Anda di halaman 1dari 11

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/251296800

PSIKOLOGI PENDIDIKAN: REALITIPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Article

CITATIONS READS

0 1,797

1 author:

Zahari Ishak
University of Malaya
18 PUBLICATIONS   51 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

MyBFF@school intervention programme View project

All content following this page was uploaded by Zahari Ishak on 22 December 2013.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 27

PSIKOLOGI PENDIDIKAN: REALITIPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Zahari Ishak
Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya

The article discusses the importance of educational psychology in the real-


ity of the teaching and learning process. Educators ought to deepen their
understanding of educational psychology in order to make teaching more
interesting and to influence the students to develop intellectually, emotion-
ally,-and spiritualty as-well as to motivate them. The essential point is to
assist educators in realizing that educational psychology has experienced a
major shift: as theorists moved away from viewing learning as acquisition of
specific, observable behaviors toward seeing it as an internal, mental, and
often thoughtful process. Educators also may use the INSTASC principles as
a guideline to enhance themselves professionally.

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bematlamatkan untuk meningkatkan


pengetahuan pelajar bergantung pada pengetahuan profesional pendidik yang berlaku
dalam pelbagai bentuk (Putnam, Heaton, Prawat, & Remillard, 1992). Pengalaman
pendidik menjadi keutamaan dalam pembelajaran untuk mengajar tetapi tidak mencukupi
kerana pengalaman pendidik akan menyebabkan berlakunya ulangan yang berterusan
terhadap tingkah laku dan aksi ketika mengajar di samping peraturan yang dikekalkan
tanpa menghiraukan keberkesanan pengajaran. Justeru, pengetahuan pelajar dan gaya
pembelajaran pelajar yang dieantumkan bersama-sama dengan pengalaman mereka boleh
menjadikan seorang pendidik pakar dalam pengajaran (Cochran & Jones, 1998). Dalam
hal ini psikologi pendidikan menjadi sandaran kepada para pendidik untuk memastikan
keberkesanan P&P yang sekali gus menjadikan P&P sesuatu yang bermakna dan berupaya
untuk menarik perhatian pelajar untuk mendapatkan ilmu.
Abad pertengahan ke-20 menyaksikan perubahan yang besar dalam psikologi
pendidikan apabila pakar-pakar psikologi pendidikan beralih daripada melihat sesuatu
pembelajaran itu hanya dari segi pemerolehan yang spesifik, iaitu pemerhatian tingkah
laku ke arah melihat pembelajaran sebagai satu proses dalaman, proses mental dan proses
pemikiran (Mayer, 1998). Perubahan pradigma ini lazimnya dikenali sebagai satu revolusi
kognitif yang menekankan pada pengetahuan dan pemikiran pendidik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ketika mengajar.
Beberapa persoalan utama yang timbul dalam bidang psikologi pendidikan
termasuklah kemampuan individu untuk belajar; bagaimana perkembangan intelektual,
emosi, dan sosial berlaku; apakah yang menjadikan individu itu unik; mengapa individu
atau sekumpulan individu bermotivasi kesan daripada pengalaman yang dialami; dan,
kenapa tidak adanya motivasi untuk berubah. Justeru, perkara pokok yang dibincangkan
28 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

menjurus kepada faktor-faktor yang mempengaruhinya sehingga berlakunya perubahan


tingkah laku, Sekiranya pendidik masih kekal dengan konsep pegangan tradisional yang
perlu melihat perubahan tingkah laku pelajar secara nyata dan diukur maka konsep
perubahan pradigma ini tidak akan berjaya. Ini hanya akan melahirkan generasi yang bijak
atas kertas dan bukannya bijak secara menyeluruh yang memerlukan satu perkembangan
yang bersifat holistik sebagaimana yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Pengetahuan dan Belajar untuk Mengajar

Kajian lepas mendapati betapa peri pentingnya kepakaran dalam sesuatu bidang dan
pengetahuan terperinci dalam memperkembang kepakaran persembahan individu
terutama dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang sebenar. Contohnya, kenyataan
Borko dan Putnam (1996) menunjukkan perkara ini:

The accumulation of richly structured and accessible bodies of knowledge


allows individuals to engage in expert thinking and action. In studies of
teaching, this understanding of expertise has led researchers to devote
increased attention to teachers' knowledge and organization, (ms. 674)

Dalam menentukan keberkesanan P&P terdapat empat tunjang yang mencorak


seseorang pendidik. Empat tunjang tersebut dapat dilihat berdasarkan kerangka model
berikut:

Keberkesanan Pengajaran dan


Pembelajaran
F

Pengetahuan Pengetahuan Pengetahuan Umum Pengetahuan Pelajar


Kandungan Kandungan Pedagogi dan Pembelajaran
Pedagogi

Rajah 1. Kerangka model keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Berikutnya empat tunjang yang ditunjukkan dalam Rajah 1 akan dibincangkan satu
persatu.

Pengetahuan Kandungan

Pendidik tidak berupaya mengajar sekiranya tidak tahu apa yang hendak diajar. Kenyataan
ini berkaitan dengan keyakinan diri, dan banyak kajian yang telah dijalankan mengenai
perkaitan antara apa yang pendidik tahu dan bagaimana pendidik mengajar (Shulman,
1986; Wilson, Shulman, & Richert, 1987). Misalnya, pendidik bidang Sains tidak akan
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 29

mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk mengajar Sains sekiranya tiada pengetahuan
kandungan yang mendalam mengenai bidang Sains serta tidak biasa dengan peraturan
makmal dan penggunaan peralatan makmal. Pendedahan mengenai kandungan yang
hendak diajar serta penggunaan makmal sewajarnya menjadi tunjang P&P bagi pendidik
bidang Sains dan ini tidak dapat dilakukan secara maya dalam usaha memberi kepakaran
yang menjurus pada pengetahuan mengenai kandungan. Begitu juga halnya dengan mata
pelajaran lain yang memerlukan pemahaman yang tinggi dalam usaha menjadikan P&P
lebih berjaya dan berkesan, Sekiranya pengetahuan asas mengenai kandungan terhadap
satu-satu bidang tidak dapat dikuasai, ini akan memberi impak yang mendalam pada
P&P.

