Anda di halaman 1dari 8

USUL SUKU AKHIR : APLIKASI LAMAN SOSIAL PENYEBAB UTAMA MURID ANTI SOSIAL

TEKS PERBAHASAN PERDANA MENTERI

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan, perwakilan kerajaan, sahabat baru
pembangkang seterusnya warga dewan seisinya. Assalamualaikum dan salam
sejahtera.
“Menyedari hakikat bahawa perkembangan teknologi semakin bertambah pesat banyak
mendatangkan kesan kepada murid-murid khususnya” Maka saya selaku Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri ini menggagaskan satu usul iaitu “APLIKASI LAMAN
SOSIAL PENYEBAB UTAMA MURID ANTI SOSIAL”. TYD, sebelum memulakan
bicara, izinkan saya untuk mendefinisikan usul perbahasan pada hari ini secara literal
dan konseptualnya.

Pertama, frasa “aplikasi laman sosial”.


Menurut Andreas Kaplen, aplikasi laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung
dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia di alam maya.Contoh aplikasi laman sosial ialah
Instagram,WhatsApp,Twitter,Myspace dan banyak lagi aplikasi laman sosial yang lain.

Sifat aplikasi laman social ialah:

1)sifatnya mudah diakses

2)komunikasi dua hala

Kedua, frasa penilaian pada hari ini iaitu “penyebab utama”.


Secara literalnya,penyebab utama bermaksud sesuatu yang menjadi punca utama
kepada sesuatu perkara itu berlaku. Menurut Pakar Psikiatri Klinikal Hospital Pantai,
Datuk Dr Mat Saad Baki, penyebab utama yang menyebabkan murid bersikap antisosial
adalah disebabkan aplikasi laman sosial yang semakin berleluasa yang mempengaruhi
pemikiran murid².
Hal ini demikian kerana aplikasi laman sosial mempunyai pelbagai kandungan yang
mendedahkan unsur-unsur keganasan kepada mereka yang melayarinya.

Ketiga, frasa “murid”


Menurut Kamus Dewan, murid bermaksud orang yang sedang belajar atau berguru
dalam sesebuah institusi.

Frasa terakhir, ialah antisosial


Menurut Jean Piaget, seorang ahli psikologi barat mendefinisikan bahawa antisosial
adalah sejenis gangguan psikologi mental di mana penderita tidak mempedulikan orang
di selilingnya dan bertindak sesuka hati walaupun perbuatan mereka itu di luar norma
masyarakat.

Seseorang yang antisosial menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab serta kurangnya


penyesalan mengenai kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan. Orang yang bersikap
antisosial secara berulang kali akan melakukan pelanggaran-pelanggaran terhadap hak-
hak orang lain dan sering melanggar norma.

Antara Gejala antisosial ialah :


1)tidak dapat menyesuaikan diri dengan norma masyarakat
2)suka akan perkara² ganas
3) suka melanggar peraturan misalnya vandalisme ,suka membuli dan sebagainya.

Menurut Pakar Perunding Psikiatri dan Pensyarah Kanan di Jabatan Perubatan Psikologi
Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari , penyakit
antisosial ini semakin bertambah dalam kalangan murid khususnya.

Rangkumannya, melalui aplikasi laman social menyebabkan murid iaitu mereka yang
belajar di sekolah bertindak menjadi antisosial di sekolah.
TYD, secara rangkumannya pada hari ini usul ini menuntut kita semua untuk
membahaskan sama ada aplikasi laman social ini adalah penyebab utama kepada murid
menjadi antisosial atau sebaliknya. Maka, sebagai perwakilan pembangkang perkara
inilah yang perlu dipersetujui supaya dapat bertembung kes dengan perwakilah kerajaan.
Selesai definisi konsep.

Maka, kami di perwakilan kerajaan berdiri teguh dengan pendirian bahawa APLIKASI
LAMAN SOSIAL PENYEBAB UTAMA MURID ANTISOSIAL MELIHATKAN KEPADA
SIFAT LAMAN SOSIAL YANG MUDAH DIAKSES DAN MEMPUNYAI KOMUNIKASI
DUA HALA.

Seterusnya, kita bergerak kepada peranan perwakilan kerajaan.


Saya sebagai Perdana Menteri telah menerangkan definisi usul dan akan
membentangkan satu hujah di bawah kata kunci, APLIKASI LAMAN SOSIAL MUDAH
DIAKSES.

Kemudian, duduk saya, bangun Menteri Kedua akan berhujah kepada anda semua di
bawah kata kunci KOMUNIKASI DUA HALA.
Dan seperti biasa, Menteri Ketiga kami akan meranapkan dan membidas hujah
pembangkang.

Baiklah, TYD. Izinkan saya untuk MEMbentangkan HUJAH PERTAMA kerajaan di bawah
kata kunci APLIKASI LAMAN SOSIAL MUDAH DIAKSES.

Menurut Robert Peluso , pakar penganalisis MIcrosoft, mudah diakses ialah kemampuan
untuk mendapatkan manfaat dari sesuatu laman.

Apabila sifatnya yang mudah diakses,maka murid dapat mengakses laman² yang mereka
inginkan. Ini memberi kesan negatif kepada murid tersebut kerana mereka akan
cenderung untuk meniru aksi2 dalam video melalui laman sosial yang mereka layari.
Maka, perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan sesorang murid menjadi
antisosial disebabkan pengaruh aplikasi laman sosial.
Menurut Polis di raja Malaysia(PDRM), kes yang dikendalikan oleh pihak polis pada
tahun 2016,sebanyak 53.56 peratus daripadanya terdiri daripada murid-murid antisosial.
Kebiasaannya,murid² tersebut terlibat dalam kegiatan buli,vandalisme , ponteng sekolah
dan banyak lagi kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang melanggar peraturan
sekolah.

Kesan daripada aplikasi laman sosial ini,murid menjadi antisosial dan menzahirkan
perasaan mereka semasa di sekolah dan bertindak di luar kawalan kerana mereka tidak
memperdulikan orang sekeliling dan hanya bertindak sesuka hati.

Maka,sudah terang lagi bersuluh bahawa SIFAT APLIKASI LAMAN SOSIAL


MUDAH DIAKSES yang pada akhirnya menjadi penyebab utama murid menjadi
antisosial.

Sekian, mohon untuk terus mencadang!


TEKS PERBAHASAN MENTERI KEDUA

Bismillahirrahmanirrahim.

“TYD, saya kira perwakilan pembakang pada hari ini ibarat mengata dulang
paku serpih,mengata orang dia yang lebih sebab saya yakin mereka pun
menggunakan aplikasi laman social dan cuba untuk menidakkan kebenaran
bahawa APLIKASI LAMAN SOSIAL PENYEBAB UTAMA MURID
ANTISOSIAL’

Sebelum itu,terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan, sahabat kerajaan,


pakatan pembangkang, seterusnya warga dewan sekalian.
Assalamualaikum dan salam perbahasan.

TYD, memegang mandat sebagai yang kedua pada hari ini saya tetap berdiri
teguh di belakang sahabat Perdana Menteri menyokong usul perbahasan
iaitu APLIKASI LAMAN SOSIAL PENYEBAB UTAMA MURID ANTISOSIAL
MELIHATKAN KEPADA SIFAT APLIKASI LAMAN SOSIAL YANG MUDAH
DIAKSES DAN KOMUNIKASI DUA HALA.

Baiklah, respons terus kepada definisi pembangkang. Kami di perwakilan


kerajaan tidak bersetuju dengan pembawaan perwakilan pembangkang
kerana tidak meletakkan asas, dan yang menjadi masalahnya apabila
pembangkang tidak pernah bersetuju bahawa APLIKASI LAMAN SOSIAL
PENYEBAB UTAMA MURID ANTISOSIAL. Maksudnya hari ini, jika
perwakilan pembangkang tidak bersetuju dan hendak mengatakan
APLIKASI LAMAN SOSIAL BUKAN PENYEBAB UTAMA, maka apa yang
perlu mereka berikan kepada kita ialah cadangan lain. Namun, tidak pernah
mereka tunjukkan pada hari ini. Selain itu, mereka juga perlu tunjukkan kayu
ukur untuk menilai bagaimana cadngan yang ditunjukkan oleh mereka itu
merupakan penyebab utama murid menjadi antisosial menurut pemahaman
pembangkang.

Seterusnya, saya akan membidas hujah pertama pembangkang iaitu _______________

_______________________________________________________________________

Seterusnya TYD, kita beralih kepada hujah kami di meja kerajaan.


HUJAH KEDUA kami di bawah kata kunci, KOMUNIKASI DUA HALA

Aplikasi laman sosial yang mempunyai interaksi dua hala dalam alam
maya membolehkan murid untuk berkomunikasi secara bebas misalnya di
Wechat ,Facebook dan sebagainya.Tambahan pula ,dalam era teknologi ini
,golongan kanak2 pun sudah mempunyai telefon pintar masing2 dan ramai
rakyat Malaysia suka berkomunikasi menggunakan aplikasi laman sosial.

Berdasarkan laporan Facebook sebelum ini yang menyatakan Malaysia


menduduki senarai kelapan tertinggi dalam penggunaan laman sosial
terbabit.Kebebasan menggunakan aplikasi laman sosial untuk
berkomunikasi akhirnya menyebabkan murid menjadi antisosial kerana
mereka akan berkomunikasi secara bebas sama ada perkara tersebut
adalah negatif atau positif. Ia juga mendorong mereka untuk melakukan
perkara yang melanggar peraturan.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi
Harun menerusi kenyataannya yang dipetik Utusan Malaysia sebelum ini
dengan mengatakan bahawa kemajuan teknologi menyebabkan sebilangan
pelajar sekolah aktif menggunakan medium aplikasi WhatsApp dan WeChat
bagi membeli dadah secara atas talian.
Selain itu, Mohamad Fuzi turut menjelaskan bahawa sejumlah 1,506 kes
jenayah indeks direkodkan melibatkan pelajar sekolah dalam lingkungan
umur tujuh hingga 18 tahun manakala 1,772 tangkapan telah dibuat
sepanjang tahun lalu.
Tambahnya beliau lagi,dalam tempoh yang sama juga, sejumlah 469 kes
tangkapan ke atas pelajar berkaitan jenayah narkotik turut direkodkan di
mana dua tangkapan melibatkan murid sekolah rendah.Ini menunjukkan
bahawa sifat laman sosial yang mempunyai komunikasi dua hala
menyebabkan murid cenderung untuk menjadi antisosial akibat unsur-unsur
negative yang mereka pelajari dalam laman sosial.
TYD, Perwakilan kerajaan pada hari ini telah tunjukkan pada anda
seisi dewan bahawa penyebab utama murid menjadi antisosial adalah
disebabkan oleh aplikasi laman sosial melihatkan kepada sifatnya yang
MUDAH DIAKSES DAN KOMUNIKASI DUA HALA. Kita tidak mahu nasi
menjadi bubur ,barulah ingin bertindak. Maka saya mohon agar seisi dewan
dapat menilai yang manakah kaca dan yang manakah permata serta usul ini
dapat diterima seisi dewan. Mohon untuk terus mencadang.

Anda mungkin juga menyukai