Anda di halaman 1dari 14

PENDAHULUAN

Dalam pengertian masyarakat masa kini, dawah adalah istilah khas bagi umat Islam dalam
menjalankan tugas pengenalan dan pengembangan risalah Islamiah sebagai rahmah li al-calamin.
Tugas dan amanah dacwah dalam proses menyampaikan ajaran Islam yang sebenar telah
dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmanNya:

Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan
cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang
sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah
petunjuk. (Al-Nahl: 16: 125)

TAKRIF DAKWAH

Dari sudut bahasa bermakna


 seruan (al-Israk ayat 52),
 tuntutan kepada orang yang berkuasa dari golongan bawahan (al-baqarah ayat 186 & 69,
Aali Imran ayat 38),
 ibadah manusia kepada Allah S.W.T. (al-Jin ayat 18),
 susur galur nasab dan penempatan (al-Ahzab ayat 5 & Maryam ayat 91),
 ajakan makan dan minum, khusus digunakan untuk keraian majlis perkahwinan ,
 seruan azan dan iqamah; dan
 agama dan mazhab (al-Ra’d ayat 14).
Dari sudut istilah:

Menyampaikan ilmu Islam kepada manusia, mengajarkannya kepada manusia dan menunjukkan
bagaimana utuk mempraktikkannya dalam kehidupan harian.

TAKRIF USLUB

Dari sudut bahasa: Kaedah atau cara (Kamus Dewan),

•Dari sudut istilah: Uslub dakwah ialah penyampaian kandungan atau isi dakwah dengan ibarat dan
bentuk yang tertentu .

HUKUM BERDAKWAH

“Hukum menyampaikan dakwah itu adalah wajib dilaksanakan sama ada oleh lelaki mahupun wanita.
Dalilnya pada surah al-Taubah ayat 71, Fusilat ayat 33, al-taubah ayat 122, Aali Imran ayat 104 &
110, al-Nahlu 125”

“Syeikh Abu Zuhrah menambah hukum melaksanakn dakwah ini adalah fardhu ain dan fardhu kifayah
secara bersama. Fardhu Ain atas setiap individu muslim dan fardhu kifayah atas keseluruhan
masyarkat Islam.”

USLUB DAKWAH NABI MUHAMMAD S.A.W.


1.
1. Ikhlas

Ikhlas disini bermaksud tetap atas kebenaran, teguh pendirian atas perintah untuk berdakwah kepada
manusia, tidak takut untuk menghadapi tentangan dan dugaan.

Cth: Nabi Muhammad ketika ditawarkan harta dan juga kemewahan dunia semasa di Mekah,
Baginda tetap teguh atas pendirian untuk menyampaikan risalah Allah SWT.

2. Penjelasan yang lengkap

Dakwah mesti disampaikan dengan jelas, tanpa wujud kekusutan atau kekeliruan. Hendaklah
menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami.

Cth: Nabi Muhammad memulakan dakwahnya dengan perkara asas Islam iaitu akidah, kekal dan
tetap teguh menyampaikannya, bersabar dengan apa jua halangan dan cabaran sambil berkeyakinan
pertolongan Allah SWT sentiasa hadir membantu.

3. Perumpamaan dan Perbandingan

Adalah dimaklumi bahawa semua umat yang diutuskan kepadanya para Rasul akan menyembah
berbilang-bilang tuhan. Untuk itu para Rasul yang diutus akan mendatangkan perumpamaan dan
perbandingan untuk menguatkan hujah bahawa Tuhan itu hanyalah Allah SWT yang Maha Esa (al-
Anfal ayat 42).

Perumpamaan dan perbandingan ini didatangkan atas dua sebab:

1. Pada menerangkan keadaan umat yang terdahulu berdasarkan kisah-kisah para Rasul yang
diutus.
2. Menunjukkan bahawa risalah yang dibawa oleh para Rasul adalah risalah ilahi.

4. Kesatuan Usul Dakwah

Dalam hal ini, uslub Nabi Muhammad SAW kekal konsisten dengan usul dakwah yang telah
disampaikan oleh para Rasul yang terdahulu iaitu;

(a). Mentauhidkan Allah

Para Rasul dari dahulu lagi akan membawa risalah tauhid kerana inilah merupakan tujuan asas
dakwah

(b). Benarnya risalah kerasulan

Nabi Muhammad SAW juga sentiasa tetap teguh membenarkan akan dirinya itu ada seorang
Rasul yang diutuskan kepadanya wahyu ilahi, sebagaimana para Rasul yang terdahulu. Keadaan
ini diperkukuhkan lagi dengan pengurniaan mukjizat untuk menolak segala keraguan dan
pertentangan yang dikemukakan oleh kaum kafir musyrik.

(c). Berdakwah supaya melaksanakan amal ibadat

Amal ibadah merupakan keperluan asas yang diperlukan oleh seorang manusia untuk menjadikan
dirinya seorang yang Islam. Ini kerana, amal ibadah merupakan ruang komunikasi terus antara
hamba dengan Allah SWT.

