Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan amat penting bagi
memastikan objektif dan matlamat pengajaran Bahasa Melayu dapat dicapai. Menurut Seman
Salleh (2005) Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jelas
menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk
melahirkan murid berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati Bahasa
Melayu sebagai sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu. Sistem
Pendidikan negara masa kini menuntut para pendidik melakukan anjakan paradigma daripada
segi penyampaian di dalam kelas. Maka, guru perlu menukar teknik pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik seperti drama, tunjuk cara, latih tubi, bercerita dan
improvisasi. Pemilihan teknik juga perlu melihat kepada jenis pengetahuan atau kemahiran
yang ingin disampaikan, tajuk pengajaran, gaya pembelajaran murid serta nilai dan sikap yang
ingin diterapkan.

1 |BMMB3093
2.0 KONSEP TEKNIK

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Manakala menurut
Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997) dalam bukunya Pengajian Melayu
III: Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi
yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai
sesuatu objektif. Selain itu, menurut Edward M. Anthony teknik adalah satu muslihat atau
strategi sesuatu bahagian bahasa tertentu. Secara amnya, teknik merupakan suatu alat
yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang
telah dipilih untuk murid-muridnya, Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah
yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang difahami.

2 |BMMB3093
3.0 ASPEK SENI BAHASA

Menurut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) aspek seni bahasa
merujuk kepada keindahan bahasa dan kehalusan bahasa Melayu bagi mengukur
pemahaman murid, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui aktiviti didik
hibur. Melalui pembelajaran ini, murid dapat menghasilkan dan mempersembahkan karya
kreatif pelbagai jenis secara lisan dan bertulis melalui pelbagai teknik yang menarik.
Aspek seni Bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan secara didik
hibur. Teknik yang dipilih ialah bercerita dan menyanyi.

3.1 TEKNIK BERCERITA


Menurut Rahman Sukor (2006), teknik bercerita merupakan satu
pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa
murid. Bercerita adalah teknik bagi menyampaikan isi pelajaran. Cerita boleh
disampaikan secara lisan, tontonan, mendengar rakaman ataupun melalui
pementasan boneka. Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti menceritakan semula
perkara-perkara atau peristiwa sama ada imaginasi, kisah benar mahupun
tradisi. Teknik bercerita berupaya memupuk minat pelajar terhadap
kesusasteraan. Berdasarkan DSKP tahun 5 aspek seni bahasa dapat
dijadikan sebagai panduan untuk menjalankan sesi pengajaran.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


4.3 Mengujarkan Bahasa yang indah dan 4.3.2 Mengujarkan dialog yang
menggunakan bahasa badan dengan dihasilkan daripada bahan ransangan
kreatif melalui lakonan secara didik hibur. untuk menyampaikan nilai murni dengan
menggunakan bahasa yang indah dan
bahasa badan yang sesuai melalui
lakonan.
OBJEKTIF: 1- Murid dapat melakonkan watak dengan baik.
2- Murid dapat menjawab persoalan daripada guru tentang pengajaran
yang didapati daripada penceritaan.

3 |BMMB3093
Cara mengaplikasikan teknik bercerita dalam bilik darjah melalui
penceritaan semula oleh pelajar. Guru akan memberikan suasana, babak atau
tema terlebih dahulu mengikut urutan supaya murid dapat peluang untuk
mempersembahkan bakat mereka di hadapan kelas. Bagi menjadikan
suasana lebih realiti guru perlu memaparkan suasana atau gambar di projektor
untuk ditayangkan serta memberikan peralatan mahupun kostum untuk
dipakai. Sudah tentu pelajar akan lebih bersemangat dan rela untuk
menyampaikan cerita mereka. Selesai bercerita guru perlu menyoal murid
tentang nilai serta pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut. Hal ini
penting bagi memastikan murid sentiasa fokus semasa mendengar cerita yang
disampaikan.

3.2 TEKNIK NYANYIAN

Teknik nyanyian amat efektif bagi menarik minat murid untuk belajar,
menggalakan pembelajaran aktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran serta mengurangkan tingkah laku negatif. Suasana kelas
menjadi seronok dan meriah apabila guru menerapkan teknik nyanyian.
Selaras dengan kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994) yang mengutarakan bahawa
jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara
yang harmoni, daya pemusatan akan bertambah, daya ingatan akan
bertambah kuat, belajar akan menjadi seronok, penggambaran cara dan
imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran
akan menjadi lebih aktif. Lagu-lagu disertai melodi indah memudahkan pelajar
untuk menghafal dan faham. Melalui teknik nyanyian yang digunakan, murid
bukan sahaja berhibur tetapi juga turut menerima maklumat yang ingin
disampaikan oleh guru. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid
menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-
bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.

4 |BMMB3093
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Menyebut dan memahami unsur seni 4.1.1 Menyebut dan memahami lirik
dalam lagu melalui nyanyian secara didik lagu yang mengandungi nilai dan
hibur. pengajaran yang dipersembahkan
melalui nyanyian secara didik hibur.
OBJEKTIF: 1- Muird dapat memahami lirik lagu baris demi baris.
2- Murid dapat menggariskan kata adjektif dan nilai murni yang terdapat
dalam lirik lagu.

Berdasarkan standard kandungan tahun 4 tersebut, guru dapat melakukan


aktiviti nyanyian dengan lebih menarik dan berkesan. Contohnya, guru memberikan
lembaran kertas yang mengandungi lirik lagu Upin dan Ipin yang bertajuk Terima Kasih
Cikgu. Guru akan membaca baris demi baris dan diikuti oleh murid-murid. Murid akan
lebih memahami lirik di samping menambah kosa kata. Murid dikehendaki untuk
menggariskan kata adjektif dan nilai murni dalam lirik lagu. Contohnya, ikhlas, bantu-
membantu, berkorban dan hormat-menghormati. Kemudian guru menayangkan lirik
video di hadapan kelas agar murid dapat melakukan gerak geri sambil menyanyi.
Maka apabila murid telah memahami lirik, nyanyian secara beramai-ramai akan
menjadi lebih semangat dan gembira. Selain itu, kreativiti murid dapat dikembangkan
melalui persembahan yang dilakukan dan seterusnya objektif pembelajaran pada hari
itu dapat dicapai.

5 |BMMB3093
4.0 ASPEK TATABAHASA

Awang Sariyan (2002) menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina


bentuk-bentuk bahasa yang ditentukan oleh penutur sama ada bahasa itu baik dalam
penulisan mahupun ucapan. Aspek peraturan amat penting terutamanya morfologi
dan sintaksis. Aspek ini perlu diajarkan melalui pengajaran yang terancang dengan
teknik yang sesuai dan berkesan supaya murid memahami dan menggunakan
tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara lisan dan bertulis.
Perkara tersebut adalah penting kerana menerusi penggunaan tatabahasa yang betul,
murid dapat menguasai kemahiran bahasa dengan baik. Maka, teknik yang sesuai
untuk menekankan aspek itu ialah teknik permainan bahasa dan latih tubi.

4.1 TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Permainan bahasa adalah salah satu cara mempelajari bahasa dengan


seronok. Menurut Moyles (2005) bermain adalah pengalaman pengajaran dan
pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal
kanak-kanak. Pelajar sekolah rendah perlu menguasai asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira selari dengan aktiviti yang dijalankan. Melalui
aktiviti bermain sesuatu permainan, kanak-kanak belajar tentang persekitaran
dan memahami isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan yang
menggembirakan.

Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran


bahasa. Permainan bahasa memberi peluang kepada murid untuk
mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.
Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan
ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau
tidak langsung.

6 |BMMB3093
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
5.3 Memahami dan membina ayat yang 5.1.5 Memahami dan membina ayat
betul dalam pelbagai situasi tunggal dan ayat majmuk dengan
perluasan sunjek dan predikat dengan
betul pelbagai situasi.
OBJEKTIF: 1- Murid dapat mengenalpasti kata majmuk dan kata kerja melalui
permainan.
2- Murid dapat membina tiga ayat secara gramatis menggunakan kata
majmuk dan kata kerja yang telah dijumpai.

Berdasarkan DSKP Tahun 5 aspek tatabahasa, aktiviti yang boleh


dibuat ialah permainan tangga kata dan teka silang kata. Aktiviti ini membantu
murid untuk mencari dan meningkatkan kosa kata dari segi kata majmuk dan
kata kerja. Bagi aktiviti permainan tangga kata, gambar seperti tin, teko, tanjak
dan tukul diletakkan di sebelah kanan dan diletakkan huruf ‘T’ lalu murid
diminta untuk meneka perkataan yang sebenar (rujuk lampiran 1). Permainan
teka silang sinonim pula guru memaparkan papan teka silang sinonim diikuti
soalan di hadapan kelas menggunakan projektor dan meminta untuk mencari
lima perkataan sinonim (rujuk lampiran 2). Selepas itu, murid perlu membina
tiga ayat majmuk dan ayat tunggal berdasarkan kosa kata yang dijumpai.

