Anda di halaman 1dari 2

Tajuk:Adakah peperiksaan perlu dibatalkan?Bincangkan pendapat anda.

Peperiksaan dapat didefinisikan sebagai proses untuk mengujikan kemampuan


seseorang individu dalam aspek tertentu.Oleh itu,setiap pelajar akan menjalankan
beraneka peperiksaan dalam pembelajaran mereka semasa menuntut ilmu
pengetahuan.Sebagaimana yang kita sedia maklum,peperiksaan amat penting dalam
menentukan kehebatan dan keupayaan seseorang dalam masyarakat kita.Dengan
ini,saya menganggap bahawa peperiksaan tidak wajar dibatalkan atas kebaikan yang
dibawanya.

Tidak dapat dinafikan bahawa peperiksaan boleh mempertikaikan kebolehan pelajar


mengikut keputusan masing-masing.Dengan itu,pelajar-pelajar dapat diagih ke kelas
yang berbeza berdasarkan kedayaan mereka menimba ilmu.Pelajar yang agak lemah
akan belajar dengan pelajay yang mempunyai tahap yang agak sama dengan
mereka.Selain itu ,mereka tidak akan menunjukkan pemisah ilmu yang besar atas
tahap mereka yang sama.Guru juga senang untuk mengajar kerana tidak perlu
merisau sama ada kursus yang diberikannya terlalu susah atau
senang.Jadi,peperiksaan dapat membahagikan tahap pelajar mengikutkan prestasi
peperiksaan mereka dapat menyennagkan guru semasa mengajar.

Sudah terang lagi bersuluh,peperiksaan juga berperanan untuk memberikan konsep


kepada pelajar bahawa ilmu pengetahuan merupakaan kunci kejayaan.Hal ini berlaku
kerana sijil dan diploma dapat membukitkan kebolehan pelajar dalam bidang yang
tertentu.Oleh itu,pelajar yang melangkah ke alam pekerjaan akan mendapat impresi
yang baik jika pencapaian akademik yang cemerlang dicatatkan dalam sijil yang
diberikan.Sungguhpun peperiksaan tidak dapat menentukan kejayaan semua individu
tetapi majoriti pelajar yang memperoleh nafkah yang lumayan bergantung pada
kecemerlangan sijil atau diploma mereka.Justifukasinya,keputusan peperiksaan yang
cemerlang penting dalam memberikan impresi baik kepada orang lain ketika mencari
sesuap nasi.

Jika dilihat dari sudut yang berbeza,peperiksaan dapat memberikan kesempatan


kepada pelajar untuk mengenal dan menyimpul apa yang mereka belajar dalam kelas
mereka.Pelajar diberi peluang keemasaan ini untuk mengenal kelemahan dan
membuat perubahan terhadap pembelajaran mereka.Pelajar tidak dapat diketahui
penguasaan mereka dalam sesebuah kursus jika hanya membuat latihan yang
dikategori mengikut bab masing-masing.Akan tetapi, jika mereka menduduki
peperiksaan yang menggabungkan soalan dari bab-bab yang berbeza akan mendapat
peringkat penguasaan mereka yang agak tetap.Jelasnya,peperiksaan dapat
membolehkan pelajar mengenal kelemahan mereka dan membuat penyimpulan dalam
pembelajaran mereka
Jika ditinjau secara terperinci, kita dapat ketahui bahawa peperiksaan dapat
merangsangkan pelajar semasa menuntut dan menimba ilmu.Hal ini demikian kerana
pelajar akan menjalani peperiksaan dengan pelajar lain pada masa yang sama,mereka
akan lebih menumpu perhatian untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya
mereka dapat memperoleh ketupusan yang cemerlang berbanding dengan rakan
mereka.Persiangan keputusan antara pelajar akan menjadikan dorongan untuk banyak
membaca dan menimba ilmu untuk mendapat keputusan yang baik.Secara
langsungnya,pelajar dapat mendapat kemajuan dapat pencapaian akademik mereka
dan lebih berinisiatif untuk menuntut ilmu.

Sebagai intiha,peperiksaan memang memanfaatkan pelajar dalam pembelajaran


mereka.Oleh itu,peperiksaan seharusnya diteruskan dalam sistem penddikan negara
kita supaya bakat dan modal insan dapat dijanakan.Peperiksaan sememangnya
merupakan salah satu batu loncatan negara untuk mendorong perkembangan negara
kita dan juga tonggak untuk melaksanakan Transformasi Nasiaonal (TN2050) yang
akan menjelang.