Amal ibadah yang diseru oleh Nabi Muhammad SAW dan para Rasul boleh dikategorikan kepada
dua jenis:
(1). Amal ibadah yang telah dinaskan, tidak boleh diubah atau ditambah.
(2). Apa jua amalan baik dan solih terutamanya pengamalan akhlak Islamiyyah yang unggul dianggap
sebagai ibadah.

(d). Berdakwah kepada Akhlak yang baik.

Nabi Muhammad SAW dan para Rasul akan memulakan penyampaian risalah melalui amalan akhlak
yang baik. Baginda bukan sahaja menyeru supaya berakhlak baik tetapi menjadikan sebagai amalan
harian.

Seruan kepada akhlak yang baik biasanya merupakan nilai-nilai yang universal dan terpakai untuk
semua umat manusia seperti berbuat baik kepada ibubapa, tidak membunuh anak-anak, tidak
membunuh diri, tidak berkahwin sesama jenis dan sebagainya.

(e). Memperingatkan kepastian Hari Kiamat

Adapun tujuan memperingatkan tentang pastinya kedatangan Hari Kiamat ini adalah untuk
menakutkan dan menyedarkan manusia supaya tidak terus menerus melakukan dosa dan maksiat.
Ini kerana kepastian wujudnya Hari Kiamat, Hari pembalasan ini merupakan ketakutan terbesar
manusia.

Selain itu, menurut Imam Fakru Razi, kebiasaan manusia adalah bersifat mengikut atau muqallid.
Amalan yang dibuat secara ikutan biasanya tidak memiliki dalil dan hujah. Ini dapat dipatahkan hanya
melalui menakutkan mereka dengan balasan hari Kiamat secara berterusan sebagaimana
diisyaratkan oleh Allah SWT dalam surah al-Syuarak.

KESIMPULAN

Uslub Dakwah yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan risalah ilahi
adalah tetap teguh sebagaimana uslub dakwah para Rasul yang terdahulu.

Diharapkan uslub dakwah ini dapat dijadikan perkara asas oleh kadir-kadir dakwah dalam
menyampaikan risalah Islam ini kerana ia merupakan teori yang berjaya dipraktikkan oleh para Rasul,
para Sahabat dan juga para da’I.

RUJUKAN:

Dr. Ahmad Ahmad Ghallusy. 1978. Dakwah Islamiyyah Usuluha Wa Wasaailuha. Kaherah: Dar Kutub al-Misri.
Dr. Muhammad Qasim al-Suum. 2007. Manhajiyyat ‘ilm al-da;wah. Lubnan: Dar al-kutub al-Ilmiyyah.
Muhamad Bukharuddin Ismail & Mohd Rosdi Mat Zain. 2010. “Uslub Dakwah Nabi Nuh menurut Al-
Quran” dalam kumpulan kertas kerja Manhaj Dakwah menurut Al-
Quran. Bangi: Jabatan Dakwahdan Kepimpinan UKM.
Khairudin bin Salimin. 2010. “Dakwah dalam Al-Quran” dalam kumpulan kertas kerja Manhaj Dakwahmenurut Al-
Quran. Bangi: Jabatan Dakwah dan Kepimpinan UKM.
Wan Azlee dan Abd Samad. . 2010. “Dakwah Nabi Muhammad
SAW di Madinah” dalam kumpulankertas kerja Manhaj Dakwah menurut Al-
Quran. Bangi: Jabatan Dakwah dan Kepimpinan UKM.
Uslub Pertama: Al – Hikmah

Apakah maksud al – Hikmah?

Kata Abu Ja’far bin Ya’qub: “Setiap kebaikan dari perkataan yang menghasilkan perbuatan yang
tepat adalah hikmah” .

Kata al – Jurjani: “Setiap tutur kata yang menepati kebenaran adalah hikmah”.
Kata Ibn Zaid: “Semua perkataan yang memberi pengajaran atau menyeru kepada kemuliaan atau
menegah kamu dari keburukan adalah hikmah”.

Firman Allah SWT:

“Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu Yang berguna) kepada sesiapa Yang
dikehendakiNya (menurut aturan Yang ditentukanNya). dan sesiapa Yang diberikan hikmat itu
maka Sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan Yang banyak. dan tiadalah Yang dapat mengambil
pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang Yang menggunakan akal fikirannya”.
(TMQ Surah al – Baqarah: 269)

Ayat di atas jelas Allah SWT mengaitkan hikmah itu dengan kebaikan - kebaikan yang banyak. Oleh
itu, maka al – Hikmah menjadi uslub terpenting dalam berdakwah. Uslub al – Hikmah adalah uslub
yang amat luas dan boleh dipecahkan kepada beberapa cabang seperti berikut:

1. Uslub al – ‘ilm wa al – ma’rifah (Pendekatan ‘ilmu dan pengetahuan)

Uslub ini lebih mengutamakan pendekatan akademik yang berteraskan ‘ilmu pengetahuan yang
mendalam dengan merujuk kepada sumber utama kenyataan yang diutarakan. Apa sahaja yang
dijadikan bahan dakwah dalam uslub ini sifatnya jitu dan tepat, padat dan ketat.

