Anda di halaman 1dari 2

Cencaru Sumbat

2 ekor ikan cencaru (dibelah kedua-dua belakangnya dan dibuang tulang)


5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih (sebiji untuk perapan ikan)
sedikit halia
4 sudu besar cili giling
Setengah labu bawang besar
Sebatang serai
Sebiji tomato
2 sudu teh asam jawa
minyak masak
sedikit gula melaka
sedikit belacan
gula dan garam

ikan cencaru dilumur dengan bawang putih yang telah ditumbuk dan bercampur dengan
garam .
Gorenglah dengan minyak dan yang baiknya minyak tu agak banyak. Bila dah garing
bolehlah diangkat dan ketepikan ia.
Bawang merah, putih dan halia diblender dan ditumis dengan minyak (kalu boleh minyak tu
janganlah banyak) kemudian masukkan cili giling,dan belacan. Tumiskan sampai naik bau.
Masukkan bawang besar yang telah dipotong nipis-nips dan juga serai yang dihiris nipis.
Masukkan juga tomato yang telah di potong kecil. Seterusnya masukkan air asam
jawa(jangan cair) gula melaka(sikit aja), gula dan garam. Tumis ia sampai nampak berkilat
dan rasalah ikut kesukaan.(biar ada rasa manis masam dan sedikit masin). Angkat dan
dumbatlah ia
dalam ikan kita tadi.....