kesimpulannya, GTD
menyarankan anda menyusun, merekod segala-galanya, dan meyimpan di suatu tempat
yang selamat supaya segala benda dikosongkan dari minda anda. Berikut tips-tips mudah
bagaimana mengosongkan minda anda.

A. Buangkan semua benda yang tidak berguna dalam hidup anda. Contohnya,
antara baju-baju yang anda pakai, mungkin hanya dalam 20% sahaja yang anda benar-
benar pakai. Jual/derma atau buang sahaja lebihan pakaian yang tidak dipakai. Antara
perabot yang anda pakai, mungkin ada beberapa sahaja yang berguna dan ada
fungsinya. Kalau sekadar untuk hiasan, jual/derma atau buang sahaja. Lihat segala
kertas-kertas, akhbar dan lain-lain yang tiada guna dalam hidup anda, buang
semuanya.

140
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

B. Buka kembali semua dokumen, kertas-kertas, memo dan failkan dalam sistem yang
berlabel. Mana-mana dokumen atau kertas yang tidak berguna buang dan hancurkan
sahaja. Susun segala-galanya, dan cipta satu fail dalam komputer yang merekodkan
kandungan dalam sistem fail anda itu. Cipta juga tray in dan out. Pergi ke Youtube
dan lihat video-video mengenai mencipta sistem fail. Contohnya, segala bil TNB yang
baru dan lepas, patut difailkan dalam fail manila yang dinamakan BIL TNB. Bil yang
belum dibayar perlu diletak dalam in-tray untuk action anda. Apabila sudah dibayar,
cepat-cepat failkan dalam sistem fail anda.

C. Cipta jadual tahunan, bulanan dan harian anda. Gunakan sistem seperti Google
Calendar yang boleh uruskan ini semua secara sistematik. Contohnya, dalam sebulan
lagi anda perlu melawat doktor gigi, masukkan ini semua ke dalam Google Calendar,
dan pastikan Google Calendar memberikan reminder apabila hampir kepada tarikh
tersebut. Apa yang akan terjadi ialah, minda anda akan sudah lupakan terus mengenai
tarikh untuk berjumpa dengan doktor gigi ini kerana ia sudah selamat masuk dalam
jadual Google Calendar anda. Masukkan segala-galanya sekarang, eg. mungkin pada
setiap 15hb anda perlu membayar bil, masukkan ini ke dalam sistem Google Calendar
anda. Google Calendar yang bagus adalah calendar yang penuh sehingga satu tahun
sehingga otak anda kosong sama sekali, tidak berfikir langsung lagi dah mengenai apa-
apa temujanji dalam hidup anda. Bukan sahaja temujanji, malah untuk mengingatkan
anda tarikh-tarikh, perkara-perkara yang anda perlu lakukan seperti bersih kereta dan
lain-lain. Semua anda telah masukkan ke dalam sistem. Di waktu malam, masukkan
semua rancangan anda untuk keesokkan harinya dari A ke Z. Jika anda menggunakan
smartphone seperti Blackberry, Samsung Android dan Iphone, lagi bagus kerana anda
boleh mengakses semua ini pada bila-bila masa.

D. Cuba kurangkan membaca e-mail, Facebook dan lain-lain. Apa yang anda patut
lakukan ialah meletakkan satu masa mungkin dalam 30 minit sehari untuk melihat
segala kandungan-kandungan email. Hanya periksa email dan Facebook pada masa itu
sahaja. Jika tidak, anda akan setiap masa mahu memeriksa email dan Facebook apabila
ada update. Ini akan menyebabkan minda anda sentiasa fikir dan menunggu wall
updates dalam Facebook. Sebaik-baiknya lupakan terus sahaja mengenai e-mail dan
Facebook. Kepada mereka yang bergantung kepada email untuk kerja pula, tetapkan
dua kali dalam sehari sahaja untuk membuka email dan apabila anda balik rumah,
tutup terus akaun email anda.

141
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

E. Selesaikan segala hutang. Ini antara perkara yang selalu menyebabkan otak/minda
anda kusut dan terus membekukan otak dari terus membuat sesuatu untuk
menyelesaikannya. Apabila anda ada hutang sampai RM50,000, sudah tidak ada
gunapun memikirkannya, cara terbaik ialah membuangnya dari fikiran anda dan
kembalikan minda anda seolah-olah ia tidak pernah wujudpun. Salah satu strategi yang
saya sudahpun terangkan sebelum ini ialah mengambil pinjaman peribadi jangka
panjang mungkin dalam 20 tahun untuk selesaikan semua sekali hutang ini.
Kemudian, lupakan sahaja selepas itu. Anggap ia antara bil yang perlu dibayar bulanan
sahaja. Ramai orang yang selalu jatuh ditimpa tangga ini ialah kerana terlalu
memikirkan bagaimana untuk selesaikan hutang itu serta-merta dan ini menyebabkan
otak terlalu kusut sehingga tidak dapat menumpu kepada usaha untuk mencari
pendapatan tambahan. Satu contoh yang saya suka pakai ialah pengalaman saya
sendiri, ada satu masa dahulu, saya telah berlabur atau bermain dalam pasaran
komoditi sehingga rugi mencecah RM100,000! Saya perlu jelaskan hutang ini serta-
merta kalau tidak saya akan diisytihar muflis. Saya cepat-cepat pergi ke Bank Rakyat,
meminta pinjaman 15 tahun dan tunjukkan slip gaji serta akaun bank saya sebagai
bukti boleh bayar ansuran bulanan Bank Rakyat. Semenjak itu, saya bayar jumlah yang
kecil secara bulanan sehingga lupa terus mengenai episod tersebut. Saya hanya terus
kerja macam biasa seolah-olah tiada apa pun berlaku. Buka tutup mata, tak sedarpun,
selesai segala hutang dengan Bank Rakyat, malah sekarang saya dapat banyak saham
Bank Rakyat yang memberikan dividen 15% setahun. Jika saya tidak berhutang
banyak itu dulu, mungkin tidak ada peluang untuk memiliki saham Bank Rakyat.

F. Bayar bil serta-merta. Ini salah satu strategi yang cukup berkesan sekali untuk diri
saya. Ramai orang suka kumpul-kumpulkan kesemua bil dan jelaskan sebaik terima
gaji betul-betul pada tarikh due atau kadang-kadang lewat sehari atau dua. Polisi dan
strategi saya ialah apabila menerima gaji, saya tinggalkan ke dalam akaun Maybank.
Apabila terima bil, saya akan clearkan serta-merta melalui Maybank2u, jam-jam itu
juga dan failkan serta merta. Sebagai contoh, apabila saya dapat bil TNB sebaik balik
rumah dan lihat bil ini di dalam pos, saya akan ambil dan naik terus sebelum mandi ke
apa dan jelaskan dan fail terus. Kemudian baru mandi, makan dan lain-lain. Apa yang
ini dapat lakukan ialah mengosongkan minda atau kerisauan tentang apa-apa bil yang
tertunggak atau yang belum dibayar. Saya juga telah masukkan ke dalam Google
Calendar yang mengatakan bil TNB patut sampai pada tarikh tertentu. Jika tidak
sampai, mesti apa-apa sudah berlaku, samada bil hilang atau apa dan boleh
menghubungi pejabat TNB untuk pemantauan.

142
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

G. Selesaikan terus 20 perkara tertunggak. Senaraikan 20 perkara yang tertunggak


dalam hidup anda dan selesaikan serta-merta sekarang kalau boleh. Selesaikan tidak
semestinya benda itu selesai betul-betul. Mungkin, selesai dari segi perancangan untuk
tutup isu itu. Saya beri contoh, bawa ibu bapa berjumpa pakar jantung. Mungkin, anda
dah banyak kali menangguhkan temujanji ini. Call mereka dan tetapkan temujanji
tersebut dalam Google Calendar anda. Sekarang, ia sudah tiada lagi dalam otak anda.

H. Potong semua kad kredit. Ini saya dah cerita. Kalau keadaan kewangan anda terlalu
kusut. Lebih baik potong kesemua sekali kad kredit dan jelaskan apa-apa yang
tertunggak. Tutup terus kesemuanya.

I. Kurangkan bilangan bil. Anda boleh satukan bil atau setkan autodebit supaya ia caj
secara automatik sahaja ke akaun bank anda. Tetapi jika anda risau nanti mengenai
baki di dalam akaun bank anda. Lebih baik jelaskan semuanya secara satu persatu
secara tunai sahaja. Jika kewangan anda telah stabil dan boleh mula gunakan kad
kredit, satukan semua bil secara automatik ke kad kredit dan jelaskan satu bil sahaja
iaitu bil kad kredit sahaja.

J. Cari kerja baru. Kadang-kadang, di tempat kerja lama ini terlalu banyak sangat benda
lama yang menghantui fikiran anda. Cara terbaik ialah tukar kerja sahaja, jadi perkara-
perkara lama ini akan kena DELETE terus dari pemikiran anda. Sebagai contohnya,
pada masa yang lepas saya memang ada terlupa lakukan sesuatu yang penting untuk
syarikat, saya asyik risau sahaja mengenai ini, walaupun dah masuk hampir 5 tahun
lepas perkara itu berlaku. Apabila saya bertukar kerja, segala kerisauan itu terhapus
terus, dan saya lebih berhati-hati lagi di syarikat baru itu pula.

K. Relokasi rumah. Kadang-kadang adalah lebih elok menukar suasana dan DELETE
segala yang lepas. Misalnya, di rumah lama saya sering risau kerana memikirkan orang
Indon yang pernah datang membuat sesuatu dulu akan merompak saya. Ini mungkin
kelakar pada anda, tetapi kerisauan itu tetap ada dalam minda saya. Apabila berpindah,
semua itu terhapus terus.

L. Tukar nombor telefon. Berikan nombor baru anda kepada kawan-kawan yang
penting, orang-orang yang anda rasa perlu mengetahui nombor baru anda. Yang
selebihnya lupakan sahaja. Ini akan mengurangkan panggilan-panggilan telemarketer
dan lain-lain.

143
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

M. Jangan baca suratkhabar atau menonton berita. Ini terlalu ekstreme tetapi
memang PERLU anda lakukan. Kadang-kadang banyak berita yang keluar dalam
akhbar tidak penting pun bagi diri anda dan menimbulkan kerisauan yang tidak masuk
akal. Contohnya, ada berita mengenai kehilangan kanak-kanak yang membuatkan satu
negara huru-hara. Berita seperti ini tidak mendatangkan faedah kepada anda. Memang
kesian tetapi lebih baik tutup sahaja kesemua berita politik, berita ekonomi, berita
gosip artis dan lain-lain dari minda anda. Saya pernah dengar kisah sepasang suami
isteri bertengkar tak sudah kerana isu penceraian Norman dan Abby, iaitu berita yang
tidak ada apa-apa faedah sekalipun untuk diikuti. Satu lagi contoh ialah berita Siti
Nurhaliza kahwin dengan Datuk K. Sekadar anda tahu dia kahwin cukuplah, tidak
perlu segala juicy details lagi, memenuhkan minda anda dengan segala kisah sensasi.
Jadi, bagaimana ada berita-berita penting yang melibatkan diri anda seperti air tidak
akan ada di kawasan anda. Ini gunanya ada kawan-kawan, jiran-jiran yang akan
bercerita kepada anda. Atau mungkin anda boleh lihat headline sahaja pun cukup.
Saya sendiri sudah lama tak membeli suratkhabar dan tidak pernah pun menonton
berita. Saya okay sahaja, malah tahu tentang banyak perkara dari orang lain lagi.

N. Kawan-kawan. Selesaikan atau mohon maaf dari mana-mana kawan yang anda
mungkin lakukan kesalahan sebelum ini. Selepas itu, mula putuskan terus
perhubungan dengan kawan-kawan yang anda rasa memberikan negative vibe atau
mungkin mempengaruhi anda melakukan perkara-perkara yang tidak betul. Bukan
putus kawan, mereka masih lagi kawan, tapi putuskan hubungan dalam segi nombor
telefon, Facebook dan lain-lain. Lebih baik tidak berjumpa lagi dah mereka selepas ini.
Satu lagi strategi adalah menutup terus akaun Facebook dan berhubung kembali
dengan orang-orang yang anda benar-benar hendak berkawan sahaja. Anda boleh beri
alasan, akaun lama kena hack.

O. Selesaikan apa-apa isu yang lepas. Tutup semua isu-isu lepas yang terngiang-
ngiang dalam pemikiran anda. Misalannya, jika anda pernah menutup akaun postpaid
Celcom sebelum ini tetapi kurang yakin bahawa ada baki lagi sebelum ini. Hubungi
Celcom dan bertanya kemudian hantar surat berdaftar dengan meminta surat hitam
putih mengatakan tiada apa-apa baki selepas ini. Anda juga boleh mengatakan bahawa
jika tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa 20 hari, bermakna isu ini dianggap
tutup. Hantar surat ini dengan surat berdaftar. Mereka tidak akan berani lagi dah
mengganggu anda selepas ini. Selesaikan semua sekali saman-saman tertunggak dan
minta PDRM print butiran terkini. Semua ini anda failkan dalam fail yang anda

144
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

namakan CASE CLOSED. Kemudian, simpan fail ini jauh-jauh jika perlu di periksa
kembali satu hari nanti.

P. Bawa buku nota untuk mencatat apa-apa idea mengenai benda-benda yang masih
lagi terbuka dalam minda anda untuk penyelesaian bila anda balik rumah nanti.

Q. Ikut undang-undang. Jangan lakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang dan


juga hukum syarak. Perkara sebegini akan membebankan otak kerana teringat-ingat
sesuatu kesalahan yang anda telah lakukan. Biar selesai apa-apa isu ini untuk
mengosongkan minda anda.

2. KESIHATAN
Saya telah jelaskan ini secara panjang lebar dalam bab sebelum ini. Tetapi perlu saya
jelaskan lagi, yang anda perlu mempunyai kesihatan yang tip top. Berat badan yang
berlebihan adalah lemak yang tidak berguna dan membebankan minda anda juga. Apabila
anda berjaya kurangkan berat badan, maka minda dan otak anda akan berfungsi dengan
lebih baik lagi.

3. PERAWAKAN DIRI
Rupa diri yang kusut masai, rambut panjang, muka berjerawat, berat badan yang
berlebihan akan memberikan kesan psikologi kepada minda anda. Sentiasa pakai
deodorant dan minyak wangi. Jika semua ini anda betulkan, otak anda akan berfikir
dengan lebih laju lagi.

4. PERSEKITARAN YANG BERSIH


Persekitaran yang bersih penting. Ia boleh menjejaskan kesihatan anda dan juga memberi
kesan psikologi juga kepada minda anda. Saya faham, mungkin kawasan rumah sekeliling
seperti jiran-jiran tidak bersih dan lain-lain kerana saya sendiri menyuruh anda mencari
kawasan yang sewa lebih rendah tetapi sekurang-kurangnya dalaman rumah anda patut
bersih. Anda perlu pastikan keadaan rumah anda 100% bersih. Ini mungkin berbunyi
remeh tetapi saya telah lakukan kajian mengenai ini semua. Berikut beberapa tips :

A. Tiap-tiap hari Sabtu, mop dan bersihkan rumah. Gunakan detergent untuk mop lantai
rumah. Biarkan tingkap terbuka dalam masa 1 jam selepas mop ini.

145
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

B. Ada satu isu yang menjejaskan kesihatan dan produktiviti anda iaitu “high humidity”.
Ini adalah kelembapan udara. Ada banyak kajian yang menunjukkan bukti jelas
bahawa produktiviti manusia akan menurun jika bekerja dalam suasana kelembapan
tinggi. Di Malaysia ini, kita berada dalam persekitaran high humidity. Apa yang kita
dapat lakukan ialah mengurangkan humidity level ini. Memasang air-cond salah satu
caranya tetapi ini mungkin memakan bil elektrik pula. Membeli liquid dehumidifier
yang banyak dijual di Tesco atau mesin dehumidifier seperti di bawah.

Anda juga perlu menutup semua tingkap dan pintu sentiasa. Ini supaya mengurangkan
kelembapan dan habuk dari luar memasuki rumah anda. Jika anda sudah ada duit,
pasang exhaust fan atau ventilation fan dan juga pasang air-cond sentiasa. Ini akan
meningkatkan produktiviti anda lagi di rumah dan juga mencipta persekitaran yang
lebih bersih.

C. Ada dua kawasan terpenting yang perlu dijaga iaitu bilik air dan dapur. Untuk bilik air,
sentiasa guna Clorox untuk membunuh Mold dan Mildew seperti di bawah.

146
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Pastikan anda mengguna Clorox untuk membersihkan ini. Sekadar bersih dengan
penyapu tidak cukup. Perlu guna Clorox dan gunakan rubber gloves supaya mold ini
tidak berjangkit ke kulit anda. Juga, zaman sekarang tidak patut ada kolah air lagi.
Hapuskan terus peralatan yang sudah ketinggalan zaman ini kerana ia menambahkan
kelembapan dalam bilik air. Tutup juga penutup tandas supaya kelembapan dari air
bertakung tidak akan keluar.

Mana-mana dinding yang sudah dijangkiti mold dan mildew perlu dicat secepat
mungkin dan jangan dibiarkan begitu sahaja. Ramai orang beranggapan cat hanya
untuk menjaga rupa tetapi ia penting untuk kesihatan anda juga. Bagaimana untuk
mengawal supaya tidak banyak mold ini ialah dengan mengurangkan kelembapan
dalam rumah. Sentiasa tutup tingkap dan pintu kemudian memasang kipas.

D. Untuk baju-baju di dalam almari pula, anda perlu gunakan liquid dehumidifier seperti
dalam gambar di bawah. Ia supaya baju anda lambat rosak dan tidak dijangkiti mold
dan mildew termasuk kuman.

147
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

E. Mengurangkan cahaya UV kerana ia merosakkan banyak benda dalam rumah.


Bagaimanapun cahaya UV juga bagus untuk membunuh kuman. Dalam seminggu
sekali apabila cahaya terang benderang buka tirai tingkap seluas-luasnya selama 1 jam
untuk cahaya UV masuk kesemua kawasan rumah dan kemudian tutup serta merta.
Bakteria akan terbunuh tetapi UV ini tidak sempat merosakkan perabot, baju-baju
dalam rumah.

F. Jangan ada sebarang serangga pun di dalam rumah. Oleh kerana itu, bagus lagi tutup
kesemua tingkap supaya tidak masuk sebarang serangga. Pastikan anda ada racun
serangga khas untuk lipas dan nyamuk. Jika ada semut, sembur di sepanjang
perjalanan semut tersebut. Gunakan sealent untuk menutup liang-liang antara jubin
anda. Contoh seperti di bawah.

Juga pasang penutup pintu seperti di bawah supaya tiada ruang untuk serangga masuk
rumah anda.

Semua atas ada dijual di Ace Hardware.

148
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

G. NYAMUK. Tutup terus kerisauan anda mengenai denggi dan malaria. Tutup semua
tingkap dan pintu sentiasa. Sembur ubat nyamuk pada pukul 7 malam dan sentiasa
gunakan ubat nyamuk mana-mana anda pergi. Mungkin kawasan rumah anda tidaklah
bersih dan jiran-jiran pengotor, tetapi jika anda seal terus rumah anda, nyamuk tidak
akan dapat masuk lagi.

H. Luar rumah. Potong semua pokok, dan tukar rumput rumah. Yang terbaik ialah
gunakan rumput lembu untuk membunuh tumbuhan lain. Jangan terlalu banyak pasu-
pasu di sekitar rumah. Jangan biarkan rumah anda seperti hutan amazon. Melainkan
anda ada duit, dan ada tukang kebun yang datang rumah anda setiap minggu.

I. Penghuni rumah perlu mandi serta-merta setelah keluar dan balik rumah. Mesti mandi
3 kali sehari. Ini kerana cuaca Malaysia adalah dalam kategori panas dan kelembapan
tinggi. Ini adalah cuaca yang mudah dihinggapi kuman. Di Barat, cuaca adalah
berlainan, oleh kerana itu anda sering mendengar mereka mandi hanya sekali sehari
sahaja atau kadang-kadang tidak mandi dalam sehari pun. Jangan salah anggap, itu
semata-mata kerana cuaca mereka sahaja.

J. Kereta yang bersih. Kereta luaran dan dalaman perlu sentiasa bersih. Jika anda banyak
menghabiskan masa di dalam kereta, jangan biarkan kereta macam kubang kerbau. Ini
bukan sahaja menjejaskan diri anda dari segi imej, tetapi juga dari segi kesihatan dan
juga dari segi keyakinan diri.

