Anda di halaman 1dari 4

BAB 2: KAJIAN TINJAUAN

Bab 2 ini membincangkan tentang kajian-kajian lepas tentang masalah persepsi murid-murid
sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar-pelajar sekolah menengah dan juga
pelajar-pelajar kolej serta universiti tempatan tentang perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling. Dalam bab ini juga, pengkaji ada membincangakan tentang kajian-kajian dari luar
negara tentang masalah persepsi pelajar-pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di negara masing-masing.

2.2.1 Kajian Literatur yang lepas tentang isu (Persepsi Terhadap Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling)

a) Pendekatan Temubual Sebagai Metod Kajian Kes: Suatu Persepsi DI


Kalangan Pelajar Perempuan Cemerlang Terhadap Perkhidmatan Bimbingan
Dan Kaunseling.

Penyelidikan dijalankan ke atas enam orang pelajar perempuan cemerlang tingkatan empat
berusia di antara 15 hingga 16 tahun yang tidak pernah berjumpa kaunselor. Penyelidikan
telah dijalankan di sebuah sekolah menengah harian bertujuan untuk mengkaji persepsi
mereka terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Penyelidikan dijalankan
menggunakan pendekatan kualitatif melalui temubual dengan pelajar. Perisian Atlas/ti versi
4.1 telah digunakan untuk menganalisis transkripsi temubual, membina tema, kategori dan
subkategori persepsi pelajar-pelajar tersebut. Keputusan menunjukkan pelajar-pelajar
mempunyai persepsi yang positif dan percaya perkhidmatan tersebut boleh memberi
bimbingan akademik dan kerjaya serta boleh membantu mereka menyelesaikan masalah.
Namun fenomena itu masih belum cukup untuk mendorong mereka berjumpa kaunselor. Ini
adalah kerana mereka masih mempunyai persepsi yang negatif terhadap perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling dalam aspek kerahsiaan, kurang bersedia berkongsi masalah, rasa
rendah diri, dan tidak yakin kaunselor dapat menyelesaikan masalah peribadi mereka.
Implikasi dan beberapa cadangan untuk penambahbaikan perkhidmatan tersebut juga
diberikan.
b) Pola Isu, Persepsi, Serta Pengalaman Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat (Pattern of Issues, Perceptions, and
Experiences toward Guidance and Counseling Services among Gifted and Talented
Students)
Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji pola isu, persepsi, serta pengalaman pelajar pintar
dan berbakat tempatan terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam persekitaran
sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar kohot pertama dan kohot kedua di
sebuah sekolah ‘makmal’ yang menyediakan program pendidikan khusus untuk populasi
pelajar pintar dan berbakat. Kajian penerokaan kualitatif ini menggabungkan temu bual
kumpulan fokus dan temu bual mendalam sebagai kaedah pengumpulan data. Data yang
diperolehi dilakukan analisis tema menggunakan perisian NVivo versi 8.0, bagi mendalami
pola isu, persepsi, serta pengalaman responden kajian secara terperinci. Dapatan utama
penyelidikan ini menunjukkan bahawa pola isu pelajar pintar dan berbakat tempatan lazimnya
berkisar kepada dimensi-dimensi kerjaya, akademik, dan psikososial. Realiti ini mendorong
kepada kecenderungan peserta kajian untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling dalam dimensi-dimensi berkenaan. Dapatan turut menunjukkan indikasi bahawa
persepsi dan pengalaman peserta kajian terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
sekolah umumnya terbina oleh gabungan reaksi positif dan negatif. Perolehan dapatan
keseluruhan penyelidikan menyediakan maklumat komprehensif yang boleh dijadikan asas
kepada penyediaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah yang ‘terbeza’ untuk
populasi pelajar pintar dan berbakat tempatan.

(c) KEBERKESANAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH


MENENGAH DI MALAYSIA
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) di sekolah-sekolah menengah Malaysia telah
diperkenalkan di sekitar 1960an semasa zaman penjajahan lagi. Guru-guru menjalankan
kaunseling dan mereka memberi penekanan pada kaunseling kerjaya sahaja. Kaunselor
sepenuh masa di sekolah dilantik hanya pada tahun 1996. Guru-guru B&K dikecualikan
daripada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Walaupun perkhidmatan ini dijalankan
sepenuh masa di sekolah-sekolah melebihi 20 tahun, media massa melaporkan bahawa
masih terdapat keruntuhan moral yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Ini
menyebabkan wujud suatu keperluan untuk menilai keberkesanan perkhidmatn ini supaya
dapat membantu pelajar memahami diri dan persekitarannya secara positif. Ini merupaka
antara objektif utama perkhidmatan B&K di sekolah-sekolah menengah. Kajian ini dijalankan
berdasarkan Teori Model CIPP Stufflebeam (Context, Input, Product dan Process), 1984.
Seramai 420 guru kaunseling di sekolah-sekolah menengah di 5 zon kebangsaan telah dipilih
sebagai sampel kajian dan 5 orang guru bukan kaunseling ditemu bual untuk mengetahui
keberkesanan perkhidmatan ini di sekolah-sekolah. Hasil temu bual berhubung maklumat
Objektif dengan Falsafah Pendididikan Negara (FPN) di kalangan guru-guru kaunseling dan
bukan kaunseling menunjukkan guru-guru kaunseling menunjukkan keberkesanan tinggi
dalamdimensi konteks ini. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelaksanaan
perkhidmatan B&K dari dimensi input, proses dan produk berada pada tahap tinggi. Hasil
Ujian Manova menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifiken pelaksanaan
perkhidmatan B&K dari dimensi input, proses dan produk antara guru lelaki dan guru
perempuan kaunseling. Ujian Regresi berganda pula menunjukkan terdapat pengaruh yang
signifiken pelaksanaan perkhidmatan B&K dari dimensi input.

(d) PERSEPSI PERLAKSANAAN DAN KEPUASAN KOMUNITI SEKOLAH TERHADAP


PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH MENENGAH,
PERAK, MALAYSIA

Kajian deskriptif tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perlaksanaan dan tahap
kepuasan terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Perak.
Subjek kajian terdiri daripada 570 responden, iaitu 24 pentadbir, 26 guru bimbingan dan
kaunseling, 60 guru biasa dan 460 murid. Kajian ini menggunakan 4 soal selidik yang
setiapnya mengandungi 3 bahagian, iaitu a) demografi responden; b) tahap perlaksanaan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling; dan c) tahap kepuasan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik
inferensi. Statitistik deskriptif terdiri daripada min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus.
Sementara statistik inferensi terdiri daripada ujian t, ANOVA sehala, ujian Post Hoc
Scheffedan ujian korelasi.Perlaksanaanperkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah
ditahap sederhana tinggi mengikut persepsi pentadbir (M=3.56, SP= .78), guru
bimbingan dan kaunseling (M=3.38, SP= .40) dan guru biasa (M=3.09, SP= .63). Manakala,
murid berpendapat tahap perlaksanaan berada pada tahap sederhana rendah (M=2.39, SP=
.89). Namun begitu, tahap kepuasan pula berada pada tahap sederhana tinggi mengikut
kesemua responden. Terdapat perbezaan min yang signifikan terhadap tahap perlaksanaan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling antara persepsi pentadbir, guru bimbingan dan
kaunseling, guru biasa dan murid. Di samping itu juga, terdapat perbezaan min yang signifikan
terhadap tahap perlaksanaan dan tahap kepuasan antara etnik murid. Perbezaan ini
disebabkan oleh min persepsi murid Cina yang rendah. Hasil analisis korelasi Pearson
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif yang signifikan antara tahap
perlaksanaan dan tahap kepuasan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengikut
persepsi pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, dan guru biasa. Manakala. mengikut
persepsi murid, terdapat hubungan yang positif antara tahap perlaksanaan dan tahap
kepuasan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, tetapi rendah, iaitu r= 0.32. Hanya 10%
varian dalam tahap kepuasan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sahaja mempunyai
hubungan dengan tahap perlaksanaan. Berdasarkan maklumat yang terkumpul, beberapa
implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

(E) Students’ Perception And Attitude Towards The Role Of Guidance And Counselling
Services In Teachers Colleges In Kenya

Walaupun ada program bimbingan dan kaunseling di Shanzu Teachers College, pelajar
didapati sukar untuk mencari bantuan. Ini adalah hipotesis disebabkan oleh persepsi dan
sikap mereka terhadap perkhidmatan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi dan sikap
pelajar terhadap peranan bimbingan dan kaunseling di Kolej Latihan Guru Shanzu. Kajian ini
menggunakan reka bentuk penyelidikan ex post facto pada sampel 167 responden. Data
dikumpul menggunakan soal selidik. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar mempunyai
penilaian positif dan penghargaan terhadap peranan bimbingan dan perkhidmatan kaunseling
tetapi permintaan rendah untuk bantuan. Adalah disyorkan bahawa jabatan bimbingan dan
kaunseling mengambil kesempatan terhadap persepsi dan sikap positif pelajar dan bahawa
semua pelatih guru menjalani latihan dalam perkhidmatan membantu.

Anda mungkin juga menyukai

  • Laporan Watikah 2022
    Laporan Watikah 2022
    Dokumen3 halaman
    Laporan Watikah 2022
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Laporan Sambutan Kanak2
    Laporan Sambutan Kanak2
    Dokumen8 halaman
    Laporan Sambutan Kanak2
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Jemputan
    Jemputan
    Dokumen2 halaman
    Jemputan
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Borang Ulasan Websinar 2
    Borang Ulasan Websinar 2
    Dokumen1 halaman
    Borang Ulasan Websinar 2
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Partition Folder SPP
    Partition Folder SPP
    Dokumen24 halaman
    Partition Folder SPP
    Norasidah Mohd Sazali
    Belum ada peringkat
  • Jemputan Aadk
    Jemputan Aadk
    Dokumen2 halaman
    Jemputan Aadk
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Edited Perancangan
    Edited Perancangan
    Dokumen2 halaman
    Edited Perancangan
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Dokumentasi
    Dokumentasi
    Dokumen2 halaman
    Dokumentasi
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Divider 2
    Divider 2
    Dokumen7 halaman
    Divider 2
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Divider 1
    Divider 1
    Dokumen4 halaman
    Divider 1
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Carta Ladap
    Carta Ladap
    Dokumen1 halaman
    Carta Ladap
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Edited Perancangan
    Edited Perancangan
    Dokumen2 halaman
    Edited Perancangan
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Program Katakan Tidak Kepada Buli Gambar
    Program Katakan Tidak Kepada Buli Gambar
    Dokumen2 halaman
    Program Katakan Tidak Kepada Buli Gambar
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Proposal DR Zohri
    Proposal DR Zohri
    Dokumen13 halaman
    Proposal DR Zohri
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Pusat Sumber
    Pusat Sumber
    Dokumen1 halaman
    Pusat Sumber
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Hubungan Etnik
    Hubungan Etnik
    Dokumen7 halaman
    Hubungan Etnik
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Pembentangan
    Pembentangan
    Dokumen10 halaman
    Pembentangan
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • 2pengenalanoriginal 160227152951
    2pengenalanoriginal 160227152951
    Dokumen27 halaman
    2pengenalanoriginal 160227152951
    vimala
    Belum ada peringkat
  • Proposal
    Proposal
    Dokumen1 halaman
    Proposal
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Numbering
    Numbering
    Dokumen8 halaman
    Numbering
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • JK Pesta Buku Ipgm 2019
    JK Pesta Buku Ipgm 2019
    Dokumen14 halaman
    JK Pesta Buku Ipgm 2019
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • LAPORAN PENILAIAN PROGRAM KATAKAN TIDAK KEPADA BULI - Baru
    LAPORAN PENILAIAN PROGRAM KATAKAN TIDAK KEPADA BULI - Baru
    Dokumen9 halaman
    LAPORAN PENILAIAN PROGRAM KATAKAN TIDAK KEPADA BULI - Baru
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Numbering
    Numbering
    Dokumen8 halaman
    Numbering
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Proposal
    Proposal
    Dokumen6 halaman
    Proposal
    KalaivaniMurugayah
    Belum ada peringkat
  • Muka Depan Tugasan 2 (DR Chiang)
    Muka Depan Tugasan 2 (DR Chiang)
    Dokumen2 halaman
    Muka Depan Tugasan 2 (DR Chiang)
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Own Esei
    Own Esei
    Dokumen9 halaman
    Own Esei
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • RUJUKAN
    RUJUKAN
    Dokumen1 halaman
    RUJUKAN
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Powerpoint t3
    Powerpoint t3
    Dokumen23 halaman
    Powerpoint t3
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat
  • Laporan Reflektif HARI PERTAMA (02/07/2018)
    Laporan Reflektif HARI PERTAMA (02/07/2018)
    Dokumen8 halaman
    Laporan Reflektif HARI PERTAMA (02/07/2018)
    AisswaryaSivaSubramaniam
    Belum ada peringkat