Anda di halaman 1dari 31

Apakah Maksud Sosialisasi Politik?

Bagaimana Proses Sosialisasi Politik Mempengaruhi

Sistem Dalaman Negara Amerika Syarikat. Bincangkan.

01. Pendahuluan

Corak politik dalam sesebuah negara boleh diukur berdasarkan penilaian situasi semasa dalam

negara itu. Pemerintah yang melaksanakan sistem politik yang efisyen akan dapat mengekalkan

situasi yang harmoni manakala pemerintah yang tidak dapat mewujudkan sistem politik yang

efisyen akan menyebabkan berlakunya kemelut dalam negara. Peredaran politik di dalam sesebuah

negara turut dikaitkan dengan proses sosialisasi politik yang diterima oleh golongan pemerintah

dan juga rakyat. Proses sosialisasi politik yang baik akan menghasilkan perwatakan yang

mempunyai nilai dan norma-norma terpuji dikalangan pemerintah dan juga rakyat. Bagi

memastikan kesinambungan keharmonian politik dapat dikekalkan, proses sosialisasi perlu

diberikan dititikberatkan.

Proses pembelajaran ini dilalui dalam tempoh masa yang pajang secara sedar atau tidak

oleh seseorang melalui agen-egen persekitaranya. Antara agen yang melakukan sosialisasi politik

terhadap seseorang adalah ahli keluarga, rakan sebaya, sekolah, pusat pengajian dan juga media

massa. Proses sosialsiasi politik, berlangsung dengan lama dan rumit yang dihasilkan dari usaha

saling mempengaruhi di antara kepribadian individu dengan pengalaman-pengalaman politik yang

relevan yang memberi bentuk terhadap tingkah laku politiknya. Pengetahuan, nilai-nilai, dan

sikap-sikap yang diperoleh seseorang itu membentuk satu persepsi, melalui mana individu

menerima rangsangan-rangsangan politik. Tingkah laku politik seseorang berkembang secara

beransur-ansur.

1
1.1 Definisi Sosialisasi Politik

Sosialisasi politik bermaksud bagaimana kita menerima norma, nilai, dan pengalaman politik

dalam kehidupan kita. Ada kalanya sosialisasi politik dipengaruhi oleh ibu bapa dan ahli keluarga

kita dalam bentuk menerima atau menolak sesuatu parti politik. Walau bagaimanapun di luar

rumah pandangan kita mungkin dipengaruhi oleh rakan sebaya terutamanya di tempat kita bekerja.

Ada ketikanya juga komuniti tempat tinggal kita juga mempengaruhi nilai dan norma politik kita.

Berbanding dengan faktor-faktor tadi, pengaruh media dianggap paling banyak mempunyai impak

terhadap proses sosialisasi politik generasi muda.

Secara amnya, sosialisasi politik merupakan satu proses membentuk cara berpolitik

terhadap diri individu bermula daripada mereka mula mengenal dunia. Sosialisasi dapat

membantu mengekalkan idea-idea,nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan

masyarakat supaya terus kekal walaupun ahli-ahli masyarakatnya silih berganti. Melalui

sosialisasi kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang

lain. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi,bekerja dalam satu kumpulan atau

melakukan kawalan diri. Sosialisasi merupakan proses seseorang individu mempelajari dan

menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh keluarga/ masyarakat bagi membentuk

personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi dapat

membantu seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna.

Sosialisasi dapat membantu mengekalkan idea-idea,nilai-nilai dan pola-

polatingkahlaku yang menyatukan masyarakat supaya terus kekal walaupun ahli-ahli

masyarakatnya silih berganti. Melalui sosialisasi kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada

2
satu generasi kepada generasi yang lain. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat

berinteraksi,bekerja dalam satu kumpulan atau melakukan kawalan diri.

Rush dan Althoff menerbitkan terminologi baru dalam menganalisis perilaku politik tingkat

individu iaitu sosialisasi politik. Menurut Rush & Althof, sosialisasi politik adalah proses individu

mengenali sistem politik yang kemudian menentukan persepsi serta reaksinya terhadap gejala-

gejala politik. Fungsi sosialisasi menurut Rush dan Althoff adalah:

i. .Melatih Individu

ii. Memelihara Sistem Politik

Easton dan Dennis pula mentafsirkan sosialisasi politik sebagai cara masyarakat menyalurkan

budaya dari satu generasi ke generai yang lain dengan digerakkan oleh agen-egen masyarakat

seperti keluarga, rakan sebaya, sekolah dan juga media massa. Antara lain, sosialisasi politik turut

ditafsirkan sebagai satu proses pengekalan kepercayaan politik dan orientasi individu atau

masyarakat dalam sistem politiki.

Manakala, Dawson dan Prewitt pula mentafsirkan sosialisasi politik sebagai cara

meneruskan orientasi dan pegangan politik kepada generasi baru. Pelaksanaan ini dijalankan

menerusi institusi-institusi formal seperti sekolah dan institusi tidak formal seperti keluarga dan

rakan sebaya.

1.2 Tujuan Sosialisasi Politik

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Almond dan Verba, kesedaran politik berupaya

mencetuskan semangat patriotik. Justeru, sosialisasi politik merupakan satu proses penerapan

3
budaya berpolitik dalam diri setiap individu bagi melahirkan semangat patriotik. Semangat

cintakan tanah air akan mendorong setiap rakyat berusaha untuk mempertahankan negara serta

mengekalkan keharmonian. Sosialisasi politik juga bertujuan untuk memelihara sistem politik dan

pemerintahan yang rasmi. Apa jadinya suatu negara atau bangsa jika warga negaranya tidak tahu

warna bendera sendiri, lagu kebangsaan sendiri, bahasa sendiri, ataupun pemerintah yang tengah

memerintahnya sendiri ? Mereka akan menjadi warga negara tanpa identiti, tentu.

1.3 Proses Sosialisasi Politik

Perkembangan sosiologi politik bermula pada zaman kanak-kanak atau remaja. Siasatan David

Easton dan Robert Hess berhujah bahawa di Amerika Syarikat, kajian politik bermula pada usia

tiga tahun dan menjadi stabil pada tujuh tahun pada peringkat awal kajian politik termasuk

pembangunan bon alam sekitar seperti "lampiran kepada sekolah-sekolah mereka," bahawa

mereka tinggal di kawasan yang tertentu.

Proses sosialisasi berlaku melalui tiga peringkat iaitu sosialisasi primer (permulaan) iaitu

proses ini berlaku pada peringkat awal kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari konsep

diri,psikomotor,penaakulan dan kemahiran bahasa daripada keluarganya. Kedua,sosialisasi

sekunder (penyertaan) iaitu berlaku pada peringkat kanak-kanak,remaja dan dewasa. Pada

peringkat ini akan berlaku proses pengembangan konsep diri,menerima konsep baru,berlaku

perubahan dan penyesuaiaan akibat daripada interaksi dengan rakan sebayasekolah,media massa

dan masyarakat. Ketiga sosialisasi semula(resosialisasi).Proses ini mungkin berlaku atau tidak

berlaku pada seseorang. Sosialisasi semula ini berlaku akibat daripada perubahan secara drastik,

mendadak,radikal atau terpaksa yang dialami oleh seseorang.Misalnya berlaku akibat

4
kemalangan,revolusi, peperangan, perubahan kepercayaan, bencana ,ketagihan dadah dan

perubahan politik.Konsep kendiri sikap dan taakulan seseorang itu akan berubah dengan cepat

akibat daripada situasi diatas.

Manakala Easton dan Dennis menyatakan terdapat empat (4) fasa dalam proses sosialisasi

politik kanak-kanak, antaranya adalah seperti berikut :

i. Pengenalan kepada pihak berkuasa melalui sesuatu individu, seperti ibu bapa kanak-kanak

itu, Presiden dan polis.

iii. Pembangunan perbezaan antara kuasa dalaman dan luaran, iaitu antara pegawai-pegawai

swasta dan pegawai kerajaan.

iv. Pengenalan kepada institusi politik adalah bersifat peribadi, seperti kongres (parlimen),

Mahkamah Agung, dan mengundi (pilihan raya).

v. Pembangunan perbezaan antara institusi politik dan mereka yang terlibat dalam aktiviti

yang berkaitan dengan institusi-institusi ini.

1.4 Kaedah Sosialisasi Politik

Menurut Rush Kaedah Politik Sosialisasi Althoff ada tiga, iaitu:

i. Peniruan Tingkah Laku

Meniru daripada tingkah laku individu lain. Peniruan adalah penting dalam sosialisasi

kanak-kanak. Di kalangan remaja dan orang dewasa,peniruan adalah lebih

banyakbercampur dengan dua mekanisme lain.

5
ii. Arahan

Arahan adalah penerangan tentang peristiwa itu sendiri atau meberi arahan tentang

sesuatu supaya boleh diletakkan dalam keadaan yang intruktif semula jadi.

iii. Motivasi

Motivasi adalah satu proses sosialisasi yang berkaitan dengan pengalaman individu. Jika

peniruan dan arahan adalah sejenis pengalaman, manakala motivasi yang lebih pasti

dengan pengalaman secara amnya. sosialisasi politik yang memberi kesan kepada

pembentukan identiti politik ke atas seseorang boleh berlaku melalui cara langsung dan

tidak langsung. Proses tidak langsung termasuk pelbagai bentuk proses sosialisasi yang

pada asasnya bukan politik tetapi kemudian berpengatuh kepada pembentukan identiti atau

personaliti politik. Sosialisasi politik secara langsung merujuk kepada proses pemindahan

atau orientasi pembnetukan dalam bentuk dan kandungan yang bersifatpolitik.

Manakala, menurut Ijwara ( 1995 ) sosialiasasi politik adalah bagaimana cara atau mekanisme

sosialisasi politik berlangsung. Oleh kerana itu, kaedah sosialisasi politik sebagai mekanisme

sosialisasi politik. Ada dua mekanisme sosialisasi politik iaitu langsung dan tidak langsung

( Ijwara, 1995: 15 )

i. Sosialisasi Politik Langsung

Sosialisasi politik langsung berkaitan hal-hal yang bersifat politik saja. Sosialisasi

politik langsung dapat dilakukan melalui beberapa cara iaitu se :

a. Peniruan Perilaku ( imitasi )

6
Proses menyerap atau mendapatkan orientasi politik dengan cara meniru orang

lain. Yang ditiru bukan hanya pandangan politik, tetapi juga sikap- sikap

politik, keyakinan politik, harapan mengenal politik, tingkah laku politik, serta

ketrampilan dalam berpolitik.

b. Sosialisasi Antisipatori

Sosialiasai politik dengan cara belajar bersikap dan berperilaku seperti tokoh

politik yang diidealkan.

c. Pendidikan Politik

Sosialisasi politik melalui pendidikan politik direncanakan untuk

menyampaikan, menanamkan, dan memberikan pelajaran kepada anak untuk

memiliki orientasi politik tertentu. Pendidikan politik boleh dilakukan di

Sekolah, organisasi, partai politik, media massa, diskusi politik, serta forum-

forum politik.

d. Pengalaman Politik

Pengalaman politik adalah belajar langsung dalam kegiatan-kegiatan politik

atau kegiatan-kegiatan yang sifatnya umum.

ii. Sosialisasi Politik Tidak Langsung

Sosialisasi politik tidak langsung berorientasi pada hal-hal yang bukan politik ( non

politik ), namun kemudian mempengaruhinya untuk memiliki orientasi politik.

7
1.5 Agen Sosialisasi Politik

Dalam kegiatan sosialisasi politik beberapa agen terlibat dalam memberi pengaruh kepada

individu. Rush dan Althoff menggariskan terdapatnya lima agen sosialisasi politik yang umum

diketahui iaitu;

i. Keluarga

ii. Sekolah

iii. Media massa

iv. Pemerintah

v. Politik

Keluarga

Keluarga merupakan agen sosialisasi utama yang membentuk karakter politik individu Peranan

ayah, ibu, saudara, memberi pengaruh yang tidak kecil terhadap pandangan politik satu individu.

Sosialisasi nilai politik yang paling cekap dan berkesan adalah keluarga, ibu bapa dan kanak-

kanak.Mereka sering bercakap tentang semua perkara yang berkaitan dengan politik supaya tidak

sengaja pemindahan pengetahuan dan nilai-nilai politik tertentu diserap oleh kanak-kanak.

Sekolah

Sekolah juga menempati posisi penting sebagai agen sosialisasi politik. Sekolah merupakan

secondary group. Kebanyakan dari kita mengetahui lagu kebangsaan, dasar negara, pemerintah

yang ada, dari sekolah. Oleh sebab itu, sistem pendidikan nasional memainkan peranan penting

dalam membentuk sosialisasi politikPelajaran awam di sekolah-sekolah melalui pendidikan

(pendidikan sivik), pelajar dan guru bertukar-tukar maklumat dan berinteraksi dalam

8
membincangkan topik-topik tertentu yang mengandungi nilai-nilai politik, teori dan praktikal.

Oleh itu, individu telah memperoleh pengetahuan sedia ada tentang kehidupan politik awal dan

nilai politik betul dari sudut akademik.

Pemerintah

Jika pemimpin menekankan nilai kerajinan dan peningkatan produktiviti akan menghasilkan ahli-

ahli yang bersikap tekun,rajin membut sesuatu dengan bersungguh tanpa cepat putus asa.

Pemerintah merupakan agen yang punya kepentingan langsung atas sosialisasi politik. Pemerintah

yang menjalankan sistem politik dan stabilitasnya. Pemerintah biasanya melibatkan diri dalam

politik pendidikan, di mana beberapa mata pelajaran ditujukan untuk memperkenalkan masyarakat

kepada sistem politik negara, pemimpin, lagu kebangsaan, dan sejenisnya. Pemerintah juga, secara

tidak langsung, melakukan sosialisasi politik melalui tindakan-tindakannya. Melalui tindakan

pemerintah, orientasi afektif individu bisa terpengaruh dan ini mempengaruhi budaya politiknya.

Parti Politik

Parti Politik biasanya membawakan kepentingan nilai spesifik dari warga negara, seperti agama,

kebudayaan, keadilan, nasionalisme, dan sejenisnya. Melalui Parti politik dan kegiatannya,

individu dapat mengetahui kegiatan politik di negara, pemimpin-pemimpin baru, dan kebijakan-

kebijakan yang ada. Rush & Althoff menjelaskan tentang proses sosialisasi politik tentang

bagaimana sistem politik beliau diperkenalkan kepada seseorang, dan bagaimana orang yang

menentukan respons dan reaksi kepada gejala politik. sosialisasi politik ditentukan oleh

persekitaran sosial, ekonomi, dan budaya di mana individu hidup, tetapi ia juga ditentukan oleh

interaksi pengalaman dan personaliti.

9
Sosialisasi politik sebagai proses membentuk sikap dan orientasi politik ahli komuniti. Melalui

proses sosialisasi politik orang ramai dengan sikap dan orientasi terhadap kehidupan politik

berlaku dalam masyarakat dan sepanjang hayat diperolehi sengaja melalui pendidikan formal dan

secara tidak sengaja oleh sentuhan dan pengalaman harian. Parti-parti politik pendidikan politik

melalui kursus, latihan kepimpinan, perbincangan dan penyertaan dalam pelbagai mesyuarat

forum untuk menyebarkan nilai-nilai dan simbol yang dianggap sesuai dan baik.

Media Massa.

Adibah Amin (1990) menghujahkan bahawa keruntuhan dan pembinaan mora boleh berlaku

melalui pengaruh media massa. Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai

pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia

merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan

menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa hendaklah

mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak yang

terpuji. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan

kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran dan

kejujuran. Tidak perlu disebutkan lagi pengaruh media massa terhadap seorang individu. Berita-

berita yang dikemas dalam media audio visual, surat kabat cetak, internet, ataupun radio,

10
02. PENTADBIRAN POLITIK AMERIKA SYARIKAT

Amerika Syarikat merupakan negara demokrasi berperlembagaan dengan sistem pentadbiran tiga

lapisan dan institusi kehakiman yang bebas. Terdapat tiga peringkat iaitu persekutuan, negeri dan

kerajaan tempatan yang mempunyai badan legislatif serta eksekutif dengan bidangkuasa yang

terhad. Negara ini mengamalkan sistem persekutuan atau federalisme dimana kerajaan pusat dan

negeri berkongsi kuasa. Kerajaan pusat berkuasa terhadap beberapa perkara seperti pencetakan

matawang Amerika serta polisi pertahanan. Namun, kerajaan negeri berkuasa menentukan hak dan

undang-undang masing-masing seperti hak asasi dan hukuman maksimum dalam hal undang-

undang. Ini menunjukan kuasa negeri mempunyai kelebihan berbanding kerajaan pusat.

Abad ke-19 menyaksikan perkembangan AS dimerata benua Amerika Utara. Melalui

paksaan, kekuatan ketenteraan dan diplomasi, AS memperolehi banyak negeri-negeri lain di dalam

dan di luar negara seperti Cuba dan Filipina. Walaupun begitu, dalam masa yang sama negara ini

telah mengalami masalah sosial dalaman yang teruk. Amerika Syarikat terbentuk dari 13 bekas

koloni British selepas Revolusi Amerika dan deklarasi kemerdekaan pada tanggal 4 Julai 1776.

Pada asalnya, struktur politiknya ialah sebagai sebuah gabungan. Tetapi selepas debat yang lama

dan terbentuknya Perlembagaan Amerika, koloni ini bersetuju untuk membentuk kerajaan

persekutuan.

Sewaktu era tersebut, negara ini terus maju menjadi sebuah kuasa perindustrian dan ia

berterusan sehingga ke abad-20 yang dikenali sebagai Abad Kegemilangan Amerika. Dalam abad

ini pengaruh Amerika semakin meluas di arena antarabangsa dan menjadi pusat inovasi serta

11
teknologi terunggul didunia ketika itu. Antara sumbangan teknologinya termasuklah telefon,

televisyen, komputer, internet, senjata nuklear dan kapal terbang dan penerokaan angkasa lepas

Terdapat elemen penting bagi kerajaan Amerika iaitu doktrin pembahagian kuasa. Artikel

1 hingga 3 Perlembagaan Amerika, telah menggariskan secara terperinci mengenai kuasa-kuasa

kerajaan yang utama iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. "Checks and Balances" atau semak

dan seimbang merupakan satu ciri yang utama dalam kerajaan Amerika dan ia begitu komprehensif

sehinggakan tiada satu cabang kerajaan yang mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal cabang

yang lain.

Sistem pentadbiran Persekutuan Amerika Syarikat menekankan pembahagian kuasa antara

kerajaan pusat dan negeri. Setiap peringkat pentadbiran diberi kebebasan untuk menguruskan

pentadbiran mengikut kuasa yang diperuntukkan. Kerajaan pusat berkuasa dalam perkara yang

penting seperti pertahanan, percukaian, mata wang, dan dasar luar negara. Kerajaan negeri

berkuasa dalam menguruskan hal ehwal tempatan di negeri masing-masing. Mengamalkan

Pemerintahan Demokrasi Perlembagaan Persekutuan Amerika Syarikat 1789 menetapkan

pembentukan kerajaan persekutuan menerusi amalan demokrasi.

Pemilihan presiden dan anggota kongres dilakukan menerusi sistem pilihanraya. Wakil-

wakil dari Parti Federalis dan Parti Republikan bertanding untuk memilih Presiden. Pilihanraya

untuk memilih presiden dan anggota kongres pernah diadakan pada tahun 1796 dan 1800. Amalan

demokrasi yang dilaksanakan memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang bakal

mentadbir negara. Amalan demokrasi juga membolehkan pemindahan kuasa dilakukan secara

aman. Mempunyai Badan Eksekutif Badan eksekutif diketuai oleh Presiden yang dipilih melalui

12
pilihanraya. Presiden Amerika Syarikat dipilih untuk tempoh 4 tahun dan selepas tamat tempoh

boleh dilantik semula untuk penggal kedua selama empat tahun. Segala urusan pentadbiran negara

Amerika dipusatkan kepada Presiden dan ini bermakna Presiden memegang kuasa yang begitu

tinggi dan unggul.

Tempat Presiden akan diambil alih oleh Timbalan Presiden jika Presiden meninggal dunia

atau meletak jawatan sehingga cukup tempoh untuk diadakan pilihanraya semula. Kuasa seorang

Presiden cukup besar termasuklah menjadi ketua turus angkatan tentera Amerika Syarikat,

merunding perjanjian, menerima duta asing, mencalonkan pegawai tinggi persekutuan

termasuklah hakim persekutuan, mempunyai kuasa pembatal undang-undang, mentadbir undang-

undang persekutuan, memberi pengampunan dan mentadbir kongres.

Semua undang-undang yang diluluskan oleh Kongres (terdiri daripada Dewan Senat dan

Dewan Perwakilan) mesti ditandatangani oleh Presiden. Namun begitu, Presiden boleh menolak

daripada menandatangani sesuatu undang-undang. Keistimewaan presiden ialah boleh

membatalkan undang-undang dengan kuasa veto dan boleh mengawasi kongres melalui dua

pertiga undi Kongres. Kuasa Presiden juga kadang kala mengatasi kuasa Kongres apabila berupaya

mengisytiharkan peperangan terhadap negara luar, sedangkan tugas ini berada di bawah Kongres.

Namum, Presiden juga boleh dipecat melalui sokongan 2/3 dewan jika terlibat dalam rasuah,

pengkhianatan atau jenayah besar.

Wujudnya Badan Perundangan Badan perundangan Amerika Syarikat dikenali sebagai

Kongres dan ahlinya turut dipilih melalui pilihan raya oleh rakyat. Ahli Kongres terdiri daripada

13
Dewan Rakyat dan Dewan Senat. Tiap-tiap negeri akan memilih dua ahli bagi Dewan Senat

manakala ahli Dewan Rakyat dipilih mengikut jumlah penduduknya.

2.1 SOSIALISASI POLITIK DI AMERIKA SYARIKAT

Sebagai sebuah negara demokrasi masyarakat sivilnya mestilah berperanan dalam

menyuburkan amalan demokratik. Dalam First Amendment telah memberi jaminan akan

kebebasan hak beragama, bersuara, berkumpul dan menjalankan petition. Ini merupakan kelebihan

yang ada dalam pilihanraya di Amerika dimana interest group bukan sahaja menjaga kepentingan

mereka tetapi dalam masa yang sama menyertai secara tidak langsung dalam pilihanraya dengan

membantu calon yang mereka sukai untuk memenangi pilhanraya. Bantuan tersebut termasuklah

dengan menyalurkan kewangan, tenaga sokongan dan berkempen atau melobi untuk calon tertentu.

Antara contoh interest group ialah economic policy, National Peanut Council (1941) dan equality

Policy (national Organization for Women(1966).

Penduduk di Amerika lebih mementingkan ideologi liberalisme yang membawa kepada

hak kebebasan individu agar setiap individu berhak untuk bersuara supaya tidak wujud penindasan,

kezaliman dan ketidakadilan kepada rakyat. Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza

tetapi saling bergantung antara satu cabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua

Eksekutif, manakala undang-undang yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh

badan kehakiman untukmembuat keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan

menguatkuasakan undang-undang tersebut.

14
2.1.1 Parti Politik Sebagai Agen Membudayakan Semangat Patriotisme

Menurut Azizan Bahari et al. (2004), semangat patriotisme dalam kalangan golongan muda pada

hari ini mulai luntur disebabkan oleh faktor seperti pengaruh budaya global yang lebih cepat

menarik minat golongan muda berbanding isuisu kenegaraan. Begitu juga kajian yang dibuat oleh

Crabtree (1999) yang menjalankan kajian patriotisme generasi muda di Amerika Syarikat

mendapati bahawa 40% sahaja generasi muda yang berusia 18 hingga 29 tahun mempunyai

semangat patriotisme yang tinggi berbanding 60% dari responden menunjukkan semangat

patriotisme semakin terhakis dan berkurang.

Rakyat Amerika yang berusia 18 tahun ke atas berhak mengundi. Pilihan raya diadakan

setiap empat tahun dan merupakan penentu kepada polisi serta arah tuju negara Amerika kerana

pilihanraya yang diadakan merupakan pemilihan Presiden. Berpaksikan kepada sosialisasi politik

ini menunjukan cara negara Amerika menyalurkan budaya politik dari satu generasi ke generasi

lain dengan digerakkan oleh agen-agen masyarakat seperti keluarga, rakan sebaya, sekolah dan

media massa. masyarakat sentiasa merasa tanggungjawab mereka untuk terus terlibat dalam

pilihanraya. Wakil rakyat yang dipilih dapat menjaga kebajikan dan hak-hak rakyat. Di samping

memastikan calon-calon yang disokong memenangi pilihanraya dan menunaikan agenda

pilihanraya yang menguntungkan pengundi.

Masyarakat sentiasa merasa tanggungjawab mereka untuk terus terlibat dalam pilihanraya.

Ini kerana supaya wakil rakyat yang dipilih dapat menjaga kebajikan dan hak-hak rakyat. Di

samping memastikan calon-calon yang disokong memenangi pilihanraya dan menunaikan agenda

15
pilihanraya yang menguntungkan pengundi. Kelebihan sistem dua parti secara jelas menunjukkan

yang terdapatnya pilihan bagi pengundi dalam memilih calon yang benar-benar berkelayakan.

Pilihan atau alternatif ini penting dalam syarat negara demokrasi.

Melihat pula kepada public opinion, mereka juga bukanlah terlibat secara langsung dalam

pilihanraya namun mereka ini dapat mempengaruhi pengundi dalam pilihanraya. Kelebihan sistem

dua parti secara jelas menunjukkan yang terdapatnya pilihan bagi pengundi dalam memilih calon

yang benar-benar berkelayakan. Pilihan atau alternatif ini penting dalam syarat negara demokrasi.

Public opinion terhasil dengan luahan pandangan dari individu secara terbuka yang

melibatkan isu politik, parti mahupun calon dalam pilihanraya yang mempengaruhi masyarakat

umum. Dalam pada itu, political poll dapat menjelaskan lagi peranan public opinion , iaitu dengan

kaedah soal selidik untuk mengukur sentimen pengundi. Sebagai contoh ketika Reagan melawan

Walter Mondale dalam pilihanraya presiden, dalam kajian tersebut dinyatakan pengundi berminat

Reagan dengan 59% dan Walter Mondale 44% dan ternyata Reagan memenangi pilihanraya

tersebut. ia dijalankan dengan mengeluarkan sample dari populasi 15000 responden yang belainan

dan meluas. Secara tidak langsung wakil-wakil president yang dilantik menunjukkan wujudnya

semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Amerika dalam memilih ketua mereka.

2.2.2 Kebebasan Media Massa

Media massa merupakan medium yang penting dalam menyerap eleman-eleman perubahan

terhadap masyarakat tradisional supaya berubah kepada masyarakat moden. Maklumat terkini

berkaitan isu-isu politik dapat disebarkan kepada rakyat secara umum dengan kandungan fakta

16
yang tepat dan terperinci. Berdasarkan daripada beberapa kajian yang dilaukan oleh para sarjana

politik mendapati media massa terutamanya televisyen dan wayang gambar merupakan sumber

paling kerap digunakan oleh kanak-kanak kelompok negara maju seperti Amerika Syarikat,

Jerman dan Jepun bagi mendapatkan maklumat. Situasi ini jelas berbeza dengan negra yang kurang

membangun kerana berdasarkan kajian seperti di Bantu (Republik Afrika Selatan), Brazil, Israel,

Lubnan dan Turki pula tidak menyebut langsung televisyen sebagai sumber maklumat mereka.

Sebaliknya, mereka menyatakan bahawa ibu bapa dan kawan-kawan merupakan sumber utama

untuk mendapatkan maklumat. Pengaruh yang disebarkan melalui media massa akan memberikan

kesan yang mendalam untuk membentuk semangan patriotik dan kesedaran politik.

Peranan media massa menyebarkan kefahaman sosialisasi politik memberikan dua impak

iaitu inpak positif. Dari segi impak positif, masyarakat yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja

dan dewasa dapat mengetahui perkembangan terkini berkaitan bidang politik dalam negara

mahupun luar negara. Penyiaran berhubung dengan kejayaan pemerintah dalam melaksanakan

tugas yang diamanahkan oleh rakyat memberikan sinar keyakinan terhadap golongan pemerintah

dan perjalanan sistem politik negara. Secara tidak langsung, semagat petriotik dikalangan rakyat

dapat diperkukuhkan dan propaganda yang diutarakan oleh pihak kerajaan mencapai matlamat.

Berpaksikan pada kelebihan yang nyata dalam pilihanraya Amerika, pada kebiasaannya

hasil polls akan disiarkan oleh pihak media yang sentiasa memberi kerjasama kerana media adalah

public property atau berkhidmat untuk kepentingan dan keperluan orang awam. Oleh itu maklumat

sentiasa akan sampai dengan masyarakat umum dengan jelas. Media juga memberi peluang untuk

calon pilihanraya berkempen secara adil dan samarata. Dimana calon memperjelaskan agenda,

17
sumbang bakti dan kelebihan bagi kewajaran rakyat mengundi beliau, calon juga dibenarkan

berdiskusi antara pihak lawan seperti diskusi yang diadakan antara calon demokrat Barrack Obama

dengan calon republikan John Mc Cain. Media di Amerika sangat adil dan ini merupakan

kelebihan yang jarang ada dalam negara pengamal demokrasi yang lain.

Disamping itu, Political Action Committies(PAC) juga berperanan dalam pilihanraya di

Amerika yang ditubuhkan 1974. Walaupun bukan sebuah organisasi kerajaan, PAC adalah

penyumbang terbesar dana kempen pilihanraya. Galuran dana dan sumbangan serta perbelanjaan

diberi PAC secara berskala pada parti dan calon. Soft money adalah dana yang diberi pada interest

group yang berkempen untuk calon. Dana kebiasaannya digunakan untuk menjatuhkan pihak

lawan. Dalam keadaan tersebut tidak perlu isytiharkan parti atau calon yang disokong pada iklan.

Kelebihan Sistem Dua Parti.

Dalam hal ini, Atkin & Gants menyatakan bahawa sebahagian besar kanak-kanak yang

menonton berita televisyen juga berminat terhadap pengetahuan hal ehwal politik. Malah, berita

televisyen turut menjadi penghubung yang pertama antara kanak-kanak dengan dunia politik

sehinggalah mereka mencapai usia remaja. Pada peringkat ini, tingginya pendedahan seseorang

individu itu terhadap program berita televisyen seringkali dikaitkan dengan tingginya tahap

pengetahuan politik mereka. Begitu juga dapatan kajian Renshon yang mengemukakan bahawa

jenis media yang paling berpengaruh di kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat adalah

televisyen. Manakala media cetak seperti suratkhabar merupakan media paling berkesan di

kalangan golongan remaja.

18
Begitu juga dapatan kajian Renshon yang mengemukakan bahawa jenis media yang paling

berpengaruh di kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat adalah televisyen. Manakala media

cetak seperti suratkhabar merupakan media paling berkesan di kalangan golongan remaja.

2.2.3 Dasar Pemerintah Dalam Mengamalkan Demokrasi Liberal Dan Perwakilan

Kehendak Rakyat

Masyarakat Amerika Syarikat yang mempunyai kesedaran politik yang tinggi telah

menunjukkan ketaatsetiaan terhadap aspekaspek output yang merangkumi aspek-aspek berikut,

seperti badan eksekutif, birokrasi dan kehakiman. Kesedaran politik diperolehi melalui proses

pembelajaran tentang hal yang berkaitan dengan politik secara berterusan sama ada secara

langsung atau sebaliknya. Hal ini mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran politik yang dipupuk

melalui agen-agen tertentu dalam proses sosialisasi politik seperti keluarga, media massa, orientasi

pendidikan, rakan sebaya dan sebagainya. Sebagai contoh pertandingan pilhanraya presiden adalah

mereka yang benar berkaliber, berkelayakan, berpengaruh dan mempunyai idealisme dalam

memajukan Amerika. Ini kerana proses pemilihan calon berlaku adalah lama, ia bermula dengan

pertandiangan calon dalam parti iaitu sesama sendiri dalam mencari persetujuan ahli parti memilih

siapa calon yang akan mewakili parti dalam pilihanraya presiden. Persaingan yang wujud adalah

pra-syarat demokrasi yang telah dipenuhi oleh sistem ini.

Dalam konteks ini, kesedaran politik yang terhasil daripada proses tersebut akan membawa

kepada penyemaian dan pemupukan kesedaran patriotisme. Semangat patriotisme yang wujud

dalam diri manusia turut dipengaruhi oleh proses sosialisasi politik yang pernah dilalui mereka.

19
Situasi ini dapat dibuktikan melalui kajian Almond dan Verba yang menyatakan bahawa kesedaran

politik berupaya mencetuskan semangat patriotisme. Hal ini dapat dilihat apabila golongan

sasaran kajian mereka iaitu rakyat .

Ideologi politik yang lahir dari pemikiran liberlisme yang menekankan kebebasan dan

kedaulatan yang mengagung-angungkan individualisme adalah untuk terbentuknya demokrasi.

Menurut fahaman liberalism, demokrasi adalah terbentuknya istilah negara bangsa, masyarakat

sivil, keadilan sosial, kedaulatan rakyat, kebebasan bersuara, kapitalisme dan sebagainya. Menurut

Carothers (1991), demokrasi mensyaratkan kebebasan berbicara dan kebebasan untuk membentuk

parti-parti politik dan melaksanakan pemilihan umum secara bebas dan jujur secara teratur tanpa

mengecualikan jabatan-jabatan politik dari tanggungjawab secara langsung ataupun tidak

langsung. Asas demokrasi di dalam sesebuah negara demokrasi harus wujud tujuh ciri-ciri utama

demokrasi iaitu:

i. Wujudnya kebebasan bersuara

ii. Media massa yang bebas dan berkecuali

iii. Pilihan raya yang diadakan secara konsisten, bebas dan adil

iv. Ada kebebasan berorganisasi dan berpersatuan

v. Pemerintahan berasaskan majoriti

vi. Hak golongan minoriti dihormati

vii. Wujudnya badan kehakiman yang senantiasa bebas dan berkecuali

Menurut Abraham Lincoln (Presiden AS ke-16), demokrasi adalah pemerintahan dari, oleh

dan untuk rakyat “Democracy is government of the people, by the people and for the people”.

Asas-asas demokrasi dalam suatu pemerintahan demokratik adalah:

20
i. Pengakuan penyertaan rakyat dalam pemerintahan, misalnya melalui pemilihan wakil-

wakil rakyat untuk parlimen secara bebas dan rahsia.

ii. Pengakuan dan perlindungan terhadap hak-hak asasi manusia.

Menurut Mochtar Mas’oed (1999), menyatakan kelestarian demokrasi memerlukan rakyat

yang bersepakat mengeani makna demokrasi, yang paham akan bekerjanya demokrasi dan

kegunaannya bagi kehidupan mereka. Demokrasi yang kuat disumbangkan daripada kehendak

rakyat dan bertujuan untuk mencapai kebaikan atau kemaslahatan bersama. Oleh itu, demokrasi

mesti berkaitan dengan persoalan perwakilan kehendak rakyat itu.

Disamping itu, Political Action Committies(PAC) juga berperanan dalam pilihanraya di

Amerika yang ditubuhkan 1974. Walaupun bukan sebuah organisasi kerajaan, PAC adalah

penyumbang terbesar dana kempen pilihanraya. Galuran dana dan sumbangan serta perbelanjaan

diberi PAC secara berskala pada parti dan calon. Soft money adalah dana yang diberi pada interest

group yang berkempen untuk calon. Dana kebiasaannya digunakan untuk menjatuhkan pihak

lawan. Dalam keadaan tersebut tidak perlu isytiharkan parti atau calon yang disokong pada iklan.

Kelebihan Sistem Dua Parti.

Kelebihan juga dilihat dengan pertandingan pilhanraya presiden adalah mereka yang benar

berkaliber, berkelayakan, berpengaruh dan mempunyai idealisme dalam memajukan Amerika. Ini

kerana proses pemilihan calon berlaku adalah lama, ia bermula dengan pertandiangan calon dalam

parti iaitu sesama sendiri dalam mencari persetujuan ahli parti memilih siapa calon yang akan

mewakili parti dalam pilihanraya presiden. Persaingan yang wujud adalah pra-syarat demokrasi

yang telah dipenuhi oleh sistem ini.

21
Sistem dua parti juga telah menyaksikan tatacara demokrasi dengan bukti fakta dengan

kemenangan yang diperolehi oleh Parti Republikan di kerusi presiden berbanding Parti Demokrat.

Dalam pada itu, sistem ini membolehkan pengundi memilih mana-mana parti walaupun bukan

daripada ahli parti tersebut. Ini kerana apabila mereka berkerja dalam sektor swasta mahupun

kerajaan, tiada berlakunya perbezaan kerana ia bersifat terbuka.

Sebagai dua parti yang relevan, mereka saling lengkap melengkapi dan bertindak apabila

berlakunya sesuatu yang dilakukan oleh pihak lawan yang akan merbahayakan negara. Dalam erti

kata lain, sistem dua parti telah memenuhi syarat yang wujudnya “check and balance” kawal

seimbang yang dilakukan oleh pembangkang di negara pengamal demokrasi yang lain. Selain itu

sistem ini juga dapat menggalakkan pembentukan majoriti dan mengurangkan fahaman yang

berkepentingan sendiri serta menggalakkan lagi perpaduan sosial di kalangan rakyat.

2.2.4 Keluarga Sebagai Ejen Sosialisasi Politik Amerika

Di Amerika Syarikat, pengaruh orang tua umumnya lebih kuat di kalangan republikan yang

konservatif daripada di kalangan demokrat yang liberal. Seperti dikemukakan oleh Frederic

Koenig, anak-anak konservatif lebih merasa terpanggil untuk membela tradisi-tradisi warisan

generasi-generasi tua dan memiliki rasa hormat yang lebih besar terhadap tokoh pemimpin seperti

orang tua. Anak-anak juga mengembangkan sikap-sikap tertentu terhadap pemerintah pada

umumnya, khususnya terhadap para ahli politik.

22
Berdasarkan kajian oleh Easton dan Hess di Amerika Syarikat, didapati kanak-kanak pada

peringkat awal persekolahan telah memberi gambaran autoriti yang sama antara bapa mereka

dengan presiden, iaitu sebagai seorang ketua atau penguasa. Namun begitu seiring dengan

peningkatan usia dan semakin luas pendedahan mereka berkaitan politik melalui proses sosialisasi

politik, kanak-kanak tersebut telah dapat membezakan antara bapa mereka dengan seorang

pemerintah. Ketika ini mereka telah menyedari bahawa presiden merupakan golongan yang

terlibat dalam hierarki pemerintahan yang lebih kompleks berbanding dengan bapa.

Peranan yang dimainkan ibu bapa dalam bidang politik akan turut mempengaruhi

perwatakannya dalam menguruskan hal-hal keluarga. Perbincangan isu-isu politik diantara ibu

bapa dan keluarga di hadapan anak-anak akan menyebabkkan anak-anak mendapat gambaran yang

jelas berkaitan dengan bidang politik negara. Secara tidak langsung, anak-anak akan mengalami

proses sosialisasi politik dan mendapat pendedahan berkaitan bidang politik. Pada zaman

sekarang, agak mustahil apabila seorang kanak-kanak membesar tanpa mengalami proses

sosialisasi politik. Peranan ibu bapa akan dimainkan oleh individu yang berhampiran dengan

kanak-kanak sekiranya mereka tidak mempunyai atau tidak dibesarkan bersama ibu bapa.

Easton dan Dennis telah mengemukakan empat tahap dalam sosialisasi politik diri kanak-

kanak. Tahap pertama, kanak-kanak diperkenalkan dengan autoriti yang terdapat dalam negara

melalui individu-individu tertentu seperti ibubapa, presiden dan polis. Tahap kedua, pengetahuan

mereka diperkembangkan dengan mengenali perbezaan antara autoriti internal dan eksternal,

seperti jabatan swasta dan jabatan awam. Tahap ketiga, kanak-kanak diperkenalkan dengan

institusi-institusi politik impersonal seperti Kongres, Mahkamah Agung dan pilihan raya.

23
Manakala tahap keempat pula, pengetahuan mereka dikembangkan dengan mengenali perbezaan

antara institusi-institusi politik dan individu-individu yang terlibat di dalam institusi-institusi

tersebut.

Kanak-kanak banyak mempelajari sesuatu yang baru daripada ibubapa kerana mereka

merupakan autoriti pertama yang muncul dalam kehidupan kanak-kanak ini. Pernyataan ini

disokong oleh Almond dan Verba yang menegaskan bahawa keluarga yang merangkumi ibubapa

merupakan autoriti pertama yang dikenali kanak-kanak. Oleh itu, mustahil bagi kanak-kanak untuk

membesar tanpa dipengaruhi oleh individu yang paling hampir dengan mereka seperti ibu, bapa

dan ahli keluarga. Dalam hal ini, ibubapa bertanggungjawab dalam memperkenalkan anak-anak

kepada pengetahuan awal tentang negara dan kerajaan. Ketika itu agen-agen lain seperti rakan

sebaya dan sekolah belum lagi wujud dalam kehidupan mereka. Oleh yang demikian, wujud ‘pola

keberkesanan terhad’ yakni lazimnya sesuatu agen sosialisasi mempunyai keberkesanan untuk

tahap tertentu. Selanjutnya, kesedaran politik diambil alih oleh agen-agen sosialisasi yang lain.