5. PEMAKANAN
Pemakanan bukan sahaja penting untuk kesihatan, rupa diri tetapi ia penting untuk
memberi tenaga dan ringan badan supaya otak anda boleh menjadi lebih produktif.
Contohnya, ramai orang Melayu dan sekarang bangsa-bangsa lain sudah suka makan nasi
lemak di pagi hari. Memakan nasi lemak boleh dimakan sekali-kala tetapi jika dimakan
selalu boleh menyebabkan keletihan dan kemengantukan. Cuba satu pagi anda makan
nasi lemak, pasti selepas itu, produktiviti anda perlahan sedikit. Ini sama juga dengan
memakan roti canai. Antara makanan yang bagus di makan waktu pagi ialah roti whole
wheat dan peanut butter. Makanan ini dapat memberikan tenaga yang banyak tetapi
mengandungi zero fat atau kandungan lemak sifar yang membolehkan anda menerima
tenaga yang cukup dan otak anda akan cerdas sepanjang pagi. Cuba juga jangan
meminum air bergula langsung selama seminggu, lihat bagaimana tenaga dan produktiviti
anda akan berubah. Order sahaja teh-O suam kosong dan anda akan lihat kelebihannya

149
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

sepanjang hari. Seperti yang saya cerita sebelum ini, makan sedikit tetapi selalu. Kolestrol
yang berlebihan seperti daging dan udang selalunya akan menyebabkan anda mengantuk.
Setiap badan manusia, lain tindakbalas dan keperluan, uji badan anda bagaimana untuk
mendapat produktiviti tertinggi.

6. MUSIK
Sudah banyak kajian yang menunjukkan musik dapat mententeramkan jiwa dan
membolehkan otak anda berfikir secara lebih pantas dan kreatif. Pasang lagu-lagu klasik
Eropah dari komposer seperti Bach, Beethoven, Viveldi, Tchaikovsky dan lain-lain. Ada
banyak juga musik moden yang dapat keputusan yang sama. Klik di bawah :

http://www.youtube.com/watch?v=hT019mxEQ04

7. MIND MAPPING
Mind mapping ialah satu ilmu melukis perancangan atau suatu perkara atas kertas. Ia
adalah ilmu yang perlu diajar secara terperinci. Jika anda Google mind maps sekarang,
banyak mind maps akan keluar. Berikut salah satu contoh :

Mind map di atas menerangkan kesan-kesan global warming kepada cuaca dan manusia di
bumi. Anda boleh buat mind map untuk pelbagai tajuk seperti rancangan masa depan
anda, rancangan perniagaan, mind map tentang buku yang anda baca malah mind map
untuk buat keputusan samada mahu kahwin atau tidak.
150
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Berikut beberapa link untuk anda belajar bagaimana untuk membuat sebuah mind map :

http://www.youtube.com/watch?v=v8_H42Z9wxA

http://www.youtube.com/watch?v=mRFn1U3jvCw&feature=related

Jika saya hendak tunjuk bagaimana untuk mind map ia akan mengambil 100 mukasurat
lagi untuk sekadar bercerita bagaimana untuk mind map sahaja. Jadi, saya sarankan anda
menonton video-video di atas atau membeli buku dari Tony Buzan. Saya sendiri dahulu
telah dihantar ke satu seminar mind mapping oleh syarikat saya. Ia memerlukan seminar 4
hari untuk belajar kaedah mind mapping ini. Tetapi, hasilnya memang meletup-letup
kerana ia berjaya mengcungkil keluar pelbagai idea dari minda saya.

Dengan menggunakan mind map, anda dapat melihat semua sekali alternatif kepada apa-
apa keputusan atas kertas dalam satu muka surat sahaja dan seolah-olah anda orang ketiga
dan dapat membuat keputusan dengan lebih betul lagi. Mind mapping juga membolehkan
anda mengeluarkan idea-idea yang anda tidak mampu atau berjaya keluarkan sebelum ini.
Anda juga boleh mengambil nota dengan menggunakan mind mapping ini kerana ia
membolehkan anda menangkap semua fakta sekali begitu sahaja atas kertas.

Mula mind map selepas ini tentang apa yang anda telah baca di dalam buku ini dan apa
rancangan anda selepas ini.

8. MEDITATION SPIRITUAL
Saya sudah terangkan ini dalam bab mengenai tiang-tiang hidup sebelum ini. Dari segi
otak genius dan kreatif, anda perlukan ini supaya dapat mengosongkan minda anda dan
juga supaya anda boleh fokus kepada perkara-perkara yang penting jika jiwa dan minda
anda lebih tenang.

9. SELALU ANGAN-ANGAN
Dalam bab mengenai bagaimana untuk menetapkan matlamat, saya sudah panjang lebar
bercerita mengenai ini. Anda perlu sentiasa angan-angan. Mungkin ramai akan memarahi
anda kerana selalu sangat angan-angan. Tetapi angan-angan lah yang menyebabkan
manusia berjaya pergi ke bulan. Anda perlu tetapkan satu sesi yang khas untuk anda
angan-angan setiap hari. Apa yang saya sendiri lakukan ialah apabila menaiki KTM setiap
pagi, saya akan gunakan sesi ini untuk berangan-angan. Angan-angan yang anda lakukan
tiap-tiap hari ini dapat mengupas idea-idea yang anda mungkin tidak dapat lakukan jika

151
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

dipaksa-paksa. Pastikan anda ada buku nota untuk mencatat apa-apa idea kreatif yang
terhasil semasa anda sedang angan-angan ini.

10. MASA TERBAIK


Pilih masa yang paling terbaik untuk aktiviti penghasilan kreatif yang melibatkan
penggunaan otak genius anda. Ada setengah orang suka pagi untuk menghasilkan kerja-
kerja yang melibatkan idea dan melakukan kerja-kerja operational di waktu petang bila
produktiviti bandannya mula menurun. Ada setengah orang malam pula adalah masa di
mana produktivitinya naik. Pilih masa yang sesuai untuk diri anda. Kemudian, masa-masa
lain digunakan untuk kerja-kerja yang remeh. Contohnya, jika anda hendak menghasilkan
sebuah blog dan design rupanya, pilih masa paling produktif. Jika sekadar buat posting,
pilih sahaja waktu-waktu di mana anda memang selalu tidak produktif. Atau masa
produktif anda ini patut dilakukan untuk melakukan senaman atau siesta tengah hari. Saya
akan cerita mengenai siesta ini selepas ini.

11. PENGAMBILAN NOTA


Sebelum ini saya cadangkan anda mengambil nota untuk catatan sebarang benda yang
anda perlu jelaskan. Sekarang, gunakan nota juga untuk mencatat apa-apa idea yang bagus
supaya dapat digunakan selepas anda kembali ke meja kerja anda.

12. TIDUR YANG NYENYAK DAN MENCUKUPI


Anda perlu tidur yang mencukupi supaya otak anda dapat berfungsi secara 360 darjah.
Jika tidur tidak mencukupi, idea yang datang akan separuh jalan sahaja dan tidak
merangkumi dari segala sudut. Anda juga perlu tidur nyenyak. Saya sendiri lakukan ini
dengan cuba masuk tidur jam 10:30 malam setiap hari dan dengan perut yang tidak
berapa lapar tetapi juga tidak penuh. Kemudian saya akan berfikir dalam otak saya
mengenai perkara-perkara yang tiada kiatan dengan dunia realiti. Lebih ke fantasi. Ini
akan memudahkan saya tidur. Saya juga perlu bilik tidur yang betul-betul gelap tanpa
sebarang gangguan. Lain orang lain caranya, mungkin anda ada cara tersendiri anda.
Tetapi yang penting bagi saya, anda perlu tidur yang cukup iaitu dalam 7 jam sehari. Biar
saya cerita kisah saya semasa di sekolah dulu. Walaupun, bagus dalam Matematik Moden,
namun markah Matematik Tambahan saya sentiasa tidak begitu memberangsangkan, saya
cuma berjaya dapat A2 pada setiap peperiksaan. Saya melakukan beratus-ratus latihan
setiap malam tetapi hasilnya begitu sahaja. Kemudian, rakan saya yang juga merupakan
pelajar terbaik sekolah tersebut memberikan tips yang sebelum peperiksaan Matematik
Tambahan dia akan tidur berlebihan. Pukul 9 malam dia akan tidur, bangun 6 pagi iaitu
152
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

hampir 10 jam. Jadi, saya pun mencuba teknik ini dan memang betul sekali, markah
peperiksaan saya Matematik Tambahan berlegar antara 99% ke 105% (cikgu terberi
markah tambahan kepada saya). Ini memang teknik yang betul-betul saya gunakan,
malangnya selepas sekolah, saya sudah mula terbiasa dengan berjaga malam. Hanya
beberapa tahun lepas baru saya dapat menggunakan ia semula untuk mendapat hasil
dalam kerja dan hidup saya.

13. KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA


Indeks jenayah di Malaysia adalah masih pada tahap yang rendah jika dibandingkan
dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun, anda
perlu berasa selamat sentiasa. Untuk itu, anda perlu mengambil langkah-langkah yang
dapat memberikan anda “peace of mind” sentiasa. Antara tindakan-tindakan yang anda
boleh ambil adalah seperti sentiasa mengunci pintu, pagar dan lain-lain. Saya sendiri
memang mementingkan keselamatan diri dan keluarga. Oleh kerana itu saya sendiri
memasang sistem alarm, CCTV dan auto-gate. Tetapi ini semua memakan kos yang
tinggi. Untuk anda, sekadar memantau persekitaran dan sentiasa dalam keadaan berjaga
sudah mencukupi. Apabila keselamatan diri dan keluarga terjamin, saya dapat
memberikan fokus kepada isu-isu lain yang lebih penting.

153
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

14. MENONTON FILEM FANTASI & MEMBACA


Keluar menonton filem-filem aksi & fantasi dan membaca buku-buku novel cerita yang
panjang. Ini semua dapat melatih otak anda supaya lebih kuat berangan-angan dan
menjadikan otak lebih kreatif. Selalunya orang akan bosan atau tertidur apabila
mendengar ceramah atau ke kelas. Tetapi apabila kita menonton untuk berhibur, otak kita
akan lebih aktif dan menerima dan mengingat dengan lebih baik lagi apa yang dilihat. Jadi,
anda boleh belajar banyak perkara dan lebih mengingati dari menonton filem-filem ini.
Mungkin juga anda akan dapat idea-idea untuk kerja dan perniagaan sampingan anda
selain dari berhibur dengan menonton filem-filem. Ia juga boleh merehatkan otak supaya
dapat memberikan fokus yang lebih apabila benar-benar diperlukan nanti.

15. BERJALAN-JALAN DAN BERKAWAN


Selalu keluar berjalan-jalan dan melihat persekitaran dan perangai manusia. Kadang-
kadang anda boleh dapat sumber inspirasi atau idea yang kreatif apabila keluar berjalan-
jalan. Berkawan juga boleh membantu otak anda menjana idea yang kreatif. Berborak
dalam banyak topik juga ada gunanya satu hari nanti. Kadang-kadang dengan sekadar
berborak boleh timbul suatu idea. Pastikan anda membawa buku nota untuk mencatat
apa-apa idea yang tiba-tiba timbul bila anda keluar atau berjumpa kawan.

16. MENGHADIRI SEMINAR PERCUMA ATAU BERBAYAR


Kadang-kadang ada seminar percuma yang diberikan di Kuala Lumpur. Periksa akhbar
Thestar untuk melihat iklan-iklan yang menawarkan seminar-seminar percuma ini.
Kadang-kadang kerajaan dan syarikat-syarikat swasta juga mengadakan banyak event yang
anda boleh sertai secara percuma sahaja. Di sini anda boleh dapat banyak idea-idea juga.
154
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

17. BELAJAR TEKNIK MEMORY SKILLS


Semasa di sekolah dulu, saya ada belajar teknik-teknik mengingat. Skil ingatan ini penting
kerana dari ingatan yang jelas anda dapat menghasilkan idea-idea baru. Sebenarnya salah
satu teknik untuk mengingat ialah menggunakan gambaran dalam kepala. Contohnya,
untuk mengingat KLCC saya akan gambarkan bangunan dan water fountain di luar
KLCC. Jadi, untuk ingat nombor atau perkataan anda mesti kaitkan ia dengan sesuatu
yang anda mudah ingat atau sesuatu yang lucu. Anda mesti terus menerus melatih otak
untuk mengingati banyak perkara supaya otak anda tidak berkarat. Ada satu lagi contoh,
semasa Piala Dunia berlangsung, ramai antara kawan saya termasuk saya sendiri boleh
mengingati nama semua pemain-pemain hampir kesemua pasukan tetapi untuk
mengingati ahli keluarga isteri pun kadang-kadang susah. Ia kerana apa-apa yang anda
minat memang mudah untuk diingati. Apa-apa yang remeh dan mungkin anda kurang
suka, sukar untuk diingati. Jadi, saya gunakan teknik kaitkan sesuatu ke benda yang saya
minat. Saya juga menggunakan angan-angan untuk mengingati banyak perkara.

18. BERFIKIR LATERAL DARI SEMUA SUDUT


Pemikiran lateral bermaksud berfikir dari semua sudut dan tidak terpesong ke satu arah
sahaja. Misalannya, jika anda mendengar syarahan politik, anda perlu melihat dari segala
penjuru supaya anda dapat melihat the whole picture. Walaupun, berdasarkan secara
keseluruhan anda sudah buat keputusan mahu menyokong suatu parti, tapi anda tetap
perlu lihat apa pendapat orang lain. Bayangkan anda sebuah helikopter yang berlegar di
atas dan melihat segala-galanya. Satu contoh yang bagus ialah permainan chess. Sebelum
melakukan apa-apa langkah anda perlu lihat dari segenap penjuru, jika anda lakukan ini,
orang itu akan lakukan itu. Analisa dari segenap sudut walaupun sudut tersebut anda tidak
suka lakukan. Apabila dapat melihat dari segala sudut, baru otak anda dapat membuat
keputusan yang betul dan tidak terikut-ikut dengan apa yang orang lain kata. Anda juga
tidak boleh membuat keputusan berdasarkan perkara yang lepas & emosi sahaja. Anda
perlu gunakan peristiwa atau pengalaman yang lepas sebagai salah satu penjuru sahaja.

Anda perlu lihat sesuatu perkara seolah-olah anda orang ketiga yang berdiri di tengah dan
sedang hendak keputusan mendengar dari kedua-dua pihak.

155
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Satu lagi cara yang bagus ialah dengan menggunakan mind mapping supaya anda dapat
letakkan semua alternatif atas kertas. Dengan melihat segala-galanya atas kertas, anda
seolah-olah pihak ketiga yang sedang melihat kesemuanya dari atas.

Jika anda kuat berangan-angan, ini boleh dijadikan sebagai salah satu senjata untuk
digunakan untuk menggambarkan perasaan orang lain.

19. MEMBACA BUKU ILMU, MAJALAH DAN LIHAT


RENCANA
Banyak membaca majalah-majalah seperti Time Magazine, Newsweek, Economist, The
New Scientist dan lain-lain. Juga autobiography orang-orang terkenal untuk memahami
point of view mereka. Walaupun, anda mungkin akan mula lupa kebanyakan fakta yang
anda baca, tetapi semuanya telah masuk ke otak subconscious anda. Ia dapat membantu
anda di masa akan datang apabila anda sedang berfikir tentang suatu idea.

20. SENTIASA LATIH MINDA


Sentiasa latih minda dan otak anda. Otak anda ini adalah seumpama enjin kereta. Sama
seperti enjin kereta ia perlu dipanaskan sentiasa. Cuba ingat apabila anda mula
memanaskan enjin kereta lama, pada permulaan ada macam hentakan sedikit seolah-olah
susah nak masuk. Tetapi lama-kelamaan ia akan mula berjalan dan lepas tu lancar sahaja.
Otak anda memang kena sentiasa di panaskan untuk berfikir sentiasa kecuali semasa anda
tidur sahaja. Ingat tak selalunya hari Isnin atau selepas mengambil cuti lama, apabila anda
balik kerja seolah-olah otak anda susah hendak bergerak. Orang panggil ini sebagai
“Monday Blues”. Pada pertengahan minggu seperti hari Khamis pula, otak beroperasi
dengan laju sekali. Apa yang anda perlu lakukan ialah sentiasa melatih otak anda supaya
berfikir, jangan biarkan ia berkarat. Antara tips yang boleh anda lakukan ialah :

1. Bermain chess dan permainan video game yang memerlukan otak anda berfikir
2. Melihat rencana serious yang memerlukan anda berfikir
3. Membincangkan isu-isu serious dengan kawan-kawan dari semasa ke semasa
4. Menulis blog, buku dan lain-lain
5. Sentiasa kemaskini rancangan kewangan, rancangan perniagaan anda

Atas hanya beberapa contoh yang saya dapat beri. Tetapi secara ringkasnya, otak anda
mesti sentiasa berfikir. Mesti rehat sekejap sahaja dan tidak terlalu lama. Ada banyak juga
penyakit seperti Dementia dan Alzheimers yang dikaitkan dengan otak yang lama tidak
digunakan.

156
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

21. SIESTA
Siesta bermaksud tidur sekejap masa tengah hari. Ia popular di negara-negara yang sedikit
panas di Eropah seperti Sepanyol, Itali dan Perancis. Kurang popular di negara-negara
sejuk seperti UK, Amerika Syarikat dan negara-negara Scandinavia. Sebabnya ialah cuaca
panas ini menyebabkan anda mengantuk, anda perlu rehat dalam 10 ke 20 minit, mungkin
lelapkan mata sedikit, kemudian basuh muka, mengeliat dan teruskan kerja anda. Selepas
itu, anda pasti akan lebih segar dibandingkan jika tidak melakukan ini.

157
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Scenario Untuk Anda

158
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Saya menulis buku ini dengan beberapa anggapan mengenai anda. Saya cuba gunakan
anggaran kasar bagaimana keadaan pembaca yang membeli dan membaca buku ini.
Contohnya, saya menganggap yang anda sudah berkahwin dan mempunyai dalam 2 anak
ke 3 anak. Saya juga beranggapan anda dalam umur lewat 20an atau awal 30an. Saya juga
beranggapan anda tidaklah muflis mungkin dalam keadaan yang banyak hutang sahaja.
Anggapan atas mungkin untuk 80% pembeli buku ini. Tetapi anda sendiri scenario diri
anda mungkin berlainan antara satu sama lain. Susah untuk saya betul-betul memberi
penyelesaian masalah kepada masalah anda anda secara specifik. Kecuali saya berjumpa
anda sendiri dan mendengar keseluruhannya kemudian melakukan kiraan semula dan
memberikan penyelesaian yang khas untuk anda sendiri. Mungkin ada di antara anda yang
luar di sana tidak mempunyai ijazah, mungkin anda ada PhD, mungkin juga anda sudah
muflis, mungkin anda juga sudah berumur 50 tahun, mungkin anda seorang OKU. Saya
hanya boleh membantu setakat mana yang mampu kerana saya bukan seorang ahli nujum
yang boleh melihat jauh dan mengetahui masalah semua orang. Saya tidak tahu masalah
semua orang. Masalah seseorang itu berlainan sekali antara satu sama lain. Jadi, ini
beberapa scenario yang saya rasa mungkin untuk anda dan penyelesaian yang mungkin
saya dapat berikan.

1. BERUSIA 20an & MEMPUNYAI IJAZAH


Anda memang target market saya kerana anda adalah orang yang paling sesuai
menggunakan buku ini. Jika anda benar-benar gunakan apa yang diajar di dalam buku ini,
insyaallah anda akan berjaya di dalam hidup dan menjadi seorang jutawan sebelum capai
umur 40an pun. Saya sendiri semasa 20an tidak langsung memikirkan tentang masa depan
saya. Saya langsung tidak ada buku ASB pun dan memang akan menghabiskan setiap sen
setiap bulan untuk bermacam-macam kehendak yang saya lihat hari ini memang remeh
sekali dan boleh ketawa melihatnya kembali.

2. BERUSIA 20an & TIDAK MEMPUNYAI IJAZAH


Lagi sekali, tidak ada masalah langsung pun jika anda tiada ijazah. Anda boleh bekerja dan
mengambil ijazah secara sambilan melalui OUM sahaja.

3. BERUSIA 30an & MEMPUNYAI IJAZAH


Usia 30an masih lagi dikira muda dan sempat untuk melakukan apa yang diajar di sini.
Anda boleh dalam masa 10 tahun lagi mengumpul RM 1 juta terutamanya pada usia ini

159
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

gaji anda patut lebih tinggi dari anggaran yang saya berikan dalam contoh sebelum ini.
Mungkin, anda dalam pekerjaan yang anda anggap dead end. Tidak apa, anda boleh
berpindah kerja untuk memulakan fresh start anda.

4. BERUSIA 30an & TIDAK MEMPUNYAI IJAZAH


Masih tidak terlambat untuk anda mengambil ijazah. Anda boleh habis ijazah dalam masa
4 ke 5 tahun jika dilakukan secara sambilan. Anda boleh terus bekerja dan juga
mempunyai simpanan untuk mencapai matlamat RM1 juta pada usia 40an.

5. BERUSIA 40an
Life begins at 40. Anda boleh mengorak langkah sekarang supaya hari tua anda nanti
selesa. Pada usia ini mungkin sudah terlambat untuk mengambil ijazah tetapi tidak
mengapa kerana anda masih boleh terus bekerja dan menyimpan dan membuat
pendapatan sampingan. Pada usia ini pun, kebanyakan dari anda sudah matang dan sudah
banyak melihat dunia, susah lagi untuk diperdaya dan tidak mudah untuk mengikut
kemahuan material begitu sahaja. Sepatutnya pada usia 40an anda sudah ada beberapa
aset seperti rumah yang separuh jalan di bayar dan kereta-motorsikal yang hampir
dibayar. Anda boleh gunakan teknik relokasi 360 darjah untuk menggunakan aset-aset ini
untuk mengumpulkan dana seperti yang saya cerita dalam bab mengenai hartanah
sebelum ini.

6. BERUSIA 50an
Jangan berhenti kerja. Terus bekerja sampai bila-bila. Istilah bersara dan berehat di usia
tua itu sebenarnya tidak patut wujud. Di Eropah, umur bersara ialah 65 tahun. Jadi jika
anda sudah berumur 54 tahun, perjalanan anda masih lagi jauh sebenarnya. Anda masih
lagi boleh bekerja dan memberikan sumbangan anda kepada masyarakat. Jangan anggap
dengan bekerja anda tidak menyumbang apa-apa, kerana jika anda sudah berusia dan
masih bekerja anda boleh berkongsi pengalaman dengan orang-orang yang muda.
Pengalaman anda cukup berharga sekali. Saya pernah melihat satu rencana mengenai
kejadian 9/11 di New York. Ada seorang pekerja yang tua berumur lebih 60an berlari
selepas salah satu tower mula tumbang. Saya cukup kagum sekali dengan orang ini, dan
menganggap alangkah seronoknya pada usia 60an masih lagi bekerja dan berdampingan
dengan orang-orang muda, sihat dan cergas lagi menyumbangkan pengalaman dan skil
kepada masyarakat. Oleh itu, jangan berhenti, terus bekerja sampai bila-bila. Mungkin,
anda sedikit perlahan dari dulu, tetapi anda masih diperlukan sebenarnya. Apabila anda
bekerja pada usia 50an, pasti pendapatan masih ada kemudian dari segi kesihatan
160
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

mungkin syarikat memberikan coverage untuk anda lagi. Kemudian, otak anda masih lagi
dilatih dan tubuh badan juga sentiasa bekerja supaya anda terus sihat.

7. HAMPIR MUFLIS
Jika anda sekarang hampir muflis, sudah kena blacklist sana-sini, sukar untuk mendapat
pinjaman peribadi. Cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah pertamanya jual serta-
merta semua aset anda. Ini termasuk rumah, kereta, isi perabot rumah, cincin pusaka,
segala barang kemas dan bermula dari zero. Hanya satu yang anda jangan jual iaitu
komputer anda. Pergi menyewa di rumah yang murah atau bilik sahaja dan hanya
gunakan kenderaan awam. Kemudian, jika anda banyak kad kredit, lakukan balance
transfer ke satu kad dan potong kesemua kad kredit anda. Ini langkah yang penting :-
pergi ke peminjam anda seperti bank dan berbincang bagaimana untuk menyelesaikan
masalah ini. Mungkin, minta bank panjangkan atau pindahkan hutang anda ke hutang
jangka panjang. Saya tahu ini kerana saya sendiri telah lakukan ini dan ramai kawan-kawan
saya juga sudah lakukannya. Pada bank, mereka hanya mahu anda membayar balik hutang
sahaja. Jika anda berbincang dengan mereka, pasti mereka akan setuju dengan tawaran
anda. Jika anda ada rumah-rumah yang sudah tidak terbayar atau kadang-kadang
terbengkalai pembinaannya, anda sudah boleh lelongkan ia. Hubungi pelelong dan minta
dilelongkan rumah tersebut dan cuba juga menjual sementara rumah tersebut dilelong.
Ada setengah scenario pula, anda boleh mengambil alih rumah tersebut dan meneruskan
pembinaan sendiri dengan menggunakan pinjaman bank. Penyelesaian apa pun yang anda
lakukan, selalu berbincang dengan bank. Ada banyak juga perkhidmatan yang disediakan
oleh http://www.akpk.org.my. Bantuan diberikan secara percuma sahaja. Matlamat anda
ialah memanjangkan sahaja jangka hayat hutang tersebut supaya anda dapat membayarnya
sedikit demi sedikit. Jika anda terbeli kereta mewah dahulu dan terpaksa menjualnya
dengan hutang tertunggak yang masih banyak, ada banyak cara untuk selesaikan masalah
ini. Salah satu caranya ialah menyewakan kereta anda itu, anda siap boleh dapat
pendapatan sampingan lagi dari penyewaan kereta anda ini. Anda juga boleh berikan
kereta ini kepada orang lain yang membayar ansuran bulanan anda dan menggunakannya.
Anda boleh lakukan ini secara legal dan hitam putih.

Selepas anda dapat panjangkan ini, sekarang anda perlu solusi mendapat pendapatan
bulanan yang tinggi, anda boleh berhijrah ke tempat lain atau bekerja di luar negeri untuk
membayar bayaran bulanan ini. Anda juga boleh berusaha untuk mendapatkan
pendapatan sampingan anda tanpa sebarang tekanan yang terlalu tinggi. Ramai orang
masuk perangkap kewangan apabila berada dalam keadaan kewangan genting seperti ini
dan sanggup sahaja lakukan apa-apa supaya dapat selesaikan masalah ini serta-merta.

161
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Mereka melabur dalam forex dengan meminjam duit dari along dan macam-macam lagi.
Panjangkan usia semua pinjaman anda, dan terus mencari duit macam biasa seolah-olah
tiada apa-apa pun berlaku. Tenang itu sebenarnya formula untuk anda.

Pada pendapat saya jangan isytiharkan diri anda muflis kerana ini akan memberikan
impak yang besar kepada emosi dan juga credit rating anda untuk membeli apa-apa aset
di masa akan datang.

8. SUDAH MUFLIS
Jika anda sudahpun muflis dan mempunyai hutang sampai RM500,000 saya mempunyai
banyak penyelesaian untuk anda. Saya tahu semua ini kerana saya mempunyai ramai
kawan-kawan yang sudah muflis tetapi hidup mereka tetap senang macam biasa.
Percayalah bahawa ramai yang sudah muflis hidup begitu tenang dan selesa sekali seumur
hidup. Selalunya apabila anda muflis, kesemua gaji anda akan diletakkan di bawah selia
Jabatan Insolvensi Malaysia. Anggap mereka kawan bukan lawan. Tugas mereka ialah
semata-mata untuk membantu dan menyelesaikan masalah anda sahaja. Kerjasama
dengan mereka untuk melihat jangka masa penyelesaian muflis anda. Terus bekerja
supaya anda dapat membayar semua hutang muflis anda ini. Jika perlu dibayar sampai
mati pun tidak apa, yang penting anda masih perlu hidup tenang dan senang di dunia ini.
Selalunya apabila anda muflis, anda sudah tidak boleh berhijrah atau kerja luar negara, jadi
bekerja di Malaysia hanya satu-satunya pilihan yang anda ada.

Sewa rumah yang selesa. Ada banyak rumah yang anda boleh sewa dengan selesa sekali.
Tidak perlu menyusahkan nyawa anda dan duduk di rumah setinggan murah kerana jika
anda muflis, mungkin jalan penyelesaian pun akan mengambil masa. Duduk di rumah
sewa yang selesa untuk jangka masa yang panjang. Bincang dengan JIM untuk taraf hidup
yang boleh diterima untuk ditolak dari gaji anda. Gunakan kenderaan awam atau beli
motorsikal secara tunai sahaja. Bila cukup duit, boleh membeli kereta lama secara tunai
juga.

Sekarang gunakan nama sesiapa seperti isteri atau adik beradik anda untuk perniagaan
sampingan anda yang risiko rendah seperti yang saya telah cerita sebelum ini. Mungkin
perniagaan internet sesuai untuk orang seperti anda ini. Memberikan tuisyen juga sesuai
untuk orang seperti anda.

Segala simpanan anda boleh laburkan dalam emas ataupun ASB milik isteri anda. Duit
dari compound interest terkumpul ini anda boleh gunakan untuk membayar hutang
muflis anda nanti. Misalannya jika anda berhutang sampai RM600,000, dalam masa

162
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

kurang dari 10 tahun anda boleh terkeluar dari keadaan muflis dengan menggunakan
simpanan compound interest anda sahaja mengikut kaedah yang saya telah cerita sebelum
ini.

Apabila anda sudah muflis ini, cara terbaik ialah bertenang sahaja dan menerima keadaan
dan anggap apa yang dah lepas itu lepas sahaja. Tidak perlu menyesal dan tidak perlu
berputus-asa. Ada banyak kes di mana orang akan membunuh diri kerana tidak sanggup
menghadapi dunia kerana tidak sanggip menanggung malu akibat muflis. Keadaan muflis
ini sebenarnya tidaklah seteruk yang anda sangka. Ramai kawan-kawan saya yang muflis,
hidup mereka ceria dan tenang seumur hidup.

9. BERHUTANG DENGAN ALONG


Jika anda mempunyai hutang yang terlalu banyak dengan along, saya pun ada kawan-
kawan yang mengalami keadaan yang sama. Sebaik-baiknya, anda membayar along-along
ini kerana ini sebenarnya tanggungjawab anda dan juga janji anda kepada mereka
sebenarnya. Anda boleh berbincang dengan mereka, pasti mereka ada penyelesaiannya.
Bagaimanapun, jika mereka tidak mahu bertolak ansur walaupun sedikit, nasihat saya
ialah lebih baik anda berpindah terus dari kawasan rumah anda dan putuskan nombor
untuk dihubungi dan berpindah kerja juga. Terus membayar kepada mereka amaun yang
anda hutang dan juga nilai faedah sedikit seperti apa yang mereka minta. Tetapi tidak
perlu lagi anda menghubungi mereka lagi selepas ini. Saya tidak mengetahui keadaan anda
jadi tidak boleh memberikan penyelesaian total kepada masalah anda tetapi ini
berdasarkan cerita-cerita yang saya dengar dari kawan saya. Jalan terbaik ialah
menghilangkan diri sahaja jika mereka terlalu mengancam nyawa anda, mungkin
membuat laporan polis dan menghilangkan diri terus. Mula kerja baru di bandar lain dan
lain-lain lagi. Selepas 10 tahun, mungkin anda pun sudah dilupakan oleh mereka atau
mereka pun sudah merengkok dalam penjara, siapa tahu kan?

10. MASALAH JENAYAH


Saya tidak mempunyai jawapan kepada masalah anda. Hanya apa yang perlu saya katakan
ialah lakukan apa yang anda rasa terbaik untuk anda dan masyarakat serta agama anda.
Jika anda telah melakukan jenayah serious, lebih baik serah diri sahaja kepada pihak
berkuasa dan jalankan tanggungjawab untuk berbakti semula kepada masyarakat. Minta
maaf saya tidak mengetahui banyak mengenai ini kerana tidak mempunyai kawan-kawan
dalam kategori ini.

163
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

11. OKU atau SAKIT TENAT


Saya tidak berlagak seperti saya memahami perasaan dan kepayahan hidup yang anda
hadapi. Cuma saya ingin berikan rasa cukup terharu dan bangga sekali kerana anda
berusaha juga mencapai cita-cita atau harapan sama seperti orang lain walaupun dengan
ketidakupayaan anda. Ramai OKU yang telah berjaya di dunia ini hari ini. Sebagai seorang
OKU, kerajaan memberikan banyak latihan dan bantuan untuk anda berjaya. Anda masih
lagi boleh berkhidmat kepada masyarakat dalam banyak hal. Yang paling penting sekali
ialah untuk terus berusaha dan menyimpan seperti yang saya cerita dalam strategi-strategi
saya. Anda juga boleh ada pendapatan-pendapatan sampingan yang boleh menaikkan
simpanan anda ini lagi. Ini sama juga dengan kes orang yang sakit tenat juga.

Saya harap saya telah dapat berikan penyelesaian kepada beberapa scenario yang saya
dapat fikirkan di sini. Lain orang lain masalahnya dan scenario hidupnya. Cuma ada satu
persamaan sahaja yang saya lihat antara semua scenario dan sesiapa di dunia ini iaitu
keinginan dan keazaman untuk mencapai cita masing-masing dan sifat percaya diri.
Hanya dua aspek ini yang akan membolehkan sesiapa pun berjaya dalam hidup ini tidak
kira apa sekalipun cabaran yang dihadapi.

164
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Penutup

165
SistemDuitCepat.com Pengurusan Kewangan

Sebagai penutup, saya ingin memberi kesimpulan dari pelbagai penerangan panjang lebar
saya sudah beri di dalam buku ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah bertenang, sabar
dan teruskan usaha anda untuk melakukan simpanan bulanan untuk dilaburkan di dalam
pelaburan-pelaburan berisiko rendah. Tidak perlu mengejar mimpi yang terlalu mustahil
dan berisiko tinggi kerana saya telah buktikan kepada anda dalam buku ini bahawa apa
yang anda perlu lakukan hanya duduk diam sahaja dan anda akan juga menjadi senang-
lenang lambat laun nanti.

Hari ini terlalu banyak tawaran untuk menjadi kaya sekelip mata boleh didengari di sana
sini. Terlalu ramai dari anda ingin mencari jalan cepat dan mudah untuk selesaikan hutang
atau menjadi kaya sekelip mata dan hidup seolah-olah apa yang anda lihat di dalam
televisyen atau di dalam filem-filem. Apa yang saya hendak kata ialah, ya… anda pun
boleh hidup senang seperti itu tetapi ia memerlukan masa dan kesabaran sahaja.

Alhamdulillah, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang mengamalkan ekonomi


bebas. Mungkin, ada antara anda yang menyangkal kenyataan ini tetapi hakikatnya anda
atau saya boleh keluar sana dan membuat apa-apa yang kita suka, tiada siapa memaksa
anda melakukan apa-apa pun. Anda sendiri boleh menentukan nasib anda dan anda
sahaja yang perlu menentukan nasib anda. Semuanya di tangan anda. Tiada beza
sebenarnya antara seorang yang tidak berpelajaran dengan orang yang konon-kononnya
berpelajaran. Jika hati dan jiwa tidak membenarkan, tidak kira orang itu berpelajaran
tinggi hingga ke PhD pun, nasibnya tidak akan berubah.

Pada saya, lebih baik kita sendiri mencari makan sendiri tanpa belas kasihan atau derma
sesiapa. Anda akan rasa lebih seronok dan mengharga usaha yang anda terima. Biar anda
yang memberi sumbangan derma, jangan anda yang menerima.

Akhirkata, saya ucapkan selamat jalan, selamat mencuba dan ulangi membaca buku ini
dari masa ke semasa supaya minda anda akan sentiasa segar dengan idea-idea yang saya
ingin sampaikan sentiasa.

Wassalam.

166

Anda mungkin juga menyukai