Dakwah dalam uslub ini sesuai dengan ahli – ahli akademik yang mementingkan fakta dan ulasan
bagi menghasilkan natijah yang dikehendaki untuk sampai kepada kepuasan mental yang akhirnya
tunduk kepada kebenaran.

Dalam konteks ini elok diturunkan satu contoh uslub al – ‘ilm wa al – ma’rifah yang berlaku kepada
pendakwah – pendakwah awal Islam yang berhijrah ke Habsyah. Mereka terdiri daripada 83 orang
sahabat r.a termasuk Uthman bin ‘Affan, isterinya Ruqayyah binti Rasulullah s.a.w, Az – Zubair bin Al
– Awwam, Ja’far bin Abdul Mutholib dan lain – lain.

Apabila golongan ini berhadapan dengan An – Najasyi (Raja Habsyah), maka peluang berdakwah
terbuka luas untuk menyeru beliau serta masyarakat kuffar di Habsyah, memahami dan memeluk
Islam.

An – Najasyi terlebih dahulu telah dimomokkan kepadanya maklumat yang negatif tentang Islam
sebelum beliau mendapat penjelasan sebenar yang diberikan oleh ‘Abdullah bin Abi Rabi’ah dan
‘Amr bin al – ‘As dengan tomahan mereka: Wahai tuanku, sesungguhnya telah tiba di negara tuanku
dari negara kami segolongan manusia yang selekeh. Mereka telah memecah – belahkan agama kaum
mereka dan tidak akan menganut agama tuanku. Mereka datang ke sini membawa agama mereka
ciptaan mereka sendiri. Kami tidak mengetahui agama yang dibawa itu dan begitu juga tuanku...”

Pembesar – pembesar an – Najasyi pula menyampuk: “Wahai tuanku kaum mereka lebih faham
tentang mereka. Lebih mengerti tentang keburukan mereka. Oleh itu, serahkan mereka semua
kepada mereka berdua biar mereka uruskan agar mereka pulang ke negara dan kaum mereka”.

Keadaan sebegini memerlukan kepada uslub yang sesuai untuk berdakwah mempertahankan yang
hak dan menolak yang batil. Jika pendakwah – pendakwah ini gagal menyatakan sesuatu yang hak
menurut uslub yang sesuai maka akan besarlah padahnya.

An – Najasyi berpaling kepada kumpulan umat Islam itu dan bertanya dalam uslub ‘ilmu: “Bagaimana
keadaan kamu sebelum datang agama ini?

Ja’far bin ‘Abdul Mutholib tampil ke hadapan memberikan penjelasan. “Tuanku, kami adalah kaum
yang jahil. Cari hidup kami menyembah berhala, makan bangkai, melakukan perkara – perkara keji,
menyakiti jiran, yang kuat menindas yang lemah sehinggalah datang agama kami membaiki
(keadaan) kami”.

An – Najasyi bertanyakan tentang ‘Isa a.s (kerana beliau beranggapan Islam menghina ‘Isa dengan
mengatakan ‘Isa adalah hamba). Jawab Ja’far r.a: “Islam memberitahu kami dengan firman Allah:

“(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah,
demikian juga (sikap) malaikat Yang sentiasa berdamping (dengan Allah). dan sesiapa Yang enggan
dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia
berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya”.
(TMQ Surah an – Nisaa’: 172)

An – Najasyi bertanya lagi pandangan Islam terhadap ‘Isa. Ja’far menjelaskan dengan membaca
surah Maryam yang menerangkan di dalamnya perihal kelahiran ‘Isa tanpa bapa dan dipertikaikan
oleh kaumnya. ‘Isa a.s ketika masih di dalam buaian berkata – kata kepada kaumnya dengan
mengatakan bahawa dia adalah hamba Allah yang akan diturunkan al – Kitab (Injil) kepadanya dan
akan menjadi nabi.

Setelah mendengar penjelasan yang begitu tepat lagi menusuk hati, an – Najasyi menangis sehingga
basah janggutnya. Katanya: “Agama Islam dan agama yang dibawa oleh ‘Isa adalah datang dari
sumber yang sama. Beliau mengambil sebatang kayu dan membuat garisan di atas tanah seraya
berkata: “Agama aku dan agama kamu amat hampir. Pemisah kita adalah garisan yang halus ini”.
Kerana itu, umat Islam diberi jaminan keselamatan tinggal di negara Habsyah dengan damai.

2. Uslub al – Latf wa al – Layn (Pendekatan lembut dan lunak)

Ada ketika dakwah memerlukan uslub yang lembut dan lunak. Berlembut pada tempat yang
perlukan kelembutan adalah bukti kebijaksanaan pendakwah. Sama juga keadaan berkeras pada
tempat yang memerlukan kekerasan juga adalah hikmah. Uslub al – Latf wa al – Layn ini diasaskan di
atas firman Allah SWT kepada nabi Musa a.s dan nabi Harun a.s ketika mereka diperintahkan
menyeru Fir’aun kepada agama Allah:
"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam
kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, dengan kata-kata Yang lemah-
lembut, semoga ia beringat atau takut".
(TMQ Surah Thoha: 43 – 44)