Pengetahuan Kandungan Pedagogi

Shulman (1986) mentakrifkan pengetahuan—feandungan pedagogi sebagai-sesuatu


pemahaman tentang bagaimana hendak menjadikan mata pelajaran khusus boleh
difahami oleh pelajar. Pengetahuan kandungan yang berkaitan dengan proses pemahaman
mengenai sesuatu topik (misalnya pengetahuan kandungan mengenai Akta Pendidikan
1996), manakala pengetahuan kandungan pedagogi merupakan suatu keupayaan untuk
mewakilkan sesuatu topik yang dikuasai kepada pelajar agar ilmu yang disampaikan
menjadi makna dan literasi dalam kehidupan pelajar. Dalam hal ini, pengetahuan mendalam
mengenai Akta Pendidikan 1996 tidak mendatangkan apa-apa makna sekiranya pendidik
gagal menjadikan topik tersebut sebagai satu ilmu baru kepada pelajar yang sejajar dengan
persekitaran yang dialami.
Kajian lepas juga mendapati bahawa pendidik yang mempunyai pengetahuan
kandungan yang tinggi kadang-kadang mengalami masalah untuk menyampaikan ilmunya
kepada pelajar-pelajar baru (Nathan, Koedinger, & Alibali, 2001). Ini kerana pemahaman
yang mendalam serta memiliki pengetahuan yang tinggi akan menyukarkan pendidik
merasai kekurangan tahap pemikiran yang dialami oleh pelajarnya. Perkara asas yang
penting di sini ialah kebolehan untuk menyeimbangkan kedua-duanya dalam proses P&P
serta menjadikan sesuatu topik itu difahami oleh kedua-dua belah pihak. Pendidik yang
berketerampilan dalam pengetahuan kandungan pedagogi akan cuba mengenai pasti topik
yang sukar dan akan menyampaikan kepada pelajar dengan pengalaman yang konkrit dan
akan membawa makna yang sebenar dalam dunia pelajar. Ini penting bagi menjamin pelajar
memahami konsep yang sukar tetapi dipermudah oleh pendidik dengan cara yang berkesan
iaitu konsep abstrak ke konkrit berdasarkan persekitaran yang dimiliki bersama.
Penyampaian topik secara konkrit, misalnya dalam konsep darab pecahan,
sangat penting agar pelajar dapat menguasai idea abstrak secara bermakna serta dapat
mengaplikasikannya sehari-harian dalam dunia yang sebenar melalui pelbagai cara.
Bransford, Brown, dan Cocking (2000) menjelaskan bahawa sangat penting bagi pendidik
memiliki pengetahuan pedagogi yang mendalam kerana pelajar kebanyakannya selesa
dengan konsep yang berkaitan dengan mekanikal tetapi sukar atau tidak gemar dengan
perkataan yang bermasalah. Justeru, konsep menggunakan contoh-contoh berdasarkan
persekitaran yang ada amat penting dalam menyampaikan fakta abstrak. Misalnya,
pendidik sekolah rendah menggunakan kepingan coklat untuk menyampaikan konsep
pecahan atau guru sains memasukkan kapas ke dalam cawan minuman untuk menjelaskan
30 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

konsep ketumpatan. Contoh-contoh yang bersifat mekanikal dan praktikal menjadikan


pelajar memahami dengan lebih jelas dan menyeronokkan P&P. Seterusnya pendekatan
demonstrasi juga penting dalam konsep pendidikan kerana pendekatan ini akan membawa
keseronokan dalam P&P. Misalnya pendidik mendemonstrasikan kelajuan dengan
berat jisim dalam menentukan jarak sesuatu objek. Pendidik yang tidak peka terhadap
pengetahuan kandungan pedagogi akan merasakan pendekatan demonstrasi itu sebagai
satu bebanan kerana kesukaran dalam menyampaikan sesuatu.
Pendekatan kajian kes turut membantu pendidik dalam proses P&P. Siegel (2002)
menggariskan kepentingan bagaimana guru berfikir mengenainy a dan perkaitanny a dengan
pengajaran dan bagaimana pelajar belajar. Pendekatan kajian kes akan membabitkan
sesuatu yang dirasai bersama-sama antara pendidik dengan pelajar dalam membahaskan
sesuatu dapatan atau kandungan sesuatu mata pelajaran. Misalnya, bagi mata pelajaran
bahasa Inggeris, dalam konsep pemahaman istilah konflik dalaman guru boleh menjadikan
pengajaran berasaskan kajian kes. Sebagai contohnya:

Azfar tidak tahu membuat keputusan sama ada untuk menyertai lawatan
sambil belajar ke Kuala Lumpur kerana pada masa yang sama terpaksa
menduduki peperiksaan kelayakan biasiswa yang bakal membolehkannya
ke sekolah berasrama penuh.

Dalam hal ini, pelajar akan cuba menjadikan kes ini sebagai sesuatu yang bermakna
dan pendidik akan mengaitkan serta membuat kesimpulan mengenai konsep konflik
dalaman dalam pengajaran bahasa Inggeris.
Satu lagi cara yang sering digunakan ketika P&P ialah konsep pendekatan metafora.
Pendekatan metafora akan meletakkan pelajar dan pendidik bersama-sama dalam satu
aktiviti pada keadaan sebenar dengan mengambil kira perisitiwa lampau. Sebagai
contohnya seorang pendidik yang mengajar Sejarah kepada pelajarnya boleh
menggunakan konsep sayang akan sekolah dan kemudian dalam sesi P&P akan terus
menjurus pada konsep nasionalisme atau rasa kebangkitan kesedaran ke arah
pemerintahan sendiri dalam bentuk kajian kes. Proses ini dapat diteruskan pada aktiviti
yang bersifat kokurikulum seperti membersihkan kawasan sekolah, aktiviti bersukan,
aktiviti berpakaian seragam dan sebagainya. Penerangan atau konsep metafora sayang
akan negara boleh dijelmakan dalam aktiviti sedemikian dalam P&P secara formal, tidak
formal dan nonformal. Wentzel (1991) berpendapat bahawa mempromosi tanggungjawab
sosial dalam pembelajaran yang dijadikan sebagai matlamat utama akan meningkatkan
motivasi dan pencapaian pelajar.
Seterusnya penggunaan model ketika mengajar sangat membantu dalam
P&P. Pendidik Sains akan menggunakan model atom dalam membantu pelajarnya
membayangkan konsep nukleus dan elektron. Penggunaan model akan membolehkan
pelajar menyimpan sesuatu dengan lebih lama terutama apabila berlakunya proses
mekanikal dalam mewujudkan model dan segala aktiviti yang dilakukan akan tersimpan
dengan baik dalam ingatan jangka panjang. Fujimora (2001) mengatakan bahawa
pembelajaran berasaskan model dapat mewujudkan nilai pengalaman konkrit yang akan
membantu pelajar dalam pembentukan imej mental terhadap idea abstrak yang akan
menjurus kepada perkembangan pemikiran ke depan. Hal yang sama berlaku apabila
pelajar dapat mengaitkan konsep abstrak dengan model yang dilihat serta pengalaman
bersama-sama dalam proses P&P.
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 31

P&P berkonsepkan simulasi juga boleh digunakan bagi menarik perhatian pelajar
dan akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sesuatu konsep. Misalnya,
pendidik yang mengajar Ketatanegaraan boleh menggunakan perdebatan ala parlimen
di dalam kelas bagi menerangkan proses demokrasi yang berlaku dalam negara. Begitu
juga sekiranya pendidik yang mengajar Sejarah boleh melakukan aktiviti simulasi ke arah
kemerdekaan dengan mewujudkan satu kajian kes bagi topik yang dipilih dan menjalankan
simulasi. Ini akan membolehkan pelajar memahami perit getir dalam memperjuangkan
kemerdekaan.
Satu kajian oleh National Center for Research on Teacher Learning (1993) mendapati
bahawa mitos utama yang berlaku dalam sesi pengajaran ialah kepakaran dalam sesuatu
bidang merupakan perkara yang penting untuk keberkesanan pengajaran. Ini kerana
bersandarkan pada kajian tersebut kebanyakan pendidik yang memiliki kandungan yang
tinggi atau pakar dalam bidang Matematik tidak semestinya boleh mencipta contoh-contoh
yang berkesan serta bersifat Hterasi ketika P&P berbanding guru-guru-yang bukan bidang
atau pakar dalam bidang Matematik dalam usaha untuk menerangkan konsep Matematik
kepada pelajar. Begitu juga halnya dengan pendidik bidang Sejarah yang tinggi kandungan
Sejarah sehingga menjadi pakar Sejarah belum pasti dapat mengaitkan konsep kajian kes
dalam P&P kerana aktiviti yang dicadangkan seperti penggunaan metafora, pembinaan
model, dan simulasi memerlukan pemahaman yang mendalam mengenai pengetahuan
kandungan pedagogi. Kemampuan untuk melakukannya memerlukan kemahiran
menguasai isi kandungan yang baik dan pengetahuan kandungan pedagogi yang baik.
Justeru, pengetahuan yang baik dalam Psikologi Pendidikan membolehkan pendidik
menguasai bidang tersebut dan dapat menjadikan P&P lebih bermakna dan menarik.

Pengetahuan Umum Pedagogi

Pengetahuan kandungan dan pengetahuan kandungan pedagogi sangat spesifik iaitu


bergantung pada pengetahuan kandungan dalam sesuatu bidang misalnya sejarah dan
matematik serta kebolehan untuk mengaitkan dengan konsep pedagogi ketika P&P,
sedangkan Pengetahuan Umum Pedagogi pula merujuk pada pemahaman konsep mengenai
prinsip-prinsip am, kawalan kelas, yang melewati topik individu atau kepakaran tentang
sesuatu mata pelajaran (Borko & Putnam, 1996).

Pengetahuan Pelajar dan Pembelajaran

Menurut Borko dan Putnam (1996) pengetahuan pelajar dan pembelajaran merupakan
asas dan menjadi pengetahuan penting yang perlu dimiliki oleh pendidik. Pengetahuan
pelajar dan pembelajaran pelajar boleh mempengaruhi P&P pendidik. Umumnya semua
pelajar memerlukan contoh-contoh konkrit dan maujud dalam usaha untuk memahami
sesuatu yang bersifat abstrak dan sekiranya pendidik dapat menjadikan topik yang
bersifat abstrak itu konkrit serta maujud maka P&P akan menjadi lebih bermakna kepada
pengetahuan pelajar.
Begitu juga pengetahuan pelajar dalam tahap perkembangan kognitif individu.
Perkembangan kognitif individu yang berterusan serta berada pada tahap-tahap
tertentu sangat penting dan perlu dikuasai oleh pendidik ketika P&P. Ini penting kerana
32 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

pendidik akan berupaya merancang P&P dan akan membantu pengajaran sejajar dengan
perkembangan kognitif pelajar dengan member! pelbagai contoh yang konkrit supaya
pengajaran menjadi lebih bermakna kepada pelajar. Pelajar biasanya bukan seorang hakim
yang baik dalam menilai pengajaran guru.
Perbezaan individu dalam semua aspek perkembangan juga mempengaruhi
pengetahuan pelajar dan pembelajaran pelajar. Pendidik perlu peka dalam aspek ini kerana
bukan semua pelajar memiliki perkembangan kognitif yang sama dalam proses pemahaman
ketika menerima ilmu. Kebijaksanaan pendidik melihat perbezaan pelajar sebagai satu aset
akan memudahkan proses P&P dalam usaha untuk mengajar sesuatu topik. Begitu juga
pelajar harus dibimbing ke arah pengetahuan yang bersifat metakognitif kerana ini sangat
penting dalam pengetahuan pelajar sebab pelajar mampu berfikir dalam konsep metakognitif
sekiranya mendapat bimbingan yang sewajarnya daripada pendidik. Konsep pengetahuan
pelajar dan pembelajaran pelajar menjadi tunjang pemahaman P&P pendidik.

Kawalan Kelas

Pendidik harus tahu juga bagaimana hendak mencipta persekitaran kelas yang tertumpu
pada pembelajaran (Emmer & Evertson, 2003). Ini penting kerana kebolehan untuk
mengawal kelas yang rata-ratanya seramai 30 - 45 orang pelajar dengan pelbagai aktiviti
memerlukan kemahiran yang sangat tinggi. Pendidik tidak seharusnya hanya mengajar
dengan cara bersyarah kerana ini akan menjadikan P&P sehala; sebaliknya pendidik harus
bijak meraneang, melaksanakan pelbagai aktiviti P&P, mengawal peraturan yang telah
digariskan serta membentuk kumpulan dan mengawal serta menjana perubahan tingkah
laku yang positif.
Persekitaran kelas mestilah direka bentuk untuk mencegah berbanding dengan konsep
mematikan atau menghalang sesuatu tingkah laku. Ini kerana proses mencegah tingkah laku
negatif ketika P&P lebih bermakna berbanding dengan persekitaran kelas yang bersifat
menghalang atau mematikan tingkah laku negatif. Seperkara lagi, sesuatu yang sukar bagi
pendidik ialah untuk mengekalkan fokus pembelajaran pelajar sekiranya pendidik mengambil
langkah tunggu sehingga tingkah laku negatif itu terjadi dan baru ingin menghalangnya.
Kawalan kelas dengan konsep mewujudkan persekitaran mencegah boleh memastikan P&P
berkesan dengan pelbagai aktiviti yang bukan berkonsepkan pengajaran sehala.

Strategi Pengajaran

Pengetahuan pendidik mengenai kandungan mata pelajaran sememangnya menjadi


asas kebolehan untuk P&P. Pendidik bidang bahasa Inggeris yang berketrampilan
perlu mempunyai kandungan dan kemahiran bahasa yang tinggi di samping pendidik
seharusnya perlu mengetahui dan memahami bagaimana harus mengaplikasikan ketika
P&P dengan pelbagai cara dalam usaha mempromosikan pengajaran temasuk teknik dan
strategi yang membabitkan aktiviti pelajar, menyemak pemahaman pelajar dalam usaha
untuk memastikan setiap topik yang diajar berjalan dengan sempurna. Pendidik bidang
bahasa Inggeris bukan sekadar mengajar bahasa tetapi boleh menggunakan konsep
strategi pengajaran dengan membabitkan persoalan lain yang dikemukakan kepada
pelajar. Misalnya ketika mengajar tatabahasa, konsep lain yang berkaitan perlu diarah
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 33

kepada pelajar seperti konsep nilai demokrasi dalam negara dan sebagainya. Dengan kata
lain, kebolehan pendidik untuk memberikan ilmu tatabahasa sahaja tidak memadai dalam
perkembangan pengetahuan pelajar kerana kemahiran pengetahuan umum pedagogi perlu
digunakan ketika P&P.

Pengetahuan Pembelajaran Pelajar

Bransford (1993) mengatakan bahawa individu tidak bertingkah laku seperti pita rakaman,
iaitu individu tidak akan menyimpan dalam ingatan apa yang mereka baca atau dengar
tetapi mereka akan membuat interpretasi maklumat dalam usaha menjadikan maklumat
itu bermakna, Dalam proses ini makna boleh diherotberotkan atau kadang-kadang sangat
mendalam maknanya. Berikut antara kenyataan yang sering dilakukan oleh pelajar.

Fasa bulan yang kelihatan dilangit yang bermula dari anak bulan ke bulan
penuh adalah disebabkan oleh tutupan awan.

Baju tebal membuatkan kita panas dengan menjana haba seperti api.

Segi tiga yang mempunyai sudut 135 darjah dikenali sebagai segi tiga
lucah.

Lazimnya pelajar tidak mendapat konsep atau idea sebegini daripada penerangan
pendidik tetapi memperolehnya dengan cara menginterpretasikan apa yang didengar,
pengalaman atau membaca sesuatu yang telah mereka ketahui dan akan cuba memberi
makna kedua-duanya. Contoh-contoh kenyataan yang dibuat menunjukkan bahawa
kebijaksanaan tidak dapat diberitahu (Bransford, 1993) dan ini bermakna walaupun
pendidik menerangkan sesuatu isu atau konsep itu sehingga letih adakalanya ianya
tidak dapat difahami oleh pelajar. Ini kerana keberkesanan pengajaran sebenarnya
lebih kompleks berbanding dengan penerangan pendidik ketika mengajar. Pendidik
yang pakar sewajarnya memahami proses pembelajaran yang berlaku dan mereka akan
mempromosikan untuk kebaikan pelajar.
Pengalaman akan menjadi aset penting dalam pembelajaran untuk mengajar dan
tiada siapa yang membahasnya lagi. Walaupun begitu, pendidik tidak memperoleh
kesemua ilmu yang diperolehi secara pengalaman sahaja untuk menjadi pakar dan
berkesan. Justeru, pentingnya Psikologi Pendidikan dijadikan ilmu yang berterusan
dan terkini kerana gabungan pengalaman pendidik dan ilmu psikologi pendidikan akan
menghasilkan guru pakar yang berketerampilan.

Piawai INTASC: Ke arah Keperluan Pengetahuan Profesional


Di Amerika Syarikat dalam usaha mengiktiraf profesion pengetahuan perguman dalam
pengajaran satu badan diwujudkan hasil daripada gabungan beberapa negeri yang dikenali
sebagai INTASC (Interstate New Teacher Assessment and Support Consortium). Matlamat
penubuhannya adalah untuk meningkatkan profesionalisme bagi pendidik-pendidik yang
34 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

baru menceburi dunia pendidikan. INTASC telah menggariskan peraturan yang baku
dalam setiap bidang pengetahuan pendidik. Jadual 1 memaparkan 10 prinsip INTASC.

Jadual 1 Prinsip
INTASC
Prinsip Penerangan

Pengetahuan tentang mata pelajaran


Pendidik mengamalkan dan memahami konsep asas atau utama,
wahana penyiasatan, dan struktur-struktur displin.
Pembelajaran dan perkembangan
Pendidik mengamalkan dan memahami bagaimana kanak-kanak
manusia belajar dan perkembangannya serta boleh menyediakan peluang
pembelajaran yang membantu perkembangan intelek, sosial, dan
personaliti.
Pengubahsuaian pengajaran Pendidik mengamalkan dan memahami bagaimana pelajar
berbeza-beza dalam pendekatan pengajaran dan seterusnya
mengubahsuaikan arahan dalam pendidikan yang bersifat
diversiti.
Strategi Pendidik mengamalkan dan memahami dan menggunakan
pelbagai strategi untuk menggalakkan perkembangan pelajar dari
segi pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan kemahiran-
keraahiran tertentu.
Pengurusan dan motivasi
Pendidik mengamalkan dan memahami motivasi dan tingkah laku
individu dan dalam kumpulan untuk mencetuskan persekitaran
pembelajaran dan menggalakkan interaksi sosial positif,
penglibatan aktif ketika pengajaran dan motivasi individu.
Pendidik menggunakan pengetahuan komunikasi lisan yang
Kemahiran komunikasi
berkesan, komunikasi bukan lisan, dan teknik komunikasi media
untuk mempercepat penyiasatan aktif, kolaborasi, dan interaksi
sokongan di dalam kelas.
Pendidik merancang pengajaran berdasarkan pada pengetahuan
Perancangan
mengenai subjek tertentu, pelajar, komuniti, dan matlamat
kurikulum.
Pendidik memahami dan menggunakan strategi penilaian formal,
Penilaian
tidak formal dan nonformal untuk menilai dan memastikan
perkembangan pelajar yang berterusan dari sudut intelek, sosial
dan fizikal.
Komitmen Pendidik sebagai seorang pengamal yang bermuhasabah diri
akan terus menilai keberkesanan mengenai komitmen, atau
pemilihan kerjaya dari sudut orang lain (pelajar, para waris, atau
badan profesional lain) yang aktif dan mahu melihat pendidikan
hidup sebagai satu tugas profesional,
Rakan perkongsian Pendidik menjalinkan perhubungan yang baik dengan pihak
sekolah, rakan setugas, ibu bapa, agensi-agensi luar dalam
komuniti yang lebih besar untuk menyokong pembelajaran
pelajar dan pembentukan sahsiah. ________________________
Sumber: Principles from Model Standards for Beginning Teacher Licensing and Development: A Resource for States Dialogues,
by Interstate New Teacher Assessment and Support Consortium (1993) dalam Eggen dan Kauchak (2004), ms. 12.
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 35

