Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2017

1. Pengenalan

Unit PISMP Semester 4, 2017 dengan sokongan Unit Kokurikulum Sukan Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA), Kuala Lipis telah
menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2017 pada 1 Mac 2017 bersamaan
dengan hari rabu di Padang kampusnya. Kejohanan Olahraga Tahunan ini adalah
sebahagian daripada kerja kursus kami iaitu Kursus yang bertajuk Olahraga (MPU
3071) yang meminta kami untuk mengelolakan satu kejohanan olahraga pada peringkat
kampusnya. Kursus ini berada dibawah Unit Kokurikulum Sukan, maka pensyarah-
pensyarah yang berkaitan amat bertungkus lumus dalam membantu kami untuk
membuat persediaan KOT ini sama ada sebelum, semasa mahupun selapas kejohanan
ini.

2. Matlamat Kejohanan Olahraga Tahunan

Kejohanan Olahraga Tahunan ini mempunyai matlamat yang tersurat dan tersirat dalam
usaha memberi pendedahan serta melatih guru pelatih PISMP Semester 4 untuk
menimba seberapa banyak mungkin ilmu pengetahuan mengenai prosedur untuk
merancang, mengurus dan mengelolakan kejohanan dengan baik serta memahami
peraturan–peraturan pertandingan dalam olahraga bagi memperlengkapkan diri dengan
pengelolaan kejohanan olahraga kelak. Beberapa objektif KOT ini diadakan adalah
seperti yang berikut :

a. Untuk menguasai kemahiran dan mampu mengendalikan acara-acara


olahraga serta mempelajari asas-asas mengelola kejohanan olahraga.
b. Mengaplikasikan prinsip-prinsip latihan yang saintifik dan bersistematik.
c. Untuk melahirkan seorang guru yang seimbang dari segi jasmani,emosi,
rohani dan intelek.

1
3. Laporan Sebelum Kejohanan

Kami telah diberi tempoh masa selama dua bulan bagi membuat persiapan yang
lengkap dari segi persiapan tempat, alatan, pengagihan tugas bagi setiap Ahli
Jawatankuasa dan sebagainya. Sebagai tanda awal persiapan bagi mengelola KOT ini,
pensyarah telah memberi taklimat yang sewajarnya mengenai kejohanan Olahraga
Tahunan 2017 dan turut membuat pemilihan Ahli Jawatankuasa tertinggi. Sehubungan
dengan itu, kesemua guru pelatih diamanahkan untuk menjalankan pelbagai tugasan
sepanjang tempoh persiapan. Saya telah dilantik dibawah ahli jawatankuasa peralatan
yang diketuai oleh Aryandi B. Tok dari Unit Pemulihan II.

Setelah Ahli Jawatankuasa dipilih, kami telah mengadakan mesyuarat kali ke


pertama bersama pengerusi dan AJK atasan bagi membincangkan bayaran yuran dan
juga pengagihan tugas dalam bentuk jadual. Kesemua guru pelatih diarahkan untuk
menjalankan tugas masing-masing seperti yang dinyatakan dalam jadual bertugas.
Setiap petang berjam 5, semua guru pelatih menjalankan tugas masing-masing dalam
mempersiapkan tempat kejohanan ini iaitu padang kampusnya. Kami telah dipecah
dalam beberapa kumpulan kecil supaya setiap guru pelatih mempunyai sebarang tugas
untuk dibuat. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan bagi mengukur jarak, mengukur
lebar trek, memasang tali, membuat garisan dan sebagainya. Setiap guru pelatih
berganding bahu antara satu sama lain dalam menjayakan persiapan tempat kejohanan
ini. Pada masa yang sama, kami juga dipantau oleh setiap pensyarah yang terlibat
khusunya semasa kami membuat garisan 400meter padang. Mereka memberi tunjuk
ajar bagi memudahkan proses persiapan padang kejohanan ini.

