Anda di halaman 1dari 1

EKSPEDISI DAYUNG MERDEKA

Tanggal 17 hingga 18 Ogos 2017 telah berlangsung satu acara iaitu Ekspedisi Dayung Merdeka sempena
sambutan bulan kemerdekaan yang ke 60. Ekspedisi anjuran bersama IPG Kampus Sultan Mizan dan
Bomba Komuniti Daerah Besut ini telah dirasmikan oleh ADUN Kuala Besut iaitu YB Tengku Zaihan bin
Che Ku Abdul Rahman. Para peserta ekspedisi ini telah melakukan dayungan bermula dari Pantai Bukit
Keluang hingga ke Pulau Perhentian selama lebih kurang lima jam.

Sesungguhnya Ekspedisi Dayung Merdeka ini merupakan satu simbolik terhadap jerih perih para
pejuang tanah air berjuang habis habisan bagi memerdekakan tanah air tercinta. Keterujaan dan
semangat yang berkobar-kobar peserta ekspedisi ini jelas terpancar apabila mereka berjaya sampai ke
destinasi. Satu laungan “MERDEKA” yang padu bergema tatkala kesemua peserta ekspedisi selamat
sampai di pantai Pulau Perhentian.

Anda mungkin juga menyukai