Anda di halaman 1dari 20

Idea Kreatif Barang Terbuang

Kreativiti kitar semula kali ini memperlihatkan idea kreatif penggunaan


barang terbuang yang di kitar semula menjadi satu barangan lain
yang berbeza rupa dan fungsi. Ianya dapat membantu pengurangan
bahan buangan dan mengurangan pembaziran penggunaan sumber
semulajadi.

Idea kreatif yang boleh anda cuba sebagai sumbangan anda


dalam memelihara alam sekitar. Idea kreatif yang dapat membuka minda
atau pun memberi ilham dalam menggunakan barang terbuang kepada
sesuatu yang lebih berguna.

Lampu ekslusif ini bernilai tinggi walaupun ianya di buat dari bahan
terbuang. Ianya memberi contoh terbaik bahawa idea kreatif kitar
semula sesuatu barang terbuang mampu menambah nilai dan berharga.
GELUNG- GELUNG TISU

Gelung-gelung tisu atau apa sahaja gelung kertas yang sudah kehabisan
isinya, sudah pasti akan dibuang begitu sahaja, tetapi jika diguna
semula dengan kreatif, ianya mampu menjadi barangan berlainan fungsi
yang berguna dan menawan.
BOTOL –BOTOL PLASTIK

Melalui idea kreatif ini, barang terbuang seperti botol-botol plastik boleh di
guna semula untuk dijadikan sebagai pasu untuk tanaman herba anda atau
boleh juga di jadikan bekas serbaguna. Bentuk botol-botol ini yang
mempunyai pemegang menjadikan ianya mudah untuk digantung. Idea
kitar semula yang sungguh menarik dan mudah untuk anda lakukan.
KAYU-KAYU
TERBUANG(PALLET)

Ini adalah beberapa contoh kegunaan pallet terbuang yang di jadikan


perabot untuk kegunaan didalam mahupun luar rumah. Idea kreatif yang
bukan sahaja menarik untuk dipandang, malah selesa untuk di gunakan.
Yang lebih penting...kosnya murah dan menjimatkan.

TIN-TIN KOSONG

Tin-tin kosong ini pula dijadikan bekas serbaguna yang sungguh menarik
dan pelbagai kegunaan. Cara-cara membuatnya juga mudah. Idea kreatif
barang terbuang yang boleh dijadikan salah satu aktiviti anak-anak anda
di waktu terluang semasa cuti sekolah ini.

KOTAK-KOTAK

Ini pula idea kreatif barang terbuang dengan kaedah kitar semula kotak-
kotak untuk di jadikan tempat simpanan yang berguna dan menarik. Tiada
pembaziran dan bermanfaat pula untuk anda.
LAMPU HIASAN

Lihatlah bagaimana kotak terbuang di olah menjadi lampu gantung hiasan


yang sangat cantik dan menarik.
PNGGAN KERTAS
Pinggan kertas ataupun polisterin di jadikan beg comel untuk si kecil anda.
Jangan kata anak anda, anda sendiri pun pasti terpikat!

TAYAR TERBUANG

Tayar terbuang seringkali dijadikan tempat tanaman pokok bunga.


Apa kata kali ini anda jadikan ianya sebuah kolam mini...Menarik bukan!
BOTOL-BOTOL KACA

Botol-botol kaca yang pelbagai warna, saiz dan rupa menggantikan


batu bata simen dinding pagar di rumah anda. Gunakan kreativiti anda
untuk menyusunnya. Pasti ianya memberi keunikan dan menjadi hasil seni
yang sungguh menarik dan eksklusif!

SUDU PLASTIK DAN KOTAK

Hasil seni hiasan dinding yang sangat indah dan memukau pandangan
dengan hanya menggunakan kotak dan sudu plastik terpakai.
Dengan bermodalkan kurang dari RM10...kini menjadi hiasan yang
mungkin bernilai puluhan RM nilainya.
BOTOL PLASTIK
Satu idea kreatif untuk bungkusan cup cake yang menarik!
Sungguh mudah membuatnya, sesuai untuk ole-ole tetamu anda.

Botol plastik yang kelihatan biasa di olah menjadi pasu bunga yang
sungguh menarik. Pasti berebut untuk memilikinya.
PENYANGKUT BAJU

Ini di kira kitar semula ke? Ya...sekarang ni penyangkut baju dawai


tidak lagi sesuai di gunakan untuk menyangkut baju, janganlah di buang
pula.
Ubah ia menjadi penggantung koleksi kasut anda yang bersepah tu...Kan
nampak kemas
GELUNG TAPE

Hiasan dinding yang menarik dan menawan dihasilkan dari gelung tape
dan bekas tabung kertas seperti bekas shuttle badminton. Setelah
tergantung indah di dinding... Pasti ada yang berkenan, xpercaya?
Cubalah...
Lihatlah betapa menarik dan comelnya bekas hiasan ini. Jika
tidak di belek dengan teliti, pasti tiada siapa yang tahu ianya
dihasilkan dari botol plastik terbuang.
GELAS PLASTIK

Hanya sekali minum...pasti ianya dibuang. Itulah nasib cawan


kertas. Pakai dan buang, sungguh membazir! Apa kata anda
gunakan semula ia untuk di jadikan bunga hiasan yang unik dan
tampak eksklusif sekali.
Hah... Kau ada!?
KAYU TERBUANG
Bekas tempat letak pen dan pensil yang sangat menarik. Hasil kreatif
dari kayu terbuang. Jika letak di meja pejabat anda...pasti ramai yg
berkenan.

Anda mungkin juga menyukai