Anda di halaman 1dari 10

GGGB6843 Tugasan Isu dan Pembentangan GP05447 JONG YII PHIN 1

1.0 Pengenalan

Pembangunan negara perlu disokong oleh semua entiti masyarakat. OKU adalah satu
komuniti masyarakat yang sememangnya menyumbang kepada agenda tersebut. Langkah
awal masyarakat dalam usaha tersebut ialah perlunya usaha saling menerima dan tiada jurang
kehidupan antara masyarakat biasa dengan OKU. OKU ialah akronim kepada orang kurang
upaya, orang cacat atau terencat, sesetengah orang pula menggunakan istilah orang istimewa.

Di Malaysia, OKU atau Orang Kurang Upaya didefinisikan sebagai:

"seseorang yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual
atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan
penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat." (Akta OKU 2008).

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat enam kategori OKU iaitu
penglihatan, pendengaran, fizikal, cerebral palsy, masalah pembelajaran (perkembangan
perlahan, Sindrom Down, autism, hiperaktif, cacat mental, dan masalah spesifik
pembelajaran seperti disleksia, disgrafia, diskalkulia) dan kategori tidak upaya yang lain.

Memiliki kerjaya yang boleh memberikan pendapatan kepada individu merupakan aspek
paling utama dalam meneruskan kelangsungan hidup. Pekerjaan bukan sahaja penting kepada
golongan normal malahan juga penting bagi golongan kurang upaya. Keinginan untuk
memiliki kerjaya dan mempunyai pendapatan tetap merupakan satu cabaran besar kepada
golongan kurang upaya. Memiliki kerjaya menentukan kualiti hidup individu tidak kira
normal atau kurang upaya. Tanpa pekerjaan, kelangsungan hidup amat sukar untuk
diteruskan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang serba gawat pada hari ini.

Terdapat banyak isu yang boleh dikupas berkaitan kerjaya golongan orang kurang upaya.
Walaupun kita kini berada di abad ke 21, namun penerimaan sektor-sektor awam dan sektor-
sektor swasta terhadap pekerja daripada golongan orang kurang upaya sangat menyedihkan.
Tidak banyak syarikat-syarikat yang menyediakan peluang pekerjaan bagi golongan kurang
upaya. Datuk Ismail Abdul Rahim berkata semua golongan OKU mampu untuk menjalankan
kerja seperti orang lain.

1
GGGB6843 Tugasan Isu dan Pembentangan GP05447 JONG YII PHIN 2

2.0 Isu-isu

Kewujudan peluang-peluang pekerjaan untuk OKU adalah salah satu daripada isu-isu
penting dan agak rumit dalam pasaran buruh . Wujudnya halangan ini adalah disebabkan oleh
sikap negatif dan diskriminasi ekoran kurangnya kesedaran mengenai keupayaan golongan
tersebut. Kekurangan maklumat dan pengetahuan terhadap golongan OKU telah
mengakibatkan lahirnya sikap prejudis dan khuatir dalam kalangan majikan dan
mengakibatkan berlakunya kekurangan peluang pekerjaan bagi kelompok minoriti ini.

Laporan menyatakan bahawa sesetengah majikan di Malaysia menganggap bahawa OKU


tidak boleh mengendalikan sesuatu pekerjaan lalu dengan segera menolak permohonan kerja
golongan OKU secara mentah-mentah (Soo Ewe Jin, 2004).Kebimbangan tidak berasas
dalam kalangan majikan, kos penginapan serta latihan yang perlu dijalankan untuk OKU
sehingga menyebabkan kenaikan kos pengurusan mungkin menjadi punca pihak majikan
tidak mahu mengambil OKU bekerja.

Terdapat segelintir majikan yang masih memandang negatif terhadap golongan OKU dalam
masyarakat. Kajian-kajian telah membuktikan bahawa persepsi negative masih wujud
(Normila Binti Mohd Bohari, 2016). Rao (2004) menyatakan mitos dan stereotaip negatif
mengenai OKU telah melahirkan sikap prejudis yang sukar dikikis mengenai kehadiran
mereka dalam masyarakat dan keadaan ini akan dapat dilihat dalam bentuk sikap dan tingkah
laku negatif terhadap mereka dalam konteks social, Pendidikan dan vokasional (Normila
Binti Mohd Bohari, 2016). Selagi masih wujud persepsi negative terhadap OKU, masyarakat
masih tidak dapat menerima kehadiran mereka dan integrasi OKU dalam amsyarakat akan
terjejas.

Majikan pula masih lagi takut dan tidak yakin untuk menerima golongan ini untuk bekerja
dengan mereka meskipun golongan ini bersikap positif, lebih fokus kepada kerja mudah didik
dan tidak pernah curi tulang (Zinaida Afiffin, 2006). Rahimah Mohd Noh (2010) berpendapat
masih ada lagi majikan yang mempunyai sikap memandang rendah terhadap OKU (Hazlin
Falina Rosli, Safura Ahmad Sabri, Norazla Abdul Wahab, & Nurzakira Afnee Zakaria,
2015).

Masalah utama yang dihadapi dalam penempatan pekerjaan OKU adalah sikap majikan yang
tidak berminat, kurang percaya dan enggan menyediakan kemudahan infrastruktur yang

2
GGGB6843 Tugasan Isu dan Pembentangan GP05447 JONG YII PHIN 3

sesuai untuk OKU (Rohany Nasir, 2003). Majikan umumnya mempunyai pandangan yang
stereotaip terhadap OKU. Mereka menganggap OKU tidak boleh diharap kerana mereka
kerap jatuh sakit dan memerlukan banyak perbelanjaan (Rohany Nasir, 2003).

Walaupun secara umumnya, sikap masyarakat pada OKU adalah positif namun pihak
majikan masih keberatan hendak mengambil OKU bekerja dengan mereka. Sikap majikan
pada OKU belum lagi terbuka dan belum bersedia memberi peluang bagi mendapatkan kerja
ditempat mereka (Peter Voo & Ferlis Bin Bullare, 2014). Keenganan majikan itu berpunca
daripada beberapa faktor seperti pekerja kurang upaya memerlukan banyak cuti sakit, kadar
insuran yang tinggi, keselamatan di tempat kerja terganggu, memerlukan kemudahan khas
dan mungkin beberapa perubahan terpaksa dilakukan di tempat kerja bagi menjamin
keselamatan pekerja kurang upaya (Peter Voo & Ferlis Bin Bullare, 2014). Jadi, ini akan
melibatkan perbelanjaan yang tinggi jika majikan mengambil mereka.

Apabila seseorang OKU datang untuk temuduga, dalam pemikiran penemuduga pasti
mempunyai 1001 satu persoalan yang negatif tentang kebolehan yang ada pada golongan ini
(Rohany Nasir, 2003). Hasilnya, menyebabkan OKU tidak dapat diterima dalam pekerjaan.
Pihak majikan juga harus sedar ada antara golongan OKU ini yang mempunyai semangat
kerja yang tinggi dan mempunyai kredibiliti serta potensi yang diperlukan mereka (Rohany
Nasir, 2003).

Majikan sukar untuk menerima golongan ini kerana mereka tiada pengalaman kerja dan
kemahiran yang dimiliki rendah ( (Normila Binti Mohd Bohari, 2016)). Majikan menyatakan
bahawa mereka perlu membuat pemilihan yang tepat dan penilaian mereka sama sahaja
seperti penilaian terhadap pekerja yang normal ( (Normila Binti Mohd Bohari, 2016)).

Ini di tambah lagi dengan kurangnya maklumat kesedaran tentang OKU dalam kalangan
majikan di media massa. Akibatnya, bukan hanya majikan tetapi juga masyarakat mengalami
kesukaran untuk mengidentifikasikan proses pemahaman, penilaian dan pembentukan
tingkah laku dalam kalangan masyarakat (Hazlin Falina Rosli, Safura Ahmad Sabri, Norazla
Abdul Wahab, & Nurzakira Afnee Zakaria, 2015).

Hakikatnya, terdapat juga kajian menyatakan bahawa kegagalan OKU mendapatkan


pekerjaan berpunca daripada kurangnya pendidikan dan pengetahuan majikan berkaitan OKU

3
GGGB6843 Tugasan Isu dan Pembentangan GP05447 JONG YII PHIN 4

itu sendiri (Siti Suhaila Samian, Khadijah Md. Ali, & Yahya Buntat, 2013). Kajian
(HoutenVille,A. & Kalargyrou, V., 2011) menjelaskan bahawa pengetahuan yang lebih baik
tentang OKU akan meningkatkan prospek atau peluang OKU diterima bekerja berdasarkan
kepuasan kerja dan kesetiaan kepada organisasi.

OKU bukan semata-mata dipinggirkan kerana kecacatan yang dihadapi, sebaliknya turut
dipengaruhi oleh elemen persekitaran seperti kekurangan kemudahan pendidikan, halangan
kepada akses bangunan, kekurangan pengangkutan yang sesuai malah halangan daripada
aspek mendapatkan pekerjaan (Siti Suhaila Samian et.al, 2013). Persepsi dan mentaliti
masyarakat yang masih lagi di takuk lama, makin menyukarkan OKU untuk terlibat secara
langsung dalam setiap aktiviti harian dalam meningkatkan kualiti kehidupan (Siti Suhaila
Samian et.al, 2013).

Diskriminasi terhadap OKU menyebabkan adanya pandangan ‘stereotaip’ terhadap pekerja


OKU atau pemohon pekerjaan dalam kalangan OKU (Draper, W.R., Reid, C.A., &
McMahon, B.T., 2010). Malah majikan juga didapati mengambil OKU bekerja di dalam
organisasi bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) semata-mata bagi
menaikkkan imej organisasi (Dibben, James, Cunningham, & Smythe, 2002). Keyakinan diri
yang rendah juga dikesan menjadi punca OKU tidak dapat menyediakan diri untuk menjawat
jawatan dalam organisasi (Hall & Parker, 2010). Keadaan ini mendorong majikan untuk
memberikan ruang yang lebih luas kepada pekerja normal untuk menjawat sesuatu pekerjaan.

Apabila menyedari bahawa alam pekerjaan memerlukan mereka berhadapan dengan


masyarakat, tahap keyakinan mereka akan rendah dan mulai bimbang tidak dapat dalam
menyesuaikan diri dengan persekitaran tersebut. Justeru, hal ini melemahkan diri mereka
untuk menghadapi dunia pekerjaan. Malah sikap masyarakat yang tidak yakin dengan
keupayaan mereka untuk bekerja menyukarkan lagi peluang pekerjaan kepada diri mereka.
Disamping itu, sesetengah golongan bekeperluan khas sedar akan keadaan ini dan perasaan
rendah diri itu wujud. Oleh hal demikian, mereka berpendapat kekurangan yang ada pada diri
mereka mungkin membataskan lagi peluang pekerjaan untuk diri sendiri.

4
GGGB6843 Tugasan Isu dan Pembentangan GP05447 JONG YII PHIN 5

3.0 Penyelesaian

Golongan OKU seharusnya bijak dalam membuat persediaan awal dan meningkatkan
kemahiran dalam diri supaya diri dapat diterima untuk bekerja. Sebagai contoh, golongan
OKU seharusnya mempunyai kemahiran sosial. Hal ini kerana, kemahiran sosial ini penting
kerana golongan OKU dapat mengetahui cara berhubung dengan masyarakat. Kemahiran
sosial yang mesti perlu dikuasai seperti kemahiran mengikut arahan, menerima kritikan,
meminta bantuan, kemahiran bekerjasama, kemahiran memahami perasaan orang lain, dan
kemahiran berinteraksi.

