Anda di halaman 1dari 1

Adikku Istimewa

Nama adikku Irfan. Dirinya yang periang sentiasa menggembirakan kami


sekeluarga. Adikku bukanlah kanak-kanak yang sempurna. Dia menghadapi masalah
pembelajaran kerana mempunyai disleksia. Adikku agak sukar untuk mengenal
lambang-lambang yang berbentuk huruf namun kelemahan itu tidak sedikit pun
mengurangkan kasih sayang kami kepadanya.

Irfan mempunyai bakat yang sangat istimewa. Imaginasi dan kreativitinya sangat
tinggi. Tangannya yang lembut itu dengan mudah dapatmenghasilkan lukisan yang
cantik. Hasil kerjanya sering kali dijadikan perhiasan dinding di rumah kami. Pernah juga
karyanya dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan melukis di sekolahnya.Apabila
melihat bakat istimewa Irfan" ibu dan ayah telah memberi sokongan yang tidak
berbelah bahagi kepada Irfan. Bagi kedua ibubapaku, anugerah yang dikurniakan oleh
tuhan buat Irfan tidak boleh dipersia-sia. Irfan telah dihantar ke kelas melukis untuk
menambahkan kemahiran sedia ada Irfan.

Kini Irfan sudah berusia lapan belas tahun. Dalam usianya yang muda, Irfan
berjaya mempunyai galeri lukisannya sendiri. Kejayaannya ini adalah hasil usaha Irfan
yang tidak mengenal erti putus asa. Bak kata pepatah"sehari selembar benang" lama-
lama menjadi kain. Kami sekeluarga sangat bangga dengan kejayaan yang dikecapi
oleh Irfan.Kami turut bersyukur dan gembira dengan atas anugerah-Nya kepada adik
yang kami sayang.