Kesimpulan

Keperluan pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pendidik hari ini untuk menjadi pakar
sangat penting kerana perkara ini membabitkan, Siapa yang belajar untuk belajar?
Persoalan ini perlu dilihat kerana bukan sekadar pelajar memperoleh ilmu itu daripada
pendidik tetapi pendidik hams juga belajar untuk mengubah dirinya agar sentiasa
berketerampilan dalam pengalaman dan ilmu-ilmu terkini tanpa menafikan kepentingan
pengetahuan kandungan bidang. Kesemua ini dalam proses menjadikan pendidik yang
profesional dan ianya perlu ditangani oleh pendidik kerana perubahan besar dalam P&P
tidak sekadar diukur secara tingkah laku tetapi yang turut berdasarkan proses kognitif
yang berlaku ketika P&P. Ini akan lebih bermakna kerana pendidik akan turut melihat
perkembangan pendidik itu sendiri di samping perkembangan yang berlaku pada pelajar.

Rujukan

Borko,H.,&Putnam,R. (1996).Learning to teach.Dlm.D.Berliner &R.Calfee(Sid.Ed.),


Handbook of educational psychology (ms. 673-708). New York: Macmillan.
Bransford, J. (1993). Who ya gonna call? Thoughts about teaching problem solving.
Dim. P. Hallinger, K. A. Leithwood, & J. Murphy, Cognitive perspectives on
educational leadership (ms. 2-30). New York: Teachers College Press.
Bransford, J., Brown, A., & Cocking, R. (Sid. Ed.). (2000). How people learn: Brain
mind, experience, and school. Washington DC: National Academies Press.
Cochran, K., & Jones, L. (1998). The subject matter knowledge of preservice science
teachers. Dim. B. Fraser & K Tobin (Sid. Ed.), International handbook of science
education: Part II (ms. 707-718). Dordrecht, The Netherlands: Kluwer. Eggen,
P., & Kauchak, D. (2004). Educational psychology: Windows on classrooms.
Upper Saddle River, NJ: Pearson.
Emmer, E., & Evertson, C. (2003). Classroom management for secondary teachers (6th
ed.). Boston: Allyn & Bacon.
Fujimora, N. (2001). Facilitating children's proportional reasoning processes and effects
of intervention on strategy change. Journal of Educational Psychology, 93(3),
589-603. Mayer, R. (1998). Cognitive theory for education: What teachers
need to know. Dim.
N. Lambert & B. McCombs (Sid. Ed.), How students learn: Reforming schools
through learner-centered instruction (ms. 353-378). Upper Saddle River, NJ:
Prentice Hall.
Nathan, M., Koedinger, K., & Alibali, M. (2001). Expert blind spot: When content
knowledge eclipses pedagogical content knowledge. Dim. L. Chen et al. (Sid.
Ed.), Proceedings of the Third International Conference on Cognitive Science
(ms. 644-648). Beijing, China: USTC Press.
National Center for Research on Teacher Learning (1993). Findings on learning to teach.
East Lansing: Michigan State University.
Putnam, R., Heaton, R., Prawat, R., & Remillard, J. (1992). Teaching Mathematics for
understanding: Discussing case studies of four fifth-grade teachers. Elementary
SchoolJournal, 93, 213-228.
36 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Siegel, M. (2002, April). Models of teacher learning: A study of case analyses bypreservice
teachers. Paper presented at the annual meeting of the American Educational
Research Association, New Orleans, LA.
Shulman, L. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational
Researcher, 15(2), 4-14.
Wentzel, K. (1991). Relations between social compentence and academic achievement in
early adolescence. Child Development, 62, 1066-1078.
Wilson, S. M., Shulman, L. S., & Richert, A. E. (1987). 150 different ways of knowing:
Representations of knowledge in teaching. Dim. J. Calderhead (Ed.), Exploring
teachers' thinking (ms. 104-124). London: Cassell.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai