Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KONSEP KEM SMART SOLAT

DAERAH MANJUNG 2011

Tarikh : 26 – 28 September 2011

Tempat : Sekolah Kebangsaan Seri Samudera

Masa : 7.30 pagi – 1.00 tengah hari

1. Pendahuluan

Pelaksanaan Program j-QAF adalah bertunjangkan kepada beberapa teras di dalam Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu :

1. Teras Kedua; MEMBANGUN MODAL INSAN

Fokus 4; Memantapkan program kokurikulum dan sukan. Melalui strategi

memantapkan pelaksanaan kokurikulum bagi menggalakkan penglibatan

murid yang lebih menyeluruh dengan pelaksanaan Majlis Ihtifal j-QAF

Fokus 6; Memantapkan kurikulum. Melalui strategi meneruskan

pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

dengan memperluas pelaksanaan j-QAF kepada murid Islam

2. Teras Ketiga; MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN

Fokus 4; Pemantapan Kurikulum. Melalui strategi memperluaskan

program j-QAF

Sejak program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005, Kementerian Pelajaran Malaysia

menempatkan seramai 1275 guru Pendidikan Islam (j-QAF) di negeri Perak dengan
bilangan murid telah mencecah kepada 82,336 orang murid. Angka ini akan terus

meningkat kepada 133,248 orang murid pada tahun 2010 nanti.

2. Latar belakang

Setelah menjalankan Kem Bestari Solat di peringkat sekolah masih ramai lagi murid yang

tidak dapat menguasai dan melakukan solat fardhu dengan teratur dan sempurna.

Berdasarkan senario ini maka difikirkan perlu untuk menjayakan satu program khusus

bagi meningkatkan penguasaan murid terutamanya murid yang mempunyai masalah

keciciran dan lemah (murid-murd lembam).

3.Rasional

3.1 Matlamat utama pelaksanaan Kem Smart Solat adalah untuk memantapkan murid

dalam melaksanakan wudhuk dengan sempurna.

3.2 Meningkatkan penguasaan bacaan-bacaan di dalam solat dengan lebih baik dan

sempurna

3.3 Memastikan penguasaan perlakuan solat di kalangan pelajar dengan tahap yang

paling asas adalah penguasaan amalan rukun.

4. Objektif

4.1 Murid dapat mengetahui cara-cara berwudhuk dan anggota-anggota wudhuk.

4.2 Murid dapat menguasai bacaan dalam solat terutama tahyat dengan betul.

4.3 Murid dapat menunaikan solat dengan lebih sempurna.


5. Sasaran

5.1 Murid tahap 2 yang masih tidak menguasai kemahiran berwudhuk dan solat yang

betul. Keutamaan kepada murid tahun 5.

6. Strategi Pelaksanaan

6.1 Murid mestilah terdiri daripada murid yang tidak menguasai rukun wudhuk dan solat

yang betul.

6.2 Murid diperkenalkan tentang niat wudhuk dan anggota wudhuk dengan

menggunakan kaedah yang bersesuaian seperti bernasyid, tayangan LCD, permainan dan

sebagainya (Slot 1)

6.3 Permainan yang di perkenalkan dalam kem ini dinamakan mencari berlian dalam

kaca, permainan memerlukan setiap ahli pasukan menyusun setiap perlakuan rukun

wudu’ yang telah diselerakkan, setiap ahli harus bekerjasama menyusun bagi

memastikan setiap perlakuan rukun wudu’ mengikut tertib yang sepatutnya

6.4 Seterusnya permainan yang diperkenalkan adalah permainan PUZZLE iaitu setiap

ahli kumpulan akan menyusun anggota wudu’ yang telah diceraikan supaya ianya

menjadi satu anggota wudu’ yang sempurna.

6.5 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dengan berada di dalam stesen

kecil yang berkaitan dengan anggota wudhuk seperti stesen muka, tangan, kepala dan

kaki. Guru digalakkan menggunakan bahan seperti bedak dan tepung untuk menyapu

anggota-anggota wudhuk dengan sempurna dan cermin.


6.6 Guru menunjukkan beberapa cara berwudhuk menggunakan air seperti penggunaan

botol, baldi, spray dan yang bersesuaian dan diaplikasikan oleh murid dengan sebaiknya.

(Slot 2)

6.7 Hanya satu solat sahaja (solat maghrib) yang diajarkankan.

6.8 Kaedah perlaksanaan bagi niat solat subuh dan insyak akan dijalankan berdasarkan

tiga kaedah yang utama iaitu, nyanyian, hafazan dan permainan. Aturan seperti berikut

i) Nyanyian – menggunakan irama semasa seperti lagu-lagu rakyat dengan

liriknya akan menggambarkan tentang perkara yang ditekankan dalam niat solat.

ii) Hafazan – Pendekatan latih tubi merupakan kaedah yang terbaik bagi

menguatkan ingatan dan memperolehi sesuatu hafalan.

iii) Permainan – Permainan yang diperkenalkan adalah ’ Trafik Minda’, permainan

ini adalah berdasarkan konsep lampu isyarat yang sebenarnya iaitu setiap pelajar akan

dibekalkan dengan satu niat solat dan jika pelajar dapat melafazkan niat solat tersebut

maka fasilitator akan menwarnakan bulatan hijau dan jika bulatan kuning bermakna

pelajar tersebut masih lagi tidak menguasai niat solat dengan sempurna dan jika bulatan

merah bermakna pelajar memang tidak menguasai niat solat tersebut (Slot 3)

6.9 Seterusnya dalam kem ini pelajar akan didedahkan bacaan tahiyat awal, akhir dan

doa qunut. Memandangkan kem ini dijalankan kepada murid-murid yang tidak mampu

menguasai solat dengan sempurna, bacaan yang ditekankan adalah bacaan rukun,

adapun bacaan sunat seperti doa qunut adalah merupakan pendedehan kepada pelajar

ini tentang kelebihan dan kaedah perlakuan doa qunut ini dilakukan dan bukan

merupakan satu kewajipan bagi pelajar ini untuk menghafalnya.Pendekatan dalam slot
ini lebih terarah kepada kaedah latih tubi dan kreativiti fasilitator dalam memastikan

setiap bacaan dapat dikuasai oleh murid (Slot 4)

6.10 Bagi bacaan solat seperti rukuk, iktidal,sujud dan duduk antara 2 sujud,

pendekatan yang digunakan boleh dibahagikan kepada 2 iatu

i) Hafalan dan latih tubi

ii) Permainan seperti explorace solah, permainan ini berdasarkan sistem check

point dan dijalankan mengikut kesesuaian masa yang ada. Setiap kumpulan dibahagikan

kepada kumpulan kecil maksimun 5 orang dan dibimbing oleh dua orang fasilatator.

Setiap kumpulan diberikan kad arahan seperti niat solat fardhu dan murid bergerak ke

check point seterusnya dengan menggunakan password yang telah ditetapkan.

Sepanjang perjalanan murid diletakkan dengan halangan perlakuan solat seperti

takbiratul ihram, rukuk, dan sujud. Check point yang terakhir adalah bacaan surah al-

Fatihah Kumpulan yang berjaya melalui kesemua check point dengan sempurna dan

terpantas diistiharkan pemenang. Praktikal solat maghrib dengan sempurna.(Slot 5)

6.11 Penilaian akan dilakukan sebanyak 2 kali iaitu sebelum kem dijalankan dan selepas

kem dijalankan bagi menentukan tahap penguasaan setiap pelajar yang terlibat

6.12 Analisis keseluruhan akan dijalankan berdasarkan penilaian yang dijalankan kepada

setiap pelajar. Analisis akan merangkumi tahap penguasaan pelajar secara individu dan

berdasarkan setiap bacaan dan perlakuan wudu serta bacaan dan perlakuan solat

6.13 Laporan keseluruhan ini akan dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan

Pejabat Pelajaran Daerah untuk tindakan yang selanjutnya manakala laporan secara
individu akan dikemukan kepada sekolah pelajar yang terlibat bagi memastikan setiap

kelemahan dan kekurangan dapat diperbaiki dan di atasi.

7. Pelan tindakan

Bil Perkara Tarikh Tindakan


1 Mesyuarat Jawatankuasa Induk Julai 2011 Pengerusi

Kelompok
2 Mesyuarat Jawatankuasa Perlaksana Julai 2011 Sekolah-sekolah

Kelompok
3 Mesyuarat Penyelarasan dan Julai 2011 Sekolah-sekolah

Taklimat Fasilitator Kelompok


4 Pelaksanaan Kem Smart Solat Julai 2011 Sekolah terlibat

8. Carta Organisasi

Penasihat : En Md Soud Bin Mat Thani A.M.P (Pegawai Pelajaran Daerah Manjung)

Pengerusi : En Amini Bin Mohammad Ali (Penolong Pengarah j-QAF,PPD Manjung)

Setiausaha : En Mohd Syaubari Bin Othman (Guru j-QAF, SK Sungai Wangi)

Ahli Jawatankuasa :

Pn Kauthar (Guru j-QAF SK Gugusan Lekir)

Pn Salmi Farhana (Guru j-QAF SK Panchor)

Pn Zunainda (Guru j-QAF SK Sg. Batu)

Pn Shahiza ( Guru j-QAF SK Dato’ Ishak)

En Hadi (Guru j-QAF SK Gelong Gajah)


9. Kewangan

9.1 Sumber kewangan

9.1.1 Sumbangan PIBG

9.1.2 Peruntukan KBS

9.1.4 Lain-lain sumbangan

9.2 Cadangan perbelanjaan

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH


1. MAKANAN

i) URUSETIA/FASILITATOR RM5.00 X 15 ORG X 3 Hari RM 225.00

ii)PESERTA RM 3.00 X 26 ORG X 3 Hari RM 234.00

Jumlah Kecil RM 459.00


2. ALATAN DAN BAHAN CETAK

i) Fail dan Taq Nama

ii) Manila kad RM 50.00 RM 50.00


3. HADIAH DAN

CENDERAMATA RM 50.00 x 5 KUMPULAN. RM 250.00

4. PERBELANJAAN RUNCIT RM 25. 00 RM 25.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 784 .00

10. Penutup

Diharapkan agar pelaksanaan kem ini akan memberi kesan dan menarik minat murid-

murid yang ketinggalan (lembam) untuk meningkatkan kemahiran solat agar seiring
dengan murid-murid yang lain. Semoga program ini dapat membantu pihak sekolah

melaksanakan program j-QAF (KBS) dengan lebih cemerlang.

11. Lampiran

11.1 Jadual Pelaksanaan Kem

11.2 Borang Penilaian (Sebelum Kem dan Selepas Kem)


Cadangan Jadual Pelaksanaan Kem

Masa /
8.00 – 8.30 8.30 – 9.00 9.00 – 10.30 10.30 – 11.00 11.00 – 12.30 12.30 – 2.00

Rehat
PAGI Pendaftaran SLOT 1 SLOT 2 Minum Pagi SLOT 3 &
Solat Zuhur Berjemaah

Masa / 2.00 – 4.00 4.00 – 4.45 4.45 – 5.15 5.30 – 6.00

Penutup
PETANG SLOT 4 SLOT 5 & Bersurai
Penyampain
Hadiah

SLOT 1 – Memperkenalkan niat dan Anggota wuduk SLOT 4 – Explorace Sholah


( Menghafaz & Menyanyi lagu tema ) ( dilaksanakan dalam bentuk games)
Lihat Carta Aliran
SLOT 2 – Pergerakan secara bergilir ke 4 stesen SLOT 5 – Amali solat magrib secara sempurna
Stesen 1 – Anggota Muka
Stesen 2 – Anggota Tangan
Stesen 3 – Anggota Kepala
Stesen 4 – Anggota Kaki
(Menggunakan bahan selain air seperti
Bedak,tepung dan sebagainya)

SLOT 3 – Praktikal wuduk menggunakan air


Kumpula Check Point 1
yang terdapat dalam sampul surat iaitu gambarajah Perlakuan Takbiratul Ihram & Qiam,
Check Point 2
(Sila Berjalan 10 langkah kehadapan dan belok ke kiri 5 langkah . Sila ikut gambarajah

n (Password 1: “Bahagian
diberikan Lafaz niat” (Password 2:
kad yang Sahaja aku sembahyang “Bahagian Lafaz
AT – TAHARRI BIS SHOLAH”

mengand fardhu maghrib) Niat”


ungi tiga rakaat kerana
arahan Setelah Sampai semua ALLAH Ta’ala)
dan ahli kumpulan Setelah sampai

dan teruskan perjalanan ke Check Point 2 dalam keadaan tersebut)


password dikehendaki semua ahli
1 untuk memberikan / kumpulan
ke Check membacakan password 1 dikehendaki
Point 1 di hadapan penilai. memberikan /
membacakan
CARTA ALIRAN “EXPLORACE SHOLAH

Setelah semua ahli


password 2 di

HALANGAN 1
Berjaya barulah
kumpulan tersebut hadapan penilai.
diberikan Kad Arahan Setelah semua ahli
yang mengandungi berjaya barulah
halangan dan password kumpulan tersebut
2 untuk sampai diberikan Kad
ke Check Point 2 Arahan yang
mengandungi
halangan dan
password 3 untuk
sampai
ke Check Point 3
Check Point 3
gambarajah yang terdapat dalam sampul surat iaitu gambarajah Perlakuan Rukuk dan

gambarajah yang terdapat dalam sampul surat iaitu gambarajah Perlakuan sujud dan
(Password3: Surah Check Point 4
(Sila Berjalan 5 langkah kehadapan dan buka sampul yang terdapat di situ. Sila ikut

(Sila Berjalan 5 langkah kehadapan dan buka sampul yang terdapat di situ. Sila ikut
Al – Fatihah ayat 1 - (Password4: Surah
Al – Fatihah ayat 5
bacaannya, setelah penilai berpuas hati, teruskan perjalanan ke Check Point 3)

bacaannya, setelah penilai berpuas hati, teruskan perjalanan ke Check Point 5)


4)
Setelah Sampai - 7)
semua ahli Setelah Sampai
kumpulan semua ahli
dikehendaki kumpulan
memberikan / dikehendaki
membacakan memberikan /
password 3 di membacakan
hadapan penilai. password 4 di
Setelah semua ahli hadapan penilai.
HALANGAN 2

HALANGAN 3
berjaya barulah Setelah semua ahli
kumpulan tersebut berjaya
diberikan Password barulah kumpulan
4 untuk sampai tersebut diberikan
ke Check Point 4 Kad Arahan yang
mengandungi
Halangan 3 dan
Password 5 untuk
sampai
ke Check Point 5
Check Point 5 Check Point 6
(Password5: 3 ayat (Password6: 4 ayat
bacaan tahiyat) bacaan tahiyat)
Setelah sampai Setelah sampai
semua ahli semua ahli
kumpulan kumpulan
dikehendaki dikehendaki
memberikan / memberikan /
membacakan membacakan
password 5 di password 6 di
hadapan penilai. hadapan penilai.
Setelah semua ahli Kumpulan tersebut
berjaya diberikan markah
barulah kumpulan dan hadiah sebagai
tersebut diberikan ganjaran AT –
password 6 untuk TAHRIRUS
sampai SHOLAH
ke Check Point 6

Anda mungkin juga menyukai