2.2.5 Sekolah Sebagai Agen Membentuk Kesedaran Sosialisasi Politik Amerika

Di dalam sistem politik Amerika, penekanan bagi penerapan serta membentuk tingkah laku

positif, nilai-nilai positif, kepercayaan dan pendapat yang boleh mengukuhkan dan mengekalkan

sistem politik sentiasa dititik beratkan. Contohnya, undang-undang ‘No Child Left Behind Act of

2001’ yang diluluskan dan diwartakan sebagai undang-undang bagi memperkuatkan ‘Elementary

and Secondary Education Act of 1965 (ESEA)’ serta ‘Medicare Act of 2003’ menunjukkan

kesungguhan sistem politik Amerika untuk memainkan peranan dalam sosialisasi politik.

Berdasarkan kajian Pemupukan semangat Patriotisme Melalui Proses Sosialisasi Politik yang

dilakukan oleh Ku Hasnita Ku Samsu mendapati lima buah negara iaitu Amerika Syarikat,

24
England, German, Italy dan Mexico mendedahkan sebanyak 89 peratus daripada para pelajar di

Amerika Syarikat yang mendapat pendidikan di peringkat sekolah menengah mempunyai

kesedaran politik yang lebih tinggi berbanding dengan hanya 73 peratus daripada para pelajar di

tahap sekolah rendah yang mempunyai kesedaran tersebut

` Aspek pendidikan yang merangkumi orientasi persekolahan dan orientasi kampus

merupakan agen sosialisasi politik yang terpenting ketika para remaja atau golongan muda sedang

menuntut di pusat-pusat pengajian. Kenyataan ini dibuktikan berdasarkan kajian Easton dan Hess

yang mendapati bahawa semakin lama seseorang itu belajar di sekolah atau di pusat pengajian

tinggi, semakin banyak pengetahuan yang diperolehi dan seterusnya menghasilkan kesedaran

politik. Kajian ini seiring dengan kajian Almond dan Verba yang mengemukakan bahawa semakin

tinggi tahap pendidikan seseorang individu itu, semakin tinggi kesedaran mereka tentang hal ehwal

politik dan kenegaraan. Pembelajaran politik peringkat awal yang sistematik, berpotensi

melahirkan kesedaran patriotisme di kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat. Senario ini

dipaparkan melalui dapatan kajian Easton dan Hess yang mendapati kanak-kanak Amerika

Syarikat mempunyai keyakinan dan kepercayaan tentang ‘keindahan negara mereka’ dan

‘kebaikan serta kebersihan rakyat negaranya’. Kajian-kajian ini membuktikan semakin tinggi

tahap pendidikan seseorang itu, maka sikap mereka juga semakin terbuka dalam memikirkan hal

ehwal negara.

Easton dan Hess turut menghasilkan dapatan yang sama dengan kajian di atas melalui

kajian mereka di Amerika Syarikat yang mendapati bahawa individu berusia tiga tahun telah

mempelajari politik di sekolah dan pengetahuan mereka menjadi mantap apabila berusia tujuh

25
tahun. Tahap awal pembelajaran politik mencakupi hal ehwal persekitaran mereka seperti

‘keterikatan pada sekolah’ dan ‘pengenalan’ bahawa mereka tinggal di bahagian tertentu dalam

sesebuah negara’. Kemudian diikuti pula dengan pengenalan terhadap simbol-simbol yang dapat

dilihat daripada autoriti-autoriti umum seperti polis, presiden dan bendera negara. Apabila usia

kanak-kanak ini mencecah sembilan hingga sepuluh tahun, mereka telah didedahkan dengan

konsep-konsep lain yang lebih abstrak dan kompleks seperti hak bersuara, sistem demokrasi,

kebebasan sivil dan peranan warganegara dalam sistem politik.

Berdasarkan kajian yang turut dilakukan terhadap pelajar di Amerika Syarikat mendapati

kanak-kanak diberikan pendedahan politik seawall usia tiga tahun dan pengetahuan mereka

dimantapkan lagi apabila usia mereka mencecah usia tujuh tahun. Pada tahap awal pendedahan

politik, kanak-kanak didik melalui hal ehwal persekitaran seperti keterikatan pada sekolah dan

hakikat bahawa mereka merupakan sebahagian daripada negara kerana menghuni bahagian

tertentu daripada negara itu.

Kanak-kanak di Amerika Syarikat mampu menyuarakan pendapat mereka semasa

mencecah usia sembilan hingga sepuluh tahun setelah disedahkan dengan konsep kenegaraan yang

lebih kompleks seperti hak bersuara, sistem demokrasi, kebebasan sivil dan pernan warganegara

dalam sistem politik. Peranan yang dimainkan oleh pisat pengajian telah berjaya menbentuk

kanak-kanak yang dapat menghayati keindahan negara meraka, kebaikan dan kebersihan rakyat

negaranya. Peranan ibu bapa dalam membentuk budaya politik dalam diri anak-anak akan semakin

berkurangan apabila anak-anak ditempatkan di asrama sekolah atau pusat peganjian.

26
Sosialisasi politik ini dimantapkan lagi melalui pendedahan symbol-simbol tertentu yang

membawa maksud autoriti polis, presiden dan bendera negara. Kanak-kanak di Amerika Syarikat

mampu menyuarakan pendapat mereka semasa mencecah usia sembilan hingga sepuluh tahun

setelah disedahkan dengan konsep kenegaraan yang lebih kompleks seperti hak bersuara, sistem

demokrasi, kebebasan sivil dan pernan warganegara dalam sistem politik. Peranan yang dimainkan

oleh pisat pengajian telah berjaya menbentuk kanak-kanak yang dapat menghayati keindahan

negara meraka, kebaikan dan kebersihan rakyat negaranya.

Amerika Syarikat telah memperkenalkan buku-buku teks sekolah yang berkaitan dengan

politik merangkumi pendedahan ancaman terhadap kerajaan seawall tahun 1790-an. Bagi

memantapkan lagi penerapan budaya politik di kalangan pelajarnya, Amerika Syarikat turut

menekankan pelajarnya mempelajari bidang kajian isntitusi politik dan latihan kenegaraan. Situasi

ini turut di contohi oleh Taiwan yang menjadikan pendidikan sebagai medium untuk menyemai

kesedaran politik dan indikriminasi politik. Berdasarkan kajian yang dilakukan mendapati ketika

pemerintahan Jepun di Taiwan pada tahun 1895-1945. Mereka telah menjadikan slogan

“Becoming Japanese” sebagai teras dalam sistem pendidikan. Manakala mulai tahun 1915 pula,

para pelajar di sekolah tinggi perlu mengambil kursus-kursus yang menekankan kajian tentang

institusi politik dan latihan kewarganegaraan.

2.2.6 Rakan Sebaya Sebagai Antara Agen Sosialisasi

Riesman mendapati kumpulan rakan sebaya merupakan agen sosialisasi yang paling

penting berbanding agen-agen lain seperti ibu bapa dan autoriti-autoriti lain. Individu-individu

yang tinggal dalam masyarakat yang berkembang maju didapati semakin ramai merujuk dan

berbincang sesuatu perkara tertentu dengan rakan sebaya berbanding dengan golongan yang lebih

27
tua daripada mereka dan autoriti-autoriti sosial yang lain. Hal ini menunjukkan peranan dan

kepentingan agen-agen sosialisasi berubah-ubah mengikut perkembangan sesebuah masyarakat.

Sosialisasi melalui rakan sebaya adalah yang paling efektif berbanding dengan sosialisasi melalui

keluarga mereka kerana sosialisasi rakan sebaya berlaku secara tidak formal dan tidak sengaja.

Pengaruh rakan sebaya sangat ketara pada peringkat remaja. Kadangkala ahli-ahli dalam

clique atau geng mempunyai pengaruh yang kuat dari segi nilai, sikap dan pandangan terhadap

kehidupan. Akibatnya, remaja cuba menghayati norma, nilai, kod dan segala harapan rakan sebaya

supaya dia disanjungi oleh kumpulannya. Ramai ahli sosiologi mengatakan bahawa dalam

masyarakat moden, kumpulan rakan sebaya telah menjadi agen sosial yang terpenting. Dalam

masyarakat tradisional, pola kebudayaan yang stabil menjadi garis panduan kepada tingkah laku.

Pembentukan personaliti banyak bergantung kepada tradisi masyarakat yang ada di sekeliling

kanak-kanak. Gejala ini agak berlainan dalam masyarakat moden di mana pembentukan personaliti

banyak bergantung kepada pengaruh rakan sebaya. Remaja merasakan dirinya perlu diterima oleh

kumpulan rakan sebaya, remaja perlu akur atau patuh kepada nilai rakan sebaya. Kadangkala,

norma dan nilai tersebut bertentangan dengan norma dan nilai keluarga atau tradisi dan ini akan

merupakan bibit-bibit konflik antara golongan muda dan tua.

Jurang generasi semakin meningkat dalam negara moden seperti Amerika Syarikat.

Apabila seseorang itu mencapai peringkat remaja, kumpulan rakan sebaya membuat tuntutan

terhadapnya supaya berfikir dan berkelakuan yang bercanggah dengan norma generasi tua. Banyak

kebudayaan kaum muda muncul seperti bentuk seni baru, peraturan seks yang tidak ketat, cara

berpakaian ala moden, pelbagai stail rambut ala punk, cuba berjinak dengan dadah dan banyak lagi

28
tingkah laku lencong yang sukar diterima oleh orang tua. Biasanya, nilai dan harapan ibu bapa

dibangkang secara terus terang.

Protes dan pemberontakan tersebut pada pandangan kaum muda adalah untuk menunjukkan

mereka tidak lagi bergantung kepada orang dewasa. Tujuannya ialah untuk mempunyai konsep

kendiri yang tersendiri. Rakan sebayalah yang mempengaruhi cara bermain, bergaul dan tingkah

laku remaja banyak terbentuk dari rakan sebaya. Berdasarkan kepada pandangan-pandangan

tersebut jelaslah bahawa sosialisasi politik adalah satu proses yang berterusan sepanjang hayat.

Proses ini digerakkan oleh agen-agen tertentu dalam masyarakat seperti keluarga, rakan sebaya,

pendidikan dan media massa. Malah, berdasarkan kepada pandangan para sarjana di atas, antara

matlamat atau sasaran utama bagi proses sosialisasi politik adalah memupuk semangat patriotisme

sama ada secara langsung atau tidak langsung di kalangan rakyat bagi sesebuah negara

Daripada beberapa kajian yang dilakukan oleh para sarjana mendapati agen rakan sebaya

merupakan agen yang lebih penting berbanding dengan ibu bapa dan agen autoriti yang lain.

Walaubagaimanapun, pengaruh yang diterima oleh individu itu turut dipengaruhi oleh budaya

persekitaran dan juga sosial rakan sebaya. Pada peringkat ini, perkembagan sosialisasi politik yang

berlaku terhadap seseorang akan menimbulkan pelbagai konflik dalam diri disebabkan pandangan

yang berbeza diterima daripada rakan sebayanya. Secara sedar atau tidak, seseorang itu menerima

sosialisasi politik daripada rakannya dan rakan juga menerima sosialisasi politik daripadanya.

Individu yang yang bergaul dengan kumpulan rakan sebaya yang membawa sesuatu fahaman

politik sama ada menyokong atau menentang pihak kerajaan akan turut dipengaruhi dengan

fahaman itu secara beransur-ansur melalui sesi perbualan, perbincangan dan tindakan. Walaupun

tindakan yang diambil oleh seseorang itu hanya sekadar untuk mengikuti budaya pergaulan atau

29
terpaksa mengikut tindakan rakan sebaya ,lama–kelamaan fahaman politik itu akan diserap ke

dalam diri. Dawson dan Prewitt pula mentafsirkan sosialisasi politik sebagai cara meneruskan

orientasi dan pegangan politik kepada generasi baru. Pelaksanaan ini dijalankan menerusi institusi-

institusi formal seperti sekolah dan institusi tidak formal seperti keluarga dan rakan sebaya.

Berdasarkan definasi yang diutarakan oleh beberapa tokoh falsafah tersebut, proses sosialisasi juga

merupakan suatu proses pembelajara sepanjang hayat yang akan dilalui oleh kanak-kanak, remaja

dan dewasa.

03. KESIMPULAN

Menurut Michel Rush dan Philip Althoff ( 2005 ) sosialisasi merupakan proses hasil belajar,

belajar dari pengalaman.Ha sil belajar itu berupa tingkah laku individu yang mencakup batas-batas

yang luas, khususnya mnegenai pengetahuan atau informasi, motif atau nilai-nilai dan sikap-sikap.

Ianya tidak tidak terbats pada masa anak-anak atau remaja saja, melainkan berlangsung sepanjang

kehidupan.

Justeru, sosialisasi dapat membantu mengekalkan idea-idea,nilai-nilai dan pola-pola tingkah

laku yang menyatukan masyarakat supaya terus kekal walaupun ahli-ahli masyarakatnya silih

berganti. Melalui sosialisasi kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi

kepada generasi yang lain. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi,bekerja dalam satu

kumpulan atau melakukan kawalan diri. Proses ini digerakkan oleh agen-agen tertentu dalam

masyarakat seperti keluarga, rakan sebaya, pendidikan dan media massa. Malah, berdasarkan

kepada pandangan para sarjana di atas, antara matlamat atau sasaran utama bagi proses sosialisasi

politik adalah memupuk semangat patriotisme sama ada secara langsung atau tidak langsung di

kalangan rakyat bagi sesebuah negara. Peredaran politik di dalam sesebuah negara turut dikaitkan

30
dengan proses sosialisasi politik yang diterima oleh golongan pemerintah dan juga rakyat. Proses

sosialisasi politik yang baik akan menghasilkan perwatakan yang mempunyai nilai dan norma-

norma terpuji dikalangan pemerintah dan juga rakyat. Bagi memastikan kesinambungan

keharmonian politik dapat dikekalkan, proses sosialisasi perlu diberikan dititikberatkan. Dalam

hal ini Amerika Syarikat telah menerapkan agen-agen sosialiasi politik dengan bekesan dan

sepenuhnya bagi mempengaruhi sistem politik dalaman negaranya.

31