Anda di halaman 1dari 4

Mengumumkan ketibaan barisan pentadbiran Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama Perempuan Alawiyah Kangar masuk ke dewan.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Kita mulakan perhimpunan kita pada hari ini dengan bacaan ummul
kitab Al-Fatihah.
Yang Berusaha, Ustazah Shakirah Binti Ahmad, Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Alawiyah Kangar.
Yang Berusaha, Cikgu Rohana Binti Mat, Penolong Kanan Pentadbiran.
Ustaz Idris Bin Ahmad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Ustazah Faridah Binti Osman, Penolong Kanan Kokurikulum.
Guru-guru kanan, guru2 cemerlang,
Guru-guru, seterusnya rakan-rakan pelajar sekalian.

Sekarang, marilah kita sama-sama menyanyikan Asmaul-husna, lagu


kebangsaan, lagu negeri Perlis dan lagu sekolah.
Diharap para pelajar dapat menyanyikannya dengan penuh semangat.

Sekarang, dijemput saudari Nur Shakirah Bt Husin untuk mengetuai


bacaan ikrar pelajar.
Terima kasih diucapkan kepada saudari Shakirah atas kesudian
mengetuai bacaan ikrar sebentar tadi.

Pada hari yang mulia ini, kita akan mengadakan Majlis Pelancaran Bulan
Bahasa, Sudut Pidato dan NILAM. Oleh itu,
Majlis seterusnya mempersilakan Cikgu Siti Saodah Binti Harun untuk
menyampaikan taklimat tentang aktiviti yang telah dirancang. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih Cikgu atas taklimat yang disampaikan sebentar tadi.


Majlis kita diteruskan lagi dengan persembahan pelajar

Persembahan yang pertama adalah syair Nasihat yang akan


disampaikan oleh Sofiyatul Najihah Binti Mustafa Kamal dan Nur
Raihana Yasmin Bt Yazi dari kelas 3 Siti Fatimah.

Syair akan disampaikan dengan irama ______________


Yang kedua, penyampaian resensi buku yang akan disampaikan oleh
Adira Kamilia Binti Adzman dari kelas 5 Sumaiyah yang bertajuk ‘ Dear
Mr. Kilmer ’
Yang ketiga, persembahan Qasidah yang akan disampaikan oleh Nur
Nabila Shahida Binti Hazizi dari kelas 5 Siti Khadijah, Ummie Nur
Fathirah Binti Asmawi dari kelas 5 Siti Aisyah, Nurul Nadhirah Binti
Mohd. Salleh dari kelas 5 Siti Khadijah dan Siti Nursolehah Binti Taharim
dari kelas 5 Umi Kalthum.
Majlis mempersilakan.
Terima kasih kepada pelajar yang menyampaikan persembahan yang
menarik sebentar tadi.
Majlis seterusnya mempersilakan Ustazah Shakirah Binti Ahmad,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Alawiyah
Kangar untuk menyampaikan ucapan sekaligus melancarkan Program
Bulan Bahasa, Sudut Pidato dan NILAM sekolah bagi tahun 2019.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis merakamkan terima kasih kepada tuan pengetua .


(bagi pengetua duduk dahulu)

Sekarang, dipersilakan Cikgu Rohana Binti Mat, Penolong Kanan


Pentadbiran untuk mengiringi Tuan Pengetua bagi menyempurnakan
Gimik Perasmian. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Shakirah dan Cikgu Rohana.

Mekar angsana pandang tak jemu,


Bunganya luruh ke dalam raga,
Buku laksana lautan ilmu,
Dasarnya penuh mutiara berharga
Warga dewan sekalian,
Seterusnya bagi Gimik Pelancaran NILAM, marilah kita membaca buku
selama 3 minit.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, saya menjemput saudari
Hanihah Maisarah untuk memimpin bacaan doa.
Terima kasih diucapkan kepada saudari Hanihah atas bacaan doa
sebentar tadi.
Maka, tamatlah majlis kita pada hari ini. Untuk itu kita tangguhkan
majlis perhimpunan kita pada hari ini dengan bacaan Tasbih Kafarah
dan Surah Al-Asr.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Pencipta dan yang buruk itu
datang dari yang dicipta.
Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai