Anda di halaman 1dari 3

‫بسم ا الرحمن الرحيم‬

‫ وبعد‬,‫هلل سيدنا محمد بن عبد ا وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه‬،‫الحمد ل والصلةا والسلما على رسول ا‬

Bagi pihak Majlis Ta’lim Darul Murtadza (MTDM) kami ingin mengucapkan selamat menyambut
kedatangan bulan Rejab yang mulia ini, semoga akan membawa barakah, dan keamanan serta
keharmonian dalam kehidupan jasmani dan rohani kita, amin.

Keistimewaan Bulan Rejab

Rajab adalah salah satu dari 4 bulan haram, yang di muliakan di dalam islam. Rajab berarti keagungan,
kerana bulan ini diagungkan oleh Allah Ta’ala. Bangsa arab sejak zaman sebelum Islam juga memuliakan
bulan Rejab. Di zaman jahiliyah bulan Rejab ini di kenali dengan “Rajab Mudhar” ( ‫)رجب مضر‬, untuk
membezakan dari “Rajab Rabi’ah” ( ‫)رجب ربيعة‬, Rasulullah s.a.w. menjelaskan perbezaan ini bahwa Rejab
Mudhar adalah di antara Jumadal Tsani dan Sya’ban, adapun Rejab Rabi’ah antara Sya’ban dan Syawwal.

Di antara Keagungan bulan ini ialah: surah At-Taubah 36

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan)
dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.
Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu
dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir
musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya
Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah dua belas bulan, dalam kitab Allah pada hari Allah menjadikan
langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang dalam bulan itu. (Dzulki’dah,
Dzulhijjah, Muharram, Rejab)

Keberadaan 12 bulan (qamariah) dalam setahun dan 4 di antaranya adalah bulan-bulan yang diharamkan
peperangan sudah terkandung dalam Lauhil Mahfudz. Dengan demikian, bulan ini adalah bulan aman,
damai, tenteram dan selamat.

Berkata Ibnu ‘Abbas mengomentari ayat di atas:

“Janganlah kamu berbuat kezaliman diseluruh bulan, khususnya di bulan haram kerana kehormatan
bulan itu, oleh kerana berbuat dosa di bulan haram lebih besar berbandingkan di selainnya, demikian
juga berbuat ketaatan di dalamnya akan di lipat gandakan”.
Di antara keutamannya ialah berpuasa. Sa’id bin Jubair (seorang Tabi’in) di tanya tentang puasa di bulan
Rejab, ia berkata:

“Aku mendengar Abdullah bin Abbas r.a berkata: terkadang Rasulullah  berpuasa di bulan itu seakan-
akan Baginda tidak berbuka (berterusan), dan terkadang juga Baginda berbuka seakan-akan tidak
berpuasa”. (Abu Daud).

Amalan di dalam bulan Rejab

Di antara amalan di bulan Rejab: memperbanyak istighfar. Bersabda Rasulullah s.a.w.:

‫أكثروا من الستغفار فى شهر رجب‬

‫فإن ل فى كل ساعة منه عتقاء من النار‬

‫وإن ل مدائن ل يدخلها إل من صاما شهر رجب‬

(‫)الديلمى‬

“Perbanyaklah kamu beristghfar di bulan Rejab, kerana sesungguhnya Allah setiap saat di bulan Rejab
akan membebaskan hamba-hambanya dari api neraka, dan sesungguhnya Allah mempunyai bandar-
bandar yang tidak masuk ke dalamnya kecuali orang yang berpuasa dibulan Rejab.” (al- Dailami).

Amalan istighfar para salaf ialah:


Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam yang di istimewakan untuk
di kabulkan doa. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“ Lima malam doa tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’at,
malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha. (Al Baihaqi).

Di antara amalan yang baik ialah memperbanyak doa: . ‫اللهم بارك لنا‬

Bulan ini juga di kenali dengan ‫ب‬ ‫ الص ص‬bererti “curahan”, oleh kerana bulan ini adalah bulan Allah
‫ص ب‬
mencurahkan rahmatNya kepada hamba yang di kehendakinya.

Di bulan Rejab juga telah di lahirkan Imam Syafi’I pada tahun 150 H, dan meninggal dunia di bulan Rejab
juga tahun 204 H. Semoga Allah merahmati dan memberi keredhaan kepadanya atas jasanya ke atas
ummat Islam, khususnya kita di Asia Tenggara ini yang berpegang kepada madzhabnya.

Marilah kita memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada di hadapan kita dengan amalan-amalan
saleh untuk meraih rahmat Allah SWT, semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk beramal demi
meraih rahmat-Nya.

Anda mungkin juga menyukai