Golongan OKU juga, perlu berusaha supaya sentiasa produktif, berdisiplin, mengikis dan
mengubah sikap supaya tidak menyerah kepada takdir dan menunjukkan kemahiran dalam
sesuatu bidang yang dikuasai seperti orang lain (Zinaida Ariffin 2006). Malah golongan ini
hendaklah membuktikan kepada pihak majikan bahawa mereka merupakan golongan yang
boleh dipercayai. Kajian oleh Mohd Zahari et.al (2010) menyatakan bahawa golongan ini
dikatakan lebih setia, produktif dan dapat memberikan komitmen yang baik kepada kerja
(Normila Binti Mohd Bohari, 2016).

Zianida Ariffin (2006) mengatakan bahawa golongan OKU perlu bersikap lebih berani dan
terbuka dalam pemikiran bagi menerima cabaran baru jika mereka ingin meraih kejayaan.
Bidang kerjaya yang diceburi lebih luas iaitu melibatkan semua golongan masyarakat dan
tidak tertumpu kepada sesuatu kumpulan minoriti sahaja. Sikap ingin bersama-sama dengan
rakan senasib perlu dikikis. Mereka perlu berfikiran terbuka dan tidak takut menghadapi
cabaran. Keupayaan dan kebolehan fizikal serta intelek perlu difikirkan bagi menjamin
individu mampu menguasai bidang yang diceburi.

Media memainkan peranan yang cukup penting dalam memberikan maklumat dan
mempengaruhi pemikiran rakyat, ia mengambil kira kepentingan dan dasar yang ditetapkan
oleh kerajaan (Hazlin Falina Rosli et.al, 2015). Menurut Hazlin Falina Rosli et.al (2015),
ketiadaan maklumat mengenai pelbagai aspek akan menyebabkan masyarakat tidak dapat
memenuhi tanggungjawabnya terhadap isu kesamarataan hak dalam kalangan OKU.

Oleh itu adalah perlu bagi media untuk membantu mengatasi kekurangan maklumat dan
pengetahuan di samping mewujudkan masyarakat yang lebih peka terhadap isu semasa

5
GGGB6843 Tugasan Isu dan Pembentangan GP05447 JONG YII PHIN 6

terutama dalam menangani isu hak OKU. Tahap kesedaran yang rendah disebabkan
kurangnya pendedahan maklumat dalam media massa dalam kalangan masyarakat tentang
hak kesamarataan, dikenal pasti sebagai suatu halangan kepada golongan tersebut untuk
terlibat secara penuh di dalam masyarakat (Hazlin Falina Rosli et.al, 2015).

Lebih banyak maklumat yang disampaikan oleh media massa mengenai OKU yang diketahui
oleh masyarakat, maka semakin kuranglah stereotaip negatif mengenai OKU dan semakin
positif sikap mereka terhadap OKU. Bagi golongan OKU, perkhidmatan, bimbingan dan
panduan kerjaya seharusnya memainkan peranan penting dalam membantu mereka berkaitan
dengan dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidik dan ibu bapa yang dikira sebagai individu
yang paling rapat dengan warga OKU ini haruslah mengambil peranan penting dalam
memberi maklumat dan bimbingan semasa memilih kerjaya yang sesuai agar mereka boleh
menggunakan potensi yang ada pada diri mereka ke tahap yang paling maksimum.

Majikan juga seharusnya mengambil inisiatif daripada insentif yang diberikan oleh kerajaan
dalam memastikan golongan OKU mendapat layanan yang sama rata dalam peluang
pekerjaan. Tanggungjawab sosial pihak majikan terhadap lapisan masyarakat haruslah
merangkumi layanan terhadap golongan OKU. Pihak majikan juga perlu bersedia untuk
melaburkan peruntukan bagi penyediaan latihan kemahiran yang sesuai dengan fungsi
pekerjaan tertentu supaya pekerja OKU dapat meningkatkan keupayaan untuk bekerja setara
dengan pekerja biasa.

Selain itu, pihak majikan juga perlu memberi peluang kepada pekerja OKU untuk
mempelajari kemahiran-kemahiran baru selain membentuk pasukan kerja yang baik atau
memperkenalkan ‘buddy system’ di kalangan staf supaya dapat menerima rakan sekerja
daripada kalangan OKU dan dapat menyesuaikan diri dengan rakan setugas. Insentif
kehadiran atau sistem ganjaran juga boleh dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi pekerja
OKU untuk lebih setia dengan organisasi, menunjukkan prestasi yang baik dan dapat
memberi sumbangan melalui kemahiran yang dimiliki.

Dalam pada masa yang sama, golongan OKU itu sendiri haruslah berusaha untuk
meningkatkan kemahiran diri mereka. Nilai tambah diri mereka perlu diperolehi. Kemahiran
berkomunikasi dalam Bahasa asing dilihat sebagai nilai tambah yang dapat membantu
mereka mendapatkan pekerjaan. kemahiran berkomunikasi boleh dikatakan sebagai ciri

6
GGGB6843 Tugasan Isu dan Pembentangan GP05447 JONG YII PHIN 7

utama yang perlu ada pada seseorang bagi mempromosikan diri dalam usaha mendapatkan
pekerjaan. Majikan kebiasaannya tertarik untuk mengambil pekerja yang boleh
berkomunikasi dengan baik.

Pihak yang berkaitan dengan golongan OKU ini juga harus berusaha lebih keras lagi untuk
memberikan Pendidikan, latihan dan kemahiran serta kerjaya kepada golongan OKU.
Program latihan dan pemulihan merupakan satu lagi cara untuk membolehkan golongan
OKU menyesuaikan diri dengan masyarakat dan dunia pekerjaan. Melalui program ini,
mereka akan diajar dengan kemahiran-kemahiran untuk membolehkan mereka berdikari.

Dengan kemahiran-kemahiran tersebut, tahap keterbatasan dalam melakukan aktiviti harian


dapat diminimakan. Program pendidikan kerjaya bagi individu kurang upaya yang
dicadangkan perlu mempunyai tiga matlamat utama, iaitu memberi kecekapan untuk
kehidupan seharian, menyediakan kemahiran sosial dan peribadi, serta persediaan dan
keupayaan untuk memasuki dunia pekerjaan.

4.0 Rumusan

Sebagai kesimpulan, kita dapat lihat bahawa tidak kira dimana sahaja golongan OKU itu
berada sama ada di negara maju, membangun atau kurang membangun, mereka mengalami
masalah dan halangan yang sama untuk meneruskan kehidupan dengan mencari peluang
pekerjaan akibat diskriminasi yang dicipta oleh masyarakat sekeliling. Walaupun pada hari
ini kita sudah berada di ambang wawasan 2020, namun masih banyak lagi kelompongan dari
segi usaha untuk meningkatkan kualiti hidup golongan OKU perlu ditingkatkan.

Tidak semua golongan OKU bernasib baik mendapat peluang pekerjaan yang stabil di negara
ini. Oleh hal yang demikian, satu usaha yang drastik perlu dilaksanakan untuk memastikan
golongan ini tidak terpinggir daripada mendapat hak bekerja yang sepatutnya. Bukan itu
sahaja, masyarakat juga perlu mengikis sikap prejudis terhadap golongan OKU.

Sesungguhnya golongan ini memerlukan semangat dan sokongan daripada semua pihak
untuk meneruskan kehidupan mereka dalam keadaan tidak sempurna seperti insan-insan yang
lain. Oleh itu, janganlah dipatahkan semangat mereka untuk menapak dalam kehidupan yang
penuh dengan pancaroba ini.

7
GGGB6843 Tugasan Isu dan Pembentangan GP05447 JONG YII PHIN 8

Majikan memainkan peranan penting dalam memberi peluang kepada OKU untuk
membuktikan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan sebaiknya dalam dunia
pekerjaan. Perubahan persepsi perlu dilakukan bagi membuang stigma yang menyatakan
OKU tidak mampu memberikan yang terbaik. Selagi peluang itu tidak diberikan, OKU tidak
mempunyai ruang untuk menunjukkan kesungguhan dan keupayaan yang setara dengan
orang lain.

Selagi kemampuan OKU tidak diuji di pasaran buruh sebenar, selagi itulah OKU akan terus
terpinggir dalam dunianya sendiri dan terbelenggu dengan masalah kemiskinan yang
menjejaskan kualiti kehidupan. Persepsi yang berubah akan memberi peluang kepada OKU
untuk mengubah nasib kepada yang lebih baik pada masa hadapan,

8
GGGB6843 Tugasan Isu dan Pembentangan GP05447 JONG YII PHIN 9

5.0 Rujukan

Akta OKU 2008 dalam www.jkm.gov.my/index.php?

Dibben, P., James, P., Cunningham, I., & Smythe, D. (2002). Employers and employees with
disabilities in the UK: An economically beneficial relationship? International Journal
of Social Economics, 29(6), 453-467.

Draper, W.R., Reid, C.A., & McMahon, B.T. (2010). Workplace Discimination and The
Perception of Disability. Rehabilitation Counseling Bulletin, 55(1), 29-37.

Hall, J. P., & Parker, K. (2010). Stuck in a Loop : Individual and System Barriers for Job
Seekers With Disabilities. The Career Development Quarterly, 58(3), 246-256.

Hazlin Falina Rosli, Safura Ahmad Sabri, Norazla Abdul Wahab, & Nurzakira Afnee
Zakaria. (2015). Kesedaran Golongan Majikan Terhadap Orang Kurang Upaya
(OKU) di Malaysia: Melalui Perspektif Media. 2nd International Conference on
Management and Muamalah 2015 (2nd ICoMM) (pp. 192-199). Selangor: Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

HoutenVille,A., & Kalargyrou, V. (2011). People with Disabilities: Employers' Perspectives


in Recruitment Practices, Strategies and Challenges in Leisure and Hospitality.
Cornell Hospitality Quarterly, 53(1), 40-52.

Normila Binti Mohd Bohari. (2016). Persepsi Industri Hospitaliti Terhadap Graduan Kurang
Upaya (OKU) Bermasalah Pendengaran. Johor: Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.

Peter Voo, & Ferlis Bin Bullare. (2014). Cabaran Pekerjaan dan Kesan Kepada Kesejahteraan
Hidup OKU Penglihatan Yang Berkeluarga di Sabah. SeMinar Kebangsaan Integriti
Keluarga 2014 (pp. 1-11). Fakulti Psikologi dan Pendidikan: Universiti Malaysia
Sabah.

Rohany Nasir. (2003). Isu-Isu Kaunseling dan Perkembangan Kerjaya. Kuala Lumpur:
Utusan Publications and Distributor.

9
GGGB6843 Tugasan Isu dan Pembentangan GP05447 JONG YII PHIN 10

Siti Suhaila Samian, Khadijah Md. Ali, & Yahya Buntat. (2013). Persepsi Majikan Terhadap
Pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) dalam Organisasi di Negeri Johor. International
Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013), 349-353.

Soo Ewe Jin. (12 Aug, 2004). Blind Spot For The Disabled. Retrieved from The Star Online:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2004/08/12/blind-spot-for-the-disabled/

Zinaida Afiffin. (2006). Kerjaya untuk Orang Kurang Upaya. Bentong: PTS Professional
Publishing Sdn Bhd.

10

Anda mungkin juga menyukai