Permainan aktivtiti bahasa juga boleh dilaksanakan secara


berkumpulan, berpasangan mahupun individu. Sudah tentu semua murid
dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan.

7 |BMMB3093
4.2 TEKNIK LATIH TUBI

Menurut Kamaruddin Husin, Abdullah Yusof dan Mohd Rain (2011),


latih tubi merupakan pengulangan fakta-fakta yang dipelajari dan bertujuan
untuk mencapai taraf penguasaan sesuatu kemahiran dan menjamin
kekalannya. Kekelebihan teknik ini bagi mengekalkan daya ingatan serta
penguasaan kemahiran pelajar terhadap sesuatu pengajaran.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


5.3 Memahami dan membina ayat 5.3.2 Memahami dan membina ayat cakap
yang betul dalam pelbagai situasi. ajuk dan cakap pindah dengan betul dalam
pelbagai situasi.
OBJEKTIF: 1- Murid dapat meniru dan mengulangi sebutan denagn intonasi
yang betul.
2- Murid dapat membina tiga ayat cakap pindah dan tiga ayat cakap
ajuk.

Contoh aktiviti bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola
yang digunakan oleh guru. Ayat cakap ajuk dan cakap pindah memerlukan
intonasi dalam percakapan. Guru menulis beberapa ayat pendek yang mudah
di papan putih. Latihan dimulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid
meniru dan mengulangi sebutan tersebut. Sekiranya murid masih bermasalah
dengan sebutan tersebut,murid harus mengulanginya lagi. Latih tubi meliputi
penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang
diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid. Pasangan perkataan
yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan
makna digunakan. Contohnya, daki dengan laki, tari dengan lari, malu dengan
balu. Sekiranya, pelajar tidak mahir pada penyebutan frasa atau perkataan
pelajar harus menyebut berulang kali bagi memastikan pelajar tersebut mahir
sehingga mampu membaca dengan lancar. Selepas itu, guru menyediakan
lembaran kerja yang mengkehendaki murid untuk membina tiga ayat cakap
ajuk dan tiga ayat cakap pindah. Kemudian, guru meminta murid untuk
menyebut ayat yang telah dibina menggunakan intonasi yang betul.

8 |BMMB3093
Justeru, teknik latih tubi turut membantu murid memperbaiki
penguasaan aspek tatabahasa. Oleh itu, guru boleh menjalankan aktiviti latih
tubi secara berkumpulan atau melalui perbincangan dalam kumpulan,Murid
yang mahir perlu membantu rakannya yang lemah untuk menguasai tajuk.

9 |BMMB3093
5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan teknik yang dikemukakan sudah pasti mempunyai kelebihan yang


membantu menjadikan proses PdP lebih menarik dan melibatkan keseluruhan murid.
Objektif yang hendak dicapai adalah sama iaitu menguasai kemahiran atau topik yang
diajar oleh guru pada hari tersebut. Maka, golongan pendidik perlulah bijak memilih
teknik pengajaran yang sesuai mengikut objektif pengajaran yang boleh membantu
para pelajar menguasai ilmu atau kemahiran. Oleh itu, sekiranya guru ingin
melibatkan pelajar secara aktif, maka guru perlu memilih teknik yang sesuai semasa
proses PdP. Tuntasnya, teknik yang baik mampu meningkatkan kemahiran serta nilai
sesuatu ilmu.

10 |BMMB3093
6.0 RUJUKAN

Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012). Kaedah Pengajian Bahasa Melayu.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn . Bhd

Haji Abdul Fatah bin Hasan. (1994). Kecemerlangan minda dalam pembelajaran
keseluruhan otak dan daya berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997) Pengajian Melayu III:
Komunikasi Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noresah Baharom et. al (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Seman Salleh. (2005). Interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran Komponen
Kesusasteraan Melayu (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

11 |BMMB3093
7.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

Rajah 2 : Permainan menangga kata

LAMPIRAN 2

Rajah 2. Permainan silang sinonim

12 |BMMB3093

Anda mungkin juga menyukai