Anda di halaman 1dari 23

SENARAI KANDUNGAN

No Senarai Kandungan Muka Surat

1. Tugasan 1: Laporan Temubual 2–4

2. Rujukan 5–6

3. Lampiran 1: Transkrip Temubual 7 – 22

4. Softcopy Tugasan 23

1
TUGASAN 1: LAPORAN TEMUBUAL

1.0 Pengenalan
Dalam tugasan kerja kursus Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional
Guru (EDUP3083), saya perlu melaksanakan temubual tentang peranan guru profesional,
isu dan cabaran serta perundangan yang berkaitan dengan kerjaya guru. Saya telah
menemubual 3 orang guru di Sekolah Kebangsaan Batu Lintang (SKBL), Kuching.
Responden A ialah seorang guru Guru Matematik , Responden B penolong kanan ko-
kurikulum dan Responden C ialah seorang Guru Pendidikan Khas. Transkrip temubual telah
saya lampirkan dalam lampiran. Semua responden memberikan kerjasama yang baik semasa
temubual dijalankan.

2.0 Ciri-ciri dan Peranan Guru Profesional


Profesion perguruan boleh dikatakan sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan
pelajaran yang lebih tinggi dan latihan khas, misalnya latihan yang dijalankan dalam Institut
Pendidikan Guru (IPG). Ini bermakna guru sebagai profesional merupakan orang yang
mengamalkan ilmu pengetahuan, kepakaran dan kemahirannya dalam profesion keguruan
(Sofiah Mohamed, Kamarul Azmi Jasmi & Muhammad Azhar Zailaini, 2016). Peranan yang
dimainkan oleh seseorang guru adalah penting terutamanya dalam mencapai aspirasi dan
matlamat sekolah.

Sebagai seorang guru profesional, menurut Responden B, guru perlu sentiasa up to


date dengan kehendak pendidikan sekarang. Hal ini disokong oleh Richardo (2016) iaitu guru
perlu menguasai subjek yang diajar. Untuk itu, seorang guru itu wajarlah sentiasa belajar dan
meningkatkan keupayaan agar dapat menjadi pakar rujuk bukan sahaja kepada murid tetapi
juga kepada rakan sejawatan. Menurut Reasponden B juga, guru perlu tahu dan faham soalan
yang diajukan oleh murid malah sungguhpun guru tidak tahu jawapannya, guru perlu berterus
terang kemudian meminta murid untuk mencari jawapannya sendiri menggunakan sumber
internet misalnya. Peranan guru profesional perlulah sentiasa maklum akan hal-hal terkini
dengan pendidikan terutamanya silibus dan konteks baharu dalam subjek yang diajar (Abdul
Hamid, 2017).

Responden C mengatakan bahawa guru profesional juga perlu memahami


perkembangan murid dan menyayangi mereka di mana peranan beliau sendiri sebagai
seorang guru Pendidikan Khas penuh dengan cabaran dan keseronokan. Menurut K. A.
Razhiyah (2005), apabila berada dalam dunia pendidikan khas, misinya hanya satu:
membimbing mereka. Mendidik murid istimewa adalah satu pengalaman yang sukar dicari
dalam bidang lain. Guru merasa satu kepuasan sekiranya mereka berjaya dalam tugasan
yang diberikan walaupun sekecil-kecil perkembangan.

2
3.0 Etika, Akauntabiliti dan Integriti Guru Serta Cara Menanganinya
Kod etika perguruan Malaysia disediakan dalam bentuk ikrar dan biasanya dipaparkan
di halaman depan buku persediaan mengajar. Dalam Ikrar tersebut terdapat empat tatasusila
yang dijadikan panduan bagi para guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab
terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, dan tanggungjawab
terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan. (Muhammad Faizal A. Ghani et al., 2017).
Responden A ialah seorang guru yang sangat mementingkan pengajan muridnya. Beliau
sangat mematuhi jadual waktu mengajar dan mengajar dengan sebaiknya walaupun murid
yang lemah. Beliau juga mengajar dengan adil tanpa mengira latar belakang. Hal ini disokong
oleh Siti Aisyah Kamaruddin dan Latifah Abdul Majid (2017), guru yang cemerlang mempunyai
aspek yang dapat memberi pengaruh yang baik, tauladan, memberi motivasi, bimbingan serta
adil kepada setiap pelajar tanpa mengira latar belakang.

Menurut Responden A, integriti beliau pernah diuji ketika beliau ditugaskan untuk
memesan sejumlah pakaian seragam Pengakap untuk murid-murid. Kepercayaan yang
diberikan oleh pihak sekolah kepadanya untuk menguruskan sejumlah duit membolehkan
beliau untuk mendapat sejumlah keuntungan daripada pesanan baju seragam tersebut. akan
tetapi, beliau patuh kepada kod etika di mana beliau membuat kertas kerja dan menyatakan
harga sebenar baju itu tanpa mengambil sebarang keuntungan pun untuk kepentingan beliau.
Sifat-sifat dan sikap yang ditunjukkan oleh Responden A ini selaras dengan kod etika
perguruan iaitu mempunyai sikap tanggungjawab terhadap profesion perguruan, terhadap
murid, dan rakan sejawat.

Responden C mengatakan bahawa isu kerjaya sambilan ataupun berniaga dalam


kalangan guru tidak menjadi masalah jika guru itu melakukannya di luar masa bekerja PdPc
seperti pada waktu hujung minggu contohnya. Hal ini kerana, guru harus melaksanakan
tanggungjawab sebagai pendidik di sekolah bukannya berniaga. Jika ada masa lapang pun
guru perlu luangkan dengan menyemak latihan murid dan melakukan kerja-kerja sampingan
sekolah bukannya sebagai alasan untuk guru berniaga. Menurut Richardo (2016), peranan
dan tanggungjawab guru termasuk sebagai kerani seperti melakukan kerja-kerja menaip
kertas-kertas soalan yang disediakan, merekod markah-markah ujian, mengisi keputusan
peperiksaan dalam buku kemajuan, menulis surat kepada ibu bapa dan kerja-kerja kerani
yang lain.

4.0 Peranan Guru Sekolah Rendah


Responden A mengatakan bahawa guru berperanan sebagai pembimbing di mana
beliau berperanan sebagai mentor yang sangat baik dan menjalankan bimbingan dengan
kepercayaan bahawa setiap pelajar berupaya berkembang dan kembali ke arah yang lebih

3
positif. Beliau seringkali menekankan nilai-nilai murni dalam PdPc beliau dalam semua subjek
bukannya Pendidikan Moral sahaja. Beliau juga mengatakan guru harus membimbing dan
mengajar murid-murid tanpa meminta hadiah atau bayaran. Guru hendaklah membimbing
murid-murid yang menghadapi masalah agar mereka dapat membina sifat keyakinan diri dan
menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif.

Responden B pula mengatakan sebagai guru sekolah rendah perlulah banyak


bersabar menghadapi situasi di sekolah. Selain berhadapan dengan murid, guru juga kena
berhadapan dengan karenah ibu bapa. Semasa bertugas di Sabah, beliau nyaris disaman
oleh ibu bapa pelajar atas ketegasan beliau. Namun, atas rundingan dan permintaan maaf
daripada beliau telah dapat selesaikan konflik tersebut. Hal ini disokong oleh Syed Anuar Syed
Muhammad (2018) mengatakan dalam Utusan Online bahawa guru perlu memiliki kesabaran
tinggi dan tidak terlalu menurut emosi ketika mengambil tindakan terhadap murid bermasalah.
Perkara ini jika diolah dengan baik dan matang akan mewujudkan keadaan yang bukan sahaja
harmoni antara guru dengan ibu bapa, malah akan memberikan sumbangan besar dalam
melancarkan tugas dan tanggungjawab guru di sekolah.

Menurut Responden C pula, guru di sekolah adalah role model kepada murid. Nilai-
nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung diterapkan dalam jiwa
murid. Sebagai guru pendidikan khas, pendidikan akhlak sangatlah penting agar murid
mampu memilih dan menentukan perbuatan mana yang baik dan perbuatan mana yang
buruk. Menurut Siti Halimah (2019), guru mempunyai beban tugas untuk membantu membina,
membimbing peserta didik ke arah yang baik dan sesuai aturan dalam kehidupan seharian
murid. Perlunya seorang guru menjadi contoh teladan kerana guru adalah sebagai modeling
sehingga murid terkesan dan memiliki rasa kagum kepada gurunya. Dengan sendirinya murid
akan terbiasa mempraktikkannya dalam kehidupan mereka.

5.0 Penutup
Kesimpulannya, seiring dengan perkembangan negara daripada aspek ekonomi,
sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada pendidik yang
profesional agar dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang dapat
membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nilai murni. Para pendidik
adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru,
abad ke-21.

(951 patah perkataan)

4
6.0 RUJUKAN

Hamid, A. (2017). Guru Profesional. Al-Falah: Jurnal Ilmiah Keislaman dan

Kemasyarakatan, 17(2), 274-285.

Mohamed, S., Jasmi, K. A., & Zailaini, M. A. (2016). Akhlak Guru dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Islam (Teacher’s Good Behaviour in Teaching and

Learning the Islamic Education). Akademika, 86(2).

Richardo (2016, November). PROGRAM GURU PEMBELAJAR: UPAYA

PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU DI ABAD 21. In Prosiding Seminar

Nasional Matematika dan Pendidikan Matematika.

Razhiyah, K. A. (2005). Menjadi guru pendidikan khas. PTS Professional.

Ghani, M. F. A., Adnan, A. K., Hussin, Z., Radzi, N. M., Ahmad, A. M., & Elham, F. (2017).

PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU SEKOLAH

BERPRESTASI TINGGI. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(3), 76-103.

Kamaruddin, S. A., & Majid, L. A. (2017). Peranan Murabbi Terhadap Pembangunan Dan

Pembentukan Akhlak Remaja. AL-TURATH JOURNAL OF AL-QURAN AND AL-

SUNNAH, 2(2), 31-37.

Halimah, S. (2019). UPAYA GURU DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK ANAK DI

RAUDLOTUL ATHFAL BAIPAS ROUDLOTUL JANNAH KOTA

MALANG. Jurnal Dewantara, 1(1), 1-6.

5
Syed Anuar Syed Muhammad. (2018, 5 Jan). Mengharmonikan Pendidikan pada 2018.

Retrieved March 10, 2019, from

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/mengharmonikan-8232-pendidikan-pada

2018-1.584829

6
7.0 Lampiran: Transkrip Temubual

TRANSKRIP TEMU BUAL

Nama Guru : Responden A

Tarikh/ Hari : 01 Mac 2019 / Jumaat

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Gerakan, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang

GP A Selamat pagi cikgu. Hari ini kami nak temu bual cikgu berkaitan dengan
kerja kursus kami. Mula-mula kami nak tanya dulu, apakah perasaan
cikgu berkhidmat di sekolah ini? Sudah berapa tahun cikgu berkhidmat di
sekolah ini?

Responden A Okey, saya berkhidmat di sini bermula dari 2015. Sekarang masuk tahun
keempat saya berkhidmat di sini. Sebagai seorang pendidik saya suka lah
berkhidmat di sekolah ni walaupun kadang-kadang banyak bebanan
tugasan lain-lain.

GP A Okey, kalau cikgu perasan kan, profesion dan profesional adalah sedikit
berbeza. Pada pandangan cikgu, apakah yang cikgu faham tentang
profesion dan profesional? Apa beza profesion dan profesional dalam
konteks keguruan?

Responden A Profesion ialah kerjaya kita sebagai seorang guru, kita mengajar dan
melakukan tugas sebagai seorang guru. Profesional pula maksudnya
cara bagaimana kita melakukan tugas itu sama ada profesional atau tidak.
Contohnya semasa guru mengajar, profesional maksudnya tidak
dipengaruhi persekitaran.

GP B Pada pendapat cikgu, apakah ciri-ciri guru-guru profesional?

Responden A Ciri-ciri guru profesional ialah dia tidak melihat latar belakang murid
sewaktu mengajar dalam kelas. Maksudnya kita mengajar secara adil.

7
GP A Selain itu, bagaimana pula pembawaan sifat profesional seorang guru di
luar bilik darjah, maksudnya semasa cikgu melaksanakan peranan lain di
sekolah?

Responden A Contohnya, sifat profesional terhadap rakan sekerja macam tu kah?

GP A Ya, boleh juga cikgu.

GP B Tambahan pula, dari apa yang kami sedia maklum, cikgu pernah bertugas
sebagai nazir. Jadi, sudah pasti cikgu mempunyai banyak pengalaman
mengenainya.

Responden A Ohh..kalau pasal tu, saya tidak pernah bertugas sebagai nazir. Jangan
salah faham ya. Sebenarnya, saya pernah bertugas sebagai pengawai di
PPD. Pertama dulu sebagai Penolong Pengawai Pengerusi dan yang
kedua sebagai Fasi LINUS. Oleh itu, kalau kamu lihat profesionaliti kedua-
dua tugas ini, kalau sebagai Fasi LINUS, tugas saya adalah melihat
kebolehan guru dalam melaksanakan program di sekolah. Kalau yang
pembangunan, saya cuba untuk membantu dalam membaiki prasarana di
sekolah. Seperti, kebocoran, kekurangan meja-meja. Jadi, saya
sebenarnya bukan pengawai nazir. Dan kalau kita lihat dari segi
profesional, maksudnya, jangan bawa masalah ataupun banyak bercakap
tentang benda yang tidak baik ataupun kita terbawa-bawa sifat yang
negatif dari rumah ke sekolah. Kalau kita profesional, kita fokus dengan
tugas kita, tanggungjawab kita. Contohnya, kalau diberi tanggungjawab
menjadi guru disiplin, sepatutnya menjalankan tugas dengan eloknya.
Jangan jadi nanti tidak menjalankan tugas.

GP A Apakah yang cikgu faham tentang kod etika guru yang mesti dipatuhi di
sekolah dan apakah contoh-contoh perlakuan yang menyalahi kod etika
guru di sekolah?

Responden A Kalau tentang kod etika, antara satu yang saya jelas ialah pakaian dan
penampilan. Sebagai seorang guru sepatutnya memakai pakaian yang
lengkap dan kemas. Contohnya, pakai name tag guru di sekolah. Tapi
kadang-kadang saya sendiri pun terlupa. Yang kedua, ialah penampilan
yang kemas, rambut kemas. Kalau dari segi sikap pula, sepatutnya guru
menunjukkan sikap yang boleh dicontohi di sekolah. Contohnya, cara

8
percakapan, cara kita bertindak, mengawal masalah, cara kita bergaul
sesama rakan, iaitu ada batasannya.

GP A Berdasarkan pengalaman cikgu, apakah contoh perlakuan yang cikgu


pernah tengok melanggar kod etika guru?

Responden A Yang pertama, kadang-kadang kita lihat di bilik guru, ada guru-guru
berkelompok dan biasanya dalam kelompok guru yang berbeza-beza
akan wujud konflik. Yang kedua, guru kerap bercerita tentan masalah
murid sehingga terbawa-bawa ke dalam kelas. Perkara ini sebenarnya
tidak baik.

GP C Apa pandangan cikgu tentang isu guru berniaga di sekolah?

Responden A Kalau ikutkan yang berjual ni memang tidak boleh sebenarnya. Sebab itu
memang bukan tugas hakiki guru. Tapi kalau di luar tanpa menganggu
masa mengajar, itu tak jadi masalah lah. Tapi saya tetap tidak
bersetujulah kalau guru berjual di sekolah.

GP C Selain daripada kod etika tadi, guru juga selalu dikaitkan dengan
akauntabiliti dan integriti. Jadi pada pandangan cikgu, apakah yang
dimaksudkan dengan akauntabiliti dan integriti?

Responden A Di sini saya boleh jawab dua. Kalau cikgu itu berada di pejabat, berurusan
dengan duit, integriti memang perlu ada lah. Tapi sebenarnya kalau kita
lihat kes rasuah, biasanya guru di sekolah jarang ada kes rasuah. Jadi di
situ integriti diuji lah.

GP B Apa lagi contoh lain yang berkait rapat dengan integriti dan akauntabiliti
seorang guru?

Responden A Contohnya, saya sebagai guru Pengakap apabila order baju budak-
budak, saya akan buat dulu kertas kerja untuk dibawa kepada Guru Besar
lah. Ada segelintir cikgu, akan mengeluarkan duit sendiri dulu, kemudian
claim daripada pihak sekolah. Sebenarnya ini tidak boleh kerana di situ
cikgu biasanya mengambil peluang untuk claim lebih daripada jumlah
yang sepatutnya. Memang perkara ini tidak baik lah. Tidak mengikut
prosedur.

9
GP B Okey, tadi kita sudah berbincang mengenai profesion, profesional,
integriti. Sekarang, menurut pendapat cikgu, apakah peranan guru-guru
sekolah rendah?

Responden A Yang pertama, kalau saya la, sebab saya pun mengajar Moral. Memang
saya tekankan nilai-nilai murni, contohnya bertanggungjawab, nilai
percaya kepada Tuhan, nila bekerjasama. Sebab ini tentang agama, jadi
kita harap murid mengamalkan nilai integriti di akhirnya. Begitu juga kalau
kita dengan rakan sekerja, kalau boleh jangan bercakap tentang perkara
yang menjerumus kepada rasuah dan sebagainya.

GP D Kepemimpinan dan memimpin adalah berbeza. Cikgu boleh nyatakan dari


aspek apa dengan contoh yang sesuai?

Responden A Kepemimpinan ini lebih kepada ciri-ciri orang yang boleh memimpin.
Memimpin itu adalah kebolehan orang itu mengalas tanggungjawab
sebagai ketua. Kepemimpinan itu adalah ciri-cirinya, sama ada seseorang
itu layak memimpin atau tidak. Jadi, bukan semua orang boleh memimpin.

GP B Jadi, apa pendapat cikgu mengenai gaya kepemimpinan guru di sekolah?


Yang mana paling sesuai antara demokratik, autokratik dan birokratik?

Responden A Bagi saya, autokratik. Sebagai contoh, kalau di dalam kelas, mesti
autokratik, tidak boleh demokratik. Tapi bukan semua bendalah..kadang-
kadang contohnya, kalau kita nak beri tugas autokratik ini susah jugak.
Kadang-kadang kita perlu juga demokratik sikit dengan budak. Autokratik
ini kita nak kawa disipin budak. Demokratik ini supaya budak rasa dia adil,
semua rasa benda sama. Tugas yang diberi sama. Kalau kita autokratik
pun murid akan rasa macam stress dalam kelas tapi selalunya memang
autokratiklah untuk kawal disiplin.

GP B Pada pendapat cikgulah, apa cabaran pendidikan dalam abad ke – 21 dan


bagaimanakah guru menanganinya?

Responden A Ok. Cabaran pertama adalah sekarang kita tidak boleh menyentuh budak
dari segi hukuman. Contohnya, berdiri pun tak boleh. Kita suruh dia
pegang sesuatu pun tak boleh. Kita nak merotan murid pun tiada kuasa.
Kedua ialah dari segi ibubapa, kalau you silap sikit pun ibu bapa akan

10
jumpa you. Dia akan cari kesalahan. Sekarang ini semua orang akan guna
ICT untuk cari kesalahan. Jadi itu cabaran dia. Kalau you nak mengajar
murid sekarang ini memang jauh beza dari dahululah. Dulu kita boleh
sergah murid, murid akan diam. Sekarang ini susah.

GP A Pernah tak cikgu rasa terbeban dengan bidang tugas seorang guru? Dan
bagaimana cikgu nak menanganinya?

Responden A Saya akuilah pernah lah juga rasa terbeban terutamanya bila kita.... saya
pernah ada kes dulu. Beberapa orang murid di mana saya menegur,
kadang-kadang kita ni manusia jugak, kadang-kadang sampai tangan
jugak. Jadi bila benda ni berlaku, bapa dia datang sekolah, jadi kita rasa
macam stress la. Macam menunggu tindakan seterusnya. Jadi cara saya
menangani saya memohon maaf. Pertama, memohon maaf. Jadi dia pun
rasa.. Inikan, kalau boleh jangan sampai keluar ke media masa. Itu cara
saya menanganilah. Setakat ini, takda yang ini... kita jumpa guru besar,
kita bincang. Baru-baru ini, saya ada kes jugak. Dengan murid kan, kamu
tahulah murid 5B. Sebab tu saya tak masukkan kamu orang. Itulah
cabaran dan cara menanganinya. Minta maaf. Jadi dorang akan
inilah..sekurang-kurangnya perasaan marah itu kita mengakui.

GP A Sebab kita manusia biasa. Jadi itu sajalah temubual kita. Terima kasih
cikgu.

Responden A Sama-sama.

PETUNJUK : GP = Guru Pelatih

11
TRANSCRIPTION

Teacher’s Name : Respondent B

Day/Date : 3rd March 2019 / Thursday

Time : 9.00 pagi

Place : Bilik Gerakan, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang

GP A Good morning.

Respondent B Good morning.

GP A This is part of our assignment. We have to ask some questions related


to the teaching profession.

Respondent B Whatever I know I can share with you. Whatever I dont know, I just keep
lah.

GP B What is the difference between “profession” and “professional”? And


can you give some examples for both terms?

Responden A Profession is the job, working as what, as what I understand lah.


Professional means the way we carry ourselves, what job we are in. If
you are a doctor, you carry the doctor’s “etika” lah. In teaching, you
follow our teaching “etika”. Like make sure you enter the class on time,
your dressing code, and then you identify your students’ weakness, you
should know already who your students are. Cause once you enter the
class, you know your students, who are they, you can teach better.
That’s professional lah. Profession is your job. That’s the difference lah.
Examples, profession, you know lah, working as a teacher. Professional
is the attitude of the person himself. The person does not have
professional attitude, they cannot do their work properly.

GP A I think you have answered the second question.

Respondent B What is that?

12
GP A What is the characteristic of a professional teacher, you have mentioned
that. And then, the next question. What are the roles of a professional
teacher?

Respondent B Number one, we always have to update ourselves. We cannot be like,


you know, just the old methods. Cause now, our students are improving.
And also you know how to control your students. Don’t give them too
many freedom, too much freedom, and also try to answer their
questions when they ask you. Try to answer. If you cannot give, tell
them, ok I’ll get back to you. Never leave them hanging. If you do that,
leave them hanging, then they will feel like, eh why the teacher cannot
answer the question also? That means, if you don’t know, you say don’t
know. I’ll get the answer to you. Don’t try to bluff them out.

GP A So, just now you talked about self-educating, what do you think about it
in, I mean like, nowadays in school, do the teachers actually self-
educate themselves or they just, you know, once they have become a
teacher, then, that’s it, I don’t need to.

Responden B That’s why. Actually, it’s all in people’s attitude. Some people they want
to change, some people they want to stay as what they are. That’s
difficult. But as a professional, you have to change. Keep on changing
ourselves. Then, you adopt to your students. So you must know the
level of your students. Because then, you can compare lah your
students. So that easier for you to teach. Because the teaching method
is when you teach, you make sure that everyone in the class get what
you’re saying on that day. You don’t give halfway. No use. That’s why
some teachers, they go there, they teach, only the best students would
understand, the weak students wouldn’t understand. So you must make
sure that both the groups get what you’re teaching that day.

GP A So the next one is on the teachers’ code of ethics. What is teacher’s


code of ethics? And in your opinion, why is it important to have code of
ethics especially in the teaching profession?

Respondent B Teaching is a very noble job. That’s the first thing you must understand.
So, when someone is noble, you must have good ethics. And good
ethics is you always follow the rules of what is already done there.

13
Number one is, your first thing is your attitude. For what you show, the
students will follow. You cannot tell the students to cut your hair, but the
teacher is having a long hair. So, whatever you want to see your
students, look at yourself first. You look at the mirror. Cause some
teachers, I mean lah, they tell the students this way, enter the class
early, make sure do your work, but the teachers themselves are not
doing it. So, they wouldn’t follow. Then, your dressing code, very
important. Some of them never follow. You see, nowadays, the men
teachers by right, they should wear necktie. They should wear, 100
percent. And then, if you’re already in the professional level of DG41
above, you should wear coat already. But then here in our country, we
cannot lah. And then for the ladies, you should know lah, how their code,
clothings and that. Because nowadays, our students are, they’re open
to Internet and everything, so you must be very careful with our
students. So, why ethics are important, that is to protect ourselves, and
also the students.

GP A Speaking of teachers’ code of ethics, do you have, have you ever


encountered any issue regarding it or do you know some issues about
it in school? What are the issues?

Respondent B Most issue is the teachers always enter class late, never mark the
books, they give a lot of work, but never mark the book. If you never
mark the books, the students would’t understand their mistakes.
Number three, and then, they don’t understand their students’ problems.
Cause some problems, students, whenever they have family
background, you must understand. So, don’t simply scold them when
they cannot do their work. Get names and know. Cause sometimes,
they think all the students are of the same level, same background. It’s
very bad. Means, you must know your students first. Then only you can
really encounter your problem. Some schools if you do over, the parents
will come and disturb you. So you must know your way out lah.

GP A So, you talked about some parents just now. Is there any issues, any
serious issues related to parents coming to the school and how do u
handle those situations?

14
Respondent B I, myself encountered that problem when I was teaching in Sabah. You
know, last time I was very strict, I stepped students. So they came and
wanted to sue me in court also. But then, I went there, I told them my
problem, what the reason was. And then, something that the parents
pampering the children. I always say, pampered students shouldn’t be
in school. I told them to put them in a showcase. If you don’t want your
children to be in this one, you put them in this one. Once they are sent
to the school, you should know that the teacher know what to do lah.
The most issue, the parents don’t want their children to be scolded, to
give more work, and then, they want their children as like in the house.
You must know the difference of school and house, it’s not the same.
And then the role of teacher and the parent is not the same. We are
educating them. So, whatever neccessary, we will do, the parents must
understand also. Don’t overdo lah, the teachers.

GP A And how do you communicate that to the parents?

Respondent B Call them. I’ll call them, I’ll talk to them. I always, like my students, I
know for weak students, I’ll call them. I’ll ask them what their problems
in their house. They will tell the issue lah. I’ll them this one, and we
contrast ourselves, and we come out with win-win situation lah.

GP A And then based on the “Tatasusila Profesion Perguruan”, they are four
teachers’ responsibility, which is the first one towards the students,
towards the parents, towards the society and country and towards the
collegues and teaching profession. How do we make sure that, as
teachers we always hold our reponsibilities towards these four
stakeholders?

Respondent B Means, when you become a teacher, you already know your role
already. So you know that you have to, the eyes of the public is on you.
So, that’s why I say. If you know how to carry yourself as a teacher, then
the parents will know who are you. So whatever you do, your action,
they’ll know aaaa this teacher is doing the, on the right track. If you do
something that you don’t carry yourself as a teacher, they’ll know, that’s
why they get angry and came. So, it’s all the same. Students look at you
as a role model. So they will follow you. So if you teach them properly,

15
they are very happy. They’ll go back and tell their parents. Cause
nowadays, the students, you want to be very careful. They’ll try to, cikgu
ini this one, teacher ini this way. They know. So, automatically their
parents know already. So whatever action you take, they will look at the
teacher, who took the action. So they know. So, if somebody asked that
the teacher is having problem, then they’ll come and see you. But if you
do your part as a teacher, your role, nobody will come and see you.
They’ll understand.

(10.19)

GP A Next is, in your opinion, what are the characterisics of an effective leader
especially in schools?

Respondent B Number one, you should have patience. Even though at times the
students make you angry, you must have patience. Number two, you
make sure whenever you teach something that the students already
understand before you come out, don’t when you come out the students
still hanging around. So when you come out you know that, oh I went
in, I give what the students want then go out, you happy they already
received it. So you must try to find a way that everyone are happy in the
class, they got what you want.. you set your target for the day is. If not
it’s no use. You go there and then.. and then all you must always have
is plan A and plan B. Maybe you have planned this way, enter the class
and then the students are... aaa maybe suddenly do not feeling well or
what, you change your plan. You cannot use the same plan for the A
and then when the students do not prepared yet, you change your plan.
So must always have flexible la..

GP A Aaaa... you get in charge of the cocurriculum in the school.. and


sometimes aaa I bet there are some challenges as being the leader,
especially for your cocurriculum. So what are the challenges you faced
as a leader and how do you overcome it?

Respondent B My most challenging this one aaa the..parents they don’t understand
that the KK they must stay back. So they always take the children out,
giving excuse that the students got, their..their..their children got tuition
and then their other activities. So I call them up, and tell...okay I said

16
this this this this...you must..you know that your students, your.. your
children must be in school for KK, it is aaa compulsory now already. I
explain to them, if they don’t listen then I can’t do anything lah. This is
for your own aaa children’s mark also. The only thing. No other thing.
The rest all okay, only the parents only. They don’t want the children to
stay longer. The only problem I encounter here.

GP A Okay, the last question. What are the challenges of the 21st century
learning? And how do we as teachers overcome these challenges?

Respondent That’s why I say, you must be good with gadgets. And that is what one
of the one I’m very weak at. Until now also I’m not very good. So you
have to improvise lah. Find a way that is almost with the..the..the what
gadget can do lah. So we can be what I always call myself, inspector
gadget. So I’m a gadget teacher. So I’m not good in computer but I find
ways to.. to makesure they understand. So, I used this theories, for this
one, how to find , then tell them, okay go back, uuhmm give them
website or I get help from my FK la, Encik Haras to help me out, to set
a few things lah. Because, if you ask me, aaa there’s a problem myself.
You ask me to teach, I can teach very well. Aaa but when it comes to
gadget, still not hundred percent yet lah. Because the challenging ya
lah I have to change myself also lah, to be more important using the
gadgets.

GP A Okay that’s all for the questions.

Respondent Once you all enter the teaching you will know. You will face the same
thing. But don’t be scared lah, always take it a challenge. You must
know your students. Don’t care about other people. You know your own
students. People from pejabat lah, all they can give you any comment.
You tell them, I know my own students. And makesure that you produce
your result. Not marks aaa, result you know. I mean, some said A is no
good. They understand, they comprehend what you know. I mean the
concept. You’re teaching like, tenses. Our students know all the tenses
this this..but do they know that for singular you use S and then no S for
plural. Ada students they don’t know lah. So makesure that you teach
the concept more better than getting As. For me A student is not clever.
A person who totally know what tenses are and when, how to use.

17
That’s why I always tell my students. You fail also nevermind. As long
as you comprehend what is the meaning of the tenses, all that lah,
grammar parts. Hopefully you all do that the next time. You are English
option kan? And at times you have to break the rules also lah. You have
to use BM some. Even though they said cannot, but to be safe side.
Because some words you cannot, too difficult to explain, so just break
the rule a bit. Don’t be too rigid lah. Okay ah? Okay.

GP A Thanks for your time.

PETUNJUK : GP = Guru Pelatih

18
TRANSKRIP TEMU BUAL

Nama Guru : Responden C

Tarikh/ Hari : 11 Mac 2019 / Isnin

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang

GP A Selamat pagi cikgu. Hari ini kami nak temu bual cikgu berkaitan dengan
kerja kursus kami. Mula-mula kami nak tanya dulu, boleh cikgu ceritakan
sedikit tentang latar belakang cikgu?

Responden C Selamat pagi, saya adalah seorang guru pendidikan khas di SK Batu
Lintang.

GP A Okey, kalau cikgu perasan kan, profesion dan profesional adalah sedikit
berbeza. Pada pandangan cikgu, apakah yang cikgu faham tentang
profesion dan profesional? Apa beza profesion dan profesional dalam
konteks keguruan?

Responden C Profesion guru sekarang nampak sangat membebankan cikgu sekarang


kerana ICT. Perubahan demi perubahan guru perlu ikut perubahan. Guru
perlu ikut apa-apa sahaja kementerian suruh. Profesional ni jika
dibandingkan dengan pekerjaan lain, guru belum sampai ke tahap
profesional. Contohnya jika kita bawa murid keluar, sangat berisiko
kerana kita tiada kemudahan yang sepatutnya.

GP A Pada pendapat cikgu, apakah ciri-ciri guru-guru profesional?

Responden C Guru itu mestilah jadi role model kepada semua terutamanya murid. Guru
juga mesti ikhlas dalam mengajar murid terutamanya untuk murid
mendapat kecermelangan daripada segi akademik, kokurikulum dan
overall. Kalau saya, perubahan tingkah laku itu sudah dianggap bagus.
Guru itu mesti komited dengan kerjanya.

19
GP A Apakah yang cikgu faham tentang kod etika, akauntabiliti dan integriti guru
yang mesti dipatuhi di sekolah dan apakah contoh-contoh perlakuan yang
menyalahi kod etika guru di sekolah?

Responden C Etika ni sesuatu yang kita mesti ikut. Etika ni macam peraturan. Seorang
guru mesti mematuhi etika yang telah ditetapkan. Akauntabiliti pula
berkaitan dengan tanggungjawab. Contohnya, saya telah diberikan tugas
dengan ketiadaan dana. Guru mesti laksanakan tugas itu dengan
sebaiknya walaupun tiada dana diberikan. Jadi, di situlah akauntabiliti
wujud. Integriti pula dalam diri sendiri. Sikap guru perlu diubah. Tiga
benda ini iaitu etika, akauntabiliti dan integriti bergandingan atau kena
ada supaya cikgu jd role model kepada murid.

GP A Berdasarkan pengalaman cikgu, apakah contoh perlakuan yang cikgu


pernah tengok melanggar kod etika guru?

Responden C Di sekolah ini, contoh etika yang pernah berlaku adalah dari segi pakaian
guru atau penampilan. Rambut seorang guru itu berwarna dan saya telah
tegur beberapa kali tentang penampilannya.

GP A Apa pandangan cikgu tentang isu guru berniaga di sekolah?

Responden C Bagi saya, pekerjaan sambilan guru itu tidak ada masalah jika dilakukan
selain pada masa bekerja atau PdPc berlangsung. Contohnya ada guru
mempunyai pekerjaan lain semasa hujung minggu, itu tidak melanggar
etika kerana tidak menganggu tugas hakiki guru. Ada juga guru bekerja
part time sebagai designer untuk buat poster pada waktu malam.

GP A Okey, tadi kita sudah berbincang mengenai profesion, profesional,


integriti. Sekarang, menurut pendapat cikgu, apakah peranan guru-guru
sekolah rendah?

Responden C Peranan guru sekolah rendah adalah sama dengan tingkat bawah sebuah
bangunan. Kalau kukuh asasnya, maka akan kukuhlah tingkat
seterusnya. Murid kena tahu membaca dahulu dari sekolah rendah. Kalau
murid tidak pandai membaca semasa sekolah rendah, maka akan
mendatangkan masalah kepada murid ketika sekolah menengah. Tugas
kita ni umpama melentur buluh biarlah dari rebungnya.

20
GP A Kepemimpinan dan memimpin adalah berbeza. Cikgu boleh nyatakan dari
aspek apa dengan contoh yang sesuai?

Responden C OK, bermula daripada pentadbir kemudian kepada guru dan warga
sekolah. Pentadbir arahkan guru buat program contohnya sambutan
perayaan dan sambutan Hari Guru. Guru perlu memimpin untuk
memastikan program berjalan dengan lancar. Di situlah nampak
kepemimpinan guru.

GP A Jadi, apa pendapat cikgu mengenai gaya kepemimpinan guru di sekolah?


Yang mana paling sesuai antara demokratik, autokratik dan birokratik?

Responden C Bagi saya, ketiga-tiga gaya ini perlu bergandingan. Setiap gaya
kepemimpinan ini perlu kembali semula kepada etika guru. Demokratik,
autokratik dan birokratik kena balance dan ikut kesesuaian. Nak jadi
pemimpin ini perlu give and take kerana setiap guru ada juga idea mereka
yang tersendiri. Sebagai pemimpin kena dengar juga pandangan
daripada orang bawahan kerana pemimpin itu tidak semestinya betul.
Kena dengar juga kritikan, cadangan dan suara guru biasa. Jadi, sebab
itulah saya punya pendapat, ketiga-tiga gaya kepemimpinan perlu ada di
sekolah. Pentadbir perlu faham cikgu, cikgu akan faham pentadbir.

GP A Pada pendapat cikgulah, apa cabaran pendidikan dalam abad ke – 21 dan


bagaimanakah guru menanganinya?

Responden C Beban ni sentiasa ada sebagai seorang guru. Tapi sebagai guru kita kena
minimize. Kewangan adalah masalah utama di sekolah ini. Contohnya
kalau nak buat program, dengan sumber dana yang sedikit sangat
menyukarkan kelancaran program. Hal ini kerana, PIBG yang sangat
lambat dan tidak aktif dalam meminta bantuan kepada NGO. Kalau dari
segi ICT, semua benda kena online sekarang. Walaupun sudah
dinaiktaraf, tetapi masih slow. Saya kena buat kerja di rumah guna line
sendiri.

GP A Apakah harapan cikgu terhadap pendidikan pada masa akan datang?

Responden C Harapan saya adalah semoga pendidikan kita seiring dengan negara luar
daripada segi teknologilah terutamanya. Semoga pendidikan lebih

21
fleksibel dan tidak membebankan pelajar dengan benda-benda yang tidak
relevan. Saya juga berharap supaya bahan-bahan, kelengkapan murid di
sekolah serba serbi lengkap supaya akademik kita setaraf dengan negara
luar. Jangan pula setiap sekolah diberikan kemudahan 1 sahaja lengkap
tetapi tidak cukup untuk kegunaan semua murid. Semua murid mesti
mempunyai kemudahan yang sama, jangan seorang sahaja.

PETUNJUK : GP = Guru Pelatih

22
8.0 Softcopy Tugasan

23

Anda mungkin juga menyukai