Anda di halaman 1dari 6

Ding Zhi Hui

Ong Yee Chien

Konsep TPACK
 Asas kepada pengajaran yang berkesan dengan teknologi, memerlukan
pemahaman konsep menggunakan teknologi, teknik pedagogi, ilmu
pengetahuan terdahulu dan teori epistemologi pelajar.
 Pengetahuan tentang bagaimana teknologi boleh digunakan untuk
mempertingkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada untuk
membangunkan epistemologi baru atau mengukuhkan yang lama.
 Dalam pendidikan guru, model TPACK diberi tumpuan untuk menghasilkan
guru yang berupaya mengintegrasikan teknologi, kandungan dan pedagogi
dalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
PK merupakan pengetahuan tentang jenis-
Domain TK meliputi pengetahuan terhadap
jenis pedagogi yang boleh digunakan
jenis-jenis alatan, perkakasan atau perisian
sebagai menyokong pengajaran berkesan.
termasuk boleh mengendalikannya dengan
PK merangkumi pengetahuan tentang
baik sehingga membantu atau memudah
proses serta amalan yang digunakan dalam
cara pekerjaan seorang pengajar. Hal ini
pengajaran. Selain itu, pengajar perlu
merangkumi apa sahaja pengetahuan
membuat kajian terhadap teori-teori
seorang pengajar terhadap teknologi yang
pedagogi secara khusus agar mereka tidak
biasa digunakan dalam pengajaran sama
lesu dalam memperkasa kaedah pengajaran
ada teknologi berbentuk analog
bagi menghasilkan suasana P&P yang
(mikroskop, papan putih, video dan lain-
berkualiti. Dalam konteks kajian ini,
lain) mahupun digital (telefon pintar,
pengajar perlu mengetahui teknik dan
internet, persidangan video dan lain-lain).
kaedah yang harus digunakan dalam
pengajaran pengaturcaraan komputer.

1.
2. Pengetahuan Pengetahuan
Pedagogi (PK) Teknologi (TK)

3.
Pengetahuan
Kandungan
(CK)
CK merupakan pengetahuan
pengajar terhadap kandungan yang
akan disampaikan kepada pelajar.
Sehubungan dengan itu, pengajar
perlu menguasai kandungan seperti
konsep, teori, idea-idea, rangka
TPACK kerja, keterangan dan bukti serta
amalan-amalan yang diperlukan ke
arah membangunkan pengetahuan
itu. Dalam konteks kajian ini, CK
merujuk kepada kandungan
pengaturcaraan komputer.
1. TPK
Pengetahuan
Teknologi Pengetahuan Teknologi Pedagogi
(TK)
Domain TPK merupakan pengetahuan tentang bagaimana
P&P boleh berubah apabila teknologi tertentu digunakan
dengan kaedah tertentu. Hal ini meliputi pengetahuan
pedagogi dan kekangan pelbagai alat teknologi yang
berkaitan dengan disiplin reka bentuk pedagogi dan strategi
pengajaran. Bagi menjelaskan TPK, seorang pengajar
mestilah mengetahui bagaimana P&P perlu dilaksanakan
mengikut kesesuaian teknologi masa kini yang menyokong
proses dan amalan pengajaran semasa. Dalam konteks
kajian ini, pendidikan pengaturcaraan komputer
2. menghadapi cabaran yang hebat kerana perubahan
Pengetahuan teknologi berkaitan amalan pembangunan aplikasi dan
Pedagogi bahasa pengaturcaraan komputer yang berlaku terlalu
(PK) cepat.

1. TCK
Pengetahuan
Teknologi Pengetahuan Teknologi Kandungan
(TK) Domain TCK merupakan pengetahuan terhadap
teknologi tertentu yang paling sesuai untuk menangani
hal pembelajaran dan bagaimana ia membantu
kandungan yang sesuai apabila berlaku perubahan pada
teknologi tersebut.Sehubungan dengan itu, Koehler dan
Mishra (2008) menyatakan bahawa CK dan TK telah
lama mempunyai hubungan konsep dalam bidang sains
tulen dan sains sosial. Pada masa kini, kemajuan
teknologi beralih dari teknologi analog kepada teknologi
2. digital yang lebih canggih dan pengetahuan seorang
Pengetahuan pengajar terhadap teknologi digital yang sesuai
Kandungan digunakan dengan kandungan pengajaran akan
(CK) menjadikan pengajaran itu lebih berkesan.

1.
Pengetahuan PCK
Kandungan
(CK) Pengetahuan Pedagogi Kandungan
PCK ialah pengetahuan teras pengajaran yang
meliputi kurikulum, penilaian dan pedagogi. PCK
masih mengambil kira konsep yang
diperkenalkan oleh Shulman (1986) di mana ia
merangkumi pengajaran, pembelajaran,
kurikulum, pentaksiran, dan laporan yang
melatari cara penyampaian pengajaran kepada
para pelajar. Shulman turut menyatakan bahawa
guru yang mengajar tanpa mengetahui aspek-
2. aspek seperti kurikulum dan pentaksiran tidak
Pengetahuan mampu memenuhi keperluan pembelajaran oleh
Pedagogi para pelajar.
(PK)
1.Pengetahuan yang
penting untuk
pengembangan
keterampilan profesional
guru dan calon guru

2. Guru-guru 4. Penggunaan
menerapkan Kepentingan teknologi dalam
teknologi pendidikan
informasi dan TPACK membantu guru
komunikasi kepada menyampaikan
dalam maklumat dengan
pembelajaran pendidik lebih tepat dan
pelajar. mudah.

3. Penambahbaikkan
pengalaman pengajaran
dan pembelajaran selepas
menggunakan e-
pembelajaran.
Berdasarkan konsep TPACK, beberapa ciri perlu ada kepada guru abad ke-21.
Antaranya ialah :

 Menguasai subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Guru
abad ke-21 perlu menguasai pengetahuan yang luas tentang subjek yang diajar.
Guru juga perlu menguasai subjek yang diajar dengan menggunakan teknologi
yang canggih. Dengan ini, guru tidak akan terkial-kial untuk menerangkan sesuatu
kandungan dalam subjek kepada pelajar.
 Mahir dan berketerampilan
Guru haruslah pandai menggunakan pedagogi pengajaran dan mahir dalam
menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
betul semasa menjalankan PDP di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini
tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.
 Memahami perkembangan dan menyayangi murid
Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk
faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka. Guru
abad 21 harus mampu menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan
mereka, tidak boleh meminta semua murid menunjukkan prestasi yang cemerlang.
 Memahami psikologi pembelajaran
Guru abad ke-21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran
bagi pelajarnya. Memahami minat dan respons pelajar ketika belajar, membantu
guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai pendidik. Guru perlu banyak
menggunakan teknologi dalam pengajarannya untuk menarik minat belajar anak
muridnya.
 Kemahiran kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan
pelajar. Kemahiran membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai
lagi perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja adalah kelebihan
untuk guru-guru dalam menangani isu-isu berkaitan dalam dan luar bilik darjah.
Ciri ini juga merupakan salah satu pedagogi kepada guru dalam menjalankan pdp
yang baik.
 Penggunaan teknologi terkini
Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah
satu ciri penting bagi guru abad 21. Selain daripada murid yang memang mahir
dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, guru juga perlu
seiring dalam menggunakan kelebihan ini bagi menarik minat pelajar untuk
belajar. Penggunaan LCD, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan
kepada suasana pembelajaran di dalam kelas. Murid tidak akan berasa bosan
apabila guru menggunakan teknologi terkini sebagai salah satu pedagogi
pengajarannya.

Anda mungkin juga menyukai