Selain daripada itu, kami sebagai ajk peralatan telah menyediakan alatan-alatan
yang perlu digunakan dalam membuat persiapkan padang. Aryandi B. Tok, sebagai
ketua AJK alatan telah bekerjasama dengan ahli bawahannya untuk mencari alatan-
alatan yang perlu digunakan sebelum, semasa dan selepas kejohanan ini. Antara
alatannya, payung-payung besar, roller, minyak hitam, spray, tali, paku, tukul, bendera,
speading block dan sebagainya. Kami juga telah membincangkan tentang borang
peralatan yang akan digunakan untuk mendapatkan alatan-alatan yang perlu diguna.

2
Selepas itu, kami mengeluarkan borang untuk membuat pinjaman terhadap alatan yang
diperlukan.

4. Laporan Semasa Kejohanan

Setelah siap proses persiapan padang, maka tibalah masa untuk kami membuat
saringan antara guru pelatih bagi setiap acara yang dipertandingan. Semua AJK
Peralatan telah diwajibkan untuk menyediakan alatan-alatan yang perlu diguna sebelum
saringan dimulakan. Memandangkan AJK Peralatan kekurangan tenaga lelaki untuk
mengangkat barang-barang dari stor ke padang AJK Peralatan mendapatkan bantuan
dan kerjasama dari AJK lain seperti AJK Teknikal dan AJK Persiapan Tempat. Hal ini
kerana, kebanyakkan guru pelatih semester 4 telah melibatkan diri sebagai pegawai
pertandingan. Proses persediaan alatan ini bermula dengan penyemakan peralatan
untuk kali terakhir sebelum di angkat ke padang. Apabila peralatan sudah mencukupi,
AJK Peralatan bersama-sama dengan AJK Teknikal dan AJK Persiapan Tempat
mengangkat peralatan-peralatan tersebut ke padang. Kesemua peralatan sudah berada
di padang dan proses pemasangan peralatan telah dijalankan sebelum pertandingan
dimulakan. Tugas utama AJK Peralatan adalah memastikan semua alatan yang
disediakan mencukupi dan boleh digunapakai dengan baik supaya memudahkan
kelancaran acara pertandingan.

Selepas selesainya saringan bagi guru pelatih, AJK Peralatan yang bertugas
bertanggungjawab untuk mengemas peralatan-peralatan tersebut dan menyemak
kesemua peralatan untuk memastikan semua peralatan tersebut berada dalam
keadaan yang baik sebelum dikembalikan ke stor. Proses pengemasan peralatan
berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Secara keseluruhannya, kami berjaya
menjalankan tugas dengan baik dan lancar.

Manakala, pada hari Kejohanan Olahraga Tahunan diadakan Kesemua


peralatan seperti meja, payung dan kerusi-kerusi telah disemak untuk memastikan
peralatan mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik sebelum diangkat ke
padang. AJK Keselamatan dan AJK Persiapan Tempat bersama-sama membantu kami
untuk mengangkat peralatan-peralatan tersebut. Pada jam 6.45 pagi, proses

3
pemasangan peralatan dimulakan. AJK Peralatan bersama-sama dengan guru pelatih
yang lain berkerjasama dalam proses pemasangan peralatan ini. Tugas utama AJK
Peralatan adalah sama seperti pada hari saringan iaitu memastikan semua alatan
mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik semasa digunakan agar kelancaran
kesemua pertandingan tidak terganggu. Kami juga memastikan peralatan berada dalam
keadaan yang baik dan mencukupi sebelum dikembalikan ke stor. Selepas selesai
pertandingan sesi pagi kami bertanggungjawab untuk mengemas dan mengembalikan
segala peralatan ke stor. Proses pengemasan berjalan dengan lancar kerana AJK-AJK
yang lain turut memberikan kerjasama dalam proses pengemasan tersebut.

Bagi pertandingan sesi petang, AJK Peralatan menjalankan proses pemasangan


dan persiapan peralatan untuk acara-acara yang dipertandingkan seawall-awalnya.
Proses ini berjalan dengan lancar kerana kesemua AJK yang lain bekerjasama untuk
menyiapkannya. Selepas kesemuanya selesai, semua peralatan dikembalikan dalam
keadaan yang baik dan mencukupi. Selepas itu, ketua AJK Peralatan mengadakan
perjumpaan ringkas dengan AJK Peralatan yang lain untuk membincangkan tentang
peralatan-peralatan yang digunakan pada hari tersebut mencukupi dan berada dalam
keadaan yang baik. Selain itu, ketua juga membincangkan tentang peralatan yang
diperlukan untuk upacara perasmian pembukaan dan penutupan KOT 2017 yang akan
dijalankan.

Proses penyediaan peralatan dijalankan seawal-awalnya untuk memastikan


kelancaran perasmian tidak terganggu. Sepanjang perasmian, tidak terdapat sebarang
masalah dari segi peralatan. Selepas selesai semuanya, ketua AJK Peralatan
mengadakan perjumpaan ringkas untuk memastikan kesemua peralatan yang
dikembalikan mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik. Akhir sekali, ketua
mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang jitu sepanjang KOT 2017
berlangsung. Ketua juga mengucapkan rasa syukur dan berpuas hati dengan
kelancaran peralatan sepanjang KOT.

4
Pada sesi postmortem, kesemua pensyarah amat berpuas hati dengan
kelancaran KOT 2017 ini. Pensyarah juga memuji kesemua AJK kerana berjaya
menlancarkan KOT 2017 tanpa sebarang masalah yang tidak dapat ditangani.
Kecekapan kesemua AJK telah membuktikan bahawa guru-guru pelatih ambilan Jun
2015 ini mampu memikul tanggungjawab dan mampu bekerjasama dengan baik.

5. Laporan Selepas Kejohanan

Selepas selesainya Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2017, ketua AJK Peralatan
iaitu Aryandi B. Tok mengadakan perjumpaan ringkas dengan semua AJK Peralatan
untuk memastikan semua peralatan mencukupi, dapat digunakan dengan baik dan tidak
menganggu kelancaran KOT 2017 dan masih berada dalam keadaan yang baik selepas
digunakan. AJK Peralatan dan AJK-AJK yang lain bekerjasama untuk membuka
payung-payung, menyusun kerusi, meja dan membersihkan kawasan padang.
Kesemua meja, kerusi, payung, dan peralatan-peralatan yang lain telah disusun dengan
kemas dan rapi di dalam stor sukan. Tidak terdapat sebarang kerosakan pada semua
peralatan yang digunakan.

Sebagai AJK Peralatan, kami juga mempunyai beberapa cadangan dalam


penambahbaikan mengenai alatan-alatan yang berada di kampusnya. Antaranya ialah,
Pihak IPG yang mengurus peralatan haruslah mengenalpasti alatan-alatan yang
hendak dipinjam sama ada selamat digunakan atau tidak. Seterusnya, pihak yang
mengurus juga harus membuat hapus kira barang-barang yang tidak boleh digunakan
lagi supaya stor alatan kejohanan tidak lagi dilengkapi dengan alatan-alatan yang tidak
mempunyai sebarang kegunaan. Peralatan-peralatan di stor harus sentiasa di periksa
agar tidak mempunyai kekurangan peralatan atau peralatan yang tidak sesuai
digunakan lagi agar proses peminjaman dapat dilaksanakan dengan cepat serta semua
pihak berpuas hati dengannya.

5
Secara keseluruhanya, AJK Peralatan telah berjaya menjalankan tugas dengan
lancar, baik dan amnah sepanjang perlaksanaan KOT 2017.

Disediakan oleh, 10 MAC 2017

...............................

(Romario Ariffin)

Setiausaha AJK Peralatan,

Kejohanan Olahraga Tahunan 2017,

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.