Rasulullah s.a.w pernah memberi contoh tentang pendekatan lemah – lembut ini di dalam kisah
seorang ‘Arab Badwi masuk ke dalam masjid dan membuang air kecil. Para sahabat yang
menyaksikan kejadian tersebut meluru ke arahnya dan mengasarinya bagi memberi pengajaran
kepadanya. Rasulullah s.a.w segera bertindak mententeramkan keadaan dan mendekati Badwi
tersebut dengan lemah – lembut serta bersabda:

“Sesungguhnya masjid tidak elok digunakan seperti yang anda lakukan, malah ianya digunakan
untuk berzikir dan berdo’a”
Riwayat Muslim

Badwi tersebut beredar dengan baik di samping berkata: “Ya Allah, kasihilah aku dan Muhammad,
dan janganlah Engkau kasihi selain dari kami walau seorang sekalipun”.

Uslub ini juga dikenali sebagai uslub al – Maddarah

Kata Ibn Battol:

“Al – Maddarah adalah dari akhlaq mukminin iaitu bersopan dengan manusia, berlemah – lembut
dalam percakapan, jauhkan dari kekerasan, yang demikian itu salah satu kekuatan untuk menambat
kasih – sayang bersama manusia”.

Rasulullah s.a.w pernah dikasari oleh ‘Aarab Badwi dengan menarik baju najrani yang dipakai
baginda sehingga ia menyakiti tubuh baginda. Seraya meminta diberikan kepadanya sedikit bantuan.
Oleh kerana kekerasan Badwi itu keterlalauan maka sahabat – sahabat r.a bangun hendak
mempertahankan Rasulullah s.a.w serta membalas kekerasan dengan kekerasan. Rasulullah s.a.w
segera mencelah mententeramkan keadaan. Dengan tersenyum mengarahkan sahabat – sahabat
menunaikan kehendak Badwi tersebut tanpa menengking atau mengasarinya sedikit pun.

Allah SWT berfirman menjelaskan keperibadian Rasulullah s.a.w dalam konteks lemah – lembut ini:

“Maka dengan rahmat dari Allah kamu menjadi lembut lunak dengan mereka. Kalau kamu kasar dan
berkeras hati nescaya mereka akan lari dari kamu”.

Mungkin inilah uslub tarbiyyah yang dicontohi oleh para sahabat r.a terkenal seperti Abu al - Darda’:

“Suatu hari Abu al – Darda’ menemui sekumpulan manusia yang sedang memaki – hamun dan
berkasar terhadap seorang lelaki yang telah melakukan satu kesalahan. Abu al – Darda’
mententeramkan keadaan dan berlembut dengan lelaki yang dikutuk itu. Orang ramai memarahi
Abu al – Darda’ lalu beliau berkata: “Kalau lelaki itu terjatuh dalam satu gaung apakah kalian akan
membiarkan atau menolong mengeluarkannya dari gaung itu?”. Orang ramai menjawab:”Tentulah
kami akan mengelaurkannya”. Kata Abu al – Darda’: “Kawan kamu ini telah melakukan kesalahan,
tolongilah dia agar membaiki kesalahannya. Syukurlah kepada Allah kerana kalian tidak sepertinya.
Mereka bertanya Abu al – Darda’: “Apakah kamu tidak benci kepadanya?”. Jawabnya: “Aku memang
bencikan perbuatan itu. Jika dia meninggalkan dan berhenti dari perbuatan itu, maka dialah adalah
saudaraku dalam Islam”
(Ma’alim fi manhaj al – Da’wah: 54)

3. Uslub al – Quwwah wa as – Shiddah (Pendekatan kekuatan dan kekerasan)

Manusia adalah makhluk yang sama pada kejadian tetapi amat berlainan pada akhlaq dan budi
bicara. Ada yang lembut ada yang kasar, ada yang baik dan ada yang jahat. Oleh itu, untuk menyeru
mereka kepada Islam ada ketikanya perlu berlemah – lembut seperti contoh di atas tadi dan ada
kalanya perlu kepada kekuatan dan kekerasan. Semuanya adalah hikmah.

Hikmah tidak selamanya bererti lemah – lembut. Ada masanya kuat dan kasar itu juga hikmah.
Contoh yang ketara dapat dilihat pada suatu tugas untuk meruntuhkan sebuah bangunan lama bagi
menggantikannya dengan yang baru. Robohkanlah bangunan itu dengan hikmah. Jika diertikan
dengan lemah – lembut, maka bilakah bangunan itu dapat dirobohkan. Adalah termasuk dalam
hikmah juga jika dapat digunakan kekuatan bom yang dipasang khusus bagi merobohkannya dalam
jangka masa yang singkat, mudah, cepat dan selamat. Itu juga hikmah jika tepat caranya.

