Anda di halaman 1dari 5

IBADAH TONGGAK KECEMERLANGAN UMMAH

Bismillahirrahmanirrahim…
Sekalung apresiasi dan terima kasih kepada pengerusi
majlis.Kombinasi para hakim yang bijaksana dalam
meneggakkan keadilan.Penjaga masa yang setia dengan jam
randiknya.Seterusnya, para guru dan hadirin yang dikasihi Allah
sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam Negaraku Malaysia saya
ucapkan.
Bersilat lidah demi mencari yang hak.Demi meninggalkan yang
bathil,menghanyutkan yang lara dan menegakkan panji
perjuangan serta menerbitkan keinsafan.
Ibadah Tonggak Kecemerlangan Ummah.Itulah mauduk
syarahan saya pada hari ini.Namun,sebelum kata demi kata
disusun,sebelum isi demi isi saya lontarkan,sukalah saya untuk
memberikan sedikit sebanyak tentang definisinya.
Menurut kamus dewan edisi ke-4,ibadah boleh ditakrifkan
sebagai perbuatan dan amalan yang dilakukan sebagai bakti
kepada Tuhan seperti solat, berdoa, bersedekah atau berbuat
baik sesama insan.Menurut kamus dewan edisi ke-2 ,tonggak
pula membawa maksud asas atau dasar sesuatu kepercayaan
dan pegangan.Kecemerlangan adalah hal atau keadaan yang
cemerlang atau kegemilangan.Ummah pula boleh didefinisikan
sebagai sekalian manusia.Jadi,ini menunjukkan bahawa ibadah
mampu menjadi pemangkin utama untuk melahirkan kejayaan
ummah.
Hadirin yang dimuliakan,
Wacana fikrah saya yang pertama,Ibadah mampu melahirkan
ummah bersemangat jihad yang tinggi.Umat Islam harus
berjihad denagn semangat jiwa dan raga untuk
mempertahankan agama,bangsa dan negara.Sepertimana
Firman Allah dalam surah Al-Haj ayat 78:

ِۚ‫يَِّللاِ َح هقِج َهاده‬


‫َو َجاهِدُواِف ه‬
Mafhumnya:”Dan berjihadlah kamu dengan sebenar-benar
jihad”
Contohnya,hal ini berlaku kepada panglima Khalid al-Walid
apabila tiada seinci pun daripada badannya tidak berparut
akibat peperangan.
Sepertimana juga perkara yang sama berlaku kepada umat
Islam di Palestin yang mempunyai semangat jihad yang tinggi
supaya terus hidup demi agama yang tercinta.
Oleh itu,melalui ibadah dapat melahirkan sifat jihad dalam diri
seseorang muslim yang dapat mencurahkan tenaga dan
kekuatan bagi menentang kejahatan dan membuang kebatilan
bermula daripada membuang kejahatan dalam diri dengan
menolak godaan-godaan syaitan.Keadaan ini sekali gus
melahirkan ummah yang cemerlang.
Hadirin yang dimuliakan,
Wacana fikrah saya yang kedua adalah ibadah mampu
melahirkan ummah yang berakhlak mulia.Apabila akhlak mulia
mula diterapkan dalam diri seorang individu,pasti akan timbul
dalam sanubarinya perasaan takut untuk menderhaka kepada
Allah.Sepertimana Imam Bukhari ada meriwayatkan,Rasulullah
s.a.w bersabda:
َ ِ‫إنه َماِبُعثْتُ ِألُت َ ِّم َم‬
‫صال َحِاْأل َ ْخالَق‬
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak
yang mulia”
Sejarah telah membuktikan bahawa hasil didikan Rasulullah
yang telah menyebabkan Saidina Umar r.a yang garang dan
bengis sebelum menganut Islam,bertukar menjadi seorang
insan yang bermoral tinggi dan berakhlak mulia.
Peristiwa adik Nadhirah binti Abdullah dibunuh dan dibakar
denagn kejam menunjukkan sifat jahil dan rosaknya akhlak diri
pembunuh itu.Kejadian sebegini yang sering berlaku pada
zaman sekarang amat membimbangkan semua pihak.
Akhlak mulia ialah sifat perlu dihidupkan dalam diri muslim
seperti takwa,ikhlas,benar,amanah,adil dan syukur.Seseorang
muslim juga mesti meninggalkan sifat tercela seperti
munafik,syirik,khianat,hasad dengki,melakukan perkara keji dan
mungkar.

Hadirin yang dimuliakan,


Wacana fikrah saya yang ketiga,Ibadah mampu melahirkan
semangat cinta akan ilmu.
Ilmu boleh membawa seseorang ke arah kebahagiaan di dunia
dan diakhirat.Riwayat Ibn Majah,Rasulullah s.a.w. bersabda:
ْ ‫علَىِ ُك ِّلِ ُم‬
ٍِ‫سلم‬ َ ‫ِالع ْلمِفَري‬
َ ٌِ‫ضة‬ ْ ‫ب‬ َ
ُ َ‫طل‬
“Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”
Saidina Umar r.a perintahkan anak-anak supaya dibekalkan
dengan ilmu pengetahuan kerana mereka akan hidup pada
zaman bukan pada zaman ibu bapa mereka.
Melalui ilmu,kita dapat melahirkan ibadah yang
berkualiti.Seseorang pelajar misalnya perlu bersuluhkan
kekhusyukan,keikhlasan dan ibadah yang dilakukan sejajar
dengan syarat-syarat sahnya.Lihatlah betapa indahnya agama
Islam ini.
Kita boleh lihat bahawa kerajaan Malaysia menyediakan
peruntukan besar dalam belanjawan setiap tahun dalam bidang
pendidikan.

Indahnya muslim sejati bersulamkan ibadah,indahnya ibadah


dihayati dengan kualitinya.Begitulah kiasan mauduk yang dapat
digambarkan akan ibadah ini.
Lihatlah,bagaimana nabi yang kita sayang,yang kita cintai,iaitu
Nabi Muhammad s.a.w. yang hebat sahsiahnya,tinggi budi
pekertinya dan amat disanjung tinggi kerana baginda
merupakan muslim sejati kerana ibadahnya benar-benar
berkualiti.
Justeru,ibadah itu sendiri apabila dihayati
setepatnya,berperanan aktif membentuk diri berakhlak
mulia.Seterusnya,melahirkan ummah cemerlang.
Akhir kalam,jagalah Allah,nescaya Allah akan
menjagamu.Lakukanlah suruhannya dan tinggalkan
larangannya.Bertawakkallah agar ibadah yang dilakukan
berkualiti supaya menjadi muslim sejati.Jelaslah di dini bahawa
ibadah tonggak kecemerlangan ummah.
Sebelum saya mengundur diri,sudilah hadirin mendengar
serangkap pantun daripada saya.
Kalaulah ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Insya Allah kita berjumpa lagi.

Wabillahitaufikwalhidayawassalamualaikum wbt..

Anda mungkin juga menyukai