Anda di halaman 1dari 10

INSTITUSI LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SULTAN AZLAN SHAH , ULU KINTA

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

TAHUN III SEMESTER II

KUMPULAN 39

CASE STUDY :

A&E HRPB

TAJUK :

BRONCHIOL ASTHMA

NAMA PELATIH : ZULKHAIRI BIN NOR AZIZI

NO.MATRIKS : BPP2016 - 4582

NO.KAD PENGENALAN : 970401 – 03 – 5851

NAMA PENGAJAR : EN. NOR AZMAN BIN SAID


PENGENALAN

Terdapat 10 definisi asma yang berubah dari 1959 sehinggalah 1995. Definisi asma yang

pertama dihasilkan di Simposium Ciba pada tahun 1958, iaitu keadaan pesakit yang mengalami

penyempitan saluran pernafasan yang berubah keparahannya secara spontan atau setelah diberi

rawatan pada sela masa yang singkat dan ia bukanlah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular

(Woolcook 1997). Definisi yang sentiasa berubah ini menggambarkan kesukaran yang

dihadapi oleh pakar respiratori di dalam mencari difinisi asma yang sebenarnya universal. Ini

disebabkan oleh pemahaman yang cetek berkenaan penyebab, sejarah semulajadi dan

patogenesis penyakit asma (Kelly et al. 1996, Woolcook 1997).

Definisi asma terkini yang diterima pakai umum dihasilkan pada tahun 1995. Ia

menyatakan bahawa asma merupakan penyakit inflamasi kronik saluran udara di mana sel

mast, eosinofil dan sel T memainkan peranan yang penting. Pada individu yang rentan,

inflamasi tersebut menyebabkan episod bunyi bernafas seperti gesekan biola (wheezing).

Simptom ini biasanya dikaitkan dengan perubahan kadar pengaliran udara melalui salur

pernafasan yang berbalik secara spontan atau setelah diberi rawatan. Inflamasi tersebut

juga mengakibatkan salur pernafasan lebih reaktif terhadap pelbagai jenis rangsangan (Global

Iniative for Asthma,1995).

PERNYATAAN MASALAH

1. Mengetahui definisi asma

2. Mengenal pasti manifestasi klinikal yang dialami oleh pesakit

3. Mengetahui rawatan yang diperlukan


PENCARIAN LITERATURE

DEFINISI

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran

bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput

dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma

mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk

bersenam.Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

PENGKELASAN ASMA BERDASAR SIMPTOM

Salah satu pengkelasan yang lazim digunakan membahagikan asma kepada dua jenis, iaitu

asma ekstrinsik dan asma intrinsik :

Asma ekstrinsik juga dikenali

- asma alergi, atopi atau imunologi. Pesakit mendapat asma di zaman kanak-kanak atau

zaman remaja dan didapati keluarga mereka turut mempunyai latar belakang atopi. Asma jenis

ini dikaitkan dengan akibat pemekaan (sensitization) lapisan mukosa bronkus oleh antibodi

tisu spesifik, iaitu daripada jenis IgE. Pendedahan kepada bahan alergik melalui pernafasan

akan menyebabkan mediatur kimia yang bersifat vasoaktif (melebarkan pembuluh darah

melalui keradangan) dan bronkokonstritif (kekejangan otot-otot bronkus). Pesakit memberikan

reaksi positif apabila menjalani ujian kulit.

Asma intrinsik

- asma non alergik atau idiopatik. Ia juga dikenali sebagai asma dewasa kerana biasanya

muncul selepas infeksi respiratori semasa dewasa. Asma jenis ini bukan disebabkan oleh
kepekaan sistem kekebalan tubuh, tetapi berpunca dari rangsangan secara lansung akibat

infeksi. Terdapat juga sesetengah individu yang telah pun mempunyai reaksi alergik terhadap

sesuatu antigen semasa kecil tetapi hanya mempamerkan simptom asma setelah dewasa.

