Anda di halaman 1dari 2

Selamat pagi, salam perpaduan dan salam transformasi.

Yang Berbahagia, _________________________________________________________


Yang Dihormati_____________________________________________________Yang
Berusaha, En. Baharuddin b.Mohamed Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Noriani bt Mat Zin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Hajah Azizah binti Abd. Rahim, Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan Guru -guru, AJK PIBG, Ibu bapa – ibu bapa, dari persekitaran SKRH terutamanya Kg
Rinching Hilir, Kg Sg Kembung, Kg Batu 5, Kg Batu 3, Desa Mahkota dan semua murid yang
dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu, saya bagi pihak seluruh warga SK Rinching Hilir mengucapkan selamat
datang kepada semua tetamu yang hadir bagi sama-sama merasai dan menyaksikan kejohanan
sukan sekolah pada tahun ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah
bertungkus-lumus sejak 3 minggu yg lalu, bermula dengan acara pemilihan murid, Sukan Tara
dan persediaan akhir. Acara sebelum kejohanan sukan ini ,memerlukan pengorbanan masa dan
tenaga. Dalam masa yang sama , guru-guru tidak pernah mengabaikan kepentingan akademik.
Sesungguhnya, kepentingan sukan sama utama dengan kepentingan akademik. Kepada para
pelajar , tahniah saya ucapkan atas kegigihan mengambil bahagian demi semangat berpasukan.
Saya yakin semangat ini jika dipindahkan ke dalam bilik darjah akan memberikan impak yang
tinggi kepada pencapaian akademik para pelajar.

Hadirin yang dihormati,


Kejohanan yang djalankan merupakan agenda besar dalam kalendar sekolah SKRH. Kepada
para pelajar yang terserlah kecemerlangannnya dalam bidang sukan diharapkan boleh menjadi
atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili daerah,
negeri dan negara.

Saya merasakan kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk guru-guru mencipta kreativiti
memacu semangat pelajar, manakala para pelajar pula berpeluang mengerah kudrat,
melepaskan beban emosi dengan berlari sederas yang mungkin, maka akan terciptalah
momentum yang dapat menjana tenaga dalaman seterusnya menjadi juara.

Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan memberikan sokongan kepada
anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan
pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam
bidang kurikulum.

Akhir kata,
Terima Kasih kepada Dato’ Dr. Mohamad Ismail bin Alias, Alumni SKRH yang sudi hadir utk
merasmikan kejohanan sukan kali ini, yang pernah suatu ketika dahulu bersekolah di sini,
pernah menimba ilmu di sekolah ini & merasai nostalgia kesukanan, cuma keadaannya agak
berbeza dahulu dan sekarang. Kemungkinan murid – murid boleh menjadikan renungan &
dorongan dgn kehadiran tetamu kita pada hari ini dan bagaimana kejayaan itu boleh tercipta
bermula dari bangku sekolah rendah lagi.
Terima Kasih kepada guru-guru yang berkorban masa,tenaga, dan minda. Apatah lagi dengan
hujan rahmat yang turun pada malam tadi merisaukan semua guru,

Terima Kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong anak-anak, dan

Terima Kasih kepada pelajar yang amat bersemangat mengambil bahagian dalam semua acara
yang telah berlangsung sebelum & pada hari ini.

SOKONGLAH KAMI WARGA SKRH untuk membentuk generasi masa depan yang
cemerlang, gemilang, dan terbilang selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM 2013-2025).

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai