Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KLINIK KEMAHIRAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA JARING


KELOLAAN KELAB BOLA JARING
SMK PERMAI INDAH

TARIKH : 24 FEBRUARI 2012


HARI : JUMAAT
MASA : 12.30 – 2.30 PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER

UNTUK PERHATIAN DAN KELULUSAN


TUAN PENGETUA SMK PERMAI INDAH
1. Tajuk Kertas Kerja:
Klinik Kemahiran dan Undang-undang Bola Jaring Kelolaan Kelab Bola Jaring SMK
Permai Indah 2012

2. Objektif:
2.1 Melengkapkan peserta kursus dengan pengetahuan, kemahiran dan teknik-
teknik dalam permainan bola jaring .
2.2 Melengkapkan peserta kursus dengan peraturan dan undang-undang bola
jaring.
2.3 Memupuk semangat bekerjasama dan mengamalkan semangat persaingan
yang sihat.
2.4 Melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berkebolehan dalam segala bidang
terutamanya kepemimpinan dan pengurusan kumpulan.
2.5 Memupuk dan menghayati nilai-nilai murni serta sikap positif berterusan melalui
penglibatan aktif dalam aktiviti Kokurikulum Permainan.

3. Tarikh, Masa dan Tempat :


Tarikh : 24 Februari 2012
Masa : 12:30 tengah hari – 2.30 petang
Tempat : Makmal komputer dan Gelanggang Bola Jaring

4. Sasaran:
4.1 Pasukan Elit Bola Jaring SMKPI dan ahli biasa
5.2 Jumlah pelajar 70 orang

5. Instruktor:
5.1 Azlina binti Ali – SMK Labu Besar, Kulim, Kedah
 Jurulatih Kelab Bola Jaring SMK Labu Besar
 Pengurus dan pemain Pasukan Bola Jaring PSKPP Daerah Kulim
6. Anggaran Perbelanjaan:

6.1 Makanan dan minuman 70 x RM 3 RM 210.00


6.2 Bahan kursus bercetak 4 rim x RM10 RM 40.00
6.3 Bib 2 set x RM 100 RM 200.00
6.4 Bola untuk pertandingan 2 biji x RM 25 RM 50.00

Jumlah RM 500.00

7. Jawatankuasa :

1. Pn. Hazawati Ismail - Pendaftaran Pelajar


2. Pn. Haslina Hassan - Jemputan jurulatih
3. Pn. Nor Rohayu Johari - Cenderahati dan sijil
4. Pn. Rosliza Che Alis - Jamuan
5. Pn. Nor Siah Dris - Peralatan

8. Jadual / Atur Cara Kursus

Tarikh : 24 Fabruari 2012 ( Jumaat )

12.30 : Teori jenis-jenis hantaran dalam bola jaring


- Hantaran Aras Dada
- Hantaran Aras Bahu
- Hantaran Lantun dan Hantaran Atas Kepala
: Teori Peraturan-peraturan dan undang-undang bola jaring
1.30 : Praktikal Strategi Permainan
- Strategi serang hendap
- Merentas halangan organisasi
2.30 : Bersurai
9. Penutup:

Dengan terlaksananya kursus ini diharap pelajar dapat memperoleh pengetahuan dan
kemahiran dalam aspek kemahiran dan undang-undang sukan bola jaring agar
menjadi pemain yang berimu dan berkemahiran.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

______________________ __________________
( HASLINA BINTI HASSAN ) ( JAMIL BIN CHE MAT )
Guru Penasihat PK Kokurikulum
Kelab Bola Jaring SMKPI SMK Permai Indah

Diluluskan oleh:

______________________
( HJ SHAMSUDIN BIN MAT )
Pengetua
SMK Permai Indah

Anda mungkin juga menyukai