Serangan asma tidak berkait langsung dengan musim debunga dan seringkali ujian kulit bagi

alergi atopi adalah negatif.

Salah satu daripada pengkelasan yang dicadangkan oleh Woolcook pada tahun 1997

berdasarkan simptom yang dialami, penggunaan bronkhodilator, fungsi paru paru asas dan

hiperreaktif saluran udara (airway hyperresponsiveness) atau pengukuran kadar aliran

ekspiratori puncak (PEFR) selepas bangun daripada tidur selama seminggu .

STATUS ASMATIK

Status asmatik ialah suatu keadaan serangan asma berat yang berterusan serta melampaui

masa 24 jam setelah diberi rawatan asma yang standard dan mencukupi serta berterusan. Ini

merupakan perubahan metabolik gas-gas darah sehingga mengakibatkan kegagalan sistem

pernafasan pusat yang membawa kepada koma. Perlu dijelaskan juga, serangan asma berat

secara tiba- tiba tanpa memperoleh rawatan segera juga dapat berakhir dengan kematian.

Ventilator atau respirator bantuan digunakan sekiranya terjadi kegagalan fungsi pernafasan

apabila pernafasan spontan dan teratur tidak dapat dilakukan oleh pesakit.

SERANGAN ASMA

Ada tiga perkara penting yang terjadi semasa serangan asma iaitu keradangan,

penimbunan lendir berkahak dan kekejangan otot-otot bronkus. Kemerahan terjadi di lapisan

dalam saluran pernafasan pada peringkat bronkus. Warna merah itu disebabkan pembuluh-

pembuluh darah melebar dan membawa lebih banyak darah ke kawasan yang diserang.

Tindakan defensif ini adalah daripada sel-sel darah putih terutama daripada jenis eosinofil. Ini
merupakan ciri khas keradangan jenis alergi. Pada amnya, pengeluaran lendir-lendir dalam

keadaan normal membantu proses fisiologi pernafasan. Namun pada masa serangan asma,

timbunan kahak yang banyak ditambah dengan hasil sisa kematian sel putih menyebabkan

lubang saluran menjadi bertambah sempit. Timbunan kahak yang berkumpul ini, kemudiannya

membentuk plug mukosal. Plug mukosal bersama kekejangan otot polos bronkus

bertindak sebagai injap palsu (pseudovalve). Ini mengakibatkan semasa hembusan udara

keluar, ekspirasi menjadi sukar dan mengeluarkan bunyi bernada tinggi.

ETIOLOGI

1. Faktor keturunan.

Pada asma ekstrinsik, faktor keturunan adalah cukup ketara. Biasanya salah seorang ataupun,

kedua-dua ibubapa mempunyai penyakit seperti ekzema, asma dan resdung.

2. Bahan alahan.

Bahan-bahan alahan di dalam rumah, bahan makanan atau di tempat kerja, memainkan peranan

utama dalam pencetus asma. Sumber bahan alahan adalah seperti kain bulu, serat kapas,

permaidani, makanan laut, kekacang, debu, kutu hama, debunga, bulu haiwan dan lain-lain

lagi.

3. Serangga rumah.

Serangga rumah yang sering dikaitkan dengan alahan asma ialah lipas. Lipas yang mati

menjadi kering dan kemudian hancur menjadi serbuk yang tersangat ringan untuk diapungkan

oleh udara yang bergerak.

4. Pencemaran udara.

Pencemaran udara daripada asap rokok, asap kenderaan dan asap kilang juga menjadi faktor

penyakit asma
5. Senaman.

Senaman yang bertenaga dan terlalu aktif seperti lumba lari, bola sepak dan seumpama

dengannya merupakan pencetus penyakit asma.

6. Cuaca.

Udara sejuk dari kawasan pergunungan dan pendingin udara juga merupakan perangsang pada

sesetengah pesakit.

SIMPTOM

1. Ketat dada ( perasaan seolah-olah paru-paru ditekan sesuatu ).

2. Sesak nafas ( pernafasan cetek serta sukar untuk bernafas).

3. Batuk berpanjangan di malam hari atau cuaca sejuk.

4. Pernafasan berbunyi apabila menghembus nafas (wheezing).

Serangan asma yang dialami tidak semestinya sama bagi setiap individu. Ada yang hanya

mengalami salah satu daripada gejala tersebut di atas. Manakala ada yang mengadu

kesemuanya. Biasanya gejala-gejala asma menjadi lebih teruk pada waktu malam. Serangan

asma yang teruk boleh menimbulkan keadaan kecemasan dan mengganggu aktiviti harian.

RAWATAN

Nebulizer:

- Pesakit diberi penebulan bagi mengurangkan dan memecahkan rembesan mukosa

untuk mendilat salur nafas seterusnya melegakan symptom-simptom serangan Asma. Ubatan

yang digunakan adalah Salbutamol, Atropine dan Normal saline serta ratio antara ubat ini ialah

1:2:3..

Penggunaan Metred Dose Inhaler (MDI)


- Antara ubatan yang diberikan kepada pesakit asma selain penebulan adalah penggunaan

MDI Salbutamol dimana ia member kelegaan yang cepat dan senang digunakan.

REHABILITASI

- Dapatkan rehat yang mencukupi bagi mempercepatkan tujuan penyembuhan.

- Elakkan tempat-tempat yang sesak serta berhabuk untuk mengelakkan berlakunya

infeksi sekunder.

- Pakai mask jika terpaksa berada dalam kawasan yang sesak dan berhabuk supaya salur

pernafasan tidak mengalami iritasi.

- Lakukan latihan pernafasan sendiri bagi memulihkan pernafasan serta menggalakkan

pengaliran oksigen ke seluruh badan.

- Makan makanan yang tinggi dengan vitamin C supaya dapat meningkatkan imuniti

badan.

- Membersihkan kawasan rumah daripada habuk untuk untuk mengelakkan daripada

berlakunya sesak nafas.

- Mengambil ubat mengikut dos dan masa yang ditetapkan oleh doktor.

- Elakkan pengambilan alkohol dan rokok untuk mengelakkan iritasi pada paruparu.

- Amalkan gaya hidup sihat dengan diet yang seimbang serta bersenam untuk

meningkatkan imuniti badan.

PROGNOSIS

a) Pada umumnya bila segera ditangani dengan ubat prognosis adalah baik.

b) Asma disebabkan faktor imunologi (faktor ekstrinsik) di usia kecial prognosisnya

lebihbaik dari pada yang muncul apabila dewasa.

c) jumlah kematian meningkat bila tidak ada fasiliti kesihatan yang mencukupi.
RUMUSAN

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-

mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran

cabang tenggorok di paru-paru Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang

menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara

mengecil dan menghalang pernafasan.Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai

kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk. Apabila

ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh

menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi

pendek. Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu

binatang, makanan yang tertentu seperti kekacang, makanan laut dan sebagainya, debunga

rumput dan asap rokok. Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga

memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan

mendapat jangkitan pada paru-paru. Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin

dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil

ubat berkenaan.
LAMPIRAN

Perbezaan antara bronkiol pesakit asma dengan bronkiol yang normal

Inflamasi pada bronkiol menyebabkan oksigen yang masuk ke dalam peparu tidak mencukupi
RUJUKAN

I. http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/asthma/causes.html

II. http://en.wikipedia.org/wiki/Asthma

III. Huat Soo , Gong Lau , Hong Chew , Sarawak Handbook of Medical Emergencies
Second Edition , 2005 , Kuching.

IV. Longmore , Wilkinson , Turmezei , and Kay Cheung , Oxford Handbook of Clinical
Medicine , 2007 , New York