Pendekatan kekuatan dan kekerasan ini dapat dilihat dari pengertian jihad pada zaman awal Islam.
Setelah pendekatan lemah – lembut kurang memberi kesan dan umat Islam semakin ditindas dan
diperangi sehingga kota Madinah dirasakan tidak lagi selamat lagi maka Allah SWT menurunkan
ayat:

“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana
Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong
mereka (mencapai kemenangan)”
(TMQ Surah al – Hajj: 39)

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah
ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan
Yang dihormati. ketetapan Yang demikian itu ialah ugama Yang betul lurus, maka janganlah kamu
menganiaya diri kamu Dalam bulan-bulan Yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya);
dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya;
dan ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa”
(TMQ Surah al – Taubah: 36)

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu
semata-mata kerana Allah. kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi
melainkan terhadap orang-orang yang zalim.(mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah Dengan
(sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati
itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan
terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang Dengan pencerobohan yang
dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya
Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”
(TMQ Surah al – Baqarah: 193 – 194)

Uslub seperti yang disebutkan di atas sesuai untuk masa – masa tertentu sahaja dan ditangguhkan
pada masa yang tidak diperlukan. Pada zaman permulaan Islam di Makkah, uslub ini tidak digunakan
baginda s.a.w. Uslub yang keras digunakan selepas didapati uslub yang lembut dan mengalah tidak
mendatangkan hasil yang diharapkan.

Pada zaman ini, uslub kekerasan digunakan tetapi bukan dengan menggunakan senjata. Malah
dengan senjata yang lembut iaitu lidah. Senjata ini amat berguna untuk menyerang musuh – musuh
Islam iaitu dengan kata – kata yang tegas mampu menusuk hingga ke hati dan menolak segala
tohmahan dan tindakan biadap mereka terhadap Islam. Mungkin inilah yang disebut di dalam kitab
“Ma’alim fi manhaj al – Da’wah”:

“Dalam keadaan berlaku kezaliman dan penganiayaan yang melampau terkadang dibenarkan uslub
menyerang musuh dengan kata – kata yang menghentam habis – habisan dan mengusarkan serta
membongkar segala keburukan musuh kerana mewakili kebatilan dalam perjuangan serta elok
rasanya mendedahkan kebatilan mereka itu sehingga dapat dilihat sebagai orang yang menerima
pukulan maut”.

Walaupun demikian, adalah lebih baik jika tidak keterlaluan. Cukup hanya sekadarnya kerana kita
sebagai umat Islam adalah umat yang sederhana dan bencikan sikap ghulu (melampau).

Uslub Kedua: Al – Mau’izoh al – Hasanah

Uslub al – Mau’izoh al – Hasanah adalah uslub al – Qur’an. Method Rabbani yang perlu diberikan
perhatian. “Al – Mau’izoh itu asalnya adalah merujuk kepada kata – kata yang boleh melunakkan
sanubari yang mendengar sebagai persediaan untuk melakukan kebaikan bagi menghayatinya”.
(Ma’alim fi manhaj al – Da’wah: 24)

Firman Allah SWT:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”
(TMQ Surah al – Ahzab: 21)

Uswatun hasanah dan mau’izaoh hasanah terdapat banyak persamaan. Ibn ‘Athiyyah menyebut:

“Mau’izoh hasanah itu merupakan suatu usaha untuk memberikan manusia rasa takut dan
mengharap serta melunakkan manusia agar menjadikan ceria dan bersedia untuk menerima nilai –
nilai murni”.

Al – Zamakhsyari menyebut:

“Sesungguhnya mau’izoh hasanah itu ialah suatu yang tidak asing kepada mereka bahawa kamu
menasihati mereka dengan tekad untuk memberi sesuatu yang bermanfa’at kepada mereka”.

Perkara utama dalam uslub ini ialah pendakwah hendaklah mencontohi Rasulullah s.a.w dalam
segenap aspek sama ada perkataan, perbuatan, taqrir (persetujuan), sifat dan tatacara hidup
baginda s.a.w. Ini bukanlah bererti bahawa apa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w mestilah
diikuti tepat sebagaimana baginda. Akan tetapi lakukanlah mengikut kemampuan kita. Baginda s.a.w
bersabda:

“Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu perkara, maka lakukanlah perkara itu sekadar yang
termampu”.

Suatu contoh yang unggul pernah berlaku ke atas Rasulullah s.a.w yang mungkin sukar dicontohi
oleh kita pada hari ini:

“Suatu hari harta rampasan perang (al – Ghanimah) dibawa kepada Rasulullah s.a.w. Setelah
dihitung, didapati jumlahnya sebanyak sembilan puluh ribu dirham dilonggokkan semuanya di atas
tikar daun tamar. Baginda membahagikan harta itu kepada yang berhak menerima sehingga habis
semuanya. Tiba – tiba datang lagi sahabat yang meminta haknya kerana beliau belum mendapat apa
– apa. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: “Pergilah ke kedai yang menjual keperluanmu dan
belilah barang – barang itu secara hutang. Katakan kepada tuan kedai itu bahawa aku akan
membayar kepadanya”. Mendengar kata – kata itu, Umar bin al – Khattab mencelah dan berkata:
“Ya Rasulullah! Mengapa kamu membebankan dirimu sesuatu yang tidak sepatutnya kamu
tanggung. Perkara yang sudah selesai, biarkanlah”. Mendengar kata – kata itu air muka Rasulullah
s.a.w berubah tanda tidak senang dengan kata – kata Umar r.a lalu tampil seorang lelaki Ansar dan
berkata: “Ya Rasulullah teruskan memberi kesanggupan berbelanja kerana Allah yang akan
membayarnya nanti”. Mendengar kata – kata itu Rasulullah tersenyum tanda menyukai
tindakannya”.
(Mustalzimat al – Da’wah al – ‘Asr al – Hadir: 121)

Uswah Hasanah banyak persamaan dengan qudwah hasanah. Pendakwah perlu menunjukkan
contoh yang baik untuk diikuti oleh mad’u. Contoh yang baik ini bukan sahaja pada kata – kata dan
tingkah laku malah sampai air muka pun perlu diambil kira dengan sentiasa bermuka manis
walaupun dalam keadaan marah.

Contohnya Rasulullah s.a.w dalam siri dakwahnya, suatu hari didatangi oleh seorang ‘Arab bengis
kepada baginda seraya berkata dengan kasar: “Kamukah yang bernama Muhammad bin ‘Abdullah?”.
Jawab Rasulullah dengan lemah – lembut: “Ya, sayalah Muhammad bin ‘Abdullah”. ‘Arab itu
bertanya lagi: “Kamukah yang selalu dikatakan pembohong besar?”. Jawab baginda: “Ya, sayalah
yang dikatakan oelh kaum saya sebagai pembohong besar tetapi sebenarnya tidak”.Dengan muka
yang tenang dan dengan tutur kata yang lembut, ‘Arab itu tiba – tiba berkata: “Muka seperti ini
bukan muka seorang pembohong”. Lalu dia bertanya nabi s.a.w: “Apa yang kamu bawa? Cuba
terangkan kepadaku” Rasulullah s.a.w menerangkan kepadanya tentang Islam dengan cara yang
menarik dan menusuk hati. Akhirnya ‘Arab tadi berkata: “Aku beriman kepadamu dan aku bersaksi
bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi Muhammad itu Pesuruh Allah”.

Seperkara lagi yang amat penting dalam membicarakan uslub al – Mau’izoh al – Hasanah ialah
pendakwah hendaklah menjadi model yang realiti, ikhlas dalam perkataan dan perbuatan, bukan
hanya pandai bercakap tak serupa bikin. Rasulullah s.a.w menginagtkan kita dengan sabdanya:

“Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: Didatangkan seorang lelaki
(pendakwah) pada hari Qiyamah lalu dicampakkan ke dalam api neraka. Api neraka membakarnya
hingga ke tali perutnya. Dia terseksa dan berpusing – pusing di dalam neraka seperti keldai
berpusing – pusing di tempat kerjanya. Penghuni – penghuni neraka yang lain berkerumun
kepadanya lalu mereka bertanya: Apa hal kamu ini? Bukankah kamu yang menyuruh kami
melakukan kebaikan dan melarang kami kemungkaran? Jawabnya: Ya, aku menyuruh kamu
membuat ma’ruf tetapi aku tidak melakukannya dan aku melarang menjauhi kemungkaran akan
tetapi aku melakukannya”
(Riwayat al – Bukhari dan Muslim)

Terkadang berdakwah dengan contoh teladan yang praktikal lebih mendatangkan kesan daripada
dakwah dengan pendekatan yang lain. Semuanya bergantung kepada waqi’ atau keadaan yang
mengizinkan sesuatu tindakan yang bakal di ambil.

Uslub al – Murasalah / Cara menulis surat

Rasulullah s.a.w adalah seorang “ummi” iaitu tidak tahu menulis mahupun membaca. Akan tetapi,
baginda s.a.w tetap menggunakan kaedah pengutusan surat – surat kepada pembesar – pembesar
dunia pada zamannya bagi menyeru mereka menerima Islam. Baginda menyuruh para sahabat r.a
untuk menulis surat untuknya dan surat – surat itu kemudiannya di hantar kepada an – Najasyi (raja
Habsyah), Kaisar (Raja Parsi), Hiraqqel (Raja Rom), Maqauqis (pembesar Mesir) dan banyak lagi. Ada
yang menerima dakwah Islam seperti an – Najasyi, ada yang mengakui kerasulan baginda s.a.w
seperti Hiraqqel akan tetapi tidak menerima Islam dan ada yang menentang bahkan mencabar nabi
s.a.w seperti Kisra.

Di dalam kitab Minhaj as – Solihin oleh ‘Izz al – Din Baliq ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w
pernah meminta sahabat r.a menulis sekurang – kurangnya 33 pucuk surat yang akan dihantar ke
dalam negara dan 29 pucuk surat yang akan dihantar ke luar negara. Kesemuanya mengandungi
mesej dakwah yang menyeru mereka menerima Islam. Sekiranya tidak, mereka perlu mengiktiraf
Islam sebagai agama dan sebuah kerajaan berdaulat di samping membayar jizyah. Sekiranya mereka
enggan dan menentang Islam, maka gerakan futuhat (pembebasan) akan dihantar ke negara
tersebut sehingga tunduk kepada Islam.

Uslub penulisan surat adalah salah satu cara yang praktikal dan boleh dicontohi. Namun penulisan
tidaklah terhad kepada surat sahaja bahkan boleh dimanfaatkan teknologi terkini seperti media
cetak, media elektronik, sistem pesanan ringkas (SMS), internet, 3G dan sebagainya. Umat Islam
perlu berusaha lebih memandangkan kaum non – Muslim sudah lama mempraktikkan cara ini bagi
menyebarkan dakyah batil mereka.

Uslub Ketiga: Al – Mujadalah

Terdapat 3 istilah yang dikaitkan dengan uslub ini:-


 Mujadalah / Mujadilah (Bersoal – jawab)
 Muhawarah (Berdialog)
 Munazoroh (Berdebat / Berbahas)

Kesemua istilah ini boleh disimpulkan dengan:

“Perdebatan atau perbahasan antara dua belah pihak yang berselisih untuk menegakkan kebenaran
dan menolak kebatilan dengan hujah – hujah yang bernas dan nyata”
(Ma’alim fi manhaj al – Da’wah: 212 – 213)

Di dalam al – Qur’an al – Karim, Allah SWT menyebut:

“Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab
denganmu (Wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah
(mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu
berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat”
(TMQ Surah al – Mujaadilah: 1)

“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara yang
lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari
jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah
petunjuk”
(TMQ Surah an – Nahl: 125)

“Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali
orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan Katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman
kepada (Al-Quran) Yang diturunkan kepada Kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan
kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, Kami patuh
dengan berserah diri".
(TMQ Surah al – Ankabuut: 46)

“Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadaMu, maka katakanlah: "Allah Amat" mengetahui
akan apa yang kamu lakukan”
(TMQ Surah al – Hajj: 68)

Dan juga iktibar dari kisah dua orang sahabat di dalam surah al – Kahfi:

“Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di
antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu Dengan pohon-pohon tamar,
serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain. Kedua-dua kebun itu
mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan Kami juga mengalirkan di
antara keduanya sebatang sungai. Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu
berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta
daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai". Dan ia pun masuk ke
kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab
kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya. Dan Aku tidak
fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah Aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana
kepercayaanmu), tentulah Aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.
Berkatalah rakannya kepadaNya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah Engkau kufur ingkar
kepada Allah Yang menciptakan Engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian ia
membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki? Tetapi Aku sendiri percaya dan yakin
dengan sepenuhnya Bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan Aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan
Tuhanku. Dan sepatutnya semasa Engkau masuk ke kebunmu, berkata: (semuanya ialah barang yang
dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? kalau Engkau
memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu, Maka Mudah-
mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) Dia
akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah
yang licin tandus. Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka Dengan yang
demikian, Engkau tidak akan dapat mencarinya lagi". Dan Segala tanaman serta hartabendanya
itupun dibinasakan, lalu Jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal)
terhadap Segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-
kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil Dia berkata: "Alangkah baiknya kalau Aku
tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"
(TMQ Surah al – Kahfi: 32 – 42)

Jidal atau dialog di atas meskipun tidak memberi kesan segera kepada yang bongkak dan sombong
tadi, tetapi menjadi pengajaran kepada pendakwah – pendakwah hari ini.

Begitu juga dakwah nabi Ibrahim a.s kepada bapanya:

“Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim;
Sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi. Ketika ia berkata kepada
bapanya:" Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda Yang tidak mendengar dan tidak
melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun? Wahai ayahku, Sesungguhnya telah datang
kepadaKu dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu Ikutlah daku; Aku
akan memimpinmu ke jalan Yang betul. Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan,
Sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.
Wahai ayahku, Sesungguhnya Aku bimbang Bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman
disebabkan ayah menyembah Yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi
Syaitan di Dalam neraka". (Bapanya) menjawab: "Patutkah Engkau bencikan tuhan-tuhanku, Wahai
Ibrahim? Demi Sesungguhnya jika Engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku
sudah tentu Aku akan meluntarmu Dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) Engkau tinggalkan daku
sepanjang masa". Nabi Ibrahim berkata: " Selamat Tinggallah ayah; Aku akan memohon kepada
Tuhanku mengampuni dosamu; Sesungguhnya ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya
kepadaKu”.
(TMQ Surah Maryam: 41 – 47)

“Tidakkah Engkau (pelik) memikirkan (Wahai Muhammad) tentang orang Yang berhujah membantah
Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu Kuasa
pemerintahan? ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan yang
mematikan". ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata
lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah Dia dari barat?"
maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). dan (ingatlah), Allah tidak akan
memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim”.
(TMQ Surah al – Baqarah: 258)

Contoh uslub dakwah di atas menunjukkan kepada kita bahawa hujah yang kuat boleh mematahkan
lawan dan senjata dakwah ini sudah lama dipraktikkan. Sekiranya penyampaian yang disampaikan
oleh pendebat / pembahas baik, maka akan jelaslah kebenaran dan akan luputlah kebatilan. Inilah
metod yang digunakan oleh sebahagian pendakwah hari ini seperti Syeikh Ahmad Deedat r.h, anak
muridnya Dr. ‘Abdul Karim Zakir Naik dan sebagainya. Penggunaan metod ini sangat ‘ilmiyah dan
amat sesuai untuk menarik golongan elit atasan kepada kebenaran Islam.
Uslub Mujadalah dalam politik semasa

Pendekatan dialog atau perdebatan ini ternyata memberi natijah yang positif. Oleh itu, penggunaan
uslub ini perlu diperluaskan dengan dimanfaatkan sebaiknya. Namun, perlu diingatkan kepada para
pendakwah sekalian bahawa menyediakan diri dengan ‘ilmu pengetahuan yang tinggi dan
menguasai isu – isu semasa sangat penting sebelum berdialog mahupun berdebat. Penguasaan dan
pemahaman yang jitu terhadap isi kandungan al – Qur’an dan as – Sunnah menjadi keutamaan bagi
pendakwah terutama berhadapan dengan lawan yang juga beragama Islam. Apatah lagi sekiranya
lawan tersebut seorang tokoh dalam sesuatu bidang agama akan tetapi gemar memutarbelitkan
ayat – ayat Allah SWT dan hadith – hadith Rasulullah s.a.w seperti Astora Jabat, kumpulan Sisters in
Islam dan sebagainya.

Situasi yang ada hari ini sangat memerlukan pendekatan dialog dan perdebatan. Pada kebiasaannya,
pihak lawan akan cuba mengelak dan mencari pelbagai alasan helah untuk menggagalkan
mujadalah. Dalam kedua – dua keadaan pendakwah Muslim akan beruntung kerana dia dapat
menyampaikan dakwahnya secara terang dan jelas di samping mematahkan hujah lawan sekiranya
mujadalah diadakan. Akan tetapi jika mujadalah dibatalkan, pendakwah tetap mendapat
kemenangan percuma.

Pendakwah Muslim khususnya yang melibatkan diri dalam Siyasah as – Syar’iyyah (politik Islam),
akan berhadapan dengan pelbagai dugaan, tuduhan dan fitnah yang berniat buruk terhadap
kesucian agama Islam sepertimana fitnah golongan yang berfahaman sekularisme yang mengatakan
politik perkara yang asing dalam Islam. Maka, pembelaan dan penjelasan terhadap isu seperti ini
sangat perlu supaya maruah Islam tidak tercemar dan masyarakat tidak terkeliru dengan dakwaan
ini. Cukuplah diterangkan dengan baik tentang konsep Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur
(Negara yang baik dan mendapat pengampunan Tuhan) yang di sebut oleh al – Mawardi dalam al –
Ahkam al – Sultaniyyah yang mengemukakan dalil – dalil yang cukup banyak dan kuat dari al –
Qur’an dan as – Sunnah yang membuktikan kewajipan mendirikan negara Islam dan menguruskan
alam dengan hidayah Islam sehingga terhapusnya fitnah.

Kesimpulan dan Penutup

Islam adalah satu – satunya agama yang diredhai Allah SWT dan Dia telah menyempurnakan agama
ini untuk menjadi panduan lengkap manusia dalam menempuhi urusan hidup mereka seharian.

Seorang peniaga apabila mempromosikan barang niagaannya akan menggunakan kaedah yang
berbagai bagi menarik pelanggan membeli produknya. Begitu juga pendakwah, haruslah berfikiran
kreatif dalam mempelbagaikan pendekatan atau uslub dakwah mereka. Mereka juga hendaklah
mengetahui dan mengkaji perihal mad’u (orang yang menerima dakwah) supaya tidak tersalah
uslub. Kesilapan tidak memahami kehendak mad’u akan mengakibatkan mesej Islam tidak sampai
dan menjauhkan mad’u dengan hakikat Islam. Sabda Nabi s.a.w:

“Berbicaralah dengan manusia menurut kadar ‘aqal mereka”

Rasulullah s.a.w adalah contoh unggul kecemerlangan seorang da’ie. Baginda tidak mengatakan
sesuatu melainkan orang yang mendengar ucapannya akan tertarik terhadap mesej baginda.
Cukuplah 23 tahun perjalanan dakwah baginda menjadi bukti bahawa penggunaan uslub yang tepat,
betul dan mudah berjaya menarik pelbagai kabilah dan kaum menyerah diri kepada agama Allah
SWT. Mereka bukan sahaja menerima ‘aqidah Islam bahkan sanggup mempertahankan Islam
walaupun harta dan nyawa terpaksa mereka korbankan. Hasilnya, Islam berjaya mendirikan
tamadun yang hebat dan kuat bermula pada zaman Rasulullah s.a.w, seterusnya di sambung oleh
Khulafa’ ar – Rasyidin, Khilafah Umayyah, Khilafah ‘Abbasiyyah dan Khilafah ‘Uthmaniyyah.

Walaupun hari ini lebih 80 tahun umat Islam kehilangan khilafah Islamiyyah,namun dakwah perlu
diteruskan. Para pendakwah perlu menanamkan sifat sabar yang tinggi dalam dirinya. Sekiranya
dakwah mereka dihina dan tidak diterima, janganlah terlintas dalam pemikiran mereka bahawa
dakwah mereka telah gagal. Manusia hanya mampu berusaha. Sedangkan hidayah hanyalah dari
Allah ‘Azza wa Jal. Kepada – Nyalah kita serahkan segalanya.

Anda mungkin juga menyukai