Anda di halaman 1dari 6

KETIBAAN YG DIRAIKAN

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Buhari Bin Japri diiringi barisan
pentadbir Sk Bandar Pontian masuk ke dalam dewan.

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena
persaraan En.Buhari Bin Japri, Guru Besar SK Bandar Pontian.

KATA ALUAN
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha
Pn. Rafidah Bt Yusof
Guru Penolong Kanan 1
SK Bandar Pontian

Yang Berusaha,
Pn. Sharifah Bt Ahmad
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Bandar Pontian

Yang Berusaha,
En. Shahrom Nizam Bin Abdul Rahman
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK Bandar Pontian

Yang Berusaha,
Pn. Norpisah Bt Ahmad
Guru Penolong kanan Pend. Khas

Seterusnya, Yang dihormati,


Barisan guru-guru, murid-murid, serta warga Sk Bandar Pontian sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Yang Diraikan En.Buhari
Bin Japri, Guru Besar SK Bandar Pontian.
BACAAN DOA

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh …………………………………………….

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

………………………………………………………………………………………………………

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


………………………………………………………… atas bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
dilakukan oleh Yang Diraikan En. Buhari Bin Japri sepanjang perkhidmatan
beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK
Bandar Pontian.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
TAYANGAN SLIDE

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan tayangan video yang telah dibuat
khas sempena persaraan Yang Diraikan Cg . Buhari Bin Japri.

…………………………………………………………………………………………………………………….
Begitulah,sebentar tadi dapat kita saksikan tayangan video khas sempena
persaraan Yang Diraikan Cg Buhari Bin Japri. Mudah-mudahan ianya dapat
memberi sumber inspirasi buat kita semua.

………………………………………………………………………………………………….

UCAPAN GPK 1

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha,


Pn. Rafidah Bt Yusof, Guru Penolong Kanan 1, SK Bandar Pontian.
Dipersilakan.

…………………………………………………………………………………………………..
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Pn. Rafidah Bt Yusof atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN GB

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan.Cg Buhari Bin Japri.
Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.
…………………………………………………………………………………..
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Diraikan En. Buhari Bin Japri atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda


kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan En. Shahrom Nizam Bin abdul Rahman, Guru Penolong Kanan
kokurikulum, untuk mengiringi Yang Diraikan cg. Buhari Bin Japri untuk
menerima cenderamata.

Dan dijemput Pn. Rafidah Bt Yusof, Guru penolong kanan 1 untuk


menyempurnakan majlis.

Dipersilakan.
………………………………………………………………………………….
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata :

daripada kelas Pra-sekolah

daripada kelas Pendidikan Khas


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Buhari Bin
Japri atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

……………………………………………………………………………………………………………..

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita
akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan En.Buhari Bin Japri akan
menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi
beliau di dalam dunia pendidikan ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En.
Buhari Bin Japri kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Buhari Bin
Japri bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin
yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Kasih Disemai
Bakti Dituai” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai