Anda di halaman 1dari 14

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik 1957 – 1990.

Dengan mengambil contoh


tokoh2 wanita tersohor daripada kalangan pemimpin-pemimpin politik UMNO,
MCA, MIC, PBB, dan USNO. Bincangkan peranan wanita dalam menentukan
kejayaan mereka dalam memperjuangkan hak wanita dalam politik Malaysia.

01. Pendahuluan

Hari ini kedudukan wanita dalam politik dan sosial dianggap "berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah" dengan kaum lelaki. Perubahan sosial dalam masyarakat telah
meluaskan laluan untuk wanita menyumbangkan bakti mereka dalam politik yang
dulunya didominasi oleh lelaki. Kedudukan wanita dalam politik Melayu pada
relatifnya masih baru. Sebelum gerakan kebangkitan orang Melayu secara besar-
besaran menentang gagasan Malayan Union tahun 1945, wanita Melayu lebih kepada
kerja-kerja kebajikan tetapi bukan dalam politik. Tetapi Malayan Union juga yang
mengubah persepsi terhadap politik kaum wanita Melayu ketika itu. Wanita juga
bangun menentang Malayan Union.

Walaupun masih tebal dibelenggu tradisi yang menghalang penglibatan kaum


wanita dalam sosial, keterbukaan yang berlaku sedikit demi sedikit mulai terasa
selepas 1945. Wanita Melayu terpaksa berdepan dengan prejudis khususnya daripada
masyarakat yang menganggap mereka hanya layak di dapur. Wanita Melayu seolah-
olah tidak diberi peluang untuk melangkah ke "ruang tamu" bercakap soal-soal yang
lebih besar mengenai bangsa dan negara. Bagaimana pun atas kesedaran politik untuk
memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah, Jabatan Kaum Ibu UMNO telah
ditubuhkan pada 1947. Semua ini adalah kelangsungan daripada pertemuan tiga tokoh
wanita, Putih Mariah Ibrahim Rashid dari Persatuan Melayu Perak, Zainab Abdul
Rahman (Persatuan Melayu Seberang Perai) dan Saleha Ali (Persatuan Melayu
Selangor) mengenai penubuhan sebuah pergerakan wanita Melayu.

Jabatan Kaum Ibu yang ditubuhkan pada 1947 adalah sejarah baru penglibatan
wanita Melayu dalam perjuangan politik negara ini. Dalam kekangan sosio-budaya
yang kelihatan menutup peluang untuk wanita menyumbang dalam politik, Jabatan
Kaum Ibu membuktikan wanita bukan lagi "di dapur" tetapi turut berjuang di tengah
gelanggang malah di perbatasan tanah air. Mariah pula mencatat sejarah sebagai
pemimpin pergerakan wanita Melayu pertama apabila diberi kepercayaan menjadi
ketua Jabatan Kaum Ibu yang pertama.

1
Pada perhimpunan agung wakil wanita di Butterworth 25 Ogos 1949, wakil-
wakil dari bahagian UMNO menubuhkan Ahli Perempuan UMNO (APU) dan Putih
Mariah sebagai ketuanya. Antara yang menyumbangkan perubahan kepada APU
adalah nasionalis Tan Sri Zainun Sulaiman atau Ibu Zain yang mepimpin APU pada
1950 hingga 1953. Pada era Ibu Zain, APU melipatgandakan usaha untuk menambah
keahlian serta cawangan-cawangan. Walaupun tempuh kepimpinannya singkat tetapi
Ibu Zain telah melakukan anjakan yang besar untuk memberi kefahaman tentang
politik kepada golongan wanita di luar bandar.

Ketika ini perjuangan politik Melayu apa lagi wanita penuh dengan ranjau dan
duri. Antara suara mempelekeh dan tidak kurang prejudis dengan kebangkitan wanita
dalam politik sebenarnya menjadi pemangkin pertubuhan politik wanita ini bergerak.
Selepas Ibu Zain menghadapi masalah kesihatan pada 1954, teraju kepimpinan
diamanahkan kepada Khatijah Sidek. Pergolakan berlaku dalam pergerakan itu pada
1956, Khatijah diberhentikan dan diganti oleh Tan Sri Fatimah Hashim. Sekali lagi
nama pergerakan ini ditukar daripada APU menjadi Pergerakan Kaum Ibu UMNO.
Fatimah telah dipilih menjadi ketua pergerakan ini pada perhimpunan agung UMNO
1957 hingga 1972. Nama Fatimah hampir sinonim dengan Wanita UMNO kerana
memimpin hampir 12 tahun.

02 Penyertaan Wanita dalam Agenda Politik Malaysia

Wanita dalam Politik telah berkecimpung dalam parti politik sejak 1940an lagi,
termasuklah dalam Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Umno, dan juga
Parti Komunis Malaya (PKM).Sumbangan mereka dalam parti-parti politik ini adalah
aktif walaupun bilangan mereka amat kurang berbanding ahli lelaki, kecuali dalam
Umno. Dalam tahun-tahun 1950an, MIC, MCA, PRM — iaitu Parti Rakyat Malaya,
yang berasal-usul daripada PKMM, tetapi terpaksa bertukar nama kerana PKMM
diharamkan oleh kerajaan kolonial pada 1948 — dan PAS, semua telah menubuhkan
sayap wanita. Dan pada tahun-tahun berikutnya DAP, Gerakan, dan Parti Progresif
Penduduk (PPP) juga mempunyai ahli wanita. Daripada 52 Kerusi hanya terdapat satu
sahaja perwakilan wanita pada tahun 1957. Pada 1953, walaupun Umno mempunyai
ahli wanita hampir 45%, namun hanya empat wakil wanita yang menghadiri kongres
Umno berbanding dengan 400 wakil lelaki.
2
Namun ada juga parti pembangkang yang memperjuangkan hak wanita seperti
Parti Buruh dalam tahun 1954, yang menyarankan supaya menyamakan gaji antara
lelaki dan wanita, dan membentuk satu Piagam Wanita. Malangnya ia tidak diterima
oleh pemerintah dan parti ini tidak dapat menarik ramai ahli, termasuk wanita, sebab
parti berbilang kaum kurang diminati rakyat Malaya buat masa itu.

Seterusnya, mulai dekad 1980an, peratusan wanita yang keluar mengundi


meningkat daripada 49% kepada 56%. Bagi calon wanita yang bertanding, kejayaan
kemenangan adalah 90%. Dari tahun 1980an sehingga kini, perwakilan wanita dalam
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri telah meningkat perlahan-lahan dari 5%, ke
10%, dan kemudian ke 15%. Tetapi perwakilan wanita masih tidak mencecah 20%.
Dalam Persidangan Beijing pada Sept 1995, Malaysia telah mempersetujui perjanjian
untuk memastikan 30% wanita dalam semua susunan jawatan penting, termasuk
pucuk pimpinan politik1.

Ketika ini, wanita di Dewan Rakyat hanya 9.6 peratus, Dewan Negara (25
peratus) dan bilangan wanita yang dilantik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)
pula 6.9 peratus. Jumlah ini masih kecil berbanding dasar kerajaan yang menetapkan
sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dilantik sebagai pembuat keputusan2.

1
http://thenutgraph.com/
2
Utusan Malaysia, Politik Arkib, 24.6.2007

3
03. Tokoh Politik Wanita dalam Perjuangan Hak Wanita Dalam Politik
Malaysia

Antara barisan tokoh wanita tersohor yang terpenting menerajui dan memperjuangkan
hak wanita ialah Tan Sri Aishah Ghani dan tokoh pilihan kedua iaitu Yang Berhormat
Dato' Seri Rafidah Aziz.

Nama Tan Sri Aishah Ghani dalam perjuangan politik tidak asing lagi dan
beliau merupakan antara pejuang parti politik Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945, sekali gus mengetuai sayap wanitanya,
yang dipanggil Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Setelah itu, beliau menyertai
UMNO setahun selepas AWAS diharamkan kerajaan pada tahun 1948 dan dilantik
menjadi Setiausaha Wanita UMNO. Beliau yang mempunyai ijazah bidang
kewartawanan pernah menjadi Senator Wanita UMNO pertama negara dan dipilih
menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO selama 12 tahun sehingga tahun 1984.
Setelah itu, beliau menjawat jawatan Pengerusi Tetap Wanita UMNO pada tahun 1986
dan pernah mewakili negara dalam perhimpunan antarabangsa seperti Perhimpunan
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York serta Seminar Wanita Asia di
Berlin3. Begitu juga dengan Tan Sri Aishah Ghani yang memimpin Wanita UMNO
mulai 1972 hingga 1984. Aishah diingati sebagai wanita pertama yang dilantik
menjadi Senator dan wanita kedua menjadi menteri. Selain menjalankan tugas sebagai
ketua Wanita UMNO, Aishah diingati sebagai Menteri Kebajikan yang paling berjaya.

Aishah telah mengubah stigma bahawa Kementerian Kebajikan daripada


kementerian yang bukan utama menjadi kementerian yang menjadi sebutan ramai.
Sifat keibuan Aishah antara resipi kejayaan dalam kepimpinan. Semasa menjadi
Menteri Kebajikan, Aishah antara yang begitu kuat berjuang untuk mengubah
kedudukan ekonomi golongan wanita. Beliau menjadi idola sekaligus pencetus untuk
menyakinkan di negara ini wanita boleh berjaya seperti lelaki.

Penglibatan Tan Sri Aishah dalam bidang politik bermula dengan kerjaya
sebagai wartawan dalam Pelita Malaya, lidah rasmi Perti Kebangsaan Melayu (PKM).
3
http://www.puteri.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=1920

4
Sebaik sahaja PKM ditubuhkan, beliau menjadi Ahli Jawatankuasa dan sekaligus
mengetuai sayap wanita yang dipanggil Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Beliau
pernah menyertai perhimpunan dan gerakan menuntut kemerdekaan di Kelab Sultan
Sulaiman, Kuala Lumpur. Beliau telah keluar dari parti ini pada tahun 1946 dan
menjadi ahli UMNO pada tahun 1949. Penglibatannya dalam UMNO bermula apabila
beliau menjadi ahli UMNO Cawangan Pasar Pudu. Beliau menyertai UMNO
Kampung Baru pada tahun 1949 dan diberi tugas sebagai Setiausaha.

Sekembalinya beliau dari London pada tahun 1959, beliau bekerja sebagai
wartawan di Berita Harian dan penyunting di Kumpulan Akhbar New Straits Times.
Beliau telah mengundurkan diri dari bidang kewartawanan pada tahun 1963 apabila
beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Naib Ketua Wanita UMNO. Beliau
telah menjadi Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Negeri Selangor pada tahun
1960 hingga 1972. Pada tahun 1963, Tan Sri Aishah telah dilantik Senator wanita
yang pertama di Malaysia dan menjadi wakil wanita yang pertama dari Malaysia ke
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dari tahun 1967
hingga 1972, beliau menjadi wakil Malaysia ke Persidangan Suruhanjaya Taraf
Wanita PBB. Beliau telah dipilih menjadi Ketua Pegerakan Wanita UMNO Malaysia
pada tahun 1972 sehingga 1984. Pada tahun 1973, beliau telah dilantik menjadi
Menteri Kebajikan Masyarakat dan memegang jawatan ini selama 11 tahun sebelum
menamatkan khidmat beliau pada tahun 1984.

Beliau telah melancarkan Yayasan Kebajikan Negara yang masih berfungsi


sehingga sekarang. Tan Sri Aishah ialah Pengerusi Tetap Pegerakan Wanita UMNO
Malaysia semenjak tahun 1986 hingga sekarang. Kini beliau menjadi Pengerusi
Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad sejak penubuhannya pada tahun 1975, Pengerusi
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (1985-1997), Ahli Jawatankuasa Yayasan
Tun Abdul Razak dan Pengerusi Pusat Perlindungan Wanita Darsaadah. Selain itu,
beliau turut terlibat dalam bidang perniagaan dengan menjadi Pengerusi Electcoms
Sdn. Bhd., Pengarah Eksekutif Meditel Electronics Sdn. Bhd., Pengarah Nusa Utama
Sdn. Bhd., Hasrat Emas Sdn. Bhd., Pengangkutan Kota Mas Sdn. Bhd., Tanjung
Sebaneka Sdn. Bhd. dan Metrojaya Bhd4.

4
_____(2004). Biografi Tokoh Wanita Malaysia. Petaling Jaya: Pertubuhan Tindakan wanita Islam
(PERTIWI)

5
Wanita UMNO bertuah apabila Aishah diganti oleh Rafidah seorang tokoh
akademik dalam bidang ekonomi menjadi ketua pada 1984. Rafidah banyak
menganjak Wanita UMNO sepanjang kepimpinan beliau dan ternyata jangka masa
beliau memegang tampuk kepimpinan Wanita, Rafidah telah melakukan yang terbaik
kepada kepercayaan yang diberikan kepadanya. Maka pemimpin Wanita UMNO masa
kini tidak harus terputus daripada semangat dan matlamat perjuangan pemimpin
terdahulu. Walaupun jawatan dalam Wanita UMNO kini menjadi rebutan tetapi rakyat
memerlukan kepimpinan yang boleh membawa perubahan ekonomi dan pemikiran.

Dato' Seri Rafidah Aziz ketika menerajui kepimpinan Negara beliau telah
memegang beberapa jawatan penting dalam parti UMNO. Rafidah mencatat sejarah
sebagai Ketua Wanita UMNO yang paling lama mengekalkan kedudukan di kerusi
nombor satu. Beliau memimpin pergerakan mulai 1984 hingga 1996. Ditewaskan oleh
Datuk Seri Dr. Siti Zaharah Sulaiman pada 1996. Bagaimana pun Zaharah kecundang
selepas 1999 dan Rafidah sekali lagi dipilih memimpin Wanita UMNO hingga Mac
2009. Rafidah adalah antara wanita Melayu yang meneruskan semangat perjuang
silam yang menggunakan pentas politik untuk kepentingan negara dan juga orang-
orang Melayu. Maka menang dan kalah bukan lagi suatu yang boleh meruntuhkan
satu perjalanan panjang sejarah penglibatan wanita Melayu dalam perjuangan politik.5

Kepimpinan beliau jelas apabila memegang jawatan-jawatan penting seperti


Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Awam (1976), Timbalan Menteri
Kewangan (1977-1980) dan Menteri Perusahaan Awam (1980-1987). YB. Dato' Seri
juga pernah dilantik menjadi Senator Dewan Negara (1974). Beliau juga menjadi
tulang belakang dalam membangunkan dasar dan hala tuju beberapa agensi kerajaan
persekutuan. Antara agensi dan organisasi berkenaan ialah MARA (1973-1976),
RISDA (1973-1976), Majlis Pelindung dan Penasihat Pengguna (1973-1976),
Lembaga Perancang Keluarga (1973-1976), Majlis Penasihat dan Perunding Belia

Kebangsaan serta Pengerusi Lembaga Kolej Tunku Khursiah. Peranan yang beliau
mainkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak tahun 1987

5
Utusan Online, Rencana, 29.3.2009

6
telah menjadikan ekonomi Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur-pelabur asing di
samping meningkatkan ekonomi negara menerusi aktiviti perdagangan luar. 6

Y.B. Dato' Seri pertama kali dipilih sebagai wakil rakyat setelah memenangi
kawasan Parlimen Selayang pada pilihan raya umum 1978. Selepas itu beliau telah
berpindah ke kawasan Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum berikutnya
dan terus mendapat kepercayaan rakyat untuk mewakili kawasan berkenaan selama
enam penggal berturut-turut sehinggalah ke hari ini. Walaupun sentiasa sibuk dengan
tugas Wakil Rakyat, Y.B. Dato' Seri juga tidak lupa meluangkan masa dalam aktiviti
sosial berbentuk akademik dan ekonomi. Beliau pernah menjadi Penasihat, Gabungan
Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), serta dipilih menjadi
penaung berbagai organisasi seperti PENIAGAWATI, NAWEM, IABC,
USAHANITA, AOTS serta Gabungan Kontraktor Wanita Malaysia7.

Walaupun tirai kegemilangan kepemimpinan Rafidah yang juga bekas Menteri


Perdagangan Antarabangsa dan Industri dilabuhkan pada pemilihan parti 2008,
pemimpin yang terkenal dengan ketegasannya.Terkenal sebagai antara kepemimpinan
wanita yang sukar dicari ganti, Rafidah yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno
terakhir era Tun Abdul Razak menamatkan perjuangan dalam pergerakan itu dengan
mencatatkan pelbagai pencapaian yang membanggakan8. Rafidah juga berusaha
untuk Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz akan
mencadangkan kepada Kabinet untuk menyediakan lokasi khas bagi menempatkan
Galeri Jatiwanita sebagai menghargai jasa wanita membangunkan negara sejak era pra
merdeka9.

UMNO, Pergerakan Wanita di bawah kepimpinan Tan Sri Rafidah Aziz telah
mempamerkan iltizam yang kukuh dalam apa jua keadaan terutamanya di setiap
pilihan raya. Perpaduan Pergerakan Wanita sangat penting untuk UMNO. Oleh itu,

6
_____(2004). Biografi Tokoh Wanita Malaysia. Petaling Jaya: Pertubuhan Tindakan wanita Islam
(PERTIWI)
7
Ibid
8
Berita Harian, Wanita, 11.4.2009
9
Utusan Malaysia, UMNO2003, 17.6.2003

7
janganlah disebabkan keghairahan sementara, kita meruntuhkan pula apa yang terbina
selama ini10.

Tokoh seterusnya yang banyak member sumbangan awal terhadap kegiatan


politik di Tanah Melayu ialah Tan Sri Fatimah. Nama _____(2004). Biografi Tokoh
Wanita Malaysia. Petaling Jaya: Pertubuhan Tindakan wanita Islam
(PERTIWI)sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia terutamanya bagi
kaum wanita yang tidak teragak-agak untuk menjadikan tokoh berkenaan sebagai
idola. Beliau bukan sahaja mencatat sejarah menjadi wanita pertama dilantik sebagai
menteri tetapi juga terkenal sebagai pemimpin pergerakan wanita di negara
ini.Memegang nombor ahli UMNO 350, Fatimah baru mencecah usia 22 tahun ketika
mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO pada tahun 1946.11

Kerjaya politik Fatimah sebenarnya banyak ditentukan oleh keluarga terdekat


terutama bapa, suami dan ibu mertua yang masing-masing aktif berpolitik. 12 Di
peringkat awal, penglibatan Fatimah dalam politik banyak dipengaruhi oleh ayahnya,
Hashim yang walaupun mempunyai tanggungan yang agak ramai tetapi mencuri masa
berpolitik di bawah kepimpinan Datuk Onn Jaafar.Walaupun ayahnya mengikut jejak
langkah Onn keluar dari UMNO untuk menubuhkan Parti Negara, Fatimah terus
berjuang dalam UMNO, sebuah parti yang dianggap dapat menjamin kemerdekaan
orang Melayu. Ketabahan Fatimah sebagai pemimpin sememangnya terserlah dan
jelas beliau bukan mengamalkan politik ikut-ikutan.

Beliau merupakan seorang wanita yang sanggup berkorban. Penghijrahan


Fatimah mengikut suaminya yang ditugaskan sebagai Majistret dan kemudiannya
Penolong Pendakwa Raya di Ipoh membuka episod baru dalam karier politik
pemimpin wanita itu.Di sinilah Fatimah diberi penghormatan yang tinggi dalam
Pergerakan Kaum Ibu apabila lantik sebagai Ketua Kaum Ibu oleh Majlis Tertinggi
10
http://www.malaysianbar.org.my
11
Nik Safiah Karim dan Rokiah Talib (2003), Tan Sri Fatimah - Potret Seorang Pemimpin, Penerbit:
Pelanduk Publications, hlm 189
12
Nik Safiah Karim dan Rokiah Talib (2003), Tan Sri Fatimah - Potret Seorang Pemimpin, Penerbit:
Pelanduk Publications, hlm 189

8
UMNO pada 10 November 1956 menggantikan Khadijah Sidek. Fatimah memimpin
Kaum Ibu yang kemudian dikenali sebagai Pergerakan Wanita UMNO selama 16
tahun dengan gaya dan cara kepimpinan tersendiri. Ketika di Ipoh juga Fatimah
bergiat aktif dalam politik sehingga menyandang jawatan tertinggi dalam struktur
Kaum Ibu dan seterusnya dilantik menjadi menteri wanita pertama dalam sejarah
negara.

Pelantikan Fatimah sebagai ketua Kaum Ibu mendorong beliau untuk bergiat
lebih ligat dalam kegiatan politik sehingga sanggup menjadikan rumahnya sebagai
markas UMNO. Satu rekod yang masih dipegang oleh Fatimah ialah menjadi Ketua
Kaum Ibu paling lama iaitu selama 16 tahun dari 1956 hingga 1972. Beliau dicabar
oleh Aishah Ghani pada tahun 1960 dan 1968, akhirnya pada tahun 1972, beliau tewas
dengan 60 undi. Pada tahun 1959 Fatimah mengikut suaminya berpindah ke Kedah
selepas dilantik sebagai penasihat undang-undang bagi Kedah dan Perlis.

Sumbangan Fatimah selama 15 tahun mengepalai kawasan Parlimen yang


besar itu terserlah dalam bidang pendidikan selaras dengan kepercayaannya bahawa
asas kemajuan mana-mana masyarakat adalah pendidikan.Ia merupakan kemuncak
penglibatan beliau dalam politik dan mencatat sejarah sebagai wanita pertama
memegang jawatan sedemikian.

Sebagai pemimpin pergerakan Kaum Ibu, Fatimah menukar nama Kaum Ibu
kepada Pergerakan Wanita UMNO dalam usaha membawa masuk wanita-wanita
muda yang berpelajaran tinggi. Satu sifat luar biasa sepanjang kariernya sebagai
pemimpin Kaum Ibu ialah kejayaannya mengajak pemimpin-pemimpin daripada
pelbagai latar belakang dan mewakili bermacam jenis pertubuhan termasuk
pembangkang untuk bekerjasama.

Sepanjang menjadi ahli Parlimen selama 15 tahun, beberapa kemajuan telah


dicatatkan bagi kaum wanita di negara ini antaranya mendapat gaji yang sama, status
sebagai pekerja tetap dan berpencen, penggubalan serta pindaan kepada beberapa rang
undang-undang yang memperjuangkan hak dan kedudukan wanita. Keistimewaan
Fatimah ialah kejayaannya melahirkan sebuah keluarga yang harmonis dan berjaya di

9
sebalik kesibukan menjadi ketua pergerakan politik, ahli Parlimen, ahli pergerakan
wanita sukarela dan menteri wanita pertama13.

04. Kekangan Wanita dalam Penglibatan Politik

Menurut Rashila dan Saliha, terdapat lima faktor yang menghalang wanita Malaysia
daripada aktif dalam politik di Malaysia, iaitu diskriminasi sosial; kekangan masa;
tekanan budaya dan agama; halangan struktur dalam parti; dan kekurangan sumber
seperti sokongan, kewangan dan pengaruh.14

Selain itu, satu ialah sikap pergantungan wanita dalam berparti politik. Iaitu
pergantungan kepada pemimpin lelaki dan imej mereka yang perlu dijaga. Misalnya,
semasa Tan Sri Rafidah Aziz ditentang oleh Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman pada
1996, khabarnya sokongan kuat pemimpin lelaki kepada Siti yang membolehkan
beliau menewaskan Rafidah. Tetapi setelah pemimpin ini jatuh, Siti juga kemudian
tumbang bersama15.

Pergantungan ini juga terdapat dalam kebanyakan parti politik termasuk parti
pembangkang di mana kaitan dengan sesuatu pemimpin lelaki itu menjadi fakta
pengaruh. Ini selari dengan unsur pergantungan wanita kepada lelaki dalam
masyarakat Malaysia ini yang terbawa-bawa ke dalam parti politik. Lain-lain negara
Asia pun berkongsi ciri ini seperti arwah Benazir Bhutto di Pakistan, Aung San Suu
Kyi di Burma, Gloria Macapagal Arroyo di Filipina, Indira Gandhi di India, dan
wanita lain dari keturunan — atau menjadi isteri — pemimpin lelaki16.

Kedua, perjuangan wanita dalam parti politik lebih cenderung kepada


kepentingan parti daripada kepentingan kaum wanita amnya. Jika wanita lantang
sangat menyuarakan isu wanita, mereka takut dilabelkan feminis. Terdapat prasangka
dan tohmahan yang konsep feminisme adalah dari Barat, di mana wanita Barat suka

13
Nik Safiah Karim dan Rokiah Talib (2003), Tan Sri Fatimah - Potret Seorang Pemimpin, Penerbit:
Pelanduk Publications, hlm 189
14
Rashila Ramli dan Saliha Hassan. 1998. "Trends and Forms of Women's Participation in Politics."
dalam Sharifah Zaleha Syed Hassan (ed.), Malaysian Women In The Wake Of Change. Kuala Lumpur:
Gender Studies Programme, Universiti Malaya. ms. 88-104.
15
http://thenutgraph.com/wanita 23.12.2008
16
http://thenutgraph.com/wanita 23.12.2008

10
membakar coli, bertindak militan dan bersikap anti-lelaki. Jadi, ini tidak dapat
diterima dalam budaya wanita di sini yang beranggapan wanita perlu terus berlemah
lembut dan tidak berkonfrontasi. Apakah terjadi kepada wanita yang lantang itu?
Baru-baru ini, tersebar berita persaingan Rafidah dan Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil, dan juga persaingan zaman lepas antara calon wanita termasuk arwah Khatijah
Sidek yang dikatakan terlalu "agresif dan mendahului zamannya".

Ini adalah pandangan pihak pemimpin lelaki dalam Umno pada zaman itu.
Khatijah telah disingkirkan dari kedudukannya sebagai pemimpin Wanita Umno.
Beliau kemudiannya telah menyertai PAS (PMIP, atau Pan-Malayan Islamic Party,
buat masa itu). Mengikut sumber sejarah, beliau hanya meminta supaya lebih ramai
calon wanita dari Wanita Umno diberi peluang untuk menjadi pemimpin parti dan
juga menduduki teraju kerajaan. Tetapi presiden Umno Tunku Abdul Rahman tidak
setuju. Khatijah telah diganti oleh calon wanita lain yang dianggap lebih "moderate"
untuk memimpin Wanita Umno17.

05. Kesimpulan

Masih kurang perwakilan wanita di semua tahap Dewan Undangan Negeri dan
Parlimen, dan dalam institusi-institusi pembuat dasar sosio-ekonomi. Maka hegemoni
kaum lelaki baik dalam politik mahupun budaya akan berterusan sehinggalah kaum

17
Ibid

11
wanita membangun dan memperjuangan hak-hak mereka hingga tercapai keadilan
dalam semua aspek kehidupan.

Merobohkan struktur kapitalis-patriarki dan budaya penindasan hegemonik,


akan menjadi satu cabaran besar bagi golongan feminis, perempuan dan lelaki, untuk
mencapai kesaksamaan yang tulen. Namun di Malaysia, perjuangan gender bukan la
persoalan utama. Apa yang penting ialah semangat dan kekentalan dalam
memperjuangkan hak dan bangsa serta kegigihan wanita dalam mengharungi cabaran
realiti politik.

Proses pembangunan dalam bidang politik memerlukan penglibatan


maksimum wanita dan lelaki. Faktor-faktor yang menyekat penglibatan politik wanita
dan mutu politik mereka amat berhubung dengan keadaan sosial-budaya yang tidak
menggalakkan penglibatan mereka dalam hal ehwal awam, kekurangan pendidikan
dan kesedaran, serta kejahilan tentang hak-hak mereka, serta beban kerja yang berat
hingga wanita tidak mempunyai masa untuk terlibat dalam politik juga merupakan
sebahagian proses yang menghalang penglibatan wanita. Oleh itu kerajaan hendaklah
juga menentukan sokongannya terhadap kemunculan lebih ramai wanita ke peringkat
perundangan dan eksekutif dalam Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Kerajaan
Tempatan dan badan-badan lain.

12
Bibliografi

Dancz, V.H.,( 1987) Women and Party Politics in Peninsular Malaysia, Oxford:
Oxford University Press.

Hass, Robert dan Rahmah Hashim (eds), (1994) Malaysian Women: Creating
Their Political Awareness. Kuala Lumpur: AIDCON dan FNF.

Khatijah Sidek, Memoir Khatijah Sidek( 1995) : Puteri Kesateria Bangsa, Bangi:
Penerbit UKM.
Manderson, Lenore (1980), Women, Politics, and Change: The Kaum Ibu UMNO,
Malaysia, 1945-1972, Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Nik Safiah Karim dan Rokiah Talib( 2003), Tan Sri Fatimah: Potret Seorang
Pemimpin, Subang Jaya: Pelanduk Publications.

Nik Safiah Karim dan Rokiah Talib (2003), Tan Sri Fatimah - Potret Seorang
Pemimpin, Penerbit: Pelanduk Publications.

Rashila Ramli dan Saliha Hassan. ( 1998) . "Trends and Forms of Women's
Participation in Politics." dalam Sharifah Zaleha Syed Hassan (ed.),
Malaysian Women In The Wake Of Change. Kuala Lumpur: Gender
Studies Programme, Universiti Malaya.

_____(2004). Biografi Tokoh Wanita Malaysia. Petaling Jaya: Pertubuhan


Tindakan wanita Islam (PERTIWI)

Berita Harian, Wanita, 11.4.2009

Utusan Online, Rencana, 29.3.2009

Utusan Malaysia, UMNO2003, 17.6.2003

Rujukan atas talian;


http://thenutgraph.com/wanita
http://www.puteri.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=1920
http://www.malaysianbar.org.my

13
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

01. Pendahuluan 1

02. Penyertaan Wanita dalam Agenda Politik Malaysia 2

03. Tokoh Politik Wanita dalam Perjuangan Hak Wanita


Dalam Politik Malaysia 4

04. Kekangan Wanita dalam Penglibatan Politik 10

05. Kesimpulan 1

BIBLIOGRAFI

14

Anda mungkin juga menyukai