Anda di halaman 1dari 5

SULIT 1103/2

1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
2019
1 jam

SMA AT-TANWIRIAH
PARIT JAWA, MUAR, JOHOR

UJIAN MAC TAHUN 2019

TINGKATAN 5

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Satu jam

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga soalan.

2. Jawab semua soalan.

Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak.

Panitia BM_SMAAT @BM2_1103/2 0


SULIT 1103/2

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah remaja
menyertai persatuan dan langkah-langkah menggalakkan penyertaannya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Golongan remaja sering mendapat perhatian ramai. Banyak kes yang dicetuskan oleh golongan
remaja sehingga mereka dipandang serong akibat perbuatan yang tidak bermoral dan bertentangan dengan
hukum agama. Bagi remaja yang telah menamatkan persekolahan dan masih belum bekerja, mereka
banyak mempunyai masa terluang.

Untuk mengatasi rasa bosan dan mengisi masa terluang, remaja mengambil peluang untuk berkumpul
bersama dengan rakan sebaya. Apabila berkumpul, sikap remaja biasanya menjadi lebih agresif dan
mudah terdorong untuk melakukan perbuatan yang mendatangkan keseronokan tanpa memikirkan baik
dan buruknya. Perkara buruk mudah mendapat perhatian remaja tanpa disedari kerana perkara itu
biasanya lain daripada yang lain. Selain itu, melakukan perbuatan tersebut merupakan kemegahan dan
kepuasan.

Untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan remaja daripada dipengaruhi anasir buruk,
penyertaaan dalam persatuan merupakan jalan yang baik. Dengan menyertai persatuan, remaja dapat
melakukan pelbagai aktiviti yang mendatangkan kebaikan. Ruang masa disalurkan dengan aktiviti
persatuan yang mendedahkan mereka kepada banyak pengalaman dan mendidik jati diri ke arah perkara
yang positif.

Terdapat banyak persatuan yang sesuai disertai oleh golongan remaja. Mereka boleh memilih untuk
menyertai persatuan bergantung pada minat dan kebolehan masing-masing. Terdapat persatuan yang
beroperasi pada peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah dan tunggal. Bentuk persatuan pula
termasuklah bersifat sukarelawan, keagamaan, sukan, dan hobi. Semua persatuan adalah baik untuk
disertai oleh remaja memandangkan matlamat penubuhannya berasaskan pada tujuan yang murni.

Menyertai persatuan memberikan peluang untuk setiap ahli yang mempunyai minat dan kebolehan
yang sama mengembangkan bakat yang dimiliki. Mereka dapat bertukar-tukar pengalaman dan
pengetahuan demi membaiki dan meningkatkan kebolehan masing-masing. Amat penting bagi ahli baharu
untuk menimba pengalaman dengan ahli lama. Ada persatuan melatih ahli tentang kepakaran tertentu
termasuklah pertolongan cemas, kawad, dan pengembaraan hutan, Aktiviti ini merupakan sebahagian
proses pembelajaran dan pengumpulan pengalaman.

Remaja yang menyertai persatuan dapat membentuk hubungan kemanusiaan yang lebih baik, bersatu
padu, saling menghormati, tidak mementingkan diri dan terbentuknya sifat-sifat murni lain. Pergaulan
sesama ahli persatuan akan mendewasakan remaja. Pemikiran mereka lebih terbuka dan dapat menerima
perubahan yang membawa kepada kebaikan. Remaja sendiri dapat menyatakan pendapat dan memberikan
sumbangan bermakna kepada kemajuan persatuan. Keadaan sedemikian menjadikan remaja lebih
memahami kehidupan alam masyarakat yang kompleks.

Persatuan juga memberikan pendedahan kepada remaja tentang kepimpinan. Biasanya, remaja diberi
tugas untuk menjadi ahli jawatankuasa kepada persatuan yang disertai. Jawatan dalam persatuan
merupakan satu penghormatan kepada remaja.

Pendedahan awal pengalaman memimpin persatuan merupakan asas terbaik untuk mendidik dan
membentuk remaja menjadi pemimpin. Lambat-laun remaja akan menggantikan pemimpin yang lama.
Mereka memerlukan pendedahan awal agar dapat mengambil alih tugas berat itu dengan persediaan yang
cukup. Seorang pemimpin bukannya dilahirkan, tetapi terbentuk melalui asuhan dan pengalaman yang
berterusan.

Panitia BM_SMAAT @BM2_1103/2 1


SULIT 1103/2

Pemimpin mempunyai tanggungjawab yang berat dan hanya mereka yang terdidik melalui proses
kepimpinan sahaja mampu melakukannya. Sememangnya, sesiapa sahaja berpotensi untuk menjadi
pemimpin jika bersedia memikul tanggungjawab mencabar, sesuai dengan pengalaman yang telah
dilaluinya sebelum ini.

(Dipetik dan diubah suai daripada


‘Remaja Perlu Menyertai Persatuan’
oleh Lokman Ismail, dalam Dewan Siswa, September 2015)

Soalan 2: Pemahaman
[ 10 markah ]
Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengembangkan bakat.


[2 markah]

(ii) Pengarang telah mengemukakan pendapat tentang keseronokan remaja melakukan perkara yang
buruk.
Nyatakan sebab-sebab remaja berbuat demikian.
[4 markah]

(iii) Masih terdapat golongan remaja yang tidak suka berpersatuan atas beberapa faktor.
Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang menyebabkan golongan remaja tidak
meminati aktiviti berpersatuan.
[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[ 60 markah ]
Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) jualan - penjualan


(ii) tanaman - penanaman
(iii) tandingan - pertandingan
[6 markah]

(b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:

(i) Zoo Negara Malaysia terkenal dengan binatang-binatangnya yang jinak.


(ii) Kereta Honda Civic itu keluaran terbaharu Syarikat Honda.
(iii) Banglo yang tersergam indah itu sudah lama tiada berpenghuni .
(iv) Pameran robotik itu akan diadakan di Arena Square, Teluk Intan.
(v) Beberapa orang peserta perkhemahan dikejarkan ke hospital kerana keracunan makanan.
(vi) Pada bulan yang lalu, kami sekeluarga bercuti di Pulau Sentosa.
[6 markah]

Panitia BM_SMAAT @BM2_1103/2 2


SULIT 1103/2

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan- kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Hidangan buffet itu telah ditarik perhatian pengunjung restoran tersebut.
(ii) Suka neka untuk rakyat akan berada pada setiap hujung minggu di Dataran Merdeka.
(iii) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah bersetuju memberikan sabsidi baja
dan biji benih kepada para petani yang dialami kerugian akibat banjir.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol bila
para pemain gagal memasukkan gol.
(ii) Ladang milik Pak Darus sungguh lapang dan ditanami dengan berbagai jenis buahan.
(iii) Individu yang memiliki akhlak mulia dan berhemat, biasanya akan masyarakat setempat
sanjung tinggi walaupun di mana-mana sahaja dia berada.
[6 markah]

(e) Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.


(i) Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
(ii) Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
(iii) Ilmu pengetahuan dapat dipertingkat melalui pembacaan.
[6 markah]

f) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) berbangga
(ii) membanggakan
(iii) kebanggaan
(iv) pembekal
(v) bekalan
(vi) membekalkan
[6 markah]

(g) Nyatakan pola bagi ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa
Nama (FN +FN), + Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Adjektif (FN + FA) atau
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

(i) Modul latihan dan alat tulis itu untuk murid-murid yang baru mendaftar.
(ii) Beberapa orang jaguh sukan negara melambaikan tangan ke arah orang ramai.
(iii) Masjid Taman Universiti di sebelah balai polis.
(iv) Kain tudungnya kehitam-hitaman kerana terkena minyak enjin.
(v) Ibu Arbaiyah pensyarah di institut pengajian tinggi.
(vi) Gadis itu tinggi lampai.
[ 6 markah ]

Panitia BM_SMAAT @BM2_1103/2 3


SULIT 1103/2

(h) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kecangihan teknologi maklumat dan komunikasi telah membantu golongan cerdik pandai
beroleh pelbagai jenis ilmu pengetahuan terkini.
(ii) Aktiviti senam yang teratur dan pengambilan makanan tambahan seperti mineral, protin
dan vitamin dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan.
(iii) Kejayaan atlit paralimpik negara meraih pingat emas dalam beberapa acara di peringkat
antarabangsa telah keharuman negara di persada dunia.
[6 markah]

(i) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Ramai pendatang dari Eropah gemar berehat ke Pulau Tioman kerana tertambat
dengan keindahan alam semula jadinya.
(ii) Sungai yang terpanjang sekali di Malaysia ialah Sungai Rajang yang duduknya di
negeri Sarawak.
(iii) Suasana pembelajaran yang eksklusif merupakan faktor yang menentukan sama ada
para pelajar berasa seronok semasa belajar manakala sebaliknya.
[6 markah]

(j) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai untuk
menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

(i) Ramesh cuba membaiki komputernya yang rosak itu sendiri walaupun dia tidak
mempunyai sebarang kemahiran. Akhirnya komputer yang dibaikinya itu bertambah
rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
(ii) Zainab hanya bekerja sebagai kerani dan pada masa lapang dia juga mengambil upah
menjahit pakaian. Hasil kerja kerasnya dia dapat membeli sebidang tanah yang
diimpikan selama ini.
(iii) Pengurus itu tidak menyangka bahawa Fazil yang diharapkan untuk memajukan
perniagaannya telah menyebabkan syarikat mengalami kerugian yang besar.

[6 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Panitia BM_SMAAT @BM2_1103/2 4