3 Sebab Utama Prospek Buat Keputusan Membeli PDF
3 Sebab Utama Prospek Buat Keputusan Membeli PDF
“Kuasai
3
sebab
utama
ini,
anda
akan
lebih
mudah
membuat
jualan
tanpa
banyak
alasan
dari
prospek!”
Saifuddin Ilyas
#1
EMOSI
Kita tahu prospek akan buat keputusan untuk membeli disebabkan emosi. Tapi macam mana nak cetus
emosi?
Hot Button: Cari & gali kenapa prospek respon kepada iklan kita. Apa masalah, ketakutan & impian
mereka. Apa yang mereka nak selesaikan atau apa yang mereka cari. Kita akan jumpa hot button.
Katakan produk kurus. Hot button setengah orang mungkin sebab nak kahwin, bagi orang lain pula
mungkin sebab susah nak mengandung, atau mungkin bagi orang lain pula sebab selalu sakit lutut/kaki
Interest: Apabila dah jumpa hot button, fokus pada hot button ini sahaja. Bina interest berdasarkan hot
button mereka. Contoh nak kurus sebab nak kahwin, bina interest nanti susah nak dapat saiz baju
pengantin atau nampak tak cantik dalam gambar. Kalau hot button sebab susah nak mengandung, bina
interest kalau tak turunkan berat memang akan susah nak dapat anak. Berikan bayangan jika prospek
Solusi: Akhirnya kita beritahu supaya mereka tidak risau. Kita akan bantu mereka sebab masalah yang
mereka hadapi ni sama dengan masalah pelanggan kita sebelum ni. Apabila emosi prospek tersentuh,
mereka akan bertindak segera untuk selesaikan masalah tersebut. Mereka juga walaupun rasa resah
tapi juga rasa selamat sebab ada orang lain yang ada masalah macam mereka tapi sudah dapat
Kita dah berjaya sentuh emosi prospek tapi kita kena ingat, belum tentu mereka akan membeli produk
kita. Sebab bukan hanya kita yang menjual produk yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Banyak
#2
PRODUK
Kita kena yakinkan prospek supaya memilih produk kita bukan produk lain yang boleh selesaikan
masalah mereka.
USP: USP atau Unique Selling Proposition. Iaitu apa uniknya produk kita. Boleh beritahu apa kandungan
istimewa produk kita yang tidak ada dalam produk orang lain. Origin produk iaitu produk dari mana
mungkin luar negara. Dikilangkan di mana, contoh kilang berstatus GMP bukan produk kilo. Mungkin
boleh beritahu formulasi dari kajian pakar. Boleh juga tunjukkan Sijil Halal jika ada & nombor KKM. USP
Keberkesanan: Untuk testimoni, tunjukkan yang berkaitan dengan masalah prospek sahaja. Supaya
mereka rasa, produk ni memang khas untuk selesaikan masalah mereka. Walaupun produk kita boleh
selesaikan masalah-‐masalah lain juga. Berikan 1-‐2 screenshot whatsapp dari pelanggan yang dah dapat
kesan bagus & 1-‐2 lagi gambar pelanggan yang sama sedang pegang produk kita.
Jaminan: Jika prospek masih ragu-‐ragu dengan produk, boleh berikan Money Back Guarantee. Kita
semestinya yakin produk kita berkesan kan? Jadi, apa nak takut kalau berikan jaminan. Lagipun biasanya
Kita dah sentuh emosi, kita dah yakinkan dengan produk. Tapi belum tentu juga prospek akan beli
dengan kita sebab mungkin bukan kita seorang sahaja yang jual produk yang sama, jenama yag sama.
Mungkin dia boleh beli dengan penjual lain. Atau boleh beli di kedai atau farmasi.
#3
DIRI
SENDIRI
Pengetahuan Produk: Belajar, faham & hadam kesemua info berkaitan produk. Dari segi bahan,
pengilangan, cara guna, cara simpan, siapa tak boleh guna, kuantiti, tahan berapa lama & sebagainya.
Kuasai juga niche. Contohnya produk kesihatan, belajar berkaitan tanda-‐tanda, punca, kesan & akibat.
Supaya prospek rasa, kita sangat sangat mahir berkaitan produk & juga niche. Setiap soalan dari prospek
kita boleh jawab dengan yakin & pantas. Semua info ni tak perlu beritahu semua. Hanya bila prospek
Bersedia Membuat Jualan: Pastikan diri sendiri bersedia untuk membuat jualan. Jangan rasa ragu-‐ragu
atau takut. Sangat yakin boleh buat jualan. Mesti berada dalam keadaan tenang. Mesti berada dalam
keadaan positif. Buang segala perkara negatif. Kita juga mesti sentiasa bersangka baik dengan prospek.
Layanan: Layan prospek secepat mungkin. Cuba sebaik mungkin sesuaikan diri dengan cara & gaya
prospek berkomunikasi dengan kita. Jika mereka formal, kita juga perlu formal. Jika santai, kita juga ikut
santai. Cuba lihat cara susunan & ejaan ayat prospek semasa reply whatsapp kita. Kemudian sesuaikan.
Prospek akan lebih selesa jika kita melayan mereka ikut cara mereka.
Jaminan: Kalau prospek takut kena tipu atau mungkin prospek pernah kena tipu dengan penjual lain,
tunjukkan screenshot dari pelanggan yang sudah terima barang mereka. Untuk bayaran pula, sebaiknya
RECAP
Kuasai 3 perkara ni, iaitu Emosi, Produk & Diri Sendiri. Proses jualan kita akan lebih mudah.
Saya harap ebook ringkas ini memberi manfaat & doakan anda semua akan lebih berjaya, inshaaAllah.
SAIFUDDIN
ILYAS
Wasap.my
Academy
https://facebook.com/